Thursday, September 29, 2011

sold out sudaa


assalamualaikum..

baru jer nak promote kat sini..tapi belum sempat nak war-war kat sini dah sold out dah..
uoll ingat tak entry INI??..ceh perasan la ko Dina oii camla orang nak baca sgt kan??takpe-takpe i kasi refresh ok..masa my birthday hari tu i dapat 2 presents..and salah satunyer adalah
ini
v
v
v
v

baru pakai 2 bulan lebih..en suami bagi yang ni pulak

 HTC wildfire.

jadinyer cam sebulan tak berusik la Xperia tu.dah pakai HTC ni.malas nak tukar-tukar simcard..elok jer duk dalam kotak.pastu kelmarin en suami tanya nak pakai lagi ke Xperia tu?aku jawab ntah..
try jual la..suggest en suami.
tapi aku rasa cam sayang.sebab present from him kan?sayang la nak jual.
pastu dia balas balik nanti simpan jer jadi cam 2 handphone lama.terbiar camtu jer.
erk??
memang aku buat koleksi handphone hadiah dari dia.satu hadiah masa hantaran kahwin.satu lagi 3rd anniversary cintan-cintun.
ada sentimental value ok.
lepas en suami bebel-bebel camtu aku try iklankan kat www.mudah.my..kalau ada orang nak means memang jual je la Xperia tu.malam hari selasa aku post.esoknyer bertalu-talu sms tanya.
adala dalam 8 org tanya.
pastu ada sorang tu agree dengan price yang aku bagi.kira best price la tu..
tunggu dia nak COD jer.

makanyaaaaaa


good bye mr Xperia!!

..budak zaman sekarang..

 assalamualaikum..
sihat ke uoll??hopefully sihat la yer?me?kureng sihat!berjangkit dengan Danial kot.asyik duk kiss mooloot mama jer.abih masuk segala bakteria hingus tu..elok jer dia sihat mama pulak tak sihat.

ok.nak citer pasal ragam Danial sekarang ni..bila fikir-fikir rasa bersalah pulak..sape ntah yang start dulu?rasa-rasanya abah dia.kalau abah dia tak ajar main iPad ni memang takdela dia nak aim benda alah ni jer.


memang la tujuannya nak ajar Danial..cam ABC..Alif Baa Taa..and a few things.sebab tu mmg download banyak application for babies.tapiiiiiiiiii
bila dah start expose dengan benda ni memang tu je la yang dia nak..kalau tak bagi dah tau menangis meronta-ronta.camno tu??jenuh la kena acan dengan benda lain.tu kalau mood dia ok nak layan benda lain kalau bantai dia nak iPad tu jugak??memang haruuuu...

sekarang ni jangan harap la nak online guna iPad kalau Danial tak tido.kena tunggu dia tido barula abah or mamanye dapat pegang.kalau taknak dia nampak jangan tayang!tu je solutionnya.kalau dia boleh pegang molek-molek,tekan molek-molek ok jer nak bagi dia main..ni kalau bukak application yang dia suka cam 'Talking Larry'..'Talking Ben' dia siap nak cium-cium burung and BEN tu...memang touch screen betul tu.sampai air liur habis lekat kat screen..
nak marah no use lorr..abahnyer ambik iPad tu..lap screen then mama kena pujuk la si kecik..bagi benda lain..

emmm budak-budak zaman sekarang..bila balik kg belah suami anak-anak sedara semua kuar iPad masing-masing.SIL 2-2 orang anak ada sorang satu iPad..sebab berebut kalau satu je.adoiii kalau me?tak mampu la kot nak menyediakan sorang satu.mau botak kepala en suami..

tak mustahil kan bila diorang dah sekolah nanti takyah dah bawak buku??

