Friday, June 29, 2012

Seni dari tangan yang tak berapa nak seni

Aktiviti yang aku buat bila cuti sekolah(giler lama punya citer.cuti sekolah pun dah lama dah habis ni baru nak update).Lebih-lebih lagi kalau cuti panjang.Kalau orang lain cuti sekolah pegi bercuti ke mana-mana sepanjang cuti aku pulak harapkan hujung minggu je la kalau nak merayap.Ate husband kerja 6 days per week.kalau dia pun cuti sama memang dah panjang la langkah kami.Jadi untuk tak rasa boring duduk kat rumah haruslah ada aktiviti sampingan kan??Tapi ni pun dapat buat bila Danial tengah tidur je la.Kalau tak wajib nak kena melayan dia..



usaha keras dalam masa 3 hari..nak siapkan kat bahagian leher dan lengan je pun..mujur cuti sekolah,boleh la nak mengadap lama sikit.Tu belum lagi Danial terbalikkan kotak storage manik-manik..
.
.
dah selamat pakai pun masa wedding my cousin..
 .
.
dan ni new project.
tak siap lagi.tergendala sebab weekend tak berkesempatan lagi nak menyambung..weekend busy dengan project deko-deko teratak kami dan busy merayap manala ada masa nak buat..

No comments: