Wednesday, July 27, 2011

..5 bulan 13 hari..


my Danial Zaffran dah boleh duduk..
5 bulan 13 hari..
alhamdulillah..
mula-mula dia duduk senget 70 darjah..tangan kena tahan badan..
ni dah boleh duk tegak sikit dah.tapi tak la 90degree.
dalam 85 degree kot
hari ni dia try nak lepas tangan.tapi tak balance lagi.
rutin dia sekarang
meniarap..pastu buat gaya merangkak..merangkak setapak dua..then angkat montot dia tinggi-tinggi pastu dia tala la bontot dia kat mana dia nak duduk..
pastu senyap jer la dia main dengan sebelah tangan topang badan sebelah tangan lagi pegang mainan.
kalau dia penat dia meniarap balik..
sayangggggg bushuk mama ni!!!


Tuesday, July 26, 2011

KIKO warehouse sale..

jom jom ibu-ibu bapak-bapak sekalian..

Kiko Warehouse Sale

From RM7

Kiko Apparels
From Age 1 – 14
Time : 10am to 5pm
Location (Tel 603 8068 8888)
Kiko Garments Sdn Bhd
No1 Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
Puchong

..muffin coklat pisang..

fresh from my steampot..
v
v
v

rupa kureng jer..tp yg penting rasanye..hihihi.
ni special utk en suami.pencinta pisang..and me pencinta chocolate.
then combine dua-dua..
jadi la muffin chocolate pisang..

Friday, July 22, 2011

..masterpiece..

Assalamualaikum..

Malam tadi lepas sembahyang maghrib,sambil layan si kecik tu sembang-sembang la dengan en suami about deko-deko our future house..imagine jer dulu..
  • Nak buh cat color ape..
  • Nak susun perabot camner
  • Nak renovate kitchen camner..
  • Pasal bedroom..which one bilik danial,bilik solat,guest room
Dan terkeluar la dari mulut aku..”nak buat my masterpiece boleh????”

H:“nak buat ape??”..
W:”ala..nak conteng-conteng sikit kat dinding..kat tangga ker..kat corner mana2 ker”
H: “emmm ishhh tak yahla..kang ntah ape-ape jer”..sambil buat muka cam kurang percaya kebolehan isteri dia..aiyoooo sabar jerla dengan itu suami..
W:”kalau tak boleh kat area tontonan umum..nak buat kat bilik..kat bilik danial ker..ayg dulu kat sekolah ada lukis mural tau..pastu kat semetrik dulu ayg dgn member  lukis pastu tampal kat dinding bilik.bukan kecik anak tau..lukis besar2 punya..tu yg bilik kitaorang dapat bilik ceria”
H:”tu zaman bila? Bila last pegang berus color?”
W:”hehehehe..”
H:”takpe..nanti try lukis kat kertas dulu.bagi abg tengok camner..”

Amboiiiiiii nak kena bagi paper work dulu baru nak approve yer??takpe2..akan ku buktikan..

Tadi dah try nak lukis..baru jer pegang pensil and paper dah terkedek2 Danial datang kat mama dia.cam askar nak buat serang hendap  komunis..dia  pun nak lukis gak.tapi taknak pensil lain nak gak yg mama dia punya..aiyoooo..last sekali letak semua pensil and drawing gomoi jer budak tu lagi best..LAGI BEST woohhoo..

Thursday, July 21, 2011

..berpuasa..


Assalamualaikum..ceh hr ni macam baik pulak.selalu main terjah jer takde salam,takde hai..ape daa??ooo hr ni saya berpuasa. ambik peluang di bulan syaaban.bulan rejab lepas tak banyak sangat dapat buat puasa sunat..bulan syaaban ni insyaAllah dapat lebih sikit dari bulan rejab..praktis sebelum berpuasa betul-betul bulan ramadhan nanti.tahun lepas dapat puasa penuh.tahun ni nampak gaya berlobang-lobang la puasa ku nanti..

