Monday, May 31, 2010

..urut???..

balik kampung hujung minggu semalam aku mengadu dengan mak pasal badan-badan aku yang selalu sakit-sakit..lebih-lebih lagi kat tulang belikat..maybe kesan jatuh dulu-dulu..dulu time-time study aku selalu sangat jatuh.tak tau la nak kata kaki tak kuat ke ape.jatuh tangga la,jatuh dalam bilik air la..masa kat UTM aku jatuh tangga teruk gak.salah estimate anak tangga masa nak turun..terentak-rentak la bontot jatuh dari atas sampai ke bawah..masa tu tak urut pun.just pegi klinik and doktor bagi ubat sapu..sejuuuukkk jer bila sapu gel tu..

la ni baru terasa kesan-kesan dia.nak kata aku kurang kalsium,hari-hari aku minum susu anlene.2x sehari..emm ntahla.badan dah tua kot.hihihi..malam khamis tu aku sampai tak dapat nak baring sebab sakit sangat kat tulang belikat tu..esoknya nangis2 kat mak kata tak tahan sakit.mak ajak balik kampung opah..petang jumaat tu jugak opah ajak pegi umah acik zana..nak urut belakang aku ni..

gambar hiasan semata-mata..

mula-mula aku cakap kat makcik tu suh urut belakang ni jer.pastu mak pulak menokok tambah suruh tengok tang perut aku ni haa..selalu sangat mengadu sakit..makanya satu badan la kena urut.dari kepala sampaila ke kaki..

ni pun bukan aku punya kaki..gambar hiasan semata-mata

bila urut tu macam-macam la makcik tu bgtau.mula-mula urut bahgian kepala..kata ada angin..emmm kepala angin ker???hihihi..pastu bahagian tangan pulak..masa kat bahagian tangan dia cakap ni mesti banyak menulis sebab urat kat tangan ketul-ketul.kalau biar ni lama-lama boleh jadi kebas..ooo ye ker?kagum sat makcik tu boleh tau ape kebiasaan yang aku buat.bukan menulis jer..menekan keyboard pun sama gak..patutla lately ni selalu sangat kebas-kebas tangan.

dari tangan dia suruh aku mengiring.tarik-tarik tangan ni haa.rasa cam nak tercabut dari soket sendi jer..hoh melampau la tu.perbandingan hiperbola semata-mata..pastu meniarap plak.nak urut belakang..makcik tu kata tulang belikat aku ni dah bersimpul-simpul uratnya.dah masuk angin.berketul-ketul..sampai aku boleh terasa ketul tu bila makcik tu pegang.patutla sakit ya amat..masa dia urut2 kat belakang tu cam nak terkencing-kencing aku tahan sakit.part kaki pun sama..kat sendi urat dah bengkak.banyak sangat pakai kasut high heel..pasni takmo pakai dah.

then urut bahagian perut.makcik tu cakap aku punya rahim kosong belah kanan..dia raba-raba lagi berat ke belah kiri tapi jatuh ke bawah..tekan certain part tanya aku sakit ke tak?mana yang aku rasa sakit aku jawab la sakit.dia cakap kena angkat ni.kalau tak susah kamu nak mengandung..haaaa????terkejut aku dengar.aku rasa aku normal and sihat jer.rupanya kat dalam belum tentu pun lagi..masa dia nak betulkan tu sakitnya la..tak tau nak describe camne..air mata ni sampai mengalir nak tahan.makcik tu cakap tak boleh buat sekali jer.kena dua kali urut baru dia berada pada kedudukan yang betul..

sambil-sambil urut tu macam-macam la makcik tu bagi nasihat..terutamanya dalam jagaan dalaman wanita ni..barula aku tau kadang-kadang ape yang kita buat dalam aktiviti seharian tu boleh memudaratkan diri sendiri..makan pun tak boleh makan sembarangan..malam lepas urut tu terasa lagi sakit-sakit badan ni.tang perut lagi la..next week la pulak urut lagi sekali..

N-kad..

setelah berbulan-bulan lamanya berkahwin baru nak dapat benda ni
v
v
v
nak dapat sekeping kad camni pun ambik masa yang lama..tak paham betul la..buat id nak masuk port pun sehari dah boleh siap.ni ambik masa 8 bulan..tu pun macam-macam hal.sabor jer la..tapi syukur la dah dapat.ni pun aku mintak tolong abah yang ambikkan.malas nak jumpa ngan orang-orang kat pejabat agama tu..ikutkan nak gak kenal ngan orang bernama En.Mat.pastu boleh gak aku nak kenal pemilik suara pompuan-pompuan tu.tapi kenangkan jauh and malas nak apply leave suruh jer abah yang ambik..senang citer.
.
.
.
bertambah lagi la koleksi kad dalam purse aku ni..

