Tuesday, April 30, 2013

serba salah..

Dilema..dilema..nak ikut yang mana satu pun tak tau..Yang side sini abah,yang side lagi satu suami..emmmmm

Malam tadi hubby usulkan planning dia..Hubby dah plan ambik cuti Sabtu and Isnin next week sempena nak mengundi..Lokaliti hubby Bayan Lepas and mine Kg.Ayer Hitam.Penang- Perak.Mula-mula hubby nak balik naik flight tapi tetiba tukar plan.Nak balik tengok anak-anak sekali harung sebab kami masih lagi kat kampung.Tak habis pantang lagi so stay je la kat sini..

Yang menjadi dilema tu bila hubby decide hari Sabtu (4/5/13) balik ke Penang dengan dia.Then balik ke sini hari Isnin (6/5/13)..Seee???kita mengundi 5/5/13?Kalau dah balik hari Isnin tu memang sah-sah la aku tak mengundi.Sayang oooo 1 undi.Tak kisahla aku nak undi ape pun tapi bila tak mengundi tu rasa rugi sangat.Manala tau disebabkan 1 undi tu pihak yang aku sokong tu kalah???kan ke rugi..Bila mengundi kita bertanggungjawab nak tentukan sapa pilihan kita.Abah aku confirm sentap bila cakap aku tak mengundi kalau balik Penang.Nak jaga air muka abah lagi.Dahlah abah salah sorang orang kuat..sekali tengok anak sendiri pun tak mengundi.camno????Kalau tak ikut balik ke Penang,apala pulak kata PIL aku..Diorang mesti nak tengok cucu..

 Confuse..confuse..

Monday, April 29, 2013

Rayyan Furqan #day 30..

Cukup sebulan dah si boooolat mama!!


  

 
berat terkini :4.4kg...
length: 56cm
Fully breastfeed..

Bila dah cukup sebulan kenalah cucuk Hepatitis B(dos 2)..uwaaaaaaa!!!!punyala kuat dia menangis.Sakit sangat kot.Mujur mamanya tak menangis sama.Ceh sekarang jiwa dah kebal sikit compare anak 1st.Masa Danial tiap kali dia kena cucuk aku yang berair mata.Siap pas kat hubby suruh pegang bila turn nak cucuk..Tapi sekarang ni takde pulak..Nampak kan jiwa dah kebal??

Be a good boy yer Rayyan..Sihat and cerdas.Moga-moga rezeki Rayyan murah untuk fully bf selama yang mungkin.



Kontroversi Masterchef

Sape tengok Masterhef Selebriti malam tadi confirm tau ape kontroversi yang jadi kan???Dari yang baring golek-golek tengok masterchef tu boleh terus duduk tegak..*aku la tu*


Haiiiilahh..tak tau itu hanya drama or memang realiti..Tapi kalau betul memang nampak cam kurang sopan bila Zain pertikaikan kredibiliti Chef Jo,Chef Adu dan Chef Zubir..Dah tentu-tentu chef tu lebih berpengalaman.Diaorang tau nak judge cam mana.Siap tak puas hati bila Pak Nil menang dalam cabaran ciptarasa..Dah tersingkir tu terima je la dengan hati terbuka..tak payahlah tunjuk tak puas hati..Kalau tak puas hati sekalipun please la respect chef-chef yang lebih tua dari kamu..emmmmm.Memang out la Zain oiii..

Tuesday, April 16, 2013

Rindu "rumah manis rumah" saya

Lebih dua minggu dah tinggalkan teratak cinta kami..Camnela keadaan rumah??Berhabuk ke?Berselerak ke??Dapur bersih tak..Lantai bermop tak.Kalau carpet tak risau sangat.Hubby confirm vacuum sofa and carpet.Tapi bab sapu and mop tu wallahualam..

