Friday, October 7, 2011

selamat hari Jumaat..

Good morning uolls..

selamat hari Jumaat..hari ni ramai la duk sebut pasal BAJET..BAJET..those kakitangan kerajaan mesti lagi suka kan??kot ada kenaikan gaji..kot ada bonus..aku??takde kena mengena.so malas nak ambik port sangat..kalau kot-kot ada kena mengena ngan private sector aku ambik port la gak sbb en suami keje private..tapi tengokla japgi manala tau ada mood aku nak tgk Dato'Najib dlm tv kang aku bukakla..

sukanye JUMAAT!!kalau time duk jauh jauh sebelum ni aka PJJ lagila over excited bila muncul Jumaat.bila dah duk sekali ngan en husben ni pun aku suka gak hari JUMAAT..
sebabnya??
lepas Jumaat..muncul pulak sabtu and ahad.hujung minggu ni la time berdua-duaan eh silap bertiga-tigaan.si kecik nak campak mana pulak?hujung minggu ni la time nak beronggeng rokiah..bawak Danial tgk dunia luar.kesian kat dia terperuk dalam rumah jer.padahal boleh je nak dating berdua dgn Danial during weekdays tapi mamanya MALAS..leceh plak rasa nak kuar berdua..hahaha yang ye nya malas nak drive.si merah pun dah seminggu dah tak ber start.keta en suami lagi la dah nak dkt 2 minggu tak gerak ke mana..asyik duk bawak en Hilux jer.dah dua lagi tu ter ignore..

lagi aku suka hari jumaat..sebab petang jumaat sampai ke ahad aku takyah nak sibuk2 masak utk dinner.selalu petang jumaat cari makan2 kat pasar malam..yong tau fu ke?roti john ke?apam balik pulut ke?then sabtu kena masak untuk lunch sebab en suami keje halfday.balik tu mestila nak makan.malam tu dinner kat luar..esoknye Ahad cuti..makan2 kat luar gak..isnin pulak baru masuk keje..hihihi..time weekend ni la aku boleh cuti jadi fulltime housewife..harusla kan housewife pun nak gak cuti..MC pun mana pernah ambik..eh ada kot 2 minggu masa tangan injured.pastu rekod cantik jer.tak pernah MC.keje doplohpatjam.time tido pun keje tau..keje untuk Danial..tukang supply fresh milk kat si kecik tu..

lagi???lagi sebab aku suka la..sukahati la kan nk suka ke idok..ala uoll pun mesti suka kan??

sekian saja entry saya suka jumaat..hihihi.
selamat berhujung minggu uoll..

No comments: