Saturday, October 29, 2011

.nak pindah dah..!_______!

ntah kenapa tiap kali aku nak packing barang-barang mesti rasa sedih.sedih nak pindah.rasa dah best duduk sini.jiran-jiran sangat baik..tempat baru belum tentu dapat jiran cam sekarang.tiap kali aku pergi 'teratak cinta' kami tu just jumpa jiran sebelah kanan je.yang jiran sebelah lagi cam agak 'sombong' je..tapi tak boleh lg nak judge kan??takpela nanti bila dah duduk sana baru tau camne..pagi tadi sambil jemur kain sempat sembang dengan akak sebelah.sambil dukung danial, dia cakap 'ala nanti acik siti tak dapat la tengok danial hari-hari'..aku dah jadi sebak dah.serius aku anggap kak siti sebelah ni cam kakak aku dah.ape-ape hal mesti aku refer kat dia..ikutkan Desa Anggerik ni ke Acasia Park sekangkang kera je.tapi nak datang tu la.mesti bila ada ape-ape hal baru la nak menjenguk..

.........................................
tadi sudahkan keje-keje yang terbengkalai malam tadi.tu pun dapat buat kejap je..sebabnya si kecik pun sibuk nak 'mengemas' sama.mama dia masukkan kain baju dalam beg,dia keluarkan balik..sudahnya tinggal jela kat tepi.baik bergolek-golek dengan anak..memang tak jadi ape kalau si kecik ni tak tido.

esok insyaAllah semua barang-barang akan diangkat.malam tadi siapkan keje-keje membersih kat 'teratak cinta'.tu pun boleh bersihkan bahagian atas jer.3 bedroom and family hall..bahagian bawah tak boleh nak bersihkan lagi..keje-keje renovation tak siap lagi.


 bedroom kat bawah.pecahkan dinding jadikan dining area.tinggal nak plaster.insyaAllah tengah hari ni siap kata indon tu.
 living room.
giler serabut.semalam last diorang siapkan keje-keje plaster siling.pasang down light.

siap ke tak memang esok nak angkat barang dah.monday ni last duduk kat rumah sewa ni..so duduk je la dengan rumah tak bersiap.nak buat camne kan??hubby siap cakap malam tadi untuk sebulan ni tetamu tak berapa nak welcome sangat la.ada pulak camtu?.dia cakap rumah mesti lintang pukang lagi.dengan cat tak siap..perabut pun lintang pukang..emmm yela..segan gak kalau tetamu datang rumah kelam kabut.

fuhhh..esok mesti hari super duper tired.hubby suruh buat nasi ayam utk bagi orang angkat barang makan..nak upah orang indon and nepal kat site katanya nak suruh angkat barang.tapi depa makan ke nasi ayam ek???

.pagi ni.

hye uoll :))
dah breakfast ke?harusla dah kan?pagi ni hubby request nak makan kuewtiow goreng..siap boleh request cam order kat kedai je kan??..hihihi tapi i tak kisah pun.memang cam gitu la.kalau agak-agak dia teringin nak makan ape-ape dia request je kat bini dia.selalu ayat dia cam gini 

"abang rasa cam nak makan __________"..
"kalau dapat makan _____________ malam ni kan best"

haaa..agak-agak sampai hati tak nak keciwakan hubby sendiri???mestila tak kan?kalau bahan-bahan nak memasak ada dalam fridge memang aku masakla.kalau takde kena postponed esoknya..
sedap ke tak tu sendiri rasa..tapi kalau dia puji,memang kembang kempis kejap hidung aku..hahaha..
.
.
.
ni la hasil air tangan si isteri untuk sarapan pagi tadi..

licin dahhhh..
aku makan sikit je yg perabihnya my housemate la.

Friday, October 28, 2011

..salah ke FULLTIME HOUSEWIFE??..

tak tau nak rasa ape.tapi serius sangat tak best lepas chatting dengan my oldfriend malam tadi.sampaikan nak tidur pun aku teringat lagi ape yang dia cakap..pillow talk with hubby pun aku cerita kat dia ape yang kawan aku cakap..

salah ke aku jadi FULLTIME HOUSEWIFE????

kenapa dia nak komen lebih-lebih?ok.fine.memang aku takde income sendiri.semua atas suami..loan keta,insurans and everything suami yang bayar.tapi bukan kehendak aku.semua ni atas permintaan suami.bukan aku takde job offer.tapi bila dah kahwin syurga isteri pada suami.ape-ape pun kena mintak izin suami.kalau dah husband suruh duduk rumah takkan la aku nak lawan pulak kata suami.

dia pertikaikan nak beli ape-ape semua kena mintak duit husband..emm tak dinafikan.tapi setakat ni hubby ada bagi monthly allowance kat aku.kira nafkah la..bila ditambah-tambah loan kereta+insurans dan ape-ape lagi yang dia bayarkan pastu tambah dengan elaun yg dia bagi memang dah cukup banyak dah pada aku.aku tak pernah nak mintak lebih-lebih.sebab rasa dah banyak dah dia support.kalau aku tak kahwin lagi tolak semua yang nak kena bayar belum tentu duit bersih yg ada kat aku banyak tu..kalau aku keje pulak memang duit sendiri ada tapi nanti mesti kena share kan dengan hubby..hihihi..sekarang ni duit yg dia bagi dia takde pulak mintak balik..buruk siku ooo..

