Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Friday, July 31, 2015

Detik kelahiran Muhammad Fateh Aqlan

Entry lama terperam dalam draft post...jenuh nak ingat balik..

070415 dah start rasa contraction and ada blood show.5am gerak gi hosp putrajaya.tapi doc suruh balik dulu sebab takde bukaan lagi.baru 1cm and dinding rahim tebal lagi..so balik je la melayan mild contraction yang kejap ada kejap hilang..

08042015..jam 2.30am
Terbangun dari tido.Rasa cam tak selesa.Dah start rasa contraction..tapi dalam 15min sekali.Bangun gi toilet.kat panties ada spotting darah campur lendir.Kali ni taknak kelam kabut pegi hosp macam semalam.Takut kena reject je.So tunggu dan layan je la contraction tu..Mandi,solat sunat and baca yaasin..Siap apa yang patut. Sempat lg bancuh milo cicah roti gardenia.Standby takut sampai hosp kena masuk LR terus.

4:00 am..contraction makin kuat dan kerap.Selang 10 minit.Kejutkan encik husband.Husband bersiap2 then terus gerak ke hosp..Dalam 5.30am sampai Hospital Putrajaya..Sampai je nurse suruh terus masuk bilik monitor..Buat urine test,check bp,timbang berat..Pastu baring atas katil nurse pasang alat ctg.tak lama lepas tu doc datang nak check bukaan..bila check baru 2cm tapi reading dari ctg strong contraction.Mula-mula doc cam nak suruh balik dulu sebab bukaan baru 2cm tp dia cakap tunggu MO masuk lepas ni camne.Since takde patient doc suruh baring je kat katil tu.

6:30am Datang MO lain..mula-mula lepas dia baca review doc yang sebelum tu dia pun suruh balik.Tapi dia nak check bukaan pulak.Bila check dah 4cm nak ke 5cm.Doc tu suruh aku tarik nafas dia nak tolong bukak bg betul-betul 5cm.Ngilu kot bila doc tu masuk jari dia.Pastu bg ubat berak.Sambil buat procedure tu doc suruh breakfast siap2 suruh husbnd belikan then standby nak masuk LR..Perasaan?cam takde perasaan je.Sebab mula2 dah hampir kena reject kan pastu tetiba tak jadi then masuk LR.sementara tunggu en husband belikan breakfast doc cucuk siap-siap jarum nak masuk drip.Benda paling tak suka..:( sakitnya tuh di sini.

8:15am masuk LR.tukar uniform.pastu nurse masuk drip..nurse pulak check bukaan.6cm..Doc estimate dalam pukul 12 tgh hari aku bersalin..Doc tanya nak ambik epidural or apa2 ubat tahan sakit?aku cakap taknak epidural (berlagak kan?).cucuk ubat tahan sakit je..Time ni still Boleh control.Boleh lagi cakap2 dengan husband.Bila datang sakit contraction tu mulut tak henti-henti baca ayat 21-24 surah al hasyr.Husband pun sama-sama baca.

Makin lama makin dah tak tahan sakit.Husband sua 'gas lalok'..nurse datang cek dah 8cm..Patut la rasa cam nak push.
Saat menanggung kesakitan.. 

10:15am sakit sangat-sangat.sampai menangis.Dah rasa cam nak push.Suruh husband panggil nurse.Nurse datang check dah 10cm..Doc masuk and 3org nurse.Siap sedia semua peralatan.Bila ada rasa surge doc suruh push.Seriusly dah masuk anak ke-3 pun still tak pandai push.husband as usual tukang sorak.Tukang sebut "push".huh sabo je la.Dia pulak yang mengajar wife dia camne nak push.'ayang,teran cam nak berak'..time sakit tu teran nak berak pun dah tak reti camne.hampir give up.Sebab tak reti.Sampai nampak muka frust doc and nurse bila aku tak betul push.Kepala baby dah nampak tapi sebab push tak betul baby tak dapat nak keluar.Bila tengok muka frust doc tu ntah dari mana datang semangat terus push sekuat tenaga..Alhamdulillah berjaya..

10:48am baby dilahirkan.Ya Allah rasa lega ya amat bila baby dah keluar..Tapi time tu aku mamai sangat akibat sedut gas lalok terlebih kot.Doc tanya aku baby apa pun aku tak jawab.Doc tanya husband "encik baby apa ni?"..aku dengar 3x doc tu tanya hubby.Rupanya mamat tu terkesima."boy la ayang".Terus cerah mata aku and tengok bebird baby.CONFIRM BOY.patutla husband terkejut.Unexpected.Kuasa Allah.4 kali scan doc bagitau baby girl.Tapi bila lahir,boy.
Nurse letak baby kat atas badan.(skin to skin) sementara nak bersihkan apa yang patut.Sebabkan terlampau mamai terpaksa husband ampu sama.risau takut aku terlepas baby.
Lepas tu baru nurse bersihkan baby..then dapat breastfeed baby buat pertama kali..

Ni lah baby yang mama and abah ingatkan girl selama dalam kandungan mama sampai mama dah panggil dengan nama girl dah..


Girl or boy tak kisah pun.janji sihat and selamat semuanya..nanti boleh la geng dengan abang-abang..

