Wednesday, January 27, 2010

..bersyukurlahh..

"bersyukurla dengan ape yang kita ada dan yang kita miliki..kalau nak belajar bersyukur ni bukan susah pun..kalau kita berada di takat ini jangan la bandingkan dengan orang yang lebih daripada kita..tapi kita kena bandingkan dengan orang yang berada di bawah kita..
misalnya kalau kita bawak keta kancil janganla bandingkan dengan orang yang bawak wish..tapi bandingkan dengan orang yang bawak motor..betapa beruntungnya kita kerana memiliki kereta..terlindung daripada panas dan hujan..tapi kalau just ada moto janganla bandingkan dengan orang yang berkereta..bandingkan dengan orang yang naik basikal..betapa cepatnyer kita sampai ke destinasi kita jika dibandingkan dengan basikal...begitula seterusnya.."tazkirah si suami kepada isterinya...

manusia ni memang susah nak merasa cukup dengan apa yang diorang miliki..kan???termasukla orang yang menulis ni..tapi setelah di tazkirah oleh en suami,sendiri mau ingat la..sedikit sebanyak kata-kata nasihat tu terselit di dalam hati ni..cubala bersyukur yer sayang!!!
emm baik la..saya akan belajar bersyukur dengan segala yang saya ada..dan takkan terpengaruh dengan anasir anasir luar yang sedikit sebanyak boleh merosakkan saya..hahahaha..sapekah anasir itu???anak pak nasir kot...tu la masalahnyer pada anak pak bakar ni..mudah sangat terpengaruh dengan kata-kata orang lain..pastu cerita kat suami haaa kena ceramah free la..kadang-kadang bukan nak mengadu or nak macam ape yang orang lain ada..tapi just nak cerita..tapi nanti mula la disalah tafsir oleh si suami..emm payah-payah..hihihi..dah pasni takmo citer ape-ape dah kat u..nanti salah faham..

..hilang arah..

kalau rasa-rasa ada yang nak baca stay la kat page ni..kalau bosan sila blah ke tempat lain ek..

just nak meluahkan ape yang tersirat dalam hati ini dengan ape yang ada disekeling aku..
pernah tak korang rasa yang korang hilang arah or tujuan hidup??????
malam tadi benda ni bermain-main dalam fikiran aku..lately ni aku macam takde tujuan or target or matlamat hidup jer..just berlalu mengikut peredaran masa..setiap hari melakukan rutin harian yang sama..ntahla..




kalau before kahwin aku ada aim untuk aku buat..iaitu KAHWIN..dan aku usahakan ke arah itu..ada matlamat..sekarang ni cam hilang arah jer rasanyer..cam takde ape-ape tujuan pun..ish2 pelik kan???
cam kena set balik jer fikiran ni dan cipta matlamat baru...tapi ape ek???harapan tu terlalu banyak..tapi cam aku pun tak tau dateline matlamat aku tu..takde countdown..bila takde dateline faham-faham je la..confirm aku akan lengah-lengahkan..

sekarang ni aku nampak satu jer matlamat and impian aku...aku nak sambung study saja tulis besar-besar supaya aku ingat target aku..aku nak ambik master..itu impian aku sejak dari habis study..tapi sampai ke hari ni aku tak laksanakan lagi..betulla orang cakap peluang tu susah nak datang untuk kali kedua..kalau dulu aku dah dapat offer..tapi ditolak mentah-mentah ngan alasan-alasan yang ntah ape-ape..pastu sekarang ni baru nak menyesal..kalau aku terima offer tu dah lama dah settle aku punya master..sekarang ni baru nak terhegeh-hegeh..emm bila dah kahwin ni ape-ape pn kena mintak permission husband..kalau dia setuju and boleh sponsor okla..kalau dia tak bagi?????emmm no komen la..tapi suamiku takkan camtu kot..

insyaAllah kalau ada rezeki aku tak ke mana kan???semoga matlamat dan impian ni tercapai..amiiiin...doa-doakanla ek..

