Friday, December 31, 2010

..hari-hari akhir 2010..

salam and morning u all..
hari ni mesti ramai yang dah plan nak gi meronggeng kan sementara hari ni PUBLIC HOLIDAY..kena say thank you pada pasukan harimau malaya la sebab diorang menang merasa la nak cuti hari ni..
pejam celik pejam celik hari ni hari terakhir dah kita berada dalam tahun 2010..esok dah masuk tahun baru.makanya esok dah buka lembaran baru di tahun baru..

mengimbas balik tahun 2010..banyak rasanyer kenangan manis yang berlaku..yang boleh dijadikan memori.antaranya..
  • disahkan positif pregnant..sangat hepi!!!after 8month kahwin baru dikhabarkan berita gembira tu.still ingat camner reaksi hubby bila bagitau news tu..tahun 2011 insyaAllah i get a new title..
  • tahun ni jugak kami dapat stay together after beberapa bln pjj..tu pun bila usia perkahwinan hampir setahun.alhamdulillah
  • tahun ni jugak hubby dapat job offer yang terbaik setakat ni dengan gaji pun alhamdulillah..hjg thn ni bonusnya lagi..hihihi wife dia ni boleh la tumpang 2 kaki..
  • bila dah dapat duk sama alhamdulillah makin terjaga sikit aurat and ibadah aku..kalau duk asing tu cam main can ci lut gak.kadang-kadang main ikut dan  jer nak pakai baju lengan pendek or legging kalau kuar bila hubby takde.tapi bila dah duk sekali ni dah berubah..harap-harap kekal la.takut gak hangat-hangat taik ayam.
  • ape yang aku impikan tahun ni alhamdulillah semuanya dimakbulkan...
and banyak lagiii la...
ape pun semoga tahun yang mendatang ni lebih baik..
azam tahun 2011????
tengah fikir lagi...

ok u all..

Monday, December 27, 2010

..wedding umi& afiq..

weekend semalam berjalan sakan mama and papa to be ni..dah alang-alang gi kenduri memang panjang kaki la merayap tempat2 yang berhampiran..
tapi the best part bila gi kenduri and jumpa kawan-kawan utm yang dah bertahun tak jumpa..tapi semua maintain gak lagi.aku jer kot yang dah kembang and kembung semacam..hihihi.takpe2.pasni kena maintain balik..

serius..tak cukup masa.boleh kata dgn pengantin beberapa minit jer.yang berjam-jam nya dengan member2 lain.time ni la baru berkesempatan nak tengok anak-anak member secara live..kalau tak harap member update kat FB jerla..

 ni gambar sekitar majlis..
tema pengantin>>merah putih.so lovely..so cute.pengantin pun sangat comei..
rasa cam nak naik pelamin lagi jer..boleh tak?tapi bukan tukar pasangan yer..nak naik masa 2nd anniversary la..hihihi



 kami...wakil course..hihihi..
 aimi..anak che we..

 baby hanis

 aimi and her papa..
 me..and mama aimi..tembamnyer sayerrrr...
and lastly..goodie bag..
comeiii jer kartun ni..


to umi and afiq..
selamat pengantin baru..
semoga bahagia melayari bahtera rumahtangga hingga ke akhir hayat..

Friday, December 24, 2010

..miss them..

malam tadi sangat la emo..
dari lepas sembahyang maghrib duk menangis sampai la nak sembahyang isyak.
nak baca quran pun tak boleh.last2 hubby baca sorang2 jer la.takdela tadarus sama-sama..
hubby tanya kenapa aku menangis pun cam tak terluah jer nak bagitau.rasa berat hati nak bagitau.taknak dia susah hati.
sebab kalau bagitau mesti dia akan usahakan untuk tunaikan.taknak susahkan dia.

entahla..terlampau bawak sgt emosi tu kot..
lagi hubby tanya lagi berjurai2 air mata ni.sampai hubby dah give up.
last2 dia pulak yang emo lebih2..
and buat dialog sedih dia tu.sabor jer la.
ishhh drama king sungguhla.selalu dia duk cakap kat aku drama queen.
bila time camni dia pulak jadi drama king.
sampai ke sudah aku tak bagitau kenapa aku menangis beriya..

actually
.
.
.
I MISS MY MOM AND DAD!!!
SOoooooooooooooooooo MUCH.titik.

emmm sabar2..lagi 2 minggu diorang datang sini..insyaAllah..

..saya dapat award!!!

waaaa tak sangka2 dapat award.. 
sungguh baiknyer kamooo puan zamdafilla..
 bukan award anugerah skrin or red carpet ker ape yer.
tapi award ni
v
v
v


THANK YOU SO MUCH!!!

suka tengok baby zam..dah tembam dah dia..

Thursday, December 23, 2010

..cuti sekolah=musim kawen-kawen..

bulan penghujung cuti sekolah ni makin ramai pulak orang nk kahwin..and ramai gak tak berkesempatan aku nak join venture kenduri diorang.yang jauh2 tu aku memang surrender awal2 tak pegila jawabnyer..kalau area KL ni aku gagahkan jugak mengajak en suami pegi.tu pun kalau hari ahad la.kalau hari sabtu tak dapat la aku nak pegi sebab en suami keje hr sabtu..tapi kalau public holiday boleh la pegi..

yang akan datang ni on 25 dec..ada 2,3 orang jugak.tapi aku boleh pegi satu tempat jer..insyaAllah..pada kawan2 yang aku tak dapat datang kenduri korang tu sorry sangat2 yer.even korang datang time kenduri aku tapi aku tak boleh plak nak datang kenduri korang..aku boleh doakan dari jauh jer smoga perkahwinan korang kekal bahagia hingga ke akhir hayat.(ceh macam diorang baca blog aku..serius kwn2 sekolah or coursemate berapa kerat jer tau blog aku ni..tak suka nak heboh2..lainla kalau accidentally diorang tertau)

comei kan kad ni???..aku suka..
from umi my ex-UTM mate yang akan menamatkan zaman solo nya weekend ni..
insyaAllah akan sampai ke kenduri diorang kalau takde ape2 aral melintang..

Mr.GPS..we need your help.
bila nak masuk KL memang so far kitaorang kena mintak bantuan Mr.GPS..tak terror sangat selok belok jalan kat KL ni..kalau nak gi Midvalley,sogo tu terror dah sekarang ni..tapi kalau nak gi tempat lain takut sesat larat..dahla aku bukan jenis penyabar orangnya.tak suka sesat2 ni.kang angin satu badan..


>>>petang ni nak hunting wedding present for kawan2 yang akan kahwin minggu ni and next week..nak beli ape yer???<<<

..cam dah boring..

teringin nak tukar layout baru untuk blog ni.nak yang super duper simple..layout aku ni cam tak kena jer.bila aku bukak kat komputer ni elok jer ada 3 column tapi bila kat komputer lain pulak dah jadi ke bawah..pelik2..kenapa ntah??
nak yang simple+sweet and taknak yang serabut..tapi kalau tukar habis plak link2 yang ada.nak kena copy and paste kat mana2 dulu..banyak benda nak kena buat tu..
bila yer nak ubah????
ker ada sape2 nak tolong buat kan??sape rajin angkat tangan..hihihi

Wednesday, December 22, 2010

..preparation..

hari ni mood rajin berganda-ganda..
awal-awal pagi lagi aku dah masuk semua baju2 baby dalam washing mashine..set program to delicate..baju2 baru takyah la nak basuh beriya kan??pas dah siap basuh jemur kat ampaian..waaa penuh ampaian aku hari ni dengan pakaian 'chenta' hati kami..
silap2 jiran aku lalu lalang sure kata aku dah bersalin bila tengok kain lampin tersusun jer kat ampaian.

tak awal sangat ker aku basuh ek?baru week 33..tapi takpela..7 minggu lagi..tak lama dah.nanti aku gak yang nak buat.tengah mood rajin berganda2 ni baik aku settle kan..
yang dalam bag baby nak bawak hospital pun aku kuarkan balik.hari tu pack baju2 tu belum basuh lagi..hiihihii
pas basuh nanti lipat2 masuk dalam bakul baju baby yang nak bawak balik kampung..senang lipat terus masuk dalam bakul ni.nanti pas bersalin nak balik kampung angkut jer bakul ni masuk dalam keta..drawer baju baby kat sini pakai lepas pantang nanti la..nak angkut drawer cam melampau pulak.tak muat nak masuk keta.yes2! confirm berpantang kat kampung..tapi sampai bape lama tu tak sure.kena ikut kata big bos..baru ni dia cakap suh duk sebulan jer kt kampung..

basuh baju settle..ape lagi ek??nak basuh botol susu nanti2 la kot bila dah nak dekat edd..
okla nk masuk dapur pulak..
nak sambung mood rajin ni sementara aku tak keje hari ni..