Wednesday, September 28, 2011

..demam nak bercakap..

 siannya anak mama..
demam on off.
hari ni mujur dah ok.kalau tak ok gak nak bawak gi klinik la.
 hari ni barula my life back to normal.baru boleh buat keje2 rumah seperti sediakala.

petang semalam..

dalam pukul 5.30pm badan dah tak panas..
pastu laju jer mulut dia sebut 
"abahbabababah"..
pastu abahnye balik lagi la dia excited sebut 
"abahbahbababa"
ada la lapanplohlapan kali sebut "abah".nak tido pun sebut "abah"
mama???
dia sebut 3x jer..!!
"mammmaammaa"
.
.
.
kecik hati!
mama jaga Danial 24/7 tau.berkepit jer ngan mama.
tapi your 1st word sebut abah!..
huhuhuhu..
taula anak manja abah.
kira demam nak bercakap la yer Danial??
sebab lepas jer dapat cakap tu elok dah demamnye.
ingatkan nak tumbuh gigi lagi.his 5th tooth.sebab sebelah gigi kapak tu dah kuar dah sikit giginya.
ke dua-dua??
tinggal selesema jer yang tak berapa nak ok lagi.
hopefully cepat ok.kalau tak kena cancel lagi nak 'berjalan2/makan angin' weekend ni.


..our 2nd anniversary..

assalamualaikum..

ni citer basi.baru hegeh-hegeh nak update..hanya utk rujukan diri sendiri suatu masa nanti..manala tau tetiba dah takde memori about annibeseri boleh ler rujuk kat sini..

250911 3.00pm genap dua tahun bergelar isteri..alhamdulillah.dengan rahmat Allah s.w.t kami masih lagi bahagia,kekal as husband and wife..
 
 2 tahun lepas..
 secara rasmi semua tanggungjawab abah dah diserahkan pada en suami.
segala amanah..segala dosa pahala..
syurga ku kini di bawah kaki suami.
semoga hubungan ini akan terus kekal,bahagia hingga ke syurga.
dear abang..thanks for everything..thanks sebab jadi suami yang terbaik untuk ayg..suami yang bertanggungjawab pd keluarga,loving.caring and understanding..

alhamdulillah tahun ni bertambah rezeki..bertambah bahagia dengan kehadiran putera comel sebagai chenta hati kami berdua..

tahun ni takde celebration gempak-gempak..sederhana as usual..kebetulan 25/09/11 tu jatuh hr ahad.jadi nak buat surprise beriya tak jadi..sebab encik suami ada kat rumah.tapi sempat la buat menu special sikit sebelum keluar celebrate kat luar..

 ni la menu yg kunun-kunun special tu la..
bihun sup..feveret en suami.


bila di masukkan ke dalam mangkuk beginila rupanye

dessert-puding karamel..yg kecik tu dah dirembat en suami sebelum cik wife nak snap gambo

penyejuk tekak-cocktail drink.

then petang tu makan ini..


chocolate banana cake from secret recipe..hajat di hati nak makan blackforest cheese cake tapi dah habis dah..then order la ni jer.feveret en suami..

tahun ni takde hadiah utk en suami..hihihi
tak tau nak bagi ape.nak bagi gadget mahal-mahal tak mampu.
tahun lepas dia dapat iPhone 4..pastu on my birthday iPad 2..
tahun ni bagi kad sudaaa..
tapi as usual for me mesti ada.
petang tu baru beli.ishhh tak special la kan.
en suami suruh pilih sendiri.
tapi benda tu untuk our future house.
brand ELBA..

Monday, September 26, 2011

Contest Raya Sedondon

salam..

kena tagged dengan Fiszah aka mama Adriana Atirah yang bam bam tu..geram nengok baby tembam2 ni..so okla join gak la contest ni..senang je contest nyer

GAMBAR RAYA SEDONDON KAMI!!! 

tema HIJAU TURQOISE.
tapi dalam gambar nampak cam color biru turqoise plak.

kenapa pilih color ni?
actually kami semangat terlebih nak raya 1st time bertiga tahun ni dengan chenta hati kami.
Muhammad Danial Zaffran.jadi awal-awal dah beli baju raya si kecik.cari punya cari ada color ni jer size kecik waktu tu.awal-awal puasa.harga murah giler.tu yg rembat gak tapi nak kata kecik tak la kecik mana pun.jenuh berlipat seluar and lengan baju...bila dah anak color tu mak bapaknyer pun gigih la mencari color yang serupa..sampai ke sehari sebelum raya still mencari baju abahnyer..bila jumpa takde size.bila ada size just jual baju jer.seluar non ada.tapi mujur dapat gak.kalau tak memang tak sedondon la kami.
tu je la sebab musabab kenapa pilih color ni..

ok.selesai task.

