Tuesday, March 29, 2011

TAK FAHAM..CUBA NAK FAHAM

ni my personal blog..ok..diulangi personal blog!!!
sy tau ramai silent reader singgah kat sini sbb traffic selalu jer bertambah..tapi kenapa ntah blog pinggiran yg ntah ape2 ni jugak yang nak dibaca..

kepada yang berkenaan kalau la saya salah cakap
I'm SO SORRY..
ape yang adik saya cakap tu mungkin nampak kasar tapi maybe dia pun tak perasan ape yg dia ckp.dia tak tau menahu ape2 tb2 jer dpt call camtu.ntahla salah adik saya tu jugak.. 
ape yg saya cakap pun based on ape yang di rasa..kami sekeluarga rasa..

saya tau kami ni takde ape pun.nak kata kaya harta,fuhhh jauh sekali..
selama hari ni dah jenuh kami telan ape orang yang orang buat kat kami..
ikutkan banyak kali dah terasa hati..since dari zaman2 study dulu.
tapi tak pendam lama.sebab cam sedar diri.
and fikir orang dah nak bercakap nak buat camner..

kadang-kadang sedih tgk abah sendiri dibuat camtu tapi nak buat camner abah saya sangat baik and sanggup buat ape jer demi adik beradik dia..kalau kitaorang complaint ape2 pasal ape yang abah saya buat untuk adik beradik dia kitaorang yang kena marah balik.
so diamkan jer la..dah faham perangai abah..jadi ada mata tengok jerla..
sebab fikir adik beradik abah pun family kami jugak..yup.. we are family.tak baik nak porak perandakan institusi keluarga.

tapi bila ada orang yang cuba nak api2kan keadaan tu camner yer???
ntahla..saya betul-betul tak faham...

and again kalau terasa 
saya mintak maaf banyak-banyak.tak terniat sekelumit pun nak singgung hati sape2.
and tak niat nak keruhkan keadaan.

Monday, March 28, 2011

good boy!!

semalam saja try test bawak danial kuar jalan-jalan..mula-mula MIL tak bagi tapi anak dia a.k.a my hubby berkeras gak nak bawak danial jadi MIL redha jer la..ala bukan gi mana-mana sgt pun..saja jalan-jalan g shopping..kebetulan semalam last day baby fair kat sunshine tu yang ligat gak nak pegi..

dah tau tempat nak g tu sejuk tu yg MIL tak bagi tu..tapi kami dah standby pakaikan danial baju kalis sejuk..hihihi.tgh2 hari buta pakai baju cam gini..nasibla danial..satgi tok bising..
sementara nak tunggu mama bersiap sempat lagi danial tido atas riba abah yer..
.
.
sampai kat parking Sunshine Square 
melilau mata danial.pelik kot mana ntah mama and abah dia bawak.

nervous gak tgk dia camtu..fuhh siap baca ape-ape yang patut.takut masuk-masuk situ terus UWAAAAA.mau haru nanti..
tapi mujur tak..
DANIAL SANGAT BAIK..
sangat bekerjasama dgn mama and abah..
cam tau-tau jer mama and abah nak shopping..
tak merengek sikit pun.takde pun nak mintak susu or nak tidur..
sibuk mata dia melilau tgk orang..
salesgirl pun suka pulak cuit-cuit pipi dia..

hajat hati nak shopping utk mama and abah danial tapi end up shopping baju danial yang banyak..
kebetulan ada baby fair kat situ tu yang lagi rambang mata..
aku terkejut gak tgk ke'excited'an hubby.
padahal baju danial banyak lagi tak pakai.
baju-baju yang orang hadiahkan lagi..hamper pun bnyak tak bukak lgi..
tapi dah abah danial nak beli.ikutkan jerla..
jangan tak percaya baju-baju raya danial pun dah siap beli.
abah danial rambang mata tgk brand baby kiko,kiki lala sale 70%..tu yang dia rembat jer ikut suka dia..
.
.
sebab tu kot danial tak meragam..
nanti bila-bila boleh bawak lagi danial jalan..