Monday, December 20, 2010

..kegilaan terkini..

sekarang ni tekak ni asyik nak makan benda alah ni jer..
tak dapat dunkin donut punya pun takpe..asalkan DONUT.titik!..kalau gi tesco beli la yang tesco punya tu..kalau takde kat kings pun jadi..
giler jer bila tengok donut colorful cam gini.selalu beli yang 1 box tu..2 pc hubby punya another 4 pc saya yang punya..hahahaha(gelak jahat)..kuat melantak betul.haru en suami nak melayan kerenah si isteri..berubah2 peel mengidamnya..tapi selalu tak lama.plg lama sebulan..
pasni tak tau ape pulak yang jadi feveretnya..takpe tak lama jer lagi nak merengek2 kat hubby kata mengidam itu ini..pasni bersalin buat camtu compem tak dilayan..hihihi.ishh mana bleh.kena layan gak kata sayang..yer dak???.kang aku merajuk 40 hari 40 malam haaa sape susah..

teringat citer donut>>>luarnyer nampak keras..cantik..tp bila ditekan??lembuuuuutttttt..

Saturday, December 18, 2010

My 1st GiveAway in 2011

 kena tag lagi..kali ni daripada sue..
  
syarat-syarat GA ni sonang jo.
.
*hanya perlu buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"
done
 
*Letak baner GA kat post entry and side bar
kat post entry sudah..kat side bar lepas settle ni aku buh

*Tag 3 orang..
nak tag sape yer??
-nur
-eka
-eMMe

*Follow blog tuan tanah GA ni..

ok..tarikh tutup 26/2/2011..tapi akan ditutup lebih awal ikut kata tuan tanah GA ni..
so sape2 yang nak join GA ni cepat-cepat yer..

..mood nak masak jatuh merudum..

tulun!!sape nak jadi tukang masak kat umah saya???gaji?emmm boleh negotiate..tp makan minum percuma.sebab ko yg masak..hihihi..

serius rs cam nak ambik maid upah jadi tukang masak jer..settle masak boleh chow..
lately ni mood masak-memasak ni tenggelam timbul.kejap ada kejap takde.(dah cam iklan biskut chipsmore pulak)..kalau mood masak tengah tinggi menggunung penuh la meja makan comel kami tu dengan menu yang aku masak.kalau mood masak setakat paras buku lali jer satu dua menu jer la.tp tu pun kira bernasib baik.kalau tak aku suh hubby tapau siap2 bila dia balik keje.
cam dah tak larat nak berdiri lama2 kat dapur nak masak..lenguh kaki!lenguh pinggang!kadang-kadang tu terpaksa rela jer la masak..kalau tak masak kebulur pulak en suami.sian dia.kalau tak dapat makan masakan wife dia satu hari cam tak kena jer kata dia la...ke alasan takmo makan kat luar???takpela demi yang tersayang saya sedia berkhidmat..huhuhuhu.(cam tak bape ikhlas jer)

Friday, December 17, 2010

..doa dan zikir memudahkan bersalin..

lagi sebulan lebih jer lagi insyaAllah nak masuk labour room and merasai pengalaman bersalin..emmm takut+cuak gak..mudah-mudahan semuanya ok..
kat sini aku nak share doa dan zikir yang mudah-mudahan amalan-amalan ni boleh memudahkan proses kelahiran tu nanti..

1.ayat seribu dinar- baca 11x
2. tasbih nabi yunus-333x

3.selawat nurulzati/selawat sirr


 4.selawat tafrijiyah

  
5.ayat 21-24 surah Al-hasyr 

6.surah An-Nahl- ayat 78..

disamping tu surah Luqman,surah Yusuf dan surah Mariam..


selamat beramal yer semua mommy to be..mudah-mudahan dengan izin Allah dipermudahkan proses bersalin tu nanti..

