Saturday, October 30, 2010

keperluan baby yang perlu dibawa ke hospital..

kelmarin my SIL and family datang kat umah kami..saja2 melawat adik and adik iparnya..
dah alang-alang datang tu sembang2 la ngan kaklong perihal barang-barang baby..especially nak bawak gi hospital..kenala refer pada orang yg berpengalaman kan??but my BIL yang excited citer experience dia masuk labour room kat en husben..so far dengan suami kaklong aku tak segan sangat.dah treat cam abang sendiri jer..masa dia citer tu seram gak ada.en husben pun dah buat muka pelik..hehehhe takut ke cik abang oii??jgn buat pasal ek..i need u in labour room..

then kaklong pesan suh siap kan bag nk bawak gi hospital awal2..takut kalau terbersalin awal..hohoho baby jgn kuar awal sgt la ek..mama tak ready nak push push lagi ni..
untuk baby yang nak bawak gi labour room tu penting.nanti nurse or doktor check.kalau barang tu takde kang tak pasal-pasal kena marah..

ok..ni boleh jadi panduan gak untuk mommy to be..barang-barang yang nk kena bawak dalam labour room..
  • baju baby lengan panjang - 2/3 helai
  • johnson baby oil-ni untuk cuci baby lepas dia kuar-botol sederhana
  • kain lampin-untuk bedung-spare 2/3 helai
  • barut baby
  • selimut baby
  • sarung tangan and kaki
  • pampers-2/3 helai..
untuk barang2 mamanya boleh bawak masuk kemudian.means tinggal dalam keta dlu pun takpe.tapi yang penting brg baby ni kena bawak masuk labour room..

Friday, October 29, 2010

..best gak jadi ibu mengandung ni..



Ceh tgk title pun tau kan ape benda nak citer..perihal preggy mommy la..
Minggu ni kesihatan kurang memberangsangkan..mula-mula demam..pastu campur pulak selesema+batuk..kena hujan jer kot.kat sini boleh kata everyday hujan..pastu bila hujan pun nak gak minum ais2 batu ni.mana la tak kena batuk+selesema.hr ni baru la nampak matahari..
Tapi seronok pulak bila time2 tak sihat ni..dilayan cam tuan puteri pulak.no need to do anything.just baring-makan-baring-hehehehe..kebetulan start ketaksihatan tu ahad lepas.so ahad tu semua benda encik suami yang buat.basuh baju(ala masuk mesin bukan susah pun)..sidai baju..prepare breakfast..kemas umah..prepare lunch..hohoho rasa bahagia jer.bila time makan siap ada orang suapkan..padahal bkn tangan yang sakit..boleh jer suap sendiri.tapi gatal.nak gak disuap..
So far since pregnant kadang-kadang rasa cam puteri raja pulak.ni yang nak pregnant selalu ni..hehehehe..oppppssss..takmo2...mana tak nyer..keinginan ibu mengandung ni setakat ni semuanya dipenuhi oleh en suami.kadang-kadang time malam2 bila tgk tv secara berduet,tgk iklan makanan jer kata sedapnya…pastu esok tgk bila balik keje dah ada kat atas meja..best best!!
Tapi kadang2 rasa serba salah jugak.bkn nak pun tapi saja jer sebut.tup2 esoknyer hubby dah beli..pernah satu malam tu cam teringin nak makan roti canai..ckp kt hubby."cam teringin nak makan roti canai"pastu dia terus ambik kunci keta then gi beli…serba salah pulak rs.padahal boleh jer tunggu esok2 tp hubby gi jugak tgh2 malam tu.kesian dia..since dari hari tu cam takmo sebut on the spot ape yang nak.takut menyusahkan..bila time kuar jer baru cakap nak makan itu ini..
Ape-ape pun aku bersyukur dikurniakan suami yang penyayang.harap2 bukan la masa preggy jer dilayan camni.harap2 biarla kekal sampai bila2..walaupun ada juga kekurangan tp kelebihan lain dah menutupi kekurangan tu..I LOVE YOU sayang..

Thursday, October 28, 2010

busy!!!

saya sangat busy lately ni..tak sempat nk jln2 kat page kawan2.sorry yer..nanti bila dh free sikit baru boleh berfoya2 kt sini.nk online mlm2 hrpkn broadband cam hampeh jer celcom broadband kt sini.ni pun mujur ada iphone boleh gakla berFB and check email...ok.later update k.got to go..cau cin cau

Friday, October 22, 2010

~~jumaat sudah~~

salam jumaat u all..pagi ni macam free sikit..semua orang gi meeting.tinggal aku jer tukang jaga ofis..japgi bos2 besar balik tak boleh dah nak berfoya-foya cam gini..confirm ada tugas yang perlu dibuat sebaik diorang habis meeting..

oooo jumaat dah hari ni.cepat jer kan?kalau takde buat ape sure rs lambat.

ada ape ek dengan hari jumaat??kalau dulu masa zaman2 PJJ hari jumaat la hari yang paling ditunggu2..rasa lambat jer masa berjalan nak menunggu ke malam..buat ape pun serba tak kena.kadang2 tu jasad jer ada kat ofis.jiwa raga ntah ke mana-mana dah..tau ke kenapa jadi camtu???ala dah tau kan??sebabnya malam tu la baru boleh jumpa kekasih hati selepas seminggu kadang-kadang 2 minggu tak jumpa..rasanya pasangan PJJ yang lain pun camtu kan?feeling rindu terlebih.so tu yang jadi excited semacam.

tapi sekarang ni tunggu hari jumaat sebab tak sabar nak tunggu weekend...weekend boleh berehat2,berjalan-jalan..bergolek2 depan tv..boleh g shopping..and paling best boleh gi ushar barang baby>>buat masa ni memang tu yang buatkan empunya blog ni excited.jangan mare yer.

okla.tu jer untuk pagi ni..update kosong tentang jumaat..hehehe.takde ape pun sangat.kalau ada yg rasa menyesal baca boleh klik tanda X kat bucu kanan tu yer..

kepada pasangan PJJ selamat menantikan hr jumaat.saya tau camner perasaan excited tu..best kan??rindu plak perasaan cam dulu.tapi sekarang ni saya lagi happy!mudah-mudahan bahagia itu milik kekal kami..

