Friday, May 10, 2013

Misteri malam Jumaat..


Tertanya-tanya apakah 'makhluk' semalam??Tapi kalau dia menunjukkan muka belum tentu aku berani nak tengok.Bagi hint camtu pun dah kecut.Tak pasal-pasal kami 3 beranak tidur dalam lampu terang-benderang sampai ke pagi.Selalu samar-samar cahaya lampu tidur je.Sampaikan pagi tadi jiran sebelah datang bertanya kenapa dengar suara Danial menangis tengah malam semalam???

Alkisah malam semalam tengok anak-anak gelisah je nak tidur.Selalu sebelum pukul 9 dah selamat dah lena diulit intan.Tapi malam tu tidur kejap,terjaga..tepuk-tepuk tidur la balik..Walaupun anak-anak cam lena tak lena tidur,mama diorang tetap gak layan korean drama.Tengah sedap melayan tiba-tiba dengar orang bagi salam..Suara perempuan.Mak pandang aku,aku pandang mak.Mak intai dari balik langsir sliding door.Takde sapa pun..?????.Ignore jer.Sambung tengok korean drama.Tutup semua lampu..Just pasang lampu tengah.Baru feel nak tengok drama.Kalau nangis ke tak la kantoi..

Lagi sekali ada 'sesuatu'..Tengah syok layan citer korea tu tiba-tiba dari cermin kabinet tv nampak pantulan imej putih dekat sliding door.Kabinet tv mak bercermin.Bertentang dengan sliding door.Tunjuk kat mak.'Benda' tu cam statik.Kebetulan langsir sliding door tu tak tertutup rapat.Bila kami pusing tengok ke arah sliding door tu,'benda' tu melintas ulang-alik dari kiri ke kanan.Then hilang.Terus rasa meremang bulu tengkuk..Issshhhh amende plak benda tu???Abah dengan wan takde pulak..Mak baca ayat-ayat yang patut kat bucu sliding door.

Bila nak angkat anak-anak masuk bilik,Danial menangis.Cakap "akut..akut"(takut..takut).Bila tanya takut apa?,dia tak jawab pulak..Yang Rayyan pun gelisah semacam.Lama gak nak tidurkan dua beradik tu.Bila tengok anak-anak camtu aku pun cuak la jugak.Pasang bacaan ayat-ayat Quran dari iPad.Kuatkan je la semangat.Allah ada.Tapi tidur la dalam terang..Bila terang tu bertambah sikit keberanian..

Dalam hati tertanya..Apa benda la tu??Cukupla sekali aku nampak camtu.




Dah tak sesuai

Header blog..

Cam dah tak sesuai jer..Now bukan mama Danial sorang jer..Dah ada Rayyan.So nampak gaya kena tukar la ni..

Mau tukar apa??? So far yang ada dalam kepala ni
rDna's World?
rDna's Land?

ok ker??Dari guna nama anak..better guna nama sendiri kan??Mana la tau kot-kot anak makin bertambah.Kecik hati bila tengok mama letak nama Danial sorang je.Walaupun mood berblogging dah jatuh merudum,tapi sesekali bila rindu nak menaip ter 'up' jugak la 1,2 entry kan?

Inspirasi untuk slim..

Today dah last day berpantang..Hip hip horey!!..opppsss.Alhamdulillah..Dapat gak melepasi fasa berpantang tanpa sebarang masalah..Alhamdulillah berpantang kali ni lebih baik dari yang pertama.Lebih cergas,lebih sihat..Syukur Ya Allah..

Bila dah habis pantang ni misi nak kuruskan badan pun tak boleh la berenti kan??Berat terkini 51kg..Ada lagi 2kg nak kena buang kalau nak dapat balik berat sebelum pregnant..Tapi liat ya amat nak hilangkan 2kg tu..

So meh cari sumber inspirasi untuk release weight.
Cam Prof Muhaya cakap..bila nak kurus tak boleh sebut "lost weight".Sebab apa yang hilang akan datang balik.So kena sebut "release weight".

1.Tengok gambar-gambar time slim..