Friday, May 28, 2010

i want my money!!!!

aku tersangat geram ngan PUBLIC BANK..ada ke sape2 kalangan korang keje ngan public bank.sorry la yer.cuma aku nak  lepas geram jer.

korang pernah tak alami situasi camni???
kuar duit dari ATM machine..tiba-tiba transaction cancel.duit tak kuar tapi check akaun ada deduct..kalau seratus dua aku boleh lagi pejam mata tapi ni melibatkan amaun yang banyak..


actually this happened on 30/4/10..aku kuarkan duit dari Ambank..tapi akaun aku public bank..aku tak kuar kat Public Bank sebab ramai giler orang beratur petang tu..masa nak withdraw duit tu ATM mesin tu cam problem.pastu tiba2 tulis kat mesin tu transaction cancel.kad kuar..tapi duit tak keluar..aku tunggu gak.kot-kot ada orang after aku tu dapat duit aku tu..tapi tak de pun..malam tu aku online check tengok duit aku kurang.malam tu gak call customer services.dia suruh aku report kat cawangan bank terdekat.so tunggu next monday la..04/05/10.


aku buat report kat bank on 4/5/10.masa buat report tu dia suh aku tunggu dalam one week..one week after aku gi lagi bank.nak tanya camner progress..dia cakap tunggu lagi..2 3 kali jugakla aku pegi bank tu.sampai la semalam.tahap kesabaran aku dah maksimum dah.bila jumpa staff kat customer services.dia mintak ic and buku akaun pastu dia cakap no news lagi..tapi mujur ada manager dia kat situ.manager tu tegur "madam,may I help you"..pastu aku explain la ape yang patut..pastu dia terkejut bila tau yang report aku buat tu dah nak hampir sebulan tapi no progress and no news sampai ke hari ni..


then manager tu tanya staff dia camner boleh jadi camni?pastu manager call head quarters and ambank.then manager tu cakap dia suruh aku tunggu.HQ yang akan gesa ambank untuk bayar.

sampai bila ntah nak tunggu..usually that amaun aku akan simpan dalam my saving akaun..walaupun amaun tu pada sesetengan orang tak banyak mana.tapi pada aku amaun near 1k tu dah banyak dah..


I WANT MY MONEY!!!

Thursday, May 27, 2010

debaran dah berakhir...

malam tadi segala teka teki dah terjawab..dah diputuskan..my chenta hati accept job offer kat Nilai tu and dah sign apointment letter.


mean lepas ni aku akan menukar haluan la.no more to penang but ke nilai pulak..bye bye our home sweet home kat penang..and say Hai hai to our new house kat nilai pulak..

my hubby akan start projek baru tu maybe on my birthday..mid of june.huhuhu so no time to celebrate together..celebrate pun awal dari tu kot.maybe in our new place.kata hubby la..ermmm takpela.

bila hubby bagitau news ni me tetiba menangis..i donno why..bukan tak happy dia dapat rezeki tu cuma maybe sebab aku pentingkan diri sendiri kot.aku rasa hubby makin jauh jer..padahal bila difikir2 bukan jauh mana pun..still in Malaysia..buatnyer dia kena hantar kat Dubai cam yang mula2 dulu dia ada sebut,lagi la aku nganga kat sini.ni pun lama hubby nak decide.after di tolak tambah bahagi darab baru dia terima..gaji yang company tu offer pun lumayan and banyak advantage..termasuk advantage for spouse..mean for me la!!!hihii..so just grab this opportunity.bukan senang nak dapat.dah dapat takkan nak sia-siakan pulak.seronok jugak bila difikir2..pasni if i want to be a housewife pun dah boleh rasa lega..sebab rasa hubby mampu untuk support our family.insyaAllah.

"dear..sorry sebab buat u serba salah semalam.. dont worry about me k..i will always support ape jer yang u buat..ni salah satu jalan untuk mencapai cita-cita u.so takkanla i nak halang kan??i'm happy for that.don't worry k"

kalau semuanya berjalan lancar insyaAllah next year hubby boleh ambik exam PE..pastu bolehla demand bila dah ada title..semoga ape yang dihajati termakbul..amiiinnn.

bila hubby dah buat keputusan tu me pun kena decide something...beratnya la.but for our sake terpaksala..ada hikmah disebalik kejadian i guest..tapi kena tengok dulu camner keadaan kat sana.


dalam dua minggu lagi busyla nak kemas barang.
ada sape-sape nak tolong tak??

ape yang ada kat penang maybe kekal jer kat sana..angkut kain baju jer kot..boleh ke hubby kemas sorang2 ni???takut ada jer yang ter miss..nanti hubby akan turun sini and kami sama-sama akan pegi ke Nilai untuk set up our house kat sana pulak..mujur hadiah kahwin banyak dapat yang sama.so boleh bahagi dua umah..mana yang tak cukup beli kemudian..hohoho..mesti memenatkan kan?but at the same time i'm feel sooooo excited..pasni boleh shopping2 di KL pulak..hahaha(itu pulak yang difikirnya)

kalaula..

lately ni aku selalu fikir pasal ni..

IF I AM A FULLTIME HOUSEWIFE..


ape yer yang akan jadi?ape yang akan berubah??
  • mula-mula sekali masa...takyah dah nak bersiap pagi-pagi nak kuar gi kerja.tapi pagi-pagi siapkan en suami pulak untuk dia gi keja.siapkan breakfast..menghias diri and berwangi-wangian..hihihi
  • lepas dah hubby keje aku akan kemas umah and buat ape yang patut..
cam banyak jer nak buat..

ke aku sambung tido??hehehe


  • bila nak dekat tengah hari mesti kena prepare for lunch..if site hubby dkt dgn umah confirm dia akan balik lunch kat umah..if not,aku tak masak awal-awal la

  • bila petang dah tentu2 kena buat minum petang nak sambut en suami balikkan??