nak tag sape yer??

untuk maklumat detail gi blog INI


..demam..

dari malam tadi buah hati pengarang jantung aku ni demam.
 
 tak sihat.hidung berair.
bila nak buang hingus dia punya la payah.
tiap kali nak lap mesti nangis.
 .
.
.
malam tadi sampai jer rumah terus bogelkan budak ni.nak check temperature.dari kuar siang tu dah rasa badan dia panas.duk dalam stroller pun muram jer..tapi mama and abah pulun jugak berjalan-jalan.
menyelesaikan 'misi'..(semalam our 2nd anniversary..and abahnye beriya nak membeli hadiah utk mamanye..takpe nanti next entry citer pasal annibersari)hiihhihi.
bila check suhu anak teruna ni 37.2 degree..emm panas sikit
terus lap dengan towel basah.

 setepek vicks buh kat dada..

 sejam pastu baru aktif balik..sampai ternganga tgk kartun
 eerkk aaaa..tu jer la bunyi bila tgk benda alah ni
muka geram..

ni dah ok dah demamnya.tapi hingus jer meleleh lagi.
pastu memerap usah cakap la.
rasa cam nak masuk balik danial dalam perut..bleh??
tak boleh mama dia takde.meraung-raung.
haru biru rasa hari ni..

Thursday, September 22, 2011

manja terlebih..

salam..

sejak dua menjak ni my little Danial jadi ter over manja la pulak..fenin..fenin..doplohpatjam asyik nak berkepit jer.baru mama dia nak angkat punggung nak bangun sikit dah merengek..

emmmm..emmmm..emmmm..
camtu jer la bunyinya.mulut pulak jebik sampai ke dagu..
agaknye kalau boleh ditarik lagi mau bercantum hujung bibir belah kanan bertemu hujung bibir belah kiri.

sebelum ni tak pulak camni.
kalau aku nak buat keje-keje rumah time dia tak tido aku upah je citer kartun kat dia.babytv ke.disney chanel ke tak pun cartoon network.
elok jer dia diam..bunyi bahasa 'perancis' dia je la yg dengar pun.
tapi sejak balik dari cuti raya hari tu dia buat perangai camni.dua tiga hari dia memerap camtu pastu ok kejap.tu pun sebab PIL ada kat sini.diorang stay 4 hari lepas balik dari umrah.ada tokwannya rajin la dia melayan cucunya..bangun pagi-pagi dah gi bilik tokwan.
kunun manja la tu dengan tokwan.
pandai bodek!mentang-mentang tokwan banyak bagi ole-ole dari mekah utk dia..
lepas jer tokwan and tok nye balik dia buat perangai 'baik' dia tu balik.
nak gerak sikit pun tak boleh.
sampaikan time mama duk 'bertapa' dalam toilet pun dia melalak2 kat depan pintu toilet.
HARU betul la dengan anak sorang ni.
so nak buat ape-ape kena tunggu dia tido dulu.lebih kurang 2 jam.sempat la.
nak mandi/sapu/mop lantai/masak bubur nasi dia.

selang seminggu my family dari Perak pulak datang.baru jer balik kelmarin.
Danial pun baikla kejap untuk tempoh 3 hari.
time ada opah,makcik and uncle dia tak heran pun dengan mama and abah.
cari mama bila nak nenen jer..
nen..nen..nen..nen.
bagi susu terus dapat tenaga nak main dengan makcik balik.
suke betul dia main dengan makcik dia.mengekek-ngekek gelak.
sampaikan tgh malam pun ajak makcik main lagi..
pagi selasa opah,makcik and uncle dia dah balik.lepas tu dia meragam balik.
tak boleh tinggal kejap.
merengek+menangis.
kalau lambat gi kat dia dengar la bunyi dia menangis tahap sampai teran-teran suara.
sampai tersedak-sedak.
bila muncul depan dia elok je la..sengih.ngada-ngada betul!gigit kang!

pastu dua tiga hari ni aku perasan cam lain sikit perangai putera kecik aku ni.
#time bf-dia akan tenung dalam-dalam mata mama dia..pastu tangan dia pegang pipi tembun mama dia ni.sebelum ni dia tenung gak.tapi takla tenung sedalam-dalam camtu.tangan pulak selalu dia genggam jari telunjuk aku ni je.

