Wednesday, March 31, 2010

..kena tag lagi..

nak melunaskan hutang tag pn eka ni...tu pun secara tak sengaja drop kt page eka then tengok2 ada tag for me...takpela jawab jer la.tp tak semua.ada gak yang kena sorok...tak boleh citer semua kat sini..perlu di tapis2..nanti habisla my secret terbongkar..naknyer benda2 yang hubby betul2 nak tau dr dlu lg..

  • first time jumpa with your hubby, bila and kat mana?
first time jumpa time matrik..hujung tahun 2002 kalau tak salah.tapi masa tu just tengok dari jauh jer..tp my hubby bagitau dia start 'ushar' aku lama dah.tapi tak pernah nak approach jer..sebab time matrik ada sorang praktikum mate aku ni mmg rapat gak nagn aku then disalah tafsirkan oleh my hubby..tp masa duk admire tu dia siap gunting2 gambar aku from majalah SEMETRIK lg.tu pun dia dapat dari kawan dia,faizul.faizul ni my schoolmate..kira diala yg bg jalan untuk dekatkan kami.
  • love at first sight?
maybe yup!!tengok dari jauh jer..tu pun bila dapat tau he admire me..perasan jap.sorry yer..i like his style.naknyer bila pakai shirt and neck tie..sooo gorgeous!!..(habisla perasan ma buussssyyyuk tu nanti kalau dia baca)masa tu dgn style rambutnya..waaa terpikat habisla.naknyer bila dia selak rambut dia..hohoho..yang lain2 secret la.nnt ma busyyyyukkk tu tau habis aku kena usik nanti
  • who is he when the first time you meet him?
mat penang!budak pandai.antara best student KMPP..jumpa betul2 masa dalam dewan KMPP.sebab duduk sama row..tu pun kak dal yg bgtau "tu la budak yang nak no hp dina tu??"....oooo rupa nyer same school ngan my room mate,kak dal.bila sembang time tu sekali ambik kau  dia kuar speaking penang pekat giler.hahaha..

  • how long it takes for him to ask you out of a date?
not sure how long..tapi masa mula kenal mmg tak pernah ajak kuar pn.kalau dia ajak pun confirm aku taknak.ye la takkan nak kuar berdua-duaan time tu.
  • first place dating?
i still remember our 1st time dating..masih segar dalam ingatan..masa ni dia buatkan diriku terjatuh cinta lagi sekali pada dia..shhhhhhhhhh habisla dia tau ni..
our first place dating is stulang..we go makan2 kat Delifrance..that day is a day before my birthday..15.6.200x..he celebrated my birthday on that nite..so touching..i love the way he treat me..tapi masa tu just fren.not more than that..eventhough i know his feeling but aku dah letak gap untuk bagi aku masa aku betul-betul kenal dia..

  • how he proposed?
on his birthday..but before that banyak benda dah dia bg hint..from his sms,phone call..sampaila on his birthday he ask me to be his special girlfren..and tanpa fikir pnjng aku just say Yes!!..masa tu aku dengar dia menjerit and suka sangat.look like dapat durian runtuh!!ishhhh ape daaaaa~~~..
  • special date with your hubby?
date??emmm banyak but yg plg special ofcos the day kami disatukan..termeterai ikatan suami isteri..25.09.09..mudah-mudahan kekal sampai ke akhir hayat
  • changes that he asked you to do?
hihihi..ada gak yg dia suh aku ubah sebaik bergelar isteri..first my dressing..dia dah taknak tgk aku pakai baju yang pendek2 atas punggung..suh pakai longgar2..pendek kata jaga pakaian and maruah suami..sebab dosanya dia yang tanggung..so far i'm try my best untuk jaga semua tu..tak susah mana pun bukan dia suh pakai jubah pun..

the latest he asked me to be fulltime housewife and stay with him..hohoho..yg ni agak berat nak dilaksanakan..tapi nak duduk sebumbung,cuma tang berenti keje tu yang kureng sikit..mungkin akan dipertimbangkan banyak kali...or find other alternative.sabar yer sayang ada rezekinya tak lama jer lagi..
  • what is about him that you love so much?
ermmm terlalu banyak..tak tersenarai kalau nak disenaraikan kat sini.i love everything about him..sooooo much!!!his smell..hihihi..suka~~~~amboiiii gatai no..

the most thing i like is ciri-ciri lelaki yang aku inginkan semua ada pada dia..
dari kecik lagi aku memang dah nekad nak cari suami yang ilmu agamanya lebih daripada aku..sembahyang terjaga..alhamdulillah so far sepanjang kami kenal and dah pun berkahwin aku tak pernah tengok my hubby abaikan solatnyer..malah setiap solat disertakan dengan solat sunat rawatib..solat sunat duha setiap hari..sesekali solat sunat di tgh malam..bukan nak memuji melambung cuma aku bersyukur sangat sebab aku dijodohkan dengan dia..yang kadang2 buatkan aku insaf and muhasabah diri..banyak benda yang sebelum ni aku jarang buat tapi bila berkahwin ada antaranya dah jadi amalan setiap hari..

  • what is about him that you wish he would like change?
ape erk???emmm nak dia tukar sikit tune suara tu kot..sebab kadang2 dia sembang cam biasa cuma nada tu aku rasa cam marah pulak..mula-mula dulu mmg bnyk terasa bab2 macam ni..tapi lama2 dah imune dh.cuma kdg2 jer..sebab dah mmg style gitu kot penang man ni..

  •  you will lose your mine and crack your head when he?
when he start berlakon drama sebabak..yg sadis2.i hate it..tak suka..tapi dia suka sangat buat dialog2 bagi air mata ni mengalir cam air terjun..ishhhhhhhhhhh geram..saja nak uji wife dia la tu..i hate his dialog "andai kata la umur abang tak panjang..ayang jaga diri ayang elok-elok yer"....????? lebih2 lagi kalau time sesi salam-salam before tido or pas sembhyang..dh tau aku tak suka tapi yang tu jugak dia selalu buat..kdg2 bila sembang dlm telefon pn suka ulang ayat tu..eeeeee...aku tau ajal maut di tangan Allah tapi aku berdoa moga jodoh kami berkekalan sampai ke tua..andai rezeki kami murah punya zuriat sendiri biarla kami sempat melihat anak-anak membesar..
  • you will smile through your eyes for the whole day when he?
when he make sumthing special for me..soooo touching..and we do everything together.kadang2 dari cara dia tau dia tak pandai buat keje2 tu semua tapi he try to do it..i know he try to make me happy..caaaayannnng awk..nnt improve lg yer sayang especially ur cooking skill..hihihi
  • complete below sentences 'my love towards my hubby is as big as..'
just to complete the sentences" my love towards my hubby is as big as the sun" but no words can't describe how much i love him..he is the only one in my life.waaa pengakuan berani ni..

