Tuesday, May 31, 2011

..our tiring weekend..

weekend yang sungguh pack!..
start dr petang jumaat sampai la malam ahad
.
.
ke mana??
.
.
jumaat petang gi Nilai3..kalau gi nilai 3 tak beli tudung+kain ela mmg bukan aku la.beli kain jer hantar tailor belum lg.ntah bila ntah.blk kg ni la kot..yang en suami plak klu g nilai3 tak angkut tikar+set comforter mmg tak sah.
before tu g tesco beli brg2 dapur utk stok smpai jumaat ni.mula-mula musykil gak.selalu beli hr ahad utk stok seminggu.tapi as usual kalau bertanya kat en suami jangan harap dpt jawapan ikut soalan..tensionnnnn jer..
selalunya aku ikut jer rentak dia.dah faham dah.buang air liur jer bertanya.
tapi dalam hati boleh agak.mesti nak gi sumwhere weekend ni.
that day jugak 1st time bawak Danial berjalan malam.and dia sgtla ralit and cam pelik kot tengok lampu2.jenuh nak explain kat dia and cool kan dia bila nk bg nenen.mana taknyer bila dh tgk lampu2 tu sampaikan susu pun dah tak ingat.
.
.
esoknyer which is saturday encik suami keje half day.
dalam pukul 12 camtu hubby sms suh call maklong.bgtau nk gi umah ptg ni nak hntar brg mak andak..
lepas zohor camtu gerak la kami ke TTDI..seronok danial jumpa opah long ek.
tunggu mama and abahnyer  bersiap sampai basah dah baju danial dia hisap.

ingtkan pastu terus balik.rupanya panjang plak langkah.terus gi Sunway Pyramid..hubby ckp dia nk jumpa member.sementara en suami g jumpa member,dia tinggalkan me and danial kat jusco..
ape lagi??makanyer ter"shopping" la kat Jusco..
ate jusco ada sale kan sampai 12/6 ni..
ala bukan shopping ape pun.shopping utk Danial and bapaknyer jer.maknyer???nan ado.
beli baju raya utk danial.time sale boleh la beli..murah sikit.
bila dah ada anak semua lebih kat anak.
dah bape pasang dah baju raya dak kecik ni..
jalan-jalan..makan-makan smpaila pukul 11pm..baru gerak balik umah.sampai umah dkt pukul 12pm gak.punyala risau bila bawak dak kecik blk malam2 ni.tp alhamdulillah takde ape2..tp sepanjang jalan nak ke rumah tu sepanjang tu la play ayat Quran..
penatnyer ya ampunnn..
.
.
esoknyer??
ingatkan nak berehat2 kat umah jer..yela semalam pun dah balik lambat+malam tu encik suami layan bola..hihihi tido dalam bengang.barcelona menang..
confirm la fikir nak berehat2 jer..
tapi meleset plak sangkaan aku.
pas lunch en suami suruh siap2..selalunya kalau en suami suruh siap pastu kalau tanya nak g mana dia ckp "adala"..aku kena tanya pulak "nak pakai blouse ke pakai simple2 jer??"
sebabnyer...
kalau pakai simple2;tshirt+jeans mesti jln2 area Nilai square/9avenue jer..kalau pakai blouse tu jauh la sikit langkahnyer..
so gi mana yer hari ahad tu??kami ke Seremban plak.
dari jusco kat Seremban 2 terus ke Parkson.
Parkson ada buat extreme warehouse sale..
banyak gak terbeli.."ter" yer..tak sengaja la maksudnya.
beli baju raya+baju keje en suami..
beli baju2 danial..
untuk both our parent pun ada gak..
gilerrrr ramai orang.bawak stroller pun cam tak convenient jer.
mama and abah shopping.danial tido jer.
good boy!!
.
.
 balik umah pengsan.lenguh kaki+skt belakang.
masing2 hulur kaki suruh urut.
danial???sengih jer..sibuk nak meniarap.tp mama and abah dah tak larat nak layan.


