Sunday, January 4, 2015

Layankan je

Mujurlah ada orang nak melayan  kerenah makyong ni... Since alahan dah takde sangat selera nak makan tu macam menjadi-jadi.. Ikutkan macam-macam  yang teringin tapi yang peliknya bila rasa nak makan and dah sampai tempat yang ada jual benda yang aku teringin tu mesti automatik akan bertukar.. Contoh sebut kat hubby "cam teringin  nak makan chicken chop  la"... En suami pun ikutkanlah bawa si isteri nak pi  makan chicken chop. Tapi bila sampai kat kedai tu tetiba aku tukar menu order satay.. Blurrr je la en suami. And yang pasti mesti akan ada suara sumbang selepas dengar apa yang aku order... "laaaaa .. Tadi nak makan lain"..

Camtu jugak la yang jadi petang semalam...tengah ronda-ronda town pastu nampak orang jual putu bambu. Dan dan suruh hubby berenti.. Tapi bila turun dari kereta jeling kat stall sebelah...." eh!!!pisang goreng cheese.. "cer teka apa yang aku beli???

Hahaha.. See automatik terus tukar... Ntah ape ape jela makyong sorang ni.. Masuk dalam kereta buat muka slumber jer la..

Thursday, January 1, 2015

01012015

.:01012015:.
Selamat melangkah ke tahun baru masihi..Hari baru.Semangat baru.Azam baru..(ada ke???)azam tahun 2014 pun tak tercapai sepenuhnya.So kita postpone ke 2015.Yang pasti mahu yang lebih baik,ingin jadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..

2015...bakal menambah usia ke satu lagi angka..(rasa cam makin tua pulak).Bakal menambah ahli keluarga baru.Semoga semuanya baik-baik je and selamat semuanya.Opppsss yang ke-3 ni macam kurang cerita pasal baby ni.Bila mood berblog dah ke laut gini la..Alhamdulillah baby dah 26weeks dalam kandungan mama..can't wait to confirm baby's gender..and can't wait to shopping baby items!!!sekarang ni duk tahan je nafsu shopping tu.Dalam duk tahan-tahan tu ter shopping gak barang baby..tak boleh nak buat ape la..

Whatever it is may 2015 bring us happiness and prosperity..and May Allah always bless us..