Showing posts with label fAmiLy. Show all posts
Showing posts with label fAmiLy. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Jalan-Jalan tengok binatang..

Excited!
Bukan anak je yang excited yer.Maknyer pun sama.Excited sebab nak kenalkan binatang yang ada kat zoo tu kat Danial.Selalu tengok kat buku,flash card,tv or dalam ipad je.Ni real.Baru boleh sebut  ni 'elephant'..'ni lion'..'ni monkey'..And baru dia tau besar mana 'elephant' tu.Setinggi mana 'giraffe'.Sebelum ni duk cakap 'the big elephant' padahal how big is elephant tu just gambarkan dengan tangan jer.Tinggi mana zirafah tu pun just letak tangan tinggi-tinggi..

Bila dah tengok depan mata,baru dia tau camne rupa bentuk,bunyi binatang tu betul-betul.Feeling wonderful uolls.Then dah boleh imagine bila kita sebut eg:'the big elephant'..

Tengok binatang kat Zoo Melaka..
 Adik tengah tidur time ni.So Danial perasan jadi anak tunggal sat..

 Penyambut tetamu..Nak je bawak balik sekor.Buat mainan budak dua orang ni
 Danial sooo excited tengok 'Giraffe'..Siap boleh tanya khabar lagi kat zirafah tu.."hello giraffe..how are you?"..Orang yang tengok kiri kanan senyum je tengok telatah Danial.Sabo je la
 Masa ni Danial cakap "mama..sian giraffe tu.Takde kawan"..Dia tengok zirafah yang ni cam terasing sikit.Sebab tu kot dia cakap macam tu..


 'Mama..baca ni..LION.'
??
mujur dia cam gambar..kalau nak suruh baca memang tak reti pun lagi




Danial excited tengok flamingo..Tapi kesian flamingo tu takde kawan.
 

 Lama jugak tengok telatah gajah ni..Dari gajah tu golek-golek,mandi pastu sesi feeding elephant.
Kalau nak bagi makan kat gajah tu sebakul tebu RM5 jer..Ofkoslah gajah makan tebu.Takkan nasi lemak sepinggan pulak.
 Adik pulak tengok je la..Tapi dia lagi excited and happy tgk gelagat abang dia dari tengok binatang


Dah penat round zoo baru check in hotel..Nak booked hotel pun sekarang ni kena cari yang ada swimming pool.Sebab Danial nak mandi pool.Almaklum la rumah sendiri mana ada pool.Harap pool plastik yang kena pam tu ada la..Bila tau nak mandi pool dia dah request nak bawak float before pegi.Demanding sungguh la..Tapi ikut je.Since anak happy,mak paknye pun tumpang happy sama..Nanti adik dah besar tak tau camne plak demand nye.









Sekian..cuti-cuti release tension.Rehatkan badan setelah penat bekerja..Next time boleh bawak diorang berdua gi Zoo Negara pulak.Lagi banyak binatang boleh tengok..Lagi besar.Laaaaagiiii jenuh nak sebut nama binatang..

Thursday, October 17, 2013

Harta dunia akhirat



Kerana diorang
Adakalanya buatkan aku menangis
Buatkan aku gelak tak kering gusi
Buatkan aku senyum sampai ke telinga..
Acting like kanak-kanak ribena..
Dan selalu jugak aku bertukar jadi cam 'hulk' bila mana keletah mereka di luar kawalan kesabaran

Tapi
Sebab diorang jugak
Aku belajar untuk control marah
Belajar bersabar
Belajar faham karakter masing-masing
Belajar memahami isi hati.
Ingat budak takde perasaan ke?
Bukan senang sebenarnya 
Hati dah rasa cam nak meledak meletop nak marah tengok perangai anak
Tapi otak pulak cuba tukar keadaan jadi cool.
Reverse psychology mungkin.



Amanah Allah!
Takkanlah kita nak sia-siakan
Walaupun bukan terbagus,terbaik
Tapi aku cuba menjadi seorang ibu yang paling baik,paling bagus untuk mereka
Baaaaanyak lagi sebenarnya nak kena belajar
Belajar..belajar dan terus belajar
Sebab banyak sangat belajar
Tu yang boleh jadi
Cikgu,doktor,hakim,lawyer,nurse,mechanic buat mereka
Hebat kan???


Danial dan Rayyan
Mama dan abah tak kaya untuk mewahkan kalian dengan harta dan wang ringgit
Tapi kami cuba sebaik mungkin untuk sempurnakan kehidupan kalian seadanya.
Cukup makan..cukup pakai,ada tempat untuk berteduh,ada kenderaan untuk bergerak
Cukup serba serbi walalupun tak semewah mana.
Syukur..

Ya Allah 
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang kau pinjamkan  ini
Harta yang paling berharga
Harta dunia dan akhirat..

Monday, May 27, 2013

Pergi yang takkan kembali..

Mati itu PASTI
Setiap yang hidup pasti akan mati
Jodoh,Pertemuan,Ajal dan Maut
Semuanya di tangan Allah
Andai sudah tiba masanya
Kita semua pasti akan mati..
Cepat atau lambat je
Ntah hari ni,esok,lusa..
Allah yang lebih mengetahui.

Dari mata hati aku,dapat rasakan kehilangan andak begitu bagi kesan pada abah..Ibarat hilang sebelah sayap abah.Selama ni andak la tempat abah nak mengadu,merujuk sesuatu..Boleh kata andak la abang,dan sahabat baik abah.Sekarang ni semua tu dah takde.Sedih tengok abah.Sepanjang hayat aku,tak pernah sekali pun aku tengok abah mengalirkan air mata dia.Inilah kali pertama.Tiap kali abah cerita pasal andak,air mata pasti bergenang dalam kelopak mata abah.Abah seakan tak percaya andak pergi secepat itu.Aku sendiri pun macam tak percaya..Mengejut.Tapi andai sudah tiba masanya tak siapa pun yang boleh menghalang..

Hilang sudah seorang tokoh keluarga dalam keluarga besar kami..Keluarga Alias..

24052013
Al-Fatihah..
Semoga Andak tenang di sana..
Semoga Andak ditempatkan di kalangan orang yang beriman


Wednesday, March 20, 2013

..Siti Alya..

Hello..Assalamualaikum..

My name is Siti Alya..

 hari pertama saya di dunia..
Saya lahir dengan berat 3.77kg pada usia 38week kandungan mama saya..

comei tak saya??
Hari ke-7..pipi yang bam bam tu dah kurang..
.
.
.
Geramnyerrrrr tengok awak Alya..Makanjang rasa cam nak gigit-gigit jer pipi labuh kamu tu..
 
Sebelum korang salah paham meh tuan tanah explain..
Ni anak menakan baru aku..Anak SIL..Sepatutnya due 21/3/13 beza 7 hari dengan edd my baby boom.Tapi disebabkan takut terlebih berat nak menunggu ke 40minggu so Alya kena la lahir awal.Tapi tak induce pun.Alhamdulillah Allah permudahkan SIL lahirkan Alya..Sepatutnya kena induce tapi pagi hari yang sepatutnya kena induce tu SIL pegi check up dulu..Bila check bukaan dah 5cm.Takde sakit apa pun.Cuma SIL mengadu kat doktor dia batuk teruk sampai sakit kat bahagian bawah perut..Bila dah tengok camtu doktor terus masuk air.Since SIL tak bawak apa-apa barang,mintak permission doc untuk balik rumah dulu..Sempatla lunch bagai.Then pegi hospital balik..Sampai hospital selok sampai bilik doktor air ketuban pecah.Terus masuk LR and dalam sejam lepas tu lahirla baby Alya..

Seronok tengok Angah dah selamat..Tunggu my turn plak..Bila ntah adik baby nak keluar..Mama tak sabar dah nak gomol-gomol awak..Tapi kalau adik baby nak keluar biarlah tunggu opah sampai sini dulu kot..

Friday, January 11, 2013

Jalan-jalan Cameron Highland..




Assalamualaikum...

Cerita basi.Harap maklum..kira penutup buku tahun 2012..

Actually ni salah satu planning and hajat tahun 2012.Lama dah aku and hubby plan.Tapi biasalah ada je kekangan..Bukan senang nak tunggu semua free..Bila kitaorang free family lain tak free pulak..Tapi alhamdulillah,31/12/2012 tertunai gak plan nak bawak kedua-dua parent and parent in law gi bercuti/berjalan bersama-sama..Mula-mula nak pegi tempat lain.Tapi mak mertua teringin nak pegi Cameron Highland sebab tak pernah jejak kaki ke situ.So kami pun ok je.Both family pun ok so 31/12/12 tu ke Cameron Highland la kami..

Both family..

 
Dalam enjoy tu ada gak yang frust masa pegi kali ni.Walaupun boleh kata banyak kali dah aku and hubby ke Cameron Highland tapi kali ni bila pegi dengan both family macam tak puas bawak diorang jalan-jalan.Banyak tempat tak dapat bawak mak mertua pegi.Sebab cuaca hari tu.The whole day kami kat sana hujan.Dari awal pagi bertolak sampaila nak balik hujan tak berhenti.Jadi banyakla tempat terbatas nak pegi.Seriusly pada aku tak cukup 1 hari nak cover setiap pelusuk Cameron Highland ni.Next time maybe kena stay kat sana at least 1 malam.Tapi mak mertua takmo dah gi sana sebab tak sanggup nak tempuh jalan berbengkang bengkok tu.Aku ni even dah berkali-kali pegi pun,tertewas jugak kali ni.Naik ikut Tapah,berapa kali berhenti sebab aku nak muntah.Selalu turun baru ikut Tapah,naik ikut Simpang Pulai takdelah terasa sangat..Next time taknak dah ikut Tapah.Lembik rasa badan.