Tuesday, January 26, 2010

..f.O.U.r..4..


kejap jer masa berjalan..tup tup 25/1/09 dah genap 4 bulan menjadi isteri 'si dia'..takde ape pun lagi nak dibanggakan dengan angka 4 tu..lainla kalau dah 40 tahun ke 24 tahun ker 34 tahun ker bolehla kot nak dibanggakan masih bertahan sehingga ke angka itu..cuma ape yang mampu diluahkan just rasa bersyukur sebab menjadi isteri mr.hubby..masih lagi tengah menyesuaikan diri,memahami kerenah dan belajar untuk menjadi isteri yang sempurna di mata suami..

kali ni takde special celebration but dapat spend time together pun dah membuatkan hati ini cukup gembira dan terhibur..lebih-lebih lagi dengan usikan hubby tu pun buat diri ni dah tersenyum sampai ke telinga..time tu memangla aku mengamuk tapi bila hubby takde tu jugak yang aku rindu..hihihihi..ntahla suka sangat nak menyakat orang..rambut ni takkan tersisir rapi bila dengan dia..ada jer yang dia dengki..

sempena genap 4 bulan hubungan sah ini,seperti biasa dipenuhi dengan gambar-gambar berdua-duaan tapi ooooopppppsss tak boleh nak ditempelkan disini..nanti mau mengamuk sakan mr.hubby bila tgk rambut wifenyer dilelong-lelong di blog sendiri..biarla ianyer jadi kenangan kami sahaja..hihihihi..bila rasa-rasa teringat tengok la balik gambar tu..

"happy 4th month anniversary...abang.."
misss you...


Friday, January 22, 2010

..Kan Best KaLAu...

gara-gara korean drama "Boys over Flower" tu aku pun dah terpengaruh and teruja sangat-sangat dengan tempat-tempat yang canteeeekkkk yang ada dalm scene citer tu..mana lagi kalau tak
Venetian Macau..

alangkah bertuahnya empunya diri ni kalau berkesempatan untuk bercuti-cuti ke sana..tapi takkan tidur kat venetian hotel la yang pastinya..mau kopak buatnyer..satu malam jer RM700++..tu baru semalam..at least kalau bercuti maunyer 2 3 malam..baik duit tu pegi shopping kan????

tapi teringinla nak pg ke sana..maybe bercuti ke Hong Kong..then ke Macau..hahaha..berangan jer lebih..kena bodek org di sinun la.."u..jom pegi macau nak tak"(sambil buat aksi daring terlebih)..hahaha..The Venetian ni ala-ala venice asia..jadi kalau tak berpeluang nak ke Italy dapat pegi sini pun jadila..


cantik kan???








aksi ini harusla ado kalau dpt pegi ngan en suami tersayang..naik gondola sambil dihiburkan dengan lagu-lagu klasik Italy..waaaaa romantik bangat!!



wuuuuuaaaaa nak pegi sini!!!!
sure best kan kalau dapat jejakkan kaki ke sini...adakah saya berpeluang ke sini????salah satu destinasi yang baru dimasukkan dalam list destinasi yang ingin ku jejaki selain dari tanah suci Mekah..ofcos la yang tu yang utama..


apesal ntah asyik pikir nak berjalan jer???..
ni cuti raya cina bulan dua ni duk plan dah nak pgi mcm2 tempat..

Thursday, January 21, 2010

..aBAh oo aBAh!!

emm saje nak citer pasal abah kali ni..jarang jugak nak bercerita pasal abah and mak kat sini kan??asyik2 psl wifey hubby journey jer..confirm boring..biarla kali ni tukar topik plak..


abah tgh cakap ape ntah time ni...