Monday, May 30, 2011

..new environment..

semalam bermula la episod baru untuk adik bongsu aku tu..
semalam dia dah mendaftar asasi UM kat kampus Nilai Puri,Kelantan..
ikutkan hati nak jer ikut mak and abah hantar dia hari sabtu tu.
tp...
emmm faham2 jer la kan?skrg ni bukannya single minggle lagi.dah kahwin+dah ada anak so susah sikit ler..
macam2 alasan bila aku mintak permission kat my BIG boss bila nak ikut my parent gi hantar wan.
takpela takde rezeki nak hantar dia nnt bila2 g kelantan bleh visit dia..

ape-ape pun all the best to wan..
pasni takde la dah mak n abah nk dtg visit selalu macam masa wan kat asrama..
time sekolah mujur dapat sbp dkt sikit ngan rumah.
nak balik rumah berambik..nak balik asrama berantar.
huh sabor jer la.
kalau dulu aku la yg jadi tukang hantar dia balik ke asrama..
tapi kali ni pandai2 la yer..
jauhhhh tu Kelantan.
jangan nanges2 rindu kat mak sudahhhh..
hihihi
tapi kalau mak dapat pegi selalu pun mesti mak rasa best.
sbb dpt shopping kat kelate.
semalam pun abah call kata mak banyak memborong..
abah la jadi mangsa tukang membayornyer..
hahahaha..takpela sekali dua kala
wan..all the best..
bila plak nak jumpa yer??

Friday, May 27, 2011

..surprise!!..

petang semalam hubby sms
"ayg..malam ni dinner abg teringin nak makan kuewtiow hongkong la"..
me :"ok..nanti karang ayg buat"...
.
.
petang around 6.30 camtu aku pun berkungfu la kat dapur nak siapkan menu dinner..
.
.
6.50pm
.
.
assalamualaikum!!!..
.
.
abah dah balik!sambil dukung danial then bukak pintu..
.
.
surprise!!!!
?
???
hubby sua kotak cake kat aku.
for me???
my birthday belum lagi..
.
.
"adala.."serius aku tak suka betul kalau orang tak reti nak cakap direct ni.
tapi lantakla dah gitu fesyen en suami.
 .
.
bila time dinner baru encik suami bagitau
we celebrate for our happiness..
"happy anniversary yg ke-20bulan"
.
erk??dah 20 bulan ek kita kahwin..
ate pas bersalin banyak urat putus tu yang terlupa tu.
hihihii
"HAPPY ANNIVERSARY GAK"
.
.

the cake!..sedap..ada eskrim.

 home made  cheeze wedges+fries

kuewtiow hongkong request en suami

..dah boleh meniarap sendiri..

salam pagi jumaat uolls..

I'm so HAPPY!!!!
finally my dear Danial dah boleh meniarap sendiri.
(mama dia pulak yg terlebih excited)
27/5/2011@8.40am
 -3months+17days-
 .
.
.
1st step
 .
.
next step
hoyeay!!!!!!saya dah boleh meniarap..


 sambil meniarap sambil bising mulut dia.


 lepas dah boleh meniarap dah tak boleh baring pulak dah.
tiap kali baringkan jer mesti nak meniarap..
camni risau plak nak biarkan dia main sorang-sorang.


.
.
rasa excited pulak bila tgk perkembangan anak..
alhamdulillah di beri Allah peluang ni..

Thursday, May 26, 2011

..penyakit rupanyer..

kalau seseorang tu gila shopping..
pastu pantang dengar ada MEGA SALE or JUALAN MURAH kat mana-mana..

kalau selagi tak pegi hati rasa berdebar-debar.
tak tentu arah..
pastu bila bawak shopping bag ada jenama sesuatu kedai tu ada rasa bangga..
   bila time shopping pulak bila orang tengok bawak banyak-banyak shopping bag ada rasa seronok
rasa special bila orang tengok camtu

