Tuesday, February 26, 2013

Mental torture

Assalamualaikum...

Seriusly mental torture!!!

Ada pulak lagi isu baru dengan budak Oman tu lagi..
Semalam habis jer waktu sekolah,kebetulan aku ada kerja sikit nak buat so lewat la sikit balik..Silap balik lambat semalam.Kalau tak,takyah nak pikir pasal ni..around 1.15pm dapat call..Dari suara jer dah kenal sapa pemiliknya..

"hello,teacher Dina..I'm Ixxxxx mother"...I want to know why Ixxxxx's leg bleed???"

aaaa sudah..bila masa pulak kaki budak ni berdarah????Tadi masa aku tinggalkan dia dengan Teacher Zai before aku pegi Computer class ok jer..Takde pun berdarah.Then time balik,aku yang hantar naik van..Ok jer aku tengok...Ligat la kepala otak ni fikir kenapa pulak la dengan budak ni..Then aku tanya la kat mak dia..which part yang berdarah??serius ker?.Mak dia cakap "above socks,right leg"..Bila dia cakap serius aku fikir jatuh dalam van ker?fikir dah terbelah mana-mana la kaki budak oman ni..Pastu mak dia cakap dia nak bawak pegi klinik then nak tuntut insurans..Ok.Fine aku cakap.Pastu mak dia cakap lagi esok nak datang sekolah nak jumpa principal.Kebetulan masa dia call tu koordinator and principal takde pulak.Yang ada beberapa kerat teacher jer.Sempat la aku sembang dengan Teacher Zai.Dia pun terkejut la dengar apa yang aku cerita.Dia pun fikir cam aku fikir..Bila masa pulak budak ni luka??kat sekolah ok jer...

Balik semalam memang kepala otak ni jenuh la fikir then nak mengadap muka mak bapak budak tu lagi..Bukan apa susah nak communicate.Sometimes bila aku speaking english diorang blurr.Pastu cakap dengan diorang mesti diaorang akan keluar arabic word..Hadoiii nak kena pakai translator la plak..
.
.
.
Then pagi tadi sebaik je van sekolah sampai aku dah nampak kelibat si Oman ni..terus aku bawak dia and duduk satu corner..Dengan aku ada la dalam 4 orang teacher lain termasuklah koordinator..Tujuan utama??ofkoslah nak membelek kaki budak tu.Nak tengok besar mana lukanya.. 

Jeng jeng jeng jeng..

Belek punya belek..punya la susah nak kesan..Tapi dah ikut cakap mak dia 'kaki kanan,atas stokin'..haa nampaklah kesan luka.Tapi keciknyer la hai...besar lagi kepala batang mancis.Kalau dari pemerhatian kami kesan tu cam kesan kudis yang dikopek..So aku assume mesti dalam van budak ni ada kopek kudis dia,then berdarah.Sampai rumah ofkoslah mak dia terkejut..Kalau luka tu dari sekolah,bila sampai rumah mesti dah kering.Ni mak dia cakap berdarah lagi..Takpela itu conclusion awal yang aku buat.Tunggu je la parent dia sampai..Tapi aku ada la ambik gambar..tu pun jenuh nak nampak.Hp tak canggih..Dengan warna kulit yang agak gelap and luka yang sekecik tu memang tak nampak sangat la..

Around 10am bapak budak ni sampai..Maknya tak ikut pulak..Sampai je terus nak cari aku..Terus tunjuk resit klinik..RM25.Tertulis kat kertas tu medication RM13,Consultation fee RM12..Then aku tanya la kat bapak dia mana luka tu?(for confirmation kot tempat lain dari yang aku nampak tadi).Tup tup bapak dia tunjuk kat tempat yang sama dengan yang aku belek tadi.Cissss takdelah serius..Aku explain la kat bapak budak tu maybe kesan kudis..Sebab kalau tengok kaki budak tu memang banyak parut kudis.And kulit dia ada cam biji-biji..