  • pastu siapkan dinner
ok..tu dari segi masa and tugas-tugas sebagai surirumah..kalau dari segi lain??

  • aku dah tak boleh nak shopping cam selalu..huhuhu..

  • shopping secara slow jer la nanti.nak beli online pun takde la kot.yela hubby bagi belanja tak sama dah dengan gaji yang kita dapat every month..kalau duit sendiri ikut suka jer kan nak beli ape

  • epf dah tak bertambah la..dah tak keje mana nak datang epf.harap dividen jer la.

  • dah tak jumpa ramai orang..kalau kat tmpat keje deal dengan ramai orang..students,colleague,HODs,bos..

  • hubby akan tanggung satu lagi keta..si merah tu sape nak bayar kalau aku berenti?

  • duit bagi mak abah pun sure kurang..huhuhu

  • makeup aku sure jimat..hihii..kalau dah tak kuar takde la make up beriya sangat.hihihi..bukan dpn suami kena lagi berlebih-lebihan ker??dpn hubby make up gak.tapi more to natural color..
setakat ni tu jer la difikiran sekarang ni..separuh hati nak berenti separuh lagi kata jangan..suh tunggu dpat keje lain baru berenti..tapi kalau hubby dah suruh tak boleh ingkar kan??nanti derhaka..tak cium bau syurga nanti.

resepi puding karamel..

untuk tidak menghampakan permintaan fara..ni kak dina letakkan resepi puding caramel tu yer..

Bahan-bahan yang diperlukan
  • 7 biji Telur
  • Gula - 9 sudu letakkan dalam bancuhan + 2 sudu lagi untuk sangaikan
  • Esen Vanilla - 1 tsp
  • 1 sudu tepung jagung-bancuhkan dengan 1/4 tin air
  • 1 tin susu cair (suggest guna susu marigold..tapi kalau nak guna susu lain pn ok jer)
cara-cara penyediaannya
  1. pukul telur dengan 9 sudu gula tadi..bagi sampai kembang and gula hancur
  2. masukkan esen vanilla,susu cair dan tepung jagung yang telah dibancuh dalam tin susu tadi.kira tuang susu tu dulu dalam mangkuk yang pukul telur tu pastu letak tepung jagung dalam tin susu tu tadi pastu masukkan air.biar air tu 1/4 tin tu.lepas dah bancuh tepung jagung tu baru tuang dalam bancuhan telur and gula tadi
  3. lepas dah settle kacau-kacau bahan-bahan kat atas tu..panaskan loyang..(tau tak loyang tu camno??)kalau takde loyang buh la dalam acuan cake ker.tapi make sure bukan plastik la.kang kukus cair pulak bekas tu..kalau guna loyang,letak atas dapur pastu sangaikan 2 sudu gula dalam loyang tadi..rata-ratakan masa gula tu tengah cair.bagi sekata jer dalam loyang tu.make sure semua permukaan dia dilitupi dengan gula
  4. tutup api biarkan loyang tu sejuk.and gula tu keras.
  5. bila gula tu dah keras baru tuangkan bancuhan no.2 tadi ke dalam loyang tu.sambil-sambil bancuh tu bolehla jerang air dalam periuk kukus.boleh jimat masa.
  6. bila air periuk kukus tu dah mendidih.letak loyang tu dalam periuk kukus.
  7. kukus dalam 40 minit.
  8. lepas dah masak..keluarkan loyang tadi dari periuk kukus tu dan tonggengkan atau terbalikkan ke dalam talam..supaya bahagian gula yang sangai tu jadi bahagian atas.cam dalam gambar ni

lepas tu boleh masukkan dalam peti ais untuk sejukkan..bila dah sejuk boleh la makan...

senang jer kan nak buat puding ni..kalau susah takdenya aku nak buat..selalu gak buat puding ni bawak kat ofis.jamu kawan-kawan makan..ni pun dah lama tak buat.Dr.Sara berapa kali request nak suh bawak.tapi aku jer yang tak terbuat-buat lagi..

Wednesday, May 26, 2010

..syiok dan tak syiokkk...

tak sabar nak tunggu esok.esok last keje then sambung public holiday..this holiday mau habiskan masa with ma parent and adik2..rasa cam lama sangat tak balik umah..

<< i miss my home sweet home >>

dalam tak sabar nak balik jumpa mak and abah ada gak rasa sedih sebab this holiday tak dapat spend ngan hubby..i will miss him badly..huhuhu..lately ni boleh kata tiap2 minggu jumpa tapi minggu ni hubby cakap dia tak dapat datang sini..nak uruskan something..untuk kami jugak..so redha je la..so jangan sape2 kasi aku jeles k kalau korang manja2 ngan hubby masing2..
ikutkan plan asal nak balik sana..sebab dah plan something..tapi dah lama tak balik umah mak,asyik balik penang jer so minggu ni cancel la..hubby pun kata ok..postpone next holiday la nampak gayanya..tak sabar pulak nak tunggu cuti agung ni..huhuhu nampak sangat asyik menghitung public holiday jer..i want shopping!!!mid year mega sale dah start kan???i want shop till drop..hahaha..not me!!hubby la yg selalu camtu..balik shopping melepek.penat kaki.hihihi

yuhuuuuu!!! suka nak cuti2!!kalau aku jadi fulltime housewife nanti sure dah takde merasa nikmat kira public holiday dah kan..takpela this holiday hubby takde.kena pandai-pandai isi masa la jangan bagi teringat sangat..nanti mula la nak (!__________________!)..

