Monday, August 30, 2010

yeaaayyyy!!!!

sungguh tak disangka-sangka cempedak dah jadi nangka..issshhh ada ke?cempedak cempedak la..nangka nangka la..mana bleh nak disamakan nangka and cempedak.ok2..sungguh tak disangka-sangka boleh termenang lucky draw yang aku ada join baru-baru ni.tak menang no.1 pun tapi kira ada luck jugakla.

 my name menang tempat ketiga..
kalau ikut senarai candidate cam ramai giloz..

ni senarai candidate yg join GA nur..seee ramai kan??kalau sehelai kertas tu ada 20 candidate,4helaix20=80 orang..plus kertas kelima??


menang no.3 pun ok..tapi kalau dapat no.1 boleh dapat buku resepi Chef Wan..nampak gaya kena beli sendiri la jawabnya..huhuhu..
thanks yer nur..nanti buat GA lagi yer..bleh join lg..hihihi..


kalau nak tau lebih lanjut boleh klik kat sini

Thursday, August 26, 2010

..ape-ape jer la auntie ni..

petang semalam after keje sampai jer kat umah tengok perrrghhh ramai nyer auntie2 cina duk lepak kat depan umah aku.actually auntie2 ni neighbour aku..sebelah umah kiri kanan and depan umah..adala dalam 5 org ah so and 2 orang malay..masa turun dari keta nak bukak gate diorang perhatikan aku semacam jer..ke aku perasan??tapi serius la memang depa duk ushar semacam.aku?mula la rasa cam serba tak kena.aku pakai kasut terbalik ker?baju terselak ker?sampai camtu sekali diorang tengok.tapi still control ayu la.buat slumber rock jer cam takde ape2.tapi aku tegur gak depa.."kenapa tengok camtu???"depa senyum jer.lagi la aku musykil.lantak la kat depa..pas masuk keta dalam garaj ada sorang auntie ni datang dekat dgn gate aku.masa tu aku dah kunci gate dah pun.so mesyuarat pagar jer la.selalu mesyuarat tingkap kan??ni mesyuarat pagar.

rupa-rupanya diorang duk tengok aku semacam sebab duk perati perut aku.haaaiiiii sabar jer la.auntie-auntie tu duk predict gender baby aku.sorang ah so ni kata

"u pregnant nampak cantik jer mesti boy"ada sorang ah so duk sokong
yang sorang ni pulak kata.."muka takde bengkak-bengkak,hidung pun takde kembang-kembang,badan pun cantik jer mesti girl"
pastu sorang pulak kata"wa teka amoi la"
ada 2 orang sokong kata "amoi!!muka ada seri-seri sure amoi"..seri2 ker muka aku?habis selama ni tak berseri ker??
pastu akak yang dua orang tu pun kata "pompuan sebab tengok perut cantik jer"..perut pun boleh kata cantik ek??..
pastu akak sorang tu tanya ada mimpi ape-ape tak??
mimpi ape aku tanya kat dia balik?
"mimpi orang bagi rantai ker,gelang ker,cincin ker,kalau mimpi-mimpi tu confirm pompuan!"

nampaknyer 5 vs 2..5 kata GIRL 2 kata BOY.

adoiiii..macam-macam la depa ni.aku baru 4 bln++.dah bleh predict ker??tapi betul ker???aku pun dah confuse kejap sorang kata kalau muka ada seri-seri masa pregnant kata GIRL..pastu ada pulak kata kalau muka seri-seri ni BOY..mana satu yang betul??ntah.tunggu jer la aku gi scan nanti ek.



pastu ah so yang mula-mula tegur tu kata "nanti bila you dah bersalin bawak sini yer you punya baby.kalau betul boy you kasi auntie makan kek.kalau girl auntie kasi you makan kek"
aku senyum jer la.lambat nyer la lagi nak tunggu bulan dua tahun depan.tak kisahla GIRL ke BOY yang penting sihat and mudah untuk aku lahirkan nanti.

Wednesday, August 25, 2010

Jom exercise!!

kali ni nak share tips untuk ibu mengandung lagi..nak share pasal senaman ibu mengandung..senaman boleh meningkatkan kadar oksigen dalam badan kita and also good for baby.then boleh mengelakkan kita bermalas-malasan..especially aku la tu..kalau bab nak bermalas-malasan memang no.1.senaman gak elok utk ibu-ibu yang selalu keletihan..jom jom rajin-rajinkan diri buat senaman..

Senaman ibu mengandung..tak ingat nak copy link..


Senaman Sebelum Bersalin

Melakukan senaman dan kerja-kerja ringan semasa hamil adalah baik untuk meregangkan otot-otot. Senaman yang paling sesuai untuk wanitawanita yang sedang hamil ialah senaman yoga,( chop! yoga bukan dah diharamkan ker???)kerana senaman yoga merupakan cara yang paling bagus untuk meregangkan otot-otot. Tujuan lain senaman yang dilakukan ialah untuk meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi.

