Wednesday, April 10, 2013

Detik melahirkan Muhammad Rayyan Furqan #2

sambungan entry sebelum ni..Detik Melahirkan Muhammad Rayyan Furqan #1

29/03/13 (Jumaat)

7.30am..Doc masuk ubat induce..Tapi pagi tu memang dah rasa contraction cuma bukaan still 1 cm..Before induce doc as usual check VE.Scan baby..Boleh pulak sembang dengan doktor yang buat prosedur tu.Rupanya neighbour satu taman.Lepas masuk ubat doc suruh rest kat katil sejam.After sejam nurse datang buat CTG.If CTG ok baru boleh makan..

Around 11am aku dah start rasa contraction yang makin kerap and konsisten..Dari selang 20minit ke selang 10minit..Bila start sakit tu mulut tak henti-henti baca ayat dari surah Al-Hasyr.Ayat 21-24.Sambil-sambil tu buat breathing technique.Kurang la sikit sakit tu..Pastu minum sikit-sikit air selusuh yang mak mertua buat.Bila minum kurang sikit rasa sakit.

12pm..Hubby sampai..bawak nasi lemak..Malam sebelum tu teringin sangat nak makan nasi lemak tapi nak nasi lemak yang mak masak.Alhamdulillah before bersalin dapat gak makan.Berkelah la kami laki bini kat wad tu.Sembang-sembang..gelak-gelak.Bila contraction datang senyap kejap..hubby siap pesan baby jangan keluar dulu,tunggu abah balik sembahyang Jumaat..

1.00pm time hubby nak gerak ke masjid hubby terkejut tengok kat lantai bawah kerusi aku duduk ada banyak air.Aku assume air ketuban.Then gi toilet dah ada sporting darah campur lendir..Nervous.Air mata bergenang.Bagitau hubby,lagilah bertambah sedih.Memang cembeng betul la.Sedih and takut bila fikir nak bersalin..Hidup lagi ke nanti?Sempat ke nak tengok baby??Emo dari awal pregnant terbawak-bawak sampai ke nak bersalin..

1.30pm Nurse suruh pegi bilik prosedur.Doc check VE.3cm..Then doc tanya air ketuban dah keluar ke??Aku angguk je la.Betul la kot yang kat lantai kat wad tu air ketuban.Then doc masuk ubat berak.nurse suruh gi toilet..Duduk dalam toilet pun tak berani nak duduk lama-lama.Takut terbersalin dalam toilet..lepas tu bermulalah sesi menahan rasa sakit contraction.Kejap-kejap jeling hp..tengok jam pukul berapa.Kalau boleh biarlah hubby ada time bersalin.

2.00pm nurse datang buat CTG.Bagitau kat nurse dah rasa makin kerap contraction and dah ada show.Pastu doc pulak datang..Maybe muka aku cam tak nampak sakit so doc kata lambat lagi..huh sabar je la.So tahan je la sakit tu walaupun sebenarnya memang dah tak tahan sakit.

2.30pm. Hubby sampai..cakap kat hubby rasa sakit sangat.Rasa cam nak meneran pun ada..Rasa cam nak poo poo.Hubby pimpin ke toilet.Tengok banyak pulak darah.Mintak nurse nak tukar baju...Bila contraction datang cam tak boleh nak buat ape.Sampai menggeletar pegang tangan hubby menahan sakit contraction.Bila takde sakit,cepat-cepat tukar baju..

2.45pm Sakit dah tak boleh nak tahan dah.Hubby la jadi mangsa.kejap baju hubby aku tarik..kejap tangan..kejap seluar.Ikut mana dan la yang aku sempat paut nak tahan rasa sakit tu.Allah je la yang tahu camne..Bila tengok keadaan aku camtu hubby panggil nurse.Then nurse contact labor room.Tunggu diorang settle prosedur aku pulak menahan sakit kat katil..Dah rasa nak push..Tapi takut kalau push kepala baby bengkak.So tahan sambil baca ayat-ayat Quran yang hafal.Hubby pun baca sama-sama surah Al-Hasyr then hembus kat kepala..

3.00pm Agak cemas time ni sebab aku memang dah rasa nak teran.Nurse kelam kabut ambik wheel chair and berlari tolak aku ke LR.Atas wheel chair memang dah rasa nak push dah pun.Tapi seboleh mungkin tahan.Sampai LR dah tak boleh tahan.Bila rasa sakit contraction automatik rasa nak push.Staf nurse kat LR kelam kabut suruh aku naik atas katil and diorang nak check.Bila check nurse cakap dah nampak kepala.Sepantas kilat diorang siapkan peralatan.Bila rasa nak push,nurse suruh push.Bila takde contraction cepat-cepat diorang tukarkan baju aku and pasang CTG.Hubby pulak pangku kepala..Bermulalah sesi push and push..Boleh pulak tak reti nak push..Nurse tarik tangan aku suruh rasa kepala baby.Ntah semangat datang dari mana.Push sekali then keluar kepala baby.Then bahu pulak.Hubby tak henti-henti bagi semangat..”push ayang..push ayang”..Sampai aku tengok hubby pun cam nak teran sama..heee..Nurse pun sama.Diorang pulak yang push jugak..Pastu nurse Salasiah ajar camne nak push panjang.Agaknya gram kot kat aku lengah-lengahkan push baby.Tapi ntah aku rasa suara tu cam ganggu konsentrasi aku..heeee..Tapi alhamdulillah 2  kali push selamat semuanya..3.17pm.Lahirlah seorang lagi umat Muhammad SAW.Nurse terus letak baby atas perut..No doctor time aku bersalin..Semua handle by staff nurse.Nurse Salasiah and dibantu 2orang nurse lagi.


Selesai bersalin,hubby tak putus-putus kiss dahi..alhamdulillah..Hubby sempat pegang baby kejap.Then nurse suruh hubby keluar diorang nak bersihkan baby and jahit luka bersalin.

Alhamdulillah nurse cakap tak koyak banyak.Just kulit luar.Jahit pun sikit je and semua nurse yang buat..Baik betul nurse tu.Everything dia settlekan.Sabar melayan kerenah patient cam aku.Bila dah siap semua,baby pun dah dibersihkan then nurse hantar baby kat hubby untuk diazankan..

 Rayyan masa hubby azankan..
 
3.40pm Nurse bagi baby untuk breastfeed.Susu pertama anak mama hisap..Perasaan???speechless.Hubby masuk balik temankan aku..Then nurse bagi milo panas dan roti suruh aku makan..

4.30pm Doc datang check..Check rahim dah kecut ke belum,check jahit luka..after everything ok baru la nurse prepare untuk balik ke wad.Again nurse Salasiah yang bersihkan semua.sangat-sangatlah terima kasih dengan nurse tu.Sampaikan masuk bilik air dia yang lapkan semua.

5.30pm dah ada kat wad..startlah menguruskan anak ke-2.Breastfeed baby..and tukarkan diapers baby...

Malam pertama di wad 2B katil 11 bersama-sama Rayyan..

Malam tu tak berapa nak tidur.Sebab kejap-kejap dengar Rayyan bersin.Sejuk sangat kot.

Esoknya dah boleh keluar wad.Tu pun lepas doktor check takde apa-apa masalah pada ibu dan baby.

Apa-apa pun alhamdulillah syukur selamat semuanya dan dipermudahkan bersalin kali ni..Thanks semua nurse di wad 2B dan di labor room.Semuanya baik-baik belaka..

7 comments:

Luv like this.... said...

alhamdulilah..nmpk sng dan dipermudahkan :)

rDnA said...

Luv like this>> alhamdulillah..lain anak lain kot penangannya

rDnA said...

Ciare Baha>>hahhaaha..dah nak 2 pun tak reti nak teran lg ni..camne??

eMMe said...

Dna, bersalin kat mane?
Alhamdulillah... detik yg indah buat kita kan.. syukur la dpt bersalin normal.. moga sentiasa dipermudahkan dunia dan akhirat...

belum 44 hari kan...
pantang betul2... hehehe..

Anonymous said...

Tahniah dear.lama tk drop any comment
Busy.x smpt online sgt.baca pengalaman bersalin mmg best.hihihi sbb pernah rs dan jln ceritanya je lain.x sbr nk berkali2 lg.tahniah dna..assalam rayyan

rDnA said...

eMMe>>Dina bersalin kt hosp putrajaya..

Heee..lain anak lain experience kan?syukur sgt dipermudahkan bersalin kali ni.maybe teruk ms pregnant then Allah ringankn sikit sakitnya ms bersalin pulak

rDnA said...

Fiszah_pjo>>>thanks fiszah..kali ni tak dramatik sgt compare to time bersalinkn Danial