Thursday, April 29, 2010

renungan untuk PJJ

jalan-jalan di blog yani then yani ada tinggalkan link ni >> saifulislam ..aku terpanggil untuk klik kat link yang yani bagi sebab aku pun salah satu pasangan PJJ ni..

aku paste kan kat sini atas izin tuan empunya blog saifulislam tu sebagai renungan bersama..
..........................................................
Perkahwinan jarak jauh jarang berlaku atas kehendak pasangan yang berumahtangga. Lazimnya ia berpunca daripada komitmen kepada kerja seperti doktor, jurutera carigali, guru malah mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, manusia dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hatta dalam situasi yang paling sukar. Justeru, kemampuan seorang suami dan isteri menyesuaikan diri dengan jarak yang memisahkan mereka, tidak harus menjadi satu-satunya penentu kepada baik atau tidaknya PJJ itu.



Perkahwinan ada tujuan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]


Rumahtangga adalah tempat manusia mengecap damai. Sakinah dikurniakan Allah apabila seorang suami berada di sisi isteri, dan demikian juga sebaliknya. Inilah faktor terbesar mengapa di zaman Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, beliau membuat polisi tidak membenarkan tentera keluar berperang meninggalkan isterinya lebih daripada empat bulan, atau enam menurut pendapat lain.

Suatu malam, Umar mendengar seorang wanita menyanyikan sebuah syair yang menimbulkan rasa takut yang luar biasa kepada Amir al-Mu’minin:

Malam ini terasa panjang,
Aku dibalut kegelapannya,
Mataku enggan lena,
Tiada teman untuk bersenda,
Demi Allah, jika tidak kerana takutku kepada-Nya,
Bergoncanglah katil ini dari sisi ke sisi!

Umar memanggil wanita itu dan bertanyakan perihal dirinya. Beliau menceritakan keadaan dirinya yang ditinggalkan suami atas misi ketenteraan untuk satu tempoh yang panjang. Mendengar akan hal itu, Umar bertanya kepada anak beliau, Hafsah radhiyallahu ‘anha, yang ketika itu adalah balu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Soal beliau “berapakah tempoh seorang wanita mampu berpisah dengan suaminya?

Hafsah menjawab, “empat bulan!”

Lalu Umar menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan.

Seorang suami yang meninggalkan isteri kerana kekangan kerja, harus untuk meninggalkannya lebih daripada tempoh itu jika isteri memberi restu. Hak yang terbabit adalah hak isteri untuk digauli oleh suaminya. Namun apakah kita secara mudah mengambil pilihan yang paling berisiko itu? Apakah harga yang mampu dibayar atas kehilangan masa-masa yang berharga, tambahan pula jika anak-anak turut terbabit sama.

Isteri mempunyai hak ke atas suami.
Suami mempunyai hak ke atas isteri.

Anak-anak, mudah-mudahan dikurniakan rezeki beroleh anak, juga ada hak ke atas ibu dan bapa.

Kesempurnaan fizikal, mental, emosional, spiritual, memerlukan didikan dengan kombinasi ayah dan ibu. Andai berpisah nyawa, atau talaq sudah membataskannya, tiadalah banyak yang boleh dikata. Namun dengan sengaja membiarkan jarak memisahkan suami dan isteri ketika pilihan yang lebih baik itu ada, falaa yalumanna illa nafsah, yakni janganlah disalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri!

Berusahalah untuk segera kembali bersama.

Di satu sudut yang unik di Malaysia, jururawat yang mahu bekerja di negara Arab, mesti berbincang dengan baik bersama suami. Tempoh kerja mestilah mematuhi perjanjian yang disepakati. Jangan sewenang-wenangnya membiarkan suami di tanah air. Jangan biarkan dirimu selesa dengan perpisahan itu.

Antara keelokan Islam, ia bukan sahaja memuliakan pernikahan, malah tegas menutup pintu-pintu fitnah dan kemusnahan.

Berusahalah!
.......................................................
aku rasa semua pasangan takde satu pun yang inginkan hidup berasingan selepas berumahtangga..semuanya impikan dapat tinggal sebumbung and sama-sama membentuk keluarga yang diinginkan..tapi ape kan daya..ada kekangan yang menghalang..takpela.semuanya pasti tengah berusaha untuk mendekatkan diri bersama pasangan masing-masingkan??sama-samala kita yer..
 
tapi bila baca phrase ni macam menakutkan pulak..
Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan...
 
janganla ada racun yang membinasakan rumahtangga kita..amiiiinnnn.

..Peristiwa di Petang hari..

Kejadian ni berlaku petang semalam dalam pukul 6 petang..bertempat di parking lot Tesco Kampar..

Minggu ni boleh kata setiap petang selepas office hour before balik ke rumah aku mencuci mata kat Tesco ni..kadang-kadang takde ape pun nak beli tapi bila dah pegi tu ada jer yang aku beli..kira kuar-kuar dari tesco tu bukan dengan tangan kosong la..ada jer yang aku dermakan kat tesco tu..

nak dijadikan citer petang semalam lepas mencuci mata and duit,sedang aku berjalan menuju ke kereta,ada satu keta kuning ni..keta datsun kalau tak silap aku tengah mencari-cari parking lot yang kosong..aku pun tak jadi la nak cross jalan tu nak bagi laluan kat si amoi keta kuning tu..


kebetulan selang 2 buah dari keta aku ada kosong..sebelah yang kosong tu ada sebuah keta proton wira warna biru.plat keta dia ACSxxxx
si amoi ni dengan over confident and tak ambik space sikit before masuk parking tu terus jer tak teragak-agak masuk parking tu..tak check lepas ke tak keta dia tu..masuk-masuk jer parking bunyi..screeeetttttttttttttttttt...cam bergesel..pastu seketul lampu jatuh!! bukan dari keta amoi tu tapi dari keta wira ACS tu..aku pulak yang menjerit kat situ.

si amoi tu kuar dari keta and sempat lagi control-control cun..sebab dia tau aku nampak and jadi saksi kejadian..aku ushar jer nak tengok ape action dia nak buat lepas tu..sambil masukkan barang-barang aku dalam bonet keta aku ushar lagi si amoi tu..

dia boleh buat slumber badak jer.cam takde ape yang jadi.keta dia iyala kebal.keta wira tu??dengan lampu depan tercabut..skirting sisi kiri rongak..si amoi tu aku tengok boleh jer slumber ambik troli masuk tesco..

aku tunggu gak dalam 15minit kot-kotla tuan empunya wira tu kuar..nanti aku nak bagitau la incident tu.tapi tak kuar-kuar pulak..sedang aku duk berkira-kira nak tulis no plat si kuning tu nak letak kat wiper keta wira tu boleh plak amoi tu kuar balik..then dia notice aku still ada kat tempat kejadian..amoi tu duk dalam keta dia..emm camne pulak aku nk buh no plat amoi tu kat keta wira ni??confirm takkan dapat kat tuan empunya wira tu kalau aku just letak note then blah..amoi tu sure dah ambik dulu..

after 20 minutes..aku dah blur tak tau nak buat camner aku balik jer la..tapi still rasa bersalah kat tuan punya keta wira tu..elok je aku kuar dari parking aku tengok dari cermin belakang si amoi tu dah ubah tempat parking..huh nak lari dari tanggungjawab la tu...harap muka jer comei..tapi attitude hampeh.

sampai ke malam aku duk fikir pasal kejadian tu..ape yang patut aku buat sepatutnya???padahal boleh jer aku pegi servis counter and suruh staff kat situ announce no plat si wira tu kan??then sure dia kuar..tapi kalau aku sibuk uruskan hal orang tu nanti aku berbuka puasa kat parking lot tu jer la..emmm aku pulak yang rasa bersalah..rasa cam tak bertanggungjawab pun ada..ntahlaaaa...

kalaula 'si merah' aku tu yang duk kat sebelah si kuning tu tadi camner la agaknya??silap-silap lampu depan keta aku pun hilang..bahaya sungguh.
pasni kena parking jauh-jauh sikit la..takpe jauh asalkan kurang risiko nak kena camni..

semoga 'si merah' tak terlibat la dengan incident cam gini..

..jangan tidur lagi...

korang tengok tak program Jangan Tidur Lagi malam tadi??
aku sanggup tahan mata jangan bagi tidur semata-mata nak tengok belasungkawa arwah Achik Spin..actually episod malam tadi tu untuk siar last week kan??tapi last week dia siarkan yang lama punya..maybe nak edit untuk letak slot belasungkawa tu kot..

bila program tu tayang balik rentetan peristiwa achik accident and interview family dia semasa hari pengkebumian,aku rasa sedih sangat..bila tengok wife and anak dia cium jenazah achik lagi laju air mata ni mengalir..pastu interview nana..bila tengok nana pun nangis aku pun sama nangis..
huhuhu..
sedih..
imagine if aku kat tempat isteri dia..ntah tabah ke tak nak menghadapi saat-saat kehilangan orang tersayang.lebih-lebih lagi dalam usia perkahwinan yang masih muda..emm macam tak sanggup jer.