Yang paling aku risau my dapur..kalau masak hubby bersihkan ke tak dapur tu??Tak suka balik nanti tengok dapur kotor..Jadi cam balik berpantangkan Danial,terkejut monkey aku balik tengok dapur dinding dah bertukar color,kuali jadi hitam legam..Siap sudip pun pemegang dah cair.Bila disoal siasat baru hubby cerita dia tak ingat dia tengah goreng ayam sedar-sedar dah nak terbakar dah kuali.Mujur tak terbakar rumah..Kalau tak jenuh nak bayar ganti rugi kat owner.Time tu menyewa.Kali ni aku dah pesan awal-awal.Jangan ralit kalau masak.

Projek porch hubby dah siap ke??camne la rupa bentuk bila dah siap cat and pasang lampu semua..



 Gambar last sebelum aku balik berpantang..now tak tau camne..

Disebabkan ni,redha je hubby tak dapat balik every weekend.Ate hubby free pun hari ahad je nak settlekan semua.Dah 3minggu la tak jumpa hubby...

Rasa tak sabar nak balik..rindu hubby..(oiiiittt tetiba)..

Monday, April 15, 2013

Shoe tote bag..

Cam menarik jer..senang nak gi travel bawak kasut banyak-banyak..selalu kalau naik flight aku bawak 2 pasang je,satu pakai satu lagi sumbat dalam bag.Kalau ada organizer camni senang sikit kan??




  • Shoe Tote Bag
  • Holds 6 pairs of shoes
  • Functional and portable design
  • Great for travel
  • Keep shoes separate from clothes

Berpantang moden vs tradisional..

Ada orang berpantang 44 hari.ada yang 60 hari..ada pulak yang 100hari..pendek kata tak kisahlah nak berpantang lama mana pun yang pasti tujuan berpantang just nak pulihkan dan segarkan balik tubuh badan kita selepas melalui fasa mengandung dan bersalin..

Cam aku pantang standard 44hari..tapi ada certain benda pantang 60hari and ada gak benda yang kena pantang 100 hari...wajib tu.sayang badan oii kalau tak jaga betul-betul.
Tapi aku takdelah berpantang ala-ala tradisional sgt and takdela pulak moden sangat.Ikut pada badan sendiri..

Kalau ikut yang betul-betul tradisional ntah takut tak mampu jer..Jenuh wei minum air bersukat.Kalau minum banyak kononnya takut 'kembang'.Tapi aku ikut rasa nak minum banyak mana.Dahlah kat kampung ni panas ya amat.Tekak asyik kering jer.Kejap-kejap nak minum..Tu pun tahan gak tak togok air sejuk,air oren..air cendol..Kat rumah ni dahlah tiap kali orang datang visit baby mak jamu air oren sunquick buh pulak ais..Ya Allah nikmatnya bagi pencinta ais cam aku..Sabar je la.Pastu si adik kalau balik dari mengajar saja je gi beli cendol la,air kelapa la..then tayang kat aku.Memang saja je kan..

Kalau makan pulak takdenya aku makan kering-kering je.Makan ada jer kuah.Selalu sup sawi..pastu ayam bakar,ikan bakar..Mentang-mentang mak ada pan ajaib sokmo la jamu anak dia ni ikan/ayam bakar..perghhh lagi nikmat kalau dapat cicah air asam.Tapi aku cicah gak,dengan bawang+kicap je la.Ulam pegaga tak miss..Bila habis je abah gi la beli kat pasar tani.Yang aku elak makan makanan yang sejuk-sejuk,berbisa and gatal je la.Buah pun certain buah je makan.Tapi bab makan ni bila kita breastfeed baby lagi la banyak pantang..Takut effect kat baby..Jamu-jamu pun aku tak berani makan lagi.Tunggu hari ke-20,30 kot.

Berbengkung.Ok yang ni wajib kot.Kata nak slim-melim kenalah berbengkung..Kali ni instead of pakai bengkung yang berikat-ikat tu aku pakai Premium Beautiful..(che...wah).ni kalau tak slim memang kena bantai gelak je la..and pakai corset.Senang sikit.Klip-klip dan sarung.Kalau pakai tali tu take time.Nak uruskan 2 orang anak takut tak sempat nak berbengkung.Tu yang cari alternatif moden.Tapi tujuan dia sama je.Kira bolehla kan??