Thursday, October 21, 2010

"Sape nak hadiah free dari Paris? =)"

sape nak hadiah???
sila angkat kaki!!..hahahha.korang angkat kaki dah kurang dah contestant nak merebut hadiah ni.
(waaaa ada unsur busuk hati kat situ)
no no no!!tak baik..kata bonda
jom jom join contest ni..
hehehehe kali ni kena tag ngan pn Farah..



 'Eiffel Tower Giveaway'

menarik gak contest ni..nak tunggu gi paris ntah bila la gamaknyer.harapkan gi Parit jer la.
so kena grab peluang dapatkan barang dari Paris la..mana tau rezeki baby murah lagi kali ni..
syiokkkkknyer kalau dapat..

jom intai sikit ape syarat-syarat yang melayakkan korang memiliki hadiah dari Paris ni?

1. bt entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" 
and letakkan sekali gambar kat atas tu pastu link kan terus ke blog www.nadiafarahida.blogspot.com. 
-done-
 
2. dan jgn lupe, letakkan gambar tu skali kat side bar blog korg 
dan link kan terus ke blog tuan empunya GA.

3. mnjadi follower blog cik nadia ni

 4. tag 3 org blogger 
nak tag sape yer??ok nak ajak 3 orang ni join..korang buat tau.mana tau ada luck
  • sue.
  • eMMe
  • fikaryna
5. dan last sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat kotak komen entry
 
seee..senang jer jer kan??
kalau susah and complicated aku pun malas nak join.ni dah simple + mudah.ape lg.jomla grab peluang yg ado!

Wednesday, October 20, 2010

..preparation...

sekarang ni citer2 yang menggumbirakan hati just perihal my baby boo jer la..ampun yer kalau ada sape-sape yang meluat or ape2 yang sewaktu dengannya..bila citer perihal preparation si kecik ni automatic dari tak happy terus jd excited..sekarang ni shopping barang baby dah jd priority.dah hilang dah priority mama dia..huhuhu..mama dia punya baju cam dah tak heran sgt dah.bila gi mana2 mall sure gi baby department..kadang-kadang tak beli pun just cuci mata.pastu aim ape benda nak beli.discuss ngan hubby pastu compare price untuk item yang sama dgn mall yg lain..rambang mata nak pilih..semuanya comel2..geraaaaaaammmmmm jer tengok..tapi setakat ni baju baby belum cukup lg..cam tak tau pulak nak pilih ape.baru ada rompers and sepasang baju lengan pendek..tp unisex color.ikut hati nak beli pink color.cam comei jer pink tapi bantainya kuar nanti boy tak pasal2 kecik2 dah jambu our chenta hati ni.hehehhe

malam tadi mak call bagitau opah dah siapkan dah barut baby..ooo settle la dah satu bab.opah cakap tunggu aku balik nak ambik jer..ni yang sayang opah ketat-ketat ni..weeee..

dan lagi satu..persediaan ke arah BF baby.aku kalau boleh memang nak BF baby sendiri..aku memang sokong 200% ibu-ibu yang BF baby diorang..aku pun nak cam gitu gak.memang sepanjang preggy ni aku niatkan ke arah itu.tak survey pun susu formula ape yg ok sebab dah nekad nak BF baby.makanya untuk permulaan ni aku nk dapatkan ini..
v
v
v

 
dah contact seller..last time aku tgk kat mother care harga near RM300 for brand ni.bkn electric punya tp manually..tapi cari punya cari dapat la harga murah sikit dari tu.
untuk permulaan aku nak try yang manual dulu.kang kalau terus pakai electric punya mau terkujat b***** aku.terus tak kuar..hehehhe
kalau penghasilan BM aku ok barula bleh pakai electric punya.tapi tu pun tunggu pas confinement kot.masa tempoh berpantang rasanya masa tu banyak nak pump manually ni yer dak??..bila dah lama2 bolehla beli yang canggih lagi.>>kena bodek en suami la..

aku pun tak tau kenapa terpikat kat brand ni..aku tak survey plak madela or yang brand yang sewaktu dengannya sebab cam dah terjatuh hati dgn brand ni.harap-harap ok la.kalau tak ok cam membazir pulak RM..hubby pun kata brand ni ok.ceh cam dia lagi expert pulak..tapi dah alang2 post entry ni kat sini nak tau gak pandangan u all..kot-kot ada mommy yang dah ada experience dgn avent ni..

 tak sabar pulak nak tunggu every weekend.boleh jalan2 shopping barang baby..sukerrrrrrrrrrrr!!!tetiba jer.

Tuesday, October 19, 2010

..pedih ulu hati..

lately ni asyik citer benda2 sakit and yg tak best jer ek??ke manakah menghilangnya rasa gumbira ku itu??happy tetap happy tapi lately ni badan cam tak berapa sihat jer.pas satu satu..apesal ntah..

kali ni sakit pedih ulu hati plak.sejak2 dah masuk 6month preggy ni penyakit ni pulak muncul..bila gi klinik doktor kata normal..sebab bila  pregnant acid lebih sikit bandingkan dgn orang yang tak pregnant.doc suruh elakkan makan pedas,masam and jgn makan lewat..maksudnya jgn tahan lapar.

search punya search jumpala info pasal pedih ulu hati ni..

PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL.

Salah satu ketidakselesaan yang banyak dialami oleh wanita hamil adalah masalah pedih ulu hati yang disebabkan peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron.

Perubahan hormon ini juga menyebabkan mood berubah terutama ketika trimester pertama dan terakhir.

Sebanyak 10 peratus wanita mengandung terdedah kepada kemurungan kehamilan. Simptom termasuk sukar memberi tumpuan dan tidur, letih melampau, cepat marah dan kerisauan.

Dalam keadaan ini, wanita hamil memerlukan sokongan daripada suami dan keluarga serta perlu sentiasa positif.

Apakah pedih ulu hati?

Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati.

“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.

Bagaimana merawat pedih ulu hati:(yang ni take note yer)

1. Antasid.

Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)

Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

3. Alginates


Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.

Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.


so u all kalau-kalau ada prob yang sama cam aku ni boleh la ikut panduan nak elakkan pedih ulu hati ni yer..

Monday, October 18, 2010

..again..dugaan ker???

kata orang bila kita sakit tu kifarah dosakan??dalam sakit tu kena bersyukur sebab terhapus dosa-dosa kecil..alhamdulillah..(monolog ketika sakit)..

dugaan betul rasanya weekend semalam..start dari petang sabtu bila scan kat klinik doktor kata my baby breech..pastu malam tu pulak lagi satu dugaan..sakit lama datang balik!!sakit masa kat utm dulu..terasa dada ni cam terhimpit dengan tulang belakang jer.bila baring rasa cam ditolak-tolak..sakit sangat..dada dah cam sesak nafas dah..malam2 tu duk menangis.sampaikan hubby dah tak tau nak buat ape.dia ajak aku gi hospital malam tu tp aku tak nak.bila dengar "hospital" rasa fobia semacam.cam terasa lagi sakit tgn ni kena cucuk nak masukkan air..biarla pegi hospital masa nak bersalin jer nanti..

kesian tgk hubby.aku tau dia mengantuk tp dah wife sakit dia pun jadi tak lena tidur.kejap2 dia sapu balm kat belakang..kejap kat dada aku..tapi still tak kurangkan sakit tu.last2 dia ambik segelas air..agaknya dia pun dah tak larat nak layan aku kot sepanjang malam tak tidur..tak tau ape yg dia baca kat air tu then suh aku minum beserta selawat nabi..alhamdulillah boleh gak terlelap tu pun masa tu dah 4.30 pagi.mujur la esoknya ahad.jd tak kisah la boleh qada tido..
tapi malam tadi jadi lagi..kali ni aku taknak dah kacau hubby..yela esoknya kan nak keje..sepanjang malam la aku duk terkelip2 mata sorang2 menahan sakit..tp tak sesakit semalam..cuma rasa pedih sgt kat dada.nak kata pedih ulu hati,bukan..just sapu2 balm.tido pun aku duduk jer.tapi ntah la tak sure aku tidur ke tak.sebab kejap2 tgk jam..pukul 1.30->2.15->3.20->last sekali 4.30..
dah gi klinik.doktor kata aku salah makan..angin dia tangkap kat urat belakang..tp duk fikir ape yang aku makan???doc ada kasi ubat tapi cam tak berani nak makan..masalahnya sakit ni bila malam jer.siang ok..harap-harap malam ni dah tak sakit la..rasa mata dah jadi cam mata panda dah


 sekarang ni pun rasa cam nak tido jer.....beratnya kepala..

my hubby kata sebab aku duk risau sangat kot.jadi dia datang sakit lain..ntah.ye ker??tapi mmg hati cam tak gumbira jer.petang semalam hubby bawak gi shopping pun cam tak berapa nak happy.ikutkan ape yang aku nak dah dibelikan tapi still tak menggumbirakan hati ni..

baby..jgn buat mama risau k..pusingla ke bawah ek.

..yang mana satu..


confuse la pulak..nak mintak pendapat ibu-ibu or bakal ibu yang terbaca entry ni..
wish one yang ok ek??
sekarang ni duk survey-survey set bersalin mana yang ok..lagi 3 bulan insyaAllah nak guna so kena prepare dari sekarang.

mula-mula planning cam nak pakai set yang ni..
v
v
y 
set Herbanika Bersalin Nona Roguy..tanya orang-orang yang dah pernah try kata ok..
pastu survey kat internet banyak yang kata produk yang ni pulak ok..price so far RM300..(kat kedai)
v
v
v
v
set bersalin Tropical Herb-Amway..
cam nak try yang ni pun ada..ada bengkung sekali..pastu bila baca testimonial pengguna memang semua puas hati..takde masalah sembelit.ooo yang tu yang takmo tu.tapi nak tau gak kot-kot ada bad experience ke ngan amway ni..

so far antara dua ni la yg memikat hati.tapi tak sure mana satu yang ok..kalau ada reader yang tau mana boleh dapat best price untuk 2 item kat atas ni pun inform k..


banyak gak set bersalin lain kat market kan??just sesuai ke tak jer..selalunya kalau tak sesuai tu jadi sembelit pastu kalau BF baby takut baby pun tak tahan..

  
camni keluaran sendayu tinggi


 yang ni pulak HPA..dah tentu produk keluaran orang islam..tak diragui la status halal nya

 yang ni Salindah..salindah pun orang kata not bad.dia ada set before bersalin and after bersalin..

yang ni murah jer.Set serba lengkap Afiat Warisan...tgk kat mydin dalam RM70..
mak mertua aku duk suggestkan set yang ni..ada akar-kayu katanya..emmm akar kayu tu yang cam lomah jer dengar..nak telan sure terkebil-kebil jer bijik mata ni haa.

