Thursday, April 11, 2013

Mother of two

Rasa cam tak percaya dah beranak dua..Dari 'anak' dah kena doublekan jadi 'anak-anak.Padahal rasa cam baru jer bertiga..Tiba-tiba dah berempat pulak..

So far nak handle Rayyan takde masalah setakat ni..2 malam pertama je yg Rayyan meragam sikit.Dia tak tidur and merengek..maybe time tu nak biasakan dengan environment kt hospital and malam esoknya pulak kat kampung..Tapi lepas tu ok dah..Dapatlah mamanya tidur lena sikit..Berjaga pun untuk breastfeed jer.

Bila adik takde ragam,abangnya la pulak.Tak boleh tengok adik bukak mata habis dia gomoi adiknya..Kiss puluh-puluh kali..”Sayam dik”..then paksa mamanya letak adik atas riba dia..kalau tak diikutkan kehendaknya,berjurai-jurai la air mata..

Pastu kalau nak apa-apa taknak la orang lain yang ambik or buatkan.Huh sabar je la.Ingatkan duk kat kampung ni boleh la harapkan adik-adik layan kerenah anak bujang sorang tu.Dahlah masa nak dekat-dekat bersalin dia dah buat perangai memerapnya,taknak dengan orang lain.semua nak mama.Lepas bersalin pun sama gak..Semua nak mamanya yang buat..Nak susu,nak mandi,nak makan semua nak dengan mama..Kalau orang lain yang nak buatkan siaplah dia marah “NO NO NO..OH my english..no no”..siap muncung-muncung mulut cakap NO..memang jadi habuan gelak and sakat la dengan opah,tok and paksunya..Yang pelik tu camne la pulak boleh sesat oh my english tu..

Kalau moodnya baik asyik berkepit la dua beradik ni..ada jer yang Danial sembang dengan adiknya.Kejap ajar anatomy kat adik..

”ni cheek,ni chin,elbow,mouth,nose,eye..ear”.. 
yang seriau tu bila cakap eye siap tunjuk kat mata adik.risau dia cucuk je..dah habis anatomi dia ajar adik counting pulak..”one..two..thyee” “tu,we,ge..pat,me..nam..”..emmm macam-macam..tapi happy tengok diorang camtu..hopefully muafakat la diorang nanti..

tak sabar nk habiskan pantang and nak berjalan..Camner la yer nak handle 2 orang anak ni..

1 comment:

eMMe said...

Dna, cam tu la kalo anak twin, camner nak handle ekk
haaa...lama2 experttt..heeee~