Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Rezeki Allah..



Ada orang perkahwinannya lewat,tetapi diberi rezeki cepat dapat anak...
Ada orang awal perkahwinannya,tetapi ditahan dari dapat anak..
Ada orang mudah perkahwinannya,mudah memperolehi zuriatnya,tetapi dianugerahkan anak-anak yang kurang upaya..
Ada orang mudah perkahwinannya,cepat dapat zuriatnya,tetapi hanya sementara kemudian meninggal dunia..
Ada orang begini..
Ada orang begitu..
Perhatikanlah..bagaimana Allah membahagi-bahagikan rezekiNya..
perhatikanlah..
Allah itu Maha Gagah,Maha Berkuasa di atas segala-galanya...
Subhanallah..
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..
Berdoalah untuk memperoleh yang terbaik dariNya...
Allah yang lebih mengetahui dari segalanya..


Thursday, June 21, 2012

20 perkara yang berubah selepas mempunyai anak!!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan


Betul tak???Setuju tak?? Amazing kan kuasa si anak??

Wednesday, May 9, 2012

WW- - (-_-)

Jom biasakan diri kita dengan ucapan yang lebih sedap didengar dan membuahkan pahala..


Betulkan apa yang biasa,biasakan yang sebetulnya!!

Thursday, May 3, 2012

peringatan untuk diri sendiri..

Sape suka Ustaz Don,angkat tangan??rata-rata semua suka kan?dah femes dah ustaz ni sekarang ni.Danial pun suka gak.Kalau program 30minit Ustaz Don tu Danial ambik seat first class.duduk betul-betul depan tv..nama pun dekat-dekat dah just takde 'Don' je..

teringat pulak topik tudung..ada gak yang terkena batang hidung sendiri..heee..

cer tengok ni
nak belit camner pun takpe janji tutup ape yang patut ditutup..al-maklumla trend tudung sekarang ni macam-macam kan?tak salah nak berfesyen tapi janji tutup apa yang patut ditutup..(remind to myself)

Friday, January 7, 2011

..cantik di hati..

selingan di pagi jumaat...

1.janganla terlalu bangga dengan pakaian cantik dan mahal kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan
2.janganlah terlalu bangga dengan kereta mewah kerana kereta terakhir kita adalah van jenazah
3.janganla terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah liang lahad
4.jangan pula ego dan bongkak kerna mampu memiliki rumah mewah bak istana,kerana rumah terakhir kita adalah kubur bertiang dua...
5.janganlah terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti,kita dapat gelaran almarhum
6.hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian mahupun tercalar dek kejian..tapi hati yang sentiasa ingat akan mati akan sentiasa hidup..

renung-renungkan...dan selamat berhujung minggu...

Tuesday, June 1, 2010

..surah yaasin ayat 58..

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah


Tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa Dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia Dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat Dan munafiq Dan miskin

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku Dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....


renung-renungkan..dan selamat beramal...