sedih bila teringat-ingat lagu-lagu zaman dia popular dulu..zaman-zaman aku muda belia dulu..ceh cam la skrg ni aku dah tua sangat..dulu-dulu aku layan gak lagu-lagu achik and nana ni..
confirm ada yang kata aku jiwang ek??tapi zaman dulu-dulu kan??layan jer..lagu Paling Comel tu rasanya budak-budak kecik pun suka.."bola-bola api..bla bla bla"..part ni memang kuat jer budak-budak nyanyi..
lagi lagu Memori Berkasih..yang ni jangan tak caya aku memang suka nyanyi lagu ni dulu..hihihi..

..............................................

bila tengok cam tu kita pun boleh ambik iktibar kan??yela..Allah tu nak tarik nyawa kita ni anytime.tak kira muda ke tua.kalau dah sampai ajal..kita tak boleh nak elak..
masa tu tak tau lagi camner keadaan kita..meninggal secara elok ke tidak??
cukup ke amal ibadat kita untuk dijadikan bekalan??
emmmm...takut kan??

mudah-mudahan roh Achik ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
takziah buat family Achik.

Tuesday, April 27, 2010

..sudah khatam..

akhirnya khatam sudah baca buku ni..

          TRAVELOG CINTA ABADI: masa yang berlalu.. terbitan PTS..

best buku ni..kisah peribadi Pn Roza Roslan..pensyarah uitm.before ni aku just mengikuti catatan hidupnya kat blog dia..tapi kali ni berpeluang baca sendiri buku or novel pertama yang ditulis oleh beliau..

from my review..buku ni interesting..citer-citer dalam dia pun menarik.kalau dah start baca memang susahla nak berhenti.ternanti-nanti apa cerita seterusnya..semuanya mengenai fasa-fasa kehidupan yang Pn Roza lalui dari fasa kanak-kanak,remaja,hingga ke alam permulaan menjejakkan kaki ke ITM..kadang-kadang ape yang dilalui oleh Pn Roza tu ada gak kita laluinya..hihihi misalnya main panjat-panjat pokok,main hendak-hendak..emm yang tu gak yg aku ingat ek..ala dulu-dulu time comei2 lagi..comei ker??sila abaikan keperasanan tuan empunya blog ni yer..ada jer abang-abang senior duk usik-usik..pastu bagi surat bawah meja..hihihi..lawak giler time tu.
ape lagi ek yang menarik dalam buku ni??emm pasal makanan yang dia makan and unik tu pun ada gak zaman kecik-kecik dulu aku makan and bila dah besar ni susahnya nak rasa camtu lagi..semua experience time kecik-kecik kat kampung tu very valuable.. susah dah budak-budak zaman sekarang nak lalui camner yang kita dulu-dulu lalui.

setiap cerita di selitkan pengajaran dan hikmah setiap kejadian..semuanya di pandang dari sudut positif..kena jangkit kutu pun ada hikmahnya..
ape-ape pun enjoyla baca buku ni..mak pun sama.siap salin kata-kata puitis dari buku tu lagi..mak..mak..nk jadi penulis novel gak kot satu hari nanti..

..two is better than one..

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"

'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing

'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one
Yeah, yeah

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, "Hey,"

maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone

And I'm thinking
I can't live without you
'Cause, baby, two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
But I'll figure it out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one


v
v
v
v
betulkan abang???two is better than one.


miiiiiisssss you...

Monday, April 26, 2010

...turn to 7..


sepanjang 7 bulan ni macam-macam telah kita lalui..
suka..
duka..
tawa..
riang..
merajuk..
marah..
geram..
pujuk..
usik-mengusik..

everything semuanya kita telah lalui..
semoga ape yang kita lalui selama 7 bulan ni akan membuatkan kita lebih memahami..lebih mengeratkan hubungan kita..lebih membahagiakan kita..untuk kita melalui hari-hari yang akan datang.untuk kita terus bersama..
aminnnn..

thanks sayang for everything suka duka yang telah kita lalui bersama..
"Hepi ulangbulan yang ke 7"

misss you...
see you this weekend..

