Kejadian 090514.... Simpan sebagai lipatan kenangan pahit..
Luluh hati bila tengok anak kesayangan jatuh sakit..lagi sedih bila kejadian tu tanpa diduga..pagi hantar ke rumah bs elok sihat tapi bila nak ambik balik tgk anak dah lemah,tak bermaya..and yang paling frust bs sendiri tak perasan benda tu.really hate it.rasa nak marah tapi cam no point nak marah kat bs sebab benda dah jadi.tapi please la jangan cakap tak tau.bukan ramai pun jaga.just my 2 sons.
Ok.stop about bs.(geram+frustrated)
Lepas ambil rayyan and tengok keadaan dia cam lemah terus shoot balik rumah..bogelkan dia.sejukkn bawah kipas then baru cek temperature.(37.8 degree).ambil kain basah lap-lapkan badan Rayyan.Alhamdulillah dah turun lepas sejam and aktif sikit dari sebelumnya.lepas bagi ubat nampak makin ok..
Baru nak tarik nafas lega Rayyan takde apa2..pukul 3am tersedar.Rayyan cam tak berapa nak lena cek suhu badan rayyan 40.8 degree.??????? Terus bogelkn dia.basah badan and terus sumbat pcm subb..aku masukkn 125mg.(tak cukup rupanya).lepas sejam temperature dia still tak turun banyak.nekad nk bwk gi klinik.sampai klinik terus masuk emergency. Doc masukkan air..check blood pressure,heart rate..masa check heart rate yg betul2 buat aku rasa nak pengsan sekejap.Jantung rayyan boleh stop 2minit!.aku assume ok la dia tidur rupanye dia hampir-hampir tidur terus..doc suruh kejutkn dia jangan bagi tidur.pastu siap2 terus naik ambulance ke Hosp tuanku Jaafar..
Again in emergency unit..lepas semua prosedur selesai terus tolak ke ward.
Dalam ward doc ambil sample urin and stools to test..result stools no rotavirus and urin takde kuman..tapi demam on off...Dah elok hr khamis doc ckp dh boleh stop drip and cabut jarum tu tetiba malam demam tinggi balik..38.5..so kena la stay lagi sehari..mujurlah rayyan mau minum air lain selain breast milk.Tapi sepanjang dalam wad memang melekap je dengan mamanya..
Suhu macam taknak turun..doc nak cucuk masukkan drip lagi tapi aku refuse.Tak sanggup tengok anak camtu.Sakit.Tak bebas bergerak.Rayyan happy and aktif bila Danial datang.Masa tu la br nampak senyum.Sebelum doc nak pasang drip tu memang struggle aku turunkan suhu dia.kejap-kejap mandi.Biarlah dia menangis sejuk asalkan bukan kena cucuk..Alhamdulillah suhu turun dan makin turun.Tak jadi drip.Pagi sabtu doktor pakar bagi discharge.Tapi bersyarat..kalau rayyan tak makan,minum kena warded balik..
Lepas keluar wad setiap hari khamis je Rayyan demam.. Aku dah give up actually.. Tak tahu nak buat camne..still mencari new babysitter. Tapi susahnye ya amat. Just keep doa supaya Rayyan dah tak demam lagi.. And kembali chubby cam sebelum ni..