Wednesday, October 16, 2013

Anak-anak


Dah lebih 6 bulan memegang title 'ibu beranak 2' tapi still rasa janggal nak mention 'anak-anak'..Bukan aku jer yer.Hubby pun kadang-kadang confuse.Mention 'anak' je..Padahal sepatutnya 'anak-anak'..

Untuk permulaan nak start berblog balik meh tepek gambar 2 beradik ni..Tapi si abang memang payahhhhhh la sangat nak bergambor.Adik buat masa ni tak banyak songeh lagi boleh la layan mamanye bergambar..


Pejam celik dah 6 bulan dah Rayyan Furqan..berat dah 8kg.wow membesar bagai johan!!!gigi pun dah ada 4 batang.2 kat bahagian atas and 2 batang lagi kat bahagian bawah..meniarap,berpusing and the latest dah boleh buat position merangkak tapi tak boleh bergerak ke depan.mengundur jer..bila tak dapat buat nangis..huhuhu..Pastu dah keluar dah suara comel dia sebut 'maaa..*speechless*'kalau tinggalkan dia main sorang-sorang mula la panggil 'maaaa'..Cer kalau buat tak tau kat dia,tak layan dia mula la keluar suara jantan+nyaring+high pitching



Ni pulak kawan gaduh,kawan sembang,kawan nak jadi cam budak-budak balik..mana taknya sama-sama nyanyi nursery ryhthm,tepuk tangan,melompat..nak buat camtu dengan abahnya?memang tak la..Dia lebih prefer nak buat apa-apa dengan mama..Yup! one thing about this boy everything yang dia nak (nak buat susu,pakai baju,mandi,makan) semuanya mesti nak mama dia yang buat.NO ABAH!! **bangga jap*tapi kadang-kadang stress la jugak.Ate semua nak mama.Tu yang kadang nak yak pun tak menyempat..kalau abah dia yang buat siapla kena hadap dia nangis guling-guling and sebut "no..no..nak mama"..kalau apa-apa yang dia excited nak cerita pun dia akan lari cari mama dulu..Bila dah cerita kat mama baru dia cerita kat abah..

Lately ni dah tak minat sangat dengan car,lorry and bus dah..Dah bertukar plak minat dak kecik sorang ni.Now minat otomen,iron man..Sikit-sikit mula buat tangan gaya iron man..Konon tangan ada power la tu.Tak pasal-pasal adik jadi mangsa otomen..Nasibla adeq yer.tunggu la sikit lagi adeq dah boleh lawan sama..

Tengok progress diorang rasa cam takmo bagi diorang besar cepat sangat..uolls pun rasa camtu tak dengan anak-anak uolls???

eh Selamat Hari Raya Aidiladha uolls..




Saturday, June 15, 2013

Kerenah 2 beradik

Tengok je dua beradik ni..mana ada adik,situ la ada abang..Redha je la adik apa yang abang buat kat dia..

 
 Kiss all the time..Pantang nampak adik bukak mata.Mula la nak kiss adik banyak kali.
"sayam adik..sayam adik"

 Tidur pun nak dekat adik
 Jalan pun nak berkepit dengan adik..
 cubaan apakah ini???nak kiss adik la..apa lagi??
 nak main bas,lorry pun dekat dengan adik..Tu belum lagi dia buat gila,buat badan adik jadi lane laluan bas dan lori dia
 Dah start geram dengan adik..ni before adik kena gigit dengan abang..melalak tak ingat la adik..
Macam manalah mamanya tak jadi tarzan everyday.Mula-mula baik jer main dengan adik.Bila dah start geram,habis adik jadi mangsa..
Muka eksen bila kena dengar mama jadi tarzan..Mujur adik kuat.kena gigit pun nangis kejap jer..
Aku siap cakap kat Rayyan,kalau nampak abang datang,rayyan buat-buat tidur k.Kalau tak nanti jadi mangsa abang..

Thursday, April 11, 2013

Mother of two

Rasa cam tak percaya dah beranak dua..Dari 'anak' dah kena doublekan jadi 'anak-anak.Padahal rasa cam baru jer bertiga..Tiba-tiba dah berempat pulak..

So far nak handle Rayyan takde masalah setakat ni..2 malam pertama je yg Rayyan meragam sikit.Dia tak tidur and merengek..maybe time tu nak biasakan dengan environment kt hospital and malam esoknya pulak kat kampung..Tapi lepas tu ok dah..Dapatlah mamanya tidur lena sikit..Berjaga pun untuk breastfeed jer.

Bila adik takde ragam,abangnya la pulak.Tak boleh tengok adik bukak mata habis dia gomoi adiknya..Kiss puluh-puluh kali..”Sayam dik”..then paksa mamanya letak adik atas riba dia..kalau tak diikutkan kehendaknya,berjurai-jurai la air mata..

Pastu kalau nak apa-apa taknak la orang lain yang ambik or buatkan.Huh sabar je la.Ingatkan duk kat kampung ni boleh la harapkan adik-adik layan kerenah anak bujang sorang tu.Dahlah masa nak dekat-dekat bersalin dia dah buat perangai memerapnya,taknak dengan orang lain.semua nak mama.Lepas bersalin pun sama gak..Semua nak mamanya yang buat..Nak susu,nak mandi,nak makan semua nak dengan mama..Kalau orang lain yang nak buatkan siaplah dia marah “NO NO NO..OH my english..no no”..siap muncung-muncung mulut cakap NO..memang jadi habuan gelak and sakat la dengan opah,tok and paksunya..Yang pelik tu camne la pulak boleh sesat oh my english tu..

Kalau moodnya baik asyik berkepit la dua beradik ni..ada jer yang Danial sembang dengan adiknya.Kejap ajar anatomy kat adik..

”ni cheek,ni chin,elbow,mouth,nose,eye..ear”.. 
yang seriau tu bila cakap eye siap tunjuk kat mata adik.risau dia cucuk je..dah habis anatomi dia ajar adik counting pulak..”one..two..thyee” “tu,we,ge..pat,me..nam..”..emmm macam-macam..tapi happy tengok diorang camtu..hopefully muafakat la diorang nanti..

tak sabar nk habiskan pantang and nak berjalan..Camner la yer nak handle 2 orang anak ni..

Wednesday, April 10, 2013

Detik melahirkan Muhammad Rayyan Furqan #2

sambungan entry sebelum ni..Detik Melahirkan Muhammad Rayyan Furqan #1

29/03/13 (Jumaat)

7.30am..Doc masuk ubat induce..Tapi pagi tu memang dah rasa contraction cuma bukaan still 1 cm..Before induce doc as usual check VE.Scan baby..Boleh pulak sembang dengan doktor yang buat prosedur tu.Rupanya neighbour satu taman.Lepas masuk ubat doc suruh rest kat katil sejam.After sejam nurse datang buat CTG.If CTG ok baru boleh makan..

Around 11am aku dah start rasa contraction yang makin kerap and konsisten..Dari selang 20minit ke selang 10minit..Bila start sakit tu mulut tak henti-henti baca ayat dari surah Al-Hasyr.Ayat 21-24.Sambil-sambil tu buat breathing technique.Kurang la sikit sakit tu..Pastu minum sikit-sikit air selusuh yang mak mertua buat.Bila minum kurang sikit rasa sakit.

12pm..Hubby sampai..bawak nasi lemak..Malam sebelum tu teringin sangat nak makan nasi lemak tapi nak nasi lemak yang mak masak.Alhamdulillah before bersalin dapat gak makan.Berkelah la kami laki bini kat wad tu.Sembang-sembang..gelak-gelak.Bila contraction datang senyap kejap..hubby siap pesan baby jangan keluar dulu,tunggu abah balik sembahyang Jumaat..

1.00pm time hubby nak gerak ke masjid hubby terkejut tengok kat lantai bawah kerusi aku duduk ada banyak air.Aku assume air ketuban.Then gi toilet dah ada sporting darah campur lendir..Nervous.Air mata bergenang.Bagitau hubby,lagilah bertambah sedih.Memang cembeng betul la.Sedih and takut bila fikir nak bersalin..Hidup lagi ke nanti?Sempat ke nak tengok baby??Emo dari awal pregnant terbawak-bawak sampai ke nak bersalin..

1.30pm Nurse suruh pegi bilik prosedur.Doc check VE.3cm..Then doc tanya air ketuban dah keluar ke??Aku angguk je la.Betul la kot yang kat lantai kat wad tu air ketuban.Then doc masuk ubat berak.nurse suruh gi toilet..Duduk dalam toilet pun tak berani nak duduk lama-lama.Takut terbersalin dalam toilet..lepas tu bermulalah sesi menahan rasa sakit contraction.Kejap-kejap jeling hp..tengok jam pukul berapa.Kalau boleh biarlah hubby ada time bersalin.

2.00pm nurse datang buat CTG.Bagitau kat nurse dah rasa makin kerap contraction and dah ada show.Pastu doc pulak datang..Maybe muka aku cam tak nampak sakit so doc kata lambat lagi..huh sabar je la.So tahan je la sakit tu walaupun sebenarnya memang dah tak tahan sakit.

2.30pm. Hubby sampai..cakap kat hubby rasa sakit sangat.Rasa cam nak meneran pun ada..Rasa cam nak poo poo.Hubby pimpin ke toilet.Tengok banyak pulak darah.Mintak nurse nak tukar baju...Bila contraction datang cam tak boleh nak buat ape.Sampai menggeletar pegang tangan hubby menahan sakit contraction.Bila takde sakit,cepat-cepat tukar baju..

2.45pm Sakit dah tak boleh nak tahan dah.Hubby la jadi mangsa.kejap baju hubby aku tarik..kejap tangan..kejap seluar.Ikut mana dan la yang aku sempat paut nak tahan rasa sakit tu.Allah je la yang tahu camne..Bila tengok keadaan aku camtu hubby panggil nurse.Then nurse contact labor room.Tunggu diorang settle prosedur aku pulak menahan sakit kat katil..Dah rasa nak push..Tapi takut kalau push kepala baby bengkak.So tahan sambil baca ayat-ayat Quran yang hafal.Hubby pun baca sama-sama surah Al-Hasyr then hembus kat kepala..