so kesimpulannya saya dalam dilemma!!!..
tak tau mana satu nak pilih...
kalau ikut omak den dia suruh makan jamu bidan kampung jer.homemade punya jamu.telan jer.
cam mak dulu-dulu mana ada beli set-set bersalin cam gini.elok jer sihat lagi sampai sekarang..alhamdulillah.harap-harap sihat la sampai bila-bila.
ntahla...den confuse ni~~~

Saturday, October 16, 2010

..cam tak best jer..

baru jer balik dari klinik..hajat di hati mau intai-intai gender baby..tapi hampa lagi..nak gi buat 3D scan pun  tak kesampaian hari ni disebabkan hubby keje then just scan 2D jer kat klinik dekat ngan site hubby.ni pun balik2 klinik lepak terus office hubby..melayan perasaan..ingat tadi nak suh drop aku kat world of babies store sementara hubby balik site.cam malas pulak nak balik umah duk sorang-sorang.tapi disebabkan satu benda ni terus jer rasa cam tak best nak buat ape2.last-last singgah kat Giant beli ice-cream sampai 4.pulun makan sorang-sorang.dah selamat masuk perut baru hubby tanya untuk dia takde ker???hahaha sorryla dear..terlupa pulak nak simpan satu..


actually masa gi klinik tadi doktor ckp kedudukan baby breech/menyongsang..kepala baby kat atas..and my uri plak kat bawah.doktor cakap takut bleeding.she ask me aku ada angkat-angkat berat ker??aku tak cakap ape-ape...tapi memang aku ada jer angkat brg2 berat..ntah.rasa cam barang tu ok jer nak angkat.rupanya tak boleh ek??emmm..before ni memang tiap kali scan baby songsang..last time masa 4 bulan aku scan kepala kat tepi.tapi time tu ruang besar lagi.masa scan tu baby siap boleh berpusing2 lagi.tapi tadi doktor kata selalu 6 bulan kepala dah kat bawah..bila dengar tu rasa cam tak best pulak..dia cakap nanti 7 bulan try repeat scan.kalau still kepala kat atas maybe kena operate time bersalin nanti..adoiii...dengar camtu terus rasa cam down..sedih.takmo operate.

betul ker baby takkan berpusing dah??mujur en husband always with me..takpela kita doa banyak2..bagi dia betul2 kat laluan dia.kata hubby..harap2 camtula.baby oh baby takmola menyongsang yer..sian kat mama

Friday, October 15, 2010

...checklist for our chenta hati..

masa nak kahwin sibuk buat checklist persiapan kahwin.ni bila nak ada baby sibuk buat checklist barang2 baby pulak..nanti bila dah ada anak checklist ape pulak ek???
rasa nya dah banyak checklist barang baby aku print..beli jer tak lagi.. gi shopping mall survey harga2 barang baby jer dulu..survey kat mana brg lg murah..hihihi..ikutkan hati nak jer beli dah tapi dah auntie2 and mak2 semua kata suh tunggu 7 bulan baru boleh beli makanya tahan jer la rasa hati.tapi ikut hubby dia nak beli jer dah minggu lepas masa pegi alamanda..aku jer yang duk tahan2 dia.next month boleh la beli kot..tak pun once dah tau gender our chenta hati..hopefully misi weekend ni berjayala untuk buat scan 3D tu.pastu boleh shopping sesuka hati..

ape jer ek nak beli????ok ni list yang aku cilok2 dari blogger and forum..campur2..pastu copy and paste.
1.Clothing 
Baju Lengan Pendek-4
Baju Lengan Panjang - 4 
Seluar Pendek - 4
Seluar Panjang - 6
Baju Jalan -4
Barut - 10 - DONE!..opah nak buatkan.
Baby bip -3
Romper - 3 - baru ada 1 present.
Mittens & Booties - 8
Socks - 6 pasang - DONE!-dapat hadiah
Hat - 2
Baju lubang2 - 3
Pampers


***Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14)-campur2***

2.Feeding
 
Breast Pump - 1 - maybe try yang manual or pakai battery jer dulu.tgk penghasilan BM..kalau mengagumkan baru nak beli yang branded. 
Termos - 1- DONE! -dapat hadiah kahwin
Feeding Bottle 2 oz - 2
Bottle and Teat Brush - 1

3.Nursery
 
Baby Cot
Mattress kekabu- 1
Baby Pillow & Bolster kekabu - 1- dah ada satu set tapi span.-present.
Baby Pillow & Bolster Case -
Mosquito Net - 1
Receiving Blanket - 1
Blanket - 1
Bedung baby - 3


4.Bathing
Bath Tub - 1
Toiletries (Travel Pack)- 1p - DONE!present
Towel - 2
Cotton Balls - 1p
Cotton Buds - 3p
Baby Comb/Brush - 1
Baby Manicure Set - 1
Nasal Aspirator - 1 - penting kalau baby selsema

5.Diapering
Changing Mat - 1
Baby Wipes (Pureen)
Disposable Diaper (Newborn) - 1p
Napkins - 2p
Diaper Rash Cream (Drapolene) - 1

6.Traveling
 
Stroller / car seat*
Infant Carrier-
Moses Basket* - 1
Diaper Bag - 1
Baby Sling* - 1
Baby-on-board sticker

*kemudian2 baru beli..maybe after baby lahir/after confinement 
7.Others 
Nappy Kleen - 1
Bakul Baju Baby - 1
Gripe Water - 1
Minyak Yuyi cap limau


8.Mama Care 
Socks - 2
Nursing Bra - 4
Nursing Pad (Washable) - 2
Nursing Pad (Disposible)- 1p
Maternity Pad (Pureen) - 2p
Disposable Panty - 3p
Nipple Cream - 1

Bengkung

set bersalin-yang ni tak sure nak beli ape..rasa cam nak NR..any suggestion


nampak gaya yang DONE semuanya dari present..murah rezeki baby..
ada ape lagi ek nak tambah or nak delete??

