Wednesday, July 25, 2012

Danial dan solat Terawikh..

Tahun ni tahun pertama bawak Danial berterawikh di masjid..Mula-mula perasaan mamanya agak nervous jugak nak bawak si anak ke masjid bila waktu camni.Kalau solat biasa dah selalu jugak bawak tapi bila terawikh ni la pertama kali..Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku bila mula-mula nak bawak Danial..
  Boleh duduk diam ke dia nanti??
Agak-agak ada tak kes culik kat masjid??
Kalau sembahyang nanti dia tak melilau sampai ke jalanraya ke?? 
Tak menangis ke dia bila mamanya tak layan dia??
Agak-agak nanti dia terikut tak dengan budak-budak lain??

See??banyak kan benda yang aku fikir.Sampai tahap ada tak orang nak culik?Waaaa takut wei tu la harta dunia akhirat aku.kalau la benda tak baik berlaku wallahualam tak tau nak cakap ape yang jadi kat aku..

Malam pertama..Dalam nervous and risau tu hubby kuatkan semangat aku..Yela try je dulu.Kalau OK boleh la bawak lagi.Kalau K.O duk je la diam-diam kat umah.Terawikh la sorang-sorang maknya.Sampai kat masjid duk confuse jugak lagi,Danial nak duduk dengan aku or hubby.Kalau sebelum ni tiap kali solat kat masjid Danial akan duduk kat hubby.Sebabnya pernah sekali duduk dengan aku,time solat dia gi selak telekung jemaah lain.Naya betul.Tu belum lagi dia tenung muka makcik tengah sembahyang.Sampaikan makcik tu nak sujud pun kena tunggu..Since kejadian tu takdelah lagi aku bawak dia duduk side pompuan bila sembahyang kecuali waktu tu takde orang.

Jadi bila masuk je perkarangan masjid and lalu side muslimah,ramai je ibu-ibu bawak anak-anak.So aku decide takpelah Danial duk dengan mamanya..

And aku pun bila dah bawak anak takkanlah nak duduk saf depan kan?aku join jemaah yang solat kat ruang legar,and ambik port tepi dan belakang..

Sebelum sembahyang aku letak Danial kat sebelah..Dia pun ralit main hp mamanya..4 rakaat pertama alhamdulillah settle dengan tenang..Kemudian ada tazkirah..
Masa ni ada la pulak budak lain umur lebih kurang Danial tapi belum lagi berjalan,merangkak datang kat Danial.Geram nak cium-cium Danial.Sampai panjat atas badan Danial.Meraung la Danial.Lepas tu terus dia taknak duduk dah.Nak melekat je dengan mamanya.Sampaikan nak sambung solat pun dia takut nak dilepaskan..
Aku dengan segan silu dengan mak budak tadi tu pindah tempat.Dengan harapan Danial takdela dah takut dengan budak tu..Mujur la dia nak diletakkan kat sebelah.So aku pun sambungla solat..Bila bangun dari sujud rakaat ke-6 aku tengok Danial takde dah kat sebelah.Perasaan time tu??Memang dah tak khusyuk.Duk fikir manalah pulak Danial ni..Risau dah.Selesai je bagi salam,melilau la mata aku..Tengok-tengok dia dah nunnnn kat saf depan sekali kat area ruang legar tu.ahhhh sudah!camne aku nak cross nak gi ambik Danial??Yang Danial pulak berlari-lari sambil sebut "mama..mama..mama"..mesti dia tengah cari mamanya..Lambai-lambai panggil dia,dia tak nampak..Sudahnya aku cross ikut tangga tepi,tu pun jauh jugak lagi danial dengan aku.Lambai-lambai mujur dia nampak..Berlari la si anak macam jejak kasih,bila nampak mamanya.

Pujuk-pujuk dapatlah aku selesaikan lagi 2 rakaat.Sementara nak tunggu hubby usai solat macam-macam kerenah gak si Danial ni.Bila dah tak continue jemaah aku duduklah belakang sekali..Dia tengok ramai pulak geng kat belakang,dia join samalah abang-abang dan kakak-kakak main.Padahal dia sorang je yang kecik dalam kumpulan tu.Dalam kumpulan budak-budak tu adalah sorang act like 'king kong"main dengan kawan-kawan.Siap buat bunyi and gaya takutkan budak-budak lain.Danial pulak perhati je dari tepi..Bila budak tu buat gaya jatuh,Danial pun buat-buat jatuh.Memang dia copycat la si boy tadi tu buat..

Ingatkan kat masjid je..rupanya acting boy tadi tu secepat kilat dia dapat tiru.Balik rumah dia pulak buat kat mama and abahnya.."hoooo..hoooo"sambil tumbuk-tumbuk dada.Garu kepala aku tengok gelagat dia.Tapi tergelak la jugak..Mujur bila pegi terawikh esoknya dia tak buat kat budak lain..

Dari hari pertama sampai la ke-4 cam bertambah ok.Malam tadi tak pegi sebab dia dah tidur lepas maghrib..Cuma bila dia dah familiar mulalah panjang langkah dia nak explore masjid tu.Jadi untuk bagi dia ralit dan tak ganggu jemaah lain aku bawak iPad dan makanan cam biskut/cornflakes and malam ke-3 tu aku bawak kopok lekor.Bila dah bawak makanan budak-budak lain pun kerumun Danial.Tak kisahlah tu.Mujur tak kedekut pulak dia..Siap dia agihkan kat budak-budak tu.Harap-harap makin hari makin ok lah.Jangan makin hari makin kacau orang sudahh..

Ramadhan 1,2,3 and 4..

Pejam celik pejam celik dah 5 Ramadhan dah kan?cepat jer..sedar tak sedar nanti habis dah sebulan puasa.Then raya..
Overall ramadhan tahun ni dari day 1 to day 4..

1.Menu berbuka..
Masih lagi tak memecahkan rekod menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan.Tahun lepas dua kali jejak kaki ke bazar,tahun ni??wait and see la.Baru ramadhan ke-5.So everyday akan makan hasil dari air tangan aku..Walaupun tak meriah mana,ala kadar je tapi so far rasanya tak pernah fail.Bak kata si suami la.Ala kalau fail pun boleh dimaafkan sebab berpuasa kan??

 Menu day #1Ramadhan..Time ni adik and kawan dia datang berbuka kat rumah.Meriah la sikit.Kalau tak bertiga je la kami.(me,hubby and Danial)
 Menu day#2 Ramadhan
 Menu day #3 Ramadhan..
 Menu day #4 Ramadhan.which is semalam..last minute baru rasa cam nak buat kuah kacang.
 Mula-mula rasa cam cicah pakai sos je la tauhu sumbat ni.Tapi bila ikut nafsu tekak mula la mereka nak kuah kacang bagai.Kebetulan memang bahan utama iaitu kacang memang dah siap grind so lagi cepat la nak masak.Ngam-ngam pukul 7 baru start masak.Mujur sempat siap..

Untuk bersahur lagi lah simple..buat sambal tumis sotong/udang/ikan bilis then telur dadar..tu jer.Kalau taknak sambal buat sup sayur..Yang penting lauk tu panas and fresh..Tapi makannya sikit je pun.

2.Solat Terawikh

Alhamdulillah tahun ni berpeluang berjemaah di masjid..Tahun lepas tak dapat.Sebab dengan incident tragedi ramadhan tu lagi lah mengaral kan nak berjemaah di masjid.Tahun ni insyaAllah bukan setakat day 1-5 je..tapi untuk hari-hari yang berikutnya..Walaupun mula-mula agak nervous jugak nak bawak Danial ke masjid.Tambah pulak bila fasa dia tengah lasak sekarang ni lagi lah takut.Takut dia mengganggu jemaah lain.Tengok bila tengok kat masjid ramai je parent bawak anak-anak,jadi macam seronok pulak.Boleh jumpa ramai geng.

Uoll pulak camner??mesti menu berbuka meriah belaka kan??

Saturday, July 21, 2012

Bedore and after # dining area

Pasal rumah lagi..eh Selamat berpuasa semua.Alhamdulillah tahun ni tahun kedua berpuasa dan bersahur bersama-sama suami.Walaupun dah nak masuk tahun ke-3 berumahtangga tapi baru masuk tahun kedua tinggal sebumbung..Dan tahun ni tahun pertama berpuasa,bersahur di rumah sendiri..Harap-harap takdelah tragedi ramadhan lagi seperti tahun lepas..

Ok.This time nak update about dining area selepas dah dibuat penambah baikkan..

before..
 yang ni masa awal-awal.Bunga merah putih..
.
.
Then..tambah laminate floor..bunga pun dah ditukar..Letak bunga orkid pulak


 dibawah pancaran lampu..

.
.
.
and this the latest our dining area..
 Bunga putih..dan ditambah bamboo plat di sudut dinding.
 other side

Tu je pun...

sekian.:D

Rahsia kedudukan anak..

Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.

Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

-Anak Sulung-
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

-Anak Tengah-
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

-Anak Bongsu-
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

-Anak Tunggal-
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

 -------------------------------------------------------------------------------------------

You all dalam golongan anak yang mana???mine--->anak sulung..

Friday, July 20, 2012

Tantrum si anak

Share from FB..

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Selamat berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia..

Jangan lupa berniat puasa ye kawan-kawan..


Semoga amalan kita diterima sepanjang bulan yang mulia ni..
SELAMAT BERPUASA

Wednesday, July 18, 2012

Before and after..#Living room

Ada jer projek my hubby..buat masa ni projek deko-deko kami banyak tertumpu kat bahagian bawah..Living room and dining area..Untuk tingkat atas tak banyak yang dibuat.Sebab ada major work nak kena buat baru boleh deko-deko tingkat atas..Selagi tak buat plaster ceiling/cornice memang takdela nak deko beriya.Buat masa ni kat tingkat atas tukar kipas and lampu dan juga pasang downlight.

Ni last 2 weeks punya projek..
 Terkejut.turun je bawah tengok rumah dah tunggang langgang..Hubby bukak semua balik laminate floor yang dah pasang sebelum ni..

 
 keadaan laminate floor sebelum di ubah..


 nak tambah keluasan floor ni..mula-mula nak susun selang seli camni..

Finally decide buat kelompok kat tengah-tengah..

.
.
.
before..

 .
.
the latest

  ignore model-model tak berbayar tu..Now dah separate ruang menonton.

next..Dining area pulak..

Cuti-cuti Cinta:Cherating..

Assalamualaikum :)
Masih lagi diberi kesempatan mencoret kat sini.Alhamdulillah..

Ok.Back to topic.Nak citer pasal cuti-cuti Malaysia kami..Actually this vacation semua by hubby.Dia yang plan everything.Dan aku just tau nak pegi sini 2 days before tu pun sebab keluar beli barang then hubby beli float untuk Danial.Time tu aku tanya la nak buat ape?nak pegi mana?tapi time tu hubby still nak berahsia.Dia cakap "ikut je","wait and see"..Bila dah timbul tanda soal kat kepala aku ni haruslah bertubi-tubi soalan yang keluar lepas tu.Finally dia jawab jugak..

Before pegi ada sikit kerisauan dalam hati aku sebab macam berkait dengan mimpi pelik sebelum ni.Bila bagitau kat my parent pasal vacation ni diaorang dah risau.Tapi alhamdulillah,kami selamat pegi dan balik..
Ape-ape pun very enjoy 2D1N sepanjang kat sana..Rasa tak cukup 2 hari tu.Nak lagi..

Layan gambar je la..

On the way..waktu ni dalam rasa seronok tu ada gak rasa risau.Yela ni first time hubby drive kat area pantai timur..Tapi risau camne pun aku takdelah bagitau hubby.Nanti dia bertambah risau pulak.dah mengganggu konsentrasi beliau memandu.
still maintain boleh camwhore dalam kereta bersama anak teruna I sorang tu..

lebih kurang 3 jam perjalanan alhamdulillah sampai kami ke destinasi yang dituju..
 kami stay kat sini..so far very puas hati.Bilik betul-betul mengadap swimming pool.Bukak je sliding door,jalan beberapa langkah dah boleh terjun kolam dah..
.
.
Lepas selesai solat barulah bermula aktiviti.Time ni pun dah siap tukar costume lain dah kami 3 beranak.
 
  Mula-mula ronda-ronda tinjau kawasan..Menonong je anak bujang tu berjalan..
 Pantai pun dekat je dengan hotel..Anytime nak pegi pun boleh..
 bestnye kena angin..Since cuaca agak terik lagi waktu tu aku tak bagi lagi Danial turun kat pantai..Takut sunburn..heee

Change plan,kita mandi kolam dulu..ate Danial sampai-sampai bilik dah tak sabar nak terjun pool.


Dah puas mandi pool,pegi panaskan badan kat pantai pulak..
Seronoklah Danial dapat main pasir
 kutip kulit siput..suka budak ni..
 melalak sebab tengok mama and abah mandi jauh dari dia..hehehe.penakut jugak anak mama ni.

.
.
Dari 3pm to 6.45pm main dengan air sampai kecut-kecut badan baru naik ke bilik..Malam tu baru ronda area Cherating.Jalan-jalan cari makan..Settle aktiviti 1 hari.
.
.
Bersambung keesokannya..pukul 8am dah keluar dari bilik pegi breakfast..
 Muka fresh lagi sebab dah cukup rehat..

Ni lah breakfast kami pagi tu..semua made by Holiday Villa..
 mine..
 hubby's
 and Danial punya..
 
dah pandai demand nak makan sendiri..

then sambung ronda-ronda and aktiviti sekitar hotel..

 sempat lagi mandi pool before check out..

.
.
sharp 12noon beredar la kami..jom ronda-ronda cherating dulu before balik..kena la cari something untuk buah tangan dari Cherating kan??

 yes.jumpa jugak yang dicari.SATAR!!!
 Borong kopok keping and kopok lekor..
 Masuk je dalam kereta terus rasa Satar ni..nyum nyum..tak cukup.gi beli lagi RM4..bekalan perjalanan..

On the way back to Nilai singgah kejap kat bandar KUANTAN.Actually nak lunch.Pusing punya pusing last sekali makan McD je..

ishhh gambar ni terserlah ketembunan aku..

.
.
Sekian.Itu saja cuti-cuti cinta kami di Cherating..