Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Langkawi day#3..

Bila nak habis ntah citer holiday ni???Ni baru cuti-cuti Malaysia..Mujur 3 hari jer kalau seminggu mau sampai part 7 ni..

ok..Day 3 kami kat Langkawi which is the last day..Isnin.(8/10/12)..memandangkan tempat-tempat yang nak pegi tu dah kami jejak,so hari ni plan untuk shopping sikit-sikit souvenir untuk family and kawan-kawan kerja..

After breakfast,mandi manda kat swimming pool dulu,then kemas-kemas untuk check out..Dalam pukul 11 baru keluar dari hotel..Tempat pertama yang kami tuju untuk hari terakhir di Langkawi ialah Eagle Square or Dataran Lang..Kalau yang datang ke Langkawi dengan feri ni la tempat pertama yang akan nampak..Wajib jugak kot kalau pegi ke Langkawi bergambar dengan tugu helang ni..




Dah puas berpanas terik kat Dataran Lang kami tuju ke Idaman Suri..



 
Rambang mata kot tengok pinggan mangkuk,sudu garfu..Kalau bawak mak ni mau dia borong sakan kat sini.. Niat hati memang nak je angkut 1 set Corelle.Tapi takde pulak check in luggage..Semua carry naik atas je.So weight must less than 7kg.Saja jer kan hubby takmo wife dia shopping kat sini tu yang dia taknak tambah luggage.Tapi tengah ushar-ushar set Tefal dia tanya jugak nak tambah luggage sempat lagi ni online untuk tambah luggage..Set Tefal tu tak geram sangat sebab kalau Parkson buat sale pun beza dalam sepuluh ringgit je..Tapi kalau beli boleh jugak tambah apa yang sedia ada kat rumah..Disebabkan hubby ada janji next time nak datang dengan family so tak kisah sangatlah tu..Boleh beli time tu.Tak pun boleh kirim kat my family yang nak pegi hujung tahun nanti..heeee..So shopping coklat je..Semalamnya dah shopping kat Haji Ismail rasa cam tak cukup je coklat.Tambah lagi 2 bungkus coklat Daim,kisses..

 Ni pun hubby dah bagi jelingan tajam.Siap perli lagi "dah ada GDM pun nak makan coklat banyak2.."


Settle shopping kat Idaman Suri,Kami gerak ke tempat Beras Terbakar.Nak jugakkan tengok hasil peninggalan sejarah.Tapi yang tinggal ada la dalam semangkuk je lagi berasnya..

Kat sini kalau nak beli souvenir pun banyak jugak kedai-kedai..Nak beli kain batik murah jugak kat sini.Tapi sebab dah borong kat Makam Mahsuri,so just tengok-tengok and beli lagi 2 dozen minyak gamat.Tu pun sebab ada member sms pagi tu nak kirim.Kat area sini sedozen RM9-RM10.Kalau kat makam Mahsuri dapat 15botol RM8.



Lepas ronda-ronda kedai-kedai tu kami singgah makan and hilangkan dahaga kat kedai makan area situ jugak.Isi perut before fly balik..Flight ke KL pukul 3.30pm so isi perut apa yang patut.


Flight yang sepatutnya 3.30pm delay ke 3.50pm..Alhamdulillah dalam sejam penerbangan kami selamat sampai ke LCCT..Then drive balik Nilai around 7pm jugak baru la sampai rumah..

Sekian..Tamatlah sudah percutian kami sekeluarga..Plan for next holiday pulak..



Thursday, October 25, 2012

Langkawi #Day 2..

Sambungan lagi dari entry sebelum ni
1.Babymoon -LANGKAWI
2.Langkawi #Day 1
3.Langkawi#day 1 part 2

Kena cepat-cepat habiskan story ni..Nanti aku lupa pulak..

Day 2..(AHAD- 7/10/12)

After selesai breakfast kat hotel kami siap-siap untuk mulakan pengembaraan hari ni..Destinasi pertama ialah KOTA MAHSURI..Walaupun hujan sekejap lebat sekejap renyai tapi kami teruskan jugak lawatan kami

Kalau pegi Langkawi tak jejak tempat ni cam tak lengkap la..Yelah ni kan tempat bersejarah bagi Langkawi..

Bayaran masuk ke Kota Mahsuri ni RM5 bagi dewasa..
Kat ruang legar kaunter tiket tu adalah show kebudayaan..dan juga diletakkan gambar generasi Mahsuri..