Nak citer pasal puasa dan susu ibu.setakat aku puasa ni Alhamdulillah takde kurang walau sikit pun.dari segi kuantiti la..kualiti?wallahualam..insyaAllah tak terjejas jugak rasanya.mula-mula cam fikir gak kalau puasa nanti camner ngan Danial?takut dia tak cukup susu..so practice make perfect kan?tu yang try puasa sebelum bulan ramadhan ni.and Alhamdulillah semuanya ok.melimpah ruah lagi.Cuma bila petang tu rasa cam tak larat sikit.sebab Danial sgt kuat bf..and he really enjoy doing that.tapi tak larat pun kena gagahkan gak prepare menu berbuka untuk me and hubby.kalau aku puasa hubby pun mesti nak puasa sama.and dia yang akan prepare untuk sahur..LOVE YOU ketat-ketat sayang.

Ikutkan bila puasa sunat ni rasa cam malas nak sahur.nak jer buat cam zaman duk solo-solo.before tidur standby siap-siap air masak kat tepi katil.kalau terjaga sebelum subuh tu tegukla seteguk dua air pastu sambung tidur balik.kalau tak terjaga puasa jer la without sahur.ok jer.tapi sekarang ni tak merasa la nak buat camtu.selagi aku tak bangun sahur selagi tu la en suami akan terjerit dari bawah.”ayang bangun!!”..kalau bini dia tahap tidur mati dia boleh sapu kat muka bini dia ni dengan air.confirm la mata akan terbeliak.terkejut!sejuuuuukkkk ooo..pastu bertarikla ke meja makan..giler zalim kan??tp tu jer caranyer nak kejut wife yang susah nak sahur..katanyer la.

Bila sahur aku WAJIB minum HORLICKS and makan kurma.selang-selang.kalau sahur minum horlicks berbuka nanti minum susu..kalau sahur minum susu berbuka nanti minum horlicks.horlicks ni bagi aku dah macam milk booster..kalau minum horlicks bila pump tu kejap jer dah dapat 4-5oz..bila direct bf pulak boleh dengar gulp2 Danial hisap.laju jer.mulut dia pun kembung-kembung.beza kalau tak minum horlicks..alhamdulillah rezeki Danial..

Sangat tak sabar nak tunggu bulan ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi..tak sampai dua minggu lagi kan??cepatnyer masa

ngada-ngada

adoiiii..sabar jer la ngan dak kechik ni..

nangis ngada-ngada.bila mama hilang kejap mula la..
bila muncul depan mata boleh plak gelak..

Wednesday, July 20, 2011

???

.
 .
 .
.
BILA NAK DAPAT BALIK NI???
NAK MINTAK SEGAN..TAPI NI DAH SEBULAN DAH PINJAM..



 
 

..WW--ape dia nak buat ni??..



sejak dua menjak ni Danial suka sangat buat camni..
v
v
v
mula-mula elok jer dia merangkak camni

seminit lepas tu akan bertukar jadi camni


dia angkat montot dia tinggi-tinggi.
dah cam nak buat gimnastik jer..

Tuesday, July 19, 2011

..resepi nasi minyak and kuah dalca..

hai peeps..lama tak jenguk uolls..broadband prob.geram jer rasa.terpaksala access guna hp and iPad jer.tak puas bila tgk pakai skrin kecik-kecik ni..even internet di hujung jari pun tp serabut and sakit mata..pakai lappy anda desktop gak yang best..ni baru ok cik broadband ni.

ok2..untuk tak mengecewakan hati mama Harraz aka zam ni dina bubuh resepi nasi minyak and kuah dalca tu yer..sorry lambat sikit.nanti boleh buat resepi berbuka puasa..

1.resepi nasi minyak..

resepi ni super duper simple punya nasi minyak..resepi bonda tersayang..

bahan-bahan yang diperlukan..
beras- ikut berapa banyak yang nak dimasak.basuh then toskan..
3 ulas bawang merah-hiris nipis2
4 ulas bawang putih-hiris nipis2
1 inci halia- hiris nipis2..
bunga lawang 3 kuntum,kulit kayu manis,buah pelaga 3 biji,bunga cengkih
kismis
jagung tin-kalau ada
garam
air
minyak sapi..kalau takde pakai minyak masak pun sodapp jer

cara-cara nak masak
  1. tumis semua bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dalam kuali..tumis sampai naik bau..
  2. pastu tuangkan dalam periuk rice cooker bahan2 yang dah tumis tadi.
  3. masukkan beras yang dah dibasuh..
  4. kacau2 bagi rata kemudian masukkan air..sukat ikut beras.kalau aku guna jari jer..sukat tinggi beras dari dasar periuk.pastu masuk air.sukatan dia mesti sama.sukatan air dari beras =sukatan beras dari dasar periuk.masuk garam.
  5. bila dah agak masak,tabur kismis.kacau-kacau nasi tu bagi rata.kalau nak masuk jagung pun buh time ni.try rasa nasi tu.cukup rasa tak..tunggu kejap then boleh tutup suis rice cooker..
  6. dah boleh makan dah..