.
.
.
AWAS!!!!
.
.
anda tergolong dalam orang yang berpenyakit..
.
.
HuaWWWaaaa!!
tak tau pulak bila camni penyakit..
and sebenarnya serius uolls
orang-orang camni perlukan bimbingan pakar psychology!!
.
.
baru tau tadi dalam WHI.mentang-mentang la tak lama lagi ada MEGA SALE..

adakah korang-korang tergolong dalam golongan ni???
me??
cam hampir-hampir jer..naknyer bila tau ada MEGA SALE kat mana-mana..
alamak takutttttnyerrrrrr!!
takmola sampai kena jumpa pakar sakit jiwa pulak

..tak give up..

just nak update progress danial sejak kebelakangan ni..
sekarang ni pantang baringkan dia kat tilam or kat atas carpet or ape-ape jerla confirm dia struggle  nak mengiring.
my dear danial baru nak belajar meniarap sendiri.
before ni kalau me or hubby letak dia mengiring siap2 memang confirm la dia akan meniarap.
tapi tu mana aci.
mama and abah yang tolong.
.
.
kali ni biar dia usaha sendiri.
start dari terlentang..
pastu mengiringkan badan..
pastu tahan badan dengan tangan..
.
.
sampai itu jer la baru my dear danial pandai.
tang bontot tu tak lepas lagi dia nak angkat
berat sangat ke bontot awak tu danial??
.
.
tak kira masa dia nak praktis.
yup.practice make perfect!.
tak kisahla time mama nak change pampers ke
time mama nak bukak baju untuk mandi ke
sampaikan dalam bath tub dia pun dia nak mengiring and menggulingkan badan dia..
bagus anak mama.
tak reti give up..
tapi jenuhla mama..
kalau letih nanti last last tertido..

tido dalam kepenatan..

Tuesday, May 24, 2011

..mama kena buli..

malam tadi kena buli ngan my dear danial..huhuhu
sabar jer la.
angin ape ntah si danial takmo tido pulak malam tadi..selalu pukul 10.30 or 11malam dah lena dah.
malam tadi siap booolat jer mata dia.siap layan citer 'Sniper' lagi.

bila masuk bilik pun takde tanda pun nak tido.
abah dia dah lama dah layan mata.
nak taknak mama la kena layan.
atas katil struggle dia nak mengiring badan nak meniarap.
tapi tak boleh.mengiring and tahan badan ngan tangan jer.
tak give up pulak tu.
mama suruh tido lagi dia nak mengiring and usaha nak meniarap.
pastu mulut bising.
uuuuhh..aaaueeeww..
ape daaa mama tak faham.
last2 tepuk and pujuk cakap sambung esok pulak yer.
mujur mau dengar..
upah la cik B bagi kat dia..
ok..dah makin layu mata.
tapi bila tarik jer cik B boooolat and terjegil mata dia balik.
aiyoooo amma appa!!!
dari pukul 12..ke pukul 1.still booolat mata dia.
ajak mama sembang..
tapi mama dah mengantuk la sayang..
pukul 2 pun tak tido2 lagi..
last aku dah tak sedar pukul bape aku terlena.
sedar-sedar pukul 3.40am danial merengek nak susu..

pastu lena la dia tido sampai pagi..
mama pulak dah rasa weng weng jer ni

CONTEST "I'M PROUD TO BE A MOTHER"

lama betul tak join contest..
kali ni nak mencuba nasib nak join contest Puan Ainul..

CONTEST "I'M PROUD TO BE A MOTHER"..


syarat-syarat contest ni senang jer..
1.jadi follower blog puan ainul..-dah lama dah follow..
2.letak banner kat atas ni kat blog-ok.done..bkn kat side bar kan??
3.letak gambar bersama anak or anak sedara..

godek punya godek cari gambar berdua dgn danial baru perasan tak banyak rupanya gambar yg elok2 dgn danial..my little danial tu bukan reti nak duk diam.lagipun mama dia banyak ambik gambar danial alone or dgn abah dia jer..
so gambar ni jer la nak pertaruhkan untuk contest ni..
kalau ada rezeki boleh menang..

