Thursday, November 29, 2012

Aigoooo...Layan je la abang baby

Makin nak dekat adik baby lahir makin macam-macam ragam abang baby ni buat.Ada je yang dia buat yang kadang-kadang bikin mamanya stress.Tapi ada gak yang buat mamanya happy,senyum sampai ke telinga..

Sekarang kan cuti sekolah jadi aku pun cuti la kan..hip hip horeay kat situ..Boleh la rilekkan otak,badan,hati sekejap dari tengok gelagat budak-budak..Bila cuti maka Danial confirm la 24/7 berkepit dengan mamanya..Sikit-sikit 'maa'..sikit-sikit 'maa'..Abah dia ada pun dia buat donno je.Kesian abah..Bila dah 24/7 berkepit tu dah jadi masalah pulak sekarang..

Actually dah 3 bulan since aku tau aku pregnant and bila cik nip dah sensitif bila danial hisap aku dah start la wean off danial.Atau dengan kata lain cerai susu..Macam-macam jugak cara aku and hubby usahakan.

Asingkan tempat tidur.Ni nak elakkan dia mengempeng sepanjang malam..So far berjaya.Sebab bila dia bangun dia takde bau mamanya so takde la dia cari..

Letak asam jawa kat cik nip..Yang ni nampaknya berkesan.Cuma mula-mula je sedih,sayu je tengok danial nak mengempeng tapi ada rasa masam.Dia pandang je cik B mama..Pastu lap-lap.Tapi sebab melekit kot dia tak berani la nak sua mulut.Serius time tu aku rasa sedih.Sebak.Rasa hampir nak meleleh air mata.Kesian pun yer.Ye la ikutkan aku nak je bf dia sampai umur 2 tahun tapi keadaan pulak tak mengizinkan.Lagipun makin hari makin susu kurang.Plus sakit bila dia hisap..Nak taknak aku kuatkan jugak perasaan.Hubby pun very supportive.Bila Danial nak selak je baju,hubby cakap "eeee masam'..Danial pun tau "matam"..Tapi sampai la satu hari tu agaknya dia dah rindu sangat kot,sampai mengamuk-amuk nak mengempeng.Berguling-guling.Ada asam jawa pun dia hisap jugak.Dia boleh lap dengan baju mamanya..Pastu slumber hisap sampai la tertidur..Lama-lama ok dah.Takde la dah nak cari.Cuma bila dia nak tidur,dapat letak tangan dalam baju mama pun dah ok.

Tapi bila dah 24/7 sentiasa ada dengan mama dia buat perangai balik.Dia nak balik bf..Pantang tengok aku duduk rilek/baring cepat je dia datang baring atas riba pastu selak baju mama...Kalau baring pun camtu.Slumber duduk atas perut mamanya then selak.Adoiii senak perut..Bila tak bagi mula la marah,menangis..

Sampai la malam tadi..Bila dia nak 'bergayut' aku marah la..Dia boleh berlari cam cari something..pastu bila datang tengok-tengok dia bawak benda alah ni

Pastu boleh sua kat aku cakap "haip"..Marahkan aku pulak.Sabar je la..Selama ada benda alah ni selalu tengok dia buat tolak bola-bola dia tak pun tolak bus.Tak pernah pulak nampak dia guna untuk ketuk apa-apa.And kami pun tak pernah pulak mengajar function benda tu untuk pukul orang.Sekali dia boleh buat camtu kat aku..Hanginnn jugak la..Bila abahnya tegur and tinggi suara sikit kat dia "DANIAL!"..haaaa berjurai-jurai air mata keluar.Tau takut.Tapi Danial dengan abahnya memang sensitif sikit.Abahnya jerkah jer dah berjurai air mata tapi kalau mamanya marah sampai terbeliak bijik mata pun dia boleh gelak-gelak lagi.Huh sabar je la..

Pasni tak tau plak apa ragam abang baby ni..



Tuesday, November 27, 2012

Diet GDM..

