Showing posts with label mYseLf. Show all posts
Showing posts with label mYseLf. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Happy mother's day!!

Selamat Hari ibu buat semua yang bergelar ibu..
Buat mak tersayang,Aishah Hamad,
Kakyong sayang sangat kat mak.Belum terbalas segala penat lelah mak selama membesarkan kakyong.Thanks for everything..
Buat ibu mertua,Che Napisah
Thanks mak,sebab membesarkan hubby.InsyaAllah ina akan cuba jadi menantu yang terbaik untuk mak dan isteri terbaik buat anak mak.
and..
to myself..
Syukur alhamdulillah,diizinkan Allah untuk bergelar seorang ibu kepada 2 hero kesayangan.Insyaallah akan buat sehabis baik menjaga dan mendidik amanah Allah ini.

Everyday is a mother's day..




Friday, May 10, 2013

Inspirasi untuk slim..

Today dah last day berpantang..Hip hip horey!!..opppsss.Alhamdulillah..Dapat gak melepasi fasa berpantang tanpa sebarang masalah..Alhamdulillah berpantang kali ni lebih baik dari yang pertama.Lebih cergas,lebih sihat..Syukur Ya Allah..

Bila dah habis pantang ni misi nak kuruskan badan pun tak boleh la berenti kan??Berat terkini 51kg..Ada lagi 2kg nak kena buang kalau nak dapat balik berat sebelum pregnant..Tapi liat ya amat nak hilangkan 2kg tu..

So meh cari sumber inspirasi untuk release weight.
Cam Prof Muhaya cakap..bila nak kurus tak boleh sebut "lost weight".Sebab apa yang hilang akan datang balik.So kena sebut "release weight".

1.Tengok gambar-gambar time slim..


Time awal-awal kahwin..pakai seluar jeans pun size 27..Now up sikit..heeee

2.Usaha..

Salah satu usaha untuk slim.

Tapi kalau tak berhasil jangan gelakkan yer..Atenya aku ni takde la rajin nak pakai complete set.So far pakai girdle je.Yang bengkung,and long bra tu rasa lemas.boleh gitu???long bra tu cam susah pulak tiap kali nak bf Rayyan..Kena seru mood rajin kot baru boleh pakai complete set.

Aja aja fighting!!hopefully apa yang aku impikan tu berhasil la..Kurus untuk suami.Risau hangat-hangat taik ayam jer.(haippp!!positif ok)..InsyaAllah boleh..

Tuesday, April 30, 2013

serba salah..

Dilema..dilema..nak ikut yang mana satu pun tak tau..Yang side sini abah,yang side lagi satu suami..emmmmm

Malam tadi hubby usulkan planning dia..Hubby dah plan ambik cuti Sabtu and Isnin next week sempena nak mengundi..Lokaliti hubby Bayan Lepas and mine Kg.Ayer Hitam.Penang- Perak.Mula-mula hubby nak balik naik flight tapi tetiba tukar plan.Nak balik tengok anak-anak sekali harung sebab kami masih lagi kat kampung.Tak habis pantang lagi so stay je la kat sini..

Yang menjadi dilema tu bila hubby decide hari Sabtu (4/5/13) balik ke Penang dengan dia.Then balik ke sini hari Isnin (6/5/13)..Seee???kita mengundi 5/5/13?Kalau dah balik hari Isnin tu memang sah-sah la aku tak mengundi.Sayang oooo 1 undi.Tak kisahla aku nak undi ape pun tapi bila tak mengundi tu rasa rugi sangat.Manala tau disebabkan 1 undi tu pihak yang aku sokong tu kalah???kan ke rugi..Bila mengundi kita bertanggungjawab nak tentukan sapa pilihan kita.Abah aku confirm sentap bila cakap aku tak mengundi kalau balik Penang.Nak jaga air muka abah lagi.Dahlah abah salah sorang orang kuat..sekali tengok anak sendiri pun tak mengundi.camno????Kalau tak ikut balik ke Penang,apala pulak kata PIL aku..Diorang mesti nak tengok cucu..

 Confuse..confuse..

Tuesday, April 9, 2013

Detik melahirkan Muhammad Rayyan Furqan..#1

Assalamualaikum..:)

Dah hari ke 12 baru berkesempatan nak update experience melahirkan Rayyan..sementara memori tu fresh lagi baik update cepat-cepat.Al-maklumlah urat banyak putus ye dak??

Start dari 28/3/13(Khamis)...Memandangkan pregnant kali ke-2 ni aku ada GDM so nak taknak a day before edd (29/3/13) kena la serah diri kat hospital sebab takde apa-apa sakit/tanda nak bersalin..Since aku check-up kat KKIA Nilai and nak bersalin kat Hospital Putrajaya jadi nurse kat KKIA suruh aku pegi je hospital Putrajaya tanya camne prosedur..Reason diorang takut prosedur lain dari Hospital Seremban..

Petang 28/3/13 dalam pukul 4 aku sampai klinik O&G Hospital Putrajaya..Jumpa Dr.Emily bla bla bla doc suruh pegi kat dewan bersalin untuk further check up..Sampai dewan bersalin as usual buatlah standard check up..ambik bp,check urin,buat CTG..masa buat CTG baby tidur la pulak..Kenala masuk air..bila CTG cantik then buat VE..Masa tu contraction baru 1 in 10.VE pulak 1cm.Lepas tu doc scan baby..Estimate berapa weight baby.3.1kg.So doc cakap boleh bersalin normal.Kalau baby besar more than 3.7kg doc bagi option untuk czer.wuaaaa takmo czer..Takut.

Lepas tu nurse suruh hubby register wad..Dalam pukul 6.30pm settle everything then nurse hantar la ke wad.Hubby kena ikut lobi..Sedih bila fikir malam tu kena tidur kat wad without hubby and Danial.Ya Allah serius rasa lain betul.Malam tu bermalam la kat wad 2B katil 11..Bila hubby nak balik dan dan berjurai air mata..rasa lain.Fikirkan Danial lagi.Ok ke dia without mamanya??call mak kat rumah tanya Danial camne??Dengar suara dia sebut 'maa..' dan-dan air mata meleleh..

Bila dah duduk kat wad jangan harap la nak tidur lena..Kejap-kejap nurse datang buat CTG..Pastu doc datang round wad..Pastu ada pulak doc pelatih interview patient.Sampailah keesokan harinya...

opppppsssss kena sambung la...Rayyan dah celik mata mintak nenen... 

The last picture adik baby dalam perut mama..39weeks6days..

Friday, March 8, 2013

nafsu tekak

Nafsu tekak mak yong lately ni..

bread pudding...yang ni dah jadi feveret anak beranak..tiap minggu wajib buat..
sotong kangkung at Padang Kota..Balik kampung tak sah kalau tak jalan-jalan cari makan..
Tengok mention yang ditulis by instaplace pun dah tau apa dia..Mee Rebus Tapah..Betul-betul ho liow..kalau makan kat sini jangan lupa order sekali satay Mee rebus Tapah ni..lembut je daging satay tu..sedap...

Sotong kangkung homemade by mama Danial..hubby cakap sedapppppp...*perasan jap*..kuah dia aku main taram jer.mujur jadi..

Telur bungkus yang tak berapa nak berbungkus by mama Danial jugak..penuh sangat isi dalam sampai tak boleh nak tutup..

Menu lunch kami anak beranak..bila punya lunch ntah??sayur campur,telur bungkus,ayam bistik,ikan goreng..

ni pun sama..menu lunch kami.simple-simple je..tomyam sayur,sotong goreng tepung and ayam black paper


ni pun feveret gak ni..menyicah.tak kira siang malam kalau tekak rasa nak makan potong je buah apa yang ada dalam peti ais then letak kuah rojak yang mak buat..tabur sikit kacang tumbuk..perghhhh terangkat uolss..

ni pulak menu breakfast..kalau orang bandar makan pan cake..org kampung ni la menunya..lempeng.cicah dengan kuah ayam bistik..nak buat roti jala kurang rajin so nak cepat dan pantas buat je la lempeng

ni pulak menu minum petang..pengat labu..Setahun sekali kot buat..Ni kes teringin punya pasal la..

Tuesday, February 26, 2013

Mental torture

Assalamualaikum...

Seriusly mental torture!!!

Ada pulak lagi isu baru dengan budak Oman tu lagi..
Semalam habis jer waktu sekolah,kebetulan aku ada kerja sikit nak buat so lewat la sikit balik..Silap balik lambat semalam.Kalau tak,takyah nak pikir pasal ni..around 1.15pm dapat call..Dari suara jer dah kenal sapa pemiliknya..

"hello,teacher Dina..I'm Ixxxxx mother"...I want to know why Ixxxxx's leg bleed???"

aaaa sudah..bila masa pulak kaki budak ni berdarah????Tadi masa aku tinggalkan dia dengan Teacher Zai before aku pegi Computer class ok jer..Takde pun berdarah.Then time balik,aku yang hantar naik van..Ok jer aku tengok...Ligat la kepala otak ni fikir kenapa pulak la dengan budak ni..Then aku tanya la kat mak dia..which part yang berdarah??serius ker?.Mak dia cakap "above socks,right leg"..Bila dia cakap serius aku fikir jatuh dalam van ker?fikir dah terbelah mana-mana la kaki budak oman ni..Pastu mak dia cakap dia nak bawak pegi klinik then nak tuntut insurans..Ok.Fine aku cakap.Pastu mak dia cakap lagi esok nak datang sekolah nak jumpa principal.Kebetulan masa dia call tu koordinator and principal takde pulak.Yang ada beberapa kerat teacher jer.Sempat la aku sembang dengan Teacher Zai.Dia pun terkejut la dengar apa yang aku cerita.Dia pun fikir cam aku fikir..Bila masa pulak budak ni luka??kat sekolah ok jer...

Balik semalam memang kepala otak ni jenuh la fikir then nak mengadap muka mak bapak budak tu lagi..Bukan apa susah nak communicate.Sometimes bila aku speaking english diorang blurr.Pastu cakap dengan diorang mesti diaorang akan keluar arabic word..Hadoiii nak kena pakai translator la plak..
.
.
.
Then pagi tadi sebaik je van sekolah sampai aku dah nampak kelibat si Oman ni..terus aku bawak dia and duduk satu corner..Dengan aku ada la dalam 4 orang teacher lain termasuklah koordinator..Tujuan utama??ofkoslah nak membelek kaki budak tu.Nak tengok besar mana lukanya.. 

Jeng jeng jeng jeng..

Belek punya belek..punya la susah nak kesan..Tapi dah ikut cakap mak dia 'kaki kanan,atas stokin'..haa nampaklah kesan luka.Tapi keciknyer la hai...besar lagi kepala batang mancis.Kalau dari pemerhatian kami kesan tu cam kesan kudis yang dikopek..So aku assume mesti dalam van budak ni ada kopek kudis dia,then berdarah.Sampai rumah ofkoslah mak dia terkejut..Kalau luka tu dari sekolah,bila sampai rumah mesti dah kering.Ni mak dia cakap berdarah lagi..Takpela itu conclusion awal yang aku buat.Tunggu je la parent dia sampai..Tapi aku ada la ambik gambar..tu pun jenuh nak nampak.Hp tak canggih..Dengan warna kulit yang agak gelap and luka yang sekecik tu memang tak nampak sangat la..

Around 10am bapak budak ni sampai..Maknya tak ikut pulak..Sampai je terus nak cari aku..Terus tunjuk resit klinik..RM25.Tertulis kat kertas tu medication RM13,Consultation fee RM12..Then aku tanya la kat bapak dia mana luka tu?(for confirmation kot tempat lain dari yang aku nampak tadi).Tup tup bapak dia tunjuk kat tempat yang sama dengan yang aku belek tadi.Cissss takdelah serius..Aku explain la kat bapak budak tu maybe kesan kudis..Sebab kalau tengok kaki budak tu memang banyak parut kudis.And kulit dia ada cam biji-biji..

Pastu bapak dia cam tak puas hati..Dia cakap dia nak call principal.So aku call je la.Let my principal settle dengan dia..Ntah apa yang diorang cakap tapi tengok gaya bapak budak tu cam nak gaduh.Uishhhh serius takut.Aku dengar cam nak claim insurans.Tapi kalau luka camtu boleh dapat ke insuran???

Lepas je end call nampak muka tak puas hati bapak budak tu.Then dia panggil aku kat luar..huh molek pulak gaya cakap.Dia cakap 'Weather Malaysia not good".."When heavy rain so many mosquito"..Hanginnn je aku dengar.Kalau Malaysia tak bagus kenapa nak datang Malaysia???Boleh plak dia salahkan nyamuk sebabkan luka anak dia tu..Then dia interview aku,kat mana tempat budak-budak ni buat outdoor activities?Dia nak tengok..And boleh pulak dia cakap takut ada scorpion..Scorpion????hello bukan sekolah tu kat hutan yang ada scorpion bagai..main pun kat atas simen,ber tiles lagi..aku malas nak cakap banyak aku angguk je la..Then bapak dia boleh pulak cakap,next time if apa-apa yang dia cakap or his wife call and bagitau aku apa-apa please jangan bagitau principal or koordinator or anybody.Just between diorang dgn aku..(boleh pulak cam gitu???)Dia cakap dia just percaya kat aku jer.And dia kenal anak dia.Kalau suka cikgu dia everytime balik sekolah mesti dia cerita dengan excited..Emmmmmm dia tak tau apa yang aku hadap everyday dengan kerenah anak dia..

Tak lama lepas bapak budak tu balik,my bos call aku..Dia cakap dia dah bagi kata dua kat bapak budak tu kalau dia tak happy anak dia sekolah kat sini dia boleh ambik anak dia and my bos akan refund semua fees yang dia dah bayar..My bos bagi masa seminggu ni,if ada apa-apa lagi isu dia akan terminate budak tu.Dia cakap cukup-cukupla torture yang diorang bagi.Yela dah la everyday akan call pasal anak dia during class.Kan ke dah mengganggu teaching hour..pastu my bos tanya detail kat resit ubat tu.Mujur aku ada fotostat.And aku memang niat nak gi klinik tu sendiri sebab klinik tu kebetulan memang dekat dengan umah aku so boleh la risik kat doc situ..Nak jugak tau betul ke luka tu kesan gigit serangga or something???

Balik je dari sekolah tadi terus singgah kat klinik yang parent Oman ni pegi..Alhamdulillah diorang still ingat budak Ixxxxx ni and ikut rekod doktor cakap memang nampak macam kesan kudis yang dikopek.Ubat yang dia bagi tu ubat demam..Sebab mak Ixxxxx ni mention kata anak dia demam..Aku suruh doc tu buat surat bertulis about condition si Ixxxx..Bila aku cerita kat doc pasal parent ni nak claim insurans,doc pun terkejut..Dia siap senyum sinis lagi..Lepas tu baru la lega sikit kepala otak aku ni..

Hailaaa macam-macam yang kamu buat kat teacher yer Ixxxx..pasni tak tau la apa pulak..

Tak sabar nya nak bercuti lama...cepatlah baby keluar..*tetiba*

Thursday, January 31, 2013

Sabar pun ada hadnya..

Assalamualaikum...

Jarang kot aku update perihal keje aku kat sini..Ntahla..takut bos sekodeng.heeee..

Awal tahun hari tu aku seronok je mengajar.Everyday rasa bersemangat nak ajar my students.Selepas orientasi semua yang awal-awal nangis bila pegi sekolah dah ok.Dah takde menangis nak balik.And sesi pembelajaran berjalan lancar..

Then masuk minggu ke-3,daftar sorang budak baru asal dari Indonesia.Start dari hari tu budak ni dah jadi cam 'ekor' aku..ke mana je aku pegi dia mesti ada kat belakang.Pegang baju aku.Sampaikan aku nak gi toilet pun payah.Bila aku hilang or keluar kelas sekejap mula la satu sekolah dengar bunyi dia menangis "cikgu mana??..cikgu mana?"..Perkataan tu je la yang dia akan ulang sampai la nampak muka aku..Langsung taknak bergaul dengan kawan sekelas.Suruh duduk kat meja dengan kawan-kawan lain pun taknak..Stress gak aku.Sampai kadang-kadang saja je aku menyakat budak tu aku gi menyorok kat kelas lain..Heeeee...

Minggu ni pulak bertambah lagi hazab aku..Daftar pulak sorang lagi budak baru.International jugak.Kali ni dari Oman.Tak tau sepatah apa pun english word.Just tau bahasa Arab.So imagine la camne teacher dia ni yang tak tau bahasa arab nak communicate dengan dia.Dah macam ayam dengan itik la.Aku speak in English dia cakap dalam bahasa Arab.Segala bahasa isyarat la aku keluar.

Bab bahasa tu satu hal..Pastu his parent ni sangatla fussy.Awal-awal masa daftar dia dah bagi syarat-syarat dia.Tak boleh pukul hatta jentik anak dia (ni tak kisahla sebab aku memang takde pukul budak.Habis-habis pun aku setakat marah or jerkah jer)..Then taknak ada homework bawa balik rumah.Kalau nak bagi homework semua siapkan kat sekolah.Sebabnya umi budak ni takde masa nak check homework anak..Then every week nak behaviour record si anak.Ok fine.Bila bos dah setuju dengan syarat parent ni aku pun terpaksa la akur dan menurut perintah..

Yang menjadi masalahnya..Budak ni sangatlah menguji kesabaran aku.1st day datang sekolah,bawak mainan.Bawak kereta.Then sepanjang waktu persekolahan dia main je dengan kereta tu.Bila aku ambik nak simpan dia boleh tendang aku.1st day dia dah tendang  kena kat perut.Senak gak perut aku dibuatnya.Lepas tengok camtu aku biarkan je la.Memang buat donno je la.Aku assume maybe 1st day.Dia belum biasa dengan environment.2nd day which is yesterday dia buat perangai makan kertas pulak.Aku bagi kertas suruh dia tulis..Dia boleh pulak makan kertas tu.Aku suruh buang,dah tentu la dia tak faham apa yang aku cakap.Aku bawak tong sampah kat dia suruh dia buang,dia boleh pulak ambik tisu yang ada dalam tong sampah tu then masuk mulut.Menjerit la aku..Bila aku rampas,melalak-lalak la dia tak bagi aku ambik apa yang kat tangan dia.Budak-budak lain dah bising dah tengok dia makan kertas..Bila aku rampas badan aku confirm jadi mangsa pukulan dia.

Hari ni pun camtu jugak.As usual dia datang pakai kasut boot dia.Aku suruh dia bukak kasut kat luar.Sebab memang my class tak dibenarkan memakai kasut.Cam biasa dia buat keras kepala dia.Then awal-awal tu ok lagi..Bila aku start suruh tulis,dia boleh datang kat aku,dia tumbuk kat belakang aku.Aku tak perasan sebab membelakangkan dia.Aku tak sempat nak ambik action bila budak lain jerit "teacher!!!!"..buk dah kena belakang aku.Aku bangun and suruh dia duduk kat tempat dia.And tulis apa yang aku suruh tulis.Dia keep on tumbuk.Then tarik tudung aku.Habisla tudung chiffon aku hari ni jadi mangsa dia.Then menangis.

Kebetulan hari ni ada buat birthday party untuk budak-budak yang lahir bulan 1.And this boy salah sorang budak yang di celebrate la.Mak dia ada la bagi dia goodies bag untuk pas kat kawan-kawan.Tapi bagi budak ni bawak.Bila dah sampai sekolah mak dia suruh aku ambik.Aku ambik la tolong simpankan dulu,Nanti bila dah sampai masa birthday party tu barula distribute kat budak-budak lain.Sebab ambik plastik bag tu la yg dia marah sangat.Melalak-lalak la dalam kelas.Apa yang aku cakap semua dia endahkan.Aku cakap lembut-lembut pun tak layan.Then bila badan aku dah sakit-sakit kena pukul tu aku call la mak dia suruh dia slow talk dengan si anak.Menangis-nangis la boy ni tadi mengadu kat uminya.Then umi dia cakap kat aku dia taknak tulis sebab takde pun birthday party.

