Khas untuk bakal-bakal ibu..Semoga sama-sama boleh jadikan panduan
- PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION (start dari pintu rahim terbuka 2cm)
- Mula bernafas cara 'Early labour breathing".Cam entry sebelum ni ...Yang 1st step
- Mula minum air selusuh.Sebelum minum,selawat 3x,baca Al-Fatihah dan berdoa "Ya Allah,izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..Ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan ini"
- Kalau ada minyak selusuh,sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut,pangkal peha,peha dan pinggang.Kemudian selawat dan minum sesudu sambil berdoa.."Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan selicin minyak ini..Ampunkan la segala dosa dan ringankanlah kesakitan ini.."
- Jangan fokus pada sakit,ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia
- Sekiranya contraction makin kerap,mula bernafas cara "active stage breathing"..Sniff sniff fuhhhhh
- Banyakkan zikir doa Nabi Yunus dalam perut ikan Yu..."la ila hailla anta subhaa naka inni kuntuminalzolimin" dan banyakkan doa "Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhammad S.A.W ke dunia ini"
- PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI (PROSES MENERAN UNTUK KELUARKAN BAYI)
- Jangan fokus pada sakit.Ingatkan yang kita tengah berusaha nak keluarkan seorang khalifah Allah ke dunia
- Jangan teran cepat sangat,biasanya gesaan akan datang dengan sendiri.Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran
- Posisi semasa nak melahirkan...Dalam keadaan berbaring,buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali.Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor/bidan menyambut kelahiran
- Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan-Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan tempat menyandar (isteri boleh bersandar dengan suami supaya terasa lebih selesa).Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
- Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing) -Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut,dan teran sambil angkat badan.(bukan angkat punggung)..mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada..dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat.teran tanpa mengeluarkan suara untuk memastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran,jangan lepaskan kesemuanya,terus tarik nafas semula,sebab dikhuatiri kalau lepaskan kesemuanya,bayi akan termasuk ke dalam semula atau tersekat..
Semoga panduan ni dapat membantu...mudah-mudahan dengan izin Allah..
No comments:
Post a Comment