Thursday, June 30, 2011

..bee zee...

Rindu nk coret2 kat sini tp 2 3 hari ni tersangatla busy..ke hulur ke hilir..nak buat schedule entry pun tak sempat..tp rindu nak jenguk blog kawan-kawan tu yg lebih.tak sempat la uolls.mesti dh miss citer uolls.takpe nanti i marathon baca blog uolls.ok daaa sampai sini dulu..ni pun i update dari atas katil jer..nite uolls

Tuesday, June 28, 2011

..baiti jannati..

Alhamdulillah..Allah permudahkan semua proses..paling cepat awal puasa boleh masuk dah..tapi takkan nak pindah masa bulan puasa??huh mau semput nak mengangkat barang..plg lewat lepas raya semua proses siap..harap-harap la..

Before ni aku ada publish entry ni kan?en suami buat surprise tgk rumah kat Bandar Enstek..tp malangnya bila dah nak bayar deposit rumah tu owner tetiba cakap tak jadi jual..owner tu cakap sorry sangat-sangat sebab adik dia nak beli..ok.fine.tak la frust sangat sebab masa tu aku pun tak la sepenuh hati nk duk sana.jauh sikit dari pekan.tp dkt dgn KLIA..dekat la sikit ngan tempat keje en suami..masalahnyer klu nak shopping ape-ape brg,nak g bank ke nak tak nak kena pegi Bandar Baru Nilai gak tempat yang aku sewa sekarang..kelebihan rumah tu dah siap renovate dapur.kitchen cabinet semua dah bulid in.so dah save cost kat situ.tp nak kena extra cost untuk tukar tiles..

Tapi betulla ape FIL aku selalu cakap..”kita rasa benda tu baik untuk kita,tapi sebenarnya ada yang lebih baik dari tu”..seminggu lepas cancel tu jalan2 kat Acasia Park.saja ronda-ronda bawak Danial..then terberkenan kat satu rumah ni..deal dgn agen.nak tgk rumah..

front view..
  sementara tunggu Mr.Michael.

Terpikat sudaaaah..lagi besar+luas..yang ni aku tak banyak complaint sebab aku memang suka duk kat BBN ni..semua dekat..Tesco,Giant,klinik,bank..shoplot depan jer..nak beriadah pun dekat..ada Dataran Nilai..
maksudnyer ada la tempat nak terapi diri kalau taknak gi jauh2..

Lepas kes pertama tu dah takde dah main tangguh2..bila dah berkenan esoknyer discuss and nego pasal harga rumah terus bayar booking..RM1k dulu since hari ahad mana nak bukak bank.esoknyer baru bagi balance 3% deposit..huh sayang bila tengok duit akaun bersama kami terus susut..tapi nak buat camner.untuk memiliki sesuatu kita terpaksa kehilangan sesuatu..kan??so sekarang ni tengah tunggu proses dari bank.kena buat loan la kan.tak mampu der nak beli rumah bayar cash..kalau dah loan tu jawabnyer tanggung hutangler..

 Danial asyik tgk abahnyer jer..3 hari tak jumpa yer..

And hari ahad lepas gi booking furniture..mula-mula nak settle balance payment untuk bedroom set for guest room..(kami baru nak set up guest room.sian kat mak,abah,adik-adik bila datang sini tidur atas tilam jer).ikutkan isnin semalam diorang nak hantar dah.tapi bila gi kat situ ada offer barang lain pulak.tertambah la furniture lain.jawabnyer lagi 2 minggu baru diorang hantar pulak..rumah yang skrg ni serius mmg basic jer perkakas dlm rumah kitaorang.sebabnya plan asal nak duk kejap jer kat sini.jadi kena limit la barang yg ada.tapi tak sangka akan ter’stay’ lama kat bumi Nilai ni..ni baru nak merasa duit susut beli kelengkapan rumah..tapi still minimum..sekadar termampu jer.tu pun kalau ada sale..

pasni kena saving untuk renovate and deko2..first thing nak bodek en suami renovate dapur..buh kitchen kabinet.yg lain2 kemudian..hihihi


Monday, June 27, 2011

..hadiah kahwin yang tak pernah pakai..

pagi semalam mood rajin berganda.terlebih rajin.excited kot en suami nak balik..clear+licin habuk-habuk kat umah ni aku lap.kot yer..bilik yang letak kotak-kotak barang aka stor pun aku kemas..sambil kemas sambil main cak-cak dengan Danial..

masa kemas-kemas tu terjumpa satu kotak yang aku letak benda kecik-kecik.cam accessories,getah rambut,cermin,ubat..then ternampak bekas baldu warna merah..
baru teringat.hadiah kahwin dari pak ude.
pakude tempah special for me.

mutiara sabah

bila ntah nak pakai..sayang pulak biar camni jer.
pakai sajer2 jer la beregek kat umah yer dak??

..happy for them..

sekarang ni bila dengar member2 or sedara2 pregnant aku yang ter'excited' sama..
macam la aku yang pregnant.tapi serius rasa keterujaan tu tak terkata..dapat rasa camner aku mula-mula tau preggy dulu.
EXCITED..SYUKUR..
.
.
mula-mula ni tau kak ipar pregnant anak ke-3..punyala dia simpan rahsia.dah 5bulan baru bagitau.tu pun bila perasan perut dia lain macam.badan kecik and perut pun comei jer tu yang tak perasan sangat masa mula-mula..due seminggu sebelum raya..hoyey!!Danial ada geng sekolah nanti.sama tahun lahir.
pastu tau-tau cam nak dapat baby girl.lagi la aku tumpang seronok.sebab kaklong memang nak sangat baby girl.dia dah ada 2 hero.mesti la nak merasa gegirl pulak kan..

 abang Adam(pakai baju biru) tak heran sangat nak dapat adik..abang Asyraf yang seronok sangat nak dapat adik..tapi kalau datang umah ni berebut pulak nak bawak balik adik Danial..nanti dah adik tak taula camner kaklong nak handle hero2 dia ni.
.
.
pastu tau my bff time UTM dulu,Che We preggy anak ke-2.
boleh pulak dia cakap terlajak..dia plan next year.sebab masa anak 1st caesar.
katanya at least tunggu 2 tahun baru pregnant balik..tp dah dapat awal takkan la nak tolak..tu semuakan rezeki Allah.

seronokla si aimi ni nanti nak dapat adik.jangan dia buli adik dia sudaaahh.
.
.
then my bff masa sekolah rendah..Dr.Nurul Afzan.

 yang berdiri sebelah aku tu..yang paling kiri sekali..gumukkknyer saya.gambar ni masa aku preggy 2 bulan..

my bff ni kahwin same year dgn aku.beza 3 bln jer.aku bln 9 dia bulan 12.tapi rezeki aku terawal sikit dari dia.before ni asyik merungut kat aku bila dia nak ada baby..
now alhamdulillah dapat jugak kan??
sekarang ni tengah alah+muntah+loya-loya..
emm kesian pulak.tapi normal la kan.semua tu kan rencah masa mengandung.bila baby dah lahir teringat-ingat la time muntah menonggeng..time tak larat.
semoga selamat semuanya..
due next year..jatuh awal feb..klu date sama dgn Danial boleh la celebrate birthday sama-sama..hihihihi
.
.
lagi sorang exhousemate kat Kampar dulu..
next month due.ni pun dah anak ke-2.advance ko kin.
rezeki2..feesya belum 2 tahun dah dapat adik.
seronoknyer..orang kata anak 1st and 2nd jgn jarak sangat..betul ker??
ape-ape pun semoga selamat la yer..
.
.
eh Aisywarya Rai pun mengandung gak kan??(tetiba jer)

Saturday, June 25, 2011

..abah..we miss u oledi..

baru jer satu malam en hasben takde kat umah.dah rasa semacam.rasa tak keruan..nak tidur pun tak boleh.duk terkelip-kelip la mata sorang-sorang.nak makan pun tak selera.
mujur la anak teruna kesayangan ada.tengok telatah dia tak la teringat sangat kat en suami.