Hambooiiiii sesedap hati dia je.Memang la takde.Sebab belum pukul 10.Selalu celebrate pukul 10.Lama la dia bergayut dengan uminya.Siap kunci pintu bilik ofis.Aku cuak dah.Buatnya terkunci dia kat dalam camne.Lepas dah cakap dengan maknya nampak cam dah ok sikit.Tapi still cubit,and pukul tangan aku..Aku memang dah give up dah nak cakap apa dengan dia.Mujur bila time party tu dia dah berhenti menangis.Tapi ikut gakla perangai keras kepala dia.Ikut suka dia nak duduk mana,nak buat apa..Memang sabar je la dapat student perangai camni..

Esok ntah apa pulak yang dia nak buat..Tak sabar rasa nak on maternity leave.Tak yah nak mengadap kerenah diorang..I really miss my old students.Tahun lepas even lagi ramai dari tahun ni tapi semuanya menyenangkan hati.Tahun ni???Kesian dengan students lain.Disebabkan 2 students ni budak-budak lain pun terjejas sama.Sampaikan ada girl student in my class cakap "teacher..tak suka la dengan diorang ni.Bising"..

Bos senangla sebab dia takde kat sekolah.Dia accept je la siapa pun yang register.Aku rasa sebab behavior budak ni la dia asyik kena terminate je dengan sekolah lain.Ntah camne la bos aku boleh accept.Kalau nak kaya sangat pun janganlah mendera cikgu camni..Takpela sabar yer once dapat offer lain yang lagi best aku cabutlah..

Monday, December 10, 2012

Ragam 2nd pregnancy



Orang kata lain anak lain ragam mengandung ..And aku setuju 200% .Compare masa pregnant Danial dengan adik baby ni memang beza sangat..Baik dari segi alahan,selera,kegemaran,bentuk badan dan tenaga memang semua beza.

Awal-awal trimester..Masa mengandungkan Danial,Alhamdulillah takdelah teruk sangat alahan.Nak kata morning sickness everyday memang takde.Sampai aku pelik,pregnant ke aku ni?Nak kata takde langsung tipula.Ada la jugak tapi certain time jer contoh kalau terhidu bau pelik-pelik memang terkeluar la segala isi perut.TAPI mengandungkan adik baby ni agak hazab jugakla..1st trimester memang aku rasa dah tak macam orang je.Tak kira pagi,tengah hari,petang, malam sokmo nak terkeluar isi perut.Seriusly sampai lembik dah rasa badan.Danial pun boleh mengajuk camne mamanya muntah..Dia tengok je mamanya dah terkejar ke toilet dan dan dia yang  buat-buat muntah dulu..Bila travel jauh-jauh pun aku dah rasa hazab.Sebab berapa kali nak kena berenti sebab nak muntah.Kalau nasib baik dekat dengan RnR or stesyen minyak takpela jugak ni tak tentu tempat.Tu yang sometimes lambak je la tepi jalan..

Ingatkan 1st trimester je rupanya berlarutan sampai la 20weeks++ dan juga sampai ke hari ni.Tapi bila dah masuk 2nd trimester tu takdela setiap hari sickness tu datang.Janganlah tersalah makan,tersalah hidu memang nak terkeluar la isi perut ni.Hidung ni pun satu,sensitip ya amat lately ni.

Tu bab alahan,bab makan pun camtu jugak.1st trimester selera makan memang kelaut la.Dah masuk 20weeks selera makin ok.Bila dah ok tu mula la tekak teringin nak makan itu ini..Masa pregnantkan Danial aku lebih suka makan western,Thai food..Tapi adik baby ni pulak aku lebih suka makanan kampung.Masak lemak pucuk paku,pekasam,pucuk ubi..perghhh taip kat sini pun aku dah terliur..Pucuk ubi cicah sambal tempoyak.Sambal udang+petai..Gulai masam keladi..Just name it masakan kampung.Sekali makan memang bertambah-tambah.

Pregnant adik baby ni jugak aku kurang bertenaga.Baru buat kerja lebih sikit mula rasa cam tak cukup nafas.Semputtt…Nak harapkan cergas pun time pagi je.Bila dah petang tu dah macam energy tinggal 0.Beza betul masa mengandungkan Danial boleh kata aku sentiasa bertenaga..Maybe this time aku ada GDM kot.Bila ada GDM ni kan cepat penat..Wallahualam..

Bentuk badan.Kali ni aku rasa cam perut extravaganza cepat berkembang..heeee..Kalau dulu 7 bln pun aku still boleh sarung baju kurung.Even sampai ke 9bln.Takde pun tempah baju lain untuk pregnant.Sarung je baju yang sedia ada.Kali ni baru 5 bulan dah terserlah kebesaran perut ni.Baju kurung banyak dah tak boleh pakai.Siap tempah 4 pasang baju kurung khas untuk pregnant yang ada cam poket doremon kat kain tu.Sabor je la.Ni pun aku dah membodek hubby suruh tambah maternity wear..heee nasibla yer..

Kalau lain ragam pregnant lain gender ker???emmm gender adik baby masih lagi teka teki.Awatla shy shy cat sangat ntah.Even doctor dah bagitau tapi not 100% confirm lagi..We wait another 2 weeks insyaAllah..

Wednesday, October 31, 2012

Cerita Aidiladha..

Nak mula dari mana ntah??blurr kejap..lama dah tenung skrin ni..hujan-hujan cam gini otak pun dingin beku je..Raya Aidiladha tahun ni rasa yang paling sibuk,sempoi and tragis kot..

Mula-mula time nak balik kampung..Ni la pertama kali semenjak berada di perantauan ni bila time cuti raya haji kena redah jammed.Dah tak tau nak elak kat mana.Sana sini jalan jammed.Nak taknak pasrah je la menempuh jalan sesak untuk sampai ke kampung.Kebas punggung??usah cakap la..Kami bergerak dari rumah pukul 8.45pm.Tu pun ngam-ngam hujan baru reda sikit..Kalau tak hujan maybe gerak lagi awal..Pastu pegi hantar perfume kat customer kat Jalan Klang Lama.Hazabbb la bila masuk Tol Jalan Duta..Dah tak tau mana satu lane dah.Jalan la macam kura-kura sampai ke Rawang..
takut tengok lampu berderet tu..ntah berapa km ntah

Sepatutnya perjalanan 2 jam setengah jadi 5 jam setengah..Tu pun berenti kejap kat RnR Behrang sebab hubby dah mengantuk sangat..Sepanjang jalan wife busy layan twitter tapi bila hubby cakap dia mengantuk terus stop ngadap hp jadi mata ke-3 dan ke-4 pulak bagi hubby..Time tu jantung ni usah cakap la.Dup dap punya laju..Aku suruh hubby berenti dulu kat mana-mana,dia taknak.Nak masuk RnR memang tak dapat sebab semua full.Tapi bila dah sampai RnR Behrang tengok cam boleh masuk baru kami masuk..dapatla hubby lelap dalam 15minit..Nak take over jadi driver aku tak reti pulak nak drive Hilux.Manual pulak tu lagi la fail.