Berparam.Berpilis..Yang ni ikut dan,kalau ingat and kalau rajin.Kalau lepas mandi tu teringat pakai la.Kalau tak,takdenya pakai.Camne la nak pakai..Bila sapu je nanti Danial datang dekat komplen..”maaa busuk”..Siap tutup hidung lagi.Bila dia pegang badan and ada rempah param tu dia dah cakap 'yerk'.tak ke down kan semangat mamanya nak berparam,berpilis???Memang aku rasa habiskan sebotol je la.Takdenya nak repeat order.

Berstokin..Hee minggu pertama 24jam..eh tolak mandi,mandikan babies(danial and rayyan),basuh poo poo danial,masuk toilet termenung..selain dari tu memang melekat je stokin kat kaki..Masuk minggu ke-2 dah kurang.Bila tengah hari,panas terik dah bolen je la kaki.Tak tahan wei...

Berehat jer..OOOO yang ni tak kot.Camne la nak berehat jer.Baru settlekan adik,abang pulak mintak dilayan..Bancuh susu,mandikan,tidurkan si abang..Layan dia main Thomas..memang takde rehat.Plus tolong mak buat keje rumah.Takkan nak tengok je rumah tak bersapu,lantai berminyak?Nak taknak kenala tolong apa yang patut..Mak pun sometimes busy dengan bengkel kerepek.Bila dah settle semua mula la nak on laptop..Excess internet..tak pun khatam novel.(orang kata tak boleh baca sangat time berpantang.takut rabun..Ate aku dah memang rabun nakbuat camne??)

So far ni cara aku berpantang..Uolls camne plak?Baru 18 hari..lambat lagi nak habis 44hari..Asyik online shopping je nak gak shopping offline.

Thursday, April 11, 2013

Mother of two

Rasa cam tak percaya dah beranak dua..Dari 'anak' dah kena doublekan jadi 'anak-anak.Padahal rasa cam baru jer bertiga..Tiba-tiba dah berempat pulak..

So far nak handle Rayyan takde masalah setakat ni..2 malam pertama je yg Rayyan meragam sikit.Dia tak tidur and merengek..maybe time tu nak biasakan dengan environment kt hospital and malam esoknya pulak kat kampung..Tapi lepas tu ok dah..Dapatlah mamanya tidur lena sikit..Berjaga pun untuk breastfeed jer.

Bila adik takde ragam,abangnya la pulak.Tak boleh tengok adik bukak mata habis dia gomoi adiknya..Kiss puluh-puluh kali..”Sayam dik”..then paksa mamanya letak adik atas riba dia..kalau tak diikutkan kehendaknya,berjurai-jurai la air mata..

Pastu kalau nak apa-apa taknak la orang lain yang ambik or buatkan.Huh sabar je la.Ingatkan duk kat kampung ni boleh la harapkan adik-adik layan kerenah anak bujang sorang tu.Dahlah masa nak dekat-dekat bersalin dia dah buat perangai memerapnya,taknak dengan orang lain.semua nak mama.Lepas bersalin pun sama gak..Semua nak mamanya yang buat..Nak susu,nak mandi,nak makan semua nak dengan mama..Kalau orang lain yang nak buatkan siaplah dia marah “NO NO NO..OH my english..no no”..siap muncung-muncung mulut cakap NO..memang jadi habuan gelak and sakat la dengan opah,tok and paksunya..Yang pelik tu camne la pulak boleh sesat oh my english tu..

Kalau moodnya baik asyik berkepit la dua beradik ni..ada jer yang Danial sembang dengan adiknya.Kejap ajar anatomy kat adik..

