Wednesday, February 29, 2012

penderaan kanak-kanak di taska????

kepochi betul en suami.balik-balik keje tadi belum sempat nak sembang or manja-manja opsss..dah terus kepoh kepoh

"ayang..ayang dah tengok tak video kes dera kat taska??"
 "video ape?" laju je aku soal. 

ntah aku memang tak sempat lagi nak layan internet sepanjang hari ni.malam baru sempat nak layan..terus dia tunjuk iphong dia..

and tunjuk video ni..




description yang tulis kat video ni
Video ini dikatakan berlaku Taska Permata Kota Masai sekitar December 2011
~Minta kerjasama saudara/saudari untuk sebarkan rakaman ini supaya :
1) Rakaman ini sampai ketangan ibu bapa,saudara atau sesiapa yang mengenali kanak2 di dalam rakaman ini
2)Rakaman ini dapat disahkan kebenaran atau kepalsuannya (untuk mengelakkan sabotaj)
3) Keluarga kanak2 ini dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib2 kanak2 ini (jika didapati benar)
~Terima kasih kepada keperihatinan semua. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya

1st time tengok memang terkejut giler aku...ya Allah berbungkus cam pocong dah.seksanya budak-budak tu dibuat camtu.kalau baby takpela dibedung.ni dah besar..camne kalau parent budak budak ni tengok?ape perasaan diorang bila anak diorang diperlakukan camtu??parent dah amanahkan anak-anak diorang untuk dijaga sebaik mungkin.tapi kenapa nak buat camtu??nauzubillah..

then aku baca the latest update pasal video ni.kata sabotaj la pulak dari ex pekerja kat situ..ntahla..wallahualam.minta dijauhkan la anak kita-kita jadi mangsa perlakuan kurang normal camni..

..WW-mirror mirror on the wall

dah banyak nau cermin kat rumah ni..ada hati lagi roommate aku tu nak tambah lagi.


1.antara dining hall,living room and kitchen

  2.dining area


3.kat tangga..ada gap nak naik ke family hall

4,5,6 cermin kat bedrooms..
7,8 kat bath rooms atas..

.
.
.
bakal ditambah.tapi aku pun tak tau nak letak kat mana.
ntahla roommate a.k.a pak incik aku tu..

WW-hobi baru


hobi terkini.
jangan la lepa or letak merata-rata
 1st step-bukak button purse mama

 2.korek ape yang ada.peliknya tau pulak kat mana tempat letak duit sebab kalau kertas dia bolayan je
 3.korek-korek tak jumpa pun."mama ni takde duit ke???"
 4.yes!!dapat dah
 5."ala..singgit-singgit je banyak"
5.tak puas hati lagi.korek lagi.kertas/resit/slip bank banyak la nak oii.

kalau purse ada dalam handbag lagi syok dia punggah.dengan khazanah dalam handbag habis terkeluar semua.belum campur dengan khazanah dalam purse lagi.tapi kalau abah dia punya wallet tak pulak dia nak usik

Tuesday, February 28, 2012

4.30am daaaa

rasa cam nak gelak pun ada.rasa cam nak marah kat diri sendiri pun ada..alahai..now kan dah rasa tersengguk-sengguk..memang tuesday blues betul la hari ni..

alkisahnya..cam dah imune dengan rutin harian sejak dua menjak ni..dengar bunyi alarm automatik bangun,walaupun berat je badan dan mata tapi kena cergas jugak.basuh muka terus turun tuju ke dapur..kena cepat dan pantas siapkan bekalan makanan danial dan breakfast untuk hubby..cam pagi tadi sempatla buat bubur nasi dan sup ayam untuk danial.then makaroni goreng untuk hubby..biasanya pukul 5.45am aku dah sibuk/buat-buat sibuk kat dapur..rebus botol danial dulu (tak sempat nak buat malam tadi.lepas isyak terus zZzzz)..then baru la masak ape yang patut..pastu bila alarm lagi sekali bunyi(pukul 6.30am) kena naik atas solat subuh..