Berikut ialah beberapa senaman yang disarankan untuk dilakukan oleh wanita-wanita sedang hamil

Perhatian!!!
Elakkan dari melakukan gerakan melompat-lompat dan gerakan yang tiba-tiba. Lakukan senaman dengan lemah-lembut dan perlahan-lahan.ingat tau!!lemah lembut bukan lemah longlai.hihihi


A. MEREGANG LENGAN BERGANTIAN


Anda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu, kemudian dengan lengan yang satu lagi





B. MEREGANG MATA KAKI

Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding, tekuklah lutut depan dan perlahan-Iahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi dengan kaki yang lain. Jangan melakukan peregangan sampai melampaui batas keselesaan.







C. JONGKOK..cam tak pernah dengar jer perkataan ni.

 
Lakukan ini sekerap yang anda inginkan. Jongkok(bertenggung kot) baik untuk meredakan ketegangan punggung dan untuk meregangkan mata kaki.





D. MEREGANG


Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh kenyamanan memungkinkan. Perlahan-Iahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu.
kalau sakit jangan buat.


E. MEREGANG TUBUH


Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-lahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pada sisi lainnya.




F. PEREGANGAN BERBARING


Berbaring rata menelentang dengan kedua lengan di sisi tubuh. Tekuklah kaki kanan dengan telapak kaki merata pada lantai. Tekuklah telapak kaki kiri ke atas sehingga jari kaki menunjukkan ke arah wajah anda. Tahan beberapa detik. Ulangi dengan kaki kiri di tekuk. ..(yang ni aku suka   buat..sebab senang jer)



ok.sekian saja saya melaporkan untuk tatapan ibu-ibu mengandung..nanti try yer.kalau rasa cam sakit jangan buat..actually banyak lagi senaman..dalam buku panduan ibu hamil ni pun banyak.just pilih jer mana yang nak buat.pastu ikut kesesuaian peringkat kehamilan.

Tuesday, August 24, 2010

..dah boleh rasa dah..

alkisahnya di pagi sabtu..lepas jer sembahyang subuh time nak bukak telekung aku rasa cam something..cam ada angin jer kt dalam perut..tapi kejap jer.ok tak pasti lagi betul ke dak.then naik atas katil..hihihi ate weekend kan?pas sembahyang cam best jer nak sambung tidur.weekdays tak merasa la nak buat camtu..masa baring terasa lagi.kali ni cam clear..geli pun ada gak..pastu mengintai hubby duk surfing melayan netbook..time mengiring tu again..tapi kejap jer..

confirm la kot tu baby quickening..perasaan???ofcosla cam terkejut.susah nak citerkan camne..tapi cam tak berapa pasti betul ker camtu baby gerak?then cakap kat hubby.."abang..ayang cam dah dapat rasa baby gerak cam nurse cakap hari tu"..sepantas kilat hubby terus pusing kat aku and letak tangan kat atas perut.tapi nan ado la dah.bukan kerap.sesekali jer.and cam tak perasan pun ada..en husben muka frust jer tak dapat rasa..hihihihi..nanti-nanti mesti ada lagi kan?

ahad tu again masa malam nak tidur baru perasan ada gerak lagi..tapi cam semalam gak hubby tak dapat rasa..sian dia..ala nanti bila dah besar lagi kerap dia gerak..sabar ek..ayat sedapkan hati dia.nantila abang rasa..


hopefully our baby sihat2 jer kat dalam ni..

ummi faris haikal GIVEAWAY

hari ni cam nak join GA jer..

kebetulan birthday ummi faris ni sama ngan hubby..

happy birthday to ummi faris..May Allah always bless you..


syarat dia pun senang jer..

1. jadi follower blog ummi (x nak follow pun x pe)..i dah follow
2.list kan blog ummi dlm blog list korang..yang ni pun settle..
3.list kan blog COMEL BERGAYA dlm bloglist korang..yang ni akan di buat sebentar lagi
4.tinggalkan link entry kalian di entry ini (comment)

..haPPy BirthdAy to MY dearesT huBBy..

happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to abang..
happy birthday to you..

ABANG!!!
sempena birthday abang hari ni..ayang doakan semoga abang panjang umur,murah rezeki,sihat selalu and semoga abang akan jadi suami and abah yang mithali..amiiinnnn

dear,growing old with you is the best things to do each day..and may Allah always bless you with every happiness in life with continuous success and prosperity..

i'm not be by your side celebrating your special day..but I want you to know that I'm always thinking of you and wishing you a wonderful birthday..

Hope your special day is a great time for you..sayang


Monday, August 23, 2010

..susah payah..

salam isnin you all..
pagi tadi hot chat kat HotFM pasal 'susah payah'..so cam sesuai jer dengan keadaan aku pagi tadi..

mula-mula kepayahan untuk bangun bersahur..wuaaaaa beratnyer la kelopak mata ni nak bukak.mak dah ketuk pintu bilik bape kali dah.anak and menantunya ni tak bangun-bangun lagi.sape suh tidur lambat lagi kan dah payah bangun.layan lagi mata tgk bola sampai pukul 1am..


yang keduanya 'susah payah' nak say good bye to en husben..ate dah weekend husband and wife bila nak berpisah tu mula la ada adegan sebabak.mula-mula kunun nak gerak pukul 6.45am tp hampeh jer dua-dua orang.6.45am tu terhegeh-hegeh baru nak bersiap.en husben takpe la dia takde nak kena punch card even dia nak balik lagi jauh dari aku.aku nak ke kampar.dia nak balik ke nilai..tapi duk relek jer.siap rasa cam nak ambik MC nak ikut dia balik pun ada..hihihi..

pukul 7 baru panaskan enjin kereta masing-masing.salam2 and hug and yang sewaktu dengannya..mula la air mata berjurai-jurai turun.habisla makeup semua..membazir jer tepek bedak sebelum tu.bila dah macam tu jadi satu kerja pulak husben nak memujuk..adoiiiiyaiiii apela mudah sangat nak mengalir air mata ni.dahla husband nak balik jauh aku pulak buat perangai camtu.lastly en husben suruh aku yg gerak dulu.dia tau kalau aku tengok dia gerak dulu mau berbaldi-baldi air mata ni.so aku jalan dulu..pas aku kuar simpang baru nampak kereta dia kuar dari simpang umah mak menuju ke bidor..sedihhhhhnya la..sambil drive pun air mata tak berenti lagi.layan pulak sembang dgn en husben dalam telefon sampai la dia masuk tol..

sepatutnya pukul 7.30am aku dah ada kat kampar tp pukul 7.10 baru gerak.memang speed giler la.main cilok-cilok jer.from my parent house around 45min to 1 hour gak nak sampai ke ofis.tp tadi 35min jer aku dah sampai..sampaikan en husben pun terkejut bila aku call kata dah sampai.dia tanya "speed ke??"aku kata "tak sangat 100km/h -120km/h jer"..dia just kata 'emmmm..' tapi dapat bayangkan sure masa dia cakap tu dia tengah geleng kepala..hahahaha.

so now aku nak counting days lagi.tapi minggu ni bukan sampai friday tapi thursday jer...yeayyyy cuti lama!!seronot..lagi 10 hari jer

Friday, August 20, 2010

...saaaaaangatttttt tak larat...

hari ni tahap puasa kurang memberangsangkan..baru pukul 1.00pm aku dah rasa tak laaaaaarrrrraaaaaat sangat3x.

ikutkan hati memang dah nak melepek camni dah gayanya..adoooooiiii...

ni pun dah muntah 2 3 kali dah.tapi kalau muntah bukan dengan sengaja tak batal puasa kan????nak ponteng puasa cam sayang jer.time rehat tadi aku balik umah jap.mandi.nak bagi fresh kan badan.en husben call kata tak yahla puasa.nanti ganti la buat puasa 6 tu nanti..ntah idea dia tu aku ignore jer..still boleh bertahan.harap-harap baby pun kuat yer sayang.

sampai saat ni jam dah pukul 3 memang dah rasa lembik.tapi..aku busykan buat benda-benda yang boleh aku lupa jap kat ketaklaratan tu..dengar lagu maher zain..tenang sikit.

sambil tu duk tengok jam lambat lagi ke nak balik ni???japgi nak drive balik umah mak pulak..harap-harap larat la.jgnla panas sgt petang ni..hari ni boleh berbuka puasa dengan family..yuhuuuuuuuuuuuuuu!!!! mak masak ape ek untuk berbuka hari ni???nak tunggu en husben ambik rasa cam lambat jer.lagipun kalau aku bawak keta sendiri,pagi2 isnin tu boleh kuar lewat sikit.takyah la ikut en husben kuar awal2..dia pun tak yah susah2 nak hantar aku kat sini.dia boleh terus masuk highway..

okla..nak sambung melepek jap..sambil layan lagu maher zain..

Thursday, August 19, 2010

..check up @ 15weeks..

semalam is check up day!!..kalau ikut klinik At-Taqwa now i'm 16 weeks preggy.tapi gi KKsemalam dia kata 15 weeks..aku pun confuse.tapi ikutkan jerla.
semalam aku boleh senyum gumbira sebab tak yah nak tunggu lama.ada 3 orang jer patient kat side ibu mengandung..tapi tak jugak cepatnya.1 hour ++ gak.banyak sangat prosedurnya..