..adoi haii..

weekend semalam aku balik umah opah..makandak pun balik sama..best..best..lama tak berkumpul camtu.tapi yang tak bestnyer sebaik makandak sampai jer terus cakap aku berisi and tanya "mengandung ek???" hohoho sangat sedih bila orang cakap camtu..aku pun perasan gak pas balik bercuti tu badan aku naik mendadak..3kg sekali naik.bila dah naik tu paham-paham la bukan senang nak bagi turun balik..pipi ni pun rasa tembun and tembam semacam.pakai tudung rasa booolaaatt jer..

aku senyum jer la menjawab soalan yang makandak aku tanya tu..pastu dia sendiri jawab "senang hati la katakan"..ape yang senang pun kau tak pasti..
..............................................
ok.settle bab-bab badan chubby tu semua..
kuar pulak topik baru..takde ape-ape lagi ker??
soalan ni memang sejak dua menjak ni aku allergic sikit..rezeki tu Allah yang nak kasi kan??kalau dia nak bagi sekarang dapatla sekarang.kalau belum lagi adala hikmahnye kot..
bukan setakat family aku jer yang bertanya..tapi dua 3 hari ni my SIL pun bertanya gak..mula-mula kaklong..dia ingat aku and hubby planning.dia tak galakkan la planning.tapi aku cakap takde pun planning..then i explain what happened to me on last January..memang aku tak cakap kat sape2 pun adik beradik hubby pasal tu.bila diorang tanya baru aku citer..on the next day angah pulak sms..tanya hal yang sama..oooohh sungguh prihatin my SIL..diorang suggest macam-macam kat aku..sungguh terharu..takpe nanti aku usulkan kat hubby and tengok camner saranan dia..

buat masa ni aku takla rasa benda ni jadi satu masalah lagi..selain fikir takde rezeki lagi.maybe susah kot sebab kitaorang stay jauh.bukan everyday ada sama..tapi bila orang dah kaitkan badan aku yang semakin tembun ni dengan prgnancy rasa tak best pulak..takpe.pasni aku try turunkan berat ni..walaupun hubby cakap takyah tapi takmaula orang asyik tegur kata badan aku nampak chubby jer.sedih ooo...buat masa ni dari 3 kg yang naik tu dah dapat kurangkan 1kg.tinggal 2 kg jer..chaiyokkk pada diri sendiri.

mudah-mudahan juga kami tak perlu menunggu lama untuk rezeki itu..amiiinnnn...

..yang mana satu pilihan kalbu..

citer ni before gi honeydays..
tapi tak publish2 lagi..

a day before bercuti hubby cakap jom gi jalan-jalan kat Queensbay..aku ok jer kalau bab jalan2 ni.kalau sakit pun sure sihat walafiat bila tengok shopping mall..window shopping pun takpe.tapi jarang la window shopping.mesti terbeli jugak something..

tengah jalan2 masuk kat bahagian baju-baju pompuan mr hubby suh pilihla mana-mana.abang belikan..hihihi umpama orang mengantuk di sorong bantal la..best gak bila dah kahwn ni kan??urusan beli membeli ni ada orang offer membayar.tp aku tak suka mintak2 ( thats not my type)melainkan hubby sendiri yang nak bagi..dia yang suruh aku pilih.last2 dia bawak kat aku 4 helai baju ni suruh aku try..dia cakap nak tengok aku pakai color-color yang aku takde lagi..

patik menurut perintah..tuanku..hihihi..tak cakap banyak terus masuk fitting room..orang tak ramai cam weekend so memang lama giler la kat dalam fitting room tu..snap snap gambar and tunjuk kat mr.hubby gaya-gaya ala model..mana satu tuanku berkenan..hihihi nak semua boleh???
pastu pas belek punya belek hubby berkenan kat satu ni jer..hihihi yang mana???tekala..

takpe2 nanti kalau-kalau aku pakai aku ada snap gambar sure tau mana satu aku ambik..

award lagi...

thanks ryna sebab sudi bagi award ni..tak sangka pulak dapat 2 sekaligus..tima kacih yer..
bila-bila free boleh la kita jumpa kan???hihihi..