dengar bunyi alarm tu cepat-cepat naik atas.off alarm tapi tak tengok pun pukul berapa.confident je..selalunya hubby dah ready tunggu wife dia nak berjemaah subuh.tapi pagi tadi tak.tengok kat bilik syok je hubby tido.tak sedar la tu.aku pun kejutla suruh bangun.sekali hubby cakap belum masuk waktu lagi..haaa???biar betul..dah 6.30 la..aku tengok jam kat dinding..aik??tak puas hati tengok pulak kat hp hubby..tengok-tengok jam baru pukul 5.30am!!!

laaaaaaaa aku bangun tadi pukul 4.30am la rupanye..aje nye giler la aku menumbuk lesung batu pukul 4.30 pagi.confirm jiran aku pelik sape la menumbuk lesung batu pagi2 buta.aku rasa aku mimpi la kot dengar bunyi alarm pukul 4.30 tadi tu..pastu terus je bangun gi dapur..huhuhuhu..bangun 4.30 tu buat qiamullail pun bagus kan dari pegi menumbuk bawang???kunun nak sambung tido tapi tak mau pulak..golek-golek je la tepi danial.lepas subuh,siap-siap terus gi keje...

adoiiii tak sabar nak tunggu balik.tapi hari ni cam balik lambat je.pas kelas nanti ada meeting la pulak..

Monday, February 27, 2012

A..Baaa..Taa

rindunya kat budak kecik ni..
tadi sempat jenguk kejap kat umah bs.tapi tidur la pulak.ingatkan nak bf danial.tak kesampaian nampak gayanya



teringat-ingat suara besar dia sebut 
"A..baa..taaa"
aliff dah bertukar ke A..tengok ape-ape buku mesti sebut 'A..baaa..taa'..confuse mak!
 mujur tak sebut 'Aliff...B..C'

Sunday, February 26, 2012

mengidam

bila tengok orang laki mengidam ni dah mengalahkan pompuan mengandung dah..tapi nak buat camner.layan kan je la..padahal lewat petang tadi dah makan KFC..aku makan seketul je.lagi seketul tak habis,hubby yang tolong habiskan dengan danial plus bun,mashed potato..

pastu lepas isyak boleh pulak dia cakap 
"hujan hujan camni dapat makan benda panas-panas,berkuah..sedapnyer"..
pastu as a isteri mithali (kunun) aku pun tanya,"abang nak makan ape?"..laju je hubby jawab cam nak makan kuewtiow ladna..senyum simpul je la si isteri,pegi dapur, potong ape yang patut+campak dalam kuali.after 30minit siap..

special for him..tumpang 2 sudu je sebab perut dah kenyang

Saturday, February 25, 2012

..kopok lekor..

suka betul my baby (toddler dah sekarang ni) makan kopok lekor.terkejut mak nyer..goreng sebatang yang panjang tu habis kat dia sorang je..lepas habis satu dia mintak lagi "mama..!" garau je suara dia mintak

 suka kot tak liat cam beli kat pasar malam.ni original from kelate.lembut and penuh ikan.takdela gigit tepung je.. 

 yummy!!! sedapnyerrr mama..senyap duk diam bila dapat makan
 

Tuesday, February 21, 2012

perihal Babysitter..

thanks readers/friends yang bagi pendapat and comment pasal BS ni..

kalau yang tak tau ape masalah BS danial ni boleh la refer kat sini..http://rdna-sfl.blogspot.com/2012/02/nak-tukar-babysitter.html

minggu lepas memang gigih kami suami isteri mencari lubang mana-mana yang ada nak jadi pengasuh/BS danial.cari punya cari dapat satu no contact..exneighbour yang bagitau..a housewife,mummy to 5 years old boy,takde jaga anak orang lain..lorong sebelah BS sekarang ni..tapi kami tak berkesempatan lagi nak pegi rumah akak tu..ye la nak gak tinjau rumah dia.buatnye lagi teruk dari sekarang ni naya aku..