  • nak pass tag ni kepada siapa?
hahaha aku nak sangat tau cinta gelap minah ni..mau secret sama gue yer..
dear syaf pls do this task k..but make sure you finished ur assignment first k..

..jemu..

korang pernah tak rasa jemu makan nasi??lately aku cam terpaksa rela jer jamah nasi ni..kadang-kadang tu macam sumbat jer kat mulut sebab fikir tak makan kang takde tenaga pulak.takut gastrik aku plak yang datang.aku selalu kena sindrom ni.rasa jemu pada nasi walaupun nasi tu makanan asasi kita orang melayu ni.pernah 2 tahun lepas sepanjang bulan puasa aku tak sentuh nasi langsung..sebulan.dalam sebulan tu adala 2 3 kali jer makan nasi.tu pun dalam beberapa sudu jer.serius tak lalu nak makan.

tapi bukanla tak makan langsung.aku gantikan karbohidrat tu ngan mee or bihun..selalunya time tak lalu nak makan nasi tu bihun tomyam or bihun supla feveret aku..kadang-kadang jer aku masak kuewtiow kungfu or kuew tiow ladna..jadi memang 1 pack bihun tu akan masuk la dalam list barang dapur bulanan aku.

sekarang ni sindrom tu jadi lagi..malam tadi disebabkan ketaklaluan nak menjamu perut ni ngan nasi and tengok ada buah2 dalam peti ais tu aku pun buat la fruit salad..



(buah anggur merah,anggur hijau,limau,pear,apple hijau..kiwi jer takde..kalau buah kiwi ada lagi sodap..gaulkan dengan yogurt..)

nyum nyum..melantak sorang-sorang kat depan tv.
housemate aku pulak tak boleh tak makan nasi sehari.dia makan nasi aku makan la benda ni..jangan kata aku diet pulak..hihihi tapi menu ni memang bagusla untuk nak berdiet.kalau tiap-tiap malam aku camni mau kurang kot berat badan aku..hihihi

Tuesday, March 30, 2010

..perihal interview..

maybe ada yang dah tau kot last friday aku ada interview..
jawatan: Pegawai Sains (Fizik) C41. Kementerian Kesihatan Malaysia.

pagi jumaat tu seawal 7 pagi dah sampai dah parking lot dekat ngan SPA Jalan Cenderasari tu.breakfast dulu.around 7.30 baru gerak ke bangunan SPA..dup dap dup dap tu usah nak cakap la.
sampai jer,guard tu suh naik 2nd floor ke bahagian pendaftaran nak serah segala mala sijil yang dah fotostat and ambik no.giliran..ramai gak candidate tapi untuk pelbagai jawatan.

pas dapat no giliran naik pulak tingkat 3 bilik N..emm kat situ jumpa pulak my junior time UTM..interview post yg sama gak ngan aku..tengok dia duk pulun baca..yg aku ni bawak gak note tp macam dah takde perasaan nak baca-baca ni.daripada pulun baca baik aku mententeramkan hati and jantung yang dup dap dup dap ni..ntahla lain betul rasanya kalau nak gi interview gomen ni nak bandingkan interview private company.

bila naik jer no 1303 aku masukla bilik tu..tengok2 En.Nik from HKL interviewer nya..aku kenal ngan en Nik ni masa time study dulu.dia Pegawai Sain Fizik kat HKL..
so far tak la sepayah yang aku fikirkan tapi takla kata aku confident lebih pulak..just berserah pada Allah..

ok ni antara soalan yang di tanya
dari orang SPA
  • dia tengok2 resume aku..'Ardina'..awak tau ape maksud nama awak??aku dengan condifen nye jawabla maksudnye "bumi kami"..susah gak nak sebut nama awak ni..ape yang boleh kami panggil awak?? aku jawab panggil saya Dina
  • can u describe about yourself..aku pun describe la ape2 yang patut..nama,asal,study kat mana...bla bla bla..sampaila aku cakap aku dah kahwin..time ni dia buat muka terkejut..dia ckp kat form SPA tu state single tiba-tiba aku cakap dah kahwin..pastu aku bgtaula yang i'm just married.dia senyum jer.tanya dah ada anak ker??aku jawabla takde rezeki lagi
  • pastu dia tanya, ok dina are u ready to interview??..aik??pelik plak rasanya yang tadi tu tanya macam-macam belum start lagi ker???emmm..aku jawab jer la.insyaAllah..i'm ready
  • ok..soalan pertama..what is your hobby?..
  • pastu dia tanya based on my resume..aku ada state jawatan-jawatan yang pernah disandang time sekolah sampai la uni..then dia bagi situasi and camner nak solve the problem..
  • next question pasal background family..camne aku lahir kat sarawak tup2 boleh duk kat sini pulak
dari En.Nik( orang KKM)
  • 1st question: ape tugas2 pegawai sains fizik..ok soalan ni aku rasa wajib ditanya kot.aku jawabla ape dia tugas2nya..
  • 2nd: kat malaysia ni kat mana selalunya ditempatkan pegawai sains fizik ni..aku jawabla kalau di bawah kementerian kesihatan di unit radioterapi,perubatan nuklear,unit pengimejan and diagnostik
  • 3rd: dia bagi situation: kalau sumber radioaktif tertumpah di lantai bagaimana kita nak bersihkannya??hohoho unexpected question.tapi mujur ingat-ingat lupa ape yang Prof Termizi ajar dulu..serius aku tak study langsung pasal ni nak gi interview..tapi bila balik umah aku check balik pasal ni mujur betul ape yang aku jawab
  • 4th: Sumber radioaktif ape yang biasa digunakan untuk radioterapi?ni pun aku jawab ape yang aku ingat jer
  • 5th:bahaya tak sumber radioaktif ni?kalau kena kat badan ape yang akan jadi?
pas jawab dengan jawapan yang aku sendiri tak pasti betul ke tak untuk soalan2 En Nik tu,pass to interviewer from SPA balik..
kali ni dia tanya ada tak ape-ape yang aku nak tanya
  • 1st question.aku tanya pada interviewer tu feedback diorang tentang interview aku tadi..En SPA tu jawab..so far ok..u do well preparation..bla bla bla..nampak gaya diorang bagi feedback yang bagus.tapi wallahualam belum tentu feedback yang bagus result pun bagus kan???
  • 2nd question: boleh tak saya nak tahu berapa kekosongan yang ada untuk pegawai sains fizik setakat ni?...En SPA tu jawab..sebenarnya kekosongan yang ada setakat ni ada 4 sahaja..yang datang untuk interview dari minggu lepas sampai ke hari ni ada 200 orang.jadi satu saingan sengit.bergantung pada rezeki...dalam hati aku..4 jer???tapi satu malaysia datang.
  • pastu dia cakap lagi so far saya tengok awak happy dengan kerja awak sekarang..dia tanya plak gaji aku bape??aku tak cakap pun exactly number gaji sekarang..nanti mesti jadi cam dulu.boleh plak dia kata gaji awak berganda lagi banyak dari gaji peg sains ni takkan awak nak keje ni..emmm ntahla.yang yer nye takde rezeki kan????
tu jer la yang ditanya masa interview tu..aku punyala pulun baca pasal MEB..sebab sekarang ni rasa isu tu yang sibuk disebut2..tapi satu pun tak ditanya berkaitan isu semasa.around 50 minint++ gak aku duk dalam bilik tu..emmm so far bila tau tak banyak kekosongan aku tak la mengharap sangat..tapi berdoala semoga ada rezeki untuk job ni..kalau tak dapat ada la kot hikmahnyer.