Friday, March 25, 2011

..hip hip horey!!!!!..

jom jom join aku lompat sama-sama..hihihi sukanyer die..
mana tak suka..
hari ni last day aku berpantang..37 hari berpantang kat umah my parent..7 hari lagi kat umah mak mertua..ikutkan mak mertua aku suruh separuh hari mak aku jaga separuh hari dia jaga.tapi cam tak best plak nak berpantang kat umah mertua without hubby..untuk tak kecikkan hati MIL bagi gakla dia jaga seminggu..mujur hubby ambik cuti lama..

esok dah boleh la menjalani kehidupan normal cam orang lain.
ceh camla before ni tak normal ye dak??
i mean boleh la nak meronggeng..nak makan benda-benda yang tak boleh masa pantang tu..
tapi ada gak kan benda yang tak boleh makan lagi even dah habis pantang??

mak pesan jangan makan 
1.benda berais
2.keladi
3.air kelapa
4.jambu batu
5.laksa..
.
.
.
huhuhu..yang no.2 and 5. feveret tu..boleh ker aku berpantang ni??takut pantang jumpa jer nanti..terus nak ngap.harap-harap kuatla iman aku dgn godaan makanan-makanan tu..
bab makan tak kisah sangat..
bab nak berjalan tu yang no.1..lemas dah duk 44hari kat umah jer..
dah plan nak merayap ke queensbay mall weekend ni..tapi boleh ke bawak danial ni???
..takut plak..
pada kawan-kawan yang masih berpantang tu 
SELAMAT BERPANTANG 
yer..
 pasni kita ajak abah gi cuti-cuti malaysia yer???..

Thursday, March 24, 2011

congrate!!!

semalam kuar result SPM..tp aku pulak yang nervous nak tau result adik bongsu aku tu..
.
.
.
tapi alhamdulillah..dalam macam-macam dugaan yang adik aku terima(banyak betul dugaan dia terima nak dkt2 exam..kesian aku tgk adik aku tu.time tu dia kat asrama..nak jenguk everyday pun tak boleh..)dia berjaya gak buat yang terbaik dalam SPM walaupun tak dapat straight A tapi alhamdulillah syukur tu result terbaik yang dia boleh capai..
.
.
CONGRATULATION!!!!
Syazwan..
7As..

congrate gak pada cousins yang lain
Zulafifi- 11As
Nana-6As
Amalina-5As
dan juga Faid..


TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH..

rs cam nak ambik SPM balik jer..confirm boleh score straight As..hihihi

Wednesday, March 23, 2011

bikin nervous jer..

percubaan pertama bawak danial kuar bikin mama and abah nervous jer..bukannyer lama mana pun..dalam 1jam jer..tu pun on the way nk blk umah PIL kami singgah makan kat area gelugor..orang tak habis pantang ape jer yang boleh makan kan??so cakap kat hubby nak makan pecal ayam..since ayam boleh makan dalam pantang tu jer la aku request.kalau bawak kedai makan yg ada variety lauk pauk kang semua aku teringin.so better aku pilih kedai yang main menu ada pecal ayam and pecal lele jer..

masa dalam keta on the way dari teluk intan sampai bukit merah danial tido jer..bukak mata pun skit jer..lepas bukit merah dia dah cukup tido kot boooolatttt jer mata dia tgk sekeliling.sampai berpusing-pusing kepala nak tgk..pastu bila jumpa lori dia kuar bunyi cam menegur..uuuuuu..nak tanya la kot ape bendanyer..ceh pandai jer aku..sampai la naik bridge pun terbeliak mata tgk keta..suka jalan anak mama ni rasanyer..
pipi mama tak kurus lagi..

then kami pikir danial ok kot kalau nak singgah makan..nak tunggu sampai umah takut tak tahan lapar plak.buatnyer mak tak masak lagila naya.dahla kami balik tak bagitau.konon nak bagi surprise...before sampai kedai tu dah upah nenen dah kat danial..jadi sempatla la mama and abah dia nak makan dengan tenang..

turun-turun keta dengan confidentnyer bawakla danial masuk kedai makan tu..baru jer duduk tetiba danial 
.
.
UwAAaaaAAA!!!!!!
bukan calang-calang suara.terus loud speaker tu.terkejut aku and hubby..nangis cam kena pukul..nak kata lapar baru jer menyusu..panic gak kitaorang.semua orang pakat tengok kat meja kitaorg.dahla kedai tu student jer ramai.
nak selamatkan keadaan berlari gak aku bawak danial masuk keta.yela daripada jadi tumpuan orang ramai.
.
.
masuk-masuk keta elok senyap.bagi nenen pun takmo.
pegang kejap tak sampai pun 5 minit terus terlelap danial.
ceh!!
NAK TIDO RUPANYA ANAK MAMA..
SABAR JERLA.
dia dah tido baru masuk balik kedai tu.ingatkan nak bungkus jer tapi call hubby masa duk dalam keta tu dia kata makanan dah sampai..nak xnak gendong jer la danial masuk balik kedai..
.
.
pasni kena get ready kalau nak bawak danial kuar..

grrrrrrrrrr

apesal tak boleh nak upload gambar??????
ishhhh tgh ada mood nak update tak boleh plak nak upload gambar.