tapi yang buatkan aku jadi serba salah sekrang ni BS danial tu cam ok pulak.semenjak dua menjak ni everyday bekal yang aku bagi habis je.(memang danial tengah berselera makan sekarang ni)..pastu sokmo bagi ape-ape kat danial..cam jumaat lepas,dia belikan danial sandal..pastu cococrunch..boleh kata everyday ada je bekal extra untuk danial bawak balik.pastu danial pulak dah terover manja la pulak dengan akak tu..siap panggil "mak".terkejut aku..cepat-cepat aku betulkan aku cakap 'acik sue'..kalau aku terjah bila aku free,kadang-kadang tu tengok danial syok baring beriba atas akak tu..

lepas kejadian yang akak tu cakap tak sempat nak suap danial makan,dia ada minta maaf dengan aku.dia cakap "akak betul-betul mintak maaf pasal semalam"..dia perasan kot muka aku sentap.tapi lepas kejadian tu dah makin ok..suami akak tu pun layan danial baik je (sepanjang yang aku nampak la)..

actually aku kesian kat danial..nanti tukar BS take time jugak dia nak serasi tapi dalam masa yang sama aku risau gak..perihal bab makan tu cam dah ok tapi ada lagi satu prob yang aku fikir.pasal pet akak tu..emmmmm ntahla..

discuss dengan my parent,senang je diorang cakap "meh la bagi mak abah jaga..nanti gilir-gilir la minggu ni korang balik kampung,minggu lagi satu mak pulak ke sana bawak danial"..jawapan aku dah tentu-tentu la BIG NO.mana boleh tak nampak muka danial sehari..mau meroyan gila bayang aku.dia tido lama pun aku dah terasa boring takde sape nak aku sakat,nak usik,nak gomoi..mau mati kutu kami berdua dalam rumah ni bila danial takde.

hubby pulak suruh tengok sampai next week..kalau tak memuaskan jugak memang say BYE BYE la to akak S tu..

be careful ladies!!

nak share kat blog ni..sumber dari FB.my friends yang post..

http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?menuid=75

siapa-siapa yang ada pakai produk-produk yang ada tersenarai dalam ni sila-sila lah stop.bahaya uolls.nak cantik tapi membahayakan buat ape..biarla muka tak cantik tapi kulit kekal sihat..tepek je la timun,kunyit,telur kat muka..scrub semula jadi

Monday, February 20, 2012

..after 20 years..

terharu!
20 tahun kemudian baru berkesempatan menjengah tempat lama..
tu pun sebab dah duduk kat nilai.dekat la Nilai-PD.cuba duk tempat lain ntah bila ntah dapat datang sini.
 my old school..
walaupun 2 tahun(1997-1998) je bersekolah kat sini tapi still banyak kenangan..
pegi sekolah naik trak askar,kawan-kawan dikalangan anak-anak tentera
pernah tertinggal trak pastu jln kaki ikut hutan.redah tempat latihan askar..
pernah menyorok kat umah api sebab takut nak gi sekolah..heeee


 banyak dah berubah..dulu mana ada jalan camtu..
dah ada tugu Bandar Tentera Darat..
.
.
.
bawak mak dan abah datang sini..masing-masing mengimbau kenangan lama..sambil picnic sambil mengimbau kenangan.abah try jejak his old friends yang masih ada kat sini..tapi tak dapat jumpa..ada yang dah pindah.ada yang takde kat rumah..next time maybe.
insyaAllah...

next time nak tepek gambar kawan-kawan lama.

lupa..

aiseh man camne boleh lupa plak?ni mujur tergerak nak belek buku klinik danial.sebab rasa-rasa cam kena gi klinik minggu ni..untuk cucuk imunisasi 1 tahun..belek punya belek 14/2/12 laaa..minggu lepas.

emmm my bad..selalu ingat je date kena gi klinik.ni boleh tersilap date pulak.
cucuk kat panel klinik la kot jawabnye.malam ni yer danial..
sorry mama lupa..