kenapa nak citer pasal abah plak ek???
ntahla tetiba teringat kat abah kesayangan ku itu..
sifat semulajadi abah yang kadang-kadang cam terlebih risau tu bila dikenang balik boleh buat diri ini tersenyum..emm aku pun tak tau ape yang dirisaukannya..sejak kecik lagi aku as anak sulong and anak perempuan memang dah diasuh supaya tidak bebas berpeleseran tanpa pengawasan 'bodyguard' abah..mana-mana jer aku pegi jangan harapla dapat gi sorang..selalunya adik aku yang bongsu sekali la kena escot..kadang-kadang nak gi langkap jer pun takkan dibagi kalau pg sorang..suruh jugak sape2 teman..kalau tak adik aku wan, miza la yang kena teman..padahal aku kat sini ni biasanya gi mana-mana sorang jer..
bila aku jawab camtu abah kata belakang abah,abah tak tau korang pg mana..tapi kalau depan abah abah tak sedap hati tengok kuar sorang2..selagi abah boleh jaga and tengok-tengokkan abah akan buat..abah tak sedap hati kalau keluar then tunggu tak balik2 lagi..biar ada sape2 ikut takla risau sangat..

nak dijadikan cerita..last two weeks aku,mak and miza nak gi pasar malam kat t.intan..plan nak gerak pas maghrib then nanti terus ambik husband aku kat simpang kunci air..mr.hubby turun kat situ..abah time tu baru balik keja..dia tengok kitaorang dah siap2 dia kerah adik aku;amir untuk escot..abah cakap tak harap kami bertiga kuar malam2..haishhhh abah2..mak dah buat muka..yela abah ni terlebih risau plak..pdahal takde ape pn..tapi amir taknak..dia penat baru balik main bola..sudahnyer abah yang ikut kami..kunun jadi bodyguard..

tapi kalau gi dengan abah..paham-paham jer la..kalau aku drive memng sedikit tension akan berlaku bila abah kat sebelah..sebatu lagi keta depan ngan 'si merah',abah dah bising..suruh brek..kena menurut perintah jer la..padahal mata abah bukan nampak sangat time malam..
tu belum lagi part parking..kalau side parking hujan2 dia sanggup nak turun tolong tengokkan..padahal tak perlu pun..sensor kat belakang and side mirror tu dah cukup membantu..tapi nak jugak dia turun..hai sabo jer la..terlebih risau and kurang yakin kot kat anak dia ni..antara kami 4 beradik aku and adik bongsu la yang selalu jadi mangsa terlebih risau abah ni..
kalau zaman-zaman utm dulu,2 3 kali jugak aku teringin nak gi reunion sekolah kat gerik..tapi abah awal-awal lagi dah tak bagi..jauhla,takut jadi ape-ape la..emm then last year for the first time baru aku dapat join reunion sekolah..tapi tu pun abah yang temankan..hihihi..kalau gi sorang jangan harapla dapat pegi..bila on the way balik abah bising kata boring..padahal aku tak suruh pun abah ikut..

ingatkan bila dah kahwin tu kerisauan abah dah kurang la..tapi sama jer..kalau ape2 jadi kat aku abah lg lebih risau nak bandingkan husband sendiri..hihiiihi..abah abah..


my abah...semasa hari nikah...

walaupun kadang-kadang perangai abah tu cam kelako jer tapi aku tau abah sayangkan kitaorang..dia bertindak untuk melindungi anak-anaknyer..alhamdulillah syukur jadi anak abah..punya abah yang caring and bertanggungjawab..semoga abah sentiasa diberi kesihatan tubuh badan yang sempurna..dan di bawah rahmat Allah..amiiinnn...

Tuesday, January 19, 2010

mudah-mudahan dipermudahkan...



last weekend mr.hubby show me something...
he show me the itinerary for our 2nd honeymoon..can be consider as honeymoon ker??emmm gasakla ape2 pun..janji gi jalan2 berdua-duaan dgn cinta hati ku..ke ber'tiga'an time tu???hahaha..wallahualam..

tengok date dia booking..11/06/2009..masa tu belum pun sah jadi suami isteri..tapi dia dah plan camtu..and cam biasa punyala lama dia simpan rahsia baru sekarang nak bagitau.patutla bila bagitau pasal my family trip ke terengganu and kelantan dia cakap cam tak dapat nak pegi jer..rupanyer dia dah plan awal-awal lagi untuk our vacation..emm nampak gayanyer aku tak dapat la nak join my 'BIG' family punya trip..tp sure best kalau pegi ramai2 camtu..eeemmm...takpela..nak buat camner kan??tempat isteri kan di sisi suami..lagipun takkan nak cancel flight kot..