as usually lepas register kena timbang berat..aku confident jer la sure kali ni berat aku naik sebab dah takde muntah-muntah.makan pun ok jer.tapi sangkaan ku meleset la..turun berganda-ganda pulak..----> loss 1.0kg!!!last month kurang 0.2kg jer.la ni 1.0kg. 2,3 kali gak nurse tu suh aku naik penimbang tu.dia pun cam tak percaya.aku kata maybe puasa kot..tahun lepas puasa saya kurang 5.5kg..tapi dia kata "is not good for your baby.sebab baby baru nak membesar.dia perlukan banyak zat makanan.."habis tu aku nak buat camner??rasa berat cam naik jer..

pastu gi ambik darah and bawak ke makmal..resultnya..semua rendah!!Hb pun rendah..kalau sebelum ni 12.1g/dl semalam 11.6 jer..tapi tak la turun sangat.just bila dgn nurse tu kena la ceramah kejap.kata aku kurang zat la..aiyooooo saya rasa saya dah makan banyak dah.susu pun tak skip..pastu dia bagi la 4 jenis ubat.dia kata makan pil iron ni boleh naikkan balik Hb..yang lain-lain tu vitamin sampingan.makan jangan tak makan!..aku senyum jer la.ofcosla aku akan makan.demi si kecik ni..kang tak cukup zat pulak.

vitamin c,folic acid,vitamin B-complex and iron..
mujur aku ni jenis mudah nak makan ubat.kalau tak azab gak nak telan ubat banyak-banyak camni.

then dia suh aku naik atas katil nak check perut katanya..hihihi.maluuu!!!sebab ramai sangat budak2 pelatih..siap pegang2 perut aku lagi..nak rasa.sabor jer la.ingat bahan ujikaji ker???
--->>ukuran tinggi rahim 15cm..ok.

pastu dengar bunyi jantung baby pulak...waaa!!! jakun jap.kuat giler bunyi dia..152 bit/min..lajunyer..first time dengar.nurse tu tanya dah rasa gerakan ker??aku boleh tanya balik kat nurse tu gerakan tu camner?saya rasa denyut-denyut tu adala.hihihi..dia kata pasni alert la dengan quicken baby..dia siap tunjuk gaya camner baby tu gerak.ntah aku still tak dapat bayangkan camner la ek rasanya???..camner yer??kuat ke rasanya??

then check b*****..nurse tu complain kata aku punya b***** kecik.nanti susah baby nak menyusu.first check up hari tu pun nurse ada complain.ni nurse lain pulak..aishhhhh..malu i tau student2 tu tengok sama.then siap dia ajar camner nak bagi besar..hahahaha..lawak pulak rasanya.pastu dia picit-picit and kata haaaa dah ada susu..aku blur kejap..pelik pulak rasanya..dah ada susu dah?????cepatnya.nurse tu ajar camner penjagaan b***** tu memandangkan aku punya dah produce susu..(duk dengan nurse ni yang lama..tengok jam dekat sejam 10min jugak la dalam blik tu.mentang-mentang aku patient last..)

pastu gi jumpa doktor..masuk jer bilik doktor tu terkejut giler rasa..doktor  lelaki+muda+chinese..selalu doktor pompuan.kenapa la ni doktor lelaki??segan la i..nak selak-selak check perut tu.tapi nak buat camner.darurat kan????tapi doktor ni tak banyak cakap pun cam doktor Nanie tu.dia just kata next month monitor berat.maybe u puasa thats why berat turun.dia suruh aku double kan makan..kalau tak boleh makan nasi makan lauk banyak-banyak..emm baiklah doktor.

check up semalam..

settle la check up for this month.next check up 15/9/10..ala time tu aku still beraya lagi.malasnyer nak gi check up.tp ok gak.cik abe ku boleh teman.hihihi..dalam masa sebulan ni kena pulun la naikkan berat.aku rasa badan cam gumuk.tapi kenapa berat tak naik????musykil..musykil..

Wednesday, August 18, 2010

..cucur udang..cucur udang..

gara-gara menerjah blog ann semalam terus kepingin and teringin kan cucur udang..sampai terliur..so balik kerja dalam hujan lebat tu gigih gak aku gi kedai mencari udang,daun bawang and tauge..sampai lenjun lenjun baju.lebat betul hujan.pakai payung pun tak lut..tapi disebabkan teringin turutkan jer la..asalkan puas hati..

balik-balik umah berkungfu la aku kat dapur menyiapkan menu untuk berbuka...tapi masak simple jer.orang bujang la katakan.walaupun dah kahwin tapi still duk bujang..dalam 6.30 siapla menu berbuka..harusla siapkan before 6.30 sebab nak tengok Mia Sara dalam Epilog Syurga Cinta..menu yang berjaya dibuat semalam ---->>ayam masak kicap+sayur bendi berlada+puding karamel ( masak malam semalam) and cucur udang..nyum nyum..tapi sedikit hampa sebab makan cucur udang dengan sos jer..tak dapat makan dengan kuah kacang..tengah layan citer ESC tu mak call..merengek-rengek la kat mak kata teringin sangat nak makan cucur udang cicah kuah kacang mak buat..huhuhu..mak kata weekend ni mak buatkan..yuhhhuuuuuu...senyum sampai ke telinga...
mak buat confirm aku tak makan benda lainnyer.sangat tak sabar nak tunggu hari jumaat nak berbuka dgn mak,abah,miza and hubby..opps hubby tak sempat kot sampai time berbuka jumaat tu..sabtu la baru berbuka dengan hubby..