..turn 6..

cepatnyer masa.dh berganjak ke setengah tahun dah.lagi 6 bulan dah nak celebrate 1st year anniversary.tapi serius la tak terasa cam 6 bulan dah berkahwin dengan mr.hubby rasa cam baru jer.debaran time2 nak nikah tu pun masih segar dalam ingatan..penat lelah masa prepare hal-hal kahwin pun kadang-kadang terasa gak lagi..mood posing2 gambar kahwin pun ada lagi..hihihi

ape-ape pun makin bertambah usia perkahwinan
  • makin bertambah2 sayang pada si dia..
  • makin kenal benda-benda baik and buruk pasal dia
  • makin faham ape dia suka and ape yang dia tak suka..yang ni kena pandai-pandai la jangan buat benda yang dia tak suka
  • makin faham habit and perangai dia..hihihi ada gak yang buatkan diri ni terkezut..tp takpe. i always love u tak kisah camne sekalipun
dear my busssyuuukkk..hepi 6th month anniversary..love u 4EvA..


Monday, March 29, 2010

dapat award lagi...

musim bagi award kot sekarang ni..hihihi..kali ni award dari mommy to be..puan ariani. aka nani..
nak tau ape awardnyer???
.
.
tara
v
v
v

.
.
  • Thank the person that gave you the award
thanks yer nani..tak sabar nk tgk ur sechumel tu..semoga me cepat-cepatla berjangkit penyakit cam nani tu..hihihi

  • Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic
emm sape pulak kali ni nak di pass award ni ek..takpela kali ni tuan tanah kedaung ni nak kasi pada sape2 jer female blogger yang datang menyinggah kat sini..
korang ambik tau.

  • State 7 things about you.
  1. baru jer celebrate ngan en suami our 6th month anniversary ..suker sangat..
  2. hari ni dah 3 hari lewat datang kawan baik yang tak pernah miss menjenguk setiap bulan..adakah????takmo berharap..tatuuuutttt kejadian yang sama akan berulang
  3. manja*@*..ni my laling yang bgtau..tang mana yang manja pun aku tak sure.tapi aku suka dimanjakan..hahaha
  4. tak boleh berlekang ngan family walaupun dah berkahwin..kena take turn jumpa my abang 'hens' and ma parent
  5. sangat tak pandai nak control duit.tp tak pernah miss saving dalam ASB setiap bulan..walaupun tak banyak tp still ada.
  6. sangat suka menyakat and mengusik..kalau dapat sakat ma buussyukk tu lagi best..tapi takmo kalau dia start menyakat..tak sanggupppppp!!
  7. sangat rindu akan orang di sinun..walaupun dapat spend time sekejap jer during weekend semalam tapi sungguh bermakna buat me and ma buuusyyyyuk..cayang dia!!
____________________________
ok!habis dah.

Thursday, March 25, 2010

aWaRd!!

yeay!! dapat award..

thank you ryna..ni yang cayang ni..hikhikhik
sape nak award ni???angkat kaki..hahhaha..

ok kalau nak,kena selesaikan task ni yer..

[1]. Thank & link the person that gave you the award
....thanks ryna..nanti ada award lagi dont forget me ok..

[2]. Pass this award onto 20 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
....20???banyaknyer!!!
takpe..meh sini aku listkan sape 20 bloggers tu yer
  1. kak tash
  2. kak mar
  3. lady B
  4. ciare
  5. kiree
  6. quiyah
  7. kizz
  8. fasha
  9. Mrs.AGS
  10. put3
  11. anul
  12. sue
  13. linda
  14. pn.ana yang sweet
  15. dilla
  16. nani
  17. syaff
  18. nur_eimi
  19. eka
  20. reen
ok..puas hati dgn list ni???sape yang tak tersenarai tu jangan sedih-sedih yer..next time kalau ada award lg i pass kat u oll k..

[3]. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
baik..akan ku terjah blog mereka2 ini untuk di war-warkan award yg diorang dapat.