Time awal-awal kahwin..pakai seluar jeans pun size 27..Now up sikit..heeee

2.Usaha..

Salah satu usaha untuk slim.

Tapi kalau tak berhasil jangan gelakkan yer..Atenya aku ni takde la rajin nak pakai complete set.So far pakai girdle je.Yang bengkung,and long bra tu rasa lemas.boleh gitu???long bra tu cam susah pulak tiap kali nak bf Rayyan..Kena seru mood rajin kot baru boleh pakai complete set.

Aja aja fighting!!hopefully apa yang aku impikan tu berhasil la..Kurus untuk suami.Risau hangat-hangat taik ayam jer.(haippp!!positif ok)..InsyaAllah boleh..

Thursday, May 9, 2013

Lesson."nak ikut gi mandi dulu"

Jangan ingat budak kecik tak tau ape-ape..Then dengan mudah kita boleh tipu diorang.."NO WAY man!!"Bak kata Danial..

Belajar dari kesilapan.Moga tiada lagi kejadian yang sama berulang.

Kes pertama:
Semalam.My mom nak pegi belajar agama kat surau.Bila Danial tengok opahnya dah pakai cantik-cantik,apa lagi sibukla dia nak ikut opah dia.Tapi agak payahla kalau nak bawak Danial.Nanti tak pasal-pasal mengganggu jemaah lain.Nak elakkan Danial ikut,mak suruh Danial mandi."nak ikut opah,gi mandi dulu"..Sementara Danial mandi,opahnya senyap-senyap keluar..Bila Danial dah selesai mandi,tengok opahnya takde,menangis la dia."Nak ikut opah..wuaaaaa".Pujuk-pujuk bagi susu sebotol,main dengan dia,tak ingat la dah opahnya pegi mana..

Kes Kedua.:
Pagi tadi.My parent nak gi Slim River,ada kematian.Bapa saudara mak.Bila semua dah siap,mak ajak Danial.
Mak:"Nak ikut opah tak??"
Danial :"Taknak..(geleng-geleng kepala.Ambil lori dalam bakul mainan dia terus pegi kat katil aku)
Aku: "betul Danial taknak ikut opah??"
Lagi sekali dia geleng kepala.Dengan mulut muncung-muncung cakap taknak.

Bila paksunya dah start enjin kereta,Danial bawak lori dia,tunggu dekat kereta.Aik??kata taknak ikut.Pastu dia pulak cakap JOM.Dengan tak mandi,baju tidur pun tak tukar lagi dah nak jalan.Mak suruh la Danial gi mandi..

"Nak ikut gi mandi dulu"

Tapi Danial buat keras.Taknak mandi.Bila aku ajak mandi,dia cakap "nak ikut opah".Meronta-ronta la.Abah pulak bagi chance dia tak mandi,suruh tukarkan baju je.Ohh a big NO la aku nak biar anak keluar camtu.Suruh mak tunggu depan pintu bilik air barulah Danial nak mandi.Time mandi pun kejap-kejap dia paling kat pintu,"opah"..sampailah siap complete semua berpakaian opahnya kena ada kat dia baru dia percaya opah dia tak tinggalkan dia..

See?????sekali dia dah terkena,dia takut terkena lagi.Word "nak ikut gi mandi dulu" tu mesti dia assume kalau mandi mesti kena tinggal.That's why dia taknak mandi.Jangan ingat budak kecik senang nak di'gula-gula'kan.Fasa umur 1-6 tahun ni dia absorb apa je yang dia dengar dan lihat.Walaupun pada kita benda tu nampak remeh,tapi benda remeh tu la yang dia dengar dan ingat.

Citer balik mengundi..

Demam PRU13 dah berakhir??rasa belum lagi kot.Tiap kali orang berkumpul CONFIRM citer pasal PRU13.Ingatkan demam pre PRU13 je rupanya post PRU13 lagi dahsyat kot..

Nak citer pasal kami antara berjuta orang yang balik mengundi baru ni..Yang pasti setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.Allah lebih mengetahui.Walaubagaimanapun semangat nak balik mengundi tu tetap berkobar-kobar..

Petang Jumaat lepas,dua hari sebelum mengundi.
Dalam pukul 5.30pm.Barang-barang,anak-anak and aku semua dah siap nak balik ke Penang.Tunggu hubby sampai je ambik kami.Masa tu hujan lebat sangat.Tengah aku ternanti-nanti hubby sampai umah my parent,aku dapat call dari hubby.."ayang,abang accident"..Berderau rasa.Cam darah semua dah naik ke muka.Kelu.
Hubby: "Don't worry..takde apa-apa.Kejap lagi abang sampai".
Hubby tau aku risau tu yang dia cakap camtu.Dia dah faham sangat wife dia.Kalau dia pun diam,tak cakap apa-apa confirm dengar suara aku nangis je.

Lepas tu tak senang duduk la aku dibuatnya.Tak cakap kat mak abah.Sebab aku takut air mata yang aku tahan pecah berjurai-jurai.So tunggu je la.Selagi tak nampak hubby depan mata,Tuhan saja la tau camne aku rasa.

6.30pm hubby sampai..tengok hubby takde apa-apa fuhhh lega sangat.Lepas tu baru tengok kereta.Kemek sebelah.Bahagian depan jadi mengelembung.Nak bukak boot depan pun tak boleh.Tapi hubby cakap "InsyaAllah takde apa-apa kot.Esok pagi pegi workshop ketuk balik"..Semangat tu nak balik.Abah aku cam berat je nak bagi kami balik.

Pukul 8.30pm,bertolak la kami anak-beranak ke Penang.Baru je gerak nak keluar simpang rumah,dengar bunyi enjin kereta cam semacam.kruk..kruk..Hati dah rasa tak sedap.Tapi still undercontrol bila hubby cakap takde apa-apa.Sampai je pekan Langkap dengar bunyi tu makin worse.Lepas berhenti kat traffic light aku nampak asap keluar dari bahagian depan.Tunjuk kat hubby,hubby cakap kabus sebab hujan.Aku diam je la.Tapi dalam 10m lepas tu kereta bergerak makin slow..slow.. dan slow.Suddenly terus berhenti.Mujur hubby sempat bagi signal ke kiri dan kami berhenti betul-betul bawah lampu jalan.Tengok meter temperature tinggi.Boot depan asap keluar banyak.Kelam kabut aku keluarkan anak-anak.Apa-apa pun harta yang tu yang aku akan selamatkan dulu.Mujur Danial dah boleh diharap.Bila suruh turun,cepat-cepat dia pakai sandal,ambik payung kat seat belakang.Maybe dia faham,bila tengok hujan tu yang dia ambik payung.

Berpayung la kami 3 beranak kat tepi,hubby pulak usaha nak bukak boot.Tapi tak berjaya.Call abah.Bagitau kereta rosak.Abah cakap kejap lagi abah sampai.Mujur la tak jauh lagi.Sampai je wan dengan abah,transfer barang-barang dalam keta abah.Wan hantar aku dan anak-anak balik semula ke rumah mak.Abah and hubby tunggu mekanik nak tarik kereta.Cancel balik Penang malam tu.Aku senyum je la..Memang aku berat hati nak balik Penang kali ni.

Ingatkan memang cancel terus balik Penang.Sebab kereta rosak.Tup tup esok petang,kereta siap hubby ajak gak balik.Dengan berat hatinya terpaksa gakla.Bukan apa aku takut hubby penat.Esok after hubby settle mengundi nak balik ke Perak pulak untuk aku mengundi.Tapi nak buat camne?Syurga isteri dibawah kaki suami kan??Takpela aku ikut hubby balik demi menyumbang undi untuk Dun Bayan Lepas walaupun aku sendiri tak sempat nak mengundi di kawasan sendiri..HUHUHU..Jalan jammed dah mengalahkan raya.Penangan PilihanRAYA..kira RAYA jugakla.Perak-Penang boleh sampai dalam 2jam setengah tapi gara-gara pilihanRAYA jadi 6jam.