tapi petang semalam sedih pulak tgk Danial bila dia cam menunggu abahnyer balik keje..asyik tengok kat pintu je.mesti dia tertanya-tanya "kenapa abah dia tak balik lagi??".."kenapa abah tak bawak dia gi playground petang semalam?"
selalu bila en suami balik keje..sembahyang asar then mesti bawak Danial jalan kat playground dekat dengan umah ni.semalam tunggu punya tunggu takde pun sape nak bawak dia g taman..ala siannyer..

 last sekali hisap jari jer la yer..

malam td punya jenuh nak tidokan dia..selalu lepas sembahyang isyak abah dia gomoi2 dengan dia..pas penat confirm tertido.tapi semalam haramm dia nak main dengan mama.mama pun sibuk nak tengok imam muda and maharaja lawak.lagi la dia tak nak.
tapi mujur abah danial ada call..
sempat la ber'face time' 10min
bising mulut dia cakap ngan abah dia..
ngadu ngan en suami kot..ke pelik tengok muka abah ada kat skrin..

malam ni lagi satu malam..esok en suami balik..hoyeay!!
petang ni nak gi dating ngan danial la.

bujang lapuk versi alaf 2000..

cayala sepah..memang dah jangka tak Sepah,Jozan akan menang.antara 2 tu jer..dan keputusan malam tadi memang seperti yang aku agak..no.4 Jambu..3 Nabil..Jozan no.2..dan juara SEPAH!!!!!big clap for them..
memang terbaekkk la wa cakap sama lu..tak sia-sia vote for them..

watak ala-ala 'ustazah Nor Baayah' tu memang fresh in my mind la..

tapi semua peserta pun best belaka..
Jozan- "begitula awan nano nano nano" dan Mael Lambung 
Nabil- The Lalats..
Jambu- Zila Bakarin..akhirnyer ketemu jua

diorang buat yang terbaik untuk merebut tahta MAHARAJA LAWAK..tapi semua tu atas voters jugak..kalau voters tak vote tak boleh menang gak..50% dari juri..
mula-mula ingat Jozan yang dapat jadi juara sebab diorang ni kan ramai peminat berbanding Sepah (rasanyalah). tapi maybe peminat Sepah makin bertambah ataupun markah daripada juri yang menyumbang kepada keputusan lebih memihak kepada Sepah. 
 
 tahniah la pada pemenang..kaya deme ni..
Sepah berjaya membawa pulang RM350,000, Jozan (RM250,000), Nabil (RM150,000) dan Jambu (RM50,000). Kalau nak dikira Nabil yang paling kaya dapat RM150,000 sorang-sorang dia je hehe..so girls out there ape lagi..gi ngorat bang bil cepat..

demam Maharaja Lawak dah tamat. next week tengok Salih Yaacob TV Show la pulak nampaknya. tapi sebelum tu mesti tengok final Imam Muda 2 dulu.teman sokong Imam Muda Hasan.ate orang negeri teman,teman sokong ler..lagipun dia kawan adik teman..

Friday, June 24, 2011

3D2N without him..

Baru jer lepas ber'face time' with hubby..sedih pulak kena tinggal berdua dengan Danial..tak pernah lagi duk berdua dengan Danial kat umah ni..selalu time en suami g keje jer.tu pun ptg dlm 5.30pm dh balik dah..hari ni sampai ahad bakal melalui hari2 without him..hope everything fine..Danial pun jangan meragam k..

Nampak gaya malam ni takde geng la nak gelak and komen2 masa tengok final maharaja lawak..alaaaaa..Danial la kena teman mama yer..

Thursday, June 23, 2011

..my birthday present..

citer basi!.dah seminggu dah my birthday hari ni baru nak update pasal birthday present tahun ni..

Actually birthday present tahun ni dapat terlebih awal dari yang sepatutnyer..2 minggu awal..i got two presents.kunun-kunun  satu dari en suami and satu dari danial.tapi danial mana ada sumber kewangan..takkan korek duit dalam akaun dia pulak kan??confirmla daripada bapaknyer jugak..