for this vacation awal-awal lagi aku dah warning hubby..kalau nak pegi tu kena explain betul-betul kat aku ape activity dia nak buat sepanjang kat sana..nak stay kat mana??nak pegi mana??semua la..at least aku boleh get ready cari info and survey ape2 yang patut..takdela asyik ikut jer tuan 'director' tu..terlampau banyak sangat surprise nanti takut aku sakit jantung jer..walaupun aku tau dia dah prepare everything tapi aku nak jugak tau and buat review sikit-sikit pasal destinasi yang kami nak pergi tu..kenala cari ilmu sikit2 kan??nanti tak la cam orang bodoh jer tak tau ape-ape..



hopefully semuanya berjalan seperti yang dirancang..dan semoga kebahagian tu sentiasa bersama dengan kami..amiiiinnnn...

Monday, January 18, 2010

Dalam dilema..

tengah confuse sekarang ni..tak tau sama ada patut ke tak patut..
mr.hubby suruh aku cari rumah area Kampar ni untuk sewa..dia suruh aku sewa rumah lain supaya senang dia nak datang lepak every weekend..before  ni aku jer yang pegi ke penang once in 2 weeks tapi semalam dia suruh cari rumah lain memandangkan sekarang ni aku stay dengan housemate..aka umah bujang..tapi bila fikir2 balik cam tak best jer kalau aku stay sorang..bukannyer everyday dia ada dengan aku..weekend jer..then from mon-friday sorang2..takmo la..aku tak berapa nak berani sangat..at least cam sekarang ni aku ada housemate bolehla bergurau senda and sembang-sembang malam2..kalau duk sorang nanti aku melangut jer la nak tunggu weekend..

tapi lepas ni mr.hubby cakap nak datang sini every weekend???sebab dia cakap dia tak busy sangat dah..ala tak tau camner..takkan tak bagi datang pulak..aku ofcosla nak dia datang tapi takkan la every weekend nak tidur kat umah sekarang ni..ape plak cakap housemate aku tu..eventhough dia baru jer duduk dengan aku 3 bulan tapi tak sedap la bila bagi lelaki masuk umah walaupun kami dah kahwin..memang housemate aku tak kisah tp dari segi keselesaan kalau aku kat tempat dia aku pun tak suka..

aduiiiii confuse confuse..



Friday, January 15, 2010

Cobaaannnn..

bukan senang rupanyer bila kita nak berubah..tapi bila dah nekad kena kuatkan hati and semangat dan jangan hiraukan ape yang orang lain cakap..biasala tu kan..mungkin orang terkejut dengan perubahan yang kita lakukan..
masuk jer 2010 memang aku dah berazam untuk beberapa perkara..antaranyer..aku try untuk jaga aurat aku..maklumla sekarang ni dah jadi isteri,ape jer dosa si isteri suami yang akan tanggung..aku sayangkan suami aku jadi aku taknakla dia tanggung dosa-dosa yang sengaja aku buat..

perkara pertama yang aku cuba ubah ialah memakai tudung ketika berada di kalangan bukan muhrim..before ni kalau aku kat umah sepupu-sepupu lelaki or ada tetamu datang memang togel jer kepala ni..slumber jer kan???melainkan kalau member2 aku yang datang baru aku pakai tudung..kalau gi umah makcik2 aku yang tak berapa jauh dari umah aku pun slumber jer tak pakai tudung..emmm itula AKU suatu ketika dulu..

sebelum ni pun suami aku dah tegur 2 3 kali pasal isu ni..sebab bila kat umah opah pun aku akan pakai tudung kejap jer pastu togel la kepala ni dari sebarang tudung..nak dijadikan cerita masa tu balik dari umah opah.lepas sembahyang,as usual salam and cium tangan suami.pastu dia pegang and usap kepala ni kata rambut ni aurat kan..kalau sayang abg jaga yer..bukan selalu abg nak tegur camni..time tu aku rasa touching sangat..cara dia tegur bukan marah tapi buat aku sedar salah yang aku buat..lepas detik tu aku nekad..aku cuba untuk berubah..aku tengok cousin2 aku yang baru form 1 pun diaorang dah menjaga aurat..apetah lagi yang setua aku ni..huhuhu..

tapi biasala kan bila baru2 tu sure org akan rasa pelik..hihihi camtu la jugak yang aku kena..adik aku pun sampai cakap 'musykil tengok kakyong..'ker sebab ada abg saiful???..pastu ada gak makcik aku cakap..sejak bila bertudung camni ni??? pelik kot diorang tengok..hahaha..takpe2 anggap ni cobaan and dugaan untuk menunaikan azam..lama-lama nanti terbiasa la kan??



Thursday, January 14, 2010

JatUh CInTA..

~~Jatuh cinta lagi..lagi-lagi ku jatuh cinta...harus bagaimana..~~~dah tak tau dah lirik dia camner

hihiiii..tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu ni..
tiba-tiba terjatuh cinta and tertangkap lentok pulak dengan pelakon citer korea kat 8tv sekarang..'Boys Over Flowers'
kalau tengok citer ni habis hati sangatla tengok gelagat actor2 dia yang hensem+cute miut tu..emmm cair i u..tengok hidung masing2 semua mancung-mancung..tak sure la hidung ori ke plastic surgery tu..kalau senyum,mak aiiiii cutenyer...pendek kata dah terjatuh cinta buat kali ke-2..kali pertama paham2 sendiri la yer..
kalau isnin-jumaat pukul 8.30pm- 9.30pm memang terconggok la depan tv pegang remote.takut kang orang lain tukar chanel lain..so better la cilok dulu..pastu time2 ni janganla sape-sape pun ajak aku kuar..kompem aku reject..cam malam td aku rela duduk di umah dari kuar dinner with my parent..
huhuhu..tp jumaat ni tak dapat tengok..ala~~~ada dalam bus time tu..
emmm nak suh hubby cr DVD citer ni la..i know dia pun suka tengok citer ni..


pojaaan hati ku...hihihi..tp 'si dia' tetap no.1 dalam hatiku


the cutest smile...i like!!!!


ni pun suka gak..tapi kadang2 cam pompuan jer


grrrram!!semua comei-comei belaka..

Tuesday, January 12, 2010

slim ker???

before nak citer dengan lebih lanjut aku nak gelak terguling-guling sambil kembang2 hidung sikit dulu..
hahahahhahhahaha!!!!
issshhhh mesti ada yang kata aku ni mereng or sewel..tak kisahla tapi aku rasa sukahati and jantung and semua organ-organ dalaman ni rasa happy..
sebabnyer..
hubby aku kata aku nampak SLIM..
means kurus sikitla..mana taknyer aku happy sebab before ni asal jumpa jer mesti dia cakap ada lemak-lemak berkumpul kat lengan and peha ni..bila gi jalan2 tu suka hati jer dia picit-picit lengan and kata "ni lemak ni"..pastu picit kuat-kuat cam geram..
perghh tercabar i u..balik sini aku try la berdiet sikit2..tapi aku tak boleh skip meal..kang nak kurus,gastrik pulak menjadi-jadi..so after 1 week mengamalkan diet yang sihat berat badan aku dah berkurang 1 kg..now 45kg..

masa hubby picit-picit lengan aku ni aku pun notice gak benda tu and ada certain part nampak ketara sangat ke'chubby'an tu..tapi ada 1 part ni cam susah jer nak slimkan..part PIPI..dagu pun dah ada isi..nak buat camner ek????

u seee cam dah takde cutting jer..time ni rasa cam berkembang dengan jayanyer..lepas balik bercuti ni la nekad sikit nak on diet and kurangkan sikit berat badan ni..

tapi aku takut jer naik balik badan ni..selalunyer area 45-47kg..buatnyer dah terover excited en suami kata slim aku pun taram makan berganda-ganda pastu naiknyer pun berganda-ganda la..ni selalu jadi kalau kitaorg gi cuti-cuti..pastu kalau aku gi penang..en suami tu suker sangat bg aku makan macam-macam..nak sgt kot wife dia ni berkembang dengan jayanyer..mentang-mentang badan dia maintain jer..
ish-ish tak boleh jadi camni..kena kuatkan semangat!!
nak berat cam before kahwin..42kg!!!!..


mau ke dia??