pastu dia cakap lagi tak boleh nak bagi parent..sape kata???setakat ni alhamdulillah walaupun aku tak bekerja aku dapat bagi kat my parent.kat adik-adik.tapi tak samalah jumlahnya cam aku bekerja sebelum ni.tapi pendek kata tak miss bagi kat diorang.

tak boleh beli ape yang berkenan sesuka hati..setakat ni ape ye yang aku berkenan aku tak dapat??emm takde rasanya.nak baju,hubby belikan baju..nak tudung,handbag,perfume semua dia belikan.tapi aku pun fikirla jugak.ukur baju kat badan sendiri.takdela pulak aku meminta-minta mana yang tak mampu dek suami.memang jarang sangat-sangat aku mintak.selalu dia offer..takpun present from him.aku rasa kalau aku ada duit sendiri lagi aku berkira nak keluarkan duit nak beli ape yang aku nak..hihihi..tu pasal allowance hubby bagi banyak aku beli barang danial je..selebihnya simpan or beli ape-ape untuk mak and abah and adik-adik.

pastu yang tak bestnya lagi dia boleh pertikaikan sebab aku duduk rumah tu yang progress danial lebih cepat compare to anak dia..sape suruh tanya danial dah pandai ape??aku citer la ape perkembangan danial..pastu bila citer boleh pulak cakap "cepatnyer danial.patutla pun sebab maknye duk umah.24jam dengan dia"..eh?kalau keje anak tak boleh berkembang ke??aku ada je member-member lain yang anak lebih kurang sebaya dengan danial.mak diorang keje gak.tapi ok je development baby diorang.pastu takde pulak nak compare camtu..bukan ke perkembangan baby ni berbeza.ada yang cepat ada yang lambat.tapi dia akan lalui semua tu..ishhh serius tak faham.

setiap soalan yang dia tanya bila aku jawab mesti nak bagi feedback negative.buat aku rasa cam sentap je..apesal nak pertikaikan sangat aku duduk rumah 24jam?



Thursday, October 27, 2011

.tips menangani anak.

assalamualaikum..

rasa nak share tips dari FB ni..cara-cara nak handle anak

  1. Jangan pukul anak dari lutut keatas
  2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
  3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
  4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
  17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri
selamat beramal kawan-kawan..

"anak-anak ibarat kain putih..ibu bapa lah yang akan mencorakkan anak-anak samaada menjadi nasrani,yahudi atau majusi"

saya MALAS..

ni entry ntah ape-ape ye uoll di petang hari..
entah ape kena hari ni..rasa MALAS tahap maksima..habis kat FB and twitter pun aku post status MALAS.
  • MALAS nak update blog..rasa cam banyak je benda nak citer.tapi bila hadap skrin,bukak blogspot terus rasa malas la nak type ape-ape.pastu bila nak pegang je laptop budak kecik ni pun nak tekan sama.penyudahnye bukak je youtube bagi dia tengok ape yang patut
  • MALAS nak buat keje rumah..tapi kena gak buat.kemas rumah,sapu rumah,mop lantai,basuh baju,sidai baju
  • MALAS nak masak..tapi dalam malas-malas kena gak masak.nanti anak and suami kelaparan
sekian saja entry MALAS hari ni..

Monday, October 24, 2011

..saya sangat suka..

assalamualaikum..:)

fuhhh..penatnye rasa badan.asal weekend jer memang kena kerah sepenuh tenaga..weekend semalam aku dapat mengelat keje-keje mengecat tapi tak boleh ngelat keje-keje kat dapur.dari hari Jumaat sampai la pagi ni rasa cam masterchef dibuatnya..tetamu tak putus-putus berkunjung kat rumah ni sebelum kami berpindah.segan gak rumah selerak dengan sofa dah berbalut,kotak-kotak dah bersusun kat bawah..tapi nak buat camne.orang dah nak datang.siapkan makan,minum and tempat tidur je la.

eh nak citer pasal ape aku suka sangat..

  •  production susu dah kembali normal..alhamdulillah rezeki Danial.thanks friends yang sudi bagi tips and semangat.yes.yang penting think positive.jangan stress..
dan aku baru jer start consume susu mililea ni.sebab tengok dalam majalah Pa&Ma kat page onebabyworld ada tulis susu ni salah satu milk booster.mudah-mudahan berkesan la pada aku.

  • tutti fruti dah dibuka kat Nilai..dekat 9avenue.atas Bebe's Home..
so pasni takyah la nak gi IOI mall or sunway pyramid baru nak makan.sukeeee..
nanti ladies day boleh la pegi.dapat 15% off.

  • dapat gak cari bedroom set yang meja makeup nya boleh nampak satu badan.ikut ketinggian aku la.kalau hubby terpaksala tunduk.kalau tak,nampak sampai bahu je.actually aku tak mintak pun nak set yang baru.tapi ada orang tu offer nak beli bedroom set yang baru.aku ok jer la.then kebetulan ada pulak yang aku berkenan lagila i likeeeee.then bedroom set yang sekarang ni boleh letak kat bilik tamu.
  • dah beli cermin besar..tapi takla besar mana pun.boleh letak menegak or melintang.tp aku pilih melintang la.plan sekarang nak letak kat dining area.tapi tengokla camne bila dah pindah nanti tiba-tiba tukar plan pulak ke..
  • raya haji ni raya kat my kampung..hoyeayyyyy!!! sukeeee..
lain??emm yang tu je la kot.ok nak sambung packing kain baju.

