Wednesday, October 31, 2012

Cerita Aidiladha..

Nak mula dari mana ntah??blurr kejap..lama dah tenung skrin ni..hujan-hujan cam gini otak pun dingin beku je..Raya Aidiladha tahun ni rasa yang paling sibuk,sempoi and tragis kot..

Mula-mula time nak balik kampung..Ni la pertama kali semenjak berada di perantauan ni bila time cuti raya haji kena redah jammed.Dah tak tau nak elak kat mana.Sana sini jalan jammed.Nak taknak pasrah je la menempuh jalan sesak untuk sampai ke kampung.Kebas punggung??usah cakap la..Kami bergerak dari rumah pukul 8.45pm.Tu pun ngam-ngam hujan baru reda sikit..Kalau tak hujan maybe gerak lagi awal..Pastu pegi hantar perfume kat customer kat Jalan Klang Lama.Hazabbb la bila masuk Tol Jalan Duta..Dah tak tau mana satu lane dah.Jalan la macam kura-kura sampai ke Rawang..
takut tengok lampu berderet tu..ntah berapa km ntah

Sepatutnya perjalanan 2 jam setengah jadi 5 jam setengah..Tu pun berenti kejap kat RnR Behrang sebab hubby dah mengantuk sangat..Sepanjang jalan wife busy layan twitter tapi bila hubby cakap dia mengantuk terus stop ngadap hp jadi mata ke-3 dan ke-4 pulak bagi hubby..Time tu jantung ni usah cakap la.Dup dap punya laju..Aku suruh hubby berenti dulu kat mana-mana,dia taknak.Nak masuk RnR memang tak dapat sebab semua full.Tapi bila dah sampai RnR Behrang tengok cam boleh masuk baru kami masuk..dapatla hubby lelap dalam 15minit..Nak take over jadi driver aku tak reti pulak nak drive Hilux.Manual pulak tu lagi la fail.

Mak abah kat kampung usah cakap la punya risau.Tepat 3.00am baru kami sampai kampung..Lega rasa bila dah selamat sampai.Sampai je terus cari katil..Tapi takde maknanye nak tidur.Si anak bujang sorang tu mata elok je segar bugar ajak mama main..Sabor je la..Dia ye la sepanjang jalan dah tidur..Mak bapak dia ni yang duk menahan mata..Tak sure berapa jam je kami tidur..


Pagi Jumaat..Walaupun ikutkan mata ni berat ya amat tapi takkan la nak berkelubung dalam selimut lagi kot.HARI RAYA la!!..Siap jugak berbaju raya semua anak beranak.Harusla semangat sebab dah tempah baju khas untuk raya haji..Siap-siap gi sembahyang raya..Habis sembahyang raya ingatkan sempatla nak snap gambar anak beranak tapiiiiii semua pantas je tukar costume sebab ada ibadah Korban..Tahun ni rezeki adik-adik pulak masuk korban..

Petang tu baru gerak ke Sungkai..Rumah opah.Seronok.Sebab lama betul tak berkumpul semua.Ada jugak cousin yang takde..huhuuhu..

Acara wajib bila berkumpul ramai-ramai..Syahdu je time ni..

Lepas selesai Maghrib baru la tiba acara kemuncak..BBQ time!!!.Kenyang perut dengan ayam,daging,sotong,udang,sosej dan jagung..

 sibuk betul cicit opah yang satu ni..macamlah dia yang nak bakar ayam..


Dalam pukul 11pm gerak  balik ke Air Hitam balik sebab esoknya pagi-pagi lagi dah busy dengan kerja-kerja Ibadah Korban.Kenyang pulak dengan segala mala juadah berasaskan daging.Singgang daging,rendang daging,kari daging...Kalau ada darah tinggi mau naik darah ni..heeee..

Ahad..dah nak balik dah..kunun nak gerak awal dalam pukul 11am drag jadi pukul 3pm..
Jammed dari Sungkai nak ke Slim River tapi still ok nak bandingkan masa balik kelmarin..Highway pun jammed.Jalan persekutuan pun jammed tapi kami redah je ikut jalan biasa..

Dah boring giler duk dalam keta..Mujur Danial tak tidur.Adalah geng gaduh..heee.As usual budak baru nak start bercakap sepanjang jalan tu ada je la benda dia tanya.."tu?" "tu?"..Walaupun benda yang sama dia tanya berulang kali..hilangla jugak boring..Pukul 3pm bertolak sampai Nilai pukul 9pm..Sampai rumah,mandi and terus zzzzzz....

Thursday, October 25, 2012

Langkawi #Day 2..

Sambungan lagi dari entry sebelum ni
1.Babymoon -LANGKAWI
2.Langkawi #Day 1
3.Langkawi#day 1 part 2

Kena cepat-cepat habiskan story ni..Nanti aku lupa pulak..

Day 2..(AHAD- 7/10/12)

After selesai breakfast kat hotel kami siap-siap untuk mulakan pengembaraan hari ni..Destinasi pertama ialah KOTA MAHSURI..Walaupun hujan sekejap lebat sekejap renyai tapi kami teruskan jugak lawatan kami

Kalau pegi Langkawi tak jejak tempat ni cam tak lengkap la..Yelah ni kan tempat bersejarah bagi Langkawi..

Bayaran masuk ke Kota Mahsuri ni RM5 bagi dewasa..
Kat ruang legar kaunter tiket tu adalah show kebudayaan..dan juga diletakkan gambar generasi Mahsuri..