Wednesday, March 24, 2010

kejapppppp jer..

hati melonjak-lonjak untuk berblogging.menerjah blog kawan-kawan..dan semuanyer la..tapi apakan daya tak sempat nak buat semua tu..kadang-kadang pagi-pagi pun sempat check email yahoo and email rasmi jer..check kot2 ada meeting ke takde..selebihnya takde masa nak meronggeng-ronggeng di sini.
lagipun internet cam ngok ngek jer lately ni.lagi la rasa down jer nak bukak ape2 website..nak loading satu pun rasa mau setengah hari..so better i do my work.

lagipun hati nak berblogging tu cam tak sepenuh hati jer selagi tak lepas satu benda ni..insyaAllah lepas friday ni barula aktif semula berFB and berblogging..
insyaAllah this friday ada interview kat SPA jalan cenderasari..wish me luck yer..hopefully rezeki murah kali ni..amiiiiiinnnn..

orang-orang gomen..selalu interview kena tanya soalan ape ek??


Monday, March 22, 2010

20 update terkini-tag dari kiree

emm ape ek 20 citer terbaru pasal aku??tag ni dah lama dah kiree bg tapi aku tak publish2 lagi..jenuh gak nak fikir ape 20 citer terkini pasal tuan tanah kedaung ni..ok..ape dia 20 update nyer??

1.sudah hampir 6 bulan menjadi isteri..alhamdulillah
2.selama 6 bulan ni gakla berulang alik antara kampar-->penang, penang--->kampar or teluk intan---> penang
3. tengah planning untuk hidup sebumbung dalam masa 3 bulan lagi..insyaAllah kalau diizinkan Allah
4. baru jer kehilangan 'sesuatu'.tu pun tanpa disedari bila masa kewujudannya.sekarang ni kena tunggu after 3 month baru boleh plan untuk sesuatu itu
5. sedang menghitung hari untuk bercuti dengan en suami..maybe honeymoon again.hihihi..tapi kali ni di dalam Malaysia jer~~ cuti- cuti malaysia
6. tengah prepare for interview this friday..harap-harap dapatla. mana tau boleh duduk serumah dengan en husben
7. baru balik dari umah opah semalam and di tanya oleh jiran a.k.a sedara soalan2 lazim untuk orang yang sudah berbulan-bulan kahwin..emm paham2 jela
8. baru membeli sehelai seluar jeans and 2 helai baju lagi semalam..boleh dikatakan every week saya akan membeli baju..walaupun dilarang keras oleh en suami..tp kali ni i use my own money yer..not yours..
9.sedang mencari sling bag yang menawan hati..mudah-mudahan jumpala sebelum 16 April ni..sling bag yang ada terlalu kecil..dah tak sesuai dah sekarang ni..en suami kata zaman muda remaja sesuai la bawak beg kecik2 camtu..la ni cam la dah tua sangat kan???emmm turutkan jela kata en suami..
10. hampir 6 bulan kahwin berat badan usah cakap la..kejap naik kejap turun..tapi bila naik tu berminggu2 or berbulan-bulan tapi bila turun dan la maintain untuk 2 minggu sebelum berat tu naik semula..
11.sekarang ni rasa muka cam boooolaaat semacam
12.sedang mensurvey course postgrad di USM..tak tau mana satu nak pilih..nak buat by research or coursework
13. walaupun telah berkahwin tetapi my abah juga yang akan temankan saya ke mana-mana bila berada di sini..suami ku???emmm jauh..saya taknak susahkan dia..
14.tengah improve my cooking skill..sibuk cari resipi buat collection..untuk sape lagi kan kalau bukan untuk perut suami tercinto??
15.baru mendapat gelang kaki..baru ker??last week rasanya..~~~~^^^suker^^^^
16. dah kurang merajuk dengan en suami..satu improvement..
17. tabiat sekarang kalau nak sesuatu tu mesti nak jugak.tak boleh dah nak bertangguh-tangguh.especially bab MAKAN!teringin tu sampai terliur and struggle la mencari or masak sendiri
18. lately ni tido awal.dah susah nak berjaga sampai tengah malam untuk bergayut dengan suami berejam-rejam..huhuhu sangat kesian kat en husben..sebab isterinya hanya akan sedar miscoll 2 3 kali and sms dibaca sebaik bangun pagi jer
19. sakit kepala kerap melanda sejak kebelakangan ni.nak makan ubat sebarangan tak berani plak
20.hari ni saya pakai kasut baru!!!

ok..tu jer kot update about myself..yg lain2 cam sama jer..

Friday, March 19, 2010

Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU'

sekarang ni demam GA kot..sana-sini orang buat GA kan??

di kala bosan time tengah-tengah hari ni sempatla berblog walking ke blog Pn Ana yang sweet tu terjumpa pasal  GA ni..


 " Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU'"
anjuran Pn.Suriyati

senang jer nak join contest ni.kalau nak tau lebih lanjut korang klik kat sini yer.sape yang nak join tu kena join cepat-cepat tau.sebab tarikh tutupnyer 19 Mac ni.

ape syarat-syaratnyer??senang jer kawan-kawan
1) Jadi follower blog CeRiTa HiDuPkU..saya dah follow dah blog ni
2) Buat satu entry kt blog korang... tajuk 'Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU'...copy banner skali ye dan link kan entry tersebut ke entry Puan Suriyati ni...(sticky kan post tu ye) - yang ni pun dah buat dah...
3) tinggalkan link entry kt ruangan komen
 
semua dah buat..so pada Puan Suriyati sila-sila la jenguk blog saya ni yer..hihihi..
 

saya di tagged???

curi-curi masa la nak buat tagged dari Ciare ni..

1.Adakah anda rasa anda HOT??
HOT??tak kot.saya COOL jer.

2.Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?


3.Cerita pasal gambar ni?
saya suka bangat gambar ni sebabnyer saya still in mood tawen-tawen ni.lagipun bila teringat detik-detik ni sure senyum sampai ke telinga..aksi spontan cam nak main cak~~ cak~~ and tak sangka photographer boleh snap gambar ni.lagipun bila tengok gambar ni and teringat detik-detik manis tu hilangla sikit kerinduan pada suami tercinto..

4.kali terakhir makan pizza?
rasa cam baru jer lagi makan pizza.tak ingat la plak bla.2 or 3 minggu lepas kot.tu pun gi makan sorang-sorang.sebab nak lepas gian.selalu jer buat camtu. ni tgh arrange time dgn en.suami plak nk gi try pizza yang baru tu

5.Lagu terakhir anda dengar?
'because i'm not stupid'..OST citer boys over flower from my mp3 dalam keta tadi before sampai ofis

6.Apa anda buat selain menyelesaikan tag ni?
emm tengah study for interview next week..hohoho..hr ni cam pack semacam jer rasanya.