Wednesday, October 19, 2011

.dilemma seorang ibu.

Assalamualaikum..

hati rasa gundah gulana 3 hari ni..production susu cam makin merudum.sedih.dah jadi habit Danial kalau nak tidur memang nak 'bergantung'.jadi 3 malam ni dia merengek-rengek time menyusu.cam tak puas hati.ditarik-tariknya cik B.pastu tidur pun cam tak lena.sian dia.selalu kalau malam memang meriah jer production susu.bila danial hisap cik B sebelah kiri belah kanan pun mengalir sama.tapi dua tiga hari ni tak macam tu pun.kalau sebelum ni dia bf boleh dengar bunyi 'gulp gulp' tapi sekarang ni tak pun.

disebabkan dah lama aku tak pump memang tak taula berapa kuantiti susu yang terhasil.tapi sebelum ni pump pun takla  semeriah cam orang lain.paling banyak pun adala 6 oz.tu rekod paling banyak la aku dapat.every session 6oz.tapi masa tu dalam pantang la..lepas tu everage 4-5oz jer.then stop pumping sebab dah fulltime kat rumah so bagi direct jer kat Danial.senang.

jauh lagi perjalanan nak ke 2 tahun..kesiannya Danial.kalau boleh memang taknak bagi FM..nak kena cari inisiatif nak banyak kan susu ni..


kalau tension pun ada kaitan kan dengan production susu??maybe sebab tu kot. yes lately I'm tension!ok.now takmo fikir banyak-banyak.

.toothbrush.

assalamualaikum..

Finally my little Danial dah ada toothbrush..

ni panggil toothbrush ker??
tak kisahla ape pun panggilannya tapi fungsi sama.nak membersihkan gigi.

cari kat Guardian takde.pegi pulak kat World of Babies takde stok pulak.last sekali jumpa kat Bebe's Home.yang Fiffy tu BPA free.harga RM5.90.then Babyking tu RM4.90..jadila untuk permulaan nak memberus gigi danial yang ada 6 batang tu.pasni takyah la pakai kain dah nak bersihkan gigi dia.

hajat di hati nak mencari toothbrush Pigeon. 8-12months..

tapi takde stok plak kat World of Babies..
yang ada cam ni jer 
v
v

Lesson 1(6-8months),lesson 2(8-12months),lesson 3(12-36months)

3 in 1.RM25 kalau tak silap.bila tgk 25 hengget langsung aku tak beli..bila fikir-fikir sambil belek-belek,kalau beli yang ni,lesson 1 tu dah tak pakai since danial dah 8 months dah masuk lesson 2.rugi pulak.kalau beli 2 batang RM20..save 5 hengget..sudahnye memang aku tak beli la.

hehehe gile berkira mama danial ni.

 

.WW-sama je..

assalamualaikum :)

cer tengok gambar ni
v
v

 sama tak dengan ni???
v
v


ni la gaya dua hero saya tido.menongkat dagu.
like father like son.
memang anak bapak sungguh!

Monday, October 17, 2011

..ahad..

assalamualaikum :)

 ni lah aktiviti di hari ahad.dari pagi hubby dah mulakan aktiviti.
beli perkakas nak mengecat dan perkakas-perkakas untuk orang buat keje reno dapur(tukar kedudukan pipe,pecah tile buat table top)..huhuhu dah makin kecik dapur yang sememangnye cumel.nak buat camne??emmm tunggula dapat bonus berbulan-bulan ke boleh la extend kat belakang.tu pun sekangkang kera jela.
.
.
.
aku??siapkan keje-keje rumah cam biasa.siapkan lunch.then barula turut serta bersama-sama hubby menconteng dinding.tu pun aku gi lambat gak.
aci tak nak ngelat??hahaha.

time ni muka dan tudung elok lagi.semangat berkobar-kobar tu nak mengecat.
danial pun suka benor dia tgk tong tong cat tu.
pastu usah cakapla.berpoloh poloh muka,badan..cat,hubby boleh main calit-calit pulak kat pipi aku.huh sabar je la.
.
.
punya la beriya sampai 2 orang mengecat tapi satu bilik jer baru siap.
apedaaaaa???
malam tadi ambik kau habis sakit-sakit bahu ni.tengkung pun rasa sengal-sengal.
wuaaa surrender dah laki bini nak mengecat sendiri.
kita upah jer la pasni.
bayaq pakai ayaq lioq.aci dak??

 

.Nilai 3 & teratak cinta.

assalamualaikum..:)

hujung minggu yang memenatkan!
semuanya sebab rumah baru kami.aka TERATAK CINTA..hihihi saja nak bubuh nama baru la kat rumah tu."Teratak Cinta",walaupun rumah tu tak se'gah' mana,tak secantik mana tapi sebab di situla nanti me dan hubby akan menyemai cinta bersama chenta hati kami,Danial jadi letak nama tu..lagipun rumah tu dibeli atas dasar suka sama suka antara me and hubby dan dari segi persediaan,menyediakan kelengkapan,dekorasi semuanya kami buat bersama..walaupun memenatkan tapi enjoy and happy.

untuk minggu-minggu ni sehingga la kami pindah ke situ memang aktiviti hujung minggu semuanya nak siapkan perihal Teratak Cinta.