2. Resepi kuah dalca

dalca ni ikut suka nak buat dalca ayam ke udang ker.tapi cara dia sama jer..
dalca udang.

bahan-bahan yang diperlukan
bawang merah-hiris nipis-nipis
bawang putih - hiris nipis2
halia - hiris nipis2
bunga lawang
kulit kayu manis
serbuk kari 3 sudu
santan
sayur-sayur > terung bulat,kacang panjang,carrot,kentang
ayam/udang
minyak untuk menumis
gula
garam
kacang dal-depend banyak mana nak masak.kalau untuk makan berdua cam me and husband ni segenggam pun cukup dah

cara-cara nak masak
  1. mula-mula rebus kacang dal tu sampai kembang..pastu asingkan
  2. pastu tumis bahan-bahan cam nak buat kari..bawang putih,bawang merah,halia,kulit kayu manis,bunga lawang..
  3. dah naik bau masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan air..tumis sampai naik minyak.pastu kalau nak masuk ayam,masuk then gaul dengan rempah2 dalam periuk tu bagi sebati rasanya.
  4. masukkan santan.
  5. pastu masukkan kentang..dah mendidih masukkan sayur-sayur lain..
  6. bila dah agak-agak hampir nak masak masukkan kacang dal..perasakan dengan garam..buh gula sikit.petua..kalau masak ape2 buh jugak gula sikit.
  7. tgk kentang and carrot dah empuk boleh tutup api..
  8. bolehla dihidangkan bersama nasi minyak,ayam masak merah dan jelatah..

Friday, July 15, 2011

..Resepi ayam sizzling..

resepi ni telah diolah daripada resepi ayam halia..pastu ditokok tambah sesedap rasa oleh tuan empunya blog dan en suami yang bagi nama jadi ayam masak sizzling..sebabnya rasa dia cam rasa sizzling..sejibik!makanya kekal la nama dia Ayam Masak Sizzling..cuma takde pakai hotplate.


Bahan-bahan yang diperlukan

5 ulas bawang putih-potong kecik-kecik
1 inci halia-hiris nipis-nipis memanjang
ayam potong sederhana kecik.kiranya tak kecik sangat tak besar sangat
cili kering-potong dalam 1 inci 1 inci..kalau nak pedas lagi boleh letak cili api/cili merah
cendawam hitam/blackjelly-rendam dulu..
sos tiram dalam 6 sudu besar
1tsp tepung jagung -bancuh dgn air sikit.untuk pekatkan kuah
kicap manis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis.

cara-cara nak masak

  1. tumis bawang putih dgn halia sampai naik bau..
  2. masukkan ayam.goreng sampai separuh masak.
  3. tuang sos tiram..masuk air ikut suka nak kuah banyak mana..agak mendidih masukkan cili kering,cendawan hitam..
  4. tuangkan kicap manis sikit untuk bagi ada color
  5. dah agak ayam tu cam nak masak,masukkan bancuhan tepung jagung..perasakn dengan garam..
  6. kacau-kacau bagi sebati pastu boleh tutup api..
senang jer kan??boleh la try..pastu uoll otter la mana-mana yang rasa nak otter ikut sesedap rasa

dating dengan si anak..

bangga dengan diri sendiri bila dapat kuar berdua jer dengan Danial..sampai kembang-kembang hidung beta..bukan senang oo..kira satu achievement la tak bergantung kat en suami bila nak kuar..semalam kali ke-4 kuar berdua dengan Danial!ceh ingat dah selalu ek.br 4 kali nak bangga..tak kisahla uoll nak kata ape tp i nak gak kecoh2..hihihi..

sebelum nak kuar tu aku susukan Danial kenyang2..sendawakan dia then bagi dia hisap cik B sebelah lagi..mmg confirm kenyang untuk 2 jam.plg minimum la tu..nanti takde la dia merengek nk susu time berjln2..

1st time kuar berdua adalah on my birthday!16/6/11..reward untuk diri sendiri..ala bukan gi mana pun.kena bawak Danial gi klinik.selalu en suami temankan.tp hari tu ada meeting yg tak boleh dielakkan terpaksala..mula-mula tu memang tak confident.duk fikir boleh ke Danial behave dalam car seat.sebab selalu bila naik keta mesti Danial nak mengempeng..tapi bila dah terpaksa semua tu jadi enteng jer..mujur gak Danial sangat baikkk..dia diam jer duk dalam car seat.tapi mata dia booolattt jer tgk mama dia drive.pelik kot.

2nd time-masa en husband outstation..mati kutu takde gi mana-mana.dah jadi kebiasaan bila weekend mesti jalan-jalan..tapi weekend tu terperap dalam rumah..not so me la..gigihkan gak bawak si anak..ronda-ronda kat 9Avenue jer..dekat sgt.sekangkang kera kata orang..hahhaa..tapi sakit tangan+lenguh2..sape suruh tak bawak stroller?tp mmg taknak bawak pun.sebab aku tak pernah pun buka and lipat balik stroller.selalunya en suami jer yg buat semua.baby carrier pun aku tak nak pakai..kunun kuat sangat nak dukung Danial..malam tu hazab la sengal-sengal tangan..

3rd time- masa en suami outstation gak..kali ni dah pandai dah aku bukak and lipat balik stroller..senang jer rupanyer.tu la tak pernah ambik tau..kali ni g jalan-jalan kat uptown Nilai..best gak kuar berdua ni

4th time- semalam.kena gi klinik berdua..en suami tak dapat nak temankan..masa nak pegi semalam Danial takmo duduk sgt dalam car seat.jenuh acan-acan..baru ok..pastu nyanyi lagu "twinkle..twinkle"..hahaha baru dia cool..ape daaa si Danial ni..tau kot dia nak kena cucuk..

so lepas ni anytime boleh jer kuar dengan Danial..

..Resepi kerabu telur dadar..

actually resepi ni aku dapat masa tgk WHI..ntah tetiba bukak tv tgk makcik kat tv tu tgh buat segala macam kerabu..tp kerabu telur dadar ni yg nampak menarik pada aku..ptg tu gak try.kebetulan bahan-bahan yang diperlukan ada kat dalam peti ais.so mudahh saja buk..rasanya pun not bad..bagi pencinta kerabu la..


ni resepi kerabu telur dadar ni..boleh la uoll try..ni untuk 1-2 orang makan.sukatan tu uoll boleh tambah ikut sesedap rasa ok..

Bahan-bahan yang diperlukan..
2 biji telur
taugeh dalam segenggam/20sen-nak mentah boleh nak celur pun boleh.tapi aku suka mentah-mentah.lagi crunchy
1-2 tangkai bunga kantan- hiris nipis
5 biji cili api- potong halus..ni ikut suka kalau rasa nak pedas buh lebih
1 biji cili merah-hiris nipis
1 biji bawang besar-potong nipis-nipis
garam
gula
*serai-ikut suka nak letak or tak.tapi aku tak suka buh serai
*limau kasturi
cara nak buatnyer

mula-mula telur tu uoll buat telur dadar..buh garam sikit.bila dah masak telur dadar tu angkat then gulungkan.sebabnyer nanti bila potong telur tu dia akan jadi berelung.cantik la sikit kerabu tu..kalau rasa renyah nak gulungkan takyah gulung.
pastu buh semua taugeh,bunga kantan,cili api,cili merah,bawang besar..gaul-gaul rata-rata.buh garam dengan gula sikit ikut sesedap rasa..kalau ada limau perah limau.gaulkan rata-rata..then siap la.kalau takde limau pun takpe..garam and gula tu pun dah sedap dah.

Wednesday, July 13, 2011

..datang jugak akhirnya..

risaunyer la..
dah 4 hari delay Cik P..tapi hari ni muncul jugak..
kalau delay seminggu memang nak kena buat UPT ler nampak gayanyer..
punyala risau.selalu on time jer 28days semenjak cik P datang masa Danial 3 bulan.
kalau sebelum preggy my cycle 30days..tapi ni dah bertukar 28days.
 
