Monday, January 31, 2011

$!8%!@..bengang!!!!!

haaa tajuk dah tak tau nak tulis camner..tapi serius sangat sakit hati.even tak kena kat aku pun tapi bila kena kat hubby sedikit sebanyak kena gak tempias  kat aku.
cissssss sungguh kurang asam punya orang.senang-senang jer nak ambik kesempatan..eeeeee pantang lepa sungguh la..gerammmmnyer!!!!!!!!
kalau aku boleh drive nak jer aku pegi petrol station tu la ni gak.nak gi tgk CCTV petronas tu..
 
ok..ok..sure ada yang blur2 ape benda la yang aku duk bengang-bengang ni..

semua gara-gara menatang ni la
v
v
v

 imej ihsan google..

actually point kad mesra en suami ku di kebas orang gara-gara tertinggal kad mesra tu kat petronas jumaat lepas.and orang tu siap tebus dua kali.last redeem 11.59pm malam jumaat tu jugak.
tu pun baru hari ni perasan.sebabnyer dapat sms dari petronas bagitau dah tebus dah point tu..bukan 100 dua ok.habis licin semua dia tebus.total 7900 point.apsal hari ni baru bagitau????so slow betulla..kalau tak dapat update dari petronas sampai ke sudah la tak tau..kena tunggu isi minyak lagi sekali la baru tau.

pastu tadi aku call helpline kad mesra nak block and report pasal ni dia cakap point tak boleh nak dapat balik.sebab orang ni tebus kat luar..dia cakap orang tu tebus point untuk isi petrol >>1st RM51.90 isi petrol kat PSS Salak Tinggi ..2nd RM28.00 kat PSS Bandar Baru Nilai..pukul 11.59pm
????????
boleh ker point tu buat isi minyak????
baru aku tau..rugi ooo...isi full tank keta aku sebulan boleh tahan.keta encik suami tak dapatla buat full tank.keta aku lepas arr..
then girl tu bagitau lagi kalau nak tau sape orangnyer boleh mintak kerjasama petrol station tu nak tgk rakaman CCTV.dia kata boleh chek samaada staff or orang awam.
.
.
.
kalau la staff yang buat memang tak amanah sungguhla..
aku dah rasa tak sabar2 nak gi tengok CCTV tu tapi encik suami boleh relaks jer.dia siap cakap nak buat camner.benda dah jadi.takde rezeki la tu..
$%&*@!!!
lagila aku jadi bengang.
.
.
kalau kes-kes camni kan boleh ke kita report kat mana-mana???kat tribunal pengguna ke??polis ker??
boleh ke ek??
ni dah kira mencuri namanyer.

Sunday, January 30, 2011

..jalan sampai penat..

gigih lagi pompuan perut muncit ni berjalan-jalan..seharian gak berjalan-jalan.dari tengah hari sampaila ke malam..dah lama tak buat perangai cam gini.dulu time2 PJJ memang selalu camni.kuar pagi balik malam..

kemana jer semalam??semalam kami meronda-ronda seremban jer..
gi jusco..
dah alang-alang gi jusco sempat gakla bershopping2..tapi actually hubby jer yang sakan shopping..beli baju..beli seluar..beli boxer..beli t-shirt..huuu sakan sungguhla mamat tu..
aku???
ntah cam takde mood nak beli baju..hubby nak belikan kasut pun takde selera aku nak membeli walaupun kasut-kasut sembonia,crocodile,carlo rino ada less..camner la aku nak ada mood.dah la badan cam gini.nak beli baju maternity memang taknak la dah.ada bape hari jer nak due takkan nak beli baju maternity pulak..kang tak sempat nak melaram dah bersalin..kalau beli baju ikut size before pregnant buatnyer tak muat..haaa kan ke haru.kasut pulak nak beli time kaki bengkak2 cam gini???mungkin tidakla kot..

lastnyer aku kena pejamkan mata jer la.tunggu pas habis pantang baru nak shopping..
tak dapat shopping untuk diri sendiri shopping untuk baby la..lagi aku sukerr..suke tengok baju yang cute miut.
dah jadi feveret sejak bawak perut ni.sempatla grab dua pasang baju baby.beli murah-murah jer..rasa-rasa cam dah banyak dah beli baju si kechik ni.boleh kata tiap kali gi shopping mesti ada sehelai dua untuk dia..nanti dah kuar sure lagi nak membeli kan???
.
.
dah alang-alang kat jusco kan so lepas gian kat BIG APPLE donut
nyum2..

pastu PappaRoti..

yang ni feveret mr.hubby.pelik pulak.air kopi tak makan tapi roti perisa kopi makan plak.

dah habis satu jusco kami tawaf gi tesco plak..
ni nak beli barang dapur..my mom kan nak datang so kenala beli ape2 barang basah.kebetulan memang dah clear dah stok sebelum ni..beli udang,sotong,ketam,ayam,sayur dan yang sewaktu dengannya.penuh la dah peti ais..nanti boleh la request kat mak kalau nak makan ape-ape..

pastu dinner lepas gian makan chicken chop plak..
 tapi chicken chop ni tak berapa nak masuk la dengan selera aku.cam kurenggg plak..
mujur lunch dah kenyang makan pizza..tapi cam tak rasa plak nak try pizza yang baru tu..ape ke nama nyer ntah.

dah settle semua baru balik umah.dekat pukul 10.00pm gak sampai.tgh malam tu ambik ko rasa sakit perut+pinggang+kaki..hahaha ingatkan nak bersalin dah.tapi syiokkk lagi aku boleh tido so belum lagi la kot masanya.

hari ni nak makan ape plak yer???
steamboat cam ok gak..