Petang Sabtu ke Nilai 3..mentang-mentang rumah dekat dengan Nilai 3 situ je la tempat dituju ye dak??tujuan utama nak cari lampu hiasan..nak survey harga.ok.dah ada tiga kedai dalam senarai yang harganya boleh tahan.ye la pada orang yang tak berapa nan ado duitnye kenala survey betul-betul cari kedai mana yang murah..so far kedai yang jadi pilihan Avalon,GC lighting dan lagi satu dekat dengan MK Curtain..ape ntah nama kedai tu..harga ni compare ngan kedai TOP 10 betul ke ntah nama dia tapi yg dekat dengan Tesco Puchong..kedai tu murah.

settle bab lampu survey curtain pulak..dah alang-alang pegi kan?so far kitaorang sempat tengok kat MK curtain (cam mahal jer)..pastu Nilai Textile & curtain centre.(not bad.kain yang cantik tp harga murah.upah pun murah.siap sejam.ada jenis kain yang aku nak),pastu gi kedai Fiona(harga kain pun ada murah ada gak mahal.tapi ape-ape pun kena tanya poket dulu.kedai ni pun boleh tempah kat situ.).dan beberapa kedai lain.mana yang sempat je la.survey gak curtain yang ready made.murah gak.untuk simple style cam aku nak tingkap 2 panel dalam RM59.90..3panel RM69.90.sliding door,RM129++.kain pun tebal gak.kira okla tu.rambang mata tengok design dan kain langsir ni.nak juling pun ada.banyak sangat.ape-ape pun tengok keadaan budget camner.kalau ada extra money boleh la tempah sepertimana yang diinginkan.kalau duitnya cukup-cukup ajo beli yang ready made pun dah cantik dah.

pastu hubby sempat lagi gi tengok carpet.kaki ni dah lenguh dah kalau diikutkan.tp layan kan aje. 

mari kita testing carpet..

ape bulu-bulu ni mama?

 bestnye kamu baring yer Danial??

dalam tengok-tengok tu terus terberkenan.berjaya la menambah koleksi carpet yang ada kat rumah ni.hari tu dah beli shaggy carpet kali ni beli jenis lain pulak.kalau kat Nilai 3 ni kitaorang suka beli kat kedai belakang-belakang.yang dekat dengan pasar tu.sebab harga boleh tawar kaw-kaw punya.kalau kat gudang karpet,kedai yang tepi jalan,betul-betul lepas masuk simpang Nilai 3 tu memang takdenya beli kat situ.memang la banyak pilihan tp compare ngan kedai yang kecik harga lagi murah kat kedai kecik tu.dari jenis,buatan,warranty semua sama..

dan sempat gak la menambah koleksi tudung dan shawl..tudung untuk pakai masa raya haji nanti..hihihi.yang RM25 tu tawar-tawar dapatla RM13.murah jer tudung aku pakai.dah murah rembat 3 helai terus.beli untuk mak satu.pastu shawl 2 helai.ala RM10 jer..kalau ikut hati memang nak je ambik berhelai-helai lagi tapi kenangkan dah banyak dah duit terbang sebelum tu so lupakan jer niat di hati.kalau kedai tudung pun aku suka beli kat kedai area belakang tu.sampai akak tu dah cam muka Danial.bila tengok tudung hilang terus penat..balik pun muka berseri-seri.hihihi.hubby dah paham sangat..asal gi Nilai 3 mesti nak beli tudung.

esoknye ada tugas yang lagi memenatkan sudah menanti...




Saturday, October 15, 2011

.siannya anak mama.

assalamualaikum..:)

kejadian ni berlaku malam tadi.
macam biasa lepas aku prepare food for dinner,aku mesti nak mandi dulu sebelum makan.takut boroii la kunun.padahal makan after 8pm bukan elok pun.masa mandi,Danial aku biarla kat bawah.abahnye boleh tengok-tengokkan sementara aku mandi dan bersiap..tengah best best mandi tetiba dengar suara Danial nangis.kuat giler.aaaa sudah.dalam hati memang dapat agak mesti jadi ape-ape.kalau cari mama dia pun setakat merengek manja jer.ni lain betul bunyi nangis nya.aku apelagi cepat-cepat siap berlari turun ke bawah.

sampai kat bawah terkejut giler tengok mulut Danial berdarah.sampai kena kat baju..Ya Allah ape kena anak aku??kejap je tinggalkan..masa tu hubby dukung try cool kan Danial.tapi idaknye dia diam.lagi melalak-lalak ada.bila nampak aku dia depa-depa tangan nak suruh ambik..

bila tengok Danial berdarah macam tu,menangis macam sakit sangat air mata aku pun laju je la mengalir.sedih tengok Danial jadi camtu.aku jaga sepanjang hari setakat ni Alhamdulillah takde pun jadi camni..ni bila tinggalkan sekejap.tak sampai 15minit dah jadi camtu..ok fine.benda nak jadi tapi boleh elak kan?kalau main sama-sama dengan dia..tengok dia betul-betul.