..biarla jauh di mata tapi di hati sentiasa bersama..


nak bersiap sedia gi meeting..
tak suka!tapi nak bt camner..dh terpaksa.
hari ni tak taula habis pukul bape?
start 3.30pm habis mau pukul 7pm.
kejungla aku dalam meeting room tu nanti

..gift..

ma buchukk dapat 2 tiket wayang GSC free..gift from samsung.
dah lama dah.tapi still tak berkesempatan nk pegi..bila dah plan ada jer yang tak jadi..
tiket tu valid until 30 June 2010..
plan nak tengok Shrek weekend ni.tapi still tak jadi gak..
adoiyai bila ntah.dah dapat free sayang pulak kalau tak digunakan..
bulan 6 ni cam tak balik ke Penang..yang pasti sepanjang cuti sekolah..sebab banyak sangat jemputan kahwin..so hubby jer yang akan balik ke sini..makanya bila la kami nak gi tengok ni???
hari tu tengok pun bukan kat GSC..kat sini mana ada GSC. ada Big Cinema jer..kat Ipoh ape ek??lupa daaaa..
emmm bila ntah lagi nak gi tgk movie??kekangan masa betul rasanya......


Tuesday, May 25, 2010

..dah layak dah dia..


last week masa my MIL sakit so berkesempatan la berkumpul semua adik beradik hubby..lama betul tak jumpa anak-anak buah ni..anak-anak buah hubby memang agak rapat dengan en suami aka pak anjang gelaran anak-anak buah untuk hubby..sampai nak mandi pun nak suh pak anjang yang mandikan..
aku nak mandikan pun tak mo..
semua nak ngan pak anjangnyer..
sampaikan nak siapkan baju pun sama..
haa merasala en suami pakaikan pampers budak-budak tu..
ingatkan tak tau..
tengok2 lagi expert dari aku..elok jer dia pakai.tau mana depan and belakang..
emm bagus-bagus..dah belajar dari awal..
sambil pakai tu boleh pulak dia cakap bila ntah nak pakai untuk anak sendiri pulak..
emmmmmm ntahla..bila ek??ada rezeki adala k..

aku suka tengok lelaki yang tau manage anak-anak diorang..cam aku tengok abang-abang ipar and sepupu2 semua pandai pakaikan pampers anak..buat susu anak..agaknya dah ada kesedaran sivik kot.tak macam orang dulu-dulu..kaum bapa takde pun buat benda-benda tu semua..semua harap kat kaum mak- mak ni..
harap-harap en suami nanti sama-sama membantu if kami dikurnikan cahaya mata

..sometimes i cook..

orang cakap nak pikat suami ni kena jaga perut dia kan??so yang ni beberapa menu yang sepanjang berkahwin ni merasa la en suami makan dari air tangan isteri dia.nak kata special not so special..kadang-kadang kalau balik sana ikut ape jer yang ada dalam peti ais..then mula la dalam kepala ni mereka-reka menu ape untuk di masak..kalau en suami balik ke sini aku memang siapla beli ape2 yang patut untuk masak..

sometimes for lunch aku masak..

gulai asam pedas ikan..
masak lemak pucuk paku campur udang..ni one of feveret en suami
kari kepala ikan..rendang ayam



rendang udang(ni resepi from my mom),tomyam putih and paprik ayam

nasi ayam..roasted chicken..tom yam..ni pun feveret en suami jugak..try to improve nak bagi lebih umpphh and kick lagi tomyam aku buat..

kalau rasa bosan makan nasi..

aku buat bihun tomyam..kuew tiow kungfu..and laksa

untuk dessert pulak


setakat ni..ni jer desert yang berkesempatan aku buat untuk jamu en suami..kalau ada buat lebih jadikan buah tangan untuk mak and abah penang..puding karamel (feveret MIL)and puding cocktail( feveret en suami)..kadang-kadang buat sira pisang..planning nak buat triffle pulak bila hubby datang sini..

i'm still improve my cooking skill..alhamdulillah ma mom banyak membantu..rasa-rasa kalau terlupa bahan-bahan nak masak something tu cepat-cepat call or sms mak.sepantas kilat mak akan bagi jawapan..kadang-kadang rasa nak ubah angin cari resepi dari internet then try..kalau rasa cam kureng sedap adjust bagi ikut sesedap rasa diri sendiri..

kalau korang sure masak lagi boombastik untuk suami korang kan???

..hepi ulang bulan..

pejam celik pejam celik dah masuk 8 bulan dah kami kahwin.tapi kalau ditambah..tolak..bahagi and darab tak sampai 8 bulan pun kami bersama..means sebumbung..kalau kira ada masa bersama-sama adala kot dalam 3 bulan+++..takpela..walaupun bukan sentiasa bersama,berdua..and jauh dari mata tapi cinta,kasih sayang sentiasa mekar di hati..sentiasa berbunga-bunga..perrrghhhh jiwang karat pulak pagi-pagi camni..


to my dearest hubby..
selamat ulang bulan yang ke-8..
I LOVE YOU MORE AND MORE AND MORE..