3.00pm Agak cemas time ni sebab aku memang dah rasa nak teran.Nurse kelam kabut ambik wheel chair and berlari tolak aku ke LR.Atas wheel chair memang dah rasa nak push dah pun.Tapi seboleh mungkin tahan.Sampai LR dah tak boleh tahan.Bila rasa sakit contraction automatik rasa nak push.Staf nurse kat LR kelam kabut suruh aku naik atas katil and diorang nak check.Bila check nurse cakap dah nampak kepala.Sepantas kilat diorang siapkan peralatan.Bila rasa nak push,nurse suruh push.Bila takde contraction cepat-cepat diorang tukarkan baju aku and pasang CTG.Hubby pulak pangku kepala..Bermulalah sesi push and push..Boleh pulak tak reti nak push..Nurse tarik tangan aku suruh rasa kepala baby.Ntah semangat datang dari mana.Push sekali then keluar kepala baby.Then bahu pulak.Hubby tak henti-henti bagi semangat..”push ayang..push ayang”..Sampai aku tengok hubby pun cam nak teran sama..heee..Nurse pun sama.Diorang pulak yang push jugak..Pastu nurse Salasiah ajar camne nak push panjang.Agaknya gram kot kat aku lengah-lengahkan push baby.Tapi ntah aku rasa suara tu cam ganggu konsentrasi aku..heeee..Tapi alhamdulillah 2  kali push selamat semuanya..3.17pm.Lahirlah seorang lagi umat Muhammad SAW.Nurse terus letak baby atas perut..No doctor time aku bersalin..Semua handle by staff nurse.Nurse Salasiah and dibantu 2orang nurse lagi.


Selesai bersalin,hubby tak putus-putus kiss dahi..alhamdulillah..Hubby sempat pegang baby kejap.Then nurse suruh hubby keluar diorang nak bersihkan baby and jahit luka bersalin.

Alhamdulillah nurse cakap tak koyak banyak.Just kulit luar.Jahit pun sikit je and semua nurse yang buat..Baik betul nurse tu.Everything dia settlekan.Sabar melayan kerenah patient cam aku.Bila dah siap semua,baby pun dah dibersihkan then nurse hantar baby kat hubby untuk diazankan..

 Rayyan masa hubby azankan..
 
3.40pm Nurse bagi baby untuk breastfeed.Susu pertama anak mama hisap..Perasaan???speechless.Hubby masuk balik temankan aku..Then nurse bagi milo panas dan roti suruh aku makan..

4.30pm Doc datang check..Check rahim dah kecut ke belum,check jahit luka..after everything ok baru la nurse prepare untuk balik ke wad.Again nurse Salasiah yang bersihkan semua.sangat-sangatlah terima kasih dengan nurse tu.Sampaikan masuk bilik air dia yang lapkan semua.

5.30pm dah ada kat wad..startlah menguruskan anak ke-2.Breastfeed baby..and tukarkan diapers baby...

Malam pertama di wad 2B katil 11 bersama-sama Rayyan..

Malam tu tak berapa nak tidur.Sebab kejap-kejap dengar Rayyan bersin.Sejuk sangat kot.

Esoknya dah boleh keluar wad.Tu pun lepas doktor check takde apa-apa masalah pada ibu dan baby.

Apa-apa pun alhamdulillah syukur selamat semuanya dan dipermudahkan bersalin kali ni..Thanks semua nurse di wad 2B dan di labor room.Semuanya baik-baik belaka..

Friday, March 8, 2013

lega..dah settle dah

Alhamdulillah..selesai dah salah satu tanggungjawab kami pada Danial..Walaupun bukan perkara wajib,tapi sunat muakkad kalau ada rezeki apa salahnya kalau buat..

Melakukan akikah tidaklah wajib kerana Abdurrahman bin Abi Sa’id meriwayatkan daripada bapanya yang menceritakan bahawa Nabi SAW ditanya berkenaan dengan akikah? Lalu baginda bersabda, yang bermaksud;
“Aku tidak al-‘Aquq. Sesiapa yang memperoleh anak kecil, lalu ia suka untuk menyembelih (akikah) untuknya, maka lakukanlah”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Plan asal nak buat kenduri kat teratak kami ni untuk akikah Danial untuk 1 bahagian yang belum dibuat..Tapi banyak sangat kekangan..Memikirkan duit peruntukan yang sedia ada untuk akikah Danial takut dibelanjakan ke arah lain so cepat-cepat la kami daftarkan dengan EZQURBAN..

Mudah dan cepat..Sebaik daftar selang seminggu kemudian dia akan poskan surat menunjukkan yang kita dah daftar..Then selepas selesai semua ibadah akikahnya dia akan hantar lagi surat beserta sijil pengesahan akikah..dalam sijil tu ada mention kat mana ibadah akikah tu dibuat..



Kos untuk 1 ekor kambing = RM550..

untuk detail boleh klik website ini
v
v

Sunday, March 3, 2013

Danial 2nd birthday..



Pejam celik pejam celik 2 tahun+++ dah anak sulung mama ni..cepatnye la masa berjalan.Boleh tak nak stop kejap masa tu??Rasa kejap sangat Danial membesar..Rindu Danial time baby..Bau masham-masham dia..Time dia tak banyak songeh..Redha je apa yang mama or abah buat kat dia..

 Danial 6 bulan..