First..

yang ni beli sama-sama..memang dah tau en suami nak bagi handbag sebab banyak kali dia suruh pilih..macam-macam brand aku ushar tapi tak berkenan di hati.encik suami suruh ambik ELLE.tapi kebanyakkan handbag brand tu pattern dia yang keras tu.aku nak cari handbag yang besar sikit dr yang sedia ada sebab senang nak isi brg Danial and jenis lembut.cari punya cari dari Sunway Pyramid..Jusco IOI..jusco Seremban..semuanya takde.last sekali jumpa kat Parkson Seremban.
 .
.
Second
yang ni pulak unexpected present from him.padahal handphone elok jer lagi.tapi orang dah nak bagi kan so ambik jer la.
.
pandai en suami buat surprise..
the day tak ingat pulak bila tp yg pasti hari ahad..pagi tu melilau aku cari hp aku.dari bilik turun ke living room..tak jumpa pun.cari hp en suami pun tak jumpa.kalau hp dia ada boleh gak misscall..nak tanya en suami dia pulak sibuk buat taik mata lepas subuh..pantang hari minggu mesti nak sambung tido.sabao jer la
give up!geram pun ada sebab tak dapat nak sms mak.
.
.
tgh hari tu time tengah bersiap2 nak kuar tetiba bunyi hp.tapi pelik bunyi ringtones tu tak pernah dengar.dari almari pulak tu..
cari punya cari ada tersembunyi di sebalik baju..
tgk kat screen no en suami.tapi hp ni hp sape???
 hisssshhh..angkat jer la.
"hah dah jumpa pun"
.
tu jer yang dia cakap..
bila turun bawah baru la en suami bagitau ni "ur birthday present"..

Wednesday, June 22, 2011

WW@senyum dalam tido

mimpi apela awang cenonet ni??
sedap yer tido atas riba mama..
.
.
mama kena hargai masa-masa mama berdua dengan Danial..
lepas ni andai ada rezeki mama untuk bergelar pekerja mama dah kekurangan masa camni lagi dengan Danial..

..Contest by Ciare Baha:Priceless moment with my baby..

nak join contest ni!!

 kalau uoll nak join senang jer sila klik gambar di atas k..
hadiah dia sound interesting..
di taja oleh 


 so me nak pertaruhkan gambar yang ni la..
saat2 bersantai bersama2 Danial..
masa untuk dia explore his world..

 Nama baby: Muhammad Danial Zaffran b. Saifullah
Umur: 4 bulan++
Tarikh Lahir: 10/02/2011
Tempat Lahir: Hospital Putrajaya

Tuesday, June 21, 2011

Mak dh balik!

Senyap sunyi balik rumah ni..3 hari 2 malam mak and adik-adik spend time kat sini.malam tadi diorang balik dah..datang pun mengejut jer..mak cakap mak rindu kat Danial.abah la kesian.mak kata abah yang nak datang sangat.tp tak tau plak adik plan nak datang sini sabtu tu.kalau abah tau awal2 diorang nk dtg boleh la apply cuti awal2..ni pagi tu nak pegi br bgtau abah.tu pun kebetulan adik nak ambik barang-barang dia kat rumah maklong dptla mak tumpang 2 kaki.lepak2 kat sini..sempat gak la bawak mak and miza gi uptown Nilai and Nilai 3..kalau dah gi Nilai 3 tak memborong tak sah la kan?nama jer pompuan..Danial pun dapat habuan teman opah gi shopping..3pasang opah beli baju untuk Danial.minggu lepas balik kampung atok beli 2 pasang+opah beli sepasang baju untuk Danial..tapi mama simpan sepasang untuk raya nanti.taknak la pelasah semua

3 hari ni kecoh jer rasa rumah ni..Danial pun bising jer mulut dia bersembang dengan opah and uncle..bila opah dah balik nampak dia cam tercari-cari opahnya.bila tanya opah mana??melilau mata dia cari kelibat opah..sedihhhhhh pulak.serius lepas mak balik semalam aku jadi emo semacam.totally no mood.mata berair jer.tak tau bila pulak nak balik kg.before ni dah jd agenda wajib every month mesti blk kg.tp sekarang ni bla hubby dah handle projek baru dah susah nk ambik cuti.sabtu keje.so ahad jer yg free.nk blk sehari cam penat.kena tunggu public holiday jatuh hari sabtu or ahad la nampak gayanyer..