Thursday, December 16, 2010

check up 32 weeks..

cam biasa la bila masuk jer 7 bulan pregnant dah kena menjenguk klinik setiap 2 minggu..and now dah 32 weeks dah..emm tiap kali nak gi klinik cam rela tak rela jer..and aku selalu delay kan masa en suami bila time nak gi klinik..ntah cam malas jer nak gi..and akibatnyer en suami pun terpaksa la masuk keje lambat.yela nak kena hantar mak buyung ni gi klinik dulu..aku nak drive sendiri dia tak bagi pulak..ala..kalau aku duk kat kampar lagi confirm aku gi klinik sorang2 jer..tapi dah duk sekali ni dia mengada terlebih yer dak???aku ok jer..lagi best bila ada orang nak hantar...

muka terpaksa gi klinik..

tapi mujur hubby tak payah nak kena punch card..ikut suka hati dia jer la nak masuk pukul bape..tu yang aku lagi delay pagi2 nak gi klinik tu..bukan ape sebab fikir nak kena tunggu kat klinik tu..ikutkan nak jumpa nurse kejap jer tapi disebabkan masa menunggu tu jadi lama..huh aku memang tak suka MENUNGGU!!..hari isnin memang aku avoid la.taknak dtg check up hari isnin sebab hari isnin tu super duper ramai orang.yang mana ada kes kencing manis+darah tinggi and yang sewaktu dgnnya kena datang hari isnin tu yang ramai..

okla..check up semalam alhamdulillah..semuanya ok..
1.berat = 59kg..naik 1/2 kilo dari check up 2 minggu sudah..kalau naik mendadak pun tak boleh..
2.blood pressure = 110/70..normal la kan??
3.Hb=11.4g/dL-->>sukerrrr...dah takyah kena ceramah dgn nurse bila Hb asyik low jer..harap-harap Hb ni maintain and takmo turun-turun dah sampai bersalin nanti..diet 2 minggu ni memang membawa kesan..alhamdulillah..
4.urin = blue..mean normal la
5.tinggi rahim = 32cm..kira membesar ikut tempoh kandungan la..pastu aku ada tanya kat nurse..perut saya kecik jer 8 bulan normal ke??sebab tiap kali org tanya bape bln aku pregnant then bila jawab sure diorang akan kata keciknyer perut..tapi nurse tu kata normal..baby membesar ok jer..
fuhhh lega.
kepala baby pun kat bawah just tak masuk laluan jer lagi..
6.degup jantung baby = tak ingat pulak bape nurse tu cakap.tapi normal..and sangat kuat..cam bunyik kuda berlari jer..hihihi

selesai sudah check up..2jam setengah aku duk kat klinik tu..huhuhu..
next check up is on 29/12/10..time tu 34weeks.and tak yah ambik darah just jumpa doktor untuk scan..

Wednesday, December 15, 2010

GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh

 saya di tag!!kali ni dari kiree..mommy to be juga..
 

ape yang nak kena buat ek???

1. buat entry pasal giveaway nie...dengan tajuk
GIVEAWAY EDY: TERBANG JAUH-JAUH


dan pastikan gambar di atas link dengan contest nie..ok.done..

2. Jadi follower edy- yang ni pun done

3. tag seorang atau lebih dan make sure mereka tahu..
nak tag sape yer??haaa nak tag nur_eimi la..kawan aku sorang ni memang suka masuk GA ape2..

4. tinggalkan komen kat ruangan blog mr.edy ni ..-done..

5. senaraikan hadiah yang korang nak??
ni senarai HADIAH yang ada.. 

rasa cam nak semua..hihihi.tapi dalam banyak2 tu tertarik dengan dua benda..
1. ole-ole dari padang/bukit tinggi- beg sulam
2.fridge magnet dari beijing..

tarikh tutup
11.59PM / 19.12.2010.