Mak abah kat kampung usah cakap la punya risau.Tepat 3.00am baru kami sampai kampung..Lega rasa bila dah selamat sampai.Sampai je terus cari katil..Tapi takde maknanye nak tidur.Si anak bujang sorang tu mata elok je segar bugar ajak mama main..Sabor je la..Dia ye la sepanjang jalan dah tidur..Mak bapak dia ni yang duk menahan mata..Tak sure berapa jam je kami tidur..


Pagi Jumaat..Walaupun ikutkan mata ni berat ya amat tapi takkan la nak berkelubung dalam selimut lagi kot.HARI RAYA la!!..Siap jugak berbaju raya semua anak beranak.Harusla semangat sebab dah tempah baju khas untuk raya haji..Siap-siap gi sembahyang raya..Habis sembahyang raya ingatkan sempatla nak snap gambar anak beranak tapiiiiii semua pantas je tukar costume sebab ada ibadah Korban..Tahun ni rezeki adik-adik pulak masuk korban..

Petang tu baru gerak ke Sungkai..Rumah opah.Seronok.Sebab lama betul tak berkumpul semua.Ada jugak cousin yang takde..huhuuhu..

Acara wajib bila berkumpul ramai-ramai..Syahdu je time ni..

Lepas selesai Maghrib baru la tiba acara kemuncak..BBQ time!!!.Kenyang perut dengan ayam,daging,sotong,udang,sosej dan jagung..

 sibuk betul cicit opah yang satu ni..macamlah dia yang nak bakar ayam..


Dalam pukul 11pm gerak  balik ke Air Hitam balik sebab esoknya pagi-pagi lagi dah busy dengan kerja-kerja Ibadah Korban.Kenyang pulak dengan segala mala juadah berasaskan daging.Singgang daging,rendang daging,kari daging...Kalau ada darah tinggi mau naik darah ni..heeee..

Ahad..dah nak balik dah..kunun nak gerak awal dalam pukul 11am drag jadi pukul 3pm..
Jammed dari Sungkai nak ke Slim River tapi still ok nak bandingkan masa balik kelmarin..Highway pun jammed.Jalan persekutuan pun jammed tapi kami redah je ikut jalan biasa..

Dah boring giler duk dalam keta..Mujur Danial tak tidur.Adalah geng gaduh..heee.As usual budak baru nak start bercakap sepanjang jalan tu ada je la benda dia tanya.."tu?" "tu?"..Walaupun benda yang sama dia tanya berulang kali..hilangla jugak boring..Pukul 3pm bertolak sampai Nilai pukul 9pm..Sampai rumah,mandi and terus zzzzzz....

Wednesday, July 4, 2012

tamatla sudah..

Tamatla sudah hari-hari yang memenatkan fizikal,otak,jiwa dan raga..Dalam punya mengelak taknak pegi course terpaksa gak pegi.Alasannya aku staff baru.Staff lama takpe ponteng.huh sabau je la!Tapi aku pilih taknak stay sana.Aku berulang la pagi-pagi dari Nilai to Seremban everyday.Mujur 2 hari je.Kalau weekend hari tu course takpela jugak sebab mak and adik-adik ada kat sini bolehla harap nak layan Danial.Ni hari Isnin dan Selasa.Nak suruh mak stay nanti susahkan mak pulak kalau mak nak balik awal nak kena naik bas.So takpala.Berdikari sendiri.

2 hari ni pagi-pagi dah keluar.Petang baru balik.around 6-7pm baru sampai rumah.Penatnya usah cakapla..Ni baru 2 hari.Camnela uoll hadap jammed,travel everyday???Aku serius cam tak larat je.Ke sebab tak biasa?Tapi andai kata aku dapat kerja yang normal working hour 8am to 5pm camnila jugak.Sampai rumah main-main dengan Danial kejap,solat maghrib then prepare dinner.Kalau nak stay kat hotel aku risaukan Danial.risau kat anak yang lebih,kat suami takde sikit pun..heee..makan minum dia takut abahnya tak tersedia nak hantar kat rumah babysitter.Memang la hubby cakap ok dia boleh handle tapiiiiiii..ntahla.Kat sudut hati ni ada jugak rasa risau.Danial dahla tak pernah berlekang lama dengan aku.Malam kalau nak tidur tak sah kalau tak 'bergayut'.Tu yang berat je rasa hati nak tinggalkan Danial dengan abahnya je.Nak taknak terpaksala berkorban..But alhamdulillah settle dah.
.
.
.
I REALLY MISS my little hero ni.


Kesian anak mama,tak puas main dengan mama..
miss u so much..



Friday, June 29, 2012

Seni dari tangan yang tak berapa nak seni

Aktiviti yang aku buat bila cuti sekolah(giler lama punya citer.cuti sekolah pun dah lama dah habis ni baru nak update).Lebih-lebih lagi kalau cuti panjang.Kalau orang lain cuti sekolah pegi bercuti ke mana-mana sepanjang cuti aku pulak harapkan hujung minggu je la kalau nak merayap.Ate husband kerja 6 days per week.kalau dia pun cuti sama memang dah panjang la langkah kami.Jadi untuk tak rasa boring duduk kat rumah haruslah ada aktiviti sampingan kan??Tapi ni pun dapat buat bila Danial tengah tidur je la.Kalau tak wajib nak kena melayan dia..



usaha keras dalam masa 3 hari..nak siapkan kat bahagian leher dan lengan je pun..mujur cuti sekolah,boleh la nak mengadap lama sikit.Tu belum lagi Danial terbalikkan kotak storage manik-manik..
.
.
dah selamat pakai pun masa wedding my cousin..
 .
.
dan ni new project.
tak siap lagi.tergendala sebab weekend tak berkesempatan lagi nak menyambung..weekend busy dengan project deko-deko teratak kami dan busy merayap manala ada masa nak buat..

Monday, June 25, 2012

Mimpi atau petunjuk??

Termenung aku pagi kelmarin memikirkan perihal mimpi.Disebabkan mimpi tu satu hari aku jadi serba tak kena.Bukan aku je,disebabkan mimpi tu hubby dan Danial pun terjaga sama.Mana taknya,hubby terkejut tengok aku menangis tersedu-sedan,teresak-esak.Bantal pun dah basah kena air mata..

Semua nampak real..Mainan syaitan ke ataupun petunjuk dari Allah??Kalau sebelum tidur kita ambil wuduk,baca doa tidur,3 qul dan ayat kursi kemudian kita bermimpi jugak adakah semua tu mainan syaitan??Kalau bukan disebabkan tengah kibar "bendera jepun" maybe aku dah bangun buat solat sunat.Ni tak suci.Lagi hubby pujuk lagi meraung plak..

Ntahla..hopefully itu hanyala sekadar mimpi..Maybe sebab aku dalam keadaan tak suci tu yang mimpi bukan-bukan.

Tapi kalau la ianya satu petunjuk ape yang patut aku buat?Nak elak,dah tentu mati itu pasti.


Andai kata ianya betul,apelah nasib Danial nanti..!_____!.Kalau la umur aku and hubby tak panjang,siapa nak jaga Danial??Andai kata ape-ape yang berlaku pada kami berdua,aku amanahkan Danial pada my parent(kalau aku tak sempat nak sampaikan pada my parent,anyone in my family yang baca entry ni tolong sampaikan yer)InsyaAllah,aku rasa mak and abah boleh jaga Danial sebaik mungkin.Nak harapkan harta,wang ringgit memang tak banyak yang kami tinggalkan untuk Danial..Tak pasti cukup atau tak untuk menampung persekolahan dia nanti..

Ya Allah,kau jauhkanlah kami dari perkara buruk.Tak sanggup aku fikirkan pasal ni.Bila fikir,berjuraila air mata ni turun..

"Abi Sa'id Al-Khudri ra. meriwayatkan bahawa dia mendengar nabi bersabda,"Apabila salah seorang di antara kalian bermimpi baik,itu adalah dari Allah dari Allah maka hendaklah membaca hamdalah dan memberitahukan kepada yang lain..

Dalam riwayat lain dikatakan,"Hendaklah tidak membicarakannya,kecuali kepada orang yang dia sukai.Dan apabila dia bermimpi buruk,itu dari syaitan maka hendaklah beristiadzah atau memohon perlindungan kepada Allah,dan hendaklah tidak membicarakannya kepada sesiapa pun.Dengan begitu,hal itu tidak akan membahayakannya,"(HR Bukhari(6470)

Abu Qatadah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda,"Mimpi baik-Dalam riwayat lain:mimpi indah-itu dari Allah,adapun mimpi buruk adalah dari syaitan.Barangsiapa mimpi buruk,hendaklah dia meniup tiga kali pada sisi kirinya dan beserta awwudz atau memohon perlindungan dari Syaitan,dengan begitu mimpi itu tidak akan membahayakannya."dALAM RIWAYAT LAIN DIKATAKAN,"mAKA HENDAKLAH DIA MELUDAH."(Hr Bukhari(3049,5306,6480),Muslim:IV/1772(4197,4198)

Jabir r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,"Apabila salah seorang di antara kalian mimpi buruk,hendaklah meludah pada sisi kirinya tiga kali,dan beristi'adzah atau memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan tiga kali lalu mengubah posisi tidurnya dari semula,"(HR Muslim:IV/1771(4199),Abu Daus(4368).Tirmizi meriwayatkan dari riwayat Abu Hurairah r.a. dalam hadith marfu',"Apabila salah seorang di antara kalian mimpi buruk,hendaklah dia tidak membicarakannya dengan sesiapa pun,dan hendaklah dia bangun lalu mendirikan solat."




Friday, June 22, 2012

Dukacita..

Memang dah agak dah pun..:D.Sape suruh jawab main-main kan dah tak dapat..

Takpelah.Bukan rezeki aku lagi untuk menjawat jawatan ni..Tahniahlah pada sapa yang berjaya..
 .
.
.
Restu suami pun penting gak kan kalau ape-ape??
Hubby pun tak berapa bagi je masa aku nak gi interview ni.Siap merajuk-merajuk lagi.
Bila bagitau result ni dia boleh senyum sampai ke telinga..
ada ke patut????
 .
.
 


Tuesday, June 19, 2012

bertambah setahun lagi

sepatutnya entry ni post on 16.06.2012..tapi susahnye nak buat entry on time..

First of all thank you so much pada kawan-kawan and family yang wish my birthday..call,sms,wish kat FB,twitter dan juga kat WhatsApp..Terima kasih banyak.

16.06.2012 bertambah lagi setahun umur..

officially I'm 
years old..
 lagi dua tahun hilang la angka 2 kat depan tu..berganti 3 plak.
kejap je dah nak masuk 3 series plak..
 .
.
.
Alhamdulillah..syukur masih lagi diberi kesempatan  oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ni,masih lagi diberi peluang untuk hidup dengan orang tersayang,masih lagi diberi kesempatan untuk melihat Danial membesar..Terima kasih ya Allah..Semoga aku tak sia-siakan usia yang Kau beri ni.

Friday, March 30, 2012

my bad day!!

Dugaan..dugaan.
Ini yang dinamakan malang tak  berbau..dah jatuh ditimpa tangga..sabar je la..

kelmarin as usual habis je time keje cepat-cepat nak balik nak ambik buah hati kesayangan.so memang tak tengok la kat tayar.lebih-lebih lagi kat side kiri.kalau tertengok pun yang belah driver je la depan dan belakang.kebetulan hari dah mendung semacam.lagi la nak pantas..lagipun pagi before gi keje dah check semua.elok je 4-4 tayar..drive la gi umah bs..time tu tak rasa ape-ape pun lagi..lepas ambik danial terus pecut nak sampai rumah.dah half way baru rasa lain macam.naknye bila selekoh.tapi dalam hati fikir angin kurang kot.makin lama makin pelik.berenti kat tepi jalan..MASYAALLAH!!tayar kempis.pancit.
ahhh sudah.nak buat camne ni???dan dan call hubby..tu la pompuan kan..kalau tayar pancit dah gelabah tak tau nak tukar tayar..tayar spare ada je kat bonet tapi...idakla teman tau nak menukornyer.memandangkan dah tak jauh mana rumah,drive je la slowly..30km/h kot.nasibla kalau orang kata aku drive  cam kura-kura pun janji selamat sampai rumah..petang tu hubby balik lambat tak sempat la nak bawak kedai gi tukar tube.

ingatkan kejadian malang tu sehari je.tapi berlanjutan ke semalam..disebabkan tayar keta tak repair lagi terpaksala bawak keta hubby gi keje..kalau tak keta hubby memang tak bergerak langsung la minggu ni..kalau pakai keta hubby kena la gi keje awal sikit sebab aku tak berapa confident nak pecut ngan keta orang ni.kalau keta sendiri ikut sesedap rasa je..