I really miss my parent!!!

Sunday, June 19, 2011

..selamat hari abah..

"happy father's day"..
to all fathers in the world 
especially to my beloved abah..
ABU BAKAR BIN ALIAS..
kakyong sayang abah..
you are the great father..
tak terbalas jasa abah membesarkan kakyong..

dan tak lupa jugak pada 
abah Danial..
danial wish 
"shelamat hari abah"
we love you so much!!!
.
.

dan my father in law..
SELAMAT HARI ABAH.

Friday, June 17, 2011

danial @ 4monts..

dah 4bulan 7 hari baru mama update pasal progress danial sepanjang 4 bulan..
sebelum mama lupa banyak pasal ape yang danial pandai baik mama update cepat-cepat.
kot-kotla one day nanti bila danial dah besar boleh la danial baca blog picisan mama ni..


  • berat terkini Danial 6.65kg..panjang pulak 65.5cm..BMI 16..everything ok.cuma naik sikit jer berat Danial bulan ni..500g jer.tapi graf naik jer.tak pernah turun or mendatar lagi graf danial setakat ni..alhamdulillah
  • Danial masih lagi ber"dating" ngan mama..syukur gak mama masih diberi rezeki untuk bf Danial..mama suka tengok muka Danial bila nak nenen..cam bersungguh-sungguh hisap..mama harap keputusan mama untuk tidak bekerja and jaga Danial sepenuh masa buat masa ni tak salah..walaupun dah 3 offer mama tolak.mudah-mudahan ape yang mama buat ni ada kebaikannya..bila mama and abah dah ready nak lepaskan Danial di bawah jagaan orang baru mama kerja..insyaAllah
  • Danial dah makin cekap meniarap.tapi duk pusing 360 darjah jerla..nak gerak ke depan or belakang belum lagi.asyik angkat2 montot jer nak tolak badan ke depan..kesian mama tengok.bila tak dapat gerak mula la merengek.cam geram..bila mama pusingkan balik Danial cuba lagi..sampaila Danial penat..then terbaring la kat atas tilam 'LV' tempat Danial golek-golek.
  • bila dah reti meniarap tu memang nak meniarap jer la.sampaikan bila tido pun nak meniarap gak..
  • Danial masih lagi berkongsi katil ngan mama and abah..and space Danial lagi besar dr mama and abah tau.kami terpaksa bersempit sebab Danial.tp takpela sayang mama and abah ok jer..tak pernah lagi mama tidokan Danial dalam cot Danial.sebab mama malas nak bangun-bangun bila malam-malam.kalau tido sebelah mama bila Danial nak nenen mama bagi jer sambil baring.senang kan??
  • genap jer Danial 4 bulan, Danial start masuk kaki dalam mulut!terkejut mama..sekarang ni pantang lepa memang Danial akan sumbat jari kaki kanan Danial dalam mulut...takmola macam tu sayang..
  • habit Danial yang satu ni mama dah tak tau nak buat camner..suka sangat masuk jari or ape2 dalam mulut..gatal gusi ker?mama bagi teether Danial tak nak pulak gigit.lagi sedap gigit jari tangan and kaki.kadang-kadang tu bila geram takut mama tengok..siap bunyi 'eeeeee' lagi.air liur?usah cakap la.confirm meleleh2 bila dah sumbat semua jari dalam mulut.
  • lagi satu mama perhatikan ngan mama Danial kurang nak gelak mengekek2..tapi kalau ngan abah bila abah panggil jer nama Danial terus gelak mengekek2..mama jeles!huhuhu..tapi kalau nak susu,nak tido and waktu malam baru Danial nak cari mama.waktu main Danial lebih suka main dengan abah.

ape lagi yer Danial??takpela cukup yang ni dulu buat masa ni.nanti bila mama ingat mama update lain..mama doakan Danial jadi anak yang soleh,bijak,sihat dan selalu menenangkan hati mama and abah..

