Monday, October 10, 2011

..saya dah 8 bulan!!...

assalamualaikum..

hai aunty..hari ni saya dah LAPAN bulan.

gigi beshorrrr!!
  • danial dah ada 5 batang gigi + 1 baru sikit-sikit nak muncul.
  • danial suka panjat tangga..kalau mama ada duk belakang lagi danial nak tunjuk terror.
  • tengah gian berdiri..pastu meniti dalam 3 4 tapak kat tepi sofa,dinding and tepi katil..kadang-kadang lutut mama pun boleh jadi penahan danial untuk berdiri.
  • sangat suka gigit mama!!pipi mama sedap.danial buat-buat cam nak kiss mama tapiiii jeng jeng jeng sebenarnya danial nak gigit mama..ooopppss kdg2 cik B mama pun danial gigit.jgn marah ye mama..
  • berat terkini tak tau la aunty.mama cakap next week baru gi klinik..tapi abah selalu cakap "dah hantap dah anak abah..lenguh dah nak dukung"
  • danial tak suka makan lembik-lembik cam nestum tu..danial suka makan bubur nasi + sup yang mama buat.hari-hari mama buat sup kat danial..sup ayam,sup ikan,sup daging,sup sayur,sup telur..tapi danial suka gak makan mee and bihun..!!nak test power gigi danial..breakfast kadang-kadang mama buat mashed potato,sweet potato..buah pun danial suka makan.
  • semalam danial dah tau minum pakai straw.sebelum ni tak reti nak sedut..hihihi.
  • kalau nak poo poo pulak danial suka menyorok bawah meja..tak pun kat tepi sofa.maluuuu...
  • bahasa 'jerman' danial pun makin improve."abbabaaaba..mamammama..ppaapapapa..yaiyaiyaiii"kalau opah and tok call dah boleh sembang dah..
  • sgt mesra alam.dengan sape jer..asal orang tu agah mesti danial suka.then gelak mengekek-ngekek.

ermmm ape lagi yer aunty??takpela nanti bila-bila mama update lagi pasal danial.

Friday, October 7, 2011

selamat hari Jumaat..

Good morning uolls..

selamat hari Jumaat..hari ni ramai la duk sebut pasal BAJET..BAJET..those kakitangan kerajaan mesti lagi suka kan??kot ada kenaikan gaji..kot ada bonus..aku??takde kena mengena.so malas nak ambik port sangat..kalau kot-kot ada kena mengena ngan private sector aku ambik port la gak sbb en suami keje private..tapi tengokla japgi manala tau ada mood aku nak tgk Dato'Najib dlm tv kang aku bukakla..

sukanye JUMAAT!!kalau time duk jauh jauh sebelum ni aka PJJ lagila over excited bila muncul Jumaat.bila dah duk sekali ngan en husben ni pun aku suka gak hari JUMAAT..
sebabnya??
lepas Jumaat..muncul pulak sabtu and ahad.hujung minggu ni la time berdua-duaan eh silap bertiga-tigaan.si kecik nak campak mana pulak?hujung minggu ni la time nak beronggeng rokiah..bawak Danial tgk dunia luar.kesian kat dia terperuk dalam rumah jer.padahal boleh je nak dating berdua dgn Danial during weekdays tapi mamanya MALAS..leceh plak rasa nak kuar berdua..hahaha yang ye nya malas nak drive.si merah pun dah seminggu dah tak ber start.keta en suami lagi la dah nak dkt 2 minggu tak gerak ke mana..asyik duk bawak en Hilux jer.dah dua lagi tu ter ignore..

lagi aku suka hari jumaat..sebab petang jumaat sampai ke ahad aku takyah nak sibuk2 masak utk dinner.selalu petang jumaat cari makan2 kat pasar malam..yong tau fu ke?roti john ke?apam balik pulut ke?then sabtu kena masak untuk lunch sebab en suami keje halfday.balik tu mestila nak makan.malam tu dinner kat luar..esoknye Ahad cuti..makan2 kat luar gak..isnin pulak baru masuk keje..hihihi..time weekend ni la aku boleh cuti jadi fulltime housewife..harusla kan housewife pun nak gak cuti..MC pun mana pernah ambik..eh ada kot 2 minggu masa tangan injured.pastu rekod cantik jer.tak pernah MC.keje doplohpatjam.time tido pun keje tau..keje untuk Danial..tukang supply fresh milk kat si kecik tu..

lagi???lagi sebab aku suka la..sukahati la kan nk suka ke idok..ala uoll pun mesti suka kan??

sekian saja entry saya suka jumaat..hihihi.
selamat berhujung minggu uoll..

Wednesday, October 5, 2011

sedap la pulok

assalamualaikum..

ala..last stok..kalau makan ni habis la spreadable yang sedap ni..

masa PIL balik dari umrah hari tu diorang bawak balik banyak benda alah ni.
ada yg unsalted..ada yang masin.
dua-dua i loikeee!!
rasa susu tu pekat..
en suami makan jem appricot PIL bawak.aku pulak makan yang ni.

tapi tula ni last stock..


agak-agak kat malaysia ni ada jual tak??
kat mana ada ek?
nak yang sebijik camni..

WW# I like to eat banana..

assalamualaikum..

hello aunty!!!

thank u mama..

 nyum nyum..sedapnyer banana ni..

mama..camner nak makan lagi ni??Danial tak reti nak alih tangan..

Tuesday, October 4, 2011

citer balik kampung..

assalamualaikum..

hai uoll.sihat ker?hari ni rasa cam dapat suntikan semangat baru jer uoll.mana taknyer dah dapat lepas rindu pada mak and abah..walaupun kejap tapi berbaloi-baloi..sampaikan sanggup lupakan plan nak gi jalan-jalan makan angin ke Cameron Highland..tak jadi lagi cuti-cuti malaysia..takpe-takpe next time.biar atok and opah puas-puas main dgn cucunya..tu lagi berbaloi.

bertolak dari Nilai hari sabtu around 6.00pm sampai kampung pukul 8.00pm..mak dah siap-siap masak dah..sup tulang terbaekkk from bonda tersayang.

  nyum nyummmm..

baru plan nak ajak mak,abah n miza gi dinner kat luar.tapi mak dah masak..so harusla pekena sup tulang mak..siap bubur untuk danial pun dah opahnyer masak.bubur nasi yg mamanya buat memang dah tak laku la kalau opahnyer dah ada masak.

Danial balik kali ni dah pandai usik-usik barang umah opah..

 1.punggah majalah..

 2.kacau kucing-kucing makcik miza..
 mula-mula tgk dari jauh jer dulu



 pastu baru dia datang dekat.habis kucing tu dia picit..sekali kucing tu nak cakar takut terus

 then tgk dari jauh jer opahnyer pegang kucing tu..haaaa tau takut.

petang ahad tu barula mengukur town Teluk Intan..hujan lebat.tak boleh nak ronda-ronda sangat..tapi sempat gak gi rumah exschoolmate,achik..jumpa mikhael..Danial takut ngan abang Mikhael!.sian Danial asyik kena cepuk jer ngan Mikhael..hihihihi..terus tak berani nak dekat ngan Mikhael.tp Mikhael tak give up nak main gak ngan Danial..

isnin petang tu dah nak balik dah..tu pun kebetulan en suami ada factory test kat batu gajah merasala nak balik lama sikit.kalau tak ahad dah kena balik dah..

sebelum balik sempat lagi mak masak lontong..feveret en suami..menantu kesayangan la kununnn.ape je yang en suami nak makan mesti mak masak..huh jelousss  i u..

petang around 5.30pm gerak balik ke Nilai balik..otw tu singgah Sungkai jumpa opah..lega hati dapat menggembirakan hati mereka..me pun seronok gak.rindu ayu and eka..
tapi kejap sgt jumpa diorang..
takpela insyaAllah raya haji nanti kita jumpa lg..


babaiiii

ada gak hajat tak kesampaian balik kali ni..
1.nak gi kampar..nk jumpa member2 lama..
2.nak berurut-opah urut tu takde plak.gi umah anaknyer
3.nak gi manjakan diri kat my feveret spa-kedai tutup plak.and aku dah hlg no contact akak tu since tukar hp.tak dapat nak booked awal-awal.
4.nak makan mee Mastan- tak dapat sebab dah kenyang makan kat umah achik so tak jadi gi makan.