Monday, October 21, 2013

Hadiah anniversary

Anniversary yang ke-4...


Husband iolls memang tak romantik.Tak reti nak ucap,tulis ayat-ayat jiwang.Bagi bunga apetah lagi..Ada la jugak bagi bunga,sekuntum tapi tu pun suruh Danial bagikan..Tapi sesekali bila dia buat tu confirm melting nyer.Anniversary tahun ni lagi la super duper rocknyer..Wish masa selesai solat Subuh jemaah..Tapi siap mention 'hadiah abang postponed'..then senyum kambing.Citttt sabor jerla.Ala actually tak kisah pun.Sebab baru jer dapat birthday present..Wish and ingat pun dah kira ok.

Kalau tahun lepas dapat handphone,tahun ni ???jeng jeng jeng

Sikit punya besar hadiah hubby bagi.Senyap-senyap jer.Tau-tau lorry datang hantar..

Nak tau ape dia???kalau orang lain dapat emas permata,aku dapat ni
v
v
v
(^-^)
 
 
Thanks laling.Memahami isi hati wife mu ini..Nak tunggu built in tak tau bila,beli terus jer lagi senang.Same size.8x8.Wardrobe khas untuk si isteri katanya tu pun tak tau muat ke tak.*choiii perli la tu*.NO sharing wardrobe dah dengan hubby..Yeayyyy!! i likeee..Kesian kot kat wife dia ni.Baju siap tumpang wardrobe anak-anak,tak muat almari yang ada.Tu belum dengan shawl and tudung lagi..



Sunday, October 20, 2013

Popia nestum ku yang mencabar

Cam tak percaya jer boleh buat biskut raya sorang-sorang..Selalu buat dengan mak.Tapi raya haji baru ni mak sooooo busy dengan tempahan bahulu.Gigih gak la aku buat dengan 'bantuan' anak bujang aku..Paham je la bantuan camne.

Mengenangkan kuih raya yang tak seberapa nak ada dan semangat yang membara tu yang jadi jugak popia nestum aku tu..Ala yang senang jer.Yang senang tu pun berejam jugak aku nak menyiapkannya.Baru gulung 10 batang dah si kecik menangis nak susu..nak attention.Nak orang main dengan dia.Lepas dia ralit kejap sambung gulung balik..Pastu Danial pulak nak susu,nak makan,nak buah..aigoooo serius mencabar.Kalau ikut mak aku memang dia suruh takyah buat.Tapi aku NAKKK jugak.

Start pukul 11,pukul 4 baru siap semua.Berejam kan???Tapi berbaloi sebab abah,adik,mak and hubby cakap sedap..heeeee senyum sampai ke telinga la iollls..Time buat tu semua dalam rumah puasa.Harapkan Danial je tukang rasa.Bila tanya,'sedap tak Danial'..dia cakap "emmmm..dappp"...boleh harap gaklah tekak si kecik ni..

Ni la popia nestum air tangan aku..



Resepi??Aku google jer

Bahan-bahan
Kulit popia -aku pakai 50 keping.Tu pun tak cukup
*1 cawan nestum
*1/2 cawan horlick
*3 sudu gula
*3 sudu susu tepung
(* blend)
tepung gandum 1 sudu+air (untuk gamkan kulit popia)

cara nak buat
  1. Mula-mula gulung kulit popia satu persatu.Nak bagi lekat sapu gam tepung tadi.Gulung jangan ketat sangat.Bagi loose je sebab bila dah goreng nanti dia super rangup
  2. Dah siap semua guntingkan serong-serong..
  3. Pastu gorengkan.Minyak make sure betul-betul panas.Goreng sampai keperang-perangan.
  4. Angkat dan toskan minyak.Then gaulkan dengan campuran nestum,horlick,susu dan gula tadi.
  5. Simpan dalam bekas kedap udara
Bila dah makan,mesti rasa cam susah nak stop..Abah aku siap request suruh buat lagi sebab tak cukup.

Thursday, October 17, 2013

Harta dunia akhirat



Kerana diorang
Adakalanya buatkan aku menangis
Buatkan aku gelak tak kering gusi
Buatkan aku senyum sampai ke telinga..
Acting like kanak-kanak ribena..
Dan selalu jugak aku bertukar jadi cam 'hulk' bila mana keletah mereka di luar kawalan kesabaran

Tapi
Sebab diorang jugak
Aku belajar untuk control marah
Belajar bersabar
Belajar faham karakter masing-masing
Belajar memahami isi hati.
Ingat budak takde perasaan ke?
Bukan senang sebenarnya 
Hati dah rasa cam nak meledak meletop nak marah tengok perangai anak
Tapi otak pulak cuba tukar keadaan jadi cool.
Reverse psychology mungkin.