”ni cheek,ni chin,elbow,mouth,nose,eye..ear”.. 
yang seriau tu bila cakap eye siap tunjuk kat mata adik.risau dia cucuk je..dah habis anatomi dia ajar adik counting pulak..”one..two..thyee” “tu,we,ge..pat,me..nam..”..emmm macam-macam..tapi happy tengok diorang camtu..hopefully muafakat la diorang nanti..

tak sabar nk habiskan pantang and nak berjalan..Camner la yer nak handle 2 orang anak ni..

Wednesday, April 10, 2013

27bulan..

Happy 27months sayang mama!!
Muhammad Danial Zaffran



Dah jadi abanglong dah..Takmo nakal-nakal ye sayang..Takmo buli adik.Jaga adik elok-elok ok..
Dua-dua harta kesayangan mama dunia dan akhirat.

Day 7- Rayyan Furqan


Hari ke-7 Muhammad Rayyan Furqan dah dibotakkan..Selesai sesi berurut aku,opah yang urut aku terus cukurkan Rayyan..Then urut Rayyan pulak..
Elok je senyap opah tu botakkan rambut dia..
dah botak dah...
Ready nak mandi..


No more rambut pacak dah..nampak bulat pulak bila dah gondol..


Hari ke-7 jugak tali pusat Rayyan dah tanggal..Abanglongnya awal sehari..Bila dah tertanggal tali pusat ni rasa senang sikit nak pakaikan barut,pampers..kalau tak seriau je rasa bila terkena pusat dia..

Detik melahirkan Muhammad Rayyan Furqan #2

sambungan entry sebelum ni..Detik Melahirkan Muhammad Rayyan Furqan #1

29/03/13 (Jumaat)

7.30am..Doc masuk ubat induce..Tapi pagi tu memang dah rasa contraction cuma bukaan still 1 cm..Before induce doc as usual check VE.Scan baby..Boleh pulak sembang dengan doktor yang buat prosedur tu.Rupanya neighbour satu taman.Lepas masuk ubat doc suruh rest kat katil sejam.After sejam nurse datang buat CTG.If CTG ok baru boleh makan..

Around 11am aku dah start rasa contraction yang makin kerap and konsisten..Dari selang 20minit ke selang 10minit..Bila start sakit tu mulut tak henti-henti baca ayat dari surah Al-Hasyr.Ayat 21-24.Sambil-sambil tu buat breathing technique.Kurang la sikit sakit tu..Pastu minum sikit-sikit air selusuh yang mak mertua buat.Bila minum kurang sikit rasa sakit.

12pm..Hubby sampai..bawak nasi lemak..Malam sebelum tu teringin sangat nak makan nasi lemak tapi nak nasi lemak yang mak masak.Alhamdulillah before bersalin dapat gak makan.Berkelah la kami laki bini kat wad tu.Sembang-sembang..gelak-gelak.Bila contraction datang senyap kejap..hubby siap pesan baby jangan keluar dulu,tunggu abah balik sembahyang Jumaat..

1.00pm time hubby nak gerak ke masjid hubby terkejut tengok kat lantai bawah kerusi aku duduk ada banyak air.Aku assume air ketuban.Then gi toilet dah ada sporting darah campur lendir..Nervous.Air mata bergenang.Bagitau hubby,lagilah bertambah sedih.Memang cembeng betul la.Sedih and takut bila fikir nak bersalin..Hidup lagi ke nanti?Sempat ke nak tengok baby??Emo dari awal pregnant terbawak-bawak sampai ke nak bersalin..

1.30pm Nurse suruh pegi bilik prosedur.Doc check VE.3cm..Then doc tanya air ketuban dah keluar ke??Aku angguk je la.Betul la kot yang kat lantai kat wad tu air ketuban.Then doc masuk ubat berak.nurse suruh gi toilet..Duduk dalam toilet pun tak berani nak duduk lama-lama.Takut terbersalin dalam toilet..lepas tu bermulalah sesi menahan rasa sakit contraction.Kejap-kejap jeling hp..tengok jam pukul berapa.Kalau boleh biarlah hubby ada time bersalin.