7.Selain nama sendiri,anda dipanggil nama ape?
kalau kat opis boss panggil nama penuh..kalau kawan-kawan panggil 'dina' or 'd_i'..kalau family termasuk la mak,abah,adik2,sepupu,nenek,arwah atuk panggil 'kakyong'. family mertua plak panggil 'ina',anak-anak sedara belah en husben panggil 'mak anjang'.anak-anak sedara belah abah panggil 'maklong' and en suami panggil........??? biarla rahsia..

8.tag lagi 5 orang
emmm sape aku nak tag yer..biar diorang pun sama-sama fenin memikirkan jawapannyer..hihihi
i)  eka (si kecik ni time cuti sekolah sure takde mende nak buat kan?)
ii) kiree ( kiree punya tag pasal 20 update terbaru pun tak sempat nk buat)
iii) syaff (i know u rajin kan nak buat tag2 ni)
iv)ryna (mungkin sekrang ni kat muar.tgh spend time with her husband)
v) put3( baru jer tadi jengah blog put3)

9.sapekah orang no1 pada anda?
coursemate time kat UTM dulu.kecik molek jer orangnyer..dah kahwin pun badan tak besar2..hihihi.sekarang berada nun di sarawak..siap jumpa jodoh kat sarawak lagi.

10.katakan sesuatu kepada orang no5
selamat berblog puteri..ni sure buat blog nak bubuh info pasal wedding..betul tak??

11.no3 ada hubungan dengan sape?
ni my cousin.my mom side.anak sulung maklong.see muda kan dari i.this girl very rajin update her blog.macam-macam ado.luahan hati pun ado.kalau aku lama tak update sure ada text dr dia kat shoutout box suh aku update.

12.bagaimana pula dengan no.2?
ni rakan blogger.kiree punya tag pun tak sempat nak buat lagi..hihihi

13.kata-kata cinta untuk orang no.4.
selamat berhoneymooney dengan suami tersayang yer..jauh tu..dari tepeng ke muar semata-mata nak jumpa suami tersayang..

14.Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
- my classmate time semetrik..pandai oooo dia ni
-blogger tegar rasanyer
-sedang menghitung hari untuk bercuti panjang..tapi tempat bercuti sangatla rahsia~~ntah ke mana la ciare nak bawa diri ni..hihihi
-she love pink so much
-wife pada MK..and sekarang ni tengah berusaha keras untuk memperoleh baby..ye ker ciare???kuikuikui

ok.ciare saya telah siap buat tag dari anda.

Thursday, March 18, 2010

...nyum..nyum...

salam khamis...

dua tiga hari ni tekak ni cam mengidam pulak..kuikuikui..berhari-hari dah.tapi semalam baru tertunai.tu pun sebab cam dah terliur semacam..gi kedai feveret aku cam ramai orang jer.malas pulak nak menunggu.last2 gi pasar malam beli kuewtiow sebab bahan-bahan lain ada kat umah.pastu berkungfu la aku menyiapkan ape yang patut.

sudah agak lama juga tak membuat kuew tiow kungfu.selalu makan kat luar jer.ni terlebih rajin so buatla.
v
v
v
v

ni la rupa bentuk kuew tiow kungfu yang aku buat malam tadi..

bila hubby sms tanya aku dinner ape malam tadi??aku mms la gambar ni..
then dia reply
"kesian kat abg..telan air liur jer"
alaaaaaa sian pulak bila mr.hubby text cam tu.emmm takpe2 nanti kalau ayang balik sana ayang buatkan special untuk abang yer..

kalau ada sape2 nak try resepi simple 'orang bujang' ni boleh la ikut resepi ni yer..tapi boleh jer nak alter ikut sesuka hati korang.yang ni aku buat ikut selera aku..

bahan-bahannya:
kuewtiow
2 biji telur
serbuk lada putih..kalau takde buh serbuk lada sulah pun boleh kot
udang,sotong,ayam ..ikut suka la nak buh banyak mana
carrot,cendawan,bunga kobis,brokoli,jagung muda,saderi..nak buh sayur-sayur lain lagi pun boleh
1 ulas bawang putih- chopped
2 biji cili padi..kalau suka pedas buhla lebih
1- 1 1/2 tbs tepung jagung..bancuhkan dengan air
sos tiram
garam secukup rasa

cara-cara nak buatnye:
1. pukul telur bersama garam and sikit serbuk lada putih dalam bekas..kalau ada kole cam mamak buat teh tarik tu lagi senang.tapi pakai mangkuk pun boleh dah.cuma cam susah sikit nak agak.
2.masukkan kuewtiow dalam telur.budget la kuewtiow tu buh banyak mana.biar telur lebih dari kuewtiow.
3.tuangkan dalam kuali cam nak buat telur dadar.rata-ratakan kuewtiow bagi nipis sikit.
4.balik-balikkan kuewtiow tu bagi dua-dua side masak.siap masak korang ketepikan.letak dalam pinggan separa lengkung.

pastu buat kuahnyer pulak
1.tumis bawang putih sampai kekuningan.jangan sampai hitam pulak.kemudian masukkan ayam,udang and udang.
2.dah agak masak sikit seafood and ayam tu tadi tuangkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air ke dalam kuali tu tadi
3.pastu masukkan sikit serbuk lada putih,cili padi,sayur-sayuran and sos tiram sikit.kacau la bagi masak.
4.kalau kuah terlampau pekat korang boleh tambahkan air.ikut suka nak pekat mana.pastu rasa la.kalau dah mendidih,dah cukup rasa masinnya bolehla tutup apinya.
5.tuangla kuah tu atas kuewtiow tadi.

see..senang jer kan???nama jer orang bujang ofcosla akan masak yang super duper simple.