Nama Ibu: ARDINA BT. ABU BAKAR
Nama Anak: MUHAMMAD DANIAL ZAFFRAN B.SAIFULLAH

4. tag sekurang-kurangnya 3 orang..
ok nak tag 

tarikh tutup:
30/5/2011

Saturday, May 21, 2011

..bila mai mood rajin..

korang dah lunch???
kami baru jer lepas..
erkkk alhamdulillah..
hari ni mood rajin berganda-ganda..
godek-godek dalam peti ais td ada lagi baki2 ikan+ayam+sayur..
fikir punya fikir 
maka terhasil la menu utk hari ni
.
.
.
tapi masak pun sambil main can ci lut ngan danial..

rendang ayam pedas..en suami complaint kata kurang kuah..
 sayur sawi goreng ngan telur..

 ikan cencaru sumbat...terhangit sikit..ralit layan danial main lupa ikan kat atas dapur

songtam@kerabu mangga..yg ni en husbnd ratah sampai habis..
.
.
ni jerla menu utk hari ni..
esok???dapur off.
hoyeyyyy!!

p/s-;kualiti gambar sangatla kurang memuaskan.ambik ngan hp cikai jer

Friday, May 20, 2011

..tips untuk tudung express..

Hi uolls..
hari ni tetiba rasa cam nak share tips dengan kaum-kaum hawa kat sini..ala sure korang melambak tudung express aka tudung awning ni kan???bila dah banyak tu mula la pening bila wardrobe penuh..ni kes aku ler..nak gantung pun dah takde tempat..nak lipat risau pulak awning dia rosak..kebetulan minggu lepas terbukak tv1.ada dia bagi tips pasal tudung awning aka express ni..

tips pertama>>>cara-cara nak melipat tudung express..

ok cara-caranya
.
.
1.mula-mula uolls bentangkan camni

2.pastu lipat belah kanan/kiri dulu

3.lipat satu side lagi

4.dah siap lipat kiri kanan..gulungkan start dari bahagian hujung tudung

5.gulung-gulung sampaila kat bahagian awning tu..pastu selitkan or masukkan kat bahagian awning tu..

6.hasilnyer jadi la cam gini..

pastu bolehla uolls susun molek-molek dalam wardrobe uolls.

tips kedua..
ada tak awning tudung korang cam patah or rosak????bila dh patah tu mesti dah tak cantikkan bila nak pakai.dah tak muncung bila pakai..
ok..cara-cara nak betulkan balik awning tu senang jer --->>> korang celupkan/rendamkan dalam air bahagian awning tu pastu iron.iron dari bahagian dalam...tryla.memang sihat walafiat la awning tudung tu nanti..tp time iron tu janganla turn sampai maksimum iron korang tu..buat kat no 1 or 2 jer..slow2..
cuba jangan tak cuba..

cash voucher from Mamil Mama

orang kata rezeki jangan ditolak ye dak??dah nak bagi kita grab jer la..
Mamil Mama Gold Club bagi cash voucher giant RM20 sempena hari ibu..

seronokkkkk...
last two month dapat
benda alah ni
 facial spray..

bulan ni dapat cash voucher plak.. 
nanti boleh la topup nak beli susu for me untuk stok bulan ni..

Thursday, May 19, 2011

..babytv@CH618..

seronok bila tengok danial ralit layan babytv ni..kadang-kadang dengar dia gelak sorang-sorang..
faham ker dia??
agaknyer dia seronok tengok warna-warni kat skrin tu..
aku pun suka gak..rasa cam ada dalam dunia lain..
kalau ada kat umah time dia celik memang tak bukak chanel lain dah..

sampai mama dia pun dah boleh hafal lagu-lagu dalam tv tu..then nyanyi kat danial..
pastu budak kecik ni mesti renyih luas-luas..
 
MAMA SAYANG DANIAL!!!

..ingatkan sakit ape..

sakitnyer la..tak pernah rasa sakit camni..dahla malam sebelum tu sakit sampai guling-guling..sampai terpaksa susahkan en suami tengah-tengah malam angkut ke klinik..kesian gak kat danial..kena kuar tgh-tgh malam nak hantar mama gi klinik..dan tak pasal-pasal gak kena cocok kat bontot..tu doktor kata gastrik..okla fine.memang aku ada gastrik since zaman study lagi..pastu masa dalam pantang makin menjadi-jadi sakitnya..<<<--kes langgar pantang..

tapi kali ni sakit dia lain macam...selalu kalau gastrik pas makan ubat ok dah..ni makan ubat tak ok2 gak..sakitnya dari malam sampai ke siang esoknyer..musykil plak...nak buat keje pun tak boleh.rasa menyengat..kesian kat danial mama dia tak berapa nak layan dia..sampaila time nak sembahyang asar...
 .
.
eh?ape benda ni???--ada spot kat panties
oooooooo sakit nak datang cik P rupanya..
serius tak pernah aku rasa senggugut camni..
lagipun dah lama cik P tak menjelma kan diri almost 1 year gak since pregnant..tu yang tak expect sakit tu..
lepas jer cik P tu kuar hilang dah sakit-sakit dalam perut ni..
.
.
.
encik suami siap cakap..
apela mama ni buat suspen orang jer.ingatkan sakit ape..
.
.
hihiihi sorryla mama tak ingat dah camner rasa nak datang cik P tu..

Wednesday, May 18, 2011

..penyudahnyer..

Punyala payah nak cari kedai gunting rambut muslimah kat sini..ada satu aku jumpa kat area shop lot umah aku ni tapi tiap kali pegi mesti tutup..Last2 semalam sebab dah tak tahan sgt +rimas rambut panjang2 ni aku redha jer la bila en suami melantik diri dia sendiri as hair dresser..Sangatla tak confident aku nak korbankan rambut aku ni kat en suami..tp dah dia beriya-iya sangat nak tunjuk bakat dia so pasrah jer la..
.
.
Ni bahan-bahan yang diperlukan
tambah satu lagi..cermin.
Surat khabar tu pengganti kain..tebuk lubang cam nak buat baju kurung.pastu sarung jer la..
.
.
30min kemudian…
taraaaa…
tak boleh tunjuk hasilnyer..hihihi aurat..

baru aku berani tengok cermin..
waaaaa terpegun+terkesima sekejap..
ada talent ni nak jadi hair dresser..siap buat layer kat rambut I u..
sangkaan ku meleset..ingat jadi senget benget ker rambut ni…
mujur ok..
Lepas gunting semua siap ada servis cuci rambut lagi..urut-urut..sebijik la cam kat saloon rambut..cumanyer massage kepala tu kureng siket..hehehe..
Pasni takyah la dah susah payah nak g kedai gunting rambut..

serrrrammm!!!


Malam td tepat pukul 12 tiba-tiba jer ada bau yang sangat menyucuk lubang hidung ni..meremang bulu roma..masa tu baru nak bersiap-siap nak tido..en suami and danial dah lama dah layan mata..aku jer yang tak tido-tido lagi..mula-mula bau sikit jer..pastu makin lama makin kuat..busuk ya amatttttt..aku berani kan jugak turun tengok kat tangga..sambil-sambil tu hidung dah lebih kurang cam anjing penyiasat dah..tercium-cium cari mana bau tu datang..
.
.
turun kat tangga.takde pulak bau.
.
.
kat living room pun takde
.
.
dapur pun takde bau tu..
.
.
bila naik kat atas kuat pulak baunyer..
.
.
macam bau "bangkai"..tp kenapa masa mula-mula masuk bilik takde.tetiba jer baru ada bau tu..
.
.
dalam hati duk doa "kalau la ada makhluk Allah lain kat dlm umah ni janganla munculkan diri."
tunggu gak dalam 15min..tak hilang-hilang bau tu..ape lagi sepantas kilat kejut en suami...mamai-mamaila dia bangun.terpinga-pinga bila aku kata ada bau something..
tapi boleh pulak dia cakap
"JANGAN TEGUR!"
lepas dia takbir and azan bau tu automatik hilang.

apekah???????