2.00pm nurse datang buat CTG.Bagitau kat nurse dah rasa makin kerap contraction and dah ada show.Pastu doc pulak datang..Maybe muka aku cam tak nampak sakit so doc kata lambat lagi..huh sabar je la.So tahan je la sakit tu walaupun sebenarnya memang dah tak tahan sakit.

2.30pm. Hubby sampai..cakap kat hubby rasa sakit sangat.Rasa cam nak meneran pun ada..Rasa cam nak poo poo.Hubby pimpin ke toilet.Tengok banyak pulak darah.Mintak nurse nak tukar baju...Bila contraction datang cam tak boleh nak buat ape.Sampai menggeletar pegang tangan hubby menahan sakit contraction.Bila takde sakit,cepat-cepat tukar baju..

2.45pm Sakit dah tak boleh nak tahan dah.Hubby la jadi mangsa.kejap baju hubby aku tarik..kejap tangan..kejap seluar.Ikut mana dan la yang aku sempat paut nak tahan rasa sakit tu.Allah je la yang tahu camne..Bila tengok keadaan aku camtu hubby panggil nurse.Then nurse contact labor room.Tunggu diorang settle prosedur aku pulak menahan sakit kat katil..Dah rasa nak push..Tapi takut kalau push kepala baby bengkak.So tahan sambil baca ayat-ayat Quran yang hafal.Hubby pun baca sama-sama surah Al-Hasyr then hembus kat kepala..

3.00pm Agak cemas time ni sebab aku memang dah rasa nak teran.Nurse kelam kabut ambik wheel chair and berlari tolak aku ke LR.Atas wheel chair memang dah rasa nak push dah pun.Tapi seboleh mungkin tahan.Sampai LR dah tak boleh tahan.Bila rasa sakit contraction automatik rasa nak push.Staf nurse kat LR kelam kabut suruh aku naik atas katil and diorang nak check.Bila check nurse cakap dah nampak kepala.Sepantas kilat diorang siapkan peralatan.Bila rasa nak push,nurse suruh push.Bila takde contraction cepat-cepat diorang tukarkan baju aku and pasang CTG.Hubby pulak pangku kepala..Bermulalah sesi push and push..Boleh pulak tak reti nak push..Nurse tarik tangan aku suruh rasa kepala baby.Ntah semangat datang dari mana.Push sekali then keluar kepala baby.Then bahu pulak.Hubby tak henti-henti bagi semangat..”push ayang..push ayang”..Sampai aku tengok hubby pun cam nak teran sama..heee..Nurse pun sama.Diorang pulak yang push jugak..Pastu nurse Salasiah ajar camne nak push panjang.Agaknya gram kot kat aku lengah-lengahkan push baby.Tapi ntah aku rasa suara tu cam ganggu konsentrasi aku..heeee..Tapi alhamdulillah 2  kali push selamat semuanya..3.17pm.Lahirlah seorang lagi umat Muhammad SAW.Nurse terus letak baby atas perut..No doctor time aku bersalin..Semua handle by staff nurse.Nurse Salasiah and dibantu 2orang nurse lagi.


Selesai bersalin,hubby tak putus-putus kiss dahi..alhamdulillah..Hubby sempat pegang baby kejap.Then nurse suruh hubby keluar diorang nak bersihkan baby and jahit luka bersalin.

Alhamdulillah nurse cakap tak koyak banyak.Just kulit luar.Jahit pun sikit je and semua nurse yang buat..Baik betul nurse tu.Everything dia settlekan.Sabar melayan kerenah patient cam aku.Bila dah siap semua,baby pun dah dibersihkan then nurse hantar baby kat hubby untuk diazankan..

 Rayyan masa hubby azankan..
 
3.40pm Nurse bagi baby untuk breastfeed.Susu pertama anak mama hisap..Perasaan???speechless.Hubby masuk balik temankan aku..Then nurse bagi milo panas dan roti suruh aku makan..