2 3 hari ni rasa cam nak sangat tengok wayang..tak kisah citer ape asalkan dapat tengok kat screen besar dengan audio system yang gempak..rasa cam lama sangat tak tengok movie kat cinema..tapi tak mau tengok ngan orang lain..nak tengok ngan mr.hubby..

tapi before ajak pun cam dah boleh tau ape jawapan dia..sure dia taknak..my hubby tak suka menonton wayang..macam-macam alasan dia bagi nanti..sepanjang aku kenal dia kitaorg tak pernah sekalipun tengok movie sama-sama..tiap kali aku ajak sure dia suruh aku gi dengan kawan-kawan..dia cakap kalau tempat tu dia boleh elak dia nak elak..dia lebih suka layan DVD drpada tengok wayang..dia cakap kalau tengok DVD kat umah bebas sikit..nak meniarap ker,menonggeng ker,baring ke semua boleh..

NO KOMEN la bila dia dah cakap camtu..

tapi bila dah kahwin camni aku nak ajak sape???sure la ajak dia kan??tapi kalau dia tak nak???huhuuhu..kang ajak kekasih gelap kang baru tau..hahahaha..ish2 takde maknanyer kekasih gelap..

Saturday, January 9, 2010

..kata nak berazam??..

masa 1st day masuk tahun baru hari tu pulun nak azam itu ini..tapi setakat ni dah beberapa kali tak menepati azam..ape daa..kalau mr.hubby aku tau sure dia gelak menonggeng2 and aku kena la dengar ceramah free dari dia..
hari tu cakap beriya kat hubby azam tahun ni 1.nak menambahkan saving dalam ASB..takmo shopping sangat..takmo beli yang bukan-bukan..takmo beli baju and kasut sangat.sebab rak kasut and almari baju dah tak muat..ni pun baru usulkan pada mr.hubby cam nak kena beli almari baru jer..dah tak tau nak simpan baju kat mana..ni baru kat umah sewa..belum lagi kat umah mak and penang..

tapi...
tu sekadar kata-kata di bibir sajala..ni aku baru jer tershopping and terbeli la kasut and baju lagi..minggu ni saja dah 3 pasang baju aku beli..baju keje and baju jalan-jalan..belum ngan tudung and accesories..padahal masa new year sale last week dah beli dah kasut ..ni beli lagi..
satu jer perangai aku ni..degil and tak boleh dilarang..kalau aku tak dapat masa jalan-jalan dengan suami,aku cari sendiri..tak kisahla tak dapat pow dia pun nanti aku beli la sendiri..pakai duit sendiri!..habis tu camno la nak saving ni..emm nak sedapkan hati kata la time ni la nak spend untuk diri sendiri nanti dah ada anak confirm lebih kat anak..hihiihi..ada ke macam tu??jgn sape2 ikut sudah..

sekarang ni masalahnyer camne yer bila takde motivasi diri nak laksanakan azam tu???cam cakap tak serupa bikin jer aku rasa..asyik2 postpone jer nak up amount monthly saving ni..bulan depan la kot up sikit..pastu bulan depan lagi..bulan depan and bulan seterusnya sampai la naik tahun baru lagi..asyik postpone jer..hihihi..tu belum lagi azam-azam seterusnya..orang lain nak berazam aku pun sibuk nak berazam tapi buat nyer idak..hampeh jer..
eh tak tak..akan ku laksanakn jua..chaiyok!!
kadang-kadang torture mr.hubby tu berkesan gak..harap u always support me k..