Thursday, February 16, 2012

nasi tomato super sempoi..

untuk hilangkan rasa gundah gulana pasal bs danial meh nak tepek gambar makanan..heeee kalau pasal masak,makan memang feveret ever la aku.asal susah hati je makan..asal makan je susah hati.boleh gitu???

ni bila yer aku masak?kalau tak silap weekend 2 minggu lepas kot..NASI TOMATO yang super duper sempoi..takyah susah-susah nak pakai beras bhasmati..beras biasa pun boleh.beras siam pun boleh..

meh nak share resepi..ala aku pun cilok2 dalam majalah and en google gak..tapi ubah ikut citarasa sendiri..

bahan-bahan untuk masak nasi tomato (sukatan aku main agak-agak ikut instinct )
BAHAN A
minyak masak(kalau ada minyak sapi lagi bagus)
2-3 ulas bawang putih(dicincang)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 inci halia (hiris halus)
4 sekawan (buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis)

BAHAN B
1/4 cawan susu cair
1-2 biji tomato (dipotong dadu,kecik2,hancur)
1/4 cawan sos tomato
garam, gula secukup rasa
3 cawan beras (rendam dalam air dalam 10-15minit)

cara-cara
1.tumis BAHAN A sampai naik bau pastu masukkan BAHAN B kecuali beras.kacau sampai sebati.
2.masukkan dalam rice cooker.(kalau nak terus tumis dalam rice cooker pun boleh..tapi cam aku tumis dlm kuali pastu baru masuk dalam rice cooker)
3.masukkan beras dan air..(sukatan air ikut pada sukatan beras cam masak nasi biasa..kalau agak-agak cam susah nak ukur pakai jari tengok je sukatan yang sedia ada kat tepi periuk rice cooker tu.tu pun kalau uoll memang pakai pot beras yang rice cooker tu punya la..kalau tak pandai-pandaila agak yer)
4.kacau/kais-kaiskan nasi biar dia masak sebati dengan bahan-bahan tumis..tunggu sampai nasi masak..
5.then boleh la dihidang

camni aku hidangkan dengan dalca udang,ayam masak merah dan papodom..acar/jelatah tak buat sebab bahan-bahannya nan ado..kalau ada memang perfect la.encik suami makan pun bertambah-tambah.

Wednesday, February 15, 2012

nak tukar babysitter!!!!!

makin hari makin rasa mengeciwakan dan mendukacitakan la dengan babysitter(BS) danial..memang kami suami isteri dah nekad dah nak tukar BS baru.sekarang dalam proses pencarian..kali ni nak tengok and survey betul-betul..hari tu tak sempat nak survey,nak tinjau-tinjau tempat lain.dah ada orang recommend terus je tanya and decide letak danial kat situ.memang mengejut.danial pun aku rasa terkejut dengan perubahan tu..

ni selepas sebulan++ memang aku rasa cam tak berapa puas hati..biarla orang kata aku cerewet pun.dah anak aku ofcosla aku nak yang terbaik..emm gatal sangat nak keje kan?kalau jaga sendiri dah tentu takde masalah ni..what to do??ni pilihan aku..

actually dari awal lagi aku dah rasa camni,tapi still boleh pejam sebelah mata.asalkan anak aku terurus,tak comot,tak lebam,tak luka sana sini dan tak jadi ape yang tak diingini sepanjang danial dengan BS tu dah memadai bagi aku...

tapi....sejak dua menjak ni aku makin tak berpuas hati dengan BS danial sebab 

1.tak bagi danial makan!---reason?danial taknak makan.OK.FINE kalau danial taknak makan.tapi kalau bekas makanan yang aku bekalkan kat danial tak berusik,elok je camne sudu aku letak pagi tu camtu jugak keadaan time balik cam tak boleh terima je reason tu.kalau tanya danial ofcosla dia jawab "TAK" memanjang.sebab tu je perkataan yang dia sebut..ball pun panggil "TAK" gak.gaya dia cam tak mencuba pun..kalau dia try mesti berusik nasi tu.ni tak.