ni bukan cucur udang yang aku buat..aku cilok dr google jer.yang aku punya dah selamat masuk dalam perut baru ingat nak snap gambor..hihihi.nampak sangat kan betul-betul teringin????
hilangla dah mengidam..petang karang tak tau ape plak yang aku teringin..



ramai gak yang buat cucur udang semalam rupanya..adakah semua gara-gara blog ann or status FB aku??

Tuesday, August 17, 2010

..kisah benar..

Last week aku ada sembang-sembang dengan my fren yang baru bersalin..through handphone ler..tak berkesempatan lagi nak visit dia and tengok her baby..baby Haris..rasa-rasa tunggu dia habis pantang la kot baru dapat jumpa.

masa sembang-sembang tu dia ada bukak citer pasal experience dia bersalin kat hospital..dia cerita kat hospital tu just pisahkan pakai tirai jer between patient.tak de pun bersalin dalam labour room.kalau ada kes,baru masuk bilik bersalin..so masa dia nak bersalin orang kat sebelah pun duk mengaduh la sakit nak bersalin..dia kata psycho giler..bila orang sebelah dah selesai dia kata dia nampak la nurse bawak keluar baby tu..pastu dia cakap tak lama lepas tu baby tu meninggal..dia rasa down sangat time tu..takut.pastu sejam selepas baby tu meninggal ibunya pulak meninggal!!sedihnya la..

lepas my fren selamat melahirkan husband dia keluar sekejap duduk kat luar sementara tunggu nurse nak bersihkan ape-ape yang patut..suami dia sempat la berbual dengan suami yang kematian isteri tu tadi..sambil menangis si suami citer diorang tunggu 6 tahun untuk dapat zuriat yang pertama..doktor kata semuanya normal cuma Allah belum bagi rezeki lagi pada diorang.sampai la 9 bln lepas isteri dia disahkan pregnant..bila dah tau pregnant seronok tak terkata la..yela kan??6 tahun tunggu kalau aku penantian tak sampai setahun pun bila tau pregnant seronok tak terkata ni kan pulak 6 tahun..6 tahun menanti akhirnya termakbul doa depa.tapi kegembiraan tu tak berkekalan..dia kehilangan isteri dan anak yang baru lahir disebabkan complication..si suami menangis la sepanjang bercerita kat husband kawan aku tu..sedihla kan?impikan kehidupan bertambah bahagia disamping anak dan isteri tapi tak kesampaian.betul-betul menduga iman..

sedih sangat bila member aku citer pasal tu..takut pun ada gak.yela bersalin ni kan ker ibarat nyawa di hujung tanduk..ntah selamat ntah tidak.tapi doa sangat-sangat supaya semuanya selamat..mungkin Allah lambat kurniakan anak pada diaorang sebab nak bagi mereka peluang untuk berdua-duaan melayari bahtera rumahtangga..rezeki untuk menjadi isteri ada tapi rezeki untuk menjadi ibu tak berkesempatan..nasib setiap orang berbeza-beza kan?kalau la dari awal dah tau kan ke senang.tapi semua tu ketentuan Allah.mungkin ada hikmah..semoga si suami tu redha dengan ketentuan Allah..

bila dah dengar citer camtu mula la aku nak buat drama sebabak dengan en husben..sampai dia kata kat aku "wife dia ni drama queen"..bab2 berlakon air mata nombor 1!!"..hihihi..ntah aku tak boleh la dengar or tengok citer-citer cam gitu.mula la terbayangkan diri sendiri..pastu mr.hubby la jd mangsa jadi watak sampingan..tapi mintak dijauhkan la semua tu.aku nak merasa tengok anak sendiri membesar depan mata..

Monday, August 16, 2010

..kelebihan bersolat terawikh..

sekejap jer hari ni dah hari ke-6 kita puasa kan??nanti tak sedar dah nak raya..alhamdulillah setakat ni no ponteng-ponteng puasa lagi..masih berdaya untuk berpuasa..kalau sebelum masuk bulan ramadhan rasa risau semacam jer nak puasa tapi alhamdulillah takde ape pun.rasa sama jer before pregnant and time dah pregnant sekarang..

sebut pasal puasa..ada lagi satu amalan yang hanya dibulan ramadhan jer kita berkesempatan nak buat..iaitu solat terawikh..kalau dapat berjemaah buatla secara berjemaah tapi kalau tak berkesempatan nak berjemaah buatla sendirian di rumah..alhamdulillah jugak masih lagi terdaya nak mengerjakan solat sunat terawikh ni..tapi tak mampu la nak buat sampai 20 rakaat..hari pertama sampai ketiga jer terdaya lagi nak buat 20 rakaat..la ni 8 rakaat jer..
sementara berkesempatan kan?ntah tahun depan ada hayat lagi ke tak nak mengerjakan terawikh.jadi kena rebutla peluang yang ada..

semalam dengar ceramah agama so hari ni nak share la ape yang aku perolehi dalam ceramah tu..rasanya ramai jer yang dah tau.tapi tak salah kan nak share kelebihan sunat terawikh mengikut malam..