..menu breakfast di pagi ahad..

sejuknyer cuaca pagi ni..ikutkan hati nak jer terus duk dalam 'kepompong' tapi tu kalau ikutkan hati la.tapi ikutkan perut kenala jugak lupakan niat di hati tu..
pagi-pagi tapi tak la seawal pagi aka sebaik subuh yer..ate hari ni kan AHAD.jadi kasi can la nak bermalas-malas barang seminit dua..(ye ker seminit dua???sejam dua kot) kat atas tilam empuk berselimutkan comforter ku itu..dalam pukul 8.30 barula aku tung tang tung tang kat dapur.

memandangkan semalam seharian sebutir nasi pun tak masuk dalam perut ni jadi pagi ni aku plan nak masak nasi lemak...
rajinnnnn kan???
hihii puji diri sendiri.kalau i tak puji sape lagi kan??
dan hasilnyer
.
.
ada telur,sambal ikan bilis,timun,sambal sotong dan juga tauhu goreng..
and nasi nyer..
special untuk encik suami..

makan sampai ke tengah hari..save tenaga hari ni.takyah masak tengah hari..malam karang baru fikir menu ape nak masak untuk dinner..

.
.
.
tak sabar nak tunggu my mom sampai..ikutkan hati nak jer suruh si adik cepat2 hantar mak kat sini..rasa cam lama jer tak jumpa mak.

Friday, January 28, 2011

,,menu simple lunch hari ni..

hohoho sejak dua menjak merehat-rehatkan diri di rumah sambil menghitung hari untuk masuk LR ni maka secara tak langsung telah melantik diri sendiri menjadi tukang dobi,chef dan juga tukang kemas kat umah ni..bila dah jadi chef tu pening gak nak fikir menu ape setiap hari..

en suami everyday akan lunch kat umah..so memang kena masakla kan?
kalau aku sorang,goreng telur+nasi+kicap tu pun dah menyelerakan..
tapi demi suami tercinto kenala rajinkan diri masuk dapur..

hari ni masak simple jer..tu pun okla kan ada gak masak..
.
.
.
.
ni la menu hari ni..
 ayam goreng kunyit,sardin serai and kangkung goreng kicap.
 hubby makan sampai 3x tambah..suker..lagipun ni feveret en suami manala tak bertambah dua tiga kali..

..check up @38weeks..

ooo ini kisah hari rabu lepas yer..tapi hari ni baru ada vitamin rajin nak menaip entry kat sini..as usual bila dah masuk 36weeks++ tiap-tiap minggu la kena memunculkan diri kat klinik sampaila ko dah bersalin..
tapi check up kali ni paling aku suka..sebab dalam masa sejam dah settle semuanya..sampai kat klinik dalam pukul 9am..settle pukul 10am..selalunyer mesti nak dkt pukul 12 baru aku settle..sampaikan en suami pun terkejut bila aku call bagitau dah settle nak suh dia ambik kat klinik..

actually tak banyak sangat yang berubah dari checkup last week..
cuma
berat tambah 0.5kg..ingatkan dah tak naik dah..tp naik gak setengah kilo.pastu kedudukan rahim dah turun..37cm..jantung baby -157/min
yang lain banyak explanation dari nurse jer..
  • pasal breastfeeding--->nurse suh cuci2 sikit kat n****..dia cakap takut tersumbat..nanti susu tak boleh nak kuar..then takut jadi bengkak susu..
  • pasal tanda-tanda bersalin--->>haaa yang ni memang banyak aku tanya nurse tu..sebab last week dia cakap aku dah ada strong contraction and dia estimate aku akan bersalin hari isnin yang lepas.tapi sampai ke hari ni aku duk kelek jer lagi perut ni..sebut pasal perut tiap kali check up mesti dia akan tegur kata perut aku" cantik..booolat jer"..ape yang cantik pun aku tak sure..so far alhamdulillah no strechmark kat perut ni..pusat pun takde la terkeluar..ntah aku mmg takut 2 benda ni..bab pusat tu aku rasa cam malu jer kalau obvious keluar..tp boleh cover kan??
  • pasal ape yang perlu buat lepas bersalin-->>pas bersalin kena inform kat klinik..and katakanla berpantang sementara pun kat sini kena inform gak.bagi surat dari hospital and nanti nurse akan visit kat umah.
  • pasal jaundis--->>disebabkan aku berdarah 'O' jadi sangat berisiko untuk baby kena sakit kuning ni yer kawan2..jadi nurse explain camner nak check baby kena kuning ke tak..pastu adala dia citer komplikasi jaundis ni..huhuhu seram plak dgr.mintak jauh la bnda2 tu smua..and the best part susu ibu tu sendiri boleh kurangkan jaundis ni..harap2 adala rezeki aku untuk menyusukan baby sendiri.
.
.
lagi???
tu jer kot..next week kalau tak bersalin lagi kena datang last check up..
emmmm bila yer my baby boo ni nak kuar??sangat tak sabar menanti detik tu..baby tunggu opah datang sini dulu kot..aku pun rasa lega sikit kalau mak dah ada kat sini.at least ada 2 kekuatan aku untuk hadapi detik2 melahirkan..