Wednesday, March 17, 2010

~~rindu nak gi spa~~

rasanyer sudah sekian lama tak menjejakkan kaki ke spa..rindu giler..


ntahla sejak bergelar weekend wife ni macam susah jer nak arrange time nak gi spa..masa hujung minggu banyak dihabiskan untuk berdua-duaan,merayap,bershopping dan yang sewaktu dengannya..

kalau di spa confirm seharian masa aku dihabiskan kat situ..then kalau ada mr.hubby mesti dia bosan sorang-sorang layan blues kan??and usually lepas jer memanjakan diri di spa aku akan rasa nak tidur jer.so usually lepas gi spa aku akan sambung tido kat umah..bangun tu memang fresh giler rasa badan..

selalunye aku gi spa ni time hujung minggu la.kalau nak buat weekdays mana nak sempat.balik keje pun pukul 5.30pm..pukul 6 spa tu dh tutup.so mana nak sempat.
.
.
.
aku rindu nak rasa orang urut-urut badan..terasa hilang sakit-sakit and lenguh-lenguh belakang..memang rilek jer..tapi time urut2 tapak kaki aku tak berapa tahan sangat.geli u!!!tapi sekarang ni pun dah ada tukang urut baru.free of charge lagi.kunun-kunun belajar dari tukang urut kat bali hari tu..hihihi

emmm best nyer..

pas scrub badan,rendam dalam bath tab or jacuzzi
selalunya untuk mandi ni aku akan pilih mandi susu+auraseri..emm berseri-seri la muka i pastu u..perasan jap.
pas mandi baru buat body massage.
.................................................................

hajat di hati nak pegi weekend ni.tapi baru teringat ada kenduri yang perlu dihadiri.emm melepas lagi la jawabnye.tak gi kenduri nanti orang kata ape plak.tu lagi penting kan??


tapi selepas kejadian yang 'tak diingini' tu berlaku aku macam takut sikit nak gi spa ..yela nanti kalau buat sauna semua tu takut ada side effect cam hari tu.mana nak tau kot-kotla ada something inside my belly ni.dah taknak dah tanggung sakit cam hari tu!!.tapi hati ni teringin...

Tuesday, March 16, 2010

..jeng jeng jeng!!!..

hari ni terasa pelik sikit..
pagi-pagi masuk lab atas...bukak-bukak pintu jer tetiba berbau wangi sangat.bau cam daun pandan.dua-dua lab bau camtu..jenuh dah hidung ni menghidu sana sini..terangkat-angkat dah hidung gaya cam anjing pengesan dah rupanyer..serius sangat pelik.
bau cam bunga rampai pun ada gak.
tapi buat slumber jer la..dalam hati tuhan je tahu camne.tunggu gak student bila diorang nak sampai..at least ada orang lain tak la kecut perut aku duk sorang-sorang.tunggu punya tunggu after 15 minit baru ada muncul 2 3 orang..cepat-cepat aku suh diaorang masuk..

hurmmm apela agaknyer ek bau tu??nak kata bau dari kantin cam jauh jer.kalau ye pun takkan la kuat sangat baunyer???

ni bukan kali pertama tau you all..before ni pun ada gak..emm agaknyer lab baru..ada la tu kot..

petang ni nak naik lagi.tgk camner..ada lagi tak bau tu..

"jangan biarkan diri anda diselubungi misteri"

Monday, March 15, 2010

~~Give away~~

monday blues!!!
so sambil merilexkan otak singgah la kejap kat blog kawan-kawan..then suddenly terbaca entry ni kat blog ryna..so ape lagi..jomla join give away ni..senang jer..just drop comment kat blog kak ita..tomorrow last date tau..
kalau bernasib baik nama anda mungkin akan terpilih dalam goncangan maut kak ita ni..kalau aku dapat best gak kan??..boleh buat hadiah for 6th month anniversary..

nak tau ape antara give away nyer???
v
v
v
tara!!!

2 biji piring VCR, Sugar Bowl bunga Rose, 4 helai 'Pink Roses Napkins'




haaa chumel-chumel kan????
bestnyer la kalau boleh dapat...
suke benda-benda cam gini..bolehla menghiasi almari perhiasan kami nanti..

BOB is come back!!!

BOB????sape pulak bob ni??brother BOB kah??pakcik bob kah???

hohoho...BOB bukan sape-sape pun tapi..the Biggest Offer Bin..

at Quennsbay Mall

very the meriah u oll..kalau gi tengah hari sure lagi best and sure lagi banyak barang.tapi kitaorang tak la pegi tengahhari tu..sempat gi malam jer..tu pun ramai giler orang..sekarang ni orang dah tak kira nak shopping awal bulan ke hujung bulan ke or tengah-tengah bulan ek..and tak payah dah nak tunggu mega sale.setiap masa ada sale.
macam-macam booth ado..ada padini..bonia..and macam-macam lagi la..pendek kata memang rambang mata..tak tau mana satu nak beli..kalau ikut hati mau jer borong semua..mau kasut..mau handbag..mau semuala!!

bukan kat dalam store ni..tapi dia bukak booth kat luar..

kat booth padini sempat gakla aku sambar sehelai dua baju..less 90%..from RM109..kira sendiri la berapa harga after less..bukan yang jenis longgok-longgok tu..yang ni elok tergantung and duk dalam plastik lagi..memang berbaloi-baloi la..kalau dapat pegi pukul 12pm tu sure lagi best..sebab start 12pm all item is only RM1!!!!!..
tapi nak buat camno.en suami bekerja time tu and aku pun baru jer habis test tu kan..

kalau ikut plan asal nak beli benda lain tapi lain yang dicari lain pulak yang di beli..pastu merengek kat hubby nak ajak pegi lagi bila aku balik sini..yela mana taknyer..gi malam tak sempat nak belek semua..bila nak beli tu ofcosla nak cari yang terbaik kan???sebab kita yang nak pakai..kalau boleh biarla boleh tahan lama and berbaloi2 bila membelinya.

uish2..tengok orang tu..mr.hubby pun sama naik..sampai orang snap gambar pun tak perasan..best dapat suami yang sama-sama kaki shopping ni..senang nak ajak gi shopping complex bila ada sale..


tadi belek seluar..ni baju pulak..emmm bulan ni saja dah berape helai dah en suami beli baju..bila tanya dia jawab sengeh2 kata ni baju kerja..yang tu baju jalan..

ni kat salah satu booth..around 10.30pm..time ni aku kat atas tengah tengok-tengok handbag..nak cari sling bag actually..tapi yang ado color kurang sesuwai jer..nanti susah nak match dengan baju..
pas pusing-pusing still tak jumpa barang yang dihajati kitaorang pun balik je la..masa tu baru teringat kitaorang tak dinner lagi..bila shopping tak ingat langsung perut lapar ek..pastu ape lagi cari tempat makanla..


menunggu char kuew tiaw pak din..bau jer dah menyengat kalbu..hahaha..

pas isi perut baru balik umah..dekat pukul 12 malam baru sampai umah..memang fenat la..
kuar pagi-pagi balik umah tengah malam..ape ntah nak jadi dengan laki bini ni ek..tapi sooo enjoy..hati pun gumbira sebab dapat baju lagi..