semangat kan?serba ungu lagi pagi semalam..

habis keje dalam pukul 2 camtu cergas nak balik..lepas ambik danial kat umah bs,terus la drive balik rumah.sampai je kat rumah nak bukak gate..mana kunci????astaga..lupa bawak kunci rumah pagi tu.kalau naik si merah aku memang check kunci dah bawak belum..ni pakai keta hubby tu yang terlupa.plus nak cepat tu yang tak ingat.hubby pun sure tak perasan kunci aku tertinggal.kalau dia perasan mesti dia hantar pagi tadi..call hubby bagitau,hubby cakap dia ada meeting jap lagi..paling awal pun pukul 4 dia balik.pukul 4 uolls!!..2 jam aku nak lepak mana?takkan nak duk depan rumah melangut camtu?nak taknak terpaksala gi melepak membawa diri dengan danial kat Giant..actually aku ok je kalau nak gi berjalan berdua dengan danial hari lain tapi bukan dengan keta panjang hubby ni.aku tak berapa confident nak parking kat tempat sempit-sempit..tapi nak buat guane??kena gakla pegi.mujur dekat.kat 9avenue tu atleast banyak la sikit tempat aku boleh ronda..pas solat gi makan KFC..pastu bermula la episod bosan plus jemu menunggu..dah la danial bukan nak reti duduk diam-diam.berjalan je dia.serius aku penat nak handle anak bujang ni sorang-sorang berejam-rejam kat situ..

dah habis meronda FOS,popular,reject shop,butik peace and butik anakku dah tak tau nak pegi mana..last sekali melepak je la kat playground dalam Giant..
 dah tak mau turun dari benda alah ni..
 conquer sorang-sorang.mujur takde budak lain nak main
 jemu dah naik music toys tu main kat playground pulak..

ingatkan penantian sampai pukul 4 je..tapi dapat sms dari hubby dia tak habis meeting lagi..pukul 5.30pm baru boleh balik..huhuhuhu..sedih je dengar.dengan sakit kepalanya tapi sabar je la menunggu..

balik rumah memang flat semacam aku rasa..sampai la ke pagi tadi rasa cam tak hilang je penat semalam..

Thursday, March 22, 2012

habit..

camne nak ubah ni???

habit yang cuba try test ubah back to normal..time cuti sekolah boleh pulak hilang habit ni.bila start keje balik dah mula balik habit ni

balik keje dalam pukul 3.00pm camtu mesti/wajib bergolek dengan danial.time tu danial cam lepas dendam df sampai tak mahu lepas.time tu jugak dia nak tidur jadi memang mengempeng puas-puas..bila dah bergolek makanya mata ni automatik cam berjangkit dengan danial nak lelap sama..kalau setakat 5,10 minit takpe gak.ni pukul 6.00pm baru bangun.sebelum ni time danial tidur,sempatla aku sapu,kemas ,mop lantai pastu lipat kain ke..or buat ape-ape yang patut.tapi kalau dah tido berejam memang terbengkalai la semua keje.

dan kelmarin adalah rekod paling buruk kot..tertido dlm pukul 3 camtu sedar-sedar pukul 6.45pm..tu pun sedar bila hubby kejut.sepatutnya wife sambut suami balik keje kat depan pintu,ini sambut dengan muka terkejut,mamai-mamai kat atas katil.kelam kabut turun katil nak solat asar..tak pasal-pasal kena tadah telinga dengar  kuliah awal maghrib free..tu belum lagi kelam kabut bersilat kat dapur siapkan dinner.selalunya dalam pukul 5pm dah masuk dapur masak.semalam memang express la.sap sap choi jela aku masak.sempat jugak siap before maghrib.

haiiiii apela nak jadi..

Thursday, February 9, 2012

..mengimbau kenangan..

setahun yang lalu...9/2/11

waktu ni..detik ni..aku dah start rasa contraction..actually dah overdue 2hari dari tarikh yang sepatutnya..sebab kan mild contraction and ada spot pagi 8/2/11pukul 3am hubby cepat-cepat hantar ke hosp putrajaya.bila buat VE bukaan baru 1cm.doktor suruh balik..memandangkan waktu tu katil kat wad semua penuh..masa dalam kereta aku rasa sakit sangat..hubby tak puas hati plus risau dengan keadaan aku waktu tu terus pecut dari putrajaya ke hospital Seremban..kecut perut time tu bila hubby drive dah macam masuk F1 je.mak kat seat belakang berapa kali ntah cakap "saiful..slow sikit"..

sampai kat hospital seremban,doktor check dah 2cm bukaan and darah cam banyak pulak keluar..after settle semua prosedur daftar wad aku ditolak ke wad..kat wad dia bahagi 3 bahagian.aku duk yang hujung sekali (bahagian 3)kat area ni semua contraction dah kerap..tunggu nak bersalin je..6.30am sampai 8.30am bergilir-gilir orang dari katil2 area tu ditolak ke LR..aku je setia menunggu.dari 6 orang last2 petang pukul 2.30pm tinggal aku sorang terkontang kanting kat situ.bila doc check still 2 cm.contraction pun dah slow.dari katil belakang terus pindah ke katil depan..area orang dah bersalin.seronok tengok diorang pegang baby masing-masing.

malam tu malam pertama aku tidur kat wad.tak boleh tidur pun.kejap2 nurse datang check jantung baby.kira gerakan baby..4 jam sekali buat VE.huh lemas..pukul 8am 9/2/11..time ni aku dah rasa lain macam kat private part.pastu rasa menekan-nekan je.emm instinct rasa cam dah dekat je.tapi hati meronta-ronta nak keluar wad.kalau boleh aku taknak bersalin kat situ.pukul 8am doktor buat VE lagi.aku cakap kat doktor nak keluar wad.nak balik.bila doktor tanya ada contraction x? aku cakap TAKDE..padahal ada.tapi doktor suruh tunggu dia buat VE tengah hari nanti..lepas buat VE pagi tu makin banyak pulak kuar lendir campur darah.plus sakit je.nak berjalan pun sakit.tp bila hati aku meronta-ronta nak keluar memang aku buat-buat OK je la..

pukul 2.00pm doc buat VE again.kali ni doktor cakap kulit aku dah makin nipis.3cm dah bukaan.doktor agak petang tu aku bersalin.tp aku cakap aku ok.tak sakit.sebab kesian kot tengok muka aku doktor izinkan jugak aku balik.tapi dia cakap make sure bila sakit cepat2 datang hospital.seronok giler waktu tu..terus call hubby suruh settle bil..

