Ada orang berpantang 44 hari.ada yang
60 hari..ada pulak yang 100hari..pendek kata tak kisahlah nak
berpantang lama mana pun yang pasti tujuan berpantang just nak
pulihkan dan segarkan balik tubuh badan kita selepas melalui fasa
mengandung dan bersalin..
Cam aku pantang standard 44hari..tapi
ada certain benda pantang 60hari and ada gak benda yang kena pantang
100 hari...wajib tu.sayang badan oii kalau tak jaga betul-betul.
Tapi aku takdelah berpantang ala-ala
tradisional sgt and takdela pulak moden sangat.Ikut pada badan
sendiri..
Kalau ikut yang betul-betul tradisional
ntah takut tak mampu jer..Jenuh wei minum air bersukat.Kalau minum
banyak kononnya takut 'kembang'.Tapi aku ikut rasa nak minum banyak
mana.Dahlah kat kampung ni panas ya amat.Tekak asyik kering
jer.Kejap-kejap nak minum..Tu pun tahan gak tak togok air sejuk,air
oren..air cendol..Kat rumah ni dahlah tiap kali orang datang visit
baby mak jamu air oren sunquick buh pulak ais..Ya Allah nikmatnya
bagi pencinta ais cam aku..Sabar je la.Pastu si adik kalau balik dari
mengajar saja je gi beli cendol la,air kelapa la..then tayang kat
aku.Memang saja je kan..
Kalau makan pulak takdenya aku makan
kering-kering je.Makan ada jer kuah.Selalu sup sawi..pastu ayam
bakar,ikan bakar..Mentang-mentang mak ada pan ajaib sokmo la jamu
anak dia ni ikan/ayam bakar..perghhh lagi nikmat kalau dapat cicah
air asam.Tapi aku cicah gak,dengan bawang+kicap je la.Ulam pegaga tak
miss..Bila habis je abah gi la beli kat pasar tani.Yang aku elak
makan makanan yang sejuk-sejuk,berbisa and gatal je la.Buah pun certain buah je makan.Tapi bab makan ni bila kita
breastfeed baby lagi la banyak pantang..Takut effect kat
baby..Jamu-jamu pun aku tak berani makan lagi.Tunggu hari ke-20,30 kot.
Berbengkung.Ok yang ni wajib kot.Kata
nak slim-melim kenalah berbengkung..Kali ni instead of pakai
bengkung yang berikat-ikat tu aku pakai Premium
Beautiful..(che...wah).ni kalau tak slim memang kena bantai gelak je
la..and pakai corset.Senang sikit.Klip-klip dan sarung.Kalau pakai
tali tu take time.Nak uruskan 2 orang anak takut tak sempat nak
berbengkung.Tu yang cari alternatif moden.Tapi tujuan dia sama
je.Kira bolehla kan??
Berparam.Berpilis..Yang ni ikut
dan,kalau ingat and kalau rajin.Kalau lepas mandi tu teringat pakai
la.Kalau tak,takdenya pakai.Camne la nak pakai..Bila sapu je nanti
Danial datang dekat komplen..”maaa busuk”..Siap tutup hidung
lagi.Bila dia pegang badan and ada rempah param tu dia dah cakap
'yerk'.tak ke down kan semangat mamanya nak
berparam,berpilis???Memang aku rasa habiskan sebotol je la.Takdenya
nak repeat order.
Berstokin..Hee minggu pertama 24jam..eh
tolak mandi,mandikan babies(danial and rayyan),basuh poo poo
danial,masuk toilet termenung..selain dari tu memang melekat je
stokin kat kaki..Masuk minggu ke-2 dah kurang.Bila tengah hari,panas
terik dah bolen je la kaki.Tak tahan wei...
Berehat jer..OOOO yang ni tak kot.Camne
la nak berehat jer.Baru settlekan adik,abang pulak mintak
dilayan..Bancuh susu,mandikan,tidurkan si abang..Layan dia main
Thomas..memang takde rehat.Plus tolong mak buat keje rumah.Takkan nak
tengok je rumah tak bersapu,lantai berminyak?Nak taknak kenala tolong
apa yang patut..Mak pun sometimes busy dengan bengkel kerepek.Bila
dah settle semua mula la nak on laptop..Excess internet..tak pun
khatam novel.(orang kata tak boleh baca sangat time berpantang.takut
rabun..Ate aku dah memang rabun nakbuat camne??)
So far ni cara aku berpantang..Uolls
camne plak?Baru 18 hari..lambat lagi nak habis 44hari..Asyik online
shopping je nak gak shopping offline.
2 comments:
Sy pantang gak, tp bab minum air tu mmg curi2 minum...tp air suam2 pns tu la. Oo boleh menyapu ea, mertua kate jgn cube2 pgang penyapu..nnti bentan huhu.
Aishah 3005>>ada dengar gak bab menyapu tu..tapi tak sure kesahihannya..hiii.agaknya sebab tu kot lepas menyapu je mesti sakit..bentan ke??
Post a Comment