...mtest oh mtest...

happy monday..hope hari ni lebih baik dari semalam..

berbalik pada tajuk entry ni..MTest..


sumber dari google..aku takla sampai macam ni..rasa-rasa tak sempat pun nak melangut camni

last saturday 13/03/10 aku ada ambik test ni..sape-sape yang tak tau meh aku citer ape bendanyer mtest ni..mtest ni adalah ujian untuk mereka-mereka yang nak masuk kursus perguruan lepasan ijazah/KPLI..mod sekolah rendah..
aku ni tak ketinggalan la nak mencuba nasib..ni 1st time aku apply and sitting the exam..pengalaman baru bagi aku..fuhhh betul-betul mencabar minda..sape yang ada ambik test ni paham la kot..
ada 5 topik..every topic masa menjawab only 30 minit..haaa 30 minit jer tau!!..memang tak sempat nak menilik and menganalisis soalan tu betul- betul sangat..
antara komponen exam tu

1. INSAK- 135 soalan----> komponen ni nak menilai kita ni sesuai ke tak dengan profession perguruan ni..soalan dia just jawab betul or tidak and wajar or tak wajar..

2. Analitikal -25 soalan---> komponen yang ni pulak nak kena menganalisis soalan..dia bagi pernyataan then pandai-pandai la kita analisis and faham petikan yang dia bagi tu..then jawab la soalan-soalannyer..komponen ni aku tak sempat nak menjawab betul-betul..huhuhu..

3. Bahasa Inggeris - 25 soalan..yang ni kena identify error..

4. Kuantitatif - 25 soalan----> ni soalan matematik..kena spend setiap soalan dalam 1 minit jer..soalan dia not bad..tapi 2 soalan akhir aku taram jer..pengawas exam tu dah nak kutip paper aku still duk kira lagi..ntah ape-ape jer

5.Verbal - 25 soalan---> soalan B.Melayu..ada perbandingan..tatabahasa and soalan berpandukan petikan

pendek kata memang betul-betul menguji minda and kecekapan menguruskan masa.macam ntah hape-hape jer aku jawab..kalau ikutkan tak mau pun nak dikenang-kenang kan lagi..huhuhu..tawakal je la..kalau ada rezeki nak jadi cikgu dapatla..kalau tak dapat tu adala hikmahnyer..aku tak berapa mengharap sangat sebab begitu ramai orang yang ambik exam ni..then ada gak yang 3 4 kali dah ambik exam tu..ada akak sorang tu satu bilik dengan aku dah 4x dia ambik..siap sarat mengandung lagi..dia kata due dia next week..terkejut aku dengar..buatnyer la dalam masa 2 jam tu tiba-tiba sakit nak bersalin camno???

sekarang ni tunggu jela step seterusnya..ni kira salah satu usaha untuk aku stay dekat dengan en suami..tu pun kalau dapatla..kalau tak dapat kena plan lain la nampak gayanyer

Thursday, March 11, 2010

lets go SHOPPING!!!!!

yeay!!! malaysia grand prix sale 2010 datang lagi..
ofcosla sebab F1 kan???
so ape lagi jomla memeriahkan shopping mall..tak shopping pun window shopping pun boleh..




The Malaysia GP sale ni starts from 6 March ~ 11 April 2010..so sempat la nak shopping barang2 nak gi cuti-cuti malaysia nanti...
ok..kat sini aku copykan shopping mall yang terlibat..so korang boleh la tengok2 mana tempat yang berdekatan dengan u oll k..

Kuala Lumpur

The Gardens Mall,
12 ~ 21 Mar 2010: Home Fair

Cheras Leisure Mall
7 Mar 2010: Kawaii Photoshot Contest
12 ~ 21 Mar 2010: Oto Bodycare Roadshow, Besta Fair, Minoshe inner wear fair, Kiddy Place children apparel fair
21 Mar 2010: Blood donation campaign
26 Mar ~ 4 Apr 2010: HSL AV Fair, Home Harmony fair, OSIM Health fair
2 ~ 6 Apr 2010: Snips nail art promotion
9 ~ 18 Apr 2010: Lazo Diamond fair

Sungai Wang Plaza

6 – 14 Mar 2010: Blackbery roadshow
16 ~ 21 Mar 2010: Digi Roadshow
26 ~ 28 Mar 2010: KBS Beauty Fair
29 Mar ~ 6 Apr 2010: Lancome Beauty Fair
8 – 18 Apr 2010: Spring Summer Fashion Showcase

Pavilion Kuala Lumpur

6 Mar ~ 11 Apr 2010: Pavilion KL GP Sale
1 ~ 4 Apr 2010: Pavilion Pit Stop

Berjaya Time Square

1 ~ 31 Mar 2010: BTS Sports & Health promotion
12 Mar 2010: FREE eye screening at BTS
12 ~ 31 Mar 2010: Cold Storage Japanese food fair
18 ~ 20 Mar 2010: CIMB KL Open Squash Championship

Mid Valley Megamall

10 ~ 21 Mar 2010: Alice in Wonderland @ Mid Valley Megamall
10 ~ 31 Mar 2010: MasterCard & Malaysia Airlines Special


Selangor

Plaza Alam Sentral

4 -7 Mar 2010: Mobile fair
11 ~ 14 Mar 2010: Photography & Art Fair
12 ~ 20 Mar 2010: Busana Melayu Promotion
26 ~ 31 Mar 2010: Auto & Malaysia GP Sale

Sunway Pyramid

14 Feb ~ 31 Mar 2010: Asian Avenue Photo Hunt Contest
2 ~ 14 Mar 2010: Shojikiya Japanese Food fair, Ford Car roadshow
12 ~ 21 Mar 2010: Focus Point Eye Care Carnival
12 ~ 28 March 2010: Shopping flag off