.
.
teringat pulak masa baru-baru kahwin.
asal delay jer mesti cepat-cepat nak buat UPT..siap doa kata jgnla muncul cik P tu bulan tu.
punyala banyak kali buat UPT tu sampai la bulan ke-9 kahwin.lepas delay 7 hari buat UPT then double line.
terkejut!berair air mata!tak percaya..
but alhamdulillah syukur..
senyum sampai ke telinga bila doktor confirm kan..

tapi sekarang ni bila tak datang jer dah cuak!risau!
terbalik pulak..
ntah.actually tak ready lagi nak bagi Danial adik.
tapi kalau dah rezeki takkan nak tolak kot.

tapi tungggggguuuu dulu la kot.
biar Danial manja puas-puas dengan mama and abah dia dulu..

Danial nak adik ker???tak mo lagi kan?


..from my small kitchen..

asal rabu jer mesti nak buat entry hari tanpa kata-kata yer..aka wordless wednesday..so kome layan jer la gambar makanan ni yer.
tak ingat bila aku masak.
 tapi ni menu bila berbuka puasa
v
v
v
menu 1st day puasa.. kerabu telur dadar..sekali try en suami suh buat sokmo

 sayur campur..

 ayam masak sizzling..

 dessert.pengat labu..

ni bila ntah punya menu asam pedas ikan pari..

ni last week punya menu berbuka puasa.dalca..menu sampingan nasi minyak.tapi nasi minyak+ayam masak merah tak capture pulak gambarnyer..

Tuesday, July 12, 2011

1st Give Away Lucky Draw d'Sweetchoc

sorry lisa..baru sempat nak buat.tuan tanah jemput join.harus la kena buat kan??


 nampak cam sedap jer coklat ni..tambah pulak cik su su pun rekemen kata sedap.
nanti nak order la..untuk birthday Danial ke..insyaAllah..

ok nak tag 

hadiah pun sound menarik.harap-harap ada luck la.

Monday, July 11, 2011

..bila dah 5 bulan..

dah 5 bulan dah buah hati pengarang jantung mama ni..sekejap jer..rasa cam baru jer lahir.ni dah 5 bulan dah.oh,no! i really miss my little boy masa dia baru-baru lahir..so tiny.so soft.bau pun shedaaaaappp...sekarang ni bau masyammm jer lebih..hihihi.naknyer kat leher,kat pelipat tangan..but I LIKE!!!masham masham pun mama suka cium..


nak update sikit ape perkembangan terbaru Muhammad Danial Zaffran
 
  • sepanjang 5 bulan ni alhamdulillah tak pernah lagi Danial menguji kesabaran kami suami isteri.MIL and mak aku kata Danial ni senang nak jaga.nak dengar dia menangis beriya-iya pun tersangatla susah..setakat ni la.next time tak tau camner..harap-harap kekal la baik camni.senang nak bawak gi mana-mana.sampaikan jiran kiri kanan bertanya.tak dengar pun suara Danial menangis..so far memang dia tak jenis menangis.tak macam maknyer time kecik2.tapi type merengek.tu pun seminit dua..
  • masih lagi fully bf.tak sabar pulak nak bagi dia makan.kesian tgk dia bila orang makan mula la mulut dia macam makan gak.

  • genap 5 bulan dah boleh merangkak.tapi satu langkah kedepan jer.lepas tu dia sembamkan badan dia kat tilam.tapi dia start practice 7 hari before.asyik angkat-angkat montot jer..

  • bangun pagi semalam dia garu-garu telinga..alorrr so geram tengok jari bam bam dia tergaru-garu telinga kecik dia tu.lawak jer.before ni tak pernah pun nak garu-garu telinga..tapi lupa plak nak snap gambar dia tgh garu-garu telinga tu..boleh pulak aku over excited panggil mak,abah and en suami suruh tgk..terkejut terus terbeliak matanya.

  • dah pandai protes!selalunyer rebut surat khabar or magazine.pantang kalau nampak orang baca surat khabar mula la dia meniarap datang dekat.pastu secepat kilat renyuk-renyukkan surat khabar tu.pastu masukkan dalam mulut.bila tak bagi dia merengek tahap cebikkan bibir boleh sampai ke dagu. 
 

  • sangat suka lagu "twinkle..twinkle"..tu jer cara nak cool kan dia time nak pakai pampers..time dia marah..tapi mama dia nyanyi jer yang dia betul-betul perhatikan and mau diam..abahnyer nyanyi dia buat derk jer..cam tak dengar jer..mesti jiran aku pelik.apasal la takde lagu lain yg aku nyanyi..tapi serius lagu lain cam tak lut jer..baba black sheep..old macdonald..humty dumpty..aku try gak semua tu tapi semua takde effect.


    everyday boleh kata ada jer benda baru yang dia buat..and i'm still learning.cuba nak faham rentak dia..semoga anak mama sihat sentiasa dan jadi anak yang soleh..aminnn..

    ..berenang-renang ke tepian..

    hello auntie!!
    sape nak belajar berenang?
    hari ni Danial nak bukak kelas berenang.
    FREE jer.tapi kalau nak bayar boleh gak.
    masuk dalam akaun Danial yer..
    .
    .
    aunty aunty tak perlukan swimming suit..
    pakai jer ape yang ada.
    .
    .
    ok.are u ready??



    mari kita berenang-renang di atas tilam.
    .
    .
    .
    everyday you cheer my life


    Sunday, July 10, 2011

    ..sotong kangkung..

    cari punya cari akhirnya dapat gak makan
    sotong kangkung..
    mula-mula cam ragu-ragu jer nak makan.tapi teringin lama dah nak makan benda alah ni.
    then beli jer la.tapau.kalau tak sedap tak la obvious sangat muka terus terang aku kat kedai tu.hihihi
    .
    .
    walaupun rupa cam kureng..tapi rasa dia not bad.tak la mengecewakan.
    tapi!
    sedap lagi sotong kangkung yang ni
    v
    v

     ni masa makan kat Kuching tahun lepas.kat Kg.Melayu Sarawak.
    1st time try dan terkenang-kenang sampai ke hari ni.




    tetiba..bila ntah nak dapat balik my camera?
    gambar pakai hp kurenggggg..
    tulun!!!nak mintak cam segan..

    ..5 months..

    happy ulangbulan ke-5 sayang mama..
    Muhammad Danial Zaffran..
    muka baru bangun tido!
    .
    .
    .
    opah and atok pun dah balik dah..


    Saturday, July 9, 2011

    ..penangan cucu..

    nak ke mana hari ni yer??
    plan nak gi jalan-jalan hari ni bawak mak and abah..
    mengejut jer diorang datang.
    kuat betul penangan Danial ni.
    bila atok and opah rindu kat dia terus jer plan datang sini..
    emmm terbalik pulak kan?sepatutnya anak yang balik melawat parent.
    tapi me??parent yang datang melawat anak..
    .
    .

    kelmarin baru plan ngan encik suami bila nak blk kg..ikut plan hujung bln ni la before puasa.
    tup tup petang semalam mak call kata abah ajak gi sini..
    aku apelagi confirm la melonjak2 kegembiraan.
    reason?rindu kat cucu katanye..
    alahai...opah and atok ni.
    pukul 11.30pm diorang sampai sini.
    Danial tak tido2 bila bagitau opah and atok nak datang.
    .
    so plan untuk weekend ni
    #nak g Nilai 3..mak kalau datang sini tak gi Nilai 3 tak sah..adala tu benda nak diborong lg.
    #nak gi Putrajaya-nak gi tengok bungaaaaa!!tp hujan la pulak dari pagi tadi..
    #nak gi mydear warehouse sale..weekend ni last kan?emmm nak ushar2 ape barang best utk my dear Danial..boleh pow OKB..hihihihi..
     #nak celebrate birthday abah..tp kat mana yer?
    .

    selamat berhujung minggu uolls..jangan join BERSIH tu yer.
    baik uolls BERSIHkan rumah jer..hihihi..

    Wednesday, July 6, 2011

    Happy birthday Abah!!

    HAPPY BIRTHDAY ABAH!!!

    semoga panjang umur,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan tubuh badan yang sempurna,sentiasa dirahmati Allah..dan semoga abah gembira dan bahagia bersama kami semua..

    we love you so much!!

    .
    .
    .


    HAPPY BIRTHDAY ATOK!!!!


    i wish i can celebrate your birthday today..tp..emmm nampak gaya kena postponed la..bila nak balik kg ni yer?
    mujur hadiah dah bagi awal2..

    Friday, July 1, 2011

    Imam Muda Unggul

    Tahniah IM Hasan kerana telah dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul 2011..tahniah juga kepada IM Nazrul..

    Syahdu jer dengar diorang alunkan ayat dr surah mukminun tadi..terkedu teman mendengarnya..
    semoga imam-imam muda ni menjadi contoh kepada golongan belia negara kita..