Tuesday, March 15, 2011

camno ni???

since dari minggu lepas aku struggle bagi danial susu guna botol..yela.nak biasakan dia.ni pun dah nak habis pantang dah.habis pantang for sure akan meneruskan aktiviti mama and abahnyer seperti biasa...ape lagi kalau bukan mengukur shopping mall..^-^.kalau danial dah boleh minum susu EBM guna botol senangla sikit nak berjalan-jalan..bila dia merengek2 nak susu sumbat jer botol..makanyer mama dia takyah la nak pakai baju yg longgar2 yg senang nak selak..or bawak nursing cover..kang kalau danial nak susu nak cari tmpat nak breastfeed lagi..mana boleh ikut dan jer sumbat cik B..malu la i..
.
.
tapi hasilnyer sangatla mendukacitakan..
.
.
mula-mula aku bagi..ofcosla dia taknak.dah ada bau mama dia confirm la dia nak yg fresh .
.
.
pastu suh opah dia pulak..
.
.
dia boleh jegil-jegilkan mata tgk botol susu tu.

dia boleh juih-juih jer lidah dia kat puting botol tu..padahal before tu dah melalak nak susu cam lapar sgt.tp bila bagi botol boleh main2 jer..pastu nangis...
.
.
last-last cari sudu..bantai jer la dgn sudu ubat ni..mujur dia nak.kalau tak sayang plak susu tu..
ambik ko..besor sudu dari mulut dia..
.
.
pasni kena beli botol lain la kot.any suggestion???malas betul nak search kat internet ni..

Tuesday, March 8, 2011

..hiburan baru..

sejak Danial dah pandai menyengih ni bangun pagi-pagi tak sabar-sabar nak tengok muka si dak techik tu..celik-celik mata jer mesti tengok danial kat sebelah dulu..
kalau dia belum bangun mama sempatla bermanja-manja dengan abahnyer dlm tepon dulu.(suara bangun tido kan ke seksi??tu yg suke call bila celik-celik mata jer)
tapi selalunyer tak lama la.danial cam tau2 jer abah dia call..cam tak kasi can kat mama and abah nak manja-manja
bila danial dah bangun kena la tukar mode loud speaker sebab abah dia nak dengar suara anaknyer

bila abah danial bagi salam jer
terus dak techik ni sengih..
.
.
.
kenal suara abah dia kot..
.
.
.
bila panggil nama dia pun dah tau sengih..

setiap hari ada jer benda baru yang danial buat..
semuanyer hiburkan hati mama..
sayaaaaaang dia..

Thursday, March 3, 2011

..jangan curi makan!!..

haaa curi  minum lagi kan dah sakit..
tanggung sendiri la sape suh curi-curi minum benda yang tak boleh masa dalam pantang 
.
.
.
hihihi tu dialog bonda ku bila anak dia curi minum air oren sejuk 
.
.

sedap kan air oren ni bila sejuk-sejuk??
tak boleh tahan beb!
dahla cuaca panas tahap maksima kat sini sekarang ni
ditambah pulak dengan aku yang berbengkung 24jam+makan jamu+ bertungku dan yang sewaktu dengannya..

jadi bila air ni dah ada depan mata main bedal jer la..dh minum baru tanya kat mak 
air oren boleh minum tak??
.
.
.
akibatnyer malam tu aku kena serang dengan angin.menyucuk-nyucuk dari atas perut sampai ke belakang.
tak pasal-pasal malam tu abah angkut aku ke klinik..
mujur ada gak lagi klinik bukak.almaklumla aku bukan duk kat bandaraya.nak jumpa klinik 24hours takdela kat pekan Langkap ni.
.
.
masa doktor check kebetulan doktor pompuan dia tanya aku ada curi makan ker??
haaaa kantoi..dia pun agak aku ada makan benda yang tak boleh.sebabnyer dia cakap kalau dalam pantang memang senang nak kena camni kalau salah makan..

tapi memang sakit la.makan ubat pun tak lut.tak tido la malam tu.kesian kat danial.mujur ada buat stok EBM..opahnyer la kena bagi kat danial minum.aku dah tak boleh nak buat ape dah.nak tunduk tak boleh..nak baring tak boleh..abah pulak duk urut2 belakang aku..
tak pasal-pasal dah susahkan orang lain..

pasni taubat dah.takmau curi-curi makan lagi..
nak pantang betul-betul..