Pastu bapak dia cam tak puas hati..Dia cakap dia nak call principal.So aku call je la.Let my principal settle dengan dia..Ntah apa yang diorang cakap tapi tengok gaya bapak budak tu cam nak gaduh.Uishhhh serius takut.Aku dengar cam nak claim insurans.Tapi kalau luka camtu boleh dapat ke insuran???

Lepas je end call nampak muka tak puas hati bapak budak tu.Then dia panggil aku kat luar..huh molek pulak gaya cakap.Dia cakap 'Weather Malaysia not good".."When heavy rain so many mosquito"..Hanginnn je aku dengar.Kalau Malaysia tak bagus kenapa nak datang Malaysia???Boleh plak dia salahkan nyamuk sebabkan luka anak dia tu..Then dia interview aku,kat mana tempat budak-budak ni buat outdoor activities?Dia nak tengok..And boleh pulak dia cakap takut ada scorpion..Scorpion????hello bukan sekolah tu kat hutan yang ada scorpion bagai..main pun kat atas simen,ber tiles lagi..aku malas nak cakap banyak aku angguk je la..Then bapak dia boleh pulak cakap,next time if apa-apa yang dia cakap or his wife call and bagitau aku apa-apa please jangan bagitau principal or koordinator or anybody.Just between diorang dgn aku..(boleh pulak cam gitu???)Dia cakap dia just percaya kat aku jer.And dia kenal anak dia.Kalau suka cikgu dia everytime balik sekolah mesti dia cerita dengan excited..Emmmmmm dia tak tau apa yang aku hadap everyday dengan kerenah anak dia..

Tak lama lepas bapak budak tu balik,my bos call aku..Dia cakap dia dah bagi kata dua kat bapak budak tu kalau dia tak happy anak dia sekolah kat sini dia boleh ambik anak dia and my bos akan refund semua fees yang dia dah bayar..My bos bagi masa seminggu ni,if ada apa-apa lagi isu dia akan terminate budak tu.Dia cakap cukup-cukupla torture yang diorang bagi.Yela dah la everyday akan call pasal anak dia during class.Kan ke dah mengganggu teaching hour..pastu my bos tanya detail kat resit ubat tu.Mujur aku ada fotostat.And aku memang niat nak gi klinik tu sendiri sebab klinik tu kebetulan memang dekat dengan umah aku so boleh la risik kat doc situ..Nak jugak tau betul ke luka tu kesan gigit serangga or something???

Balik je dari sekolah tadi terus singgah kat klinik yang parent Oman ni pegi..Alhamdulillah diorang still ingat budak Ixxxxx ni and ikut rekod doktor cakap memang nampak macam kesan kudis yang dikopek.Ubat yang dia bagi tu ubat demam..Sebab mak Ixxxxx ni mention kata anak dia demam..Aku suruh doc tu buat surat bertulis about condition si Ixxxx..Bila aku cerita kat doc pasal parent ni nak claim insurans,doc pun terkejut..Dia siap senyum sinis lagi..Lepas tu baru la lega sikit kepala otak aku ni..

Hailaaa macam-macam yang kamu buat kat teacher yer Ixxxx..pasni tak tau la apa pulak..

Tak sabar nya nak bercuti lama...cepatlah baby keluar..*tetiba*

Monday, February 25, 2013

Petua menghadapi saat kelahiran...

Assalamualaikum..

Khas untuk bakal-bakal ibu..Semoga sama-sama boleh jadikan panduan

  • PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION (start dari pintu rahim terbuka 2cm)
  1. Mula bernafas cara 'Early labour breathing".Cam entry sebelum ni ...Yang 1st step
  2. Mula minum air selusuh.Sebelum minum,selawat 3x,baca Al-Fatihah dan berdoa "Ya Allah,izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..Ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan ini"
  3. Kalau ada minyak selusuh,sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut,pangkal peha,peha dan pinggang.Kemudian selawat dan minum sesudu sambil berdoa.."Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan selicin minyak ini..Ampunkan la segala dosa dan ringankanlah kesakitan ini.."
  4. Jangan fokus pada sakit,ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia
  5. Sekiranya contraction makin kerap,mula bernafas cara "active stage breathing"..Sniff sniff fuhhhhh
  6. Banyakkan zikir doa Nabi Yunus dalam perut ikan Yu..."la ila hailla anta subhaa naka inni kuntuminalzolimin" dan banyakkan doa "Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhammad S.A.W ke dunia ini"
 
  • PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI (PROSES MENERAN UNTUK KELUARKAN BAYI)
  1.  Jangan fokus pada sakit.Ingatkan yang kita tengah berusaha nak keluarkan seorang khalifah Allah ke dunia
  2. Jangan teran cepat sangat,biasanya gesaan akan datang dengan sendiri.Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran
  3. Posisi semasa nak melahirkan...Dalam keadaan berbaring,buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali.Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor/bidan menyambut kelahiran
  4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan-Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan tempat menyandar (isteri boleh bersandar dengan suami supaya terasa lebih selesa).Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
  5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)  -Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut,dan teran sambil angkat badan.(bukan angkat punggung)..mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada..dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat.teran tanpa mengeluarkan suara untuk memastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran,jangan lepaskan kesemuanya,terus tarik nafas semula,sebab dikhuatiri kalau lepaskan kesemuanya,bayi akan termasuk ke dalam semula atau tersekat..

Semoga panduan ni dapat membantu...mudah-mudahan dengan izin Allah..

Saturday, February 23, 2013

Breathing Technique..

Assalamualaikum..

Lately ni kerap la aku practice breathing technique ni atau dalam bahasa melayu kita teknik pernafasan.Mudah-mudahan dapatlah membantu masa sakit contraction nak lahirkan adik baby ni nanti..Gigih kan???Time Danial dulu tak praktik kan pun.Mana taknya bila sakit contraction tu terus lupa semua.Kali ni dengan hubby sekali aku ajak berlatih.Sebab harap kat dia la nanti kot nak ingat time kat labour room tu..Harap dia ingat lah.Buatnya dia pun 2x5 cam aku,hancussss..

Ala google jer 'breathing technique' confirm keluar banyak page yang berkaitan..

Yang aku follow and print ni tak ingat dah ambik kat mana.Sebab memang dah save dalam laptop..Sorry yer kepada empunya source saya ambik maklumat dari anda..

Untuk panduan mommy to be boleh la kalau nak try jugak..

  • Masa mula-mula contraction datang
Tarik nafas dalam-dalam guna hidung..Pastu lepaskan panjang-panjang guna mulut

  • Bila contraction makin kerap
Bernafas laju-laju guna mulut.Tarik nafas guna mulut,lepas pun guna mulut jugak..fuh fuh fuh fuh..cam gitu

  • Bila rasa nak teran,tapi belum masa untuk teran (faham ker??)
Biasanya rasa nak teran tu automatik..Bila gesaan nak teran tu ada ofkos kita rasa nak teran.Tapi tak boleh sebab belum 10cm lagi..Huaaaa part ni memang sakit and scary kot..kalau teran jugak time ni confirm nurse akan marah.Selalunya nurse akan inform,"kalau rasa nak teran,panggil"then diorang akan datang check bukaan.Kalau dah complete 10cm boleh la teran.Kalau belum,bersabar je la..

So masa ni kena tarik nafas laju laju guna hidung 2x.Lepas nafas guna mulut sekali.Ulang banyak kali sampai hilang rasa nak teran..kira cam "sniff sniff fuhhh".."sniff sniff fuhhh"..
  • Dah sampai masa nak teran
Tarik nafas dalam-dalam guna mulut.Sebab udara lebih banyak masuk kalau kita tarik nafas guna mulut compare kalau tarik nafas guna hidung..Dan bila lepas tu push dengan sekali nafas. Kalau nafas dah habis,tarik nafas semula slowly.Sebab kalau tarik nafas kuat, takut tersedut balik baby yang dah nak keluar tu..