Thursday, October 14, 2010

..14.10.10..

kejap jer dah genap sebulan kami stay together..as husband and wife..cam pasangan lain after dekat setahun PJJ..bila dah duk sebumbung baru tau ape yang dia suka,tak suka and habit dia.
so far banyak kemanisan bila tinggal bersama..tapi rutin harian aku dah totally change la daripada dulu weekend housewife and now dah jadi wife betul2 everyday.

>>>kalau dulu sibuk uruskan diri sendiri jer.sekarang ni ada suami yang perlu diuruskan..pagi-pagi kena siapkan breakfast untuk si dia.tapi alhamdulillah hubby tak kisah.simple orangnya.makan roti bakar+cheese and air suam jer every morning pun tak kisah..mujur husbnd mmg tak jenis minum milo@teh@ kopi.jadi pagi2 memang takde la air-air tu kat atas meja kecuali susu for me.weekend jer baru buat heavy breakfast.

>>>aku rasa masa sekarang ni cam fully occupied jer.weekdays 8.00am - 5pm keje..bila balik,sembahyang asar then main masak2 kat dapur siapkan utk dinner..around 7pm siap.baru mandi2 and get ready for sembahyang maghrib and isyak  berjemaah..after isyak baru dinner..(kalau duk sorang dulu 6.30pm aku dah dinner)..after dinner rehat2 tengok tv pastu tido..camtu la everyday.kadang2 petang balik keje hubby ajak kuar.sepanjang sebulan ni mmg asyik berjalan jer..semalam boleh pulak kitaorang gi KL..semata2 nak ambik brg.hubby aku suka beli2 barang online.so nak tak nak kena ikut la mana dia pegi drpada duk sorng2 kat umah kan??bukan setakat weekend.kdg2 weekdays pun sama.selalunya balik2 jer memang terus dummm atas katil..zzzzzz..

>>>bab makan so far senang jer uruskan en suami ni.asalkan masak kuah2 merah kat dia dah cukup selera dah dia makan.tak kisahla sambal ikan/sotong/udang/ikan bilis/ayam semua ok jer pada dia.tapi kadang-kadang ada gak dia request benda lain kalau dah tiba time mengidam dia..spagetti/kuewtiow bandung/kuewtiow kungfu/bihun tomyam/mee goreng basah..setakat ni tu la yang dia request.alhamdulillah ada bahannya memang on the spot la aku siapkan.

>>>pendek kata bila berdua lebih baik kan??naknyer bila pregnant..malam2 kalau rasa tak selesa tidur ada orang urut2 belakang..nak mengadu ape2 pun dah ada depan mata..serba serbi bersama....yg lg bestnya bila dah duk sama ni account aku tak terusik pun.everyday ada orang bagi duit belanja.padahal tak belanja pun.dah lunch pun sama2..petang pulak balik umah terus.takde dah nak ronda2 sorang2..so duit memang tak terusikla..dah lama jugak aku tak draw duit kat atm..kalau gi jalan2,nak shopping ada orang bayar..yg ni memang i LIKE!!!..hehehe..tp bab berbelanja ni aku jd takut bila tengok hubby belanja.asal tengok barang berkenan jer terus beli.aku pulak takut duit dia habis..yela kalau dah barang tu harga beratus sayang plak duit..barang dapur dah sah2 RM250++..belum bab lain..


ape-ape pun aku syukur dengan kurniaan Allah and rezeki yang Allah bagi kat kami.walaupun tak semewah cam anak raja tapi kami boleh hidup selesa..makan pakai semua cukup.semoga rezeki yang Allah bagi ni akan berkekalan and bertambah2..amiiinnnn..

 dan semoga hubungan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat..nak camni sampai bila-bila..

..monthly check up..

fuhhhh baru boleh bernafas dengan leganya hari ni..dah settle dah semua keje2 berkaitan preBOE..kalau tak everyday balik pukul 6 nak menyiapkan dokumen and report pasal meeting tu..
tapi semalam aku escape keje..hihihi..mula-mula ingat pas kuar nak gi klinik pastu nak masuk balik tapi dah tak berdaya..ambik MC jer la

semalam gi klinik..cam biasa la every month nak kena gi check up..ikut appointment pukul 8 tapi my driver a.k.a en husband takmo gi awal-awal.pukul 8.30 baru gi..sekarang ni check up dah ada orang teman..dulu-dulu sorang2 jer la aku terkontang kanting kat klinik.bila sampai klinik mak aiiiiii ramai gilo orang.sampai tak cukup seat nak duduk..8.40 sampai dekat pukul 10.15 baru panggil nama aku untuk timbang berat and blood pressure..berat naik 2kg!!!haaa ambik ko.before ni tak naik dengan jayanya.ni naik 2 kg.en husband kata ni mesti naik kat bontot.badan tak naik sgt pun.

after that gi buat urin test and ambik darah..part ni aku tak suka.ntahla bila bab nak pee pee ni aku tak suka kat sini.toilet dia sgtla tak memuaskan hati.dgn pintu takde kunci..paip takde..ikutkan ni klinik besar daerah ni.tp facilities cam hampeh.better kampar lagi..nak ikut sistematik,lagi sistematik kat kampar lg...kalau weight scale tu pakai yg jenis lama punya.canggih lagi kat shopping complex..kalau mesin check darah tu pun kalau kat kampar pakai digital yang ni kuar result pakai graph punya...kertas dia punya la besor..kalau before ni kat KK kampar result darah tu print and tampal kt buku pink tu.kalau kat sini dah besar kertasnya diaorg rekod jer ape yang penting then kertas tu buang..