everyday aku bangun seawal 5.30am semata-mata nak siapkan makanan si anak..dengan harapan anak tak kelaparan sepanjang kat rumah orang.selalu aku akan bekalkan 3 tupperware.(makanan berat,finger food and biscuits)..tapi kalau hari-hari aku tengok bekas makanan tu tak berusik mana tak sakit jiwa dibuatnya??bila ambik danial dari gate lagi aku akan dengar suara dia merengek.aku cam sangat.merengek tu merengek lapar..luluh hati aku bila dengar anak merengek LAPAR.masuk je dalam kereta aku bukakkan tupperware isi wedges/sosej/nugget.time tu danial makan sungguh-sungguh..menitik air mata aku tengok dia lapar camtu..sampai rumah memang zasss sepantas kilat aku akan panaskan sup/nasi and ape jer makanan yang ada bagi danial makan.bila aku tengok dia nganga tiap kali aku suap sampai la habis sebekas memang menitik air mata ni..laparnye anak aku..mujur aku keje bukan ofis hour.habis kelas dalam pukul 1-2pm aku dah cabut dah.

aku ada gak tanya,dia cakap tak sempat nak suap danial makan..????busy sangat ke???kalau tak boleh nak jaga kenapa terima bila aku tanya awal-awal hari tu??

2.bawak danial keluar tanpa pengetahuan aku.
nak dijadikan sebab, kelmarin aku free dalam pukul 9.30am aku pegila rumah BS.tujuannya satu je nak bf danial.pagi masa hantar tu danial tido lagi jadi tak sempat nak bf dia.tu yang gigih gak cari masa free nak gi bf dia..tup tup bila sampai umah BS anak akak tu panggil "nenek..nenek..mama danial"..kebiasaannya dia akan panggil "danial,mama datang",then terkedek-kedek la danial datang kat pintu..tapi kelmarin tak.tercongok la aku depan pintu pagar.pelik.kenapa danial tak keluar.pastu nenek tu pun tak bukak kunci.dalam 10minit camtu baru nenek tu keluar cakap "danial takde"..TAKDE??terkejut gak aku.."S... keluar bawak danial"..terkedu aku.dahla akak tu baru je dapat lesen kereta 2 minggu lepas.pastu dengan selamba without inform aku dia bawak danial keluar..kalau la jadi ape-ape???nauzubillah...

normal kan aku nak rasa camtu??

3. banyak sangat pet
aku tak kisah kalau diaorang memang jenis sayangkan binatang..tapi jaga la elok-elok.bersihkanla elok-elok.hari pertama aku hantar danial memang tak nampak seekor pun kucing kat rumah tu.masuk minggu kedua baru aku perasan.dari seekor ke 2..3..4..sampai hari ni aku tengok ada dalam 7 ekor kucing.bila aku datang kucing-kucing tu berkeliaran kat beranda..takdela masuk dalam rumah.tapi bila bukak pintu berebut-rebut kucing tu nak masuk..danial ape lagi.bukan main suka la kalau tengok 'cat'..sampai kena cakar dengan kucing. jumaat lepas dah ada pulak pet baru..dah bela rabbit pulak..dapat orang hidung over alert cam aku ni problem la.dari jauh dah boleh cium bau najis arnab tu.sejak ada rabbit tiap kali aku hantar danial pagi-pagi mesti dia letak danial dekat dengan cage rabbit tu.nak bagi danial ralit.tapi aku tak suka.sebab taik arnab tu berterabur kat lantai..buatnya dia tak perasan danial kutip masuk mulut.camner????

disebabkan sebab-sebab ni aku nak tukar BS.kalau ikutkan danial dah mesra and serasi dah dengan BS tu.tapi takkan aku sanggup nak biarkan anak aku kelaparan hari-hari???dengan pet BS tu lg.memang nekad nak tukar.cuma ada gak rasa serba salah.tak tau nak cakap camne dengan BS danial nak kata taknak dah hantar kat dia..any idea??biarla cam tarik rambut dari dalam tepung.rambut tak putus,tepung tak selerak.taknakla sampai kecikkan hati orang..huhuhuuhu serba salah.... 