sambil nangis-nangis tu tanya kat hubby..kenapa boleh jadi camni??..hubby cakap Danial berdiri,berpaut kat kerusi makan..memang bawah meja makan tu tempat lepak Danial.ntah kenapa suka betul dia duk kat bawah tu.pastu tetiba tgk dia dah jatuh.maybe dagu dia terentak kat lantai..time hubby explain tu aku nampak air muka dia lain.muka cuak! tapi tak kira aku bebel gak kat dia dengan air mata duk mengalir.aku tau mesti dia sambil lewa tengok Danial main.mesti khusyuk sangat mengadap iPad..dah tau anak suka duk main kat situ duduk la sama dengan dia..ni anak kat meja makan dia duk kat sofa..kalau anak nak jatuh mana sempat nak berlari gi sambut.


lama gak nak pujuk Danial.sua cik B pun taknak.nak suruh dia bukak mulut pun payah.aku nak tengok mana yang berdarah..kot gigi patah ke..tapi kat bawah dagu cam ada lebam..kat kepala ada cam calar dan tersiat kulit sikit..yang berdarah tu tak sure dari mana.

 lepas tukar baju semua menangis lagi..jenuhnya nak tengok dalam mulut dia.
emmmm sedihnya hati tengok anak jadi camni.

 dah diam.itu pun sebab dengar bunyi iklan upin ipin.

lepas bagi susu,pujuk-pujuk dia mau la diam.tapi dapat rasa mulut dia sakit.sebab tengok cam ada je darah lagi.

sejam lepas tu dah boleh duduk.okla kot.sebelum tu baring jer..tapi dia tak nak gelak.
.
.
.
hari ni tengok lebam kat bawah dagu dah kurang.tapi dia tak ceria cam biasa.
risaunya..

"Danial please jgn buat mama risau..mama nak tengok Danial gelak,happy,aktif main.."


Friday, October 14, 2011

.cepat dan mudah.

 assalamualaikum..


sukanye bila dah ada cara mudah,cepat dan segera nak masak KUZI..korang pernah rasa tak kuzi??kalau tak pernah rasa pasni korang boleh try..kalau tak silap kuzi ni makanan belah-belah pantai timur.aku first time rasa masa hari pertama berada di rumah mertua.malam tu mak masak KUZI AYAM makan dengan roti jala.MIL orang kelate tapi dah bermastautin kat Penang.en suami pulak sangat la suka makan kuzi ni.sokmo suruh aku belajar dari MIL..dah belajar.tapi aku rasa renyahnyer nak buat.pastu susah nak cari rempah dia..

tapi sekarang ni semua dah jadi mudah dengan adanya ni

beli kat TESCO..harga RM3.80 satu peket.kelmarin aku tengok ada 3 peket aku ambik semua.hahaha puas hati.
.
.
.
dan ni hasilnya...


aku ubah sikit ingredient dia.tambah bawang besar yang digoreng dan di blend.ikut cam cara asal kalau pakai rempah.manis bawang tu menambahkan lagi kelazatan KUZI AYAM ku ini..hihihi.

Thursday, October 13, 2011

.perlu ke?.

hye hye :)

sihat uolls??harap sihat la yer..

rasa cam nak membebel kat sini..kalau rasa-rasa cam malas nak jenguk sini boleh la gi page lain.just nak remind ni entry nak luah perasaan.bukan nak show off or whatever..

actually sangatla tak puas hati dengan en.suami..ke ntah memang perangai orang lelaki camtu..pantang ada yang lagi canggih nak di upgrade.silap-silap bila bini dah down grade dia pun mau upgrade yg lain pulak.choi!!mintak dijauhkan la.

5 hari ni memang aku asyik duk bebel la kat en husben.mana taknye.without telling me.no discussion.tau-tau dia jual tv rumah ni..senyap-senyap jer tau..malam yg orang nak beli tv tu datang baru aku tau.tak ke terkejut??serius blurr..bila orang datang aku cover la jugak.buat muka manis.hidang air..tp dalam hati tgh sabar nak serang en husben..patutla sebulan ni asyik gi survey tv..tp aku cam tak terpikir dia nak tukar tv lain sebab tv yang sedia ada tu elok lagi.dalam setahun++ baru pakai.under warranty lagi..

balik je orang yang beli tv tu haaa siap la soalan bertubi2 dari aku..kenapa?sebab ape?alasan dia saja offer kat orang yg iklan tu.orang tu nak cari 42"LG plasma tv..kebetulan sama tv kat rumah ni.kalau ada orang nak,dia jual la.boleh beli tv lain katanye.kalau takde dia stay je la dengan tv tu..aku tanya balik PERLU KE nak membazir?buat ape membazir extra 1K plus untuk beli tv lain.baik simpan duit tu untuk beli benda lain.baik spend untuk rumah baru..tapi en husben cakap dia nak yang 3D punya..adoiiii bukan semua citer pun ada 3D.dia cakap nak tgk bola 3D..

emmm geleng kepala aku dengar alasan dia.ntah aku risau nak menjawab ngan mak mertua je kalau nanti dia datang sini tgk tv dah tukar.masa beli tv 42" tu berhari gak dia duk mengomel kata buat ape beli tv besar.beli kecik2 sudah.pastu ambik pakej astro lebih sikit dia mengomel gak.masalahnye bukan mengomel depan anaknye.duk mengomel dpn aku ni haa.cam la aku paksa anak dia beli itu ini.padahal aku tak pernah mintak sikit pun.semua ikut sesuka hati,sesuka jantung anaknya nak beli ape.

..................................................................
hari Jumaat jual then Sabtu petang gi la tengok tv cam yang en husben nak kat Seremban kebetulan ada hal nak gi sana.takde pulak display..then Ahad ke Puchong..pastu ke Subang..then balik ke Nilai..gi Senheng.ada promosi pembukaan.belek punya belek.test punya test.compare harga..balik rumah buat pulak research..masuk forum sana sini..finally dia decide gi beli kat Senheng..tapi kena order.takde stok.

makanye 5 hari takde bunyi tv kat rumah ni.ape berita,cerita semua tak tengok.korean drama feveret aku pun tak dapat tgk.sabar je la..

malam tadi baru la dapat 

excited ke tgk tv besar???emmm aku tak pun.
still tgh rasa sayangnye en husben membazir duit camtu.
pastu tgh fikir nak jawab ape bila kakak2 ipar and mak mertua tanya nanti.

Wednesday, October 12, 2011

..unplanned..

citer ahad lepas..tapi hari ni baru hegeh-hegeh nak update..

tak plan.memang tak terlintas pun nak pegi..asalnya balik dari survey barang dari subang nak singgah umah SIL kat AmanPutra..just nak tumpang sembahyang Asar.pastu boleh tgk si kecik dua orang tu Aishah and Ammar.masa sampai tgk dua orang budak tu dah siap pakai cantik2..masuk2 umah jer angah ajak gi Taman Botani Putrajaya.actually kaklong yang nak pegi bawak anak-anak dia..ate dah kitaorang dah ada kat umah angah join sekaki la..kira satu jalan kalau nak balik ke Nilai..kalau nak tunggu en husben bawak mmg idakle.ni dah alang-alang semua nak gi ape salah join sekaki..

so layan gambar jer la.dah nama unplanned takde la bawak camera.kalau bawak camera mmg sakan la mama and danial bergambar..ni pun gambar2 yang tangkap pakai henpon jer. 

 kalau perasan ibu jari aku duk keras camtu jer..tu la kesan dr tragedi awl ramdhan hari tu

 susah betul nak ambik gambar budak kecik ni.
 Danial,Aishah,Ammar,Adam,Asyraf dan Afina..cucu-cucu tokwan and tok penang

 suke dia tgk abang-abang sepupu and kakak sepupu berlari dan melompat.dia??duk je la dlm stroller.
tu pun meronta-ronta gak suruh turunkan..

suka dapat naik ketapi walaupun ketapi ni tak bergerak.

petang tu ramai sgt pengantin buat outdoor photoshoot kat situ..jalan sikit jumpa pengantin..siap ada 2 wedding event kat situ..kalau muka tak malu boleh la gi redah makan..hahahaha..ooo tak baik.berdosa.haram.

next time boleh gi lagi kat situ.bleh berkelah.cam best jer bergolek2 atas rumput.

.dah bertukar.

Assalamualaikum..

no more celcom broadband.


now dah bertukar kepada ini
v
v
v
sebulan dah pakai.
so far puas hati..

Monday, October 10, 2011

kunci rumah dah dapat

assalamualaikum..

alhamdulillah..lebih seminggu la dah kunci rumah yang kami beli tu berada kat tangan kami..makanya secara rasmi rumah tu dah jadi milik kami la.alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan.tak sampai 3 bulan settle everything.yela SMP kan valid 3 bulan jer..

nak refresh balik..

23/7/11---> tgk-tgk rumah.belum decide nak beli.sehari lepas tu call ejen cakap nak booked.tapi kalau booked pakai air liur dia tak jamin.sebabnya ramai yang dah tanya rumah tu..disebabkan taknak pisang berbuah dua kali esoknye gi bayar RM1200.kiranya confirm nak beli.pastu Isnin tu bayar balance deposit lagi RM7200..time ni mmg korek saving la.mujur ada saving dalam tabung haji..ni rasanyer just payment utk ejen kot.penjual rumah tak dapat..

awal bln 8 kalau tak silap 5/8-->;gi sign SMP and semua document.liase dengan owner mintak kurangkan harga.mujur owner tu ok jer.dapatla kurang sikit harga rumah tu..masa tu bayar law fee around RM5000++..terkejut gak masa cik Syafinaz inform a day before gi sign..tp nak buat camner.dah keje depa.bayar jer la..

then tunggu feed back dari lawyer.diorang settlekan everything..ikutkan diorang akan cari bank untuk loan.tapi tak semua bank yang bagi value tinggi  or cam yang kita nak..diaorang suggest CIMB..sebab cepat and senang nak dapat tp not so sure diorang boleh bagi cam value yang kita nak..pastu RHB.tapi RHB slow.silap-silap overdue dari tarikh SMP..en husben cakap nak try cari sendiri.then lawyer settle document yg patut untuk loan application..pastu submit kat Maybank.tu je pun yang try apply sendiri.

dalam duk tunggu tu en husben ter'register' kat satu website ni  http://www.malaysiahousingloan.net ..'TER" ok.sebab ntah cari ape masa tu then masuk website tu.hari ni register esoknya dah dapat feed back kat email. from website ni dia assign mortage consultant kat kami.free of charge.bank yg akan bayar nanti komisen kat dia.then arrange nak jumpa.lepas discuss ape yang patut nampak gaya senang dengan ada consultant ni,Ms.Belinda.pendek citer mmg lepas kat Ms.Belinda ni pasal loan application.dia yang hantar semua doc kat semua bank untuk apply loan..ape-ape hal dia datang jumpa kami.takyah susah2 nak gi KL.pastu always update psl loan ni.trough email or sms.kiranya mmg banyak membantu la..lepas dia send semua doc tu adala beberapa bank yang bagi feedback.tapi kebanyakan value tak macam yang dikendaki.mean rendah sikit.pastu compare interest..last sekali ada dua bank yg betul-betul offer dia memenuhi kriteria yang kitaorang nak..finally pilih Alliance Bank..bila dah confirm pilih bank tu Ms.Belinda  suruh fotostat ape-ape doc yang patut..cam IC,latest 3months pay slips,SPA,SMP..bla bla bla..

25/8/11-gi sign ngan lawyer Alliance Bank..bawakla semua document yg Ms.Belinda tu pesan..then tunggu semua settle

sampaila 30/9/11-pagi tu lawyer call kata boleh ambik kunci kat Michael,ejen rumah tu..petang tu baru gi ambik then terus gi rumah tu..


ehem ehem si merah nak enter-frame la pulak..

dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...
melangkah masuk..rasa lain pulak perasaan tu..before ni datang masa nak tgk2 jer rumah sebelum decide nak beli.kali ni datang sebagai tuan empunya rumah.

insyaAllah dalam bulan ni nak pindah masuk..settle renovate,cat and cuci semua baru boleh masuk.renovate pun yang mana penting jer dulu..ikut budget.harap-harap boleh settle sebelum bln 11 sebab dah bagitau owner rumah sewa yang kami duduk ni nak pindah bln 11..then weekend semalam sangat la busy nak settlekan semua perihal rumah ni.cari kontraktor..gi survey barang..gi beli barang.emm ape yang penting ukur baju kat badan sendiri kan??kalau ikut hati nak je buat semua..tapiiiii kena ikut kemampuan..mana yang boleh save kena save...

mode: confuse nak pilih color for kitchen kabinet..

..saya dah 8 bulan!!...

assalamualaikum..

hai aunty..hari ni saya dah LAPAN bulan.

gigi beshorrrr!!
  • danial dah ada 5 batang gigi + 1 baru sikit-sikit nak muncul.
  • danial suka panjat tangga..kalau mama ada duk belakang lagi danial nak tunjuk terror.
  • tengah gian berdiri..pastu meniti dalam 3 4 tapak kat tepi sofa,dinding and tepi katil..kadang-kadang lutut mama pun boleh jadi penahan danial untuk berdiri.
  • sangat suka gigit mama!!pipi mama sedap.danial buat-buat cam nak kiss mama tapiiii jeng jeng jeng sebenarnya danial nak gigit mama..ooopppss kdg2 cik B mama pun danial gigit.jgn marah ye mama..
  • berat terkini tak tau la aunty.mama cakap next week baru gi klinik..tapi abah selalu cakap "dah hantap dah anak abah..lenguh dah nak dukung"
  • danial tak suka makan lembik-lembik cam nestum tu..danial suka makan bubur nasi + sup yang mama buat.hari-hari mama buat sup kat danial..sup ayam,sup ikan,sup daging,sup sayur,sup telur..tapi danial suka gak makan mee and bihun..!!nak test power gigi danial..breakfast kadang-kadang mama buat mashed potato,sweet potato..buah pun danial suka makan.
  • semalam danial dah tau minum pakai straw.sebelum ni tak reti nak sedut..hihihi.
  • kalau nak poo poo pulak danial suka menyorok bawah meja..tak pun kat tepi sofa.maluuuu...
  • bahasa 'jerman' danial pun makin improve."abbabaaaba..mamammama..ppaapapapa..yaiyaiyaiii"kalau opah and tok call dah boleh sembang dah..
  • sgt mesra alam.dengan sape jer..asal orang tu agah mesti danial suka.then gelak mengekek-ngekek.

ermmm ape lagi yer aunty??takpela nanti bila-bila mama update lagi pasal danial.

Friday, October 7, 2011

selamat hari Jumaat..

Good morning uolls..

selamat hari Jumaat..hari ni ramai la duk sebut pasal BAJET..BAJET..those kakitangan kerajaan mesti lagi suka kan??kot ada kenaikan gaji..kot ada bonus..aku??takde kena mengena.so malas nak ambik port sangat..kalau kot-kot ada kena mengena ngan private sector aku ambik port la gak sbb en suami keje private..tapi tengokla japgi manala tau ada mood aku nak tgk Dato'Najib dlm tv kang aku bukakla..

sukanye JUMAAT!!kalau time duk jauh jauh sebelum ni aka PJJ lagila over excited bila muncul Jumaat.bila dah duk sekali ngan en husben ni pun aku suka gak hari JUMAAT..
sebabnya??
lepas Jumaat..muncul pulak sabtu and ahad.hujung minggu ni la time berdua-duaan eh silap bertiga-tigaan.si kecik nak campak mana pulak?hujung minggu ni la time nak beronggeng rokiah..bawak Danial tgk dunia luar.kesian kat dia terperuk dalam rumah jer.padahal boleh je nak dating berdua dgn Danial during weekdays tapi mamanya MALAS..leceh plak rasa nak kuar berdua..hahaha yang ye nya malas nak drive.si merah pun dah seminggu dah tak ber start.keta en suami lagi la dah nak dkt 2 minggu tak gerak ke mana..asyik duk bawak en Hilux jer.dah dua lagi tu ter ignore..

