Bila nak habis ntah citer holiday ni???Ni baru cuti-cuti Malaysia..Mujur 3 hari jer kalau seminggu mau sampai part 7 ni..
ok..Day 3 kami kat Langkawi which is the last day..Isnin.(8/10/12)..memandangkan tempat-tempat yang nak pegi tu dah kami jejak,so hari ni plan untuk shopping sikit-sikit souvenir untuk family and kawan-kawan kerja..
After breakfast,mandi manda kat swimming pool dulu,then kemas-kemas untuk check out..Dalam pukul 11 baru keluar dari hotel..Tempat pertama yang kami tuju untuk hari terakhir di Langkawi ialah Eagle Square or Dataran Lang..Kalau yang datang ke Langkawi dengan feri ni la tempat pertama yang akan nampak..Wajib jugak kot kalau pegi ke Langkawi bergambar dengan tugu helang ni..
Dah puas berpanas terik kat Dataran Lang kami tuju ke Idaman Suri..
Rambang mata kot tengok pinggan mangkuk,sudu garfu..Kalau bawak mak ni mau dia borong sakan kat sini.. Niat hati memang nak je angkut 1 set Corelle.Tapi takde pulak check in luggage..Semua carry naik atas je.So weight must less than 7kg.Saja jer kan hubby takmo wife dia shopping kat sini tu yang dia taknak tambah luggage.Tapi tengah ushar-ushar set Tefal dia tanya jugak nak tambah luggage sempat lagi ni online untuk tambah luggage..Set Tefal tu tak geram sangat sebab kalau Parkson buat sale pun beza dalam sepuluh ringgit je..Tapi kalau beli boleh jugak tambah apa yang sedia ada kat rumah..Disebabkan hubby ada janji next time nak datang dengan family so tak kisah sangatlah tu..Boleh beli time tu.Tak pun boleh kirim kat my family yang nak pegi hujung tahun nanti..heeee..So shopping coklat je..Semalamnya dah shopping kat Haji Ismail rasa cam tak cukup je coklat.Tambah lagi 2 bungkus coklat Daim,kisses..
Ni pun hubby dah bagi jelingan tajam.Siap perli lagi "dah ada GDM pun nak makan coklat banyak2.."
Settle shopping kat Idaman Suri,Kami gerak ke tempat Beras Terbakar.Nak jugakkan tengok hasil peninggalan sejarah.Tapi yang tinggal ada la dalam semangkuk je lagi berasnya..
Kat sini kalau nak beli souvenir pun banyak jugak kedai-kedai..Nak beli kain batik murah jugak kat sini.Tapi sebab dah borong kat Makam Mahsuri,so just tengok-tengok and beli lagi 2 dozen minyak gamat.Tu pun sebab ada member sms pagi tu nak kirim.Kat area sini sedozen RM9-RM10.Kalau kat makam Mahsuri dapat 15botol RM8.
Lepas ronda-ronda kedai-kedai tu kami singgah makan and hilangkan dahaga kat kedai makan area situ jugak.Isi perut before fly balik..Flight ke KL pukul 3.30pm so isi perut apa yang patut.
Flight yang sepatutnya 3.30pm delay ke 3.50pm..Alhamdulillah dalam sejam penerbangan kami selamat sampai ke LCCT..Then drive balik Nilai around 7pm jugak baru la sampai rumah..
Sekian..Tamatlah sudah percutian kami sekeluarga..Plan for next holiday pulak..



3 comments:
salam kenal..bestnya dpt bli choc byk2..neway sy dah follow sis ;)
pzah byk bcblog dna psl lgkawi ni.good info.pzah nk g lgkawi gk.so buat reference blog dna la
@fiszah_pjo> oooo ye ker?pzah nk g bila?selamat bercuti..nnt bleh bwk atirah gi tgk penguin.sure dia excited
Post a Comment