Last week ada appointment dengan pakar pemakanan pasal GDM ni..Mula-mula dia review aku punya result BSP..
so far baru dua kali buat BSP..Since reading normal kena buat sebulan sekali..
1st time(27/9/12): 3.9,5.4,4.1,6.2.
2nd time (23/10/12):4.7,4.2,3.7,4.8
next hari Khamis ni pulak.(29/11/12)

Ikut cakap PZM(Pegawai Zat Makanan) tu if 3x reading normal dah boleh stop BSP.Pastu week 28 buat MGTT balik.Tapi nurse tak cakap apa2 pun..So far sebelum jumpa PZM ni aku takde la diet mana pun.Makan pun cam  biasa je.Tapi bila dah jumpa PZM ni dia explain risiko2 GDM ni buat cuak pulak.So control la sikit-sikit mana yang boleh control.

Ni panduan diet GDM



Semua boleh je makan tapi ada kuantiti/sukatan yang dibenarkan..Tapi ada jugak yang betul-betul tak boleh makan..PZM tu suruh elakkan sayuran berkanji contoh cam
  • Kacang pis
  • Jagung
  • Lobak
  • Labu
  • Sengkuang
  • Kentang
  • Keledek
  • Ubi kayu
  • Keladi
  • Sukun
Untuk sukatan makanan bijirin/hasil bijirin dan sayuran berkanji ni pulak ikut weight kita.Since berat aku 51kg so far dia suruh kuantiti yang disenaraikan tu didarab 2..Then makanan-makanan ni boleh di makan 4x sehari at least.Tak boleh kurang.Takut hypo/rendah gula pulak..
Contoh
  • Roti-2keping
  • Nasi/Kuewtiow/Mihun/Spagetti/Makaroni -1cawan..
  • Biskut krim kraker -6 keping
Kuantiti ni untuk sekali makan..Banyak mana nasi tu banyak tu jugak kena makan sayur.Agak-agak tak kenyang ratah je la lauk-pauk ye dak.Pada aku 1 cawan nasi tu pun dah kira banyak.So boleh jer nak ikut diet ni..

Untuk size hidangan buah-buahan pulak
  • Orange/apple/pear/pic/kiwi/ciku/belimbing- 1 biji sederhana
  • Pisang-1 biji kecil
  • manggis/plum-2 biji
  • Kedondong-6 biji
  • Duku/langsat/anggur/longan/jambu air-8 biji
  • Laici/rambutan-5 biji
  • Betik/nenas/tembikai/durian belanda-1 potong
  • jambu batu -1/2 biji
  • cempedak/nangka-4 ulas
  • prun-3 biji
  • kurma-2 biji
  • kismis-20g
  • durian-2 ulas sederhana
  • mangga-1/2 biji
Bab buah ni aku sokmo fail.Susah nak ikut sukatan.Mana taknya sekali hadap buah durian mau 5-6 ulas.Lepas makan durian makan plak rambutan,manggis,langsat pulak berbiji-biji..Camne tu?Naknye sekarang ni memang musim buah.Hopefully reading BSP hari Khamis ni tak tinggi la.Risau gak.Pastu sekarang ni bila dah ada panduan ni aku dah ada 'PZM' kat rumah pulak..tiap kali makan buah dia tgk kertas ni..Bila makan lebih sikit 'yang..dah tu'. Tapi dah jadi habit aku bila lagi orang larang lagi la aku nak buat..heeee.Takpelah kita try on diet yer mana tau boleh kurus pasni..heeee

Baby sayang elok-elok je yer duk dalam ni..

Obses Adam dan Hawa..

Nak salahkan sape ni kalau dah jadi camni????


Boleh pulak menangis berguling-guling sebab tak dapat tengok citer Adam dan Hawa..Padahal time tu kat tv tunjuk iklan citer tu jer..Jenuh explain cakap takde malam ni..Bila bukak yg dah record baru dia diam..Huh parah betul anak aku ni..Don't know dia ni fanatik citer ni ke fanatik kat Uncle Aaron..Sebab bila dia tengok kat tv ada je muka Aaron Aziz dia cakap "nina" read:Cinta..Lirik lagu Muara Hati ost AdamHawa tu kan 'cinta....'..tapi dari cinta dia sebut 'nina'..Hari tu tengok Ombak Rindu dia boleh excited terjerit-jerit nyanyi 'nina..nina..'Confuse mak!..CONFIRM dia salah citer.HAHAHAHA..