Thursday, January 27, 2011

..bila 'M' tu besar sgt..

rindu nak corat coret kat sini tp ape kan daya the big 'M' tengah menguasai diri..paham-paham jerla'M' tu ape yer..ape lg kalau bukan MALAS..kadang-kadang laptop tu terbukak sajer tapi tuannyer dah terbaring..minggu ni tahap keaktifan diri cam merudum jer..bila malam mesti rasa sengal-sengal sana sini..kadang-kadang terasa sakit kat bahagian bawah and dah start rasa contraction.tp mild jer la.tu yang lebih suka berbaring jer kat sofa..nampak gaya kena tunggu vitamin rajin dah sebati baru ada citer kat sini..by the way thanks for new follower..sudi2 jengah kt sini..okla mata pun cam nk terpejam dh ni..tapi duk tahan bagi program perfect match ni hbs.nanti2 bila rajin sikit akan update yer.tp aku rajin singgah blog kawan2 tp tak semua aku sempat drop comment..ok nite you all

Sunday, January 23, 2011

..get ready..

lately ni insticnt kuat kata baby ni nak kuar awal.lebih-lebih lagi dgn check up 37 minggu baru ni..nurse kata perut chumel ku ini dah start strong contraction..siap kata tak hari ini,esok..tak esok paling lewat isnin minggu dpn..kalau ikut my mom kitaorang adik beradik semua kuar awal 2 minggu dari EDD..kalau 2minggu awal means next week la..

hari ni dah tak gi mana-mana siapkan semua barang-barang baby..

1.dah asingkan baju-baju baby yang nak guna sepanjang berpantang di kampung..tak bawak semua..sebab rasa cam tak lama jer kat kampung..then lipat letak dalam bakul ni.

sebahagian barang-barang mama and baby yang nak bawak blk kampung..
.pastu toiletries,bedak and barang-barang baby lain dah masukkan dalam bakul ni..

2.siapkan barang-barang mama and baby untuk ke hospital..bag baby lama dah siap.bag mama jer yang terkedek-kedek baru nak kemas..

 barang mama bawak yang penting dulu..nanti kalau ada yang nak pakai papa boleh balik ambik..

3.baru basuh bedding set..

now rasa semua dh settle..just nak tunggu our chinta hati ni kuar jer..mind pun dah ready insyaAllah..papa to be ni pun tak sabar nak jumpa our baby..tiap2 malam before tidur mesti cakap ngan baby..and the best part bila baby bagi respon..harap-harap semuanya selamat..

Saturday, January 22, 2011

..bila mak buyung mengidam..

alkisahnyer bila mak buyung mengidam cam wajib jer nak ditunaikan kan???lagi dekat nak bersalin ni lagi la terasa nak makan macam-macam..selagi tak dapat selagi tu la tak puas hati.tapi so far takde la mengidam yang pelik-pelik pulak..

the latest aku nak makan bubur pulut hitam and buah melaka..punyala cari merata-rata kedai boleh plak takde jual kat sini..gi pasar malam pun sama.bila aku tak teringin ada jer jual.bila time nak,hampeh ilek puchik..merengek2 kat hubby suh cari pun tak terjumpa gak dia cari..

last last decide buat sendiri jer la.bila buat tu mmg tak reti nak budget buat sikit.geram punya pasal..mmg pulun makan sungguh la..

 
ni hasil pulut hitam yang den buat..aku suka makan sejuk-sejuk..dua hari gak aku pulun makan bubur pulut hitam ni.

masa cuti thaipusam hari tu me and hubby together2 buat buah melaka..

aku uli-uli..hubby tolong rebuskan and gaul dgn kelapa.. 
 
dan hasilnyer..
v
v
siap tak sampai 30minit..tapi tak kuat pulak color hijau tu.tak cukup daun air daun pandan kot.
tapi pulun gak kami laki bini makan..
ni hubby request suh buat lagi..