Tuesday, February 14, 2012

danial 1st birthday party..

assalamualaikum ..:0-0

alhamdulillah.selesai sudah unplanned birthday party untuk danial..UNPLANNED ye uoll..tak dirancang.semua last minit.mana taknye,petang sabtu tengah syok layan danial main kat playground GIANT tiba-tiba dua-dua SIL call cakap nak datang esoknya.dan dan tu hubby terus decide buat birthday party danial dah alang-alang kakaknye nak datang..aku rasa nak gigit-gigit je hubby time tu.memandai je decide.dah la tak plan ape-ape.petang tu jugak gi survey cake.nak tempah diorang tak terima plak kalau sehari.at least 2 hari.so main taram je la esoknye beli ikut ape cake yang ada.then malam sabtu tu baru decide nak masak ape.gile je rasa..malam sabtu tu dah start prepare sikit-sikit.buat agar-agar,tiup belon,deko sikit-sikit..huh memang kelam kabut.semput-semput tiup belon.

tapi syukur semua berjalan dengan agak sempurna.kalau ikut rancangan yg betul-betul dirancang nak buat sekali nanti dengan housewarming.belated la kiranya.nak buat bila? tu pun wallahualam.alih-alih 'terbuat' ahad lepas..

pendek kata aku tak suka bila unplanned ni.tapi nak buat camne?selalu unplanned tu yg menjadi.mujur dapat husband yang over cool..dapat la aku menumpang sikit cool dia tu bila time gelabah nak buat preparation.


 props...adala sikit-sikit belon and tulisan happy birthday..jadila


 

 blackforest cake..nak own design tak dapat tempah..huhuhu

 susahnye nak ajak budak ni potong cake
 birthday mama ke danial???

 minat dengan ceri tu dari cake
 danial's cousins


 the foods.
1.mee kari
2.spagetti daging
3.fruits cocktail
4.agar-agar
5.keropok lekor
6.wedges and fries
7.cake
8.air mango

alhamdulillah licin semua.berbaki pun mee kari je.paling laris spagetti..tekak western semua kot.hahaha..


tak jemput ramai pun.5 buah family je..jiran-jiran and exjiran..dah namanya buat kecil-kecilan and simple celebration.nak jemput ramai segan sebab unplanned party.
 sebahagian tetamu

 
after maghrib semua beransur balik..pastu kami suami isteri kumpul sisa-sisa tenaga yang ada untuk keje-keje mengemas,mencuci pinggang mangkuk..huh flat terus malam tu.

Friday, February 10, 2012

..danial turn 1..

hari ni genap setahun dah Muhammad Danial Zaffran..tetiba rasa sedih bila anak cepat besar.terlalu cepat je masa berjalan.dari baby yang tak tau ape-ape,meniarap,duduk,merangkak,berdiri dan berjalan..semua dalam setahun.dari tak pandai merajuk sekarang dah pandai merajuk.dah tau protes.dah pandai demand..kadang-kadang kita je yang kena ikut rentak dia.huh! sabar je la..

 masa baru lahir sampai umur sebulan..asyik tido je.menyusu setiap 2 jam..

 2 bulan..time ni dah tau senyum dan renyih..
 3 bulan..dah start angkat badan sikit.3 bulan 17 hari start meniarap..tiap kali baringkan mesti meniarap.

 4 bulan..dah pandai gelak

 5 bulan.time ni dah belajar angkat2 bontot.buat action nak merangkak.tapi tak merangkak pun.
5bulan 13 hari dah boleh duduk..


 6 bulan..dah boleh makan solid food tp still lagi bf.seronok time ni tgk dia makan..gigi pun dah tumbuh 2 batang.bahagian bawah

 7 bulan..gigi dah bertambah

 8bulan..dah belajar berdiri.naik stroller je nak berdiri

 
 9bulan..


 10 bulan..1st time masa umur 10bln++ danial demam yang agak tinggi.
seminggu lepas demam 10bulan 20 hari danial dah mula menapak setapak dua..


 11 bulan..