WE LOVE YOU SO MUCH!!

..hana tajima versi danial..

padan muka danial..
kena buli ngan mama..
hahahaha
 ternganga terus mulut.
terkojut ker??
 sape suruh kacau mama time mama tgh lipat kain..

nampak ayu pulak bila danial pakai selendang..
hihihihi..

Thursday, June 16, 2011

..rentetan parcel semalam..

rentetan entry semalam..(klik sini yer)
.
.
memang amanah sungguh la aku ni.aku tak bukak tau parcel tu.
punyala sabar and tahan jer perasaan INGIN TAHU yang teramat tu..
dalam hati duk berteka teki..
ape la dalam kotak tu..
dalam sabar tu banyak kali gak text en suami
"ayang nak bukak boleh??"
tapi memang takdenye encik suami bagi.
.
.
ok sabar.tunggu sampai en suami balik.
.
.
bila dah balik tu confirm la aku paksa and over excited nak tau isi dalam kotak.tapi boleh pulak en suami main2.huh sabar jer la..
.
.
nak tau ape isi dlm tu??
.
.
.





















.
.
.
.
.
rajin korang scroll kan??
.
.
ni la bendanyer

iPad 2..
nak tunggu beli kat malaysia ni kena que..tu yang en suami beli direct from china.
memang before bukak kotak tu aku dah agak..tak iPad,mesti laptop..
.
.
emm nasibla dapat husband gila gadget..
tapi bolehla gak aku tumpang dua kaki..hihihi


..makin bertambah usia ku..

bertambah lagi satu angka hari ni..16/06/2011..genapla 27tahun..
ala tu sekadar nombor jer kan uolls???
hati masih jiwa remaja..
hahahaha perah santan sungguh la mama Danial ni..
taknak mengaku diri dah nak menjejak ke ambang 30an..
.
.
.
30an?????
oh noooooo!!!
cam tak berapa nak ready jer nak masuk alam 30an ni..
.
.
by the way..thanks a lot pada kawan2 and family yg wish through FB,sms,email,call.
thank u so much!!!!!.
.
thank u jugak to my lovely hubby..
the first person yang wish..
i'm touching uolls bila dia wish..
the way he talk..
ooo i'm falling in love again!!!!
 thank u for the presents..

ni 1st time my hubby wish face to face and ontime.tak pernah pun dlm sejarah hidup kami sepanjang kenal,dia wish face to face on my birthday..selalunya nak tunggu face to face bila weekend tu pun dah belated birthday..
tp alhamdulillah tahun ni dapat celebrate sama-sama ontime..
.
.

pagi2 td pukul 6.12am mak dah call to wish birthday..time tu aku mamai2 lagi tu.tak berapa nak dgr ape yang mak cakap...sorry ye mak.terima kasih..
.
.
THANK U ALLAH.
SYUKUR ALHAMDULILLAH..
kau masih beri aku peluang untuk menikmati hidup bersama orang yang aku sayang..

Wednesday, June 15, 2011

Sapekah gerangan “kumpulan Anonymous” tu ek??


Gempar!!!gara-gara ada satu "kumpulan anonymous" nak hack or nak godam laman web milik kerajaan.mula2 kumpulan ni dah ada bagi amaran nak melancarkan serangan dia esok kat website www.malaysia .gov.my..pukul 3.30pm..tapi hari ni dia dah start serangan..

Antara website gomen yang dah kena hack---> http://politeknik.gov.my/ . Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Before tu diorang hack http://www.tourmalaysia.com.my. tp ni bukan website government..
Siap ada tinggal mesej kat website tourMalaysia tu..

Hey Admin..
DragonForce Was Here
Shocked huh?
No worry..
More are coming soon…
Respect us! We inject the code.. We change your systems.. We crack your passwords.. We abuse your network..
Not because we hate.. But because we LIKE! Enjoy?

Sapela yer kumpulan ni??gara-gara nak protes tindakan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) menghalang akses kepada laman web file sharing then diorang buat camni..