 
 Danial 4 bulan


Time baby baik la sangat.Takde banyak ragam..So far alhamdulillah,senang rasa jaga Danial.Nak bagi makan,senang..Tak memilih.Nak tidurkan pun senang..Golek-golek je dah tidur..Dari baby sampai la ke usia 2 tahun ni alhamdulillah takde la payah nak jaga dia..Alhamdulillah Ya Allah..Kau kurniakan kami harta yang tak terbanding nilainya..He is my soul,my world and my everything.

Maybe aku takde la sebagus ibu-ibu yang lain tapi I'm try to be the best mother to him..Aku cuba untuk bagi yang terbaik pada Danial..InsyaAllah yang terbaik juga untuk adik-adiknya..Aku berjaya bagi Danial fully breastmilk without top up formula milk sehingga usia dia 1tahun 4bulan..then baru campur formula milk.And 100% bercerai susu badan 1tahun 7bln..Tu pun sebab pregnant and tiap kali dia memilk rasa sakit kat perut tu yang gigih aku cerai susu badan tu..So far NO pacifier,NO buaian..Adik nanti??harap-harap cam abang jugakla..
 
Sempena his 2nd birthday ni,opah and atok bagi hadiah ni kat danial.


 Happy jer dapat basikal..Tak ajar pun kaki letak mana dia tau adjust sendiri nak letak kat mana..

Opah cakap sampai umur 5 tahun boleh pakai basikal ni..Takyah nak beli lain dah..Pink lagi..Memang jambu la anak mama ni..

Abah pulak bagi set lorry..Belum sempat nak snap gambar Danial dah bukak dah packaging nya..lagi bertambah obses la Danial dengan lori..Tapi set ni ada macam-macam jenis lori..Lori minyak,lori angkut,lori bawak simen,bawak pasir..haiiii macam-macamla..

Me and hubby bagi beberapa helai baju untuk Danial..Tak rasmi pun lagi baju bajan tu..Tokwan and tok pun bagi baju..

Tahun ni tak dapat nak buat birthday party untuk Danial memandangkan rumah kami ni macam tongkah pecah gara-gara projek porch hubby.So tak sedap la pulak nak jemput orang datang dengan keadaan rumah camni..So just celebrate bertiga je la tahun ni..eh adik pun include sama.So 3+1..yo yo oo je plan hubby bulan lepas.Sekali bila dah start our homesweethome projek terus punah plan..Takpe ye Danial nanti kita postponed buat dengan adik nak??heee..

Selamat Hari Lahir Muhammad Danial Zaffran..Be a good boy..Mama and Abah sayang Danial so much!!.




Thursday, January 31, 2013

Sabar pun ada hadnya..

Assalamualaikum...

Jarang kot aku update perihal keje aku kat sini..Ntahla..takut bos sekodeng.heeee..

Awal tahun hari tu aku seronok je mengajar.Everyday rasa bersemangat nak ajar my students.Selepas orientasi semua yang awal-awal nangis bila pegi sekolah dah ok.Dah takde menangis nak balik.And sesi pembelajaran berjalan lancar..

Then masuk minggu ke-3,daftar sorang budak baru asal dari Indonesia.Start dari hari tu budak ni dah jadi cam 'ekor' aku..ke mana je aku pegi dia mesti ada kat belakang.Pegang baju aku.Sampaikan aku nak gi toilet pun payah.Bila aku hilang or keluar kelas sekejap mula la satu sekolah dengar bunyi dia menangis "cikgu mana??..cikgu mana?"..Perkataan tu je la yang dia akan ulang sampai la nampak muka aku..Langsung taknak bergaul dengan kawan sekelas.Suruh duduk kat meja dengan kawan-kawan lain pun taknak..Stress gak aku.Sampai kadang-kadang saja je aku menyakat budak tu aku gi menyorok kat kelas lain..Heeeee...

Minggu ni pulak bertambah lagi hazab aku..Daftar pulak sorang lagi budak baru.International jugak.Kali ni dari Oman.Tak tau sepatah apa pun english word.Just tau bahasa Arab.So imagine la camne teacher dia ni yang tak tau bahasa arab nak communicate dengan dia.Dah macam ayam dengan itik la.Aku speak in English dia cakap dalam bahasa Arab.Segala bahasa isyarat la aku keluar.

Bab bahasa tu satu hal..Pastu his parent ni sangatla fussy.Awal-awal masa daftar dia dah bagi syarat-syarat dia.Tak boleh pukul hatta jentik anak dia (ni tak kisahla sebab aku memang takde pukul budak.Habis-habis pun aku setakat marah or jerkah jer)..Then taknak ada homework bawa balik rumah.Kalau nak bagi homework semua siapkan kat sekolah.Sebabnya umi budak ni takde masa nak check homework anak..Then every week nak behaviour record si anak.Ok fine.Bila bos dah setuju dengan syarat parent ni aku pun terpaksa la akur dan menurut perintah..