Dalam Kota Mahsuri tu terletak makam mahsuri,rumah parent mahsuri,ada galeri,telaga mahsuri,kedai-kedai,ada rumah-rumah peninggalan zaman Mahsuri..Dari situ serba sedikit boleh la tahu macam mana kehidupan Mahsuri suatu ketika dulu..

 Makam Mahsuri
 aku tertarik dengan penggunaan alat nak buat kuih tu..tak ingat dah nama kuih apa..
 rumah Pandak Mayah,ayah kepada Mahsuri..Seriau naik rumah ni sebab dah rasa cam lantai dah nak runtuh..Dalam rumah ni ada tergantung buaian..Tapi dalam buaian tu ada duit.Maybe pelawat la kot yang letak..Mujur jugak si Danial tak perasan.Kalau tak mau dia cekau duit syiling tu.budak tu bukan boleh nampak duit,semua dia nak masuk dalam tabung dia nanti..
 Seronok sangat dia dapat main dalam rumah ni sampai taknak turun..


 Dalam kawasan Kota Mahsuri ni ada juga binatang-binatang cam burung merak,ayam clok-clok..Danial tengok binatang suka la.Hujan renyai-renyai pun dia redah je..

Kat luar Kota Mahsuri tu pulak ada deretan kedai jual baju,minyak gamat,kain batik,kain pelikat..
Sempat jugaklah memborong kat situ..Minyak gamat kat sini dapat 15 botol,RM8..Pastu balm,3 botol RM2.Kalau minyak panas 3 botol=RM10..Kain batik pulak range price dari RM10-RM23..Kena survey dari satu kedai ke satu kedai.Hasil bargain sebab beli banyak dapatlah kain batik yang RM15 tu RM11.Kain tu elok sikit dari yang RM10..Kain pelikat cap Gajah duduk dapat RM12..Jadilah souvenier untuk kawan-kawan and family..

Next destination kami ke UNDERWATERWORLD LANGKAWI..Tiket masuk RM28 bagi dewasa..
 Mula masuk kita akan sampai ke kawasan rainforest..
dalam pukul 1.30pm binatang-binatang kat sini akan diberi makan..Jinak sungguh la..ada satu binatang ni so cute.Marmoset kalau tak silap nama dia..

 Then masuk lagi ke dalam jumpa akuarium singa laut..Ada dua ekor.Waktu kami melawat tempat ni memang time untuk bagi makan kat binatang kat sini.Kalau singa laut ni pukul 2.00pm.Masa nak bagi makan tu ada la show sikit dari 2 ekor singa laut tu.So cute!Danial ralit tengok..Kami pun tumpang happy bila tengok Danial happy..

 Kemudian beralih ke African Penguin..Berkerumun 42 ekor penguin tu berebut nak makanan..
Cute sangat penguin ni..Tujuan utama nak pegi ke underwaterworld ni nak tengok penguin la.Kalau letak tengan kat cermin akuarium tu penguin tu sure datang.Kalau kita gerak-gerakkan jari tu mengekor je penguin tu kemana jari kita bergerak..Seronok sangat.Boleh ralit main dengan penguin ni...

Next tengok sea creatures lain..Bila Danial tengok shark,punyala kuat dia menjerit.."ma..SHARK!!" dah gaya cam shark tu nak terkam dia dah..
 
 So far really enjoy tengok hidupan laut..Rasa cam nak pegi lagi..

Berdekatan dengan underwaterworld ni ada Coco Valley.Dah namany coco dah tentu la tempat jual coklat kan?Sempat jugakla masuk and ushar-ushar apa yang ada..

Seterusnya kami ke???

Tanjung Rhu..Serius tak tau pulak pantai ni ada waktu operasi..Pukul 5 dah tutup.Masa kami sampai dalam pukul 5.30pm..Bodek dengan guard tu dapat jugakla masuk..No wonder la kenapa nama tempat ni Tanjung Rhu..Sebab on the way ke pantai tu kiri kanan penuh dengan pokok rhu..

Disebabkan hujan jadi agak terbatas jugaklah pergerakan..Tapi ada mak kisah..Slumber je aku gi turun ke pantai hujan-hujan tu..


Then kami terus tuju ke Pekan Kuah..Tujuannya dah tentu la nak shopping..Kami sempat ke Haji Ismail Group..Borong coklat..