Wednesday, May 11, 2011

..my first time..

citer basi..baru berkesempatan nk update..sibuk settlekan all the procedure and document utk my adik nak masuk u hujung bln ni..bila suruh dia settlekan sendiri semua kata tak reti..emm nak tak nak kakak dia ni gak la yg kena settlekan..

nak citer pasal my first time "mother's day"..selalu wish utk mak and MIL..kali ni merasa ada orang wish kat kita plak..
 .
.
pagi ahad lepas time tengah kusyuk iron baju nak kuar tetiba..
"shelamat hari mama"
.
.
.
kunun-kunun danial la yang wish..
tp bukan suara danial..suara en suami kat belakang danial..
danial time tu sengih jer..
but i'm touching uolls..
first time celebrate as mama..
susahla nak describe camner perasaan tu..
lepas danial 'wish' terus ambik danial then gomoi2 dengan dia..
.
.
.

sesungguhnya ya Allah aku bersyukur dengan nikmat yang telah kau berikan ni..i'm happy being a mother..semoga kebahagian yang kau kurniakan pada kami sekeluarga ni akan berkekalan..
kau jadikanla anak ku ini anak yang soleh..yang taat pada ibubapanya dan taat pada perintahMu...

.
.
.
then call mak..wish "selamat hari ibu!"..pastu mak pun wish yang sama to me..huhuhu touching!.selalu me jer yang wish..ni mak pun wish sama..mak cakap"semoga jadi mama mithali"..huhuhu
.
.
thanks danial and abah danial for the celebration..dan juga hadiah tu..
mama suka sangat!!!
camla danial reti buat semua tu..ni semua mesti mr.hubby yg buat..
yup!!!lagi sekali i'm touching uolls..
tak harap ape-ape pun sebenarnya..me lebih prefer hubby buat camtu kat mak dia..not to me..
walaupun 'kununnya' from danial..
.
.
i wish next year boleh celebrate mother's day bersama-sama mak dan mak mertua..
.
.
pada semua ibu,mak,mama,umi..
"selamat hari ibu"..
everyday is a mother's day..
tanpa mak sapela kita kat dunia ni..


..turn 3 months..

semalam shaye dah 3 bulan..
yeay!!!shaye membesar bagai juara!!

tiap-tiap hari ada jer danial belajar then tunjuk kat mama and abah dia..

sekarang ni danial dah pandai.
..mengiring and angkat badan.bila me or hubby letak danial atas badan sure dia nak tolak badan dia ke depan..

kalau dia berjaya punyala suke..gelak sampai luas2 mulut..

..mulut pun dah makin becok..tp dalam bahasa dia la..sembang cam mama and abah faham jer.kadang-kadang time orang nak tido time tu la dia ajak sembang..penyudahnyer sembangla ko sorang-sorang.
" i'm sorrryyy"..dh cam amir raja lawak pulak..

..kepala pun dah makin kuat..dah takde la angguk-angguk geleng-geleng dah..senang dah nak dukung..

..pampers pun dah bertukar size..dr S ke M size

..habit hisap tangan+jari+baju makin menjadi2 pulak..sampai kena pakaikan bip..kalau tak basah la baju dia.
...masih lagi fully BF..alhamdulillah
 ..kalau time nenen tu dah pandai selak baju mama..tak menyempat2..kalau lambat sikit mulut mula ternganga mencari nenen..hihihi but i like moment tu..

..sekarang bila menangis dah mula kuar air mata..sebelum ni menangis tak macam menangis.merengek jer lebih tp air mata nan ado lagi..tp sekarang bila tengok dia menangis sampai kuar air mata mama dia pun meleleh sama..sedihhhh ooo..selalunya jadi time me and hubby tgh sembahyang maghrib..dia sedih la tu takde orang layan dia..duk atas katil sorang-sorang..

..dah makin kenal orang..kalau panggil nama dia sure tercari-cari sape yang panggil..kalau mama dia lalu depan dia punyala tengok..nak suh ambik dia la tu
dari mata turun ke hati...
.
.
.
emm ape lagi ek??
ooo esok nak kena bawak danial gi cucuk lagi..