Friday, April 23, 2010

rezeki hari jumaat..

sungguh tak ku sangka..cempedak jadi nangka..3rd time join GA,kali ni berjaya..hahaha.(sila gelak cam sin chan yer)..
from 30 penyertaan aku antara 3 pemenangnya..ceh.cam tak percaya jer..unexpected tapi nak gak kembang kembang hidung.kuang kuang kuang

nak tau GA mana aku join??? sila la klik di sini..malu la nak tempek 2 3 kali..tapi orang lain punya pun semua hebat-hebat and unik..dari awal-awal lagi aku tgk gambar Fit tu memang dah agak boleh menang..

tak sabar nak tunggu hadiah sampai kat umah..ape la hadiahnyer ek??tapi yang aku tau hadiah tu dibeli masa ciare gi bercuti2..ape ape jer la.by the way thanks yer Pn Ciare sebab memilih teman ni jadi pemenang..hihihi

~~ouR HonEYdaYS in KuchiNg (4)~~

2nd day in Kuching..(18/04/2010) which is the last day kami kat sini..

hari ni takde maknala nak pasang niat nak gerak awal.sebab dah nak check out so kuar lambat sikitla..so pagi tu as usual my hubby sambung tido pas subuh and wife dia pulak packing and kemas semua barang-barang..kosongkan satu beg untuk letak barang-barang hasil pembelian..satu beg lagi sumbat semua kain baju..

around 11.00am check out and gerak ke pasar satok..ingatkan jauhla sangat dari hotel.tapi lebih kurang 10 minit jer..tak sempat nak panas punggung.hihihi

Pasar Satok...ape yang menarik kat sini??ofcouse la Terubuk Masin..from survey yang aku buat before gi sini memang ramai yang suggest gi beli kat sini kalau nak Terubuk Masin..

pasar minggu satok ni tutup pukul 12 tengah hari..tapi malam pun ada gak..Night Market..macam-macam ada jual kat sini..better gi jalan-jalan and survey harga dulu before decide ape nak beli..

hohoho terjakun jap laki bini tengok apam balik sekeping seringgit..kat tmpat aku tak jumpa dah apam balik size ni singgit.paling koman pun RM1.50..
mai pekena satu..



berkotak-kotak gak kitaorang beli ikan terubuk tu..ada satu stall tu yang seekor RM18 dapat beli dengan harga RM20 for 3 ekor..sebab pakcik tu cakap dia nak clear kan ikan tu.sebab dia berniaga weekend jer.jadi nanti ikan tu tak habis..ada pelbagai harga ikut saiz ikan tu..kalau dengan pakcik ni yang jenis 3ekor/RM10 tu boleh dapat 6ekor/RM10..kitaorang membeli kat 3 stall..macam-macam saiz ada.untuk buah tangan family..
kalau ikut info yang aku dapat from internet,diaorang suggest beli kat kedai wawasan..tp kedai tu owner dia cina..tak jadila beli kat situ.kitaorang beli ngan orang muslim..rasa confident sikit.

jalan-jalan lagi jumpa kedai jual tshirt2 tulis SARAWAK..emm beli la untuk semua family and termasuk anak-anak sedara..tak lupa juga untuk kami..kat sini pun harga ikut saiz..ada yang RM9/2pcs, RM10/3pcs,RM10/2 pcs and ada gak RM10/1pc..semua harga kitaorang borong..

jalan-jalan lagi..jumpa kucing chumel ni plak..saja tanya harga..nak tau berape???RM500 ko..emm lupakan jela hasrat nak miliki kucing ni..tunggu kaya sikit and bila rasa dah tak tau duit tu nak guna buat ape bolehla beli kot..hahahaha


cam garfield..gemuk dan malas

pas habis keliling satu pasar satok ni kami jalan-jalan lagi.kali ni nak cari tempat makan..dari satu kedai ke satu kedai kitaorang pegi.tapi cam tak berapa menarik hati..aku ni agak kureng sikit kalau kedai tu orang yang servenyer kureng bersih..tak kemas,kedai pun tak berapa nak ok..ntah.nanti rasa tekak ni tak sedap jer..

then berkenan dengan kedai SELERA FATIMA..bertentangan ngan kedai ni

kaya toast..

menu hari tu nasi campur and air ini
v
v
v

longan syrup + pandan delight..nyum nyum

sedap la lauk ni..and kicap jangan tinggal yer..aku and kicap tak boleh dipisahkan
....................................

lepas Satok kitaorang balik semula ke pusat bandar kuching..kali ni jalan-jalan masuk muzium..
ada 3 muzium kat sini..dekat dgn tugu pahlawan..

ada Muzium Etnologi..dalam ni macam-macam ada..species binatang,contoh rumah-rumah di Sarawak,peralatan memburu,membuat tatu,ada topeng-topeng yang dipakai oleh kaum-kaum di sarawak,peralatan seni..pendek kata macam-macam ada..cuma kat dalam ni dilarang sama sekali untuk
mengambil gambar.

    Muzium Etnologi

Muzium Seni..ni ofcosla semua yang melibatkan seni..lukisan..

Muzium Sejarah..nak masuk kat sini kena bayar..RM4 for adult..


                                                
tak berkesempatan nak gi Muzium Islam..penat dah kaki berjalan..mr hubby awal2 lagi dah surrender.dia cakap penat kaki.kesian plak.ikutkan hati nak jer lagi berjalan kat bangunan seberang sana pulak.tapi kesian pulak tgk muka hubby..

pastu gi masjid..

kat sini rehat lama sikit..masa kuar jer dari masjid terkujat aku tengok hubby syok dia bersembang dgn someone..cam dah kenal lama jer.."Pakya" orangnyer..dia keje kat semenanjung..pernah study and keje kat penang.tu yang cam kenal lama tu ek..Pakya suggest kami try mee kolok  kat satu kedai ni.mana dia Lok An.kedai cina..dia cakap sedap mee kolok kat situ..tp dalam hati dah sebut mungkin tak kot nak gi try situ.biarla makan kat kedai orang islam..pastu Pakya bagitau kalau kek lapis sedap lagi Afifi..kalau family dia time raya memang beli kat Afifi jer..kalau kawan2 semenanjung kirim pun dia beli yang Afifi punya..emm kitaorang dah beli banyak kt Dayang Salhah tu semalam..takpela..ada masa lagi boleh nak gi try kat afifi..

kuar dari masjid kitaorang gerak ke waterfront..ambik gambar..and ambik angin.

Astana..kediaman YDP Sarawak..

nk gak tepek muka ni kt sini..hihihi

jalan2 area shopping complex.banyak mall kat sini.nak list kan pun tak berapa nak ingt.kitaorang park kereta kat area waterfront then berjalan kaki menerjah mall kat sini.

                                      

around 5.30pm kami gerak ke Kampung Melayu again.kali ni nak gi kedai Afifi and nak taste kek lapis dia..
memang sedap.berbeza dengan Dayang Salhah.kek dia lebih lembut..tapi kedai ni tak ramai pun orang pegi.orang duk tuju ke Dayang Salhah jer..beli la juga 4 flavour..

                            
then pi food court kat sini..nak makan mee kolok and laksa sarawak.datang sini kalau tak try 2 ni  cam tak sahla kan??

         so yummylicious..

dah makan tu merengek2 lagi kat suami nak makan rojak sotong pulak..tak nak hampakan permintaan si isteri order pulak rojak sotong..emm camnola tak naik 2Kg pas balik dari sini

                                      
tapi sedap lagi rojak sotong yang kami makan semalam..kat kedai Shariff Dol Madu Tiga tu..yang ni penuh kangkung jer sotongnya kurang..

around  6.30pm balik semula ke seberang..nak gi solat maghrib and bersiap2 untuk ke airport..
7.30pm kuar dari masjid and gerak ke airport.

check in around 8.10pm.
kena beli extra beg yang kotak-kotak tu untuk isi barang-barang pembelian..ingatkan cukup beg troli tu 2..
and by 9.00pm kitaorang berlepas dari KIA..

Bye bye KUCHING..

                                    
bergambar before balik..

Thursday, April 22, 2010

~~Our HoneyDay in KucHinG (3)~~

sampai ke part 3??
layankan jer la..kalau takmo singgah kat sini shuh shuh shuh..pi main jauh-jauh...

still on the same day 17.04.2010..tapi ni citer malam nyer plak..

my mr.hubby kushuk la sangat melayan football match feveret team dia..yang aku pulak sibuk kemas barang-barang hasil pembelian siangnyer..
ada lagi yang dah siap masuk beg..

emm bila si suami khusyuk melayan bola si isteri pun buat-buat la sibuk..baju nak pakai esok pun dah siap di iron..

around 10.30pm baru kuar plak..emmm dh cakap dalam hati sure tak dapat gi makan kat Baroq..

before kuar sempat lagi en suami nak bergambar kat cermin ni..muka aku pun cam tak bermaya dah.penat kot seharian berjalan.

ronda-ronda sekitar waterfront..

bangunan DUN di kala malam

hajat di hati mau seberang sungai Sarawak tu lagi untuk makan kat Baroq tapi..huhuhu hajat tak kesampaian.
malam tu dinner kat area waterfront sahaja..