..pengalaman melahirkan-part 3

harap-harap ni final part la..bukan senang nak curi masa nak update.mujur dah bagi upah nenen kat danial tadi dia tido lena.sempatla mama dia berfoya-foya dengan lappy nya..

ok sambung part dah ada dalam LR.

mula-mula nurse tu cucuk kat tangan nak masukkan air..dah siap-siap semua nurse tu panggil husband masuk.
pastu doktor masuk tanya nak guna epidural tak??dia bagi pamplet suh baca..dia suh discuss ngan husband..
beriya gak doktor tu nak aku guna epidural..and macam-macam gak kami tanya kat doktor..
tapi lastnyer aku tak ambik pun epidural tu..ambik pathedine jer.cucuk kat bontot.

dari pkul 8am sampai la ke pukul 5.45pm baru la bukak 10cm..sementara nak ke 10cm tu tiap kali sakit nurse suh sedut oksigen yang ada kat tepi katil..tiap kali sakit tu la mr.hubby pasangkan kat aku..tapi ntahla oksigen tu bagi lagi mengantuk ada kot.tp kurangla sikit sakit tu..bila mamai tu kadang-kadang time sedut boleh tertido.sampai hubby tampar-tampar pipi ni nak kejutkan aku jangan bagi tido.huhuhu sabor jer la..

tapi kehadiran en suami sepanjang berada di LR sangat la aku appreciate..tak henti-henti ayat quran hubby baca..surah yaasin tu ntah bape puluh kali dah dia baca..surah maryam..macam-macam surah la.
and tiap kali aku kata sakit tiap tu gak dia usap kepala ni,cium dahi ni and baca zikir-zikir..doa nabi yunus
THANKS SAYANG..

nak sampaikan ke 10cm tu 3x masuk air..pastu 4x doktor buangkan urin..mula-mula masa rs nk terkucil tu aku ckp kat nurse nak terkencing.ingatkan diorang bagila aku bangun nak gi toilet sebab toilet sekangkang kera jer dari katil aku tu.rupanyer doktor yang sedutkan urin tu guna tube..sabor jer la.
dalam pukul 5.45pm dah sakit sangat.rasa cam nak teran sangat-sangat.hubby tekan loceng panggil nurse.staff nurse tu check bukaan and time tu dah full..10cm.so diorang siap-siapkan alat.at first dr Ashraf nk conduct my labor tp aku request nk doktor pompuan..dapatla doktor pompuan.
bila ada rasa sakit doktor suh push..hubby tahan kepala and tak putus-putus bagi kata-kata semangat.."sayang boleh!!"
tak ingat bape kali push..tapi sampai ke pukul 6.15pm aku dah takde daya nak push..tp doktor cakap baby dah nak lemas..aku try gak tapi macam dah tak berkudrat.then doktor decide assist dgn vacuum..3 orang doktor masuk then suh hubby kuar..
bila push tu 2 orang tekan perut kat bahagian atas and sorang vacuum dari bawah..3x push tiba-tiba ada baby letak kat atas perut..
.
.
terkejut.cam tak percaya.rasa kosong jer perut ni bila baby dah lahir..
automatik rasa sakit tu hilang..
.
.
bila baby nurse bawak nak bersihkan baru doktor jahit and tekan-tekan rahim ni bagi kecut..lama gak.doktor cakap darah aku banyak kuar.normal dlm 350ml..tp aku lebih 400ml.klu more than 500ml dh kira tumpah darah..
emmm risau gak.mujur mau kecut.tp setiap sejam doktor datang tekan perut ni nk bagi rahim kecut.bila dah settle semua baru nurse bawak baby tunjuk kat aku and tanya jantina baby.
baby BOY!!
  .
 .
alhamdulillah dah selamat semuanyer..
bila dah bersalin ke belum ke adala update kat skrin kat luar LR..my name no.10..
.
.
 chenta hati yang dikandung selama 40minggu 3 hari akhirnya selamat lahir ke dunia..
syukur sgt dgn kurniaan yang Allah berikan ni..harta yang tak ternilai..
semoga danial jadi anak yang baik,soleh and taat pada orang tua..

Wednesday, March 2, 2011

..sukernyer..

sukernyer mama bila dapat buli si dak kechik ni..
.
.
.
sape suh buat muka comei..renyih-renyih..
letak jer atas tilam kejap pastu angkat-angkat tangan nak suh orang angkat dia dari tilam..
suker jer dia kalau mama peluk dia and riba..
confirm tido lena..
naknyer lepas dapat nenen..
mama nak sendawakan dia,dia boleh tdo pulak..

rasa nak kunyah-kunyah jer mulut dia..pipi dia..
geram jerrrr..
.
.
.
nak geget-geget tak dapat,mama tepek bedak sejuk penuh-penuhla muka danial..
hihihi
.
.
haaaaa padan muka danial.tapi boleh lagi dia lena tido..