Thursday, May 5, 2011

..syhhuuuuuhhh g jauh2..

lately ni kawasan umah aku tengah HOT denggi..
actually since aku preggy 9 months lagi..
ingatkan bila aku dah balik kampung and balik sini balik reda la dah wabak penyakit tu..
rupa-rupanya tak juga.makin HOT lagi ada..
boleh kata selang sehari orang KKM datang fogging..
siap masuk sembur dalam rumah atas bawah..

cam semalam time kami duk siap-siap nak dinner dalam pukul 7pm camtu time tu la orang KKM ketuk pagar suh kuar nak sembur..
pasrah jerla utk kebaikan gak..

masa aku dalam pantang hari tu hubby pun hampir-hampir dah kena..
disyaki denggi..pastu aku suruh telan air 100plus banyak-banyak..dekat 4 botol suruh dia habiskan sehari..
alhamdulillah mujur elok..
.
.
.
sekarang ni risau kat danial jer la..
yela budak kecik mana nak tau dia sakit ke ape.bukan dia boleh bagitau badan dia sakit..
kalau dia boleh cakap senang la citer..
mintak kami sekeluarga dijauhkan la dari wabak penyakit camni..
.
.

encik nyamuk sila main jauh-jauh dari rumah kami yer.
jangan nak suka-suka hati,suka-suka jantung hempedu nak gigit anak aku..
(budget cam nyamuk boleh baca jer entry ni)

Wednesday, May 4, 2011

..baiti jannati..


Ahad lepas telah terima satu kejutan dari encik suami..mula-mula gi jalan-jalan kat putrajaya..gi bawak danial jumpa tokchik dia..makan-makan..cuci-cuci mata..on the way nak balik ke nilai husband ikut jalan lain..masa tu tak fikir ape pun..dalam hati kata nak gi Mydin Kota Sriemas la kot..

Tapi bila lalu depan Mydin tak pulak masuk kat situ..en suami straight jer..time tu br nk tanya..”nak gi mana ni??”..hubby kata “ikut jer la..nanti jap lagi sampai..”emmm so ikut jer la dah dia yang drive..then sampai la kat satu housing area..and hubby stop kat depan satu rumah ni..
.
.
Hubby:“cantik tak??”
Aku:”cantik!..rumah sape ni??”
Hubby:”rumah kita..insyaAllah..ni jer yang abang mampu beli buat masa ni..
Aku:”???sambil buat muka pelik..terkejut.senyap-senyap jer ek
Hubby: senyum sumbing+sengih
.
.
Since when dia buat semua tu pun aku tak sure..bila tanya manjang jer cakap “adalah..”tapi ape-ape pun..I’m happy dengan surprise yang dia buat..Alhamdulillah ya Allah..sokmo kalau dia buat surprise menjadi..senyap-senyap jer..

So far I LOVE our future house..tak dapat semi D pun takpe..slow slow..nanti ada rezeki lebih lain kali boleh beli umah yang ada compound besar sikit..benda first aku tengok dalam umah tu KITCHEN dia..suka sangat..dah ada cabinet  atas bawah..takyah nak renovate dh..nanti boleh la angkut semua hadiah kahwin yg terperuk kat umah mak.boleh la susun elok2 kt sini..

 pastu kat tingkat atas ada second living room and master bedroom..besar lg dr master bedroom rumah yg kami duduk sekarang ni..i loikeeeee..
kalau lantai camni lama-lama takut anai-anai buat sarang plak kan??

taska pun selang sebuah rumah..senangla nak hantar danial nanti..takyah la susah-susah cari cari baby sitter..
nampak gaya pasni kena saving lebih la..tak boleh dh nk berfoya-foya sangat..nk kena saving untuk deko-deko rumah..insyaAllah..

Ape-ape pun syukur ya Allah..kau murahkanlah rezeki kami..Kau permudahkanlah urusan kami..Kau perkenankanla hajat kami..