Dalam pukul 8 bergerak balik ke hotel..Mandi,solat then kuar dinner pulak..

Selesai aktiviti day 2..






Sunday, October 21, 2012

Langkawi -Day 1 part #2

Siap ada part 1 and part 2 lagi..tu baru day 1..jenuh la nak perabih sampai day 3..nasib la kome.Gambar tangkap hari tu banyak sangat.And aku nak gak tepek buh kat sini..Tu mujur bukan semua.

sambungan dari entry ini---->>babymoon LANGKAWI dan ini ---->>Langkawi Day 1

Selepas 3 jam spend time kat Langkawi Cable car and Oriental village kami teruskan perjalanan.Betul-betul ikut map yang kami ambik kat airport.Ikut je route pusing satu Pulau Langkawi.Agak tengok ada tanda tempat menarik kat map tu kami pegi je..

On the way from Cable car singgah kat TELAGA HARBOUR PARK..cantik sangat tengok yacht bersusun..

Ambik peluang snap picture kat sini..anak bujang dah selamat dibuai mimpi.Penat sangat kot berlari kat cable car.

Jalan-jalan lagi.Hubby teringin nak pegi area The Datai..sebab 2 3kali hubby pegi before ni tak sampai ke area sana.Tu yang excited dia nak tengok apa ada kat situ..Tapi tak kesampaian jugak.Sebab area situ cam private area.Kira just hotel area.Jalan pun kecik,sempit so patah balik..Tapi ada something yang menarik on the way to The Datai..


Langkawi Falls..Cantik.

Next Destination..
 Tak tau pantai apa..tapi takde orang pun.Berhenti sebab nak bancuh ribena Danial and perasan view dia sangat cantik.

Kemudian kami sambung  lagi perjalanan..Next destination is

 Ayer Hangat Village..
 Masa kami sampai tu tak ramai lagi orang..Actually banyak je kolam tapi don't know kenapa yang satu ni je jadi tumpuan..


 Spa free..natural from earth..cam syok je tengok orang rendam kaki.Tapi aku tak dapat la nak buat camtu.Ate takkan slumber nak selak kaki sampai ke betis tayang kat orang kot??Tengok je la orang rendam kaki..
 
 Muka mamai baru bangun tidur tapi nak jugak rendam kaki..


Settle rendam kaki cuci mata area situ..Lepas kami bangun dari kolam air panas tu baru la segerombolan budak-budak sekolah datang serbu kat situ..
 
Seronok Danial dapat berlari bebas yer..tapi tak larat nak kepong..Ikut dan dia je nak pegi mana..
 
 Suka pulak aku tengok benda ni.Murah je.RM10 je satu.Balancing concept.

Dah penat berjalan time to check in hotel pulak.Hotel kali ni dekat area Pekan Kuah.

Kami check in di sini pulak..

 Bilik dia agak kecik la sikit compare to One Helang Hotel tapi oklah untuk kami.Bukan nak lepak kat bilik 24jam kan?

Ni view dari bilik kami..Danial nampak je ada pool dah ajak bawak 'duck' dia turun..

Aktiviti petang tu kami banyak habiskan dalam kawasan hotel saja..Apa lagi kalau bukan mandi pool..

Anak beranak berendam.."duck" tu siap import dari Nilai.Before check in gi pam dulu kat kedai basikal..heee.Tapi bila balik terpaksa tinggalkan duck tu sebab beg dah tak muat..

Dah menggigil pun ada hati lagi nak berendam..Tapi sorry la dear kalau dapat mama yang strict takde can la yer.So tengok je la abahnya berendam..

Naik bilik dah ngam-ngam masuk waktu Maghrib.Solat dulu then chow pegi isi perut..Kat area Hotel ni belambak kedai makan..Kalau nak jalan kaki pun boleh.Just tinggal nak pilih je..Malam tu hajat hati nak makan kat EE Burger tapi tengok ada kedai seafood cam best jugak pekena tomyam time hujan-hujan waktu tu.So cancel kami pegi kedai tomyam ape ntah..Lupa sudah..Lapar ya amat sampai gambar makanan pun takde snap..Harga pun not bad..

Agak tak best sebab malam tu ingat nak pegi snap gambar kat Helang Square waktu malam tapi hujan lebat ya amat cancel plan.Takut demam pulak anak beranak nanti..So balik hotel rehat je la..

Habis aktiviti day 1..