4.30pm Doc datang check..Check rahim dah kecut ke belum,check jahit luka..after everything ok baru la nurse prepare untuk balik ke wad.Again nurse Salasiah yang bersihkan semua.sangat-sangatlah terima kasih dengan nurse tu.Sampaikan masuk bilik air dia yang lapkan semua.

5.30pm dah ada kat wad..startlah menguruskan anak ke-2.Breastfeed baby..and tukarkan diapers baby...

Malam pertama di wad 2B katil 11 bersama-sama Rayyan..

Malam tu tak berapa nak tidur.Sebab kejap-kejap dengar Rayyan bersin.Sejuk sangat kot.

Esoknya dah boleh keluar wad.Tu pun lepas doktor check takde apa-apa masalah pada ibu dan baby.

Apa-apa pun alhamdulillah syukur selamat semuanya dan dipermudahkan bersalin kali ni..Thanks semua nurse di wad 2B dan di labor room.Semuanya baik-baik belaka..

Tuesday, April 9, 2013

Detik melahirkan Muhammad Rayyan Furqan..#1

Assalamualaikum..:)

Dah hari ke 12 baru berkesempatan nak update experience melahirkan Rayyan..sementara memori tu fresh lagi baik update cepat-cepat.Al-maklumlah urat banyak putus ye dak??

Start dari 28/3/13(Khamis)...Memandangkan pregnant kali ke-2 ni aku ada GDM so nak taknak a day before edd (29/3/13) kena la serah diri kat hospital sebab takde apa-apa sakit/tanda nak bersalin..Since aku check-up kat KKIA Nilai and nak bersalin kat Hospital Putrajaya jadi nurse kat KKIA suruh aku pegi je hospital Putrajaya tanya camne prosedur..Reason diorang takut prosedur lain dari Hospital Seremban..

Petang 28/3/13 dalam pukul 4 aku sampai klinik O&G Hospital Putrajaya..Jumpa Dr.Emily bla bla bla doc suruh pegi kat dewan bersalin untuk further check up..Sampai dewan bersalin as usual buatlah standard check up..ambik bp,check urin,buat CTG..masa buat CTG baby tidur la pulak..Kenala masuk air..bila CTG cantik then buat VE..Masa tu contraction baru 1 in 10.VE pulak 1cm.Lepas tu doc scan baby..Estimate berapa weight baby.3.1kg.So doc cakap boleh bersalin normal.Kalau baby besar more than 3.7kg doc bagi option untuk czer.wuaaaa takmo czer..Takut.

Lepas tu nurse suruh hubby register wad..Dalam pukul 6.30pm settle everything then nurse hantar la ke wad.Hubby kena ikut lobi..Sedih bila fikir malam tu kena tidur kat wad without hubby and Danial.Ya Allah serius rasa lain betul.Malam tu bermalam la kat wad 2B katil 11..Bila hubby nak balik dan dan berjurai air mata..rasa lain.Fikirkan Danial lagi.Ok ke dia without mamanya??call mak kat rumah tanya Danial camne??Dengar suara dia sebut 'maa..' dan-dan air mata meleleh..

Bila dah duduk kat wad jangan harap la nak tidur lena..Kejap-kejap nurse datang buat CTG..Pastu doc datang round wad..Pastu ada pulak doc pelatih interview patient.Sampailah keesokan harinya...

opppppsssss kena sambung la...Rayyan dah celik mata mintak nenen... 

The last picture adik baby dalam perut mama..39weeks6days..

Thursday, April 4, 2013

It's BOY!!!

Terjawab sudah teka-teki selama 40minggu adik baby dalam rahim mama...

Muhammad Rayyan Furqan bin Saifullah

Alhamdulillah semua selamat dan dipermudahkan dalam melahirkan anak kedua ni..
D.O.B 29.03.13 
Time: 3:17pm
Weight:3.07kg
Normal..