Amanah Allah!
Takkanlah kita nak sia-siakan
Walaupun bukan terbagus,terbaik
Tapi aku cuba menjadi seorang ibu yang paling baik,paling bagus untuk mereka
Baaaaanyak lagi sebenarnya nak kena belajar
Belajar..belajar dan terus belajar
Sebab banyak sangat belajar
Tu yang boleh jadi
Cikgu,doktor,hakim,lawyer,nurse,mechanic buat mereka
Hebat kan???


Danial dan Rayyan
Mama dan abah tak kaya untuk mewahkan kalian dengan harta dan wang ringgit
Tapi kami cuba sebaik mungkin untuk sempurnakan kehidupan kalian seadanya.
Cukup makan..cukup pakai,ada tempat untuk berteduh,ada kenderaan untuk bergerak
Cukup serba serbi walalupun tak semewah mana.
Syukur..

Ya Allah 
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang kau pinjamkan  ini
Harta yang paling berharga
Harta dunia dan akhirat..

Wednesday, October 16, 2013

Anak-anak


Dah lebih 6 bulan memegang title 'ibu beranak 2' tapi still rasa janggal nak mention 'anak-anak'..Bukan aku jer yer.Hubby pun kadang-kadang confuse.Mention 'anak' je..Padahal sepatutnya 'anak-anak'..

Untuk permulaan nak start berblog balik meh tepek gambar 2 beradik ni..Tapi si abang memang payahhhhhh la sangat nak bergambor.Adik buat masa ni tak banyak songeh lagi boleh la layan mamanye bergambar..


Pejam celik dah 6 bulan dah Rayyan Furqan..berat dah 8kg.wow membesar bagai johan!!!gigi pun dah ada 4 batang.2 kat bahagian atas and 2 batang lagi kat bahagian bawah..meniarap,berpusing and the latest dah boleh buat position merangkak tapi tak boleh bergerak ke depan.mengundur jer..bila tak dapat buat nangis..huhuhu..Pastu dah keluar dah suara comel dia sebut 'maaa..*speechless*'kalau tinggalkan dia main sorang-sorang mula la panggil 'maaaa'..Cer kalau buat tak tau kat dia,tak layan dia mula la keluar suara jantan+nyaring+high pitching



Ni pulak kawan gaduh,kawan sembang,kawan nak jadi cam budak-budak balik..mana taknya sama-sama nyanyi nursery ryhthm,tepuk tangan,melompat..nak buat camtu dengan abahnya?memang tak la..Dia lebih prefer nak buat apa-apa dengan mama..Yup! one thing about this boy everything yang dia nak (nak buat susu,pakai baju,mandi,makan) semuanya mesti nak mama dia yang buat.NO ABAH!! **bangga jap*tapi kadang-kadang stress la jugak.Ate semua nak mama.Tu yang kadang nak yak pun tak menyempat..kalau abah dia yang buat siapla kena hadap dia nangis guling-guling and sebut "no..no..nak mama"..kalau apa-apa yang dia excited nak cerita pun dia akan lari cari mama dulu..Bila dah cerita kat mama baru dia cerita kat abah..

Lately ni dah tak minat sangat dengan car,lorry and bus dah..Dah bertukar plak minat dak kecik sorang ni.Now minat otomen,iron man..Sikit-sikit mula buat tangan gaya iron man..Konon tangan ada power la tu.Tak pasal-pasal adik jadi mangsa otomen..Nasibla adeq yer.tunggu la sikit lagi adeq dah boleh lawan sama..

Tengok progress diorang rasa cam takmo bagi diorang besar cepat sangat..uolls pun rasa camtu tak dengan anak-anak uolls???

eh Selamat Hari Raya Aidiladha uolls..




Saturday, October 5, 2013

Saya sukeeee..

Seronok sangat bila dah berkurun tinggalkan zaman sekolah *kuruuun la sangat* then suddenly dapat catch up balik..terima kasih la pada pencipta smartphone,pencipta 'Whatsapp'..walaupun tak bersua muka tp boleh jer sembang sampai tengah-tengah malam..Macam-macam topik boleh keluar..Kadang-kadang senyum sorang-sorang..gelak sorang-sorang ngadap hp.Sampaikan cik abang pun boleh ushar pelik bila tengok wife dia senyum sorang-sorang..

Kadang-kadang ada jugak sebab dah ralit+syok ngadap hp sampai tergendala kerja.(aku la kot).Tu yang keja lipat kain yang boleh siap dalam 30minit jadi berejam tu..sabor je la.pastu merungut kat hubby kain bertimbun tak sempat nak lipat..!_____!

Tapi oklah jugak gunakan teknologi untuk rapatkan ukhwah..kan???