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".


banyakkan fadhilatnyer??..ntah dapat ntah tak aku nak kerjakan 30 malam tu..tapi akan cuba sedaya mungkin..insyaAllah..

Thursday, August 12, 2010

..puasa..

hari ni dah  masuk 2nd day puasa..kejap jer kan???semalam alhamdulillah dapat berpuasa dengan jayanya.perut pun tak meragam sampaila ke petang..syukur sangat.baby bagi kerjasama..hihiihi..semalam mak awal-awal pagi dah call kejutkan bangun sahur.memang dah bangun time tu.semangat nak puasa kan??sahur pagi tu ikutkan tak lalu nak makan ape-ape pun.tapi kenangkan ada nyawa lain yang dikandung so aku gagahkan jugak.masak nasi and buat sup sayur..tapi dapat suap nasi beberapa suap jer..cam tak mampu nak telan..pastu minum susu.and makan kurma..sepanjang hari aku rasa fresh.maybe cuaca semalam pun agak mendung and sejuk jer jadi tak la penat sangat.tapi bermasalah untuk membuang air kecik pulak..maybe kurang air kot.jadi malam semalam waktu berbuka aku bantai minum air banyak-banyak..air suam la.no ice.takut nanti penat keesokannya..waktu gi sembahyang terawikh pun aku bawak tumble 700ml air.habis aku minum.malam tu dah ok la pembuangan air kecik tu..

tapi hari kedua ni..aku cam tak bertenaga sangat.maybe kurang tidur..5 jam jer tidur semalam.pastu pagi tadi lepas sahur aku muntah..huhuhu..habis kuar semua yang makan sahur tu.hubby cakap takyah puasa tapi so far masih berdaya lagi nak puasa..tak rasa lapar sangat..just tak bermaya jer..emm harap-harap adalah kudrat nak masak balik karang..tapi dalam kepala ni duk fikir kalau aku dah muntahkan semua makanan baby kat dalam ni ok ker??risau pulak..

harap-harap ok la yer..

..our 'Chenta' hati dah dapat hadiah..

jangan tak percaya..our 'chenta' hati baru nak masuk 4 bulan dalam perut maknye dah dapat present..
awal betul kan??
mula-mula cam tak percaya jer bila mak bagitau + serba salah sebenarnya.
yela kan ke awal lagi.hari tu kan orang kata tak baik..tapi ni takpe ke ambik bila orang bagi awal-awal?
orang dah nak bagi ambik jer la kan?bukan aku yang beli..so boleh la kot.
tapi mak cakap biar mak yang simpankan.mak tak bagi aku simpan.
.
.
.
.
ni lah hadiah yang baby dapat..my neighbour yang bagi.sampai 3 pek.9 pasang semua.
so nanti tak payah beli dah stokin baby..

Wednesday, August 11, 2010

..dah terbalik..

salam hari rabu..

hari ni mood nak mencoret entry kat sini cam agak bagus..kalau time takde mood tu jangankan nak tulis entry,nak bukak blog sendiri pun tak kuasa..

ni nak citer pasal ape yang dah terbalik..takde benda pun.tapi me and hubby dah bertukar habit..
kalau awal-awal pregnant tu aku yang tak selera nak makan tapi sekarang sindrom tu dah bertukar tuan pulak.sekarang ni Mr.Sfl dah tak lalu nak makan..sian kat dia.tgk nasi tak boleh nak masuk..dia lalu makan benda yang masam-masam jer..and benda tu yang panas-panas..kalau nak makan nasi pun kuah and lauk tu mesti berasap-asap lagi.baru dia berselera..sian pulak aku tengok.dahla keje dia teruk dari aku.kalau tak makan berat nanti camnerla nak buat keje..hopefully cepat la elok..

mengidam pulak dah mengalahkan aku..so far aku tak la mengidam beriya.kadang-kadang jer..but my hubby tiap kali call mesti cakap "teringin nak makan ????"..ada jer benda yang dia teringin.so bila hujung minggu tu pulun la mencari ape yang dihajatkan..

baru ni mengidam nak makan sizzling pulak..

sengih dia bila dapat makan ape yang dia nak..

pasni tak tau ape pulak peelnya..

..Dinner @ D'Hentian..

