Tuesday, November 27, 2012

Diet GDM..

Last week ada appointment dengan pakar pemakanan pasal GDM ni..Mula-mula dia review aku punya result BSP..
so far baru dua kali buat BSP..Since reading normal kena buat sebulan sekali..
1st time(27/9/12): 3.9,5.4,4.1,6.2.
2nd time (23/10/12):4.7,4.2,3.7,4.8
next hari Khamis ni pulak.(29/11/12)

Ikut cakap PZM(Pegawai Zat Makanan) tu if 3x reading normal dah boleh stop BSP.Pastu week 28 buat MGTT balik.Tapi nurse tak cakap apa2 pun..So far sebelum jumpa PZM ni aku takde la diet mana pun.Makan pun cam  biasa je.Tapi bila dah jumpa PZM ni dia explain risiko2 GDM ni buat cuak pulak.So control la sikit-sikit mana yang boleh control.

Ni panduan diet GDM



Semua boleh je makan tapi ada kuantiti/sukatan yang dibenarkan..Tapi ada jugak yang betul-betul tak boleh makan..PZM tu suruh elakkan sayuran berkanji contoh cam
  • Kacang pis
  • Jagung
  • Lobak
  • Labu
  • Sengkuang
  • Kentang
  • Keledek
  • Ubi kayu
  • Keladi
  • Sukun
Untuk sukatan makanan bijirin/hasil bijirin dan sayuran berkanji ni pulak ikut weight kita.Since berat aku 51kg so far dia suruh kuantiti yang disenaraikan tu didarab 2..Then makanan-makanan ni boleh di makan 4x sehari at least.Tak boleh kurang.Takut hypo/rendah gula pulak..
Contoh
  • Roti-2keping
  • Nasi/Kuewtiow/Mihun/Spagetti/Makaroni -1cawan..
  • Biskut krim kraker -6 keping
Kuantiti ni untuk sekali makan..Banyak mana nasi tu banyak tu jugak kena makan sayur.Agak-agak tak kenyang ratah je la lauk-pauk ye dak.Pada aku 1 cawan nasi tu pun dah kira banyak.So boleh jer nak ikut diet ni..

Untuk size hidangan buah-buahan pulak
  • Orange/apple/pear/pic/kiwi/ciku/belimbing- 1 biji sederhana
  • Pisang-1 biji kecil
  • manggis/plum-2 biji
  • Kedondong-6 biji
  • Duku/langsat/anggur/longan/jambu air-8 biji
  • Laici/rambutan-5 biji
  • Betik/nenas/tembikai/durian belanda-1 potong
  • jambu batu -1/2 biji
  • cempedak/nangka-4 ulas
  • prun-3 biji
  • kurma-2 biji
  • kismis-20g
  • durian-2 ulas sederhana
  • mangga-1/2 biji
Bab buah ni aku sokmo fail.Susah nak ikut sukatan.Mana taknya sekali hadap buah durian mau 5-6 ulas.Lepas makan durian makan plak rambutan,manggis,langsat pulak berbiji-biji..Camne tu?Naknye sekarang ni memang musim buah.Hopefully reading BSP hari Khamis ni tak tinggi la.Risau gak.Pastu sekarang ni bila dah ada panduan ni aku dah ada 'PZM' kat rumah pulak..tiap kali makan buah dia tgk kertas ni..Bila makan lebih sikit 'yang..dah tu'. Tapi dah jadi habit aku bila lagi orang larang lagi la aku nak buat..heeee.Takpelah kita try on diet yer mana tau boleh kurus pasni..heeee

Baby sayang elok-elok je yer duk dalam ni..

4 comments:

Ann GreenStrawberry said...

ann pun ikut sikit2 je diet tu.. lebihkan sayur sokmo.. tu hari reading tinggi kan.. pastu mkn vco taw dna.. 2nd reading bsp normal dah.. fuh selamat kena buat sebulan sekali.. kdg2 cek sendiri kat rumah..kena rajin makan ulam.. harus berpantang time gini.. takut dgr psl risiko baby tuh..

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

semoga 3rd reading ok...insyaAllah baby sihat

rDnA said...

@Ann VCO berkesan ek?bagusla Ann dah normal.Yela kalau hyper pun takut,hypo pun takut gak.hopefully pasni normal sokmo

rDnA said...

@Hanani..amiiiiinnnnn...so far hari ni baru ambik 3x and alhamdulillah normal.malam karang je 1 lagi..