Showing posts with label Rayyan. Show all posts
Showing posts with label Rayyan. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Harta dunia akhirat



Kerana diorang
Adakalanya buatkan aku menangis
Buatkan aku gelak tak kering gusi
Buatkan aku senyum sampai ke telinga..
Acting like kanak-kanak ribena..
Dan selalu jugak aku bertukar jadi cam 'hulk' bila mana keletah mereka di luar kawalan kesabaran

Tapi
Sebab diorang jugak
Aku belajar untuk control marah
Belajar bersabar
Belajar faham karakter masing-masing
Belajar memahami isi hati.
Ingat budak takde perasaan ke?
Bukan senang sebenarnya 
Hati dah rasa cam nak meledak meletop nak marah tengok perangai anak
Tapi otak pulak cuba tukar keadaan jadi cool.
Reverse psychology mungkin.



Amanah Allah!
Takkanlah kita nak sia-siakan
Walaupun bukan terbagus,terbaik
Tapi aku cuba menjadi seorang ibu yang paling baik,paling bagus untuk mereka
Baaaaanyak lagi sebenarnya nak kena belajar
Belajar..belajar dan terus belajar
Sebab banyak sangat belajar
Tu yang boleh jadi
Cikgu,doktor,hakim,lawyer,nurse,mechanic buat mereka
Hebat kan???


Danial dan Rayyan
Mama dan abah tak kaya untuk mewahkan kalian dengan harta dan wang ringgit
Tapi kami cuba sebaik mungkin untuk sempurnakan kehidupan kalian seadanya.
Cukup makan..cukup pakai,ada tempat untuk berteduh,ada kenderaan untuk bergerak
Cukup serba serbi walalupun tak semewah mana.
Syukur..

Ya Allah 
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang kau pinjamkan  ini
Harta yang paling berharga
Harta dunia dan akhirat..

Wednesday, October 16, 2013

Anak-anak


Dah lebih 6 bulan memegang title 'ibu beranak 2' tapi still rasa janggal nak mention 'anak-anak'..Bukan aku jer yer.Hubby pun kadang-kadang confuse.Mention 'anak' je..Padahal sepatutnya 'anak-anak'..

Untuk permulaan nak start berblog balik meh tepek gambar 2 beradik ni..Tapi si abang memang payahhhhhh la sangat nak bergambor.Adik buat masa ni tak banyak songeh lagi boleh la layan mamanye bergambar..


Pejam celik dah 6 bulan dah Rayyan Furqan..berat dah 8kg.wow membesar bagai johan!!!gigi pun dah ada 4 batang.2 kat bahagian atas and 2 batang lagi kat bahagian bawah..meniarap,berpusing and the latest dah boleh buat position merangkak tapi tak boleh bergerak ke depan.mengundur jer..bila tak dapat buat nangis..huhuhu..Pastu dah keluar dah suara comel dia sebut 'maaa..*speechless*'kalau tinggalkan dia main sorang-sorang mula la panggil 'maaaa'..Cer kalau buat tak tau kat dia,tak layan dia mula la keluar suara jantan+nyaring+high pitching



Ni pulak kawan gaduh,kawan sembang,kawan nak jadi cam budak-budak balik..mana taknya sama-sama nyanyi nursery ryhthm,tepuk tangan,melompat..nak buat camtu dengan abahnya?memang tak la..Dia lebih prefer nak buat apa-apa dengan mama..Yup! one thing about this boy everything yang dia nak (nak buat susu,pakai baju,mandi,makan) semuanya mesti nak mama dia yang buat.NO ABAH!! **bangga jap*tapi kadang-kadang stress la jugak.Ate semua nak mama.Tu yang kadang nak yak pun tak menyempat..kalau abah dia yang buat siapla kena hadap dia nangis guling-guling and sebut "no..no..nak mama"..kalau apa-apa yang dia excited nak cerita pun dia akan lari cari mama dulu..Bila dah cerita kat mama baru dia cerita kat abah..

Lately ni dah tak minat sangat dengan car,lorry and bus dah..Dah bertukar plak minat dak kecik sorang ni.Now minat otomen,iron man..Sikit-sikit mula buat tangan gaya iron man..Konon tangan ada power la tu.Tak pasal-pasal adik jadi mangsa otomen..Nasibla adeq yer.tunggu la sikit lagi adeq dah boleh lawan sama..

Tengok progress diorang rasa cam takmo bagi diorang besar cepat sangat..uolls pun rasa camtu tak dengan anak-anak uolls???

eh Selamat Hari Raya Aidiladha uolls..




Saturday, June 15, 2013

Kerenah 2 beradik

Tengok je dua beradik ni..mana ada adik,situ la ada abang..Redha je la adik apa yang abang buat kat dia..