Macam-macamlah perangai anak mama ni..

Monday, November 26, 2012

Pureen Warehouse Sale..

Last Saturday berjaya jugak menyelit kat w/h sale ni..Actually kalau ikut plan cam tak sempat.As usual aku ni just follow je hubby.Seingat aku memang aku takde mention kat hubby ada Pureen w/h sale weekend lepas.Tapi aku ada cakap kat dia sebulan lps kot nanti ada pureen w/h sale.Tapi takde pun bagitau exact date.

Pagi sabtu tu gerak awal dari rumah dalam 9.30am..Misi utama hari tu nak COD perfume customer.Dari Bukit Jalil ke Mont Kiara,TTDI then ke IKEA..Sampai IKEA dalam pukul 1.Kalau dah gi IKEA kalau tak 3,4 jam kat situ memang tak sah.Masa kat IKEA hubby ada cakap pasni nak gi Houz Depot..Bila dah cakap camtu memang dah agak takkan dapat pegi w/h sale tu.So diamkan je la..

Tutp-tup dalam pukul 4 keluar dari IKEA hubby menghala ke arah PJ.Bukan ke Houz Depot.Hahaha hati dah ada riak berbunga-bunga.Takpe wait and see..Tup tup sampai kat satu tempat,giler banyak keta.Jammed.Tapi dapat agak nak gi mana..

Tengok ramai je preggy women mengusung barang memang sah la nak gi Pureen w/h sale..Yeaay..Tapi hazab ya amat nak sampai ke entrance.Parking pun nan ado.Penyudahnya hubby suruh aku masuk dulu..Lagipun Danial tengah syok tidur.I'm ok jer.Lagi senang kalau aku gi sorang.Kalau tak karang nak handle Danial lagi,nak memborong lagi..memang tak feel la..

Sejam setengah ak kat dalam tu aku habiskan untuk pilih baju baby jer.Tu jer yang sempat.Tapi memang tu tujuan utama.Tapi frust jugak tak sempat nak ushar benda lain.Main ambik jer mana yang rasa berkenan.Lepas dah agak penuh bakul baru bersila kat tepi select mana yang betul-betul berkenan.Dah selesai select baru la hubby sampai.Tu pun memang on time la masa untuk bayar sebab pukul 6 dah nak tutup.

Ni lah hasil borongan kat Pureen W/house Sale kelmarin.
Memang baju je yang aku sempat grab.Time aku pegi tu memang mostly baju-baju gugurl je.Pink je sokmo..Aku ambik pun semua yang RM3 sehelai.Total price sepasang RM6 je.Rambang mata.Pastu RM10 adala 2 pasang.Dah kata nak gi w/h sale confirm la cari yang mana harga berbaloi. Mitten and booties tu RM5..sesat satu.Yang lain semuanya plain je.Berbaloi la kot dengan sesak-sesak manusia hari tu.Rasanya cukupla dah kot baju adik baby yang ni campur dengan yang beli kat Penang hari tu.Nanti belum lagi campur dengan baju Abang Danial time baby..kot ye.Lagi 4 bulan boleh percaya ke?Nanti pantang nampak yang cantik,berkenan terus beli lagi..




Monday, November 12, 2012

Semua lupa..apedaaa

Bersiaran langsung dari atas endoi at rumah parent in law.Semalam gerak dari Nilai pukul 3pm sampai sini dalam pukul 10.45pm..Mujur jalan smooth je.Kalau jammed mau kebas tulang punggung ni..InsyaAllah seminggu kami di sini..Plan tu macam-macam tapi wallahualam terlaksana ke tak.Buatnya hubby nak melepek je memang tak dapekla nak gi mana-mana..