kedai ape ntah..lupa..menu malam tu nasi goreng thai + lemon juice for hubby and kuewtiow cantonese+ lime juice for me..agak mahal makan kat waterfront ni.untuk air sajer dah sama dengan harga makanan..tapi nak buat camner.nak gi makan kat baroq tu takut tak sempat sebab masa kitaorang sampai pun dah pukul 11 malam.makan-makan mau lewat malam gak baru nak balik.so cancel.makan jer kat sini.see makan tengah malam..manala tak naik berat badan lepas balik bercuti

then just ambik angin kat area waterfront..lepak-lepak kat situ..ala-ala dating..hihihi
tengok orang menyanyi..suara sebijik cam band Hujan tu..diaorang nyanyi then letak bekas duit..sape nak bagi bagila..

pas penat berjalan kitaorang balik hotel..esok the last day kami kat sini.banyak lagi tempat nak pegi

Ya Allah kau sembuhkanla baby hana..

Dalam hari-hari yang kita lalui penuh dengan kegembiraan dan kebahagian tapi ada juga yang lalui hari-harinya dengan kesedihan,tangisan dan kekecewaan..pertama kali baca entry ni terus menitis air mata..sedih sangat..betapa Allah menguji hambanya..bagaimana bayi sekecil itu dah melalui kesakitan sebegitu..masa tulis ni tersangatla emosi..dear fren sama-samala kita doakan baby hana supaya cepat sembuh..mana tau ada antara kita doanya di makbulkan..

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan buat Pn Rohaiza dan Kau sembuhkanlah adik Hana.


this entry aku copy from yani..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat>Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

......................................................

then aku terpanggil untuk personally email to Pn Rohaizah..just for my concern atas ape yang di lalui..berat lagi mata kita yang memandang..berat lagi bahu mereka yang memikulnya..
sedih bila bayi yang dikandung selama 9 bulan bila lahirnya jadi camtu..emm dugaan Allah..Allah menguji umatnya sebab dia sayangkan kita..

then Pn.Rohaizah reply email yang aku hantar..
korang boleh besarkan image ni kalau tak clear yer..

.........................................
sama-samala kita berdoa supaya beri kegembiraan buat keluarga ni..supaya adik Hana sembuh dan menjadi seperti bayi normal yang lain..

~~our HoneyDaYs in KucHinG - (2)~~

17.04.2010

kami solat subuh awal giler pagi tu.. pukul 5.30 dah sembahyang dah.sebab takut terlajak..al maklumla kalau kat semenanjung waktu syuruk kan ke lambat so 6.30 baru nak smbahyang.kat kuching 6.30 tu dah cerah dh..
plan nak gerak awal la pagi tu kunun tapi dah bangun awal then sambung tido pulak nak dkt pukul 11 gak baru gerak..breakfast pagi tu makan kopok lekor and air jambu batu jer.. tu pun beli kat tepi jalan on the way nak gi serikin..tp bukan kira breakfast la kan klu makan pun bila matahari dh tegak kt atas kepala..haiii ape daa laki bini ni..

sempat lagi bergambar kt lobi hotel before beertolak..

hari ni we decided to go to Serikin..

daripada hotel ke serikin tu lebih kurang sejam suku..

on the way tu jumpa banyak gak kampung2..mostly kat sini semuanyer petani..kat tepi2 jalan ada gak yg jual sayur2 kampung tu..

ni kat Kampung Dayoh..betul ker??watever la..

bnyk jual buah kat atas tu..tp aku tak tau plak buah ape.bila aku tanya diorang buat muka blur jer tgk aku..tak faham kot.tu aku yg tnya belum lagi mr.hubby tanya..sekali dia kuar slang penang dia lagi la nganga muka penjual tu

alhamdulillah berpandukan map and signboard selamat la kami sampai ke sini..mujur senang jer nak cari.takdela sesat larat
Pasar Serikin..
rambang mata tengok barang-barang.kalau pandai bargain memang untungla..bab tawar-menawar ni aku
serah kat mr.hubby la..dia arif bab-bab ni..berbaloi-baloi..

tengok benda-benda ni rasa nk beli jer..tp kenangkan nnt nak bawak blk terlebih plak muatan.

murah jer topi ni..RM10 ke RM9..bargain boleh dpt RM7

pastu tengok pulak telekung..huhu rambang mata.cantik-cantik and murah-murah..beli la 3 pasang untuk my mom,my MIL and for me la..yg harga RM65 tu dapat RM40..kira okla..made in Indonesia.yg jual pun cakap slang indon jer..dah rasa cam bukan kt sarawak..

kain ni pun murah..after bargain boleh dpt RM17..tp kat Bali lagi murah rasanyer..15000Rp..