Tuesday, December 14, 2010

..susah nak percaya..

nak percaya ke tak??? ntahla..susah nak di terima logik akal.
kalau terlampau percaya takut kata syirik pulak.tapi kalau dah 2 3 kali dia memunculkan diri camner??
ILUSI or IMAGINASI ker?
sampaikan bagi kesan kat kehidupan seharian aku..berminggu jugak.ni baru nak ok sikit..masa tu tak tau nak kata camner.tension..tak tentu arah..and aku tau hubby pun tension jugak..macam-macam hubby buat nak bg ok..tapi alhamdulillah keadaan dah makin pulih..thanks to my adik,ustaz,family and also my hubby..

eventhough keadaan dah makin ok tapi everyday mak mesti sms pesan jangan lalai..hubby pun saling ingatkan..almathurat jgn tak baca pagi and petang,nak tidur baca ayat2 pendinding..

harap-harap dah takdela dah lepas ni sampai bila-bila..

amalkan ayat penggerak ni 3x pagi and 3x waktu petang..insyaAllah terlindung dari segala bencana..salah satu ayat dalam Al-Mathurat..balik dari mana-mana pun baca jugak ayat ni dan hembuskan ke kiri sebelum masuk rumah..insyaAllah..

...dah jadi habit..

asal weekend jer kalau tak merayap memang tak sah..dah jadi habit..jumaat malam gi pasar malam..sabtu gi seremban..ahad gi alamanda..kadang2 lajak la sampai KL..gi midvalley..sogo..
 
lately ni lagi la rajin merayap.kalau tak kuar mulala masing-masing cam tak kena.kalau ada ekor agaknyer sure ekor dah tergodek2 nak ajak kuar..hihihi..and one more thing yang aku perasan my baby booo pun sangatla suka berjalan.bila masuk jer dalam keta punyala aktif dia kat dalam ni..kejap perut ni terbojol belah kanan..kejap belah kiri..kadang2 rasa sampai senak dah perut ni.agaknyer ruang dalam perut ni dah makin sempit jadi dia pun dah tak bebas nak buat kuak lentang and acrobatic tu yang sampai terbojol2 perut aku dibuatnya..

kadang2 tu hubby belum cakap lagi kat aku nak ajak kuar tapi si kecik kat dalam ni dah tau dulu..kadang2 tgh lunch si kecik ni pun cam berkungfu dengan meja makan..selalu time lunch la hubby akan inform nak gi mana..lepas jer abah dia bagitau nak gi jalan elok jer sopan dia move dalam perut ni..emmm patutla..rupanya dah tau abah dia nak bawak gi jalan..sabar jerla..

sangat tak sabar nak tunggu si kechik ni lahir..lagi 1 month++!!!!
preparation for baby pun alhamdulillah dah hampir complete.just tinggal nak beli minyak telon/minyak yuyi jer.pastu nak tambah sikit lagi baju baby..eventhough hubby kata dah banyak..hihihi..barang2 mama pun tak complete lagi..set bersalin+ maternity pad belum beli lagi..

Monday, December 13, 2010

..kalsium ooo kalsium..

sila beri laluan pada mak buyung nak citer pasal pregnancy lagi..hihiihi
haraf maaf yer..kalau2 blog ni asyik citer pasal baby,pregnant dan yang sewaktu dengannya.nasibla ek selagi tak bersalin selagi tu la duk citer pasal mengandung.nanti dah bersalin kita tutup buku pasal citer2 mengandung ni.time tu dah tentu2 citer pasal baby jer.silap2 dah takde citer pasal maknyer..

lately ni ntah kenapa la bila bangun pagi jer rasa cam seksa jer nak pijak lantai tu..dah terjengket-jengket sementara nak sampai ke bilik air.tu satu bab.lepas tu bila nak sembahyang subuh pun ya Allah seksa ya amat.daripada nak sujud sampaila nak duduk antara dua sujud..kalau boleh nak sembahyang se express yang mungkin..

hubby suruh sembahyang duduk.tp bila duduk antara dua sujud tula yg jadi masalah.aku ingat nak kena sembahyang duduk atas kerusi la bila sembahyang subuh..huh!!dah cam orang tua dah rasanya..tapi waktu pagi tu jer..bila waktu zuhur and lain2 ok jer..pagi2 jer kaki ni bermasalah sikit.nak kata tak urut,every nite before tidur jenuh la hubby lulur minyak panas kat kaki ni..bau losyen dah takde la bila nak tdo tu.dah bau minyak angin jer satu badan..hihihi.nasibla en suami kembang kempis hidung dia cium bau minyak..^_______^

bila jumpa doktor aku ada bagitau problem aku ni..and the doc bagitau ni sebab effect of low calcium..pastu siap la ko kena tanya macam2..makan tak pil calcium??susu??bape kali minum susu sehari??aku makan yer semua tu tp kdg2 tu ter'skip' gak..susu pun kadang2 minum sekali jer sehari.tp everyday tak miss aku minum susu..