..rezeki baby..

burp!!alhamdulillah..hihihi..br jer lepas lunch.korang lunch ape hari ni???

ni menu lunch hari ni..
nasi kerabu..yum yummmm..
baby makan nasi kerabu hari ni..

bukan aku yang masak yer..tapi jiran aku yang bagi..macam tau-tau jer aku malas masak hari ni..niat di hati cam nak call domino pizza jer..tapi dalam pukul 1.15 tadi dengar anak jiran aku bagi salam.kuar2 gate tgk dia bagi dalam paper bag sampai 3 tupperware.
.hohoho jenuh aku nak balas ni..
kelmarin bagi pulut kuning ngan rendang daging..tu pun tak balas lagi bekas dia..ni tambah lagi bekas..

alamatnyer fening la aku nak fikir ape menu nak masak nak balas tupperware kak siti ni sementara belum bersalin ni..

..tanda-tanda hampir bersalin..

blogwalking kat blog Mrs Eeza herman tadi terbaca pasal ni..pastu aku pun menggoogle la cari artikel berkaitan dengan tanda-tanda hampir bersalin ni memandangkan sakit yang aku rasa semalam tu..thanks yer Mrs Eeza herman for sharing info..


meh nak check jap ada tak kena mengena dengan aku.

Tanda-tanda hampir bersalin 
  1.  Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

    * sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.- selalu gak ni
    * kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing-tersangatla kerap..kalau nak tdo tu dua tiga kali.pastu pukul 4 mesti terbangun nak gi toilet
    * sakit perut, memulas- takde lagi..
    * kerap buang air besar- hihihi memang.before ni sekali jer sehari.lately ni 4x gak sehari..sungguh produktif kan??
    * kerap terkentut- patutla...sampai aku sendiri pun pelik.suka sgt nak pot pot tak kira masa.sampai hubby duk perli2..kata kalau baby kuat kentut mesti ikut mama dia..hihihii sabor jer la.. 

2.Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

3.Sakit Belakang- ni selalu gak..kalau malas nak naik tangga tido kat atas so kenala tido kat bawah atas tilam nipis.pastu mesti sakit belakang.kena letak bantal kat belakang.

Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

4.Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


so pasni kena alert dengan tanda-tanda ni..

Friday, January 21, 2011

..confuse..

lepas sembahyang isyak malam tadi sakitnyer perut aku rasa..mula-mula senak kat bahagian atas perut..around 9.30pm sampai ke pukul 10.00pm..rasa cam berguling-guling dah.tak tau nak buat ape.dalam hati duk fikir dah nak bersalin ker?yang hubby duk sapu air akar fatimah kat perut ni..pastu bag hospital aku and buku klinik dia dah standby kat tepi pintu.bag baby dah memang standby dalam keta..hubby pun ingat dah nak bersalin dah.pastu call mak tanya camner kalau sakit nak bersalin..mak cakap sakit perut memulas2,baby mengeras,senak perut..rasa nak terbe***..bla bla bla..ok tak semua sakit aku rasa..just senak perut and baby mengeras..then mak kata tunggu dulu.kalau berterusan and perut rs memulas2  yela dah tu.nk bersalin la dah.

lepas pukul 10.00 dah kurang sikit..tinggal sakit kat pinggang jer..sambil-sambil hubby urut kat pinggang ni sempatla aku terlelap dalam sejam..pukul 11pm sakit balik..kali ni tak teruk sangat cam yang mula-mula tu..still boleh tahan tapi meleleh gak air mata ni nak tahan sakit..

11.00pm sampai 11.30pm tahan sakit.dalam hati berbelah bagi nak gi hospital ke tak..dalam masa yang sama rasa braxton hicks kot.false labour pain..so takyah nak serah diri kat hospital.kalau dah serah diri tu karang kalau bukan nak bersalin lagi tak pasal-pasal jer kena seluk-seluk bagai nak check bukaan...huh seram jer tau.

then pukul 1.00am sakit lagi..yang ni last..lepas setengah jam tahan sakit and menangis baru la dapat tido..tu pun tak bape lena..pagi ni cam dah ok.baby pun gerak cam biasa..japgi nak g klinik..

Wednesday, January 19, 2011

..huh!buat cuak jer..

pagi tadi gi check up..and hasil check up tu buatkan saya cuak ok..by the way thanks reader yang ambik berat psl tuan empunya blog ni..ye saya masih lg kat sini membawa perut chumel ku ini.saya belum lg bersalin.nanti kalau dah bersalin akan ku update kat blog ni.berbalik citer cuak tu tadi nurse check perut and kebetulan masa check tu perut tgh mengeras semacam.lately ni perut aku mmg suka camtu..then nurse tu ckp ni dh kira strong contraction..dia tgk jam 10min 2 x perut aku keras camtu.tp aku ckp kat dia aku tak sakit..then nurse tu bagitau setengah org ada yg tak sakit.maybe Allah permudahkan.klu contraction cam ni kerap dia suh gi hospital..and yang lg membuatkan aku cuak nurse tu kata tak malam ni,esok takpun isnin minggu depan..hihihi takpe2.wait n see.tgk2 minggu depan hari yg sama tercongok aku kt klinik tu dtg nk check up cam biasa..