Thursday, January 7, 2010

nasib P.J.J

apsal ntah 2 3 hari ni bila blog hopping jer semua termasuk kat blog isteri-isteri yang berjauhan dengan suami masing-masing..pendek kata PJJ (pasangan jarak jauh)..
dan semua meluahkan rasa rindu pada hubby tercinto..
pastu bila baca aku tak semena-mena ter'emo' pulak..ishhh ni yang kurang suka ni..kadang-kadang aku cam tak nak la terbawak-bawak sangat perasaan rindu tu..nanti aku terlebih emosional..sedih and rasa cam nak nangis meraung-raung..huhuhu itu sudah terlebih la kan..
tipula kan kalau kata takde rasa yang mcm mana wife2 lain yang berjauhan dgn suami masing2..tapi ikut kata yanie..kita hebat!
bukan senang nak rasa camni..semua sendiri..ke mana-mana sendiri..orang lain balik keje boleh bermanja-manja dengan suami,masakkan untuk suami,uruskan semua keperluan suami tapi kita ni cam orang bujang..aku lagi la duduk pun dengan housemate lg..jadi perangai pun confirm macam orang belum kahwin..
kalau gi mana-mana pun terlupa nak bgtau kat suami mintak izin.rasa cam belum kahwin jer lagi..
emmm nak buat camner kan???ape2 pun kita kena kuat kan semangat..kalau merengek-rengek kat suami nanti dia risau pulak..tak pasal-pasal effect keje dia..so bersabar jer la..
sekarang ni aku cam berpegang mungkin ada hikmahnyer kami tak stay bersama seperti pasangan lain..maybe ada yang tersirat di sebalik semua ketentuan yang Allah bagi ni..


misss him so much...


Wednesday, January 6, 2010

dating^^(',')^^

at first ingatkan cam tak jadi jer nak g bercuti-cutian dengan mr.hubby..tapi last-last jadi gak..cuma pegi bukan hari yang sepatutnya kami plan..and tak dapat pegi tempat yang dirancang..

actually hari yang sepatutnyer nak pg tu aku dah siap2 dah pun..beg semua dah pack..just baju hubby jer yang tak masuk lagi..hubby plak asyik duk melepak atas katil jer..buat muka malas nak siap..mula-mula plan nak g pukul 3.30pm pastu drag nak pegi pas asar..last2 hubby baru bagitau dia berat hati nak pegi..
aku pun rasa tak best la pulak kalau nak pegi bila si dia berat hati camni..so aku tolong decidekan tak yah la pegi..aku tau sebab ape dia berat hati..hihihi
emmm alahai suamiku ni..

tapi tukar plan gi jalan-jalan tempat lain..
nak sejukkan hati aku la kot sebab aku dah siap2 semua..kalau tak jadi kuar mau aku merajuk semalaman tu nanti..hihihi

so aku citer base on photo captured by me and hubby la ek..cam la ada orang nak baca..never mindla ape aku kisah..aku yang tuan empunya blog..suka hati and jantung aku la..


in hubby's car..muka si isteri jer yang hepi sokmo..si suami buat muka takde perasaan..

facing laut..makin gelap jer aku tengok suami aku ni..sian dia keje kat bawah terik matahari

time dah nak dekat malam..



kat area tu ada orang main layang-layang..cam best jer..teringin gak nak tunjuk skill tapi takut terbelit2 benang layang-layang aku ngan orang lain punya plak..hubby pun nak tunjuk skill dia gak..tapi lain kali..tak boleh jadi ni cam nak challenge ngan aku nampak gayanyer..


ni la layang-layang yang ada kat sini..

pas posing-posing sakan hubby suruh aku try satay ikan..this my 1st time rasa satay ikan..
not bad..sedap!kalau tak silap satay ikan ni famous kat kelantan..hubby bagitau dulu kecik2 mak dia selalu buat..(my MIL is kelantaness) ...emmm nanti boleh la blajar dari my MIL..
next time nak makan lagi la sayang..

the next day kami pegi jalan-jalan area Taiping..dah on the way nak balik ke perak so singgah la jalan-jalan kat sini..


lake garden..




bukit larut..semua tempat pg kejap2 jer..just for servey..lain kali baru boleh plan betul2..ni percutian tak dirancang..