#kalau baring pulak bila kepala dia berbantalkan lengan mama dia ni,dia akan mengiring pastu tenung jugak muka mama..pastu tangan dia akan sentuh gak muka ni.dia pegang.pastu dia rapatkan kepala dia ke arah muka aku pastu dia kiss lama pipi mamanya.sampai lekat air liur kat pipi aku.

#time tido pulak,tangan sebelah mesti peluk aku..dah 2 malam la aku perasan camtu.sebelum ni kalau dia tido mengiring tangan takde la pulak sebelah kat atas badan mamanya.

#bila berdirikan dia menghadap muka aku pun dia akan tenung mata..pastu dia nganga mulut terus lekapkan kat mulut mama..kiss molot la kot.hikhikhik..ooo dah pandai yer..

cara dia tenung tu memang buat aku jadi sayu.ke aku yang lebih emosional??
tenungan dia sharp!menusuk terus ke dalam hati.
bukan aku sorang je yang perasan.en husben pun cakap dia suka tenung aku.even kat atas riba abah dia pun dia akan pandang aku.siap husben kata kalau aku lawan mata dengan danial ni confirm aku kalah.

Danial tau kot plan aku untuk bekerja balik.
.
.
adoiiiii..ni yang tak sampai hati ni.

ku keciwa T___T

salam..

pagi tadi time breakfast dengan en husben aku request suruh dia cuti sabtu ni..memandai jer kan suruh orang sesuka hati cuti.tapi bukan saje-saje okay!aku ada plan sebenarnya.kalau dia on je cuti aku akan proceed dengan plan aku..booking hotel and etc.saje nak kasik surprise pada dia.selalu dia je yang buat surprise.kali ni biarla turn aku pulak.mesti dia pun nak rasa orang buat surprise kat dia kan??
tapi...............

awal-awal lagi dia cakap dia TAK BOLEH cuti sekarang ni..sooooooo banyak keje.katanya la..emmmm nak kena siapkan KLIA 2 tu cepat.kalau cuti je nanti ape kata bos pulak..
cuti jerrr???

bila masa pulak cik abang aku ni cuti sokmo?nak MC pun payah.nikan pulak nak ambik cuti..

so cancel la niat di hati..
 nak merajuk!

baru je nak kasi surprise kat en husben on our 2nd anniversary..punyala 2 3 hari ni aku review list hotel kat situ and dah arrange dah aktiviti for 2 days 1 night kat situ.tapi tak jadi pulak..
nampak gaya kena tukar plan B la jawabnyer.
kasi surprise kat rumah jer la..

alahai KLIA2..sebab kamu la en suami saya susah nak cuti!

Tuesday, September 20, 2011

tumpang simpati..

salam...

Malam tadi betul-betul hati nurani aku tersentuh..lepas satu cerita ke satu cerita.sedih.dan tak semena-mena jadi emosional.sampaikan en husben pun perasan.mana taknye.dah nak tengah malam,atas katil sambil mengadap iPad pastu menangis teresak-esak.confirm la dia pelik.."ape ke hee ngan bini aku ni??"

sedih sangat!mula-mula baca entry kat blog Aishah Rahim..pasal arwah adik Najla..email dari ibu arwah kepada Aishah..teresak-esak baca email tu..dapat bayangkan camner perasan Nadia menghadapi pemergian anak yang dikandung selama 30minggu dan sempat bersama selama 22hari jer..i can't imagine if that thing happened to me.aku tak kuat camner Nadia.aku tak setabah dia..semoga Nadia tabah menghadapi ujian Allah.aku yang membaca pun dah rasa cam berat dugaan tu camner lagi Nadia yang menghadapinya.kita cakap mudah untuk dia tabah dan redha dengan ketentuan Allah.tapi Nadia yang menghadapinya??

"Ya Allah Kau tabahkanla hati Nadia,Kau cekalkanla hatinya menghadapi ujianMU ya Allah."