kalau tak minum en suami mula la nk bagi kuliah percuma dia..malas nak dengar.walhal dia pun tak pernah minum susu tapi bila tang aku tau pulak nak ceramah.sabar jer la..

emm baby..baby..tarik banyak sangat ke kalsium mama???sampai sakit2 kaki mama lately..

Wednesday, December 8, 2010

kurma..kismis..dan madu..

saja nak share info..kebaikan kurma,kismis dan juga madu..especially for preggy mommy..

1.KURMA
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali.mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus buat, makanan manis2 yang lain jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakankesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),
menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan
kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".
3) MADU 
  Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menj adik annya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

31 weeks..perut dah nampak jatuh??

31 minggu sudah~~~ lagi 60 days to go!!kecut pulak perut..
dahla baru ni masa balik kampung 2 3 kali mak tegur kata perut dah nampak cam jatuh..mak kata cam nak dekat bersalin jer..
adoiii!!!!.dan dan tu rasa kecut perut.takkan kot.baru nak masuk 8 bulan..risau gak..mak pulak menambahkan kecuakan aku bila suruh siap2 barang nak bawak gi hospital.
barang-barang baby memang dah siap dah dalam keta..

 bag barang-barang baby nak bawak ke hospital..

tu pun kebetulan nak balik kampung tu yang prepare awal2..get ready in case ade ape-ape hal yang tak di duga..tapi mintak jauh la.risau gak..dahla aku ni Hb rendah..kemungkinan2 tu ada utk preterm birth ni.harap2 takla.biarla semuanya selamat and baby lahir bila dah sampai due dia.

citer pasal balik kampung..sempatla jumpa semua bapak2 sedara,mak2 sedara and cousins belah mak aku..seronoknyerrrrrrrrrrr...
bila dah jumpa tu confirm la banyak citer kan??
bila tengok perut aku yang booolaaat ni depa duk main teka teki baby boy ke girl..
hihihi..tgk perut lonjong ke melebar,pastu tgk muka la..
macam2 la teka.
tapi ramai yang teka boy..emmm ntahla.tunggu jer la baby ni lahir.
muka time 31weeks..

Tuesday, December 7, 2010

booking..

insyaAllah kalau takde ape-ape aral melintang aku akan bersalin kt hospital Putrajaya..referral letter dari klinik dah dapat..
last tuesday dah pegi la dah hospital putrajaya.kunun-kunun nak gi booking la.tak call or tanya ape2 main redah jer future mommy and daddy to be ni gi hospital..kebetulan petang tu aku mmg ambik half day and hubby pun tak busy so after lunch siap2 terus gi putrajaya..


sampai2 jer kat hospital tu terus gi kaunter pertanyaan dan dengan confidentnya en.suami bagitau nurse kat kaunter tu nak booking untuk bersalin nanti..
tapi malangnyer untuk register bersalin kena datang hari isnin and jumaat saja yer...hari-hari lain tak boleh...
wuaaaaa!!!semangat jer pegi rupanya tak settle jugak perihal booking ni..
dah nak booking hospital tak settle last2 gi umah makcu kat presint 8.makcu nah pun baru sampai dari mekah malam sebelum tu..emm merasa la maksu nah bagi air zam-zam,kurma nabi and souvenier dari tanah suci..

nampak gayanyer minggu ni kena pg lagi la jawabnyer..

Monday, December 6, 2010

award dari sue..

thanks sue..sudi bagi award ni kat  dna..

cantik dan menarik????ye ker??
emm rasa tak seberapa jer blog ni..ape-ape pun thanks yer sue..
award ni bukan dapat cam tu jer.ada task yang perlu dibuat..
mari kita tengok ape task dia ek???
v
v
v

1. Apa pandangan awak terhadap blog Atika Aula? 
nak kata blog Aura-su-aizal boleh tak?? 
blog yang banyak info..especially info camner nak dapat baby..ape-ape pun untuk sue semoga cepat2 dikurniakan zuriat yer...
ni link blog Aura-su-aizal..
http://suaizal.blogspot.com/


2. Kenangan manis dalam hidup awak?
emmm alhamdulillah..terlampau banyak kenangan manis sepanjang 26 tahun hidup di muka bumi Allah ni..


3. Kenangan pahit dalam hidup awak?
tipula kalau kata takde kenangan pahit kan??tapi malas nak dikenang-kenangkan lagi.biarla ia terkubur dengan masa..
 

4. Adakah awak dah berpuas hati dengan kehidupan awak yang sekarang?
syukur alhamdulillah dengan ape yang aku ada sekarang ni..ada family yang penyayang,suami yang bertanggungjawab and menyayangi wife dia,cukup makan,pakai dan tempat tinggal walaupun tak semewah mana tapi alhamdulillah tak perlu meminta-minta dari orang lain..ada aset sendiri..and bakal mempunyai zuriat sendiri insyaAllah jika diizinkan Allah untuk menambahkan kebahagian rumahtangga kami..
tapi ape-ape pun yang ada ni perlu improve untuk menjamin kebahagian dunia dan akhirat..


5. Sebutkan 3 impian dalam hidup awak yang belum tercapai lagi..
kalau sebut impian rasanye lebih dari 3..tapi takpela list kan 3 dulu..
1.nak menunaikan haji...insyaallah...dan nak hantar mak and abah gi haji..
2.nak sambung study sampai peringkat setinggi mungkin..ni untuk kepuasan diri sendiri
3.nak ada bussiness or company sendiri...(sekarang ni bussiness kecil-kecilan dulu.nanti secara besar-besaran yer)

agak-agak ambik masa berapa lama yer nak capai impian ni??takpe2 kena usaha ke arah tu..cukup jer duit dalam tabung haji nanti boleh pegi..mudah-mudahan diperkenankan dan dipermudahkan oleh Allah..amiiiinnnnn


6. Tag 10 orang untuk menerima award ni.
ok..nak tag sape jer yang singgah sini..especially new follower..thanks yer follow blog ni..

Sunday, December 5, 2010

berakhir sudah..

berakhir sudah minggu kesibukan..

kalau tak maybe sabtu dan ahad ni aku terperuk kat bilik gerakan..mengadap benda alah ni..

 borang-borang OMR yang kena scan and proses masuk sistem..

mujur dapat gak aku skip keje weekend ni..dapat la aku balik kampung join all relatives memeriahkan kenduri adik-adik sedara aku nak berkhatan..



3 orang pendekar yang bakal dikhatankan..hihihihi..
mak buyung ni nak gak menyelit sama..terlepas nak tengok sesi perarakan junjung menjunjung budak-budak ni gara-gara mr.hubby nak kena gi site gak pagi sabtu tu.lewat la sikit kami gerak pagi sabtu tu..

sepanjang minggu kebizian ni mujur hubby banyak membantu buat keje -keje umah..
tlg masak..aku makan jer ape yang hubby masak..mujur gak dia nak tlg masak.
 tlg basuh baju..tolong jemur baju..

part iron baju jer hubby surrender..hihihihi..tau pun.dia cakap susah iron baju..baju kurung lembut sgt takut silap iron berlubang baju aku..kata dia..ntah2 alasan jer tu..malam-malam before tidur tlg urut kaki..

thanks abang..thanks sebab memahami..awal-awal lagi memang dah mintak maaf siap2 kalau 2 minggu ni makan minum dia tak terjaga.layanan pun tak seberapa..mujur dia faham..
kalau hubby tak tolong tak tau la nak kata.mesti kelam kabut rasa.penatnyer usah cakapla.tapi bila minggu busy ni dah berakhir boleh la buat rutin as a wife cam biasa..boleh la masak sedap2 sikit for dinner..cam la sedap sgt.tp bila husband nak makan memang semangat la berkungfu kat dapur.lebih- lebih lagi kalau semua yang kita masak husband makan dgn penuh selera.masak jer la ape confirm habis licin.sedap tak sedap belakang kira...

nanti 2 bln aku takde camner la hubby sorang-sorang kat sini..('______')..