Seminggu kat sini dengan laptop lupa bawak,segala vitamin tak bawak..adoiiii camne ntah boleh lupa.Punyalah dah ingat masa nak load barang dalam kereta tapi bila dah sampai sini semua takde..Laptop takde memang mati kutu la..Access dengan handphone sangatlah limited.Ipad ada pun macamlah boleh guna kalau si kecik tu tak tidur..Dia dah buat cam harta persendirian dia pulak.
Baru plan nak update blog minggu ni at least sehari satu entry tapi kalau update takde gambar cam tak best plak..ni pun mujur Danial buat lawatan tengok binatang ternakan tokwan dia dapatlah guna kejap ipad..maka terhasillah entry merepek ni..

Ok uolls.selamat bercuti pada yang bercuti..pada yang bekerja tu selamat tekun bekerja ye..

Thursday, November 1, 2012

Langkawi day#3..

Bila nak habis ntah citer holiday ni???Ni baru cuti-cuti Malaysia..Mujur 3 hari jer kalau seminggu mau sampai part 7 ni..

ok..Day 3 kami kat Langkawi which is the last day..Isnin.(8/10/12)..memandangkan tempat-tempat yang nak pegi tu dah kami jejak,so hari ni plan untuk shopping sikit-sikit souvenir untuk family and kawan-kawan kerja..

After breakfast,mandi manda kat swimming pool dulu,then kemas-kemas untuk check out..Dalam pukul 11 baru keluar dari hotel..Tempat pertama yang kami tuju untuk hari terakhir di Langkawi ialah Eagle Square or Dataran Lang..Kalau yang datang ke Langkawi dengan feri ni la tempat pertama yang akan nampak..Wajib jugak kot kalau pegi ke Langkawi bergambar dengan tugu helang ni..




Dah puas berpanas terik kat Dataran Lang kami tuju ke Idaman Suri..



 
Rambang mata kot tengok pinggan mangkuk,sudu garfu..Kalau bawak mak ni mau dia borong sakan kat sini.. Niat hati memang nak je angkut 1 set Corelle.Tapi takde pulak check in luggage..Semua carry naik atas je.So weight must less than 7kg.Saja jer kan hubby takmo wife dia shopping kat sini tu yang dia taknak tambah luggage.Tapi tengah ushar-ushar set Tefal dia tanya jugak nak tambah luggage sempat lagi ni online untuk tambah luggage..Set Tefal tu tak geram sangat sebab kalau Parkson buat sale pun beza dalam sepuluh ringgit je..Tapi kalau beli boleh jugak tambah apa yang sedia ada kat rumah..Disebabkan hubby ada janji next time nak datang dengan family so tak kisah sangatlah tu..Boleh beli time tu.Tak pun boleh kirim kat my family yang nak pegi hujung tahun nanti..heeee..So shopping coklat je..Semalamnya dah shopping kat Haji Ismail rasa cam tak cukup je coklat.Tambah lagi 2 bungkus coklat Daim,kisses..

 Ni pun hubby dah bagi jelingan tajam.Siap perli lagi "dah ada GDM pun nak makan coklat banyak2.."


Settle shopping kat Idaman Suri,Kami gerak ke tempat Beras Terbakar.Nak jugakkan tengok hasil peninggalan sejarah.Tapi yang tinggal ada la dalam semangkuk je lagi berasnya..

Kat sini kalau nak beli souvenir pun banyak jugak kedai-kedai..Nak beli kain batik murah jugak kat sini.Tapi sebab dah borong kat Makam Mahsuri,so just tengok-tengok and beli lagi 2 dozen minyak gamat.Tu pun sebab ada member sms pagi tu nak kirim.Kat area sini sedozen RM9-RM10.Kalau kat makam Mahsuri dapat 15botol RM8.



Lepas ronda-ronda kedai-kedai tu kami singgah makan and hilangkan dahaga kat kedai makan area situ jugak.Isi perut before fly balik..Flight ke KL pukul 3.30pm so isi perut apa yang patut.


Flight yang sepatutnya 3.30pm delay ke 3.50pm..Alhamdulillah dalam sejam penerbangan kami selamat sampai ke LCCT..Then drive balik Nilai around 7pm jugak baru la sampai rumah..

Sekian..Tamatlah sudah percutian kami sekeluarga..Plan for next holiday pulak..