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Monday, May 24, 2010

..GiLer..

sejak dua menjak ni dah tergila-gila pulak kat mamat sorang ni..semua gara-gara mak la ni.dah mempengaruhi aku untuk minat kat mamat ni gak..

kalau tengok dia buat persembahan memang habis hati la kata orang..sampai en suami pun boleh jeles..hahaha.pastu tup tup dia menang pulak.tak sia-sia teman sokong orang perak..orang kampar ni ha..mujur dia menang..
pastu dengar lagu dia pulak..tangkap jiwang kejap..



Kebahagian Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


..saguhati..


cuba teka ape benda ni??
.
.
.
.
ni sumbangan dari Hospital Lam Wah Ee..
sumbangan???
actually hasil buangan dari operation ma MIL..
yang botol atas tu batu karang and botol bawah tu sebahagian hempedu yang di buang.
dua-dua ni di bagi pada patient untuk bawak balik tau..this my 1st time experience tengok benda2 ni boleh di bawak balik..kalau tengok kat katil pesakit-pesakit lain pun yang mana lepas operate mesti ada bekas biohazard kat atas meja hujung katil tu..macam kat sebelah katil MIL ni ada chinese dia ada cyst kat dalam rahim and kena buang rahim dia..yang tu pun dia bagi bawak balik.mula2 aku tengok gak ape isi dalam balang tu ..cam kenal and cam pernah tengok.bila tanya memang betulla tekaan aku tu..rahim yang dibuang..emmm kalau goverment hospital takdenya bagi bawak balik.tengok pun tak dapat kot.

dulu masa praktikal kat hospital TLDM Lumut aku ada experience la dengan benda-benda camni..naik OT ambik bekas yang di isi dengan bahan buangan operate tu bawak kat patalogi department...kat situ nanti organ tu akan di cut into slices and buat kajian and masuk dalam bekas yg dah diisi chemical..bau usah cakap la.tapi tempat nak potong tu dah memang ada sedut bau ala-ala fume hood so takdela busuk sangat.kalau tak takdenya lalu nak makan.
new experience.

sekarang ni mak still cam tak bermaya..tapi ikutkan dah boleh makan nasi..tapi mak cam tak lalu jer nak makan.makan bubur nasi jer.badan memang susut.semoga mak cepat sembuh..and sihat seperti sediakala.dah takde gang nak sembang..

..separuh jiwa ku pergi..

kembali bekerja seperti sediakala selepas beberapa hari bersama en suami memangla melelahkan..dengan semangat cam ada takde jer..tapi nak buat camner bukan company sendiri.kalau company sendiri sesuka hati jer la nak masuk keja ke dak..hohoho mau bankrupt company aku kalau camtu..takpela tunggula nanti aku bukak company sendiri.

balik ke kampar mula dah rasa sunyi..rasa lonely..rasa cam hilang semangat..takde sape dah nak sapukan balm bila sakit kepala..takde sape nak usik or menyakat..takde dah orang nak buat aku gelak sampai kuar air mata..huhuhu..kalau boleh tak nak pun lalui saat2 nak say bye-bye cam gini..kuatkanla hati ni agar mampu bertahan..

beberapa hari dengan en suami walaupun kelam kabut menguruskan MIL kat hospital tapi kami dapat spend our time dengan berkualiti..beberapa hari ni sempatla menunaikan tanggungjawab as a wife pada en suami..yela selalu balik sana hujung minggu..memang limited..kali ni lebih la dari dua hari..siapkan pakaian kerja en suami untuk stok 2 minggu  terus.pastu kemas umah serba sedikit..

beberapa hari ni walaupun sekejap tapi very meaningfull..sempatla bagi en suami merasa air tangan isterinya yang tak seberapa.
  • menu untuk beberapa pagi kat sana sempatla masakkan nasi goreng kampung,nasi lemak,goreng pisang..untuk juadah breakfast
  • tengah hari pulak- menu lunch hari jumaat-->masak ayam kunyit,gulai asam pedas,siew pak choy masak sos tiram,goreng ayam..dinner-bihun tomyam..menu hari sabtu pulak buat nasi ayam and ayam panggang..malam tu makan satay
  • then hari ahad sempat masak for lunch and dinner sekaligus-->masak kari kepala ikan,bendi bercili,tempe goreng,ikan goreng and masak merah ikan..
  • minum petang -->jemput pisang
tengok en suami makan berselera and bertambah2 nasi hati dah rasa puas dah..kena la kot taste dia..hubby siap cakap kalau duk sekali camni boleh gemuk dia..walaupun menu yang simple tapi bila makan berdua rasa cam best jer..insyaAllah tak lama jer lagi kita akan menikmati kehidupan seperti pasangan suami isteri yang lain kan?mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..

then petang-petang pulak naik moto then ronda-ronda..siap merempit ke Sg.tiram..rasa lama betul tak naik moto dengan en suami.asyik naik keta jer..kali ni naik moto pulak..selalu kalau hujung minggu balik ke sana hubby keje on saturday..balik pulak dah nak maghrib.mana la sempat nak meronda-ronda petang2..kalau sabtu dia gi keje aku pun kena ikut sama.jadi very limited la nak uruskan hal-hal rumah..kalau tak keje pun confirm kami dah gi jalan-jalan makan angin ke mana2..jadi kali ni la baru berkesempatan..

emm semua memori tu buatkan hati ni menangis bila balik ke kampar semula..sabar yer wahai hati..