..ape benda la ni??..

dari semalam encik suami suh tunggu orang DHL.
tunggu punya tunggu tengok-tengok tak jadi datang..
tadi call DHL..staff tu kata before twelve sampai..
.
.
.
tunggu tunggu dan terus menunggu dah sampai pukul 12.15pm pun tak sampai2 lagi..
pukul 1:30pm camtu
pin pin..
bunyi hon kat gate..
haaaa baru nak sampai van kuning ni..
.
.
.
mak aii beratnyer kotak..

ape benda lagi la encik suami beli ni??
from China plak tu..
kalau aku shopping online confirm kena ceramah free kalau en suami nampak ada parcel ape2..
kunun2 takut aku kena tipu la ape la..padahal so far alhamdulillah tak pernah la lagi kena tipu.sampai jer brg yang aku order.sejak dah ada danial lagi seronok shopping online brg2 budak kecik tu..
tapi kalau dia yang beli brg online aku tak bising pun..
emmmm ni ape benda la pulak yang dia beli???
.
.
.
rasa-rasa cam nak bukak jer kotak ni nak tengok isi dalam..
tapi karang kata tak amanah pulak..
tapi nak tau sangat isi dalam dia..
dah mintak izin..
tapi en suami kata "cannot open lor  "
.
.
kalau uolls, agak-agak uolls bukak tak barang yang di alamatkan atas nama husband uolls???

kenduri penutup cuti sekolah..

last weekend kami berkampung kat Sg.besar sempena kenduri berkhatan my cousin..syahmi..
sekali tengok mesti orang ingat kenduri kahwin..tapi dua kali tengok tak jumpa pelamin so bukanla kenduri kahwin..

lets layan gambar jerla ek..
.
.
.
 malam sebelum kenduri tu kitaorang celebrate birthday our family member yang lahir bulan June..opah (23/6),syafikah (7/6),miza (8/6),me (16/6) and ada gak yg takde..nina (13/6),paklang (5/6)
makandak tempah 3 biji kek..chocolate moist and blueberry cake..sedaaap sehingga licin..

 sesi potong cake
 kaum-kaum adam tak berapa layan sangat cake ni..diorang lagi feel sedut 'gearbox' and ratah sup tulang..
 sila beratur yer..
 en suami punyala kusyuk makan sampai tak perasan wife kat sebelah..
.
.
the next day barula kenduri meraikan pengantin kecik ni..

ni la pengantin kecik tu..tp takde pasangan
 kad jemputan..haaa kelasssss ko syahmi..berkhatan pun ada kad jemputan and tumbng sekor lembu..baru kenduri berkhatan tu kalau kahwin nanti mau pesta 7 hari 7 malam..

ada 6 khemah...tema coklat gold..seee sama tak macam knduri kahwin??aku kahwin pun tak pakai khemah gini sampai 6 buah..
 the food..kari daging,daging masak kicap,ayam goreng,ulam-ulaman,sambal belacan,sambal tempoyak,rojak buah,air oren..masyukkkkk wa cakap sama lu..sampai menjilat jari..
daging masak kicap and sambal tempoyak yang maklong buat memang terbaekkk..

 sebahagian tetamu
 makandak aka mak pengantin kecik and opah danial
  
 yang berbaju melayu coklat tu ayah pengantin..aka my pakandak
tukang jaga goodie bags..hihihi..siann penat yer..sampai baju pun tak sempat tukar lg time ni..
 ni pulak???artis untuk hari tu..hihihi..mama dia relak jer.sebb ramai dayang-dayang nak jaga dia..
 makcik-makcik danial..
 pakcik-pakcik danial
aunt Syaff
 opah long..
opah long's family
 ngan abah..time ni abah dah wangi..hihihi
 ngan mama..


danial dgn atok
dengan uncle..aka my brother..
 my mom and makcik-makcik..kecuali yang baju kelabu tu..

 pakude..
 dah ptg2 semua santai jer..

.
.
.
sangat enjoy and seronok dapat jumpa semua my big family..
tp bila nak balik tu mula la rasa sayu semacam jer..
bila plak nak kumpul2 camni???