1 Utama

3 ~ 7 Mar 2010: Hyundai Roadshowm, ASTRO Roadshow
3 ~ 14 Mar 2010: OSIM Roadsow
9 ~ 14 Mar 2010: Anlene Roadshow
10 ~ 14 Mar 2010: Haier Roadshow
16 ~ 28 Mar 2010: MPH Roadshow
17 ~ 21 Mar 2010: Best Denki Roadshow, World Sleep Day
24 ~ 28 Mar 2010: NISSAN Roadshow, Autocar Roadshow
31 Mar ~ 4 Apr 2010: Nestle Promotion, Skill Promotion
7 ~ 11 Apr 2010: Mazda Roadshow, Ford Roadshow, Clinique roadshow

Penang

Queensbay Mall

6 ~ 14 Mar 2010: Biggest offer Bin – with discounts of up to 90%
6 ~ 13 Mar 2010: Long Queue RM1 Sale Card
7 ~ 14 Mar 2010: RM1 Crazy Sale

Johor

The Zon Mall, Johor Bharu

26 Feb ~ 4 Apr 2010: Discounts of up to 70% on duty-free items
26 Feb ~ 7 Mar 2010: Head to Toe Beauty Spa Promotion
12 ~ 21 Mar 2010: Kids Fun Recreation
21 Mar 2010: Mini Concert by Lucky Music School
1 ~ 11 Apr 2010: 1Malaysia Food & Fruits Fair

Nationwide from 6 Mar ~ 11 Apr 2010

Parkson Department Store – What Women Want, great offers on fashion, handbags, shoes & more
Vern’s – Storewide sale of up to 50%
Crocs Concept Store – Buy 1 pair at original price & get great discounts on subsequent pairs
101 Haircare – Complementary Haircare 3+1 treatment worth RM466
Hush Puppies Footwear – Storewide Sale

Mastercard Special Offers – Look out for tempting offers that covers just about everything from retail merchandise to hotel stays, food and beverage and spa treatments.

Great offers & promotion are waiting for you on Malaysia GP Sale.

ayu tak boleh sayang lagi!!

morning you oll...

tetiba teringat kat ayu @ my cousin baru umur 4 tahun ni..tapi petah sangat bercakap.muncung-muncung mulut dia bila cakap.dah boleh hang baju kat muncung dia tu..tiap kali balik umah opah sure ada jer citer and aksi lucu dia..


kali ni pulak bila dia kena sakat ngan adik aku..adik aku tu memang suka menyakat budak-budak ni..suka sangat bagi budak2 tu menangis..
petang before kami balik tu tgh duduk2 kat meja luar amir ambik la cekak si ayu ni..menangis la budak tu..merengek2 kat opahnyer suh bg balik cekak dia.
yang amir pulak cakap,"kalau nak cekak ni sayang abang amir dulu"

pastu nak tau ape dia jawab????
"opah!!! ayu kecik lagi..mana boleh sayang-sayang.."

kitaorang punya la gelak sakan..blur kejap.tak faham ape yang dia maksudkan.

agak-agak korang la ape yang ada dalam kepala si ayu ni??ape la yang dia faham maksud sayang tu?


selamat malam sayang~~~

tak tau kenapa terasa lonely sangat malam ni...pusing ke kanan tak kena pusing ke kiri pun tak kena..tetiba rindu kat dia..i miss him like crazy!!masuk ni dah 3 malam tak dapat dengar suara dia.taknak kacau dia.penat kot thats why dia tidur awal..
bila dah tak boleh tidur mula la fikir bukan-bukan...
beruntung pasangan yang dah kahwin boleh stay together..susah senang sama-sama..semua benda kongsi bersama..huhuhu bila ntah kami dapat duk sama-sama..takpela.kalau nak bandingkan dengan couple yang berbulan-bulan baru dapat jumpa kira aku still beruntung sebab masih boleh jumpa tak seminggu sekali,2 minggu sekali..ayat nak sedapkan hati..
mudah-mudahan doa kami termakbul..

special for my hubby...semoga mimpikan yg indah-indah yer..nak masuk dalam mimpi u boleh???and i hope boleh mimpikan u..

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
 Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu


Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Monday, March 8, 2010

111!!!

kejap tadi baru meng'view' blog sendiri.dan terpandangla tickers kat blah kanan itu..

v
v
v


yeay!!!!mari sama2 buat aksi kanak-kanak ribena yer...
lagi 1 month 1 week and 1 days to go...
macam tak sabar jer..yup memang kurang sabar sikit..agaknyer sebab tu la mr.hubby tak suka bgtau awal-awal kat aku kot kalau plan nak gi mana-mana..nanti aku overexcited.
.......................................
perihal hotel dah settle..ikut kata hubby la.tapi bila tanya kat mana??dia senyap jer.just jawab insyaAllah ok tempatnyer.
takpela aku percaya pilihan hubby..
.......................................

bila ditanya pada kawan-kawan yang stay sana and dah pegi kata cam tak best jer tempat yang akan kami pegi tu..betul ker??pastu orang buat suggestion pegi la kat sini..sinun...
ermmm nak buat camner ek??perihal booking2 semua ni bukan aku yang buat..aku sendiri pun tak tau pada awalnya.semua tu hubby yang buat..dia booking sekali masa gi Bali..bila dah aku kecoh kat dia nak ikut family trip ke Kelantan and terengganu baru dia gi tau yang dia dah booking tiket nak pegi ke *******..
makanya aku ikut je la..ala tak kisahla best ke tak asalkan berdua-duaan dgn orang tersayang confirm bestnye..walaupun tak ke mana pun..hihihi
.................................................................
dalam otak ni macam-macam plan nak buat..
nak shopping baju nak gi sana..yang ni wajib ker???kalau tanya hubby sure cakap tak payah..
kasut dah beli..hihihi ofcos kasut yang comfort untuk berjalan-jalan..
pastu nak beli seluar jeans..seluar jeans yg ada ni cam dah nak ketat jer..hihihi apakah tandanyer tu???ooooo tidak!!!..tak boleh nak terima kenyataan!!
chop chop!! cik kak oiii bukan ke kena spend duit nak gi sna nanti???
nanti nak beli souvernier lagi...
aisehman...betul gak tapi cam tak boleh jer lari dari benda-benda di atas..
ermmmmm orang sebelah boleh support tak bab ni??kuikuikui