kuar hospital hubby ajak gi Tesco.time tu ligat je..masa jalan-jalan kat Tesco tetiba rasa sakit ya amat.tapi boleh tahan lagi.sempat lagi beli baju baby 2 pasang..dari Tesco ke Jusco pulak.padahal sakit dah time tu.sebab nak gak makan KR(makanan terakhir yang aku makan before masuk LR) gigih gak jalan.dah macam penguin je rasa.habis sepinggan aku makan.

sampai rumah dah tak senang duduk.malam tu mak ajak dinner pun aku taknak.kenyang makan KR petang tu..asyik naik turun tangga je aku hari tu..kunun nak bagi senang sikit bersalin..

malam tu aku dah tak lena tidur.kejap-kejap terbangun.sakit.tapi taknak kejutkan mak and hubby.sampai pukul 5.30am 10/2/11..aku rasa cam tak tahan dah sakit.bangun gi toilet tengok ada darah.banyak.mandi2,masak air baru slow2 kejut hubby and mak,kata aku sakit.sementara tunggu diorang siap aku bancuh milo.konon nak bagi tenaga.tu je pun yang boleh aku telan waktu tu..

pukul 6am gerak ke hosp putrajaya..bukaan 4cm.7am ditolak ke LR..6.30pm selamat aku melahirkan..alhamdulillah...





dan esok genapla setahun Muhammad Danial Zaffran..

Saturday, January 28, 2012

asyik tu jer..

asalamualaikum peep:)

wuaaaa tadi kena sound direct ngan hubby..

"asyik pakai tudung ni jer..padahal banyak jer tudung dalam almari tu"

erk??? pastu baru perasan.cam betul gak kata dia...lately ni tudung ni dah jadi cam tudung feveret plak.nak keluar je terus capai tudung ni..sebab cam senang nak match ngan tshirt..tapi kalau pegi keje sekali je kot aku baru pakai match dgn baju putih..hari lain pakai tudung ikut color baju..

nak recall jap selalu sangat ke?
 1st time pakai..gi umah maklong.baru beli sehari sebelum.

 2nd time- gi kebun abah..then ronda-ronda kampung
 3rd time- gi teluk batik..pas mandi terus sarung tudung ni.
the latest- petang tadi..gi ronda-ronda 9avenue.

baru 4 kali jer dalam masa 2 minggu..tu pun nak kecoh.bukan tiap-tiap hari pun..ishhhh en suami ni.sokmo nak jadi perunding imej aku.

Friday, January 20, 2012

gastrik..

adoiii sakitnyer peyutttt



minggu ni sokmo sakit dalam perut ni..rasa berangin..rasa cam menekan2 kat tengah-tengah perut.
bila tak makan cam ok je.bila masuk je makanan mula la rasa sakit.
sampai termuntah2 dibuatnya.muntah kuning.
cam terlebih asid dalam perut.
.
.
pas gi jumpa doktor tadi,doktor cakap GASTRIK.
lama gak dah tak menyerang sakit ni.tapi aku perasan since aku start keje ni sakit tu mula datang balik.
bila dikaji-kaji balik maybe puncanya aku tak breakfast properly.ikut mana dan jer.sambil berjalan,sambil drive..ishhh tak senonoh kan??padahal aku dah siap2 masak untuk breakfast hubby every morning cuma aku je yang tak berkesempatan nak duduk breakfast secara tertib.
.
.
emmm nak kena ubah habit ni.
bangun lagi awal??
cam tak je..hahahaha
kena extra pantas bersiap kot.ni duk depan cermin berejam.

Thursday, January 12, 2012

my 1st working day..

salam uoll..

nak mula dari mana yer?aku selalu gini tak reti nak buat introduction.senang nak straight to the point je..as yang korang tau(ceh cam la ada orang baca blog ko ni dina oii)..tak kisahla..AMK??..kuikuikui..semalam my 1st working day selepas lebih kurang 11 bulan bergelar fulltime housewife.ala keje biasa-biasa je.tak gempak pun cam uoll.aku ambik opportunity ni nak train diri aku dan danial untuk berenggang dalam beberapa jam..

kesimpulannya???my 1st working day hampir-hampir GAGAL!.

biasala kan bila kita dah berada dalam zon selesa memang susah nak ubah.nak kena bangun awal pagi prepare food for anak,nak siapkan breakfast hubby..balik pulak sambung menguruskan rumahtangga. waaaa sangat mencabar.(untuk orang yang dah lama tak bangun awal-awal cam akula)..

yang hampir-hampir menggagal kan aku tak lain tak bukan dearest HUBBY and Danial.
lepas je siap-siap pagi semalam time salam hubby  2,3 kali dia tanya aku,"betul ke nak keje ni??"dari awal lagi dia memang tak berapa nak bagi je aku keje tapi bila fikir tempatnya dekat dgn rumah,danial pun ada babysitter dekat dgn tempat aku keje dia pun slowly izinkan aku kerja.tapi as usual 1001 satu syarat dia buat.malam sebelum tu lagi dasyat.dia boleh jot down advantage and disadvantage bila aku keje..confirm la lagi drop kan semangat aku sebab tengok banyak kelebihan bila duduk rumah lagi berbanding bekerja..

tapi yang naikkan balik semangat aku is MY LOVELY MAK..
pagi-pagi lagi dah call tanya "jadi ke keje?"..heeee semua orang ingat aku main-main bila cakap nak kerja.i'm serious la.tapi time tu aku jawab kat mak "tak jadi keje la..kesian kat danial"(sambil teresak-esak menangis)pastu mak cakap suruh try dulu.mana tau ok.bukan keje syif pun.sekejap je.kalau duduk rumah pun bukan buat ape pun..zasss terus semangat tu datang.capai kunci kereta,start enjin,masuk barang-barang,angkat danial..............


tapi...
bila angkat danial time tengah syok tidur tu luluh lagi hati ni..hubby pulak lagi cucuk jarum kata "ala..siannya anak abah..pagi-pagi dah kena bangun.takyah keje la ayang".tapi nak taknak aku kena kentalkan hati.alah bisa tegal biasakan..semua ibu akan rasa cam aku rasa kot.tapi orang lain boleh takkan aku tak boleh..dengan sisa-sisa air mata bergenang tu terus gak drive sampaila ke tempat dituju..rumah babysitter danial..
.
.
.
.
time nak tinggalkan danial aku tak toleh langsung kat belakang.sebab aku tau kalau aku tengok dia confirm aku tak jadi keje.dengar dia panggil "mama..mama" lagi buat aku serba tak kena...tapi nak buat camner aku dah pilih jalan ni walaupun pilihan lebih baik hubby dah offer.tapi aku tetap dengan pilihan aku.so aku kena buatla...dan alhamdulillah berjaya gak aku lawan perasaan kurang best tu walaupun pada awalnya hampir-hampir gagal..

next entry aku citer camner danial dengan babysitter