Saturday, May 22, 2010

yesterday...

quit busy bila MIL sakit dua tiga hr ni..rushing gi hospital-masak kat umah-settle kan keje2 umah kat PIL house..tapi takpe.sesekali berbakti..lagipun tu jer yang dapat nak bagi..nak sponsor payment for hospital semua dah settle by my hubby and her sisters..share among them..

ok..berbalik kisah semalam..dua tiga hari ni kepala aku memang selalu sangat sakit.start isnin hari tu.bangun pagi jer dah rasa pening-pening and muntah..pastu bila sampai tengah hari dah start sakit kepala..nak kata migrain dah check kat klinik kata takde..masa sampai kat penang hubby ada tegur kata badan aku panas semacam.tapi aku tak rasa pn.rasa biasa jer.. then sampaila malam jumaat tu..kepala aku dah rasa sakit sangat2.bila jalan,terhentak-hentak aku rasa cam otak bergegar..(bole pulak camtu ek).jenuhla en suami picit and sapukan balm kat kepala ni..tido malam tu rasa dah bau balm satu badan..bangun keesokan paginya still berdenyut-denyut kepala ni..tapi gagahkan jugak siapkan breakfast untuk abah bawak kat adik ipar ke hospital..

 around 10.30am hubby tengok aku lain macam kot.terus dia ajak gi klinik.mujur hubby cuti..bila jumpa doktor explain la ape yg tak kena..then dia cakap maybe pregnant since bila dia tanya pasal period..bulan ni memang cam tak betul sikit..lewat beberapa hari then kuarnyer sehari jer..dah tak normal dah aku rasa.dia suh buat urin test..gerak hati aku kata takdenya la pregnant..tapi dalam masa yang sama tak yakin dengan instinct sendiri gak.hubby pulak duk cakap ye kot dah ada sikecik kt dalam tu..muncung2 mulutnyer tunjuk kat perut aku..ntah.aku ckp tunggu je la result kuar..bila dah kuar.confirm NEGATIVE..emm instinct aku kuat ok.

bila masuk bilik doktor dia check suhu badan aku..dia kata aku demam..DEMAM???aku raba-raba dahi sendiri.tak panas pun.cmner boleh kata demam doktor ni..panas dalam kot.then dia cakap dah 3 hari kan u sakit camni??tunggu sampai next monday if still camni dia suh aku datang lagi.check darah.maybe suspect denggi..DENGGI???biar betul..tak sanggup la nak kena cucuk2 ambik darah ni..dia nak bagi MC untuk hari ni tapi disebabkan aku memang on leave aku reject la MC yang dia bagi tu..dah kuar dari bilik doktor rasa rugi pulak tak ambik.kalau tak boleh save cuti..

tapi sampai ke hari ni..tak nampak pun ada gaya2 nak kurang panas badan ni.TAKUT.malam tadi sampai terketar-ketar aku tidur.dah selimut dengan comforter tebal pun still menggeletar..emm taknakla suspect penyakit bukan-bukan ni..hubby pulak awal2 dah cakap MC jer isnin ni.tak yah balik kampar esok..emmm tapi cam berat hati pulak.keje banyak.harap-harap petang karang ok la.

Friday, May 21, 2010

alhamdulillah...

alhamdulillah my MIL dh selamat operation last nite..tapi very kesian..maybe sebab dh puasa nak dkt 2 hari...and lepas operation pun still tak boleh makan..kalau kita normal pun puasa still boleh makan bila dah masuk maghrib..
mula-mula doktor kata pagi kelmarin nk operation.pastu cancel. tunda ke pagi semalam..then siap2 kan mak untuk bawak ke OT..tapi tak jadi pulak.doktor kata afternoon..pastu dah sampai afternoon kata evening plak..last-last kitaorang bengang la..kesian kat mak tu sebenarnya..dah nak dkt dua hari puasa.harapkan masuk air jer..manala mak nak tahan...ke bagi priority pada orang lain dulu yang ada insuran cover???mentang-mentang mak ni bayar sendiri..tu yang lambat ker???
pukul 6.30pm camtu still waiting..mak punya turn nombor 15..petang tu baru 9..memang menguji kesabaran..mak pulak asyik kata nak makan..tapi mana boleh makan before operate..
finally around 8pm baru naik tingkat 4 for preparation to operate..pukul 11 malam baru mak kuar..masa tu mak sedar tak sedar jer..tapi alhamdulillah semuanya selamat..hopefully mak dah boleh keluar dah petang ni..



Wednesday, May 19, 2010

nice ker??ermmm thanks yer..eka

dapat award lagi..
nice blogger award..
nice ker??cam tak caya jer..cam berat jer nak tempek kat sini.tapi kalau orang dah bagi ambik jer la ye tak??tima kaceh yer cikgu eka..kalau dah ada award adala tag nyer sekali..bukan free2 jer kasi..
.
.
.
ok.ni task yang kena diselesaikan..