 12 bulan=setahun..

terima kasih Danial sebab pilih mama and abah untuk jadi ibubapa danial..terima kasih sebab dah ceriakan hidup mama and abah setiap hari,setiap waktu..walaupun kadang-kadang tu mama geram jugak tapi tengok keletah danial terus hilang rasa marah.

terima kasih ya Allah,Kau kurniakan kami zuriat ini..

mama doakan danial jadi anak yang soleh,membesar dengan sihat,ceria,aktif dan jadi anak yang taat pada mama and abah..mama tak mampu nak bagi hadiah yang mahal-mahal tapi cukupla doa yang tak putus-putus untuk danial tiap kali mama and abah solat.

Be a Good boy!!

happy birthday my son..

awal-awal lagi danial dah dapat hadiah dari tok and opah. mama and abah tengah duk pikir lagi nak bagi ape..heeee.

Thursday, February 9, 2012

..mengimbau kenangan..

setahun yang lalu...9/2/11

waktu ni..detik ni..aku dah start rasa contraction..actually dah overdue 2hari dari tarikh yang sepatutnya..sebab kan mild contraction and ada spot pagi 8/2/11pukul 3am hubby cepat-cepat hantar ke hosp putrajaya.bila buat VE bukaan baru 1cm.doktor suruh balik..memandangkan waktu tu katil kat wad semua penuh..masa dalam kereta aku rasa sakit sangat..hubby tak puas hati plus risau dengan keadaan aku waktu tu terus pecut dari putrajaya ke hospital Seremban..kecut perut time tu bila hubby drive dah macam masuk F1 je.mak kat seat belakang berapa kali ntah cakap "saiful..slow sikit"..

sampai kat hospital seremban,doktor check dah 2cm bukaan and darah cam banyak pulak keluar..after settle semua prosedur daftar wad aku ditolak ke wad..kat wad dia bahagi 3 bahagian.aku duk yang hujung sekali (bahagian 3)kat area ni semua contraction dah kerap..tunggu nak bersalin je..6.30am sampai 8.30am bergilir-gilir orang dari katil2 area tu ditolak ke LR..aku je setia menunggu.dari 6 orang last2 petang pukul 2.30pm tinggal aku sorang terkontang kanting kat situ.bila doc check still 2 cm.contraction pun dah slow.dari katil belakang terus pindah ke katil depan..area orang dah bersalin.seronok tengok diorang pegang baby masing-masing.

malam tu malam pertama aku tidur kat wad.tak boleh tidur pun.kejap2 nurse datang check jantung baby.kira gerakan baby..4 jam sekali buat VE.huh lemas..pukul 8am 9/2/11..time ni aku dah rasa lain macam kat private part.pastu rasa menekan-nekan je.emm instinct rasa cam dah dekat je.tapi hati meronta-ronta nak keluar wad.kalau boleh aku taknak bersalin kat situ.pukul 8am doktor buat VE lagi.aku cakap kat doktor nak keluar wad.nak balik.bila doktor tanya ada contraction x? aku cakap TAKDE..padahal ada.tapi doktor suruh tunggu dia buat VE tengah hari nanti..lepas buat VE pagi tu makin banyak pulak kuar lendir campur darah.plus sakit je.nak berjalan pun sakit.tp bila hati aku meronta-ronta nak keluar memang aku buat-buat OK je la..

pukul 2.00pm doc buat VE again.kali ni doktor cakap kulit aku dah makin nipis.3cm dah bukaan.doktor agak petang tu aku bersalin.tp aku cakap aku ok.tak sakit.sebab kesian kot tengok muka aku doktor izinkan jugak aku balik.tapi dia cakap make sure bila sakit cepat2 datang hospital.seronok giler waktu tu..terus call hubby suruh settle bil..

kuar hospital hubby ajak gi Tesco.time tu ligat je..masa jalan-jalan kat Tesco tetiba rasa sakit ya amat.tapi boleh tahan lagi.sempat lagi beli baju baby 2 pasang..dari Tesco ke Jusco pulak.padahal sakit dah time tu.sebab nak gak makan KR(makanan terakhir yang aku makan before masuk LR) gigih gak jalan.dah macam penguin je rasa.habis sepinggan aku makan.