Saturday, January 15, 2011

..jalan-jalan sebelum meletopssss...

citer hari ahad lepas..actually tak decide pun nak gi sini.tapi as usual hubby kan suka buat surprise..pagi2 ahad after breakfast hubby kata siap-siap pukul 10.30 kita kuar..dalam mind aku set nak gi beli barang-barang dapur kot..either gi seremban or putrajaya..

bila masuk keta tengok hubby bawak camera besor dia..musykil gak.nak gi mana ni??bila tanya hubby cakap ikut jer..tension tau.!!!yela..tapi dalam hati sukerrr bila bab gi jalan2 ni..selalunyer aku akan explore sendiri ke mana hala tuju yang encik suami nak baawak.samaada tgk signboard or jeling GPS dia..

jalan punya jalan punya jalan  sampai la ke pantai PORT DICkSON..ceh..

disebabkan sampai sana dah tengah hari terik so idakla aku nak berjalan kat tepi pantai panas2 terik camtu..nak berjemur pun takdenyerla.nak berendam ape tah lagi..
kitaorang jalan2 ambik angin jer..
nak gak tayang wajah terbaru dengan hidung agak mekar..hihihi
 tembamnyer sayer....

pas jalan-jalan gi isi perut..mula-mula cam nak makan ikan bakar tp kedai yg femes tu tutup plak..haiiii jauhnyer gi lunch hari tu..

last-last makan nasi ayam hainan..
menarik ada dua ketul nasi dia..kat pantai ape ntah tak ingat.tapi trademark kedai ni.."LOTAK LOTAK HABIS"..mula-mula aku and hubby duk tanya amenda la lotak-lotak tu??cam otak-otak ker??bila sampai jer makanan orang tu siap cakap kuat2 lagi nasi ayam special lotak-lotak habis..bila dah cakap camtu barula faham rupanyer lotak-lotak = letak-letak..emmmm lupa plak skrang ni kat nogori..
tapi menarik nasi ayam kat sini..tak pernah lagi makan camni..not bad.ayam dia sedaaaappp..

makin dekat due ni makin kuat plak berjalan..

Friday, January 14, 2011

..air akar fatimah..

straight to the point>>>actually aku ada sikit kemusykilan berkaitan title kat atas.
bila sebenarnya kena minum air akar fatimah ni??
ada yang boleh bagi jawapan tak???

dah try search..tapi macam-macam pendapat..
ada yang kata masa 8 bulan ++ sampai bersalin..ada gak kata boleh buat mandi..pastu ada gak yang kata bila dah sakit nak bersalin tu baru minum..
mana satu yang betul pun tak tau..
my SIL suruh minum sekarang sampai la bersalin nanti..tapi aku tak rendam pun lagi..orang kata akar ni bila dah nak dekat bersalin tu nanti lagi kembang bila rendam..pastu rendam tak boleh tutup bekas yang kita rendam tu ek???

kalau ada yang tak pernah tengok ni la rupa bentuk akar fatimah tu sebelum direndam..
ni mak mertua yang punya.dia beli kat mekah..turun temurun dari cucu first sampai la ke aku..insyaAllah cucu yang ke-5..

tapi ape-ape pun ikhtiar yang kita buat semuanya mestila di atas izin Allah kan??kita berusaha tapi DIA yang menentukan.

Thursday, January 13, 2011

..check up36 weeks..

semalam gi check up untuk yang ke 36 minggu..kejap jer ek dah 36minggu..lagi 4 minggu jer lagi..so far everything normal..emm tapi aku yang kurang normal..hidung meleleh2 jer.rimas ok.bila mintak ubat kat doktor,doktor taknak bagi ubat..dia cakap nanti aku tidur jer..so kena tahan jer la..

ok berbalik pada result check up..cam biasala kan kena check darah,urin,rahim and scan baby..
  • Hb-11.6g/dL.alhamdulillah dah lepas border line..harap2 maintain la sampai ke bersalin
  • berat-naik 1.5kg..dalam dua minggu sepatutnya 1kg jer.ni extra 0.5kg.huhuhu kuat makan ke aku?
  • blood pressure-120/80
  • urin-blue..normal la
  • tinggi rahim-36cm..so samala dengan tempoh hamil.
  • denyut jantung baby- tk ingat plak bape.tp normal..
  • bila scan baby doktor kata kepala baby dah masuk laluan..so anytime jer..dia tanya dah siap barang2 baby??hihihi dah siap lama dah..pastu doktor kata lagi kalau blum basuh baju baby better basuh sekarang..
then dia pesan kalau baby kurang gerak( kurang 10x dari 9am-9pm),ada turun air,turun darah and sakit berterusan terus gi hospital..

setakat ni kerap gak sakit kat ari-ari..kerap shi shi..pastu baby kadnag-kadang tu mengeras semacam..doktor kata normal sebab kepala baby dah masuk laluan..tapi kalau sakit sangat dan kerap kena serah diri kat hospital la jawabnyer..


and again bila scan still baby malu-malu nak tunjukkan gendernya..tp doktor kata GIRL..ntah aku cam dah tak kisah sangat pun pasal gender tu.asalkan sihat and selamat semuanya syukur alhamdulillah..
pasni everyweek kena gi KK selagi tak beranak.

