assalamualaikum..
giat ok nak aktif berblog balik..kunun la.ntah-ntah hanyala hasrat terpendam..tapi takpela.ada jugak muncul sesekali kat sini.jangan uoll lupakan daku sudahh..citer basi.tapi dari biar dia terus basi meh la nak story mory kat sini.kata diary alam maya.so harusla di tepek jugak kat sini..
cuti sekolah hari tu memang takde any update kat blog mama danial ni.ate my PIL datang sini busy la uolls.lagipun seganla kalau diorang tengok aku duk mengadap lappy or desktop je..harusla jadi menantu
mithali sekejap.HAHAHA.hubby kerja so nak taknak aku la kena entertain.bawak ronda-ronda nilai3..nilai square..layan MIL shopping..emmm best gak.
then hari jumaat adik beradik hubby pulak berkumpul kat sini..diorang balik keje terus datang sini..dinner berjemaah la malam tu..then decide nak buat BBQ esok petang..(sabtu)..hubby on je.bukan selalu nak berkumpul adik beradik.my BIL kat penang pun last minute dia drive ke nilai.boring katanya duk rumah sorang-sorang..malam tu pulak adik aku pulak sampai dari kelantan..haaa memang ramai la kat rumah ni.
esok pagi yang lain-lain ke putrajaya nak gi tengok hot balloon..kami je yang tinggal.hubby cakap nak kena prepare untuk petang.so takyah pegi.!____! mujur jugak adik aku ada..dia la banyak tolong in preparation.buat air,tolong hidupkan bara.tolong jaga danial..tolong bersihkan ayam..plan asal cam nak goreng bihun/mee je menu sampingan tapi telah bertukar ke laksa..layan je la.mujur laku jugak laksa aku buat.1st time buat sendiri,selalu tolong-tolong mak je.
ok..layan gambar je la..
get ready...biras,adik ipar,hubby dan wan (my brother)
drumstick.bakar jangan tak bakar
tak sabar nak ngap.
laksa penang perak,tembikai,kacang kuda rebus..air oren tropikal.mula-mula molek je susunan atas meja tu.lama-lama ermmm faham-faham jela.disebabkan tuan rumah nak jaga tangan takmo bagi kasar (cit piiiirahhh)makan pakai mangkuk/pinggan kertas je la.senang takyah nak basuh.kata nak jaga tangan takmo kasar.
budak-budak ni kena kurung dalam rumah.arahan dari tuan-tuan besar aka kaum bapak.diorang tak kuasa nak kepung budak-budak ni main kat luar.kang kena api naya je.
panjat je la grill tu..
MIL dengan cucu ke-4 nya
yang ni pun bukan main ligat..nak tunjuk skill dia jugak
anak sedara tokcik..tembam kan??geram tengok badan semangat dia.tua sebulan dari danial tapi badan,kusss semangat.beza betul dgn anak i..kalau danial duk sebelah emilyn ni memang ketara la ke'slim'an danial.emylin ni tgk je kawan-kawan berlari.dia tak boleh jalan lagi.
dengan hubby nak sokmo emilyn ni
ngan aku dia takmo sebab aku taknak dukung dia.actually tak larat wei nak dukung..
lepas maghrib semua rileks je la..cousins hubby dari sabah pun ada jugak.
dalam pukul 10malam baru la tetamu beransur-ansur balik..yang tinggal kat rumah PIL,adik ipar,adik aku dan family kaklong.
walaupun penat tapi enjoy jugak buat cam ni.next time boleh buat lagi.
note untuk tuan rumah:1)kena prepare banyak bekas/tupperware besar-besar..(2) kena tambah bantal+selimut+tilam.bila ramai berkumpul dah gelabah.penyudahnya cadar jadikan selimut.(3)sejadah pun kena tambah lagi