ma busyuk ni pun naik tocang sama..terus lekat kat kedai seluar ni..
belek punya belek dapat gakla beli sehelai seluar kat sini..fake pun fake la.nk pakai gi site boleh la..

macam-macam beli hari tu.kalau boleh cam nak angkat pasar tu..beli kulit kayu manis,buah salak madu,buah ciku(camla kat penang takde),beli souvernier for kawan2..macam2 la..nak beli kain batik fikir mak sure dah beli banyak sebab diorang gi Kelantan and Terengganu..

almost 3 hours kitaorang membeli kat sini..pas penat kaki,baru cari tempat nak duduk and mengisi perut

lunch for that day..
ni jer kedai yang rasa confident nak masuk..tapi still tak de air juice2 ni..susahnyer nak minum juice..last2 sirap limau jer la..

pastu tanya ada surau tak kat sini?emm jawapannyer tidak ada yer.jenuh gak nak cari surau or masjid area sini.sepanjang jalan memang takdela.
masa pegi kami ikut jalan Batu Kawa-Bau..balik pulak ikut Batu 7..
before balik sempat la singgah Gua Angin..and ada garden before tu..tak sempat nak gi Gua Fairy sebab dah ikut jalan lain.

pose husband and wife..



sepanjang jalan nak balik ke Kuching rasa jemunyer la..jauh.and nothing special to cuci2 mata..tapi takpela.kira adventure to travel..cari experience drive kat tempat orang..

see??kiri kanan lapang je kan..
emm sabarnyer la sape yang stay kat sini..kalau aku rasanya tak boleh hidup cmni kot.jauh dari pekan.kalau pekan pun rasanya tak boleh nak dipanggil pekan..sebab cam takde ape jer..tapi kalau memang orang sini ofcosla diaorang dah biasa.."alah bisa tegal biasa kan??"
ikut Batu 7 ni banyak pulak lori besar.lagi la jemu ikut bontot lori..habuk usah cakapla..

cari punya cari finally jumpa gak masjid..

kalau kat semenanjung jalan sikit dah jumpa masjid.kat sini punyala jenuh aku nak cari masjid..jumpa ni pun dah nak sampai area kuching..ke kitaorg yang cari tak jumpa..takpela at least dpt gak menunaikan kewajipan..ye la muslim kat sini minoriti kan.so takdela banyak masjidnya.kalau area perkampungan orang Melayu and askar ke confirm ada..

pas solat smua kami terus gerak balik ke Kuching..plan petang ni nk gi kampung melayu sarawak..nk naik perahu tambang..

tambang 40 sen jer nak ke seberang..tp kami bagi rm1 for two person..extra 20sen tu bg kat pakcik tu.kesian sure penat ke hulu ke hilir.

tujuan asal gi sini ofcosla nak cari kek lapis..pastu nak dinner kat Baroq..
muka excited jer dua2 org ni..padahal rasa gayat gak.naknyer bila nak naik and turun dari perahu tu..kalau tak balance orangnyer pun rasa cam senget jer perahu ni.

kami gi membeli di sini--->>kedai kek lapis Dayang Salhah..
banyak gak kedai kek lapis lain..ada Zaharah,Afifi and macam-macam la..tapi hari ni kitaorng gi sini jer dulu..

boleh gak rasa.macam-macam ada.mana yang berkenan bolehla ambik kat rak dia..
semua kek lapis ni RM10..tp ada gak yang lebih RM10.. bnyk gak kitaorg beli.dia packing siap2 dalam kotak and seal.tau nak bawak pakai belon kot..yg kek lapis ni nanti boleh hand carry jer masa balik nanti

hajat di hati nak gi makan kat Baroq..tapi cam kenyang jer lagi..hubby cakap malam-malam sikit la kita gi..
untuk isi perut time tu kami pekena sotong kangkung/rojak sotong dlu..

so yummylicious..

beli dari kedai ni
v
v
v

hihihi..tengok nama kedai pun rasa lawak.
pastu minum ABC yg kureng best.tak habis pun makan..


before balik ke seberang sempatla cuci mata tgk sunset..

cantik kan???this one capture by my hubby..

nak gak..hihihi

on the way nak gi hotel singgah jap kat statue kucing ni..kalau tak capture photo kat sini tak sah la kan??
masa ni running time sebab en suami nak tengok bola..pasukan faveret dia main..

"pas habis bola baru kita kuar yer sayang"..pujuk en suami..emm iyo kan jer la..janji tak terperap kat bilik malam tu.