result dr ambik darah tu aku punya Hb turun..start last month aku dah try consume benda ni

everyday aku makan.so far tak miss lagi.sebab bulan lepas 10.1 jer Hb aku..kali ni naik 10.3 jer..still tak mencapai standard..iron tablet pun dah makan..tapi kdg2 terlupa skip jugak.disebabkan masalah Hb ni lama la kena ceramah dgn nurse kat situ..kata cara aku makan tak betul..

cara pemakanan yang betul, untuk iron tablet makan sebaik bangun tidur either 1 biji or 2 biji.disebabkan aku punya rendah dia suruh aku makan 2biji..vit-C pun makan sekali.minum ngan air suam or juice.kalau takde juice perah limau kasturi+air suam..bagi cepat meresap..yang ni mmg aku buatla..everyday bangun pagi tu..after 2 jam baru breakfast..then baru makan pil folic acid,b-komplex and calcium..yang ni kadang2 tak sampai 2 jam aku dah breakfast..bangun pagi 6.20am-breakfast pukul 7.30am..mmg la tak smpai 2 jam.ate aku breakfast kat umah before gi keje.kalau masuk keje pukul 8am mmg tak smpatla nak tunggu 2 jam.nak makan kat office cam malas..breakfast ngan hubby kat umah lg feel..sebab tu kot dia tak meresap sangat..

kali ni kena makan iron tablet tu 2biji pagi and 2 biji petang..pastu kena makan hati,kerang and ape2 jer yang boleh tambah darah..terpaksala.nak buat camner.demi si kecik ni..next month harap2 ok..

pastu kena cucuk kancing gigi..sengal-sengal jer rasa tangan ni..masa kat bilik suntikan tu ada akak sorang ni dia punya due date sama ngan aku.dia terkejut tgk perut aku yg comel ni..dia cakap keciknya..yela compare ngan dia mmg jauh la beza.pandang 2 3 orang yang tunggu giliran nak cucuk tu perut semua bulat2.aku jer yang nampak tak nampak sgt..aku senyum jer la..tak normal kah perut camni???tapi doktor check semua ok..tinggi rahim pun ikut yang sepatutnya..cakap kat en husband dia pulak terkejut kata kecik.yela kat umah kalau aku pakai baju tidur memang nampakla booolatnya.ni maybe baju yang aku pakai tu cover my keboooolaaaatan perut..

next month kena datang 2 kali pulak..16/11/10..a day before raya haji..baru ingat nak blk kg..cuti terus dari jumaat sampai raya haji.tp dah kena check up plak..pastu 23/11/10..yang ni nak kena scan..16/11 tu ramai sgt so dia postpone date aku 1 week later.sabar jer la.

Saturday, October 9, 2010

..23 minggu..

kejap jer dah 23 minggu..lagi berapa hari nak masuk 6 bulan..sekarang ni terasa sangat baby aktif bergerak..

 ni gambar masa 22 weeks..tak nampak sangat lagi perut

kalau ikut info pregnancy during 23weeks ni:-
  • baby dah boleh dengar suara-suara..so boleh la sembang-sembang dengan baby..elok amalkan baca "ya rashid" sebanyak mana yang boleh time masa terluang dan usap perut2..mak cakap mudah-mudahan anak bijak..
  • then boleh main kan muzik2 yang boleh memperkembangkan otak baby..ada jual kat pasaran muzik khas untuk prgnant woman..hari tu ada jumpa..tapi kalau kita as muslim perdengarkan bacaan ayat suci quran lagi baguskan.seeloknya bertadarus bersama hubby..
  • berat baby time ni lebih kurang 455gm..dan panjangnya lebih kurang 20cm..ni aku tak check lagi..weekend ni maybe.berat maknyer pulak bertambah 5.5kg ker 6.8kg..aku punya berat tak naik pulak camtu..naik so far 2 kg jer..normal ker tak ntahla..
  • Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik.tak sabar pulak nak tengok.   
lain2 info boleh search kat internet kan??cam malas plak nak taip panjang2..

~~enjoy our pregnancy moment!!the best moment in the whole world~~

Friday, October 8, 2010

boy ker girl???

hr ni mood nak mengupdate cam baik jer..
kali ni nak main teka-teki..yela dah kata nak gi scan gender our chenta hati kan so best gak kalau main teka-teka ni..just for fun.tak boleh gak nak percaya 100%..



BOY or GIRL???


Tanda baby boy>>>
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.-ooo tidak.aku morning sickness agak teruk gak masa 1st trimester (NO)
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit- last scan dengar jantung baby 152/min.so jawapan for this is NO.
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh- camner tu ek??tak rasa sgt beban pun.ke stil techik lagi pewutt ni??
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna - ada ker bulat tak sempurna???lonjong u mean??emm tgk cam booolat jer.answer for this Not so sure..
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap-emm aaah la..ada. (YES)
  • Bentuk perut condong ke arah bawah - tak pasti la condong camner.
  • Sukakan makanan yang masam dan masin - tak sukerrrrr...sampaikan mak and abah aku pelik tgk aku tak suka mempelam muda cam orang lain pregnant.abah siap beli buah kedondong tapi last2 diorang yang makan.. sebarang asam-asam pun aku tak makan. (NO)
  • Suka makan daging dan keju - memang suka walaupun tak pregnant. (YES)
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk - sejuk kalau duk lama2 kat aircond and malam2..kalau siang kadang2 jer..( NO)
  • Tangan selalu kekeringan- takde pulak problem ni.(NO)
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur-utara selatan pun aku tak tau dalam bilik tidur kitaorang tu..
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.- tengok cam sama jer.tak pulak naik berat badan hubby.(NO)
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil - emm not so sure.tapi ramai yang kata muka aku nampak berseri2 sikit time pregnant..hehhehe perasan.tapi rasa cam sama jer..(YES)
  • Hidung tampak lebih mekar- mekar??mean kembang  kah??hahahhaha dah nama hidung melayu memang jambu la..
  • Selalu sakit kepala- ooo tidak.(NO).
kesimpulan for this sign>>>  YES=  3/15   NO= 7/15    NOT SO SURE= 5/15