Wednesday, January 12, 2011

huhuhu (!_!)

kenapa ntah balik jer dari klinik tengah hari td terus rasa lain macam badan ni.rasa serba tak kena.dengan hidung berair and bersin-bersin..pastu sakit sangat pinggang.rasa menyucuk-nyucuk.tapi kejap-kejap.ari-ari pun sakit semacam...haaa sudah.takkan nak
bersalin dah kot.masa gi check up td doktor kata baby dah masuk laluan birth canal tu..then dia kata next week onwords anytime jer boleh bersalin..seriau plak.yg en suami bila aku mengaduh sakit dan dan tu ajak aku gi hospital..tp aku rasa belum lagi kot.tengok camner kalau sakit ni berterusan memang ke hospital la jawabnyer..semua program tergendala hari ni.tp sempat lg memenuhi keinginan tekak..mak buyung mengidam jadi en suami kena turutkan jerla..

Monday, January 10, 2011

..kaki dah start bengkak..

hari ni sudah masuk 36 minggu..dup dap dup dap usah cakapla..macam-macam duk fikir bila dah makin hampir detik-detik nak masuk LR ni.
boleh ke bersalin normal???
boleh ke nak push??
 nafas pun duk tercungap-cungap jer ni..aiyoooo banyak lagi la yang duk berlegar-legar dalam kepala otak ni..tapi ape-ape pun kena fikir positif kan???
tak sabar nak tunggu my baby boo lahir..
nak plok plok and nak shium shium dier..

oooo nooo...my kaki pun dah start bengkak..

kaki GIANT!!!(bukan Giant tempat beli barang tu yer)

sampai buku lali pun tak nampak dah.jari kaki yang sememang kontot2 jadi bertambah kontot..kadang-kadang geli hati tengok kaki sendiri.huduh sungguhla..bila malam-malam sesi mengurut kaki confirm kena gelak ngan en suami huh! sabar jer la.dia siap perli kata kaki GIANT..gelang kaki pun rasanyer pasni nak kena tanggalkan..kang ketat berbekas kat kaki plak..
kasut usah cakapla..dah kembang semacam.ikut size kaki terkini.sekarang ni aku nak kembangkan satu kasut jer..sayang plak kasut-kasut lain kalau semua dah kembang nanti pas bersalin banyak plak nak kena shopping..
tapi kalau beli banyak pun ok jer kan???hihihihi i loikeee !



pas bersalin nanti agak2 lama tak dia nak kembali kepada keadaan asal kaki ni???

Friday, January 7, 2011

..cantik di hati..

selingan di pagi jumaat...

1.janganla terlalu bangga dengan pakaian cantik dan mahal kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan
2.janganlah terlalu bangga dengan kereta mewah kerana kereta terakhir kita adalah van jenazah
3.janganla terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah liang lahad
4.jangan pula ego dan bongkak kerna mampu memiliki rumah mewah bak istana,kerana rumah terakhir kita adalah kubur bertiang dua...
5.janganlah terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti,kita dapat gelaran almarhum
6.hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian mahupun tercalar dek kejian..tapi hati yang sentiasa ingat akan mati akan sentiasa hidup..

renung-renungkan...dan selamat berhujung minggu...

Wednesday, January 5, 2011

..emmmm..

sangat penat hari ni..berjalan2 after menunggu hubby interview almost 2 hours..amende la boss dia tanya.aku tengok cam rancak jer sembang..tak macam interview pun.bila hubby kuar dari bilik interview tu memang macam-macam la aku tanya..pendek kata hubby dapat dah job tu.tp masalahnyer sekarang hubby tak confirm nak accept ke tak..gaji dia tak bagi cam hubby demand.kurang RM200..tak kisahla tu tp projek yg nak kena handle tu bukan dari awal.dah nak siap dah pun by this september.tu yang hubby cam berat jer nak accept.hubby mintak tempoh 3hari untuk fikir..emmm ape2 pun kena mintak petunjuk dari Allah..suruh hubby buat istikharah.klu ini terbaik buat kami accept jerla..katakanla kalau hubby accept job ni makanyer kami akan pindah semula ke penang..silap-silap memang bermastautin kt sana terus..tapi kalau bermastautin terus boleh la proceed plan kami nak beli rumah kat sana and aku pun boleh cari permanent job.kot yer hubby bg aku keje..sekarang ni kalau hari aku tak keje punyala hubby suka..balik tgh hr bukak tudung saji tgk wife dia masak ape.ptg plak jemput2 or goreng pisang dah siap kt ats meja..ape-ape pun just wait and see ape yang hubby decide..aku just follow jer mana yang dia rs baik untuk kami..semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik..amiiiinnnnn..