Yang menjadi masalahnya..Budak ni sangatlah menguji kesabaran aku.1st day datang sekolah,bawak mainan.Bawak kereta.Then sepanjang waktu persekolahan dia main je dengan kereta tu.Bila aku ambik nak simpan dia boleh tendang aku.1st day dia dah tendang  kena kat perut.Senak gak perut aku dibuatnya.Lepas tengok camtu aku biarkan je la.Memang buat donno je la.Aku assume maybe 1st day.Dia belum biasa dengan environment.2nd day which is yesterday dia buat perangai makan kertas pulak.Aku bagi kertas suruh dia tulis..Dia boleh pulak makan kertas tu.Aku suruh buang,dah tentu la dia tak faham apa yang aku cakap.Aku bawak tong sampah kat dia suruh dia buang,dia boleh pulak ambik tisu yang ada dalam tong sampah tu then masuk mulut.Menjerit la aku..Bila aku rampas,melalak-lalak la dia tak bagi aku ambik apa yang kat tangan dia.Budak-budak lain dah bising dah tengok dia makan kertas..Bila aku rampas badan aku confirm jadi mangsa pukulan dia.

Hari ni pun camtu jugak.As usual dia datang pakai kasut boot dia.Aku suruh dia bukak kasut kat luar.Sebab memang my class tak dibenarkan memakai kasut.Cam biasa dia buat keras kepala dia.Then awal-awal tu ok lagi..Bila aku start suruh tulis,dia boleh datang kat aku,dia tumbuk kat belakang aku.Aku tak perasan sebab membelakangkan dia.Aku tak sempat nak ambik action bila budak lain jerit "teacher!!!!"..buk dah kena belakang aku.Aku bangun and suruh dia duduk kat tempat dia.And tulis apa yang aku suruh tulis.Dia keep on tumbuk.Then tarik tudung aku.Habisla tudung chiffon aku hari ni jadi mangsa dia.Then menangis.

Kebetulan hari ni ada buat birthday party untuk budak-budak yang lahir bulan 1.And this boy salah sorang budak yang di celebrate la.Mak dia ada la bagi dia goodies bag untuk pas kat kawan-kawan.Tapi bagi budak ni bawak.Bila dah sampai sekolah mak dia suruh aku ambik.Aku ambik la tolong simpankan dulu,Nanti bila dah sampai masa birthday party tu barula distribute kat budak-budak lain.Sebab ambik plastik bag tu la yg dia marah sangat.Melalak-lalak la dalam kelas.Apa yang aku cakap semua dia endahkan.Aku cakap lembut-lembut pun tak layan.Then bila badan aku dah sakit-sakit kena pukul tu aku call la mak dia suruh dia slow talk dengan si anak.Menangis-nangis la boy ni tadi mengadu kat uminya.Then umi dia cakap kat aku dia taknak tulis sebab takde pun birthday party.

Hambooiiiii sesedap hati dia je.Memang la takde.Sebab belum pukul 10.Selalu celebrate pukul 10.Lama la dia bergayut dengan uminya.Siap kunci pintu bilik ofis.Aku cuak dah.Buatnya terkunci dia kat dalam camne.Lepas dah cakap dengan maknya nampak cam dah ok sikit.Tapi still cubit,and pukul tangan aku..Aku memang dah give up dah nak cakap apa dengan dia.Mujur bila time party tu dia dah berhenti menangis.Tapi ikut gakla perangai keras kepala dia.Ikut suka dia nak duduk mana,nak buat apa..Memang sabar je la dapat student perangai camni..

Esok ntah apa pulak yang dia nak buat..Tak sabar rasa nak on maternity leave.Tak yah nak mengadap kerenah diorang..I really miss my old students.Tahun lepas even lagi ramai dari tahun ni tapi semuanya menyenangkan hati.Tahun ni???Kesian dengan students lain.Disebabkan 2 students ni budak-budak lain pun terjejas sama.Sampaikan ada girl student in my class cakap "teacher..tak suka la dengan diorang ni.Bising"..

Bos senangla sebab dia takde kat sekolah.Dia accept je la siapa pun yang register.Aku rasa sebab behavior budak ni la dia asyik kena terminate je dengan sekolah lain.Ntah camne la bos aku boleh accept.Kalau nak kaya sangat pun janganlah mendera cikgu camni..Takpela sabar yer once dapat offer lain yang lagi best aku cabutlah..

Friday, January 25, 2013

Happy....

Assalamualaikum..

Camner la boleh tak perasan.Asyik ingat kalendar omputih tak ingat dah kalendar islam.Mujur semalam maulidur rasul..Barulah teringat pasal my little hero sorang ni..

Kalau ikut kalendar islam Danial dah 2 tahun dah 6hari lepas = 7 Rabiulawal..Cepatnya..Agaknya sebab dah beralih tahun kot dia buat perangai pelik sikit 2,3 hari ni..Asyikla nak berkepit dengan mamanya.Dengan abahnya taknak langsung.Nak susu,nak mama yang buat..nak air,nak mama yang ambik..nak mandi,nak mamanya jugak mandikan..Saja ragging mama.Dahlah mama nak bawak badan pun tak larat.Tapi layan je la kerenah anak.Seronok la abah sebab takyah kena bancuh susu yer..

Doa yang tak putus-putus je la hadiah untuk anak sayang mama ni..Semoga anak mama jadi anak yang soleh..

 nak naik..nak naik..
 peneman setia mama kalau mama baca Quran..Danial pulak baca muqaddam..Ikut suka je sebut "yaaaa..shimmmm"..
 Sangat obses dengan stereng..pantang la jumpa mainan ni wajib nak naik..