Allah akan uji kita setakat mana yang kita mampu hadapinya.Allah maha penyayang.dia takkan uji kita lebih dari kemampuan kita.Nadia tabah.Nadia kuat.Najla sudah tentu tunggu Nadia dan suami di pintu syurga..

lepas tu baca pulak citer anak yuyunz..aisya yang terkena tomyam panas gara-gara kecuaian waiter restoran CILI MERAH sec 9 Shah Alam..(saja aku nak tepek gak nama restoran ni..untuk remind diri sendiri and kawan-kawan yang terbaca entry ni yang duk area tu.beringat sebelum kena.)kesian aisya..sampai melecur kulit peha dan jari..tak sanggup nak tengok gambar-gambar luka aisya.aisya sebaya danial.still baby.belum tau nak bagitau sakit.just cry.cry and cry bila sakit..luluhnya hati bila tengok anak meraung kesakitan.time time camni tgh melasak pulak tu.nak merangkak ke sana sini..nak pegang itu ini..mesti sakit..Ya Allah kesiannya Aisya..cepat-cepat sembuh yer..semua sebab KECUAIAN waiter tu..

sebelum ni hati luluh gak bila tau citer anak exshoolmate;ciare a.k.a mama Khir Rayyan..tu pun kes KECUAIAN gak.kecuaian nanny.tak pasal-pasal rayyan yang tanggung sakit.mujur rayyan dah sembuh dan aktif seperti sediakala..

semuanya sebab kecuaian orang lain.tapi yang jadi mangsanya anak-anak kecil tu..kita dah try jaga sebaik mungkin tapi orang lain pulak bagi penaya.hati ibu mana yang tak luluh?yang tak sedih?.

lepas baca tragedi yang menimpa yuyunz tu buat aku jadi takut.takut nak makan kat restoran.takut the same thing happened to me.selama ni bila makan kat restoran danial memang aku dudukkan kat dalam child seat.dahla danial ni memang jenis tak reti duduk diam.tangan dia ada jer nak capai ape-ape.takut nanti dia tarik waiter time tgh serve ke..adoiiiiiii..pasni kena put extra care..

semoga Allah melindungi kita semua.

Saturday, September 17, 2011

sukenyer diaaaa..

sukernyer dia kalau dapat bogel camni..
 


kalau tak pakai pampers lagi best agaknyer..
tiap kali nak pakaikan baju dah rasa cam ape jer..habis sepenuh tenaga mamanya.
kadang-kadang siap nak berkung taw pun ada..
 
last sekali lantakla main takyah pakai baju..

sambil-sambil tu mama kena cuba jaya pakaikan gak..
.
.
 MUKA TAK PUAS HATI!!!


hahahaha..mama menang!!!

Friday, September 16, 2011

sekali lagi..dilemma..

salam..

kelmarin tengah syok-syok main dengan Danial dapat satu call..from 06xxxxxxx..mula-mula saja tak angkat.bunyi kali ke-2 baru angkat..
Ms A:"hello..boleh cakap dgn cik Ardina"
me: ye saya..
Ms.A: saya Axxxx call dari Nilai Universiti College..nak tanya cik dah bekerja ke?
me: belum.
Ms.A: boleh tak cik datang interview..cik tinggal area mana yer..
me: area Desa Axxxxx
Ms.A: ooo camtu cik datang sekarang la..
me:???????sekarang???esok tak boleh?
Ms.A:esok tak boleh la cik..takpela saya interview dalam phone dulu..cik boleh dengar clear ke?
me:BLURRRRRRRR...tapi layan jer la..
pung pang pung pang..dalam 15min conversation tu tamat..
Ms. A:next week cik datang college yer..kita discuss and jumpa boss..
me:OK..

cepat-cepat call en suami..bagitau..and dia pun terkejut..

start dari petang tu sampai ke malam sampai la hari ni aku still dalam dilemma..job tu aku saje je apply since related dgn field..just try my luck..tak sangka ada respon.kalau ikut kata Ms A nak suruh start cpt.