..mau ke shah alam..

petang ni nak ikut hubby gi shah alam..hubby ada interview..saja menggedik kan??orang nak gi interview pun nak ikut.tapi dah orang tu offer tanya nak ikut tak??aku ape lagi..takkanla kata taknak..not so me la camtu..

kalau dapat job ni alhamdulillah..bertambah-tambah lagi rezeki kami..aminnn..
kalau tak dapat pun takpe..boss hubby ada offer new projek.kalau hubby accept,bos hubby kata increment rm1k++..tapi nak kena pindah ke alor setar la pulak..boss hubby bagi one month untuk fikir..kalau tak nanti dia nak iklankn vacancies tu..

emmm sekarang ni ada a few job offer yang sedang dipertimbangkan..salah satunyer kat sandakan.yang ni member hubby offer..sebab bos dia nak cari RE..gaji yang offer memang best la 2x ganda gaji sekarang..tapi SANDAKAN!!.aku awal-awal lagi kata taknak.ceh cam aku pulak nak keje yer dak??the reason yang buatkan aku tak nak>>>sebab jauh sangat.susah nak balik kampung.
anywhere in peninsular ni aku boleh terima lagi..tapi kalau kena seberang laut china selatan tu cam berat jer..kalau hubby nak ke sandakan jugak nak tak nak kena la jugak aku ikut kan??tempat isteri kan di sisi suami???tapi harap-harap tak la..
pada aku buat ape kalau gaji berganda-ganda tapi nanti hati aku tak gumbira.kalau aku rindu kat mak and abah aku nanti camner???jauh tu nak balik.tiket pegi balik dah bape..
hihihi galakkan??

ape-ape pun semoga Allah permudahkan segalanya.dan diberikan petunjuk untuk membuat pilihan yang terbaik..
hopefully murah la rezeki kami..amiiiinnnnn...

Tuesday, January 4, 2011

..my magic hand..

i really  need my magic hand..
  • bila my baby boo aktif sangat bergerak..nak bagi dia cool sikit..ntah macam magic.letak jer tangan magic ni dia gerak sopan-sopan jer..
 


  • bila time nak tidur..ooo yang ni memang sangat diperlukan.selalunyer time nak tidur ni la baby buat aksi akrobatik kot kat dalam ni.so my magic hand aku usap-usap perut booolat ni bagi my baby boo slow sikit gerak
  • untuk urut kaki every nite..kalau tak sapu minyak esok pagi azabla aku nak bangun..
  • untuk potong kuku kaki saya..makin besar perut cam susah dah nak potong kuku kaki sendiri..tapi bila my magic hand yang buat pejam mata jer la kalau senget benget kuku kaki ku..
and banyak lagi la my magic hand ni buat..kesimpulannya..i really need my magic hand...

Monday, January 3, 2011

..avoid please..

minggu lepas masa check up perut tu aku ada bagitau doktor my latest problem..lately ni aku punya pergelangan tangan suka sakit2..kalau pagi tu kadang-kadang nak pulas tombol pintu pun sakit..then doktor tu cucuk2 la kat tangan and tapak tangan aku ni.doktor kata kadang-kadang pregnant woman akan ada masalah ni sebab ada lebihan air berkumpul kat sendi tangan.dia ada sebut term sakit ni in science tapi tak reti aku nak sebut balik..
alternative nak hilangkan sakit ni kena buat minor surgery untuk kuarkan air tu.tapi memandangkan kandungan aku dah 35weeks doktor kata tak perlu buatla sebab tak lama jer lagi nak bersalin.tapi kalau baru 20 weeks diorang suggest buat minor surgery tu..

then aku tanya lagi..ape punca jadi camni????
jeng jeng jeng nak tau ape dia????????
v
v
v
ais krim..
 cold drink and ais batu...

emmmmm...memang tak dinafikan everyday aku makan ais krim.ais krim tu memang kena ada jer la dalam peti ais umah ni.baru ni sampai dua bekas aku beli.cold drink pun sama.kalau lunch tu mesti nak minum air sejuk takde ais pun takpe.tapi nak air tu sejuk..
makanyer terimala azab sendiri..

bila citer kat hubby habisla aku kena ceramah..kat umah sekarang ni jangan harap la nak merasa minum2 air sejuk dah.tapi kat belakang dia aku tibai gak..ais ketul aku tak heran sangat.tapi ais krim and air sejuk jer susah sikit nak avoid...naknyer air oren dalam peti ais ni..huhuhuhu..
camno  tu???