Tanda baby girl>>>
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan - YES..sangat la azab time tu.
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung- emm tak pasti rasa berat ke dak.tapi kalau dah dapat duduk tu memang kalau boleh takmo bangun dah.
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan- ala ni lupa nak check.tapi kalau tak pregnant pun belah kiri lagi besar. (YES)
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya- cam sama jer.takde pun perang2 pun.(NO).
  • Bentuk perut condong ke arah atas- hehehe tak pasti la camner condongnya tu.
  • Perut tampak agak lonjong- ni pun tak reti nak tengok.
  • Mengidam makanan yang manis- ooo YES.cake,ice cream boleh kata nak sokmo.ice cream memang sentiasa ada stok kat dalam peti ais.kalau keluar plak mesti nak sundae McD.
  • Sukakan buah-buahan- ni pun sama.since pregnant suka  sgt buah.yang selalu duk makan buah lai,apple,grape(yang ni nak hari2)..and orange.tembikai pun suka gak.(YES)
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam- sukerrrrr sangat.twister orange or fresh juice orange. bukan me sorang jer.hubby pun sma.(YES).
  • Anda lebih cerewet semasa hamil- tak pregnant pun aku cerewet gak. YES
  • Mudah moody berbanding sebelumnya- tak dinafikan..mula-mula duk ngan hubby memang agak moody jer.jgnla buat salah sikit.mula aku nak tersentap.(YES)
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil - so far takde masalah..(NO)
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya - aku makan jer.tak pulak memilih.membazir jer. NO
  • Payudara kelihatan mengembang - tak pasti la pulak..
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur - ni pun aku tak tau arah mana selatan dalam bilik tidur kami.nak kena tgk compass la jawabnya.
jom kira berapa markah keseluruhan.. YES= 7/ 15   NO= 3/15  NOT SO SURE = 5/15..

.................................
so ape kesimpulannya ek??kalau ikut markah GIRL yang banyak kan??betul ker GIRL si techik kat dalam perut mama ni??
takpela nanti dah scan boleh tau ape gendernya yer.kalau tak tunggu jer la lagi beberapa bulan.masa tu confirm.hahahha

update gitu gitu jer.

nak update ape pun tak tau..

ooo yer..semalam ambik MIL kat LCCT..so sampai hari isnin ni my MIL ada kt umah kitaorang..hehehehe.cuak plak.selalu aku balik kampung jer baru jumpa MIL.ni MIL pulak datang sini..katanya nak jalan umah pullah..(nick name my husband)..nervous semacam pulak rasa..semalam mak tido umah kakak ipar dulu kat puchong since aku and hubby keje hari ni.malam karang baru nak gi ambik lepas kenduri maksu nah kat putrajaya...so malam tadi dah plan nak bawak mak gi mana during weekend ni..ala korang pun boleh agak kan kalau dah duk sini mana lagi nak bawak kalau bukan Nilai 3..boleh kata every week jugak kitaorang gi situ.ada jer benda nak dibeli nak memenuhkan umah..carpet la,tikar buluh la..hiasan dinding la..tu hubby la punya projek.yang aku pulak asal pegi sana tak 3-4 helai tudung tak sah.

bila MIL dah ada kat sini aku mula duk fikir ape yer nak masak sepanjang mak kat sini..emmm pening gak tu.yela bkn pandai masak sgt.kang tak sedap naya jer..even mak tak cerewet mana tp 1st time dtg umah menantu sure nervous gak..bila cakap kat hubby dia cakap ok jer aku masak.marvelous!yo yo o jer la tu.ikut tekak dia ok la..kang kalau tak kena selera mak camner???kalau parent aku,aku taula ape yang mak and abah suka..ni bila tnya kat hubby ape mak suka,dia cakap mak dia tak kisah pun.makan jer ape pun..emm tak kisah ker tak tau aku pun tak sure anak dia ni tau ke dak pasal taste mak dia..

so far sepanjang stay together ni boleh kata everyday hubby yang decide nak makan ape.nanti aku masak jer..bila dia nak makan ape2 mula la ayat membodek dia.."yang..abang rasa cam mengidam nak makan kuewtiow bandung la"..ni ayat dia malam rabu hari tu..bukak peti ais tgk bahan2 semua ada boleh la buat on the spot.kalau takde postpone la jawabnya..see sape yang sebenarnya pregnant ni?kalau tgk perut,perut aku yang kembung semacam.perut hubby leper jer..tapi bab mengidam dia pulak yang lebih..

weekend ni hubby ajak gi scan our chenta hati..hubby tak sabar2 nak tau gender our chenta hati..harap2 si kechik ni bagi kerjasama la kat doktor nanti yer.tak mo nyorok2..dah 2 kali buat tapi still tak nampak2 lagi.pada aku tak kisah boy or girl janji dia sihat.hubby pulak beriya nak tau gender.dia ckp senang nak shopping barang2 si kechik ni and nak cari nama.emmm nampak gaya kena angkut MIL sekali la kot..hajat di hati nak buat 3D scan..tapi klinik2 yang pn ciare suggest semua kena buat during opis hour.so tak tau la dapat ke tak scan 3D sabtu ni..tak dpat buat 3D buat 2D dlu pun takpe kot..nanti boleh gi senawang cam yang ann suggest kan.

ish panjang plak celotehnya.dari tak tau nak update tadi dah berjela jadinya..okla nanti2 update pulak yer.
daaaa..cau cin cau..

nak kena masuk bilik fail pulak..emm malasnyer la.nak mengadap fail yang bertimbun-timbun tu.fening fening!..

Tuesday, October 5, 2010

seronoknya..

seronoknya bila dapat balik kampung..terubat dah rasa homesick tu.hilang sikit rindu pada mak,abah,adik-adik dan juga pada katil empuk kat kampung..mujur hubby tak busy boleh la balik.kebetulan mak ada buat kenduri doa selamat and bacaan yaasin sempena adik aku nak ambik SPM bln depan..

makcik2 pun ramai gak yang turun padang..semua gotong royong..kitaorang sampai umah mak sabtu malam dalam pukul 10pm.sampai2 jer terus turun padang tolong isi telur and kerepek untuk letak dalam goodie bags.goodie bags tu aku import dari nilai 3 ni haa..rambang mata betul masa membeli brg2 tu..tak tau nak pilih.then decide ambik the latest design.kebetulan ada offer.so beli la..tapi lupa plak nak snap gambar goodie bags tu..malam tu dah rasa cam kenduri kahwin dah..yela selalu malam2 kan orang packing goodie bags tu..susun dalam bakul.ni baru kenduri doa selamat..belum kenduri besar lagi..

esoknya dalam pkul 11am start bacaan yaasin...berbotol2 la air mineral duk kat tengah2 bulatan.rasanya bkan untuk minum jer nak buat mandi pun boleh.after baca yaasin baru sesi makan2.
 sebahagian tetamu..

menu lunch hari tu >>gulai lemak udang+nenas,sambal tumis petai,ayam goreng rempah,ulam2,sambal belacan,buah2 cicah asam..

lepak2 dalam umah after baca yaasin..
 
opppsss tak ketinggalan kami suami isteri in yellow theme..ramai betul orang kata perut aku kecik.tak nampak cam prgnant.ishhh betul ke??tp check up so far everything ok..berat bb jer  yg naik.maknya still maintain.


selesai kenduri sesi kemas mengemas..aku pulak sambung meratah ayam.then boleh plak aku tidur..sedar2 orang duk panggil nama aku..hihihi kuar bilik buat muka seposen..

pasni 4/12 pulak kenduri..kenduri sunat my cousins and kenduri untuk aku sekali..

ish ish ish...

bila dah ada menatang ni habiskan masa berejam-jam dengan dia pun takpe ek??
tu la yang jd hobby terbaru my husband.
yang paling tak bestnya sampaikan gi shopping pun dia duk sibuk melayan menatang ni.duk sibuk dengan bisness dia.sibuk reply email customer.sabar jer la.bila aku tanya 
"abang..tudung ni ok tak???"
dia cakap ok.cantik.padahal tengok pun tak..
last2 aku rampas masuk balik dalam handbag aku.
puas hati!now concentrate dengan acara shopping yer.

kalau time lepak2 depan tv pun sama.dia bukak chanel tu.konon nak tengok.padahal tak tengok pun.duk belek menatang tu.bila aku tukar dia cakap "ala..abang nak tengok citer ni"..
camner tu???
hai sabar jer la..
tu seminggu lepas dapat la..
la ni dah kurang dah.tapi still duk belek2 gakla..tp at least i get my husband back.dah ada la orang nak dengar aku mengomel tiap2 petang2..dah adala orang nak main2 rambut and picit2 kaki aku..
kalau terus menerus dia buat camtu memang aku lancarkan mogok la..
biasala benda baru kan??mula nak belek itu ini..
sabar jer la

Monday, October 4, 2010

zaman dolu dolu..

dulu-dulu time kecik-kecik apa ek favourite mainan korang??aku rasa semua dulu ada main imagine2 watak2 dewasa..tinggi sungguh daya imaginasi zaman kanak2..ada tak korang main cikgu2??main bos2??aku dlu suka la main benda2 tu..selain main toys and barbie doll..kalau main cikgu-cikgu abah aku memang siap ada beli blackboard kecik and kapur.dulu kan time kecik2 kita pakai papan hitam dengan kapur.bukan cam sekarang pakai whiteboard ngan marker pen..pastu aku selalu la duk berangan aku ni cikgu.pegang pembaris panjang,berdiri depan papan hitam tu.pastu tulis something kat papan hitam then suruh ntah sape2 sebut.aku main sorang pun menjadi tau.kadang2 ada la kawan2 yang duk satu kuarters join sama.kadang mak aku pun tolong jadi anak murid.siap marah2 anak murid.suruh berdiri jawab soalan.kalau salah rotan tapak tangan..


kalau main bos2 pulak,bekas pensil cam gini selalu la aku imagine jadik komputer.duk tekan2..pastu sign kat kertas.kunun2 sign dokumen.ish lawak2..
korang mesti ada bekas pensil cam gini dulu kan???

tapi serius aku dulu siap pasang angan-angan nak keje duk dalam ofis.siapkan dokumen itu ini..taip itu ini..dan sekarang ape yang aku nak tu tercapai la jugak..baru aku rasa camner keje2 admin ni.yela before ni aku keje uruskan berkaitan lab jer.takde kena mengena nak uruskan gaji orang,buat offer letter,taip minute meeting..haa sekarang ni dah merasa la dah.last week dari pagi sampai petang duk mengadap komputer taip nama students..pastu buat surat..tak sempat nak say hai hai bye bye pun dengan orang lain..

so far aku suka dengan keje sekarang ni.yela ape yang aku imagine dulu-dulu tu tercapai la jugak.walaupun sementara tapi at least aku merasa la buat secara official benda yang aku duk imagine kecik-kecik dulu...