1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
tengah menyemak fikiran pasal sem baru nak bukak.banyak benda lagi tak settle.barang pun ada lagi nak kena purchase.


2. Nama samaran kamu ?
dNa..@ rdna..


3. Berikan tiga orang yang kamu sayang
setakat ni 3 orang ni yang paling disayangi >>mak,abah and husband.tapi sebenarnya lebih daripada tu.i love all my family member..sayang adik2,sayang PIL,sayang opah,sayang semua pakcik2 and makcik2,sayang sepupu,sayang kawan-kawan,sayang semua brother and sister in law..semuala saya sayang.

4. Panggilan untuk si dia
si dia??sape??..kalau my hubby aku panggil abang..kadang2 sayang..kadang-kadang lalink.ikut sedap mulut nak panggil ape..tapi takdela panggil dengan panggilan yang tak elok

5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
emmm kalau nak listkan cam banyak jer..tapi sekrang ni cam nak cahayamata kot.hihihi boleh ker mintak kat dia cam tu??padahal semua tu keje Allah..ok2..kalau material,nak dapat duit berjuta2 boleh??ada duit banyak then nak buat bisness nak bukak francais stesen minyak or fast food..tp aku takmo makan fast food banyak2..pastu buat haji satu family..lebih2 tu pulak gi round satu dunia..hahhaa..angan2 mat jenin jer la..kalau subjektif pulak nak si dia ada bersama sentiasa..setiap minit..setiap saat..and nak kasih sayang dia bertambah2..aminnnnnn

6. Blog mana korang suka follow?
takkan nak list semua blog yang aku follow kot...pendek citer kalau nak tau tgk kat side bar yer..aku suka follow blog2 yang best and ada relate dengan life aku.contoh masa nak kahwin dulu link dgn B2B.bila dah kahwin link pulak dengan kaum2 wife ni..then one fine day sure aku link dgn preggy mommy or mommy to be plak..yela.kaum2 wife tadi sure akan pregnnt kan??
7. Bagi award ni kat 15 blogger lain
aku baik hati hari ni..bukan setakat 15 blogger..tapi semua blogger yang singgah kat sini and semua follower blog ni aku nak kasi award ni..ambik tau korang..sebagai penghargaan dari aku..
ada 66 follower setakat ni.thanks korang sebab sudi follow blog yang ntah ape2 ni...

ok done..settle dah tag ni..

harap mak cepat sembuh..

semalam dapat berita yang mengejutkan..
my MIL kena admit Hospital Lam Wah E due to ada batu dalam hempedu..terkejut sangat.hari ni or esok operate.then kalau takde ape-ape hal petang ni aku gerak balik penang.

baru jer hari ahad tu aku jumpa mak and bagi present mother's day elok jer dia sembang,gelak-gelak..tapi before balik ke Kampar salam and cium tangan mak aku rasa sayu semacam..pastu masa bagi hadiah yang tak seberapa tu mak malu-malu nak ambik then cakap "mak taknak ape-ape.doakan mak sihat and panjang umur boleh beribadat sudah"..masa dia cakap macam tu aku dah sebak and tak sedap hati.
pastu hari isnin hubby call kata mak tak sihat..sakit perut tak baik-baik..dah gi 2 klinik doktor kata ada ulser dalam perut..pastu diorang decide pegi specialist..semalam adik ipar bagi tau mak kena tahan wad..doktor xray kata ada batu dalam hempedu..hampir pecah..terkejut giler aku dgr.terus dup dap dup dap jantung ni..

plan nak balik semalam.tapi hubby call kata tunggu report doktor hari ni.then decide paling awal petang ni aku balik ke sana.plg lambat esok pagi.

risau jugak.harap-harap takde ape.latest news tadi adik ipar sms.doktor buat endoscopy and tgk camner.pastu baru boleh operate.kaklong dah on the way balik from KL..angah pulak tak sure pukul bape gerak.kesian gak kat angah.dah sarat.nak naik flight tak boleh.nak duk dalam keta long distance sure sakit-sakit badan..

semoga mak tak apa-apa..

..hApPy BiRtHdAy BudAK keCIk..

hari ni birthday adik aku yang bongsu..genap 17 tahun.dah jadi anak teruna dah budak sorang ni.pas ni tak boleh la lagi nak buat perangai cam budak kecik lagi...sikit sikit nak merajuk.penat lol nak layan..
tapi disebabkan sayang layan kan la jugak.dah nama adik bongsu..
weekend ni insyaAllah gi sekolah dia nak celebrate..duk asrama.mujur tak jauh mana.kalau jauh tunggu dia balik jer la.hihihi.
masa cuti sekolah hari tu dia dah tanya and bagi hint nak suh aku bagi hadiah.dua hadiah pulak tu.satu sebab result exam thanawi dapat mumtaz(cemerlang) then satu lagi hadiah birthday.
hohoho ..
yela nanti kakyong belikan yer.
boleh imagine camner dia sengih kalau mengendeng nak something.
cuti sekolah bulan 6 ni tak dapat nak jumpa dia.seminggu pertama ada extra class then seminggu lg dia ada football match peringkat negeri kat terengganu.hari tu lawan dia dapat best player.cam tak percaya jer.boleh ke budak ni main?hihihi
ape-ape pun ALL THE BEST YER ADIK WAN..

