Assalamualaikum..:)
Alhamdulillah,hari ni 1 Rejab dah. Bulan yang sangat dimuliakan di
dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh
para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di
dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (
kebesaran, keagungan, kemuliaan)
kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya.
Antara amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa
10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan
hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan
dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul
Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa
15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali
berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa
yang
berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar
setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70
hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika
Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di
Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa
pada
27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan
pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat
meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih
dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap
umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji
dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah
di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada
tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat
dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
DOA BULAN REJAB: "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan
bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon
keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang
hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah,
Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau
yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku
dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada
padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku
lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan
mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan
sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau
Ya-Allah."
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: Maksudnya:
"Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan
Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."
.
.
.
Kesimpulannya,
bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang
dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan
Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan
memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas.Tapi kita perlulah mengerjakan segala amalan yang dituntut ini
dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan
diperolehi itu ada keberkatannya.
psssss:::Beramal lah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.