Showing posts with label baiti jannati. Show all posts
Showing posts with label baiti jannati. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Rindu "rumah manis rumah" saya

Lebih dua minggu dah tinggalkan teratak cinta kami..Camnela keadaan rumah??Berhabuk ke?Berselerak ke??Dapur bersih tak..Lantai bermop tak.Kalau carpet tak risau sangat.Hubby confirm vacuum sofa and carpet.Tapi bab sapu and mop tu wallahualam..

Yang paling aku risau my dapur..kalau masak hubby bersihkan ke tak dapur tu??Tak suka balik nanti tengok dapur kotor..Jadi cam balik berpantangkan Danial,terkejut monkey aku balik tengok dapur dinding dah bertukar color,kuali jadi hitam legam..Siap sudip pun pemegang dah cair.Bila disoal siasat baru hubby cerita dia tak ingat dia tengah goreng ayam sedar-sedar dah nak terbakar dah kuali.Mujur tak terbakar rumah..Kalau tak jenuh nak bayar ganti rugi kat owner.Time tu menyewa.Kali ni aku dah pesan awal-awal.Jangan ralit kalau masak.

Projek porch hubby dah siap ke??camne la rupa bentuk bila dah siap cat and pasang lampu semua..



 Gambar last sebelum aku balik berpantang..now tak tau camne..

Disebabkan ni,redha je hubby tak dapat balik every weekend.Ate hubby free pun hari ahad je nak settlekan semua.Dah 3minggu la tak jumpa hubby...

Rasa tak sabar nak balik..rindu hubby..(oiiiittt tetiba)..

Tuesday, December 11, 2012

Projek di hari cuti...

Ape plak projek hubby kali ni??

 Sokmo gitu.Bila tanya dia cakap "wait and see"..Sabor je la.Yang aku tau nak buat kat 2 bathroom kat atas je.Tapi kat depan takde pun dia bagitau..Minggu lepas aku duty during Open day balik rumah je tengok ada lori hantar pasir dengan simen.Blurrrr kejap.Kalau nak pasang peble wash kat bilik air tu rasanya takde plak pakai simen.Pakai gam special peble wash je..


Takpelah..Sabor je la menanti sehingga siap.Hari ni hubby cuti awal-awal pagi lagi dah turun tapak projek dia..emmm cancel plan nak gi jalan-jalan hari ni..



Saturday, July 21, 2012

Bedore and after # dining area

Pasal rumah lagi..eh Selamat berpuasa semua.Alhamdulillah tahun ni tahun kedua berpuasa dan bersahur bersama-sama suami.Walaupun dah nak masuk tahun ke-3 berumahtangga tapi baru masuk tahun kedua tinggal sebumbung..Dan tahun ni tahun pertama berpuasa,bersahur di rumah sendiri..Harap-harap takdelah tragedi ramadhan lagi seperti tahun lepas..

Ok.This time nak update about dining area selepas dah dibuat penambah baikkan..

before..
 yang ni masa awal-awal.Bunga merah putih..
.
.
Then..tambah laminate floor..bunga pun dah ditukar..Letak bunga orkid pulak


 dibawah pancaran lampu..

.
.
.
and this the latest our dining area..
 Bunga putih..dan ditambah bamboo plat di sudut dinding.
 other side

Tu je pun...

sekian.:D

Wednesday, July 18, 2012

Before and after..#Living room

Ada jer projek my hubby..buat masa ni projek deko-deko kami banyak tertumpu kat bahagian bawah..Living room and dining area..Untuk tingkat atas tak banyak yang dibuat.Sebab ada major work nak kena buat baru boleh deko-deko tingkat atas..Selagi tak buat plaster ceiling/cornice memang takdela nak deko beriya.Buat masa ni kat tingkat atas tukar kipas and lampu dan juga pasang downlight.

Ni last 2 weeks punya projek..
 Terkejut.turun je bawah tengok rumah dah tunggang langgang..Hubby bukak semua balik laminate floor yang dah pasang sebelum ni..

 
 keadaan laminate floor sebelum di ubah..


 nak tambah keluasan floor ni..mula-mula nak susun selang seli camni..