Dalam Kota Mahsuri tu terletak makam mahsuri,rumah parent mahsuri,ada galeri,telaga mahsuri,kedai-kedai,ada rumah-rumah peninggalan zaman Mahsuri..Dari situ serba sedikit boleh la tahu macam mana kehidupan Mahsuri suatu ketika dulu..

 Makam Mahsuri
 aku tertarik dengan penggunaan alat nak buat kuih tu..tak ingat dah nama kuih apa..
 rumah Pandak Mayah,ayah kepada Mahsuri..Seriau naik rumah ni sebab dah rasa cam lantai dah nak runtuh..Dalam rumah ni ada tergantung buaian..Tapi dalam buaian tu ada duit.Maybe pelawat la kot yang letak..Mujur jugak si Danial tak perasan.Kalau tak mau dia cekau duit syiling tu.budak tu bukan boleh nampak duit,semua dia nak masuk dalam tabung dia nanti..
 Seronok sangat dia dapat main dalam rumah ni sampai taknak turun..


 Dalam kawasan Kota Mahsuri ni ada juga binatang-binatang cam burung merak,ayam clok-clok..Danial tengok binatang suka la.Hujan renyai-renyai pun dia redah je..

Kat luar Kota Mahsuri tu pulak ada deretan kedai jual baju,minyak gamat,kain batik,kain pelikat..
Sempat jugaklah memborong kat situ..Minyak gamat kat sini dapat 15 botol,RM8..Pastu balm,3 botol RM2.Kalau minyak panas 3 botol=RM10..Kain batik pulak range price dari RM10-RM23..Kena survey dari satu kedai ke satu kedai.Hasil bargain sebab beli banyak dapatlah kain batik yang RM15 tu RM11.Kain tu elok sikit dari yang RM10..Kain pelikat cap Gajah duduk dapat RM12..Jadilah souvenier untuk kawan-kawan and family..

Next destination kami ke UNDERWATERWORLD LANGKAWI..Tiket masuk RM28 bagi dewasa..
 Mula masuk kita akan sampai ke kawasan rainforest..
dalam pukul 1.30pm binatang-binatang kat sini akan diberi makan..Jinak sungguh la..ada satu binatang ni so cute.Marmoset kalau tak silap nama dia..

 Then masuk lagi ke dalam jumpa akuarium singa laut..Ada dua ekor.Waktu kami melawat tempat ni memang time untuk bagi makan kat binatang kat sini.Kalau singa laut ni pukul 2.00pm.Masa nak bagi makan tu ada la show sikit dari 2 ekor singa laut tu.So cute!Danial ralit tengok..Kami pun tumpang happy bila tengok Danial happy..

 Kemudian beralih ke African Penguin..Berkerumun 42 ekor penguin tu berebut nak makanan..
Cute sangat penguin ni..Tujuan utama nak pegi ke underwaterworld ni nak tengok penguin la.Kalau letak tengan kat cermin akuarium tu penguin tu sure datang.Kalau kita gerak-gerakkan jari tu mengekor je penguin tu kemana jari kita bergerak..Seronok sangat.Boleh ralit main dengan penguin ni...

Next tengok sea creatures lain..Bila Danial tengok shark,punyala kuat dia menjerit.."ma..SHARK!!" dah gaya cam shark tu nak terkam dia dah..
 
 So far really enjoy tengok hidupan laut..Rasa cam nak pegi lagi..

Berdekatan dengan underwaterworld ni ada Coco Valley.Dah namany coco dah tentu la tempat jual coklat kan?Sempat jugakla masuk and ushar-ushar apa yang ada..

Seterusnya kami ke???

Tanjung Rhu..Serius tak tau pulak pantai ni ada waktu operasi..Pukul 5 dah tutup.Masa kami sampai dalam pukul 5.30pm..Bodek dengan guard tu dapat jugakla masuk..No wonder la kenapa nama tempat ni Tanjung Rhu..Sebab on the way ke pantai tu kiri kanan penuh dengan pokok rhu..

Disebabkan hujan jadi agak terbatas jugaklah pergerakan..Tapi ada mak kisah..Slumber je aku gi turun ke pantai hujan-hujan tu..


Then kami terus tuju ke Pekan Kuah..Tujuannya dah tentu la nak shopping..Kami sempat ke Haji Ismail Group..Borong coklat..

Dalam pukul 8 bergerak balik ke hotel..Mandi,solat then kuar dinner pulak..

Selesai aktiviti day 2..






Monday, October 22, 2012

Saya suka..

Chop!!ni bukan iklan yer :D tapi just nak share my review pasal product ni..SO far aku suka sangat.Mula-mula just main nak cuba try test je.Tapi bila dah start pakai maka sudah terjatuh cinta la pulak..Makanya makin mudah kerja-kerja nak mengilat dan menyental sekarang ni..:) uolls pun boleh cuba..

Ni lah product yang aku dah terjatuh cinta tu.Murah dan berkesan.

  

Aku guna untuk kilatkan permukaan sink..Just titiskan sedikit jer then gosok-gosok sikit dengan span pastu tengoklah hasilnya..Sangat berkilat sinki i sekarang uoll.Dah macam baru beli setahun yang lepas.Then tak perlu nak gunakan tenaga yang banyak nak hilangkan kesan kotoran degil kat celah-celah sink tu..Sangat puas hati..

                 
 Image google but same type cam sink kat rumah ni.Table top pun sama.Just pipe je lain..Aku try jugak untuk bersihkan kitchen hood and hob tapi dia lagi berkesan kalau permukaan tu stainless steel.

sekian review dari pengguna product..heeee..