Mula-mula time nak balik kampung..Ni la pertama kali semenjak berada di perantauan ni bila time cuti raya haji kena redah jammed.Dah tak tau nak elak kat mana.Sana sini jalan jammed.Nak taknak pasrah je la menempuh jalan sesak untuk sampai ke kampung.Kebas punggung??usah cakap la..Kami bergerak dari rumah pukul 8.45pm.Tu pun ngam-ngam hujan baru reda sikit..Kalau tak hujan maybe gerak lagi awal..Pastu pegi hantar perfume kat customer kat Jalan Klang Lama.Hazabbb la bila masuk Tol Jalan Duta..Dah tak tau mana satu lane dah.Jalan la macam kura-kura sampai ke Rawang..
takut tengok lampu berderet tu..ntah berapa km ntah
Mak abah kat kampung usah cakap la punya risau.Tepat 3.00am baru kami sampai kampung..Lega rasa bila dah selamat sampai.Sampai je terus cari katil..Tapi takde maknanye nak tidur.Si anak bujang sorang tu mata elok je segar bugar ajak mama main..Sabor je la..Dia ye la sepanjang jalan dah tidur..Mak bapak dia ni yang duk menahan mata..Tak sure berapa jam je kami tidur..
Pagi Jumaat..Walaupun ikutkan mata ni berat ya amat tapi takkan la nak berkelubung dalam selimut lagi kot.HARI RAYA la!!..Siap jugak berbaju raya semua anak beranak.Harusla semangat sebab dah tempah baju khas untuk raya haji..Siap-siap gi sembahyang raya..Habis sembahyang raya ingatkan sempatla nak snap gambar anak beranak tapiiiiii semua pantas je tukar costume sebab ada ibadah Korban..Tahun ni rezeki adik-adik pulak masuk korban..
Petang tu baru gerak ke Sungkai..Rumah opah.Seronok.Sebab lama betul tak berkumpul semua.Ada jugak cousin yang takde..huhuuhu..
Acara wajib bila berkumpul ramai-ramai..Syahdu je time ni..
Lepas selesai Maghrib baru la tiba acara kemuncak..BBQ time!!!.Kenyang perut dengan ayam,daging,sotong,udang,sosej dan jagung..
sibuk betul cicit opah yang satu ni..macamlah dia yang nak bakar ayam..
Dalam pukul 11pm gerak balik ke Air Hitam balik sebab esoknya pagi-pagi lagi dah busy dengan kerja-kerja Ibadah Korban.Kenyang pulak dengan segala mala juadah berasaskan daging.Singgang daging,rendang daging,kari daging...Kalau ada darah tinggi mau naik darah ni..heeee..
Ahad..dah nak balik dah..kunun nak gerak awal dalam pukul 11am drag jadi pukul 3pm..
Jammed dari Sungkai nak ke Slim River tapi still ok nak bandingkan masa balik kelmarin..Highway pun jammed.Jalan persekutuan pun jammed tapi kami redah je ikut jalan biasa..
Dah boring giler duk dalam keta..Mujur Danial tak tidur.Adalah geng gaduh..heee.As usual budak baru nak start bercakap sepanjang jalan tu ada je la benda dia tanya.."tu?" "tu?"..Walaupun benda yang sama dia tanya berulang kali..hilangla jugak boring..Pukul 3pm bertolak sampai Nilai pukul 9pm..Sampai rumah,mandi and terus zzzzzz....




No comments:
Post a Comment