Finally decide buat kelompok kat tengah-tengah..

.
.
.
before..

 .
.
the latest

  ignore model-model tak berbayar tu..Now dah separate ruang menonton.

next..Dining area pulak..

Tuesday, July 10, 2012

White and green..

Projek mendeko lagi..kali ni dengan pokok-pokok pulak..Bukan pokok hidup yer.Semua artificial plant.Macam kurang confident je nak tanam pokok hidup letak dalam rumah.Takut dia statik je tak membesar.

 Artificial plants ni semua dibeli dari kedai ZC Nilai 3..harga berpatutan.Ada diskaun 10% lagi.
.
Awal-awal pagi di hujung minggu dah kena start projek mendeko ni.Yela kena buat semua before Danial bangun.Kalau tak jenuh nak kepung.
 Potong dawai,lilit dengan pelilit..jadi la camni .Baru siap 1.
 Then sambung dengan bamboo plant plak.3 pasu.Letak span hijau tu then cucuk-cucuk je.Before that masukkan batang bamboo tu kat celah rumput tu dulu.Lepas settle cucuk,pass to hubby untuk kerja-kerja simen kan bamboo plant tu.Ada je bamboo plant ni yang dah siap bersimen semua jual kat ZC.Tapi dah nama edisi budget harusla men DIY kan semua..
.
.
Hasilnya
.
.
1st plant..nampak pulak batang tu.So kena cari alternatif nak bagi cover batang hijau tu.

 Cari punya cari merata tempat dah tapi tak jugak jumpa.Mula-mula nak letak clear kristal.Kat SSF ada jual  tapi mak aiiii mahal gilos.Berapa ketul je dah RM18.90.Maka menteri kewangan a.k.a mr.hubby terus tak setuju cadangan tu.Then member twitter bagi idea letak batu putih..Mula-mula masa beli pokok-pokok ni kat ZC dah tanya dia cakap takde jual.Then mencari la kami kat Houz Depot.Ada tapi jual satu pek besar.Untuk orang buat landscape. Berminggu jugakla pasu tu terkontang-kanting takde isi.Finally last Sunday pegi lagi sekali ada pulak.Tapi tak pack lagi.Aku bodek suruh pack jugak..Tak kira nak time tu jugak.Mujur brother tu nak pack kan batu tu.




Ni lah batu putih tu.3Kg RM6.80 after discount.
.
.
.
 dah diisi..
 letak atas dining table..Kat sudut tu letak bamboo plant
 2nd plant..hubby terpaksala la layan wife dia nak mendeko.Jadi tukang pegang nak tuang batu putih tu.
dan hasilnya untuk 2nd plant
.
.




 zoom dari belah tepi pulak..hiii
.
.
3rd plant
 Letak kat sudut tv kabinet

And the last one,bamboo plant.Ni pasu yang ke-3.2 pasu lagi letak kat dining area..



Sekian saja edisi budget dari kami..:D


Tuesday, June 12, 2012

House for sale @Malacca

Anyone looking for house??Area Malacca.My aunty nak jual sebab dia sekarang keje kat shah alam.Ntah bila plak nak dapat posting Melaka.Lagipun memang taknak dah duduk Melaka..Dia nak jual dengan perabot yang ada dalam rumah tu.


Location :Taman Angsa Mas,Durian Tunggal, Melaka

5 mins from Ayer Keroh Tol.
5 mins to Stadium Hang Jebat.
10 mins to Ayer Keroh / MITC
15 mins to Malacca Town


Double-storey house.Fully renovated.
3bedrooms upstairs (bathroom attached) + 1 bedroom downstairs (bathroom attached)
Kitchen completed with cooking stove + big refrigerator.


Pintu masuk.Buat masa sekarang maksu jadikan rumah ni as homestay.Before dapat buyer.


Living room and dining area

Dapur..ada dry and wet kitchen..include stove and fridge
Family hall yang sangat luas..



Master bedroom

2nd bedroom
bathroom

3rd bedroom

4th bedroom

Harga RM300K termasuk perabot dan barang yang ada dalam rumah tu.tapi boleh negotiate lagi.Berminat boleh contact Cik Zawiah 013-2204505.