TAPI
.
.
aku berat hati lagi..
since en suami tak paksa aku keje..and dia lagi suka aku fulltime housewife.aku jadi cam blurrrr..
betul ke aku nak keje ni???
Danial camne??
7 bulan aku jaga dia sendiri tiba-tiba nak bagi kat orang lain jaga..adoiiiiii..masa keje kat usim hari tu aku saja resign sebab ingat en suami nak pindah.tp tak jadi pindah..so start dari Danial lahir aku fulltime housewife..ikutkan nak jaga Danial senang jer.dia tak banyak ragam..dengan sape jer dia nak..cukup susu,makan..ada orang layan dia main dia ok jer la..
masalahnyer 
.
.
MAMA DANIAL ni haaa

dalam masa beberapa hari ni aku nak kena survey taska..babysitter..sempat ker??dah ada beberapa taska pilihan..and dah shortlisted..tapi masalahnye hati ni..bila tengok Danial aku jadi sedih..pastu bila discuss dengan en suami dia asyik cakap "tunggu dulu lah..tunggu danial besar sikit"..emmmmm..sebelum ni 2 3x jugak panggil interview tapi aku reject sebab cam jauh dari rumah..malas nak travel jauh-jauh..ni bila dapat dekat sikit dah berat hati pulak..dah buat istikharah.berat rasa takyah keje dulu..

adoooooiiiiii camner ni??

sejuk jer hati..

salam..

 lepas puas bergomol+berguling dgn abah
since jadi mommy ni aku suke benor tangkap gambar Danial bila dia tido..ate bila dia tido jer baru senang nak capture.kalau tak mana reti nak duk diam..
sejuk jer hati bila tengok muka dia time tido..
bila susah hati tgk muka dia mesti hati rasa tenang..
walaupun kadang-kadang geram tgk kerenah dia tapi bila dia buat muka comei rasa cam nak gigit-gigit jer pipi dia..
 
mommy2 lain pun mesti rasa camtu jugak kan bila tgk muka anak??
adoiii camner la nak lepaskan kat orang lain jaga ni????
CONFUSE sudaaa!!

Thursday, September 15, 2011

Setahun dah..

Hari ni genap setahun me and en suami duk sebumbung.kalau tak pindah sini rasanye kami still pjj.sorang utara sorang barat..setahun ni macam-macam suka duka kami lalui bersama.sama-sama jauh dari parent masing-masing.sama-sama belajar berdikari.kalau malas nak masak,lambat basuh baju;takde dah mak nak tolong buat.pandai-pandai la buat semua sendiri.dari tak berapa pandai masak la ni boleh la tahan.ada la improvement.kalau adik beradik datang kumpul takdela dah nak menggelabah tak tau+tak confident nak masak ape..

Setahun lepas,pindah sini dari Perak dengan 2 buah keta je.sumbat selagi boleh muatan dalam my gen-2 and v6 en husben.ngam ngam tempat duduk driver je kosong.pukul 6:45am gerak dari umah my parent berkonvoi la kami menuju ke Nilai..sampai sini en husben g keje tinggal la aku sorang-sorang kemas ape yang patut.masa tu pregnantkan Danial dlm 4 bln++..

Dari rumah ni kosong takde ape-ape tapi dari hari ke hari dah penuh..mula-mula tak plan pun nak beli furniture lebih2 sbb rasa cam tak lama pun nak duk sini.tp Allah je yg tau.rezeki kami masih lagi kat sini..

Mula- mula plan beli carpet tebal-tebal je tak yah beli sofa.bilik pun beli tilam teballl punya.no katil.tapi bila perut cam dah besar en suami rasa kesian kat wife dia ni.beli la sofa L and katil.mula- mula nak setup our house ni best gak.everyday boleh kata keluar..hr ni gi beli peti ais,esok washing mashine..seronok bab pilih-pilih and compare harga..duit usah cakapla.tengok je la sebelah mata bila bg kat tauke kedai..tp tak kisah la.biar beli yg berkualiti and tahan lama.

Bila dah 7 months preggy time tu sibuk prepare nak sambut danial plak..asal cuti je keluar.shopping sampai kat KL.time tu dah takyah fikir and nak rasa tak best bila tiba hari ahad or cuti dah habis.kalau tak bila hari ahad je dah rasa masa tu cepat je bergerak.petang dah nak balik kampar.dah duk sebumbung and sendiri mmg ikut suka hati je nk g mna,blk pukul brape.mmg heaven..

Tapi kadang-kadang bila fikir masa pjj dulu banyak gak manis nya.tp tak la semanis bila dah sebumbung..dalam manis-manis kehidupan berdua sebumbung ni tipula kalau kata takde gaduh,merajuk,bengang dan yang sewaktu dengannya.tp bezanya bila gaduh or merajuk cpt je kena pujuk.pujuk pun depan-depan tak la macam zaman pjj.nak tunjuk protes off hp.hihihi..cam budak-budak kan??tp benda tu gak yg aku selalu kena perli dgn en suami.sabar je la..