Last Saturday aku and family gi dinner kat D'hentian or nama lain kat sini kitaorang kata makan kat 'kapal'..kali ni adik aku nak belanja sempena dapat gaji first..so apelagi kitaorang demand la..tapi aku tak tau nak makan ape..hajat hati nak makan sotong besar goreng tepung..tp nan ado..habis semuanya..

masa mula-mula sampai terkejut giler tengok parking..penuh..dahsyat sungguh..selalu tak la ramai cam ni..bila masuk jer restoran tu melilau mata nak cari meja..agaknya dah jadi trend kan lagi makin nak dekat nak puasa orang makin berlumba-lumba nak penuhkan kedai makan.

mula-mula adik aku selaku big bos yang nak belanja suruh aku decide menu..tapi ntah cam blur jer nak makan ape.mula-mula nak makan sotong goreng tepung.tapi bila check dalam sampan dia letak fresh seafood dah nan ado dalam sampan tu..so tak dapat la memenuhi keinginan hati ni..then adik aku jer la decide..nak makan ikan bakar pun tak dapat..sebab ramai sangat.huhuhu..frust..

ni la menu malam tu..sejam setengah baru dapat..perut dah berkeroncong+dangdut+rock semua ada..
sian baby lambat makan malam hari tu..

kailan ikan masin+kerapu steam+siakap tiga rasa+tomyam campur+nasi+fresh orange..

yang aku boleh telan just kailan ikan masin and tomyam jer..ikan tu tak boleh masuk..

khusyuk muka sorang-sorang makan...haiiii kalau la aku dah lalu makan confirm aku pun laju jer..
sorang takde masa ni..adik aku yang kecik sekali..dah duk asrama selalu la miss family program camni..

muka kekenyangan..semua dah bersandar..masa ni dah pukul 11 lebih..

adik aku yang ni paling banyak makan..tgk badan kecik jer..tp nafsu makan yaaa rabbi..


the last but not least nak tepek gak muka tuan tanah..wajib la kan??
masa before pegi..time ni muka semengah lagi..pas makan cam hampeh jer..


ok you all..selamat berpuasa...
tetiba jer..

Monday, August 9, 2010

..check @ poliklinik At-Taqwa..

salam isnin...
hari ni nak citer pasal check up la..maafkan tuan empunya blog yer kalau asyik citer pasal preganancy jer..

actually ni nak memenuhi hajat mr.hubby nak tengok sangat baby dia sebab dia tak pernah tengok,dengar and alami saat- saat isteri dia ni buat pregnancy check up.selalunya dia just baca ape yang doktor tulis dalam buku merah and tengok gambar scan jer..then dengar aku ulang ape yang doktor cakap..
so kali ni dia cakap dia nak tengok baby..so we decide nak scan kat Poliklinik At-Taqwa..sebab my cousin rekomen buat kat situ.eventhough dia nurse kat hospital Ipoh tapi dia pun tak buat pregnancy check up kat KK..dia buat semua kat poliklinik tu..

so far doktor dia sangat la baik,lemah lembut and sopan santun..sungguh puas hati..

masa doktor scan..clear dapat tengok baby..hubby so excited..and our 'chenta' hati sangat aktif..kejap pusing kepala kat atas,kejap ke bawah..pastu doktor nak bagi dia pusing tunjuk muka pun tak dapat.dia asyik bagi belakang badan jer..ikut kata doktor tulang belakang our baby sangat cantik..bila doktor nak pusing tengok tuuuut dia pun tak nampak.baby duk kepit..and tangan dia pun tutup kat situ..lama gak doktor tu nak bagi pusing ke depan..tp sampai ke sudah la tak dapat..ggggggrrrrrram jer..hihihi..so far doktor kata baby ok..pembesaran pun ok..and doktor bagitau nampak gaya cam boy..excited la en suami bila doktor kata cam boy..tapi tak confirm lagi kan??still early..doktor kata next month try scan lagi sekali..
tapi sangat frust tak dapat tengok muka baby..and sebabkan excited sampai lupa nak snap gambar baby time dia pusing-pusing tu..harapkan sekeping gambar scan jer la..

happy sangat perasaan ketika tu..but yang sangat best bila tengok hubby sangat excited..sampai ke malam pun still citer pasal baby..emm tu baru tengok scan.belum lagi tengok baby betul-betul..harap-harap baby ok and sihat..

and one more think my EDD dah berubah..dah jadi awal seminggu..EDD terkini 02/02/2010..

Wednesday, August 4, 2010

..betul ke ek??

Salam u oll..


Hari ni just nak share something..and nak tanya korang betul ker benda ni???

Last Saturday me and hubby go shopping kat MJ..shopping for raya la yang pastinya..tapi sempat gak kitaorang gi department kanak-kanak..nak beli something untuk anak sedara..anak my SIL..satu for new born..MUHAMMAD AMMAR and satu lagi untuk si kakaknya..SITI AISYAH…tapi sambil menyelam minum air la kan?dah alang-alang kat situ kitaorang tengok gak baju baby..for our ‘chenta’ hati..masa tengah belek-belek tu ada sorang akak ni tegur..tanya aku dah bape bulan pregnant..aku cakapla 3 bulan..pastu akak tu cakap “jangan beli lagi baju baby time awal-awal ni..tak baik”…aku and hubby blur…pastu senyum-senyum kambing..