Lembik-lembik pun happy je bila dah sampai kat atas tu..Mana taknya aku mengidam nak makan strawberry deep chocolate tertunai gak..Terharu dengan keprihatinan both parent and parent in law dengan kerenah anak menantu dia sorang ni.Setahu aku mak and abah memang tau aku mengidam nak makan strawberry deep chocolate tu.Tapi parent in law tak pernah pulak aku bagitau.

 nyum..nyum..but ni bukan jari saya

 dia pun nak jugak..

Memang kenyangla aku makan strawberry celup coklat tu.Mula-mula sampai kat Kg.Taman Sedia Ada,abah belikan.Terkejut jugak.Sebab nampak gaya abah lebih cepat bertindak dari suami tersayang..Pastu dekat Mardi hubby..Then kat Brinchang abah mertua..Semuanya sogok bagi aku makan.Abah dalam diam-diam siap beli coklat and fresh strawberry 3 kotak bawak balik rumah..Tu pun aku tau bila esoknya kat rumah abah suruh mak panaskan coklat tu.Then jamu depan mata aku..Hubby mampu geleng kepala je la tengok wife dia menelan satu persatu strawberry tu..heee..Untung mak buyung..


OK..lets layan gambar je la..

 terserlah ketembaman..dua-dua dah demuk..

 dah ada andak,mama and abah dia pun dia dah tak heran..

 geramnya tengok buah ni..besar betul.Siap ada yang ukir nama lagi kat buah tu..
 amboiiii sakan dia bebas berlari sana sini...
 Memori penutup 2012..kami bertiga..insyaAllah bulan 3 nanti berempat pulak..
 orang mengidam nak makan strawberry deep chocolate
 28weeks..

 Hujan-hujan pun dia nak gak makan ais krim strawberry ni..Tapi mama dia pun nak jugak..

 Sebelum balik singgah kat Kia Farm beli ole-ole..Beli sayur,ubi madu,strawberry,limau,jagung mutiara,buah-buah kering..
.
.
.
Pendek kata sangat enjoy and seronok tengok both family happy..Tahun 2013 kita plan tempat lain plak..



Wednesday, October 31, 2012

Cerita Aidiladha..

Nak mula dari mana ntah??blurr kejap..lama dah tenung skrin ni..hujan-hujan cam gini otak pun dingin beku je..Raya Aidiladha tahun ni rasa yang paling sibuk,sempoi and tragis kot..

Mula-mula time nak balik kampung..Ni la pertama kali semenjak berada di perantauan ni bila time cuti raya haji kena redah jammed.Dah tak tau nak elak kat mana.Sana sini jalan jammed.Nak taknak pasrah je la menempuh jalan sesak untuk sampai ke kampung.Kebas punggung??usah cakap la..Kami bergerak dari rumah pukul 8.45pm.Tu pun ngam-ngam hujan baru reda sikit..Kalau tak hujan maybe gerak lagi awal..Pastu pegi hantar perfume kat customer kat Jalan Klang Lama.Hazabbb la bila masuk Tol Jalan Duta..Dah tak tau mana satu lane dah.Jalan la macam kura-kura sampai ke Rawang..
takut tengok lampu berderet tu..ntah berapa km ntah

Sepatutnya perjalanan 2 jam setengah jadi 5 jam setengah..Tu pun berenti kejap kat RnR Behrang sebab hubby dah mengantuk sangat..Sepanjang jalan wife busy layan twitter tapi bila hubby cakap dia mengantuk terus stop ngadap hp jadi mata ke-3 dan ke-4 pulak bagi hubby..Time tu jantung ni usah cakap la.Dup dap punya laju..Aku suruh hubby berenti dulu kat mana-mana,dia taknak.Nak masuk RnR memang tak dapat sebab semua full.Tapi bila dah sampai RnR Behrang tengok cam boleh masuk baru kami masuk..dapatla hubby lelap dalam 15minit..Nak take over jadi driver aku tak reti pulak nak drive Hilux.Manual pulak tu lagi la fail.

Mak abah kat kampung usah cakap la punya risau.Tepat 3.00am baru kami sampai kampung..Lega rasa bila dah selamat sampai.Sampai je terus cari katil..Tapi takde maknanye nak tidur.Si anak bujang sorang tu mata elok je segar bugar ajak mama main..Sabor je la..Dia ye la sepanjang jalan dah tidur..Mak bapak dia ni yang duk menahan mata..Tak sure berapa jam je kami tidur..


Pagi Jumaat..Walaupun ikutkan mata ni berat ya amat tapi takkan la nak berkelubung dalam selimut lagi kot.HARI RAYA la!!..Siap jugak berbaju raya semua anak beranak.Harusla semangat sebab dah tempah baju khas untuk raya haji..Siap-siap gi sembahyang raya..Habis sembahyang raya ingatkan sempatla nak snap gambar anak beranak tapiiiiii semua pantas je tukar costume sebab ada ibadah Korban..Tahun ni rezeki adik-adik pulak masuk korban..

Petang tu baru gerak ke Sungkai..Rumah opah.Seronok.Sebab lama betul tak berkumpul semua.Ada jugak cousin yang takde..huhuuhu..

Acara wajib bila berkumpul ramai-ramai..Syahdu je time ni..

Lepas selesai Maghrib baru la tiba acara kemuncak..BBQ time!!!.Kenyang perut dengan ayam,daging,sotong,udang,sosej dan jagung..

 sibuk betul cicit opah yang satu ni..macamlah dia yang nak bakar ayam..


Dalam pukul 11pm gerak  balik ke Air Hitam balik sebab esoknya pagi-pagi lagi dah busy dengan kerja-kerja Ibadah Korban.Kenyang pulak dengan segala mala juadah berasaskan daging.Singgang daging,rendang daging,kari daging...Kalau ada darah tinggi mau naik darah ni..heeee..

Ahad..dah nak balik dah..kunun nak gerak awal dalam pukul 11am drag jadi pukul 3pm..
Jammed dari Sungkai nak ke Slim River tapi still ok nak bandingkan masa balik kelmarin..Highway pun jammed.Jalan persekutuan pun jammed tapi kami redah je ikut jalan biasa..

Dah boring giler duk dalam keta..Mujur Danial tak tidur.Adalah geng gaduh..heee.As usual budak baru nak start bercakap sepanjang jalan tu ada je la benda dia tanya.."tu?" "tu?"..Walaupun benda yang sama dia tanya berulang kali..hilangla jugak boring..Pukul 3pm bertolak sampai Nilai pukul 9pm..Sampai rumah,mandi and terus zzzzzz....

Wednesday, September 19, 2012

Penghujung Aidilfitri..

fuhhh..kasi buang habuk..Lama betul tak bukak blogspot.Mujur tak lupa lagi password..

Citer raya alamatnya memang tertunda sampai ke sudah la...terperam je dalam draft.

Ahad lepas dah ngam ngam penghujung Aidilfitri sempat jugakla kami buat open house..Last minute plan.Tu pun sebab teacher kat sekolah asyik tanya bila nak jemput ke rumah..Padahal boleh je datang kalau takde open house kan?Tapi dah alang-alang tu hubby cakap kita buat lebih sikit ajak jiran-jiran.Bila lagi nak beramah mesra dengan jiran-jiran.Hubby bukan apa,duk fikir keadaan aku sekarang ni.Baru masak sikit dah uweeekk..Tu yang dia fikir berpuluh kali nak ajak kawan-kawan dia datang rumah ramai-ramai..Kebetulan weekend lepas my family dari Perak nak datang..emmm pucuk dicita ulam mendatang la namanya..Adik kat Kelantan pun ada balik.Memang dialu-alukan la kakitangan nak membantu.Terus decide buat hari Ahad.

 Hasil tungkus lumus me and mak.Semua homemade food for 100pax.Soto(nasi impit dan bihun)Rendang ayam,rojak buah,karipap,kuih serimuka,puding cocktail dan Air slurpy.
 Abah menunggu ketibaan tetamu..Jemput pun berperingkat-peringkat sebab nanti tak muat pulak rumah kalau datang serentak.Tetamu start datang pukul 2.30pm sampai la pukul 10mlm.
 Wajib bergambar si tuan rumah.Hubby busy layan kawan-kawan.
 Sebahagian tetamu
Malam..jiran-jiran depan belakang pulak..Tapi living room penuh dengan kaum kerabat sendiri je..


Alhamdulillah makanan semua licin.Ke masak ngam-ngam??Tapi malam tu ada pulak menu tambahan.Chu Nah bawak Nasi Dagang pulak.Licin.Sampai tuan rumah pun tak sempat nak jamah..Huhuhu...Takpelah rezeki jiran-jiran..Tapi rojak mak la yang paling laku.Siap ada yang mintak resepi..Next year InsyaAllah jemput lebih ramai.Cam best pulak ramai-ramai datang rumah..