then kitaorang pg ke kuala sepetang pulak..nak try mee udang yang famous sampai masuk Majalah 3 and warung kita astro tu..
"Gerai Mee banjir udang Mak Teh"
masa sampai tu terkejut gak tengok orang punyala ramai..keta pulak banyak plat W and P jer..orang luar cam kami gak la kot..


tengok tu..hubby makan sampai dah tak sempat nak pandang camera..gambar ni tangkap pakai hp jer..so kualiti dia cam kurenggg jer..

time ni hubby ckp khusyuk betul aku makan...hihihi..sampai berpeluh2..


emmm sedap!!udang jer penuh..sampai tak nampak dah mee nyer..no wonder orang ramai makan kat sini..
compare ngan kedai yang aku pernah makan kat kuala sepetang ni dulu-dulu this one more better..sedap hingga menjilat jari..

tada..dan hasilnyer selepas segala isi-isi udang selamat masuk dalam perut ku..ni aku punya sorang jer tak termasuk hubby punya..

Tuesday, January 5, 2010

V.O.T.E for me!!!

starting 1st Jan 2010 bermula la pengundian untuk pertandingan yg aku masuk hari tu..
PERTANDINGAN PHOTO CHINTA SUCI..
anjuran mr.firdhaikal

sampaila 11.59mlm 7 Jan ni..
so
vote for me k??

no.19..
mr.firdhaikal choose this photo for my entry..




takla mengharap sangat..tp cam best gak nak join..tgk contestant lain lagi hebat-hebat..cam takde can jer nak menang..huhuhu
tp tak salah nak mencuba kan??
just for fun..

ape-ape pn thanks la pada sape yang vote no.19 tu..ingatkan cam takde sape pun yang nak vote..

Monday, January 4, 2010

.together.

alhamdulillah kedatangan 2010 kami dapat sambut bersama-sama..ni 1st time sepanjang kami berkenalan sambut tahun baru bersama-sama..
yela kalau dulu tak elok la nak kuar lewat-lewat malam camni berdua-duaan..ishhh daripada terjadi perkara yang bukan-bukan baik la elak..

petang tu selepas hubby balik dari keja kami dah keluar dah..pastu tengok hubby usung camera dia..
pelik gak..sebab rasanyer hari tu plan nak beli barang dapur jer..
tapi aku malas la nak tanya ape-ape2..

before gerak..ish2 tembam betul budak belakang en saiful tu..

settle beli barang-barang dapur kitaorang pegi isi perut plak..dah nak dekat pkul 10 mlm baru nak dinner..malam tu just dinner kat McD..hajat di hati mula-mula nak shopping kat sunshine..tp pukul 10.30 malam nak tutup dah..so cancel!..just cari tempat makan jer la..lepak-lepak sambil menikmati prosperity burger sampaila pkul 11.15 malam..pastu hubby cakap jom..aku ingatkan nak balik la dah..
rupa-rupanyer tidak..
masa kuar dari relau tu jalan punya la jem..polis traffic pun dah get ready nak control traffic..pastu hubby ajak gi Queensbay Mall tengok countdown new year..aku ok jer..tp punyala azab nak cari parking..last2 parking jer tepi jalan and kena menapak punyala jauh..
tapi bila berjalan berdua-duaan dengan hubby tak terasa pun jauhnyer..
sambil jalan sambil sembang..gelak-gelak..berpimpin tangan..romantik je rasa..
jalan punya jalan tak sedar lagi  2 3 minit nak pukul 12..time tu rasa cam challenge walkaton pulak ngan mr.hubby..tapi mujur sempat sampai before pukul 12..sempatla countdown gak..

3..
2..
1..

happy new year 2010!!!

bunga api pun meletup-letup sakan la..








sibuk jer si debab ni nak menempel..dh tgh malam..rupa pun cam hampeh jer..

ape2 pun seronok jer rasa..
time dah kahwin camnila nak merasa kuar malam2 camni..menikmati masa berdua-duaan..
tahun depan belum tentu lagi..

on the way balik hubby tanya..
"ape azam tahun baru sayang???"
emm..ape ek??
nantila i bagitau yer..