Tuesday, March 1, 2011

..pengalaman melahirkan-part 2..

ok..sambungan dari part 1..

9/02/2011

awal pagi lagi dalam pukul 3am nurse kejut suh buat CTG..tgh mamai2 tu ikutkan jer la..lama gak nak siapkan CTG tu..mana taknyer baby aku tgh tido..jenuh nurse tu goyang-goyangkan perut ni kejutkan baby.orang lain kejap jer dah siap aku sejam setengah baru dapat graf yang cantik..

8.00am-doktor check bukaan lagi.kali ni doktor kata 2cm and dinding rahim aku dah soft sangat.doktor estimate plg awl petang ni aku dah bersalin..doktor tanya aku ada contraction tak??aku cakap takde.padahal pagi tu aku dah rasa contraction cam kuat.and tiap kali sakit contraction kat bahagian bawah aku pun sakit..lendir+darah tu pun kuar tiap kali contraction..saja aku cakap takde sebab aku nak kuar wad hari tu gak.instinct rasa bukan petang tu nak bersalin..hasil bodek2 doktor dapat gak aku discaj petang tu.tapi sementara nak tunggu pukul 2 tu buat muka toye jer la kata tak sakit walhal dah sakit..

sebaik discaj request kat hubby nak makan itu ini..sempat lagi gi tesco and jusco.sempat gak makan Big Apple and KR..masa jln kat tesco aku dah tak boleh nak gerak sangat.dah terasa sakit 10min sekali..tp maintain..hubby tanya ok ke tak?aku still kata ok...
balik umah cam dah tak boleh nak jalan.duk kira contraction jer dgn hubby..dah budget malam nanti kot bersalin..

10/02/2011

3.00am--bangun nak gi toilet..rasa cam nak terbuang air besar tapi tak mau..rasa contraction makin kerap.5min sekali..kejutkan hubby.sebab cam sakit sgt..mandi siap-siap..hubby suh mkn something..ada 2 biji lagi donut BA tu la makanan terakhir yang aku mkn sebelum bersalin.pastu mak bancuhkan milo..dalam pukul 5.30am rasa cam dah tak tahan sgt dah sakit..decide gi hospital..mula-mula cam nak tunggu subuh tapi hubby suh gi jer hosp..

sampai hosp dalam pukul 6.00am..register and bagi buku merah nurse suh masuk bilik nk observe..kena seluk lagi la jawabnyer..masa doktor seluk tu dah 4cm..terus dia pecahkan air kutuban and masukkan ubat berak..lepas masuk ubat tu mmg nak terberak la..rasa dah tak boleh nak tahan-tahan dah..

dlm 6.30am masuk LR..nurse suh tukar baju..bukak getah rambut..macam segan plak bila kena pakai baju yang belakangnyer agak terdedah..tp redha jerla

pastu baringla atas katil and bermulala detik-detik merasa sakitnyer bersalin...

ok..sampai sini dulu..nanti sambung lagi yer

..alahai..

baru jer abah danial gerak..dah try tahan air mata ni jatuh..taknak bagi mak or abah nampak..tapi tak berjaya jugak..sedihnyer.jenuh dah tahan.orang kata kalau time pantang jangan menangis sangat..tapi apakan daya.tak boleh tahan..naknyer kali ni maybe lambat pulak baru jumpa hubby.maybe 3 minggu lagi.harap-harap tabah la hati ni menahan perasaan..bukannya tak biasa jauh kan tapi bila dah biasa duk sekali bila nak berpisah jauh ni alahai beratnyer la rasa hati....
orang kata ada anak dah tak rasa sangat bila jauh dari husband..tapi tu orang kata.pada aku dua-dua begitu bermakna.tak sanggup la berpisah dgn anak and husband.
.
.
.
wahai hati sabar yer.
kalau hubby ada dia tolong tekankan tungku kat belakang..
tolong ikatkan barut..
tolong pakaikan stokin..
ni nampak gaya semua kena buat sendiri balik..

malam-malam bila danial poo poo takde la abah tukarkan pampers danial..
takde orang bacakan kat danial quran..harapkan kaset jer la 
.
takpela..mujur gak ada danial temankan mama..terubat sikit rindu mama pada abah.
danial jangan meragam dahla yer..