sampai rumah dah tak senang duduk.malam tu mak ajak dinner pun aku taknak.kenyang makan KR petang tu..asyik naik turun tangga je aku hari tu..kunun nak bagi senang sikit bersalin..

malam tu aku dah tak lena tidur.kejap-kejap terbangun.sakit.tapi taknak kejutkan mak and hubby.sampai pukul 5.30am 10/2/11..aku rasa cam tak tahan dah sakit.bangun gi toilet tengok ada darah.banyak.mandi2,masak air baru slow2 kejut hubby and mak,kata aku sakit.sementara tunggu diorang siap aku bancuh milo.konon nak bagi tenaga.tu je pun yang boleh aku telan waktu tu..

pukul 6am gerak ke hosp putrajaya..bukaan 4cm.7am ditolak ke LR..6.30pm selamat aku melahirkan..alhamdulillah...





dan esok genapla setahun Muhammad Danial Zaffran..

unknown virus

SUSAH HATI!
tu jer boleh diungkap perasaan sekarang ni.orang lain rasa happy je cuti2.aku??happy gak tapi separuh hati je.baru nak lega sehari dua dah datang plak susah hati yang baru..

Sabtu dalam 1.30am camtu tersedar sebab danial merengek2..ingatkan dia nak nenen.sua cik B,terkejut rasa bahangnye mulut danial.cepat-cepat ambik termometer cek temperature si anak.38.9degree..suhu kat ketiak.so kena tambah 1 untuk actual temperature.mean 38.9+1=39.9degree!!!!agak tinggi.sepantas kilat capai towel kecik basahkan and lap-lap badan danial..sejam lepas tu dah kurang.bila pagi suap makan,danial taknak makan..susu and air masak je dia nak.petang tu bawak gi Klinik Hana.doc kata ada tonsil maybe sebab panas tu yg dia demam and taknak makan.ubat demam and antibiotik doc bekalkan.

start tu on off panas badan danial.kalau panas tu,pannnaaaasss sangat.temperature dalam range 38.0-39.8..bila makan ubat,sejuk sikit badan dia..dah lama tu panas balik.memang cuak.tapi bila my parent ada kat sini at least kurang sikit rasa takut tu.bila badan danial panas ada banyak tangan membantu lap badan danial..danial pun lebih suka melekap kat bahu dan badan opah dan atoknye compare to his parent.alhamdulillah lepas mak mandikan danial dengan air bacaan surah al-anbiya' ayat 69 and lulur air asam jawa kat kepala danial demam dah kebah.memang elok sihat.dah takde panas-panas dah.

isnin tu siap boleh bersuka ria kat PD lagi..tp aku still beware gak ngan danial sebab baru baik demam.takdela nak biar dia berpanas...petang tu perasan kat atas kening danial naik merah-merah.cam ruam.bila mak cakap cam tanda campak aku denied kata ruam ni..malam tu tgk kat muka dah merah-merah.tapi time tu danial tak demam dah..

sampaila petang selasa baru perasan kat badan,perut,belakang dan leher dah penuh bintik-bintik merah.danial pulak asyik menggaru jer.

 kesian pulak tengok dia asyik menggaru.memang aku bogelkan je tinggal pampers.pastu tepek dengan bedak sejuk.so far dalam duk garu-garu tu aktif je dia main.

 penat kejar "ball"

pagi semalam rasa tak sedap hati tgk keadaan danial aku pun bawakla dia gi KK..jumpa doc.doc cakap bukan campak.then suruh buat blood test to confirm.result blood test memang confirm bukan demam campak..doc check merah-merah kat badan danial..dari sorang doc dah jadi 2 orang doc yang monitor merah-merah kat badan danial..then diorang assumed merah-merah tu jangkitan virus..virus ape??wallahualam.doc pun senyum je bila aku tanya virus ape(cam doktor pun tak sure je virus ape).tp pendek kata doc cakap Viral Fever bukan campak..doc bagi ubat sapu..then kena monitor merah-merah tu merebak ke tak..

so nak tak nak kena la aku EL dua hari ni..kesian pulak tengok danial..