Thursday, May 31, 2012

Temuduga C41 Pegawai Sains Fizik (KKM)

Holla :)

Sebelum aku hilang memori baik aku share sikit pengalaman aku temuduga untuk jawatan di atas.Manalah tau boleh jadi panduan untuk adik-adik,kakak-kakak,abang-abang kat luar tu..Based on my experience before interview sibuk google perihal interview yang berkaitan tapi bila jumpa very general.Tapi boleh la sikit sebanyak membantu.Untuk memudahkan uolls supaya taknak jadi cam aku bolehla baca yer :D ..Harap-harap pengalaman ni bolehla dijadikan sikit sebanyak panduan lain kali..

Ok seperti yang sedia maklum penemuduga/interviewer ni ada 2 orang.1 dari Kementerian Kesihatan dan 1 lagi dari SPA sendiri.

In my case pusat temuduga kat Putrajaya.Kat situ ada 2 bilik yang diguna pakai.Bilik H dan bilik J.Masa sesi aku,dari sembang-sembang dengan candidate lain semua cakap bilik J senang.Dia tak tanya yang remeh-remeh..soalan yang popular dari bilik J -i) Konsep ALARA.Tapi aku kena bilik H.Ni soalan yang ditanya

Dari Pegawai SPA
  1. Perkenalkan diri..(sambil dia soal dia belek-belek resume)..
  2. Latar belakang (in my case,dia persoalkan kenapa aku quit my previous job)
  3. Pengalaman kerja sebelum dan terkini
Dari Pegawai KKM
  1. Terangkan konsep ALARA
  2. Faktor yang menentukan kualiti sesuatu imej filem?
  3. Bagaimanakah sinar-X dihasilkan?
  4. Apakah sinaran yang paling bahaya?
  5. Apakah separuh hayat?
  6. Saintis dalam bidang fizik yang paling terkenal..

Banyak kan soalan tu?semua basic masa belajar..so far semua soalan alhamdulillah boleh jawab cuma ada term yang kurang tepat:D.mujur pegawai tu pun faham dah lama tinggalkan zaman study.
Apa-apa pun tawakal je la.Kalau ada rezeki aku,lulus la temuduga ni.Kalau tak,ada la kot rezeki kat tempat lain..





6 comments:

Nor Suhada said...

Semoga rezeki dna ya job ni..amin

AIN NAZRI said...

ooo rasanya biras saya pon ada g interview mcm ni gak.. cuma gred lain kot.. harap2 kamu berjaya ye..

eKa said...

Gud luck dina.dah lama tak dgr term2 yg dina sebut ats tu

mummY daniSha said...

semoga dpt kerja tu,insyaALLAH =)

gincuitumerah said...

gud luck dna...:)

gincuitumerah said...

gud luck dna:)