Position masa nak meneran ni biasanya nurse akan ajar..Tangan tarik lutut(pegang kat buku lali),badan naikkan dan teran perut..Jangan angkat bontot..Kalau suami ada sama dalam labour room,position suami pulak,sebelah tangan pegang bahu (pangku kepala)isteri untuk jadikan tempat menyandar,sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk elakkan isteri mengangkat bontot semasa meneran..

.....

Ok ni adalah sekadar panduan untuk tuan empunya blog ni dan juga kawan-kawan..Keadaan sebenar hanya Allah je yang tau..(based on my 1st experience).Setiap orang ada experience berbeza-beza..Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan melalui proses kelahiran ini..Aminnnnn...

Counting days :)


 

Rezeki Allah..



Ada orang perkahwinannya lewat,tetapi diberi rezeki cepat dapat anak...
Ada orang awal perkahwinannya,tetapi ditahan dari dapat anak..
Ada orang mudah perkahwinannya,mudah memperolehi zuriatnya,tetapi dianugerahkan anak-anak yang kurang upaya..
Ada orang mudah perkahwinannya,cepat dapat zuriatnya,tetapi hanya sementara kemudian meninggal dunia..
Ada orang begini..
Ada orang begitu..
Perhatikanlah..bagaimana Allah membahagi-bahagikan rezekiNya..
perhatikanlah..
Allah itu Maha Gagah,Maha Berkuasa di atas segala-galanya...
Subhanallah..
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..
Berdoalah untuk memperoleh yang terbaik dariNya...
Allah yang lebih mengetahui dari segalanya..


Wednesday, February 20, 2013

1 month++

Assalamualaikum..

Ni yang sometimes malas nak bukak blog ni..bila bukak terpandang kan ini


about 36days to go..Fuhhhhh kenapa aku rasa nervous???time 1st baby takla nervous camni..Excited lebih adala..This time lebih nervous dari excited..

My pregnology photo..
 32 weeks...

33weeks..
.
.
and the latest at 34weeks and 4 days

Pastu bila orang tegur perut dah jatuh laaagiiiiila nervous..hari ni kat sekolah pun sama 2,3 orang tegur kata nampak cam dah jatuh je perut..Ohmaiiiii..
.
.
Nervous maybe sebab dah tau sakitnya camner kot?tapi hopefully Allah permudahkan..

Mendidik anak


Sunday, February 17, 2013

Puteri Harbour Family Theme Park..

Assalamualaikum...

Kejap ada kejap takde..Dah macam biskut chipsmore dah..Entry ni pun dah terperam lama dah dalam draft..sebelum jadi pekasam cepat-cepat la publish..

Unplanned trip jugak ni..

Memang takde dalam perancangan nak jejak kat sini sebab ada benda lain nak settle.Tapi pagi isnin yang sepatutnya kami dah gerak balik ke Nilai,dah bertukar destinasi pulak.Mujur la si customer sms tak jadi nak jumpa hari tu.Dan mujur kami tak masuk lagi highway..Mujur kami tengah lepak-lepak kat Danga Bay..(berapa banyak mujur ntah)

Layan picture je la..Biar gambar berbicara..che waaaahhh..


The three of us..next month insyaAllah berempat la pulak..
  Time ni la dapat sms dari customer..Tgh syok berposing rasa dalam poket vibrate..

Dah besar dah anak mama..Dah nk jadi abang dah..
Tak boleh nampak air..mesti dia nak mandi
 Lama la sikit dapat duduk kat Danga bay.Lengang betul.Kami je kot ada kat situ..Kalau malam happening la Danga Bay ni..