 
 Kiss all the time..Pantang nampak adik bukak mata.Mula la nak kiss adik banyak kali.
"sayam adik..sayam adik"

 Tidur pun nak dekat adik
 Jalan pun nak berkepit dengan adik..
 cubaan apakah ini???nak kiss adik la..apa lagi??
 nak main bas,lorry pun dekat dengan adik..Tu belum lagi dia buat gila,buat badan adik jadi lane laluan bas dan lori dia
 Dah start geram dengan adik..ni before adik kena gigit dengan abang..melalak tak ingat la adik..
Macam manalah mamanya tak jadi tarzan everyday.Mula-mula baik jer main dengan adik.Bila dah start geram,habis adik jadi mangsa..
Muka eksen bila kena dengar mama jadi tarzan..Mujur adik kuat.kena gigit pun nangis kejap jer..
Aku siap cakap kat Rayyan,kalau nampak abang datang,rayyan buat-buat tidur k.Kalau tak nanti jadi mangsa abang..

Thursday, April 11, 2013

Mother of two

Rasa cam tak percaya dah beranak dua..Dari 'anak' dah kena doublekan jadi 'anak-anak.Padahal rasa cam baru jer bertiga..Tiba-tiba dah berempat pulak..

So far nak handle Rayyan takde masalah setakat ni..2 malam pertama je yg Rayyan meragam sikit.Dia tak tidur and merengek..maybe time tu nak biasakan dengan environment kt hospital and malam esoknya pulak kat kampung..Tapi lepas tu ok dah..Dapatlah mamanya tidur lena sikit..Berjaga pun untuk breastfeed jer.

Bila adik takde ragam,abangnya la pulak.Tak boleh tengok adik bukak mata habis dia gomoi adiknya..Kiss puluh-puluh kali..”Sayam dik”..then paksa mamanya letak adik atas riba dia..kalau tak diikutkan kehendaknya,berjurai-jurai la air mata..

Pastu kalau nak apa-apa taknak la orang lain yang ambik or buatkan.Huh sabar je la.Ingatkan duk kat kampung ni boleh la harapkan adik-adik layan kerenah anak bujang sorang tu.Dahlah masa nak dekat-dekat bersalin dia dah buat perangai memerapnya,taknak dengan orang lain.semua nak mama.Lepas bersalin pun sama gak..Semua nak mamanya yang buat..Nak susu,nak mandi,nak makan semua nak dengan mama..Kalau orang lain yang nak buatkan siaplah dia marah “NO NO NO..OH my english..no no”..siap muncung-muncung mulut cakap NO..memang jadi habuan gelak and sakat la dengan opah,tok and paksunya..Yang pelik tu camne la pulak boleh sesat oh my english tu..

Kalau moodnya baik asyik berkepit la dua beradik ni..ada jer yang Danial sembang dengan adiknya.Kejap ajar anatomy kat adik..

”ni cheek,ni chin,elbow,mouth,nose,eye..ear”.. 
yang seriau tu bila cakap eye siap tunjuk kat mata adik.risau dia cucuk je..dah habis anatomi dia ajar adik counting pulak..”one..two..thyee” “tu,we,ge..pat,me..nam..”..emmm macam-macam..tapi happy tengok diorang camtu..hopefully muafakat la diorang nanti..

tak sabar nk habiskan pantang and nak berjalan..Camner la yer nak handle 2 orang anak ni..

Wednesday, April 10, 2013

Day 7- Rayyan Furqan


Hari ke-7 Muhammad Rayyan Furqan dah dibotakkan..Selesai sesi berurut aku,opah yang urut aku terus cukurkan Rayyan..Then urut Rayyan pulak..
Elok je senyap opah tu botakkan rambut dia..
dah botak dah...
Ready nak mandi..


No more rambut pacak dah..nampak bulat pulak bila dah gondol..


Hari ke-7 jugak tali pusat Rayyan dah tanggal..Abanglongnya awal sehari..Bila dah tertanggal tali pusat ni rasa senang sikit nak pakaikan barut,pampers..kalau tak seriau je rasa bila terkena pusat dia..

Detik melahirkan Muhammad Rayyan Furqan #2

sambungan entry sebelum ni..Detik Melahirkan Muhammad Rayyan Furqan #1

29/03/13 (Jumaat)

7.30am..Doc masuk ubat induce..Tapi pagi tu memang dah rasa contraction cuma bukaan still 1 cm..Before induce doc as usual check VE.Scan baby..Boleh pulak sembang dengan doktor yang buat prosedur tu.Rupanya neighbour satu taman.Lepas masuk ubat doc suruh rest kat katil sejam.After sejam nurse datang buat CTG.If CTG ok baru boleh makan..

