salam uoll:)..
entry ni bukanla niat nak show off or menunjuk-nunjuk yer..just nak share.actually segan jugak nak tepek cost tapi dah ada yang bertanya,pm and dm me so untuk menjawab soalan tu aku buatla entry ni.detail cost untuk kitchen kabinet tu.kot-kot boleh jadi rujukan kat kawan-kawan.
aku buat dengan
Mancon Kitchen Kabinet.company ni kat seremban tapi dia install kabinet kat merata tempat dah.Melaka,KL and area N9.so far sangat puas hati dengan kerja-kerja diorang.kemas.cantik..sebelum decide nak ambik dengan dia banyak tempat kitaorang servey.ada yang lagi murah tapi kualiti kayu pulak tak ok..
1.once decide nak buat dengan dia,arrange time untuk dia datang ke rumah nak ukur..time ni dia bawak katalog,jenis kayu,gambar design untuk pilih.masa ni kita boleh pegang and tengok betul-betul lapisan dalam kayu yang kita nak.seeloknya jangan ambik jenis chipboard.nanti kena air sikit dia dah meleding.
2.after ukur..dia akan calculate berapa total untuk kita.harga dia kira by square feets.dalam RM14++..jadi kalau lagi panjang nak dibuat kabinet tu lagi up lah harganya
come out with DO..macam yang aku pilih ni
- material solid block board.high gloss..code DG5300G-red gloss
- total untuk caj material kabinet bahagian atas and bawah lepas didarabkn dengan harga per square feet dalam - RM3680
- accessories charge lain
- dish racks-RM150
- chrome pull out basket - RM250
- soft close hinges -FOC
- G-handle.- RM300.kalau taknak pakai G-handle boleh pakai handle biasa yang just skru tp sebab fikir nanti danial senang nak bukak tu yang pakai G-handle.
TOTAL:RM4500.after discount.
3.bayar deposit sikit.after 3 -4 hari dia send drawing.tanya kita suka ke tak..
kalau dah setuju dengan drawing.bank-in 50% kat akaun diorang nanti baru dia proceed buat.lama jugak nak tunggu siap.depend pada tempahan.kalau time kita tempah tu dia ada banyak order lambat sikit la.normally dalam dua minggu dah boleh siap..
4.kalau dah siap dia datang pasang.dalam setengah hari jugak nak bagi siap pasang semua.jenuh la nak dengar bunyi mesin..
harga yang atas tu untuk kabinet saja.tak termasuk table top.table top hubby upah orang indon buat.tapi barang-barang beli sendiri..
untuk table top
1.guna tile hitam besar.(tak ingat nama ape)beli kat Houz Depot.-RM13.90 sekeping.tapi tak boleh beli sekeping.kena beli sekotak.RM52.kalau tengok jenis yang sama kat kedai lain RM23++..
2.bahagian bawah/dalam kabinet guna tile merah-RM1 sekeping
3.upah -RM1200 (buat table top,pecah dinding area dining hall,keje-keje plumber,renovate sikit kat bilik air bawah)
lam sam dalam RM6000++ semua..
emm tu jela cost yang diperuntukkan untuk kitchen kabinet "teratak cinta"..hopefully dapat membantu kawan-kawan yang tengah nak buat kabinet.kalau uoll dapat lg murah+berkualiti dari ni bestnyerrrrr...chopppp jangan kata i nak show off yer..sorry sgt kalau yang rasa camtu..