LOVE YOU SAYANG....

Monday, January 14, 2013

macam-macam gelagat budak 23 bulan..

Assalamualaikum..


1 bulan je lagi anak bujang sorang ni nak masuk 2 tahun...cepatnyer la masa berjalan..Dari baby seberat 3.44kg now dah menginjak ke 13.5kg..Tu berat bulan lepas.Sekarang ni wallahualam..Mulut pun makin petah bercakap.Ada je benda nak disebut,nak disembang..And jangan la tersalah cakap confirm dia akan ajuk sampai berhari-hari..Bukannya dia tau pun apa yang diajuk tu..Bahaya OK.

 Pantang nampak handphone mula la berlakon kunun sembang dengan opahnya..
"pah..tok."."tok ane??".."oooo...ebun(kebun)"
"dah..makan nashik..ayam..shayur"..
So faham-faham je la apa yang kunun-kunun opahnyer tanya or cakap dengan dia..

Dari sehari ke sehari,aku suka tengok perkembangan Danial.Semua parent pun camtu kan?Apa je benda baru yang anak kita buat kita akan happy walaupun hanya satu benda kecil..

Danial sekarang dah boleh mengira..Should say mengira ke?tapi dia takdela kenal nombor cuma boleh sebut number 1-20.Tapi dalam slang dia la.. "one..two..thyee..four..five..shix..seben..eight..nine..ten..eleben..twelve(nak sebut twelve ni aku tgk cam payah betul dia nak sebut.cam berbelit lidah)
 thirteen..porteen..fisteen..shixteen..sebenteen..eighteen..nineteen..tweenteeee(panjang dia sebut 'ti' tu)..Kalau nak suruh dia mengira dia ikut mood dia.Kalau rajin memang habis la 1-20.Kalau malas 1,2,3 jer.Tapi tiap kali naik/turun tangga mesti dia akan kira..

Dah boleh sebut 'alif sampai ya'...Tapi...ni pun ada tapinya.Sebab dia suka ikut kepala dia je.."alif..baa..taa..terus dia nak lompat ke jim"..then tugas mama and abahnya la nak kena betulkan bacaan dia..Bila sebut "tha"..baru dia boleh continue "Jim..ha..kho..dal..ro..zhal..zai..sin..syim..sodd..dhot..tho..zho..a'in.."..sampai "a'ain" tu sometimes dia akan sambung dengan "AM"..(Adam Mukhriz).Kuat betul pengaruh citer Adam Hawa pada si kecik ni..bila betulkan barula dia boleh sambung sampai "yaaaaaa"..Suka bila habis sebut sampai "ya"..Hopefully by 3yrs Danial dah boleh kenal huruf-huruf ni.And Iqra' 1 tu dah boleh habis..(My Impian)

So far aku perhatikan Danial ni dia akan kemas balik apa yang dia sepahkan..Ofkosla barang mainan dia.And dia akan letak kat tempat asal apa je benda yang dia ambil..Contoh kalau dia main sikat/barang mamanya dia tau mana patut dia letak balik benda tu..

Sangatlah obses dengan lori dan bas..That's why kalau naik kereta dia akan berdiri sebab nak tengok "loyi" nak tengok "bash"..


Kagum aku dengan anak orang lain yang boleh duduk molek dalam carseat.Serius aku risau bila Danial berdiri sepanjang dalam kereta.Bukan apa takut kalau emergency break tak kea tersembam ke depan??But so far memangla takde lagi kejadian camtu tapi belum apa-apa aku fikir negatif dulu..

Ada lagi satu yang dia obses..MUZIK!Dia suka menyanyi and menari..Tapi kena pandai-pandai agakla apa lagu dia nyanyi.Selalunya nursery rhythm la.Kadang tak faham satu butir perkataan pun dia sebut..Tau-tau tang hujung jer..Benda ni la yang selalu kami suami isteri tergelak mengekek-ngekek..Bila tengok gaya baru tau lagu apa yang dia nyanyi..
.
.
.

Bila Danial nak masuk 2 tahun ni aku tengok hubby yang excited nak celebrate birthday si anak.Asyikla tanya "apa yer nak bagi kat Danial nanti"..AND dah plan his birthday party.Tapi aku je macam tak berapa nak setuju sebab keadaan aku yang dah agak sarat time tu takut tak terdaya je.Plan aku just nak celebrate kecil-kecilan..Just 3 of us or maybe with my family sebab time tu kebetulan cuti raya cina..So maybe akan balik kampung..Tapi apa-apa pun just wait and see..Kita hanya merancang,Allah jua yang tentukan segalanya..

To my little hero..Mama sayang Danial so much..


Wednesday, October 17, 2012

hampir 17 weeks..

Sedar tak sedar adik baby dah nak masuk 17minggu..Emmm tarik nafas panjang..lamanya lagi nak menempuh sampai ke 40 minggu.Kot ye?Tu maksimum la..Cam Danial overdue 3 hari..Kalau orang lain yang pregnant cepatnya la dah cukup bulan..