lagi aku suka hari jumaat..sebab petang jumaat sampai ke ahad aku takyah nak sibuk2 masak utk dinner.selalu petang jumaat cari makan2 kat pasar malam..yong tau fu ke?roti john ke?apam balik pulut ke?then sabtu kena masak untuk lunch sebab en suami keje halfday.balik tu mestila nak makan.malam tu dinner kat luar..esoknye Ahad cuti..makan2 kat luar gak..isnin pulak baru masuk keje..hihihi..time weekend ni la aku boleh cuti jadi fulltime housewife..harusla kan housewife pun nak gak cuti..MC pun mana pernah ambik..eh ada kot 2 minggu masa tangan injured.pastu rekod cantik jer.tak pernah MC.keje doplohpatjam.time tido pun keje tau..keje untuk Danial..tukang supply fresh milk kat si kecik tu..

lagi???lagi sebab aku suka la..sukahati la kan nk suka ke idok..ala uoll pun mesti suka kan??

sekian saja entry saya suka jumaat..hihihi.
selamat berhujung minggu uoll..

Wednesday, October 5, 2011

sedap la pulok

assalamualaikum..

ala..last stok..kalau makan ni habis la spreadable yang sedap ni..

masa PIL balik dari umrah hari tu diorang bawak balik banyak benda alah ni.
ada yg unsalted..ada yang masin.
dua-dua i loikeee!!
rasa susu tu pekat..
en suami makan jem appricot PIL bawak.aku pulak makan yang ni.

tapi tula ni last stock..


agak-agak kat malaysia ni ada jual tak??
kat mana ada ek?
nak yang sebijik camni..

WW# I like to eat banana..

assalamualaikum..

hello aunty!!!

thank u mama..

 nyum nyum..sedapnyer banana ni..

mama..camner nak makan lagi ni??Danial tak reti nak alih tangan..

Tuesday, October 4, 2011

citer balik kampung..

assalamualaikum..

hai uoll.sihat ker?hari ni rasa cam dapat suntikan semangat baru jer uoll.mana taknyer dah dapat lepas rindu pada mak and abah..walaupun kejap tapi berbaloi-baloi..sampaikan sanggup lupakan plan nak gi jalan-jalan makan angin ke Cameron Highland..tak jadi lagi cuti-cuti malaysia..takpe-takpe next time.biar atok and opah puas-puas main dgn cucunya..tu lagi berbaloi.

bertolak dari Nilai hari sabtu around 6.00pm sampai kampung pukul 8.00pm..mak dah siap-siap masak dah..sup tulang terbaekkk from bonda tersayang.

  nyum nyummmm..

baru plan nak ajak mak,abah n miza gi dinner kat luar.tapi mak dah masak..so harusla pekena sup tulang mak..siap bubur untuk danial pun dah opahnyer masak.bubur nasi yg mamanya buat memang dah tak laku la kalau opahnyer dah ada masak.

Danial balik kali ni dah pandai usik-usik barang umah opah..

 1.punggah majalah..

 2.kacau kucing-kucing makcik miza..
 mula-mula tgk dari jauh jer dulu



 pastu baru dia datang dekat.habis kucing tu dia picit..sekali kucing tu nak cakar takut terus

 then tgk dari jauh jer opahnyer pegang kucing tu..haaaa tau takut.

petang ahad tu barula mengukur town Teluk Intan..hujan lebat.tak boleh nak ronda-ronda sangat..tapi sempat gak gi rumah exschoolmate,achik..jumpa mikhael..Danial takut ngan abang Mikhael!.sian Danial asyik kena cepuk jer ngan Mikhael..hihihihi..terus tak berani nak dekat ngan Mikhael.tp Mikhael tak give up nak main gak ngan Danial..

isnin petang tu dah nak balik dah..tu pun kebetulan en suami ada factory test kat batu gajah merasala nak balik lama sikit.kalau tak ahad dah kena balik dah..

sebelum balik sempat lagi mak masak lontong..feveret en suami..menantu kesayangan la kununnn.ape je yang en suami nak makan mesti mak masak..huh jelousss  i u..

petang around 5.30pm gerak balik ke Nilai balik..otw tu singgah Sungkai jumpa opah..lega hati dapat menggembirakan hati mereka..me pun seronok gak.rindu ayu and eka..
tapi kejap sgt jumpa diorang..
takpela insyaAllah raya haji nanti kita jumpa lg..


babaiiii

ada gak hajat tak kesampaian balik kali ni..
1.nak gi kampar..nk jumpa member2 lama..
2.nak berurut-opah urut tu takde plak.gi umah anaknyer
3.nak gi manjakan diri kat my feveret spa-kedai tutup plak.and aku dah hlg no contact akak tu since tukar hp.tak dapat nak booked awal-awal.
4.nak makan mee Mastan- tak dapat sebab dah kenyang makan kat umah achik so tak jadi gi makan.