Mood rajin ke main bila 3rd baby ni...boleh kata semuanyer nak DIY and nak buat sendiri..Masa Rayyan sokmo nak membeli jer..Tak boleh tengok online shop..
Kali ni mood rajin terlebih nak buat barut baby sendiri..Since gender baby nampak cam pinky pinky..so lagi la excited..padahal not 100% confirm pun..
Kain aku beli kat Tewah Seremban..2x kot pergi tapi takde corak yang aku berkenan..3rd time baru jumpa yang ok and aku suka..
Aku pilih kain cotton flannel..beli yang bercorak and putih.Semeter setiap kain..harga RM6.00/m untuk yang putih dan RM6.50/m untuk yang bercorak..Semeter kain ni boleh dapat 10 helai barut..
Potong kain..untuk setiap helai barut tu panjang aku buat 20inci and ada gak yang 18inci..lebar setiap barut 7inci..
Then ukur 1/2 inci untuk jahitan..gariskan..Lepas tu lipat 2 kain untuk potong bahagian bawah..tujuan dia untuk bahagian atas punggung baby nanti..ukur 3 inci then lukis semi bulatan..lepas tu gunting bucu bucu camni..bila terbalikkan nanti senang la..
Sebelum cantumkan dua kain putih and bercorak tu..jahit dulu tali dekat kain bercorak..
Untuk tali aku guna macy tape.Beli je kat kedai jahit.sepeket RM2.50..untuk 5 helai barut.Setiap barut guna 6 tali.Panjang setiap tali aku potong 12inci.
Dah siap baru cantumkan kain.Then jahit ikut line kat kain putih.Oppppsss jangan jahit semua.tinggalkan one side untuk terbalikkan kain nanti..kemudian baru jahit.
Untuk bahagian yang belum jahit tu,jahit pada bahagian yang elok.selepas diterbalikkan.
Yang ni 1st trial..guna macy tape size kecil..cam kurang kemas.
Yang ni hasil selepas ditambahbaik..Pakai macy tape sederhana.Lepas tu keliling kain aku jahitkan..Nampak lebih kemas...
Hasilnya......
Dapat 10helai barut...