Setahun dah berlalu..semoga tahun- tahun yang akan datang beri kami lebih kebahagian..

Wednesday, September 7, 2011

Ragam si kecik bila makan

Dah lama tak citer pasal my dear Danial..kalau citer pasal anak CONFIRM sampai esok pun tak habis..sekarang ni Danial dah nak dekat 7 bulan..10hb ni cukupla 7 bulan

Sebelum ni selalu duk baca ragam,peel and faveret anak-anak orang lain bila makan.ada yang susah ada yang senang..now tiba turn sendiri nak hadap kerenah anak time makan..so far Danial ni memang suka makan.dah nampak dah perut dia yang boroi and pipi bam bam..ni hasil seminggu ni la..

saya dah ada gigi!!

Mula-mula kenalkan Danial solid food ngam- ngam umur dia 6 bulan..try bagi bubur nasi+carrot yang dah blend..
 his first solid food..


Dalam 10 hari jer dia nak makan bubur nasi yang blend ni..tapi tiap-tiap hari la mama dia tukar menu..kdg2 campur daging,ikan bilis goreng,telur,ayam,mashed potato,buah pear,puree labu..kadang-kadang masak bubur nasi+kurma+kismiss..Tapi makin hari makin kurang dia nak makan yang lembik-lembik camtu..

One day tu saje bagi dia bubur nasi yang tak blend dengan sup ayam..banyyyyyakkk dia makan..lepas je hari tu memang takde dah blend bubur nasi tu..maybe sebab dia dah ada gigi then dia taknakla makan lembik- lembik halus cam yang dah blend tu..sampai la hari ni dia makan bubur nasi yang tak blend..tp masak sampai dia kembang..memang lama la..pas subuh tu dah masak dah bubur nasi dia..kalau nak dia makan banyak kena buatkan sup untuk dia..sup ape2..asalkan sup.ayam,daging,telur,ikan,sayur..tu je la yang pernah aku masakkan untuk my dear Danial.memang licinla mangkuk makan dia tu klu masak camtu..

Sekarang ni pun dah boleh detect dia nangis nk tido or nangis nk makan..klu nangis nak makan tu bila suap je makanan memang terus senyap..menangis nak susu lain plak..lagi satu my Danial ni suka betul dgn buah anggur and pisang..buah lain cam epal,betik,pear dia kureng sikit..memandaiii jer kan aku teka dia suka ke tak.ntah aku agak je la.sebab bila bagi anggur and pisang banyak dia makan and duk setempat je depan aku.kalau buah lain kejap jer dia dah merayap tempat lain.mulut dia kalau time makan mesti bercakap-cakap.tapi dalam bahasa dia la..ntah nak cakap sedap ke tak sedap mama dia masak kot..bila kuar berjalan sekarang ni dah kena bawak extra bag..warmer bag letak  bubur nasi and sup dia..pastu satu lg tupperware buh buah anggur..

kalau air pulak,aku takde lagi bagi jus ape-ape..selain susu ibu air masak jer la..danial suka minum air masak.kadang-kadang bila lepak depan tv layan chanel kartun,dia baring atas riba pastu minum air masak dalam botol susu..nyot nyot dia minum..kejap je dah habis..dah habis air masak cari susu cap gantung pulak..tu la kebiasaan dia setakat ni..

bulan depan ape pulak peel dia.

operasi mengira duit raya..

punyala tahan nafsu dari hari raya 1st sampai ke malam tadi nak mengira duit raya si Danial ni..
akhirnya malam tadi kami laki bini sama-sama kira..
sabarnyer la aku menunggu en suami..ikutkan hati nak jer aku kira sorang-sorang pastu bagitau total jer kat en suami tapi dah en suami nak suruh kira sama-sama jadi sabar jer la..
dalam sabar tu aku dah bukak dah gam angpau tu siap-siap..jeling-jeling gak amaun dia..
sambil congak-congak berape..
tapi tu not officially la.
bila dah bukak dan keluarkan dari sampul tu baru official.

 collection Danial..ada yg bersampul ada yang tak bersampul
Alhamdulillah..boleh la tambah saving dia..
terima kasihla pada yang memberi pada si kecik ni..



chop..nak tanya uoll simpan duit anak uoll dalam akaun ape yer??
sspn?asb?tabung haji?