 Danial yang sambil berjalan sambil baca Alif..baa..taa..
 Hubby tengah fikir mana pulak nak pegi lepas ni?Nak balik,awal lagi katanya..

camwhore la lagi..
 Lepas tu???
.
.
Jalan punya jalan..Terus ikut signboard ke NUSAJAYA..Yang pasti bukan Legoland sebab malam tadi Pakcik Wahid uncle hubby ada bagitau Legoland still under construction.So cam tak berapa best nak pegi sekarang ni..Jadi kalau bukan ke Legoland,ke mana lagi area situ ye dak??
yup! kami ke PUTERI HARBOUR FAMILY THEME PARK..

Trip for Danial actually sebelum bergelar abang..Time ni nak spend time betul-betul dengan dia as anak tunggal..


suka betul dengan lukisan dinding ni...





Entrance..Tunggu hubby beli tiket
Cute kan???

Dah beli tiket akan dapat tagging ni..Since kami just ambik The Little Big Club dapat la tagging biru..RM50/person cam kami ni.Kalau ambik pakej masuk Hello Kitty Town and The Little Big Club RM85/person..
Kat 1st floor..Tak masuk pun..tapi cam cute jer..Since aku sorang je yang minat so takyahla masuk.takde geng.takpe tunggu kalau dapat anak gugurl...

Sebabkan Danial boy so we prefer masuk The Little Big Club at 2nd floor.

Kat dalam The Little Big Club ni ada cartoon Thomas and Friends,Barney,Pingu,Bob the builder and Ballerina..

Dekat dengan main entrance ada Barney house..
 Lepas je Danial masuk situ..at first dia cam blur..tengah ambik mood kot lepas tu dia sendiri yang pergi main slide kat situ..

Sempat la mamanya berposing kat situ...

Next masuk Pingu Section pulak.Macam-macam game ada..Tak perlu nak masuk token ape dah.Tekan je button dah boleh main dah..

Usaha nak cabut pingu tu

Around 1.30pm ada Thomas and Friends show..Favourite danial ni..



He really enjoy the show..

Next Bob The Builder section..

 Tak terkira berapa kali Danial ulang alik main slide kat sini..Abahnya monitor kat atas,mama tukang monitor kat bawah..



Next Ballerina..
excited nak menari sama dengan ballerina..
 nak menari jugak tapi tak tau..






Dah puas round kat bawah naik tingkat atas pulak..Kat sini ada macam-macam game..

Mak buyung hanya mampu tengok dari bawah je la..
Hubby cakap best naik bus ni..Tengok muka dua beranak tu pun dah tau best ke tak.Sengih sampai ke telinga..




Dah puas main 2,3 game berenti makan dulu..Takyah nak keluar,semua ada dalam tempat ni..kalau keluar pun boleh tapi jangan tanggal tagging kat tangan tu.Tag tu untuk seharian punya pas la.Kalau esok pun korang tak bukak lagi tag tu boleh la kot main lagi..(boleh ker??)
 Mc Bunn Cafe namanya..
Lapar anak mama yer??
harga pun boleh tahan..no gov tax..

Lepas makan sambung lagi main..Dalam banyak-banyak game tu yang mak buyung ni dapat main just naik Thomas..Pusing la kat area situ..

Dah puas main kat situ turun balik..around 4.30pm ada Barney show..
Masa kami sampai tu orang dah standby dah ambik tempat nak tengok show..


Last,sesi bergambar dengan Barney..Kena beratur nak dapat turn..

Around 5.30pm kami keluar dari sini..Tempat ni tutup pukul 6 pm ye..


So far really enjoy kat sini..Seronok tengok Danial happy main kat sini..

Before balik singgah jap kat kedai souvenir kat ground floor..

 Kitaorang perhatikan je apa benda yang berkenan kat Danial..






 Ok.Dapat dah apa yang dia nak..Botol air Thomas..Harga RM26.90..

Dah dapat apa yang dia nak baru nak kiss mama yer??

Cutenye la Hello Kitty ni..

Before balik ronda-ronda kat area situ dulu..




banyak kapal kat sini..
Nak tiru gaya Bob..

.
.
.
Then bergerak la kami pulang semula ke tempat bermastautin..Tak rugi bawak anak datang sini..