masa dia umur 13 tahun kot time ni..

wan (tgh2) suka sangat buat muka sengal cam gitu..sabor jer la

sempena birthday wan yang ke-17 ni kakyong doakan
semoga wan baik-baik selalu..
semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti
sentiasa diberi kesihatan yang baik.sihat tubuh badan dan fikiran
semoga jadi anak yang baik,yang soleh dan mampu buatkan kami semua berbangga
jangan hampakan harapan mak,abah,kakyong,abang ngah and miza
jadi contoh teladan yang baik untuk adik-adik sepupu yang masih kecik
HAPPY BIRTHDAY SYAZWAN..

Tuesday, May 18, 2010

NO MORE!!

disebabkan masalah yang melanda sejak dua tiga menjak ni maka aku dengan rasminya and dengan sepenuh hatinya nekad
NO MORE FAST FOOD
v
v
v
sampaila aku dapat kembalikan berat badan aku yang asal.
huhuhu harap-harap berhasil la.
kalau aku puasa..en suami pun kena la puasa jugak yer.dear,pls take note ok??
boleh percaya ker ni??aku rasa lagi aku taknak lagi kuat dia goda.
ni pun dia dah cakap nanti dia try nak tayang kat aku KFC ker Pizza ker..nak tengok aku boleh tahan godaan nafsu makan ker tak.

tapi setakat ni semangat nak say NO to fast food tu still kuat.mana taknye disebabkan ni jugakla pencetus pengumpulan lemak-lemak berlebihan dalam badan ni..selalu sangat makan fast food.makan pulak malam-malam.lepas dah waktu yang sepatutnya makan..

mulai hari ini. i will say NO for this
.
.
.
1.KFC..

walaupun kedua-dua makanan ni feveret aku kalau singgah kat KFC..tapi untuk saat ni puasa la kejap yer.
jangan sape-sape ajak aku gi sini sudah.

2. Mc D

yup..say NO to Big Mac or Double cheese burger..walaupun tekak ni cam teringin jer nak makan ni sekarang ni.duhai nafsu..bawak-bawak bersabar yer

tengok cheese dia pun cam kecur jer air liur ni..haiii sabar yer

3. Pizza hut

sedapnyer la kan??naknyer letak extra cheese..
tapi untuk waktu ni i will say NO to this also..ni ada hati gak nak try pizza yg baru tu.en suami pun ada dah bagi hint..issshhh boleh ker aku nak tolak ni??

4.Marrybrown pun sama

walaupun kadang-kadang jer kami tukar angin masuk restaurant ni tapi lepas ni takde dah yer..

5.Big Apple Donut

walaupun kelembutan and kelazatan serta kemanisan donut ni cam terasa jer kat tekak ni.tapi yang ni pun aku nak band..hahaha
tapi...sedap kan???coklat dia cair di mulut..adoiii mampu ker ni?

6. Secret Recipe

yang ni pun sama.aku nak band.walaupun cake nya lembut and cair di mulut..tapi untuk saat ni aku nak say NO jugak kat cake ni.
err tapii next month??emmm nk cake ni..

7.KRR

kenny rogers ni pun sama.walaupun aku tau ayam dia lembut and sedap sehingga menjilat jari,bun dia lembut,salad dia sedap..tapi aku akan say NO jugak kat KRR ni...emm boleh ker ni??

sungguh mencabar.tapi demi mengembalikan berat badan yang diimpikan kena kuatkan semangat la..
walaupun dari gambar jer aku dah kecur air liur..and dah terbayang-bayang jer kesedapannya.
huhuhu harap-harap berhasil.
chaiyokkkkk to myself.!!
bukan setakat ni jer..corak pemakanan yang lain pun kena take note gak.then exercise sikit.

Monday, May 17, 2010

nak beli ape yer???

dah nak dekat 8 bulan dah kahwin tapi still tak beli ape-ape lagi dengan duit mas kahwin..
duk terperap dalam ASB..
no idea nak beli ape.mak and abah cakap kena beli emas..
wajib beli emas ker??

minggu lepas ada gak masuk kedai emas.harga sekarang RM128..consider murah la kot compare masa beli untuk kahwin dulu.
tapi tak tau nak beli ape.


rantai?
emmm dah ada dah rantai..

bracelet?
pun dah ada..so far ada 4.3 gold and 1 white gold.bukan pakai semua pun.

ring?
semua jari manis and jari tengah dah penuh dengan cincin..takkan nak letak kat jari kaki pulak

gelang kaki?
ni pun dah ada.cukupla satu.takkan la nak pakai dua-dua belah kaki pulak

no idea la nak beli ape.en suami pulak dah tanya duit mas kahwin beli ape?takut sangat wife dia ni beli benda bukan-bukan and takut duit tu dah takde..
mak and abah pun tanya dah beli ker barang kemas?

(@___________________@)
hohoho serius tak tau.
dalam hati ni kata beli rantai jer la..dalam tudung orang tak nampak pakai berapa pun.kira cam selamat sikitla..