Wednesday, February 6, 2013

Selepas 5 tahun..

Assalamualaikum..

Teruja!..tu jer perasaan pertama bila jejak semula kat tempat study dulu.Dah alang-alang sampai JB tak lepaskan peluang meninjau persekitaran UTM..Ya Allah rindu betul suasana study dulu.Rindu kawan-kawan..Geng-geng SSH..

 Selepas 5 tahun datang dengan anak pulak..terasa tuanya dah..


Bila dah tinjau setiap pelusuk kawasan mula teringat satu persatu kenangan time study..Tempat tunggu bas.Tempat lepak2..Tempat makan..Tempat dating..oppssss..heeee..
KTF..dua semester merasa duduk kat sini..Tu pun masa 1st year kat UTM.kalau duk sini agak-agak terlepas bas boleh lagi jalan kaki ke fakulti..Tapi memang kurus la..banyak gak kenangan best kat sini..

Kalau duk kat KTF arked cengal ni la yang dekat selain arked meranti kalau nak makan,fotostat and beli apa-apa..

 Selepas KTF berpindah ke Kolej 9 pulak.Sampai la ke semester akhir duk kat sini.Bila jadi RA pun masih lagi menetap kat sini..

 Ni la bloknya.Kat foyer ni la nak tengok tv ke,nak tunggu boyfriend ke..heee..

Kafe Kolej 9..Suka makan nasi kerabu maklong.Ntah ada lagi ke tak?masa pergi minggu lepas tak bukak satu pun cafe.Sebab cuti semester kan?hajat hati nak makan kat sini nak tapi tak kesampaian..Last sekali lunch kat kedai Pak Ali Taman U.
 Masjid UTM..dekat dgn my fakulti..
Library..Or PSZ..boleh di kira kot dalam setahun tu berapa kali je pegi walaupun fakulti sekangkang kera je dengan library.Kalau pegi pun nak pinjam buku or pulangkan buku.Lepas settle urusan tu confirm cepat-cepat blah.Ntah aku tak suka sebab sejuk sgt.Tak tahan..Tu yang jarang la melepak kat library.Aku lebih prefer study kat bilik dari study kat library..<<<------- font="">Statement dari orang yang bukan ulat buku..


Banyak jugak dah berubah UTM..Yang 5 tahun dulu takde now dah ada..Contoh cam stadium,kompleks renang.Time aku dulu tak merasa kot benda-benda ni..


 Agak besar jugak stadium UTM.Siap sportlight besor.

Lepas settle tu,tinjau pulak tempat study hubby..Seronok gak bila sama-sama ada kenangan kat sini.Then cerita kat Danial sini la tempat abah bla bla bla bla..Sinilah tempat mama bla bla bla..Si anak pun cam faham je.Dia pulak excited.
 Fakulti hubby..Tapi 5 tahun dulu takde pun ni.Bangunan baru la kot..

Tinjau kolej hubby pulak...Kolej 15..
 

 Ni blok hubby..
 Dulu pokok-pokok kat sini rendah-rendah jer.Now dah tinggi dah.Cantik pulak..
Kat sini la hubby accident yang meninggal parut sampai sekarang..Besar gak parut kat tangan,perut and belakang..Kenangan tu..

.
.
.
Bila lagi la dapat jejak kat sini lagi.Ni kalau bukan sebab nak hantar SIL praktikal kat HSA confirm tak sampai lagi JB  ni..

I really miss my study time..Bila yer nak sambung study balik ni???



2 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

rdna pun ex-utm ye?
your hubby ex-civil? sama la.. iza batch 2001 hubby iza batch 2002 (intake matrik).. patutla mcm familiar je rdna n hubby..

MyRule said...

Kitaorg pun aritu gi lunch kat kedai pak ali taman u. Hubby suka makan kat situ time dulu2