Monday, September 5, 2011

..kisah raya 2011..

dah lama tak berupdate blog ni..mood  kelaut la..
orang berlumba-lumba update citer raya..aku br terhegeh-hegeh nak update..hihihi..
.
.
tahun ni turn raya di Penang dulu..
tapi kami beraya without mak and abah mertua..sebab diorang gi umrah 2 hari before raya.
yang ada kat umah,kaklong sebab tengah berpantang,edi and awe je..
dan dengan tak semena-mena en suami telah melantik aku jadi master chef utk raya tu..
perghhhh gelabah ok nak masak banyak-banyak utk hidang hari raya tu.
tapi mujur en  suami tolong sama.
menu untuk raya pertama tu kami masak
KUZI,RENDANG AYAM,NASI IMPIT 
pastu mujur ada sepupu en suami bagi kuah kacang.
ok selamat tugas aku nak buat kuah kacang.
mujur la hasilnya memuaskan.
tapi serius penat..sebab aku sorang jer kaum hawa kat umah tu..kaklong dikecualikan la sebab dalam pantang.
so faham faham jer la.
tapi mujur Danial pun ok jer.tau mama dia busy.elok jer la dia main dgn sepupu-sepupunya..


Danial dgn sepupu-sepupunya..


ni jer yang ada kat umah Penang..

2nd day raya dah berangkat balik ke Perak.
raya ke-2 danial pakai baju atok belikan

sebelum tu beraya sakan dulu kat penang.tawaf semua sedara mara en suami..bestnyer si kecik la..bila dah bawak anak then yang 1st pulak tu mmg orang duk bg duit raya lebih sikit la..alasan anak first..alhamdulillah..rezeki Danial..mama tolong simpankan..hihihi

lepas tu baru pecut ke Sungkai..rumah opah aka onyang Danial..
jumpa semua makcik,pakcik and sepupu..
best best!!!!
susah nak berkumpul ramai-ramai..time2 camni la br dapat berkumpul..
balik kampung baru merasa makan LEMANG..kat penang mostly rumah yang aku pegi hidang ketupat palas..tak jumpa pun lemang..tahun ni opah order jer tapi sedap lemak berkrim gak..
kalau ada arwah atok mesti lg sedap lemang tok buat.

malam tu gigih gak en suami ajak balik teluk intan umah my parent..ikutkan nak tido umah opah jer.lama dah tak tido umah opah.tapi emmmm....

raya ke-3 sampai ke-6 kat rumah my parent..


sakan ok raya tahun ni..nak nyer bila dah ada anak..semua yang datang baik kawan-kawan en suami,sedara-mara mak,kawan-kawan abah,kawan-kawan sekolah,kawan-kawan adik datang sebab nak jumpa and tengok Danial..
hihihi..
start dari raya ke-3 tu rumah mak tak putus-putus orang datang..alhamdulillah..sampai kitaorang nak jalan pun cam serba salah nak biar mak sorang-sorang buat keje kat dapur..
bersusun menu dari raya ke-3 sampai 6..mmg tak sempat nak lapar rasanya raya ni..
raya ke-3 -MEE KARI
raya ke-4 NASI IMPIT+AYAM MASAK SUMUR+MEE GORENG+NASI MINYAK
raya ke-5 SUP TULANG+MEE/BIHUN SUP+RENDANG+NASI IMPIT
raya ke-6 LAKSA

sampai pukul 11 malam pun ada lg orang datang..kawan-kawan adik la.


ape-ape pun raya and dapat spend ngan family mmg terbaekkkk la..

SELAMAT HARI RAYA!!!

lepas ni jemput beraya di rumah kami pulak yer.

..Selamat Hari Raya..

tak terlewat kot nak wish hari raya..
raya busyyyyy bebenor.


Selamat hari raya dari kami sekeluarga..

Dina+Danial+Pullah


maaf zahir dan batin..
andai kata ada salah silap harap dimaafkan yer..