Around 11am aku dah start rasa contraction yang makin kerap and konsisten..Dari selang 20minit ke selang 10minit..Bila start sakit tu mulut tak henti-henti baca ayat dari surah Al-Hasyr.Ayat 21-24.Sambil-sambil tu buat breathing technique.Kurang la sikit sakit tu..Pastu minum sikit-sikit air selusuh yang mak mertua buat.Bila minum kurang sikit rasa sakit.

12pm..Hubby sampai..bawak nasi lemak..Malam sebelum tu teringin sangat nak makan nasi lemak tapi nak nasi lemak yang mak masak.Alhamdulillah before bersalin dapat gak makan.Berkelah la kami laki bini kat wad tu.Sembang-sembang..gelak-gelak.Bila contraction datang senyap kejap..hubby siap pesan baby jangan keluar dulu,tunggu abah balik sembahyang Jumaat..

1.00pm time hubby nak gerak ke masjid hubby terkejut tengok kat lantai bawah kerusi aku duduk ada banyak air.Aku assume air ketuban.Then gi toilet dah ada sporting darah campur lendir..Nervous.Air mata bergenang.Bagitau hubby,lagilah bertambah sedih.Memang cembeng betul la.Sedih and takut bila fikir nak bersalin..Hidup lagi ke nanti?Sempat ke nak tengok baby??Emo dari awal pregnant terbawak-bawak sampai ke nak bersalin..

1.30pm Nurse suruh pegi bilik prosedur.Doc check VE.3cm..Then doc tanya air ketuban dah keluar ke??Aku angguk je la.Betul la kot yang kat lantai kat wad tu air ketuban.Then doc masuk ubat berak.nurse suruh gi toilet..Duduk dalam toilet pun tak berani nak duduk lama-lama.Takut terbersalin dalam toilet..lepas tu bermulalah sesi menahan rasa sakit contraction.Kejap-kejap jeling hp..tengok jam pukul berapa.Kalau boleh biarlah hubby ada time bersalin.

2.00pm nurse datang buat CTG.Bagitau kat nurse dah rasa makin kerap contraction and dah ada show.Pastu doc pulak datang..Maybe muka aku cam tak nampak sakit so doc kata lambat lagi..huh sabar je la.So tahan je la sakit tu walaupun sebenarnya memang dah tak tahan sakit.

2.30pm. Hubby sampai..cakap kat hubby rasa sakit sangat.Rasa cam nak meneran pun ada..Rasa cam nak poo poo.Hubby pimpin ke toilet.Tengok banyak pulak darah.Mintak nurse nak tukar baju...Bila contraction datang cam tak boleh nak buat ape.Sampai menggeletar pegang tangan hubby menahan sakit contraction.Bila takde sakit,cepat-cepat tukar baju..

2.45pm Sakit dah tak boleh nak tahan dah.Hubby la jadi mangsa.kejap baju hubby aku tarik..kejap tangan..kejap seluar.Ikut mana dan la yang aku sempat paut nak tahan rasa sakit tu.Allah je la yang tahu camne..Bila tengok keadaan aku camtu hubby panggil nurse.Then nurse contact labor room.Tunggu diorang settle prosedur aku pulak menahan sakit kat katil..Dah rasa nak push..Tapi takut kalau push kepala baby bengkak.So tahan sambil baca ayat-ayat Quran yang hafal.Hubby pun baca sama-sama surah Al-Hasyr then hembus kat kepala..

3.00pm Agak cemas time ni sebab aku memang dah rasa nak teran.Nurse kelam kabut ambik wheel chair and berlari tolak aku ke LR.Atas wheel chair memang dah rasa nak push dah pun.Tapi seboleh mungkin tahan.Sampai LR dah tak boleh tahan.Bila rasa sakit contraction automatik rasa nak push.Staf nurse kat LR kelam kabut suruh aku naik atas katil and diorang nak check.Bila check nurse cakap dah nampak kepala.Sepantas kilat diorang siapkan peralatan.Bila rasa nak push,nurse suruh push.Bila takde contraction cepat-cepat diorang tukarkan baju aku and pasang CTG.Hubby pulak pangku kepala..Bermulalah sesi push and push..Boleh pulak tak reti nak push..Nurse tarik tangan aku suruh rasa kepala baby.Ntah semangat datang dari mana.Push sekali then keluar kepala baby.Then bahu pulak.Hubby tak henti-henti bagi semangat..”push ayang..push ayang”..Sampai aku tengok hubby pun cam nak teran sama..heee..Nurse pun sama.Diorang pulak yang push jugak..Pastu nurse Salasiah ajar camne nak push panjang.Agaknya gram kot kat aku lengah-lengahkan push baby.Tapi ntah aku rasa suara tu cam ganggu konsentrasi aku..heeee..Tapi alhamdulillah 2  kali push selamat semuanya..3.17pm.Lahirlah seorang lagi umat Muhammad SAW.Nurse terus letak baby atas perut..No doctor time aku bersalin..Semua handle by staff nurse.Nurse Salasiah and dibantu 2orang nurse lagi.


Selesai bersalin,hubby tak putus-putus kiss dahi..alhamdulillah..Hubby sempat pegang baby kejap.Then nurse suruh hubby keluar diorang nak bersihkan baby and jahit luka bersalin.

Alhamdulillah nurse cakap tak koyak banyak.Just kulit luar.Jahit pun sikit je and semua nurse yang buat..Baik betul nurse tu.Everything dia settlekan.Sabar melayan kerenah patient cam aku.Bila dah siap semua,baby pun dah dibersihkan then nurse hantar baby kat hubby untuk diazankan..

 Rayyan masa hubby azankan..
 
3.40pm Nurse bagi baby untuk breastfeed.Susu pertama anak mama hisap..Perasaan???speechless.Hubby masuk balik temankan aku..Then nurse bagi milo panas dan roti suruh aku makan..

4.30pm Doc datang check..Check rahim dah kecut ke belum,check jahit luka..after everything ok baru la nurse prepare untuk balik ke wad.Again nurse Salasiah yang bersihkan semua.sangat-sangatlah terima kasih dengan nurse tu.Sampaikan masuk bilik air dia yang lapkan semua.

5.30pm dah ada kat wad..startlah menguruskan anak ke-2.Breastfeed baby..and tukarkan diapers baby...

Malam pertama di wad 2B katil 11 bersama-sama Rayyan..

Malam tu tak berapa nak tidur.Sebab kejap-kejap dengar Rayyan bersin.Sejuk sangat kot.

Esoknya dah boleh keluar wad.Tu pun lepas doktor check takde apa-apa masalah pada ibu dan baby.

Apa-apa pun alhamdulillah syukur selamat semuanya dan dipermudahkan bersalin kali ni..Thanks semua nurse di wad 2B dan di labor room.Semuanya baik-baik belaka..

Tuesday, April 9, 2013

Detik melahirkan Muhammad Rayyan Furqan..#1

Assalamualaikum..:)

Dah hari ke 12 baru berkesempatan nak update experience melahirkan Rayyan..sementara memori tu fresh lagi baik update cepat-cepat.Al-maklumlah urat banyak putus ye dak??

Start dari 28/3/13(Khamis)...Memandangkan pregnant kali ke-2 ni aku ada GDM so nak taknak a day before edd (29/3/13) kena la serah diri kat hospital sebab takde apa-apa sakit/tanda nak bersalin..Since aku check-up kat KKIA Nilai and nak bersalin kat Hospital Putrajaya jadi nurse kat KKIA suruh aku pegi je hospital Putrajaya tanya camne prosedur..Reason diorang takut prosedur lain dari Hospital Seremban..

Petang 28/3/13 dalam pukul 4 aku sampai klinik O&G Hospital Putrajaya..Jumpa Dr.Emily bla bla bla doc suruh pegi kat dewan bersalin untuk further check up..Sampai dewan bersalin as usual buatlah standard check up..ambik bp,check urin,buat CTG..masa buat CTG baby tidur la pulak..Kenala masuk air..bila CTG cantik then buat VE..Masa tu contraction baru 1 in 10.VE pulak 1cm.Lepas tu doc scan baby..Estimate berapa weight baby.3.1kg.So doc cakap boleh bersalin normal.Kalau baby besar more than 3.7kg doc bagi option untuk czer.wuaaaa takmo czer..Takut.

Lepas tu nurse suruh hubby register wad..Dalam pukul 6.30pm settle everything then nurse hantar la ke wad.Hubby kena ikut lobi..Sedih bila fikir malam tu kena tidur kat wad without hubby and Danial.Ya Allah serius rasa lain betul.Malam tu bermalam la kat wad 2B katil 11..Bila hubby nak balik dan dan berjurai air mata..rasa lain.Fikirkan Danial lagi.Ok ke dia without mamanya??call mak kat rumah tanya Danial camne??Dengar suara dia sebut 'maa..' dan-dan air mata meleleh..

Bila dah duduk kat wad jangan harap la nak tidur lena..Kejap-kejap nurse datang buat CTG..Pastu doc datang round wad..Pastu ada pulak doc pelatih interview patient.Sampailah keesokan harinya...

opppppsssss kena sambung la...Rayyan dah celik mata mintak nenen... 

The last picture adik baby dalam perut mama..39weeks6days..

Thursday, April 4, 2013

It's BOY!!!

Terjawab sudah teka-teki selama 40minggu adik baby dalam rahim mama...

Muhammad Rayyan Furqan bin Saifullah

Alhamdulillah semua selamat dan dipermudahkan dalam melahirkan anak kedua ni..
D.O.B 29.03.13 
Time: 3:17pm
Weight:3.07kg
Normal..