Demam PRU13 dah berakhir??rasa belum lagi kot.Tiap kali orang berkumpul CONFIRM citer pasal PRU13.Ingatkan demam pre PRU13 je rupanya post PRU13 lagi dahsyat kot..
Nak citer pasal kami antara berjuta orang yang balik mengundi baru ni..Yang pasti setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.Allah lebih mengetahui.Walaubagaimanapun semangat nak balik mengundi tu tetap berkobar-kobar..
Petang Jumaat lepas,dua hari sebelum mengundi.
Dalam pukul 5.30pm.Barang-barang,anak-anak and aku semua dah siap nak balik ke Penang.Tunggu hubby sampai je ambik kami.Masa tu hujan lebat sangat.Tengah aku ternanti-nanti hubby sampai umah my parent,aku dapat call dari hubby.."ayang,abang accident"..Berderau rasa.Cam darah semua dah naik ke muka.Kelu.
Hubby: "Don't worry..takde apa-apa.Kejap lagi abang sampai".
Hubby tau aku risau tu yang dia cakap camtu.Dia dah faham sangat wife dia.Kalau dia pun diam,tak cakap apa-apa confirm dengar suara aku nangis je.
Lepas tu tak senang duduk la aku dibuatnya.Tak cakap kat mak abah.Sebab aku takut air mata yang aku tahan pecah berjurai-jurai.So tunggu je la.Selagi tak nampak hubby depan mata,Tuhan saja la tau camne aku rasa.
6.30pm hubby sampai..tengok hubby takde apa-apa fuhhh lega sangat.Lepas tu baru tengok kereta.Kemek sebelah.Bahagian depan jadi mengelembung.Nak bukak boot depan pun tak boleh.Tapi hubby cakap "InsyaAllah takde apa-apa kot.Esok pagi pegi workshop ketuk balik"..Semangat tu nak balik.Abah aku cam berat je nak bagi kami balik.
Pukul 8.30pm,bertolak la kami anak-beranak ke Penang.Baru je gerak nak keluar simpang rumah,dengar bunyi enjin kereta cam semacam.kruk..kruk..Hati dah rasa tak sedap.Tapi still undercontrol bila hubby cakap takde apa-apa.Sampai je pekan Langkap dengar bunyi tu makin worse.Lepas berhenti kat traffic light aku nampak asap keluar dari bahagian depan.Tunjuk kat hubby,hubby cakap kabus sebab hujan.Aku diam je la.Tapi dalam 10m lepas tu kereta bergerak makin slow..slow.. dan slow.Suddenly terus berhenti.Mujur hubby sempat bagi signal ke kiri dan kami berhenti betul-betul bawah lampu jalan.Tengok meter temperature tinggi.Boot depan asap keluar banyak.Kelam kabut aku keluarkan anak-anak.Apa-apa pun harta yang tu yang aku akan selamatkan dulu.Mujur Danial dah boleh diharap.Bila suruh turun,cepat-cepat dia pakai sandal,ambik payung kat seat belakang.Maybe dia faham,bila tengok hujan tu yang dia ambik payung.
Berpayung la kami 3 beranak kat tepi,hubby pulak usaha nak bukak boot.Tapi tak berjaya.Call abah.Bagitau kereta rosak.Abah cakap kejap lagi abah sampai.Mujur la tak jauh lagi.Sampai je wan dengan abah,transfer barang-barang dalam keta abah.Wan hantar aku dan anak-anak balik semula ke rumah mak.Abah and hubby tunggu mekanik nak tarik kereta.Cancel balik Penang malam tu.Aku senyum je la..Memang aku berat hati nak balik Penang kali ni.
Ingatkan memang cancel terus balik Penang.Sebab kereta rosak.Tup tup esok petang,kereta siap hubby ajak gak balik.Dengan berat hatinya terpaksa gakla.Bukan apa aku takut hubby penat.Esok after hubby settle mengundi nak balik ke Perak pulak untuk aku mengundi.Tapi nak buat camne?Syurga isteri dibawah kaki suami kan??Takpela aku ikut hubby balik demi menyumbang undi untuk Dun Bayan Lepas walaupun aku sendiri tak sempat nak mengundi di kawasan sendiri..HUHUHU..Jalan jammed dah mengalahkan raya.Penangan PilihanRAYA..kira RAYA jugakla.Perak-Penang boleh sampai dalam 2jam setengah tapi gara-gara pilihanRAYA jadi 6jam.
No comments:
Post a Comment