Thursday, December 29, 2011

randomly 2011..

assalamualaikum..hai uoll:))

eh lepas esok,lusa then bertukarla tahun 2011 ke 2012..apesal la cepat sangat..rasa cam baru je berpindah kat Nilai dari Kampar..tup-tup habis dah 2011..

randomly 2011 ada manis dan masam payau peristiwa berlaku tahun 2011..so far alhamdulillah dengan rezeki tahun ni.walaupun rezeki aku tak memberangsangkan tapi rezeki hubby alhamdulillah..tumpang dua kaki..heeee

yang manis 2011
  • paaaaalinnggggg manis tahun ni bila 'chenta hati' kami lahir ke dunia..syukur Ya Allah,dikurniakan anak yang sempurna,sihat..takde ape lagi yang best selain nikmat ini..
 

MUHAMMAD DANIAL ZAFFRAN..
my hensem boy..automatik me and hubby dapat gelaran 'mama' dan 'abah'..tengok dia membesar dari hari ke hari memang saat yang palinggggg berharga bagi aku dan hubby.diala penawar segalanya.diala menambahkan keceriaan dalam keluarga kecik kami.mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri
  • rezeki hubby pulak,seminggu selepas danial lahir dapat offer dari company baru..unexpected salary..alhamdulillah..double prosperity..rezeki anak.
  • dapat duduk rumah sendiri..alhamdulillah syukur ya Allah.tak sangka sebenarnya secepat ini bagi kami..sebab plan kami kalau ikut saving yang tak seberapa tu maybe dalam umur 28-29 baru nak ada rumah..tapi di umur 27tahun Allah permudahkan..salah satu impian aku terlaksana..tapi tak terfikir akan beli kat sini.sebab duk ushar2 kat penang..
  • berjinak-jinak dengan small bisness..

yang kurang manis 2011 
  •  satu je yang memang akan aku ingat sampai bila-bila..tragedi yang mengubah segalanya.hilang nikmat ibu jari kanan..

bila ibu jari ni dah tak sempurna memang mengubah segala-galanya.hopefully one day aku dapat balik guna ibu jari ni seperti sebelum kejadian..tapi aku takuuuuttt nak jumpa pakar orthopedic cam doktor panel suruh..camno??


kesimpulannya banyak kenangan 2011.semoga 2012 membawa rezeki berganda-ganda pada kami sekeluarga..pada mak,abah,adik2 dan juga keluarga mertua..semoga tiada episod yang tak diingini berlaku pada keluarga kami..

welcome 2012..bye bye 2011..

    No comments: