Showing posts with label #3rd. Show all posts
Showing posts with label #3rd. Show all posts

Friday, July 31, 2015

Detik kelahiran Muhammad Fateh Aqlan

Entry lama terperam dalam draft post...jenuh nak ingat balik..

070415 dah start rasa contraction and ada blood show.5am gerak gi hosp putrajaya.tapi doc suruh balik dulu sebab takde bukaan lagi.baru 1cm and dinding rahim tebal lagi..so balik je la melayan mild contraction yang kejap ada kejap hilang..

08042015..jam 2.30am
Terbangun dari tido.Rasa cam tak selesa.Dah start rasa contraction..tapi dalam 15min sekali.Bangun gi toilet.kat panties ada spotting darah campur lendir.Kali ni taknak kelam kabut pegi hosp macam semalam.Takut kena reject je.So tunggu dan layan je la contraction tu..Mandi,solat sunat and baca yaasin..Siap apa yang patut. Sempat lg bancuh milo cicah roti gardenia.Standby takut sampai hosp kena masuk LR terus.

4:00 am..contraction makin kuat dan kerap.Selang 10 minit.Kejutkan encik husband.Husband bersiap2 then terus gerak ke hosp..Dalam 5.30am sampai Hospital Putrajaya..Sampai je nurse suruh terus masuk bilik monitor..Buat urine test,check bp,timbang berat..Pastu baring atas katil nurse pasang alat ctg.tak lama lepas tu doc datang nak check bukaan..bila check baru 2cm tapi reading dari ctg strong contraction.Mula-mula doc cam nak suruh balik dulu sebab bukaan baru 2cm tp dia cakap tunggu MO masuk lepas ni camne.Since takde patient doc suruh baring je kat katil tu.

6:30am Datang MO lain..mula-mula lepas dia baca review doc yang sebelum tu dia pun suruh balik.Tapi dia nak check bukaan pulak.Bila check dah 4cm nak ke 5cm.Doc tu suruh aku tarik nafas dia nak tolong bukak bg betul-betul 5cm.Ngilu kot bila doc tu masuk jari dia.Pastu bg ubat berak.Sambil buat procedure tu doc suruh breakfast siap2 suruh husbnd belikan then standby nak masuk LR..Perasaan?cam takde perasaan je.Sebab mula2 dah hampir kena reject kan pastu tetiba tak jadi then masuk LR.sementara tunggu en husband belikan breakfast doc cucuk siap-siap jarum nak masuk drip.Benda paling tak suka..:( sakitnya tuh di sini.

8:15am masuk LR.tukar uniform.pastu nurse masuk drip..nurse pulak check bukaan.6cm..Doc estimate dalam pukul 12 tgh hari aku bersalin..Doc tanya nak ambik epidural or apa2 ubat tahan sakit?aku cakap taknak epidural (berlagak kan?).cucuk ubat tahan sakit je..Time ni still Boleh control.Boleh lagi cakap2 dengan husband.Bila datang sakit contraction tu mulut tak henti-henti baca ayat 21-24 surah al hasyr.Husband pun sama-sama baca.

Makin lama makin dah tak tahan sakit.Husband sua 'gas lalok'..nurse datang cek dah 8cm..Patut la rasa cam nak push.
Saat menanggung kesakitan.. 

10:15am sakit sangat-sangat.sampai menangis.Dah rasa cam nak push.Suruh husband panggil nurse.Nurse datang check dah 10cm..Doc masuk and 3org nurse.Siap sedia semua peralatan.Bila ada rasa surge doc suruh push.Seriusly dah masuk anak ke-3 pun still tak pandai push.husband as usual tukang sorak.Tukang sebut "push".huh sabo je la.Dia pulak yang mengajar wife dia camne nak push.'ayang,teran cam nak berak'..time sakit tu teran nak berak pun dah tak reti camne.hampir give up.Sebab tak reti.Sampai nampak muka frust doc and nurse bila aku tak betul push.Kepala baby dah nampak tapi sebab push tak betul baby tak dapat nak keluar.Bila tengok muka frust doc tu ntah dari mana datang semangat terus push sekuat tenaga..Alhamdulillah berjaya..

10:48am baby dilahirkan.Ya Allah rasa lega ya amat bila baby dah keluar..Tapi time tu aku mamai sangat akibat sedut gas lalok terlebih kot.Doc tanya aku baby apa pun aku tak jawab.Doc tanya husband "encik baby apa ni?"..aku dengar 3x doc tu tanya hubby.Rupanya mamat tu terkesima."boy la ayang".Terus cerah mata aku and tengok bebird baby.CONFIRM BOY.patutla husband terkejut.Unexpected.Kuasa Allah.4 kali scan doc bagitau baby girl.Tapi bila lahir,boy.
Nurse letak baby kat atas badan.(skin to skin) sementara nak bersihkan apa yang patut.Sebabkan terlampau mamai terpaksa husband ampu sama.risau takut aku terlepas baby.
Lepas tu baru nurse bersihkan baby..then dapat breastfeed baby buat pertama kali..

Ni lah baby yang mama and abah ingatkan girl selama dalam kandungan mama sampai mama dah panggil dengan nama girl dah..


Girl or boy tak kisah pun.janji sihat and selamat semuanya..nanti boleh la geng dengan abang-abang..

Thursday, July 30, 2015

3rd Hero

Assalamualaikum :)

Baby dah nak masuk 4 bulan baru berkesempatan nak update..


Our 'new edition' ..Alhamdulillah baby boy lagi...


MUHAMMAD FATEH AQLAN BIN SAIFULLAH
Muhammad-kepujian ; Fateh -pembuka ;Aqlan -yang berakal
D.O.B : 08042015 (18 JamadilAkhir 1436 H) @10:48 am
Normal Labor at Hosp Putrajaya
Weight :3.33kg

Saturday, March 21, 2015

Alahan lagi????

Assalamualaikum :)

Adoiiila kenapa dengan badan ni?nak kata faktor usia ke??seriusly masuk week 37 alahan cam muncul balik macam masa awal-awal pregnant..Boleh kata pagi,petang,malam asyik nak muntah je.Rasa loya semacam.Mentos or sweet memang jadi peneman setia..kalau boleh nak kemam je dalam mulut.

Seingat-ingat aku,masa pregnantkan Danial and Rayyan before ni takde pulak camni..Yela lain anak lain ragamnye kan?

Nak sedapkan hati google la tanda-tanda awal bersalin..walaupun nak masuk anak ke-3 still cuak nak bersalin..huhuhu
Ok.ni tanda-tanda awal nak bersalin..
  1. Enggage
  2. Kerap membuang air kecil
  3. Sakit belakang bahagian bawah
  4. Kontraksi Braxton Hicks 
  5. Cirit Birit
  6. Keputihan
  7. Lendir dan pendarahan (Bloody Show)
  8. Air ketuban pecah
Takde pun muntah-muntah????pembawakan la ni kot..:(

Friday, March 20, 2015

DIY project..Barut baby

Mood rajin ke main bila 3rd baby ni...boleh kata semuanyer nak DIY and nak buat sendiri..Masa Rayyan sokmo nak membeli jer..Tak boleh tengok online shop..

Kali ni mood rajin terlebih nak buat barut baby sendiri..Since gender baby nampak cam pinky pinky..so lagi la excited..padahal not 100% confirm pun..

Kain aku beli kat Tewah Seremban..2x kot pergi tapi takde corak yang aku berkenan..3rd time baru jumpa yang ok and aku suka..

 
Aku pilih kain cotton flannel..beli yang bercorak and putih.Semeter setiap kain..harga RM6.00/m untuk yang putih dan RM6.50/m untuk yang bercorak..Semeter kain ni boleh dapat 10 helai barut..
 
Potong kain..untuk setiap helai barut tu panjang aku buat 20inci and ada gak yang 18inci..lebar setiap barut 7inci..
 


Then ukur 1/2 inci untuk jahitan..gariskan..Lepas tu lipat 2 kain untuk potong bahagian bawah..tujuan dia untuk bahagian atas punggung baby nanti..ukur 3 inci then lukis semi bulatan..lepas tu gunting bucu bucu camni..bila terbalikkan nanti senang la..


Sebelum cantumkan dua kain putih and bercorak tu..jahit dulu tali dekat kain bercorak..


Untuk tali aku guna macy tape.Beli je kat kedai jahit.sepeket RM2.50..untuk 5 helai barut.Setiap barut guna 6 tali.Panjang setiap tali aku potong 12inci.


Dah siap baru cantumkan kain.Then jahit ikut line kat kain putih.Oppppsss jangan jahit semua.tinggalkan one side untuk terbalikkan kain nanti..kemudian baru jahit.

Untuk bahagian yang belum jahit tu,jahit pada bahagian yang elok.selepas diterbalikkan.



Yang ni 1st trial..guna macy tape size kecil..cam kurang kemas.


Yang ni hasil selepas ditambahbaik..Pakai macy tape sederhana.Lepas tu keliling kain aku jahitkan..Nampak lebih kemas...


Hasilnya......


Dapat 10helai barut...

Sunday, January 4, 2015

Layankan je

Mujurlah ada orang nak melayan  kerenah makyong ni... Since alahan dah takde sangat selera nak makan tu macam menjadi-jadi.. Ikutkan macam-macam  yang teringin tapi yang peliknya bila rasa nak makan and dah sampai tempat yang ada jual benda yang aku teringin tu mesti automatik akan bertukar.. Contoh sebut kat hubby "cam teringin  nak makan chicken chop  la"... En suami pun ikutkanlah bawa si isteri nak pi  makan chicken chop. Tapi bila sampai kat kedai tu tetiba aku tukar menu order satay.. Blurrr je la en suami. And yang pasti mesti akan ada suara sumbang selepas dengar apa yang aku order... "laaaaa .. Tadi nak makan lain"..

Camtu jugak la yang jadi petang semalam...tengah ronda-ronda town pastu nampak orang jual putu bambu. Dan dan suruh hubby berenti.. Tapi bila turun dari kereta jeling kat stall sebelah...." eh!!!pisang goreng cheese.. "cer teka apa yang aku beli???

Hahaha.. See automatik terus tukar... Ntah ape ape jela makyong sorang ni.. Masuk dalam kereta buat muka slumber jer la..