Pregnant kali ni terasa dugaan betul..sampai ke hari ni alahan tu still ada.Cuma sekarang ni dah on off tapi still ada.Kalau tak hari ni esok lusa..And baru beberapa hari ni la aku rasa cam kembali aktif seperti sebelum confirm pregnant.Kalau tak bila menginjak ke petang je mula la evening sickness tu muncul.Sampai la membawa ke malam.Sampaikan nak tido tu boleh lagi muntah keluarkan segala isi perut.Kadang-kadang jadi cam fobia nak makan.Sebab lepas makan je baru sekejap terperam dalam perut dah dimuntahkan semuanya..Masa mula-mula pregnant,time bulan puasa hari tu lagi lah super dahsyat bagi aku.Rasa cam dah tak rupa orang..Makan apa semua tak boleh masuk kecuali buah..Mujur susu boleh minum.Tu la nak menambah tenaga.Tapi pregnant kali ni aku tak boleh langsung telan air soya which is my favorite.Kalau minum confirm lepas tu aku muntah menonggeng.

Tapi dalam tak lalu nak makan apa tu boleh jugak dapat GDM.Pelik betul..Mula-mula bila suspect GDM perasaan aku betul-betul down.Unexpected.Menangis je la.Sebab bila baca pasal risiko GDM and effect pada baby betul-betul menakutkan aku.Serius.AKu rasa sangat down.Tapi pasrah jugak gi buat BSP.Bila buat BSP and sembang dengan rakan-rakan BSP lain,baru aku rasa,bukan aku sorang yang macam ni.Ramai sebenarnya.My SIL tiga kali pregnant,tiga-tiga ada GDM.Then dengan nasihat kawan-kawan twitter and some info dari SIL buat aku redha.

Since that aku muhasabah diri balik.Mungkin ada hikmahnya kenapa Allah bagi ujian macam ni.Bila compare pregnantkan Danial dengan sekarang,memang aku akui ibadah-ibadah sunat aku banyak tak buat.Kalau before ni setiap waktu aku boleh baca Quran tapi time pregnant kali ni dua kali je 1 hari.Memang banyak sangat kekurangan.Bak kata hubby,Kalau kita tak mintak kat Allah kat sapa lagi kita nak mintak.Berdoa je la.Moga-moga kandungan kali ni sihat dan aku mudah melahirkan bayi ni nanti..So far Alhamdulillah adik baby sihat,aktif and membesar seperti yang sepatutnya..

Nah tepek sekeping gambar mak buyung.Mujur masa gi Langkawi hari tu ok je.Sekali je mabuk.Tu pun kat hotel baru muntah-muntah.


Friday, October 12, 2012

Babymoon~LANGKAWI

Sebelum kenangan ni luput dari ingatan baik cepat-cepat aku catatkan kat sini sebagai kenangan diri sendiri..Jumaat lepas..Means seminggu yang sudah..5/10/12 kami (me,hubby and my handsome boy,Danial) berkesempatan jejak kaki ke LANGKAWI..3 hari 3 malam kami kat sana.

5/10/12 tu flight dari LCCT pukul 7.30pm dan selamat mendarat di Langkawi Airport pukul 8.40pm..

Tunggu abah parking kereta..
 Boarding time..


Holiday ni sempena celebrate our 3rd Anniversary yang jatuh pada 25/9/12..kira ni lah hadiah untuk tahun ni dari hubby.Dan juga babymoon la dah alang-alang bawak mak buyung..

Sampai je kat airport terus tanya kat orang area ruang legar airport tu kat mana One Helang Hotel..sebab malam tu kami akan bermalam kat situ.Rupanya tak jauh mana pun dari airport.Tak payah nak guna khidmat teksi.Kami jalan kaki je bertiga..Kereta sewa hubby booking start esok pagi.Tu yang malam tu menginap kat area yang dekat dengan airport.

Sementara tunggu hubby uruskan perihal check in..
 Budak yang tak reti nak duduk diam..yang tak reti istilah penat


 settlekan apa yang patut..


Lets go kita tengok camne rupa bilik kami nak duduk malam tu..

 Dalam lif menuju level 4
 Room no.424..Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..
.
.
.
ni la rupa bilik tu..
2 katil queen..satu dah tentu for Danial..and satu lagi for mak bapaknye la
 ni bathroom..agak besar.ada bathtub sekali..

kat mana??
kat sini yer..

Malam tu takde aktiviti sangat.Lepas check in,keluar balik hotel,berjalan kaki ke airport semula sebab baru rasa nak dinner..Dinner malam tu kami makan Marrybrown je..tu yang paling dekat kot..Then ambik angin malam area hotel pastu berehat je kat bilik..Sebab keesokkan harinya pagi-pagi lagi nak mulakan aktiviti meronda Langkawi...

will be continue...


Wednesday, October 10, 2012

18 months..

 always happy..
suka muzik..suka menari..donno who teach him..musykil tu.mama abah dia takde pulak ajar menari..
pantang dengar muzik,mula-mula tangan bergerak kemudian badan pulak ikut..

 ada-ada je benda yang dia nak buat..nak try.sifat ingin tahu tu terlalu tinggi.dia akan cuba jaya sampai boleh..

Happy 18months my sweetheart..

Mama sayaaaaaanggggg sangat kat Danial.Danial la harta dunia akhirat mama dan abah.
Be a good boy..