Betul ker ek tak boleh beli lagi?kena tunggu bila baru boleh beli sebenarnya..
akak tu ada cakap dah 7 bulan tu baru boleh beli…

Kami duk fikir mungkin ada betul gak ape yang akak tu cakap..1st maybe takut parent terover excited bila beli barang-barang baby awal-awal..mana tau malang tak berbau nanti ape-ape jadi takut frust plak.tapi mintak dijauhkan la camtu..

Kalau ikut pendapat aku..beli awal-awal ni senang..time tengah larat nak berjalan..ligat la sikit nak beli itu ini..kalau tunggu 7 bulan semua nak beli segedebuk time tu sure terasa gak duit melayang..dgn jalan pun dah termengah-mengah..ishhh camner yer???
ni dah servey and buat checklist dalam RM2000++ gak preparation for menyambut permata hati..kalau beli sikit-sikit tak terasa sangat kan duit tu..walaupun bkn duit sendiri tapi duit hubby pun kira consider mine gak kan??..hihihi..

kalau korang rasa camner????

..13 weeks..

Alhamdulillah..syukur sangat.akhirnya dah selamat aku melepasi 1st trimester..walaupun ada gak kepayahan di awal-awal preganant tp alhamdulillah kami masih lagi diberi rezeki dgn anugerah Allah ni..harap-harap biarla selamat sampai ke penghujung trimester..tak sabar pulak nak tengok+pegang baby sendiri..


InsyaAllah kalau takde ape-ape hal weekend ni nak tengok baby..hubby la beriya.yela tiap kali check up kan dia tak berkesempatan nak temankan aku.so kali ni nak servey klinik kat ipoh..ada dah list klinik..and also panel klinik..kalau ok.maybe sementara ada kat sini check up kat situ jer la..aku jadi cam malas nak gi KK..tp kalau dah ikut hubby nanti tgk camner keadaannya..

kalau ikutkan 13 weeks..camni la bentuk baby kat dalam ni..dah ada jari..tp kecik comei2 jer..pastu rupa pun dah terbentuk..rupa sapela yer agaknyer my 'chenta' ni??mama ke abah??

another 2 trimester to go…hopefully semuanya berjalan lancar..

Monday, August 2, 2010

kenapa aku rasa nervous????

salam isnin korang..harap-harap sihat la yer..aku pun alhamdulillah.dari pagi sampai ke saat ni masih lagi berkeadaan baik.harap-harap biarla elok sokmo..

tapi perasaan ketika ini adalah tersangat NERVOUS..ntah ape-ape jer.bila masuk bulan 8 aku jadi nervous semacam..agak-agak korang ada ke rasa cam aku rasa??
emm bila masuk bulan 8 makanya makin hampir la dengan bulan Ramadhan..itu yang aku jadi nervous tu..boleh ker aku nak puasa ni nanti..ikutkan time camni la nak direbut.kalau dapat puasa sebulan penuh bahagianyala.tak yah nak sibuk-sibuk ganti puasa..tapi aku takut aku jadi lembik..ada jugak before ni aku try puasa.belum sampai sekerat hari aku dah muntah teruk..camno tu???memangla wanita mengandung ni boleh tak berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan.tapi nanti nak kena ganti gak..

ikut kata husband..dia suruh try sekerat-sekerat hari.nanti boleh la puasa penuh..moga-moga bila sampai bulan puasa tu aku dah kuat sepenuhnya..and mampu mengerjakan ibadah puasa..

lagi satu yang membuatkan aku nervous..emmm ni 1st time berpuasa bersama suami..hahaha..boleh ker aku bangun awal nak prepare for sahur.bantainya husband yang siapkan semua pulak kan ker haru??ntah..nampak gaya camtu jer..buat masa ni kalau dengan hubby semua dia yang sediakan..sampaikan kadang-kadang tu breakfast pun dihantar sampai ke bilik..hihihi..saja la tu kan??manja terlebih..tp bkn selalu pun.time2 aku tak larat nak bangun jer..

ape-ape pun..kita nantikan bulan ramadhan yang akan datang dalam beberapa hari ni yer..semoga semuanya berjalan lancar..aminnnn..

dalam nervous nak puasa tapi persiapan nak raya sakan pulak..berpasang-pasang dah..1st time nak beraya bersama suami kan..harusla sedondon dgn hubby..hubby pun sama.sakan dia.ingtkan hari tu dah settle la yang dia punya rupanya tak settle2 lagi.ada jer yang dia nak belikan..ishhh takpe2..tahun ni kita sakan tahun depan dah ada baby sure baby yang didahulukan..