Sunday, January 2, 2011

...jalan-jalan cari makan..

semalam dah alang-alang cuti my SIL ajak makan2 ramai2..actually tak ramai pun.kami suami isteri and my SIL's family..dia dah booking kat  
Flaming Steamboat Buffet
 dekat dengan sunway pyramid..
actually booking pkul 5 tapi nak menunggu kami ni yang dari jauh (jauh la sangat) pukul 6 gak gerak ke situ dari umah my SIL kat usj...amoi kedai tu 2 3 kali call tanya jadi ke tak..

sangat berbaloi-baloi makan kat sini..seafood pun banyak jenis.pilih jer.nak banyak mana.ate dah style buffet kan so ikut jer la berapa banyak korang nak ambik.janji jangan membazir sudahhh..harga tetap sama.rm20++/person..murahkan??so make sure kalau korang nak makan kat sini tangki perut korang tu tengah kosong.sebab baaaaaaaaaaaaaaaaaanyakkkk sangat pilihan makanan.kalau makan sikit cam tak berbaloi jer.
pilih jer ape yang nak..


ni yang aku ambik..seee banyak tak????untuk aku and hubby..
aku memang rasa semua la.ambik sikit2.tapi ketam 4 5 ekor gak la.udangnyer lagi.yang lain2 ambik sikit2.
 kasi masuk semua dalam periuk ni..ada sup and tomyam..so yummmmyy..


for kids umur 4tahun-10 years baru ada charge.kalau bawah 4 tahun tak yah bayar..

ni anak kaklong..diorang ni tak makan sangat pun.main jer lebih..
bagi depa makan ni terus senyap..

en suami yang khusyuk makan..

air pun ada macam-macam.korang nak rasa semua pun boleh.takde sape larang pun.nak hot drink..nak cold drink..semua ada.cendol,ABC and linchikang pun ada.feveret tu..last sekali aku ambik ice-cream..
 scoop la bape ketul ko nak.nak buh coklat,ceri ikut suka..yang penting tekak korang..
 linchikang and ais krim yang berjaya masuk dalam perut boolat ku..


 pendek kata puas hati.terbaekkk wa cakap sama lu...ni dah plan nak gi lagi..
kalau nak gi better booking dulu..kalau just walk in ikut nasib la.sebab ramai sangat orang.dia bagi masa 3 jam untuk korang menikmati steamboat korang..
tuan tanah yang dah kekenyangan..

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

saya telah di tag lagi..kali ni dari mama harraz..(zam..btul ker eja camni??)..


Syarat-syaratnya:

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! 

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets".

4. Copy and letak gambar banner giveaway ni kat entry dan sidebar blog korang beserta link nya.

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang
nak tag sape yer???orang-orang ni sila buat yersue@aura su aizal,nur_eimi,darlee zuris..


6. Hadiah dia besttttt ooooo..



Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel


Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

  Hadiah Ketiga: Telekung Travel

tarikh tutup 6/1/11..

Saturday, January 1, 2011

..34 weeks..

hari rabu lepas ada check up perut lagi..kali ni just nak update serba sikit perihal check up..
 before gi check up sementara tunggu hubby siap..
rasa cam makin tembam...

minggu ni takde ambik darah tapi kena datang sebab nak scan perut boooolaaat ni..ingatkan kalau just nak scan kejap jer la rupanya azab gak aku menunggu kat depan bilik doktor tu..

result check up terkini
  • blood pressure-110/70
  • berat terkini-61kg...waaaaaa sangat berat.sejarah dalam hidup ni.minggu ni naik 2kg dr 2minggu lepas.huh sabar jer la
  • kedudukan baby-kepala kat bawah tapi doktor cakap tak masuk birth canal lagi..maybe minggu 36 baru masuk.nanti scan lagi tengok camner
  • jumlah air-air ketuban kot kan?dia kira 4 bahagian..dari belah kanan bawah=4.0,belah kanan atas=3.1,kiri atas= 4.1 dan kiri bawah=3.9..total 15.1..so normal
  • berat baby= 2.3kg..
  • gender = tak dapat detect.baby malu-malu.doktor kata nak surprise kot.dia takmo bukak kaki dia langsung hari tu..
tu jer for check up rabu lepas..lately ni baby suka mengeras.kadang-kadang sampai sakit2 perut ni.sabar jer la.and makin aktif.pagi2 lagi cam dah ajak mama dia main dengan dia..sampai papa pun terkejut bila pagi2 time tengah layan tido lagi tiba2 perut ni terbojol belah kanan.cam tolak tangan papa dari perut mama dia..emmm..lagi 6minggu insyaAllah...

..menu di pagi tahun baru..

hai..morning you all...
hari ni mood ceria di pagi tahun baru.
.....^-^....
u all dah breakfast ker??
ker still duk dalam kepompong@comforter masing-masing melayan mata??..
ikutkan pagi ni dah plan nak ikut hubby gi jogging.tapi idakla aku nak berjogging sama.aku maybe just walking or pusing2 taman tu jer kot.alih-alih pas subuh tadi hubby cakap dia malas plak.mengantuk katanya.haaaa sape suruh tido lambat malam tadi.kan pagi ni mata dah macam kena gam..
aku pun kena tukar plan la bangun pagi-pagi memenuhi impian tekak.
pagi-pagi lagi dah berkungfu kat dapur siapkan ini..
v
v
v
kuewtiow goreng..
emmm dah selamat dah pun